You are on page 1of 2

JENAYAH PERDAGANGAN MANUSIA (PUNCA, KESAN & LANGKAH)

PENDAHULUAN:
 merupakan antara jenayah tertua
 dianggap sebagai suatu industri universal

 tidak tertakluk kepada satu-satu negara untuk beroperasi

 Laporan Perdagangan Manusia (TIP) oleh Jabatan Negara Amerika Syarikat menganggarkan, kegiatan
perdagangan manusia di negara itu melibatkan keuntungan antara AS$1 bilion hingga AS$3 bilion (RM3. 5
bilion hingga RM10.5 bilion) setahun.

 Dianggarkan sekitar 600,000 hingga 800,000 orang menjadi mangsa sindiket perdagangan manusia dengan
sekitar 14,500 hingga 17, 500 daripadanya diperdagangkan di AS setahun

 Pejabat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Khusus Membanteras Dadah dan Jenayah (UNODC) menganggap
perdagangan manusia sebagai industri jenayah yang menjana keuntungan sekitar AS$5 bilion hingga AS$9
bilion (RM17.5 bilion hingga RM31.5 bilion) setahun

 Isu perdagangan manusia kini menjadi antara fenomena yang mengancam kebanyakan negara termasuk
Malaysia

 Perangkaan rasmi memperlihatkan kira-kira 2.7 juta manusia diseludup di seluruh dunia setiap tahun dengan
80 peratus daripadanya membabitkan wanita dan kanak-kanak yang diperalatkan bagi tujuan tertentu termasuk
pelacuran dan sebagainya.

PUNCA:

1. Kemiskinan/ kesempitan hidup


2. Terpengaruh tawaran kerja

3. Kurang didikan moral/agama

4. Materialistik

5. Penguatkuasaan undang-undang yang lemah

6. Taraf pendidikan mangsa

KESAN:

1. Imej negara terjejas


2. Masalah sosial meningkat

3. Penyakit berjangkit

4. Penindasan

LANGKAH:

1. memperketat pelbagai aspek termasuk dari segi kemasukan pelancong asing serta mengawal semua 262 pintu masuk
ke sempadan negara yang dipercayai juga boleh menyumbang kepada jenayah perdagangan manusia - kementerian
berkenaan mengadakan kerjasama dengan badan antarabangsa seperti melatih anggota keselamatan untuk menangani
pelbagai kemungkinan kemasukan warga asing bagi tujuan tertentu
melatih penguat kuasa, pendakwa raya, hakim dan majistret mengenai pelbagai perkara termasuk Akta
Antipemerdagangan Orang 2007 supaya mereka bersiap sedia berdepan isu terbabit - menyelaraskan sistem data
maklumat kemasukan mengemaskinikan rekod keluar masuk di pintu sempadan terutama di lapangan terbang,
pelabuhan, dan pintu sempadan antara sangat diperlukan bagi menggembleng usaha membasmi jenayah yang tidak
berperikemanusiaan ini.

2. menjalinkan kerjasama dengan negara jiran- Malaysia dan Australia baru-baru ini juga telah bersepakat untuk
meningkatkan kerjasama bagi membanteras sindiket penyeludupan manusia melalui kaedah diplomatik dan operasi yang
lebih berkesan- negara-negara jiran seperti Singapura, Indonesia, Thailand dan lain-lain juga wajar mewujudkan
kerjasama serantau, perkongsian bijak terutamanya kekuatan teknologi, komunikasi dan jaringan keselamatan -
kerjasama menerusi pertukaran maklumat dalam usaha menangani isu ini terutama dari aspek bentuk serta kaedah
penyeludupan dan negara mana yang dijadikan tempat transit utama penyeludupan manusia - Kerjasama di peringkat
sempadan perairan negara - menjalankan operasi rondaan secara berjadual dan intensif oleh pasukan keselamatan
Malaysia dengan negara-negara jiran – berkongsi maklumat tentang taktik, lokasi, dan negara pembekal – berusaha
mengenal pasti ‘lubang-lubang tikus’

3. Kempen kesedaran untuk membasmi jenayah perdagangan manusia di kalangan masyarakat juga dipergiatkan

4. Membanteras gejala rasuah yang masih menghantui badan-badan penguat kuasa setiap negara – jabatan-jabatan
yang masih menjadi kambing hitam seperti imigresen, kastam, polis marin, RELA dan organisasi yang sama di negara-
negara jiran – amalan rasuah merupakan tindakan duri dalam daging terhadap keselamatan sesebuah negara.

PENUTUP:

Ditelan mati emak, diluah mati bapa, demikianlah suasana kehidupan berjiran. Sebarang masalah yang dihadapi yang
berkaitan dengan hubungan jiran memerlukan tindakan yang teliti dan bijaksana. Biarlah segala tindakan bersama
menatijahkan situasi menang-menang bagi kedua-dua pihak. Lebih-lebih lagi dalam isu pemerdagangan manusia ini,
pihak negara berjiran terpaksa berurusan pula dengan pihak ketiga iaitu negara pembekal dan negara penerima. Oleh itu,
kerjasama serantau amatlah diperlukan agar segala penyelesaian dapat diambil secara bijaksana.

http://anelyza.blogspot.com/2010/11/jenayah-perdagangan-manusia-punca-kesan.html

You might also like