You are on page 1of 28

Mazhab Ahlul Usul

Ilmu Usul al-Fiqh (Bahasa Arab: ‫ )أصول الفقه‬merupakan merupakan salah satu cabang ilmu yang
berperanan penting dalam menyelesaikan masalah yang timbul, di mana masalah ini tidak
dijumpai sebarang nas-nas dari al-Quran atau as-Sunnah.

Perkataan Usul al-Fiqh berasal dari dua perkataan bahasa Arab, iaitu Usul dan al-Fiqh. Dari segi
bahasa, Usul bererti asas, sumber, kaedah atau dalil, manakala al-Fiqh membawa maksud
memahami sesuatu perkara. Dari segi syarak pula, al-Fiqh bererti pengetahuan tentang hukum-
hukum syarak yang berkaitan dengan perbuatan mukallaf yang difahami melalui dalil-dalil
tafsili.

Hasil daripada gabungan Usul dengan al-Fiqh, maka terbentuklah satu istilah yang tersendiri
iaitu Usul al-Fiqh. Ilmu Usul al-Fiqh membawa definisi ilmu tentang kaedah-kaedah
mengistinbat hukum-hukum syarak yang berkaitan dengan perbuatan mukallaf dari dalil-dalil
tafsil

Sejarah Perkembangan Ilmu Usul al-Fiq

Zaman Rasulullah S.A.W.


Pada zaman Rasulullah S.A.W., hukum-hukum diambil dari wahyu (al-Quran) dan
penjelasan oleh baginda (as-Sunnah). Segala masalah yang timbul akan dirujuk kepada
Rasulullah S.A.W. dan baginda akan menjawab secara terus berdasarkan ayat al-Quran
yang diturunkan atau penjelasan baginda sendiri. Namun, terdapat sebahagian Sahabat
yang tidak dapat merujuk kepada Nabi lantaran berada di tempat yang jauh daripada
baginda, misalnya Muaz bin Jabal yang diutuskan ke Yaman. Baginda membenarkan
Muaz berijtihad dalam perkara yang tidak ditemui ketentuan di dalam al-Quran dan as-
Sunnah.

Setelah kewafatan Rasulullah S.A.W., sebarang masalah yang timbul dirujuk kepada para
Sahabat. Mereka mampu mengistinbat hukum terus dari al-Quran dan as-Sunnah kerana:

1. penguasaan bahasa Arab yang baik;


2. mempunyai pengetahuan mengenai sabab an-nuzul sesuatu ayat atau sabab wurud al-
hadis;
3. mereka merupakan para Perawi Hadis.

Hal ini menjadikan para Sahabat mempunyai kepakaran yang cukup untuk
mengistinbatkan hukum-hukum. Mereka menetapkan hukum dengan merujuk kepada al-
Quran dan as-Sunnah. Sekiranya mereka tidak menemui sebarang ketetapan hukum
tentang sesuatu masalah, mereka akan berijtihad dengan menggunakan kaedah qias.
Inilah cara yang dilakukan oleh para mujtahid dalam kalangan para Sahabat seperti
Saidina Abu Bakar as-Siddiq, Saidina Umar bin al-Khattab, Saidina Uthman bin Affan
dan Saidina Ali bin Abu Talib. Sekiranya mereka mencapai kata sepakat dalam sesuatu
hukum maka berlakulah ijma’.

Pada zaman ini, cara ulama’ mengambil hukum tidak jauh berbeza dengan zaman
Sahabat kerana jarak masa mereka dengan kewafatan Rasulullah S.A.W. tidak terlalu
jauh. Yang membezakannya ialah sekiranya sesuatu hukum tidak terdapat dalam al-
Quran, as-Sunnah dan al-Ijma’, mereka akan merujuk kepada pandangan para Sahabat
sebeum berijtihad. Oleh sebab itu idea untuk menyusun ilmu Usul al-Fiqh belum lagi
muncul ketika itu. Inilah cara yang digunakan oleh para mujtahid dalam kalangan tabi’in
seperti Sa’id bin al-Musayyib, ‘Urwah bin az-Zubair, al-Qadi Syarih dan Ibrahim an-
Nakha’i.
Pada akhir Kurun Kedua Hijrah, keadaan umat Islam semakin berubah. Bilangan umat
Islam bertambah ramai sehingga menyebabkan berlakunya percampuran antara orang
Arab dan bukan Arab. Kesannya, penguasaan bahasa Arab dalam kalangan orang-orang
Arab sendiri menjadi lemah. Ketika itu timbul banyak masalah baru yang tiada ketentuan
hukumnya dalam al-Quran dan as-Sunnah secara jelas. Hal ini menyebabkan para ulama’
mula menyusun kaedah-kaedah tertentu yang dinamakana ilmu Usul al-Fiqh untuk
dijadikan landasan kepada ijtihad mereka.

Ilmu Usul al-Fiqh disusun sebagai satu ilmu yang tersendiri di dalam sebuah kitab
berjudul ar-Risalah karangan al-Imam Muhammad bin Idris as-Syafie. Kitab ini
membincangkan tentang al-Quran dan as-Sunnah dari segi kehujahan serta kedudukan
kedua-duanya sebagai sumber penentuan hukum.

Antara skop perbahasan dalam ilmu Usul al-Fiqh ialah:

1. Dalil-dalil syarak: merangkumi dalil-dalil yang disepakati dan dalil-dalil yang tidak
disepakati.
2. Dilalah (‫)داللة‬: merangkumi kaedah-kaedah istinbat hukum dari nas-nas al-Quran dan
as-Sunnah.
3. Ta’arudh dan Tarjih (‫)تعارض وترجيح‬: perbahasan tantang percanggahan antara dalil-dalil
serta Jalan jalan penyelesaiannya.
4. Ijtihad dan Mujtahid: merangkumi persoalan taqlid dan muqallid.
5. Hukum-hukum Kulli: merangkumi hukum-hukum taklifi dan hukum wad’ie.

Rencana Utama: Cara Penulisan Ilmu Usul al-Fiqh

Selepas al-Imam as-Syafie, terdapat ramai ulama’ yang menulis ilmu Usul al-Fiqh. Cara
penulisan mereka dibahagikan kepada dua: Tariqah al-Mutakallimin dan Tariqah al-
Ahnaf.

Rujukan:
* Muhammad bin Ariffin, Muhammad Zaini bin Yahya, Afandi bin Sahi, 2004. Pendidikan
Syariah Islamiah Tingkatan 4. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
* Mohammad Hashim Kamali, 1999. Principles of Islamic Jurisprudence (Second Revised
Edition). Selangor Darul Ehsan: Ilmiah Publishers Sdn. Bhd.
Ushul Fiqih didefinisikan dengan 2 tinjauan:

.‫ وكلمة فقه‬،‫ باعتبار كلمة أصول‬:‫ باعتبار مفردَيهِ؛ أي‬:‫األول‬


Pertama: ditinjau dari mufrodat ( kosa katanya ) terdiri dari dua mufrodat : yaitu kata usul dan kata fiqh

‫ وأصل الشجرة الذي‬،‫ ومن ذلك أصل الجدار وهو أساسه‬،‫ وهو ما يبنى عليه غيره‬،‫ جمع أصل‬:‫فاألصول‬
ٌ‫ابِت‬3 َّ َ‫)أَلَمْ تَرَ كَيْفَ ضَرَب‬ :‫يتفرع منه أغصانها قال اهلل تعالى‬
3َ‫لُهَا ث‬3 ْ‫اللهُ مَثَالً كَلِمَةً طَيِّبَةً كَشَجَرَةٍ طَيِّبَةٍ أَص‬
. )24:‫وَفَرْعُهَا فِي السَّمَاءِ) (إبراهيم‬

Maka kata usul ‫االصول‬  adalah jamak dari kata aslun ‫أصل‬  dan dia itu maknanya : apa-apa  yang
dibangun di atasnya yang selainnya, dan diantaranya adalah 'pokoknya tembok dan dia itu adalah
pondasinya, dan pokoknya pohon yang bercabang darinya ranting-rantingnya, sebagaiamana firman
Allah Y:

)24:‫)أَلَمْ َترَ كَيْفَ ضَرَبَ اللَّهُ مَثَالً كَلِمَةً طَيِّبَةً كَشَجَرَةٍ طَيِّبَةٍ أَصْلُهَا ثَابِتٌ وَفَرْعُهَا فِي السَّمَاءِ) (إبراهيم‬  
24.  Tidakkah kamu perhatikan bagaimana Allah Y Telah membuat perumpamaan kalimat yang baik[1] seperti pohon yang baik, akarnya teguh dan
cabangnya (menjulang) ke langit ( QS ibrahim : 24 )

___________________________________________________

[1]  termasuk dalam Kalimat yang baik ialah kalimat tauhid, segala Ucapan yang menyeru kepada kebajikan dan mencegah dari
kemungkaran serta perbuatan yang baik. kalimat tauhid seperti Laa ilaa ha illallaah.

ُ ْ‫)وَاحْلُل‬ :‫ ومنه قوله تعالى‬،‫ الفهم‬:‫والفقه لغة‬


)28- 27:‫عقْدَةً مِنْ لِسَانِي * يَفْقَهُوا قَوْلِي) (طـه‬
Dan fiqh secara bahasa adalah : pemahaman sebagaimana firman Allah Y  : 27.  Dan lepaskanlah kekakuan dari lidahku,28.  Supaya mereka
mengerti perkataanku, ( QS thohaa: 27-28 )  

.‫ معرفة األحكام الشرعية العملية بأدلتها التفصيلية‬:‫واصطالحًا‬


Makrifatul ahkaamis syar'iyyatil 'amaliyyahi bil adilatihaa at tafsiliyyah.

Adapun makna secara istilah syar'ii adalah "Mengetahui hukum-hukum syar'i yang bersifat amaliyyah dengan dalil dalilnya yang terperinci."

‫ كما في‬،‫ وقد يكون ظنيًّا‬،‫ (معرفة) ؛ العلم والظن؛ ألن إدراك األحكام الفقهية قد يكون يقينيًّا‬:‫فالمراد بقولنا‬
.‫كثير من مسائل الفقه‬
Adapun maksud perkataan kami ( ma'rifah / mengetahui  ) adalah ilmu dan persangkaan Karena mengetahui hukum-hukum fiqih terkadang bersifat
yakin dan terkadang bersifat persangkaan, sebagaimana banyak dalam masalah-masalah fiqih.

‫ام‬33‫ فخرج به األحك‬3 ،‫ والتحريم‬3


‫ (األحكام الشرعية) ؛ األحكام المتلقاة من الشرع؛ كالوجوب‬:‫والمراد بقولنا‬
‫ان‬33‫ العادية؛ كمعرفة نزول الطل في الليلة الشاتية إذا ك‬3
‫العقلية؛ كمعرفة أن الكل أكبر من الجزء واألحكام‬
.‫الجو صحوًا‬
Adapun maksud dari perkataan kami ( ahkamus syar'iyyah / hukum-hukum syari'at ) adalah : hukum-hukum yang diambil dan
berhubungan  dengan  syari'at, seperti wajib dan haram, maka keluar darinya (yakni Hukum-hukum syar'i) hukum-hukum akal; seperti mengetahui
bahwa keseluruhan lebih besar daripada sebagian; dan hukum-hukum adat (kebiasaan); seperti mengetahui turunnya embun di malam yang dingin jika
cuaca cerah.

‫د‬3
3‫ فخرج به ما يتعلق باالعتقاد؛ كتوحي‬،‫ (العملية) ؛ ما ال يتعلق باالعتقاد؛ كالصالة والزكاة‬:‫والمراد بقولنا‬
.‫ فال يسمّى ذلك فقهًا في االصطالح‬،‫اهلل ومعرفة أسمائه وصفاته‬
Adapun maksud dari perkataan kami ( al amaliyah ) adalah : apa-apa yang tidak berhubungan dengan aqidah, seperti sholat dan zakat. Maka tidak
termasuk darinya (Amaliah) apa-apa yang berhubungan dengan aqidah; seperti mentauhidkan Allah Y , dan mengenal nama-nama dan sifat-Nya;
maka yang demikian tidak dinamakan Fiqih secara istilah.

‫ه؛‬3
3‫ول الفق‬3
3‫ (بأدلتها التفصيلية) ؛ أدلة الفقه المقرونة بمسائل الفقه التفصيلية؛ فخرج به أص‬:‫والمراد بقولنا‬
.‫ألن البحث فيه إنما يكون في أدلة الفقه اإلجمالية‬
Adapun maksud dari perkataan kami ( bil adilatil tafsiliyyah / dengan dalil-dalil yan terperinci ) adalah : dalil-dalil fiqh yang berhubungan dengan
masalah-masalah fiqh yang terperinci, maka tidak termasuk di dalamnya ilmu Ushul Fiqih karena pembahasan di dalamnya hanyalah mengenai dalil-
dalil  fiqih yang umum.

‫ة‬33‫ة وكيفي‬33‫ه اإلجمالي‬33‫ علم يبحث عن أدلة الفق‬:‫ فيعرف بأنه‬،‫ باعتبار كونه؛ لقبًا لهذا الفن المعين‬:‫الثاني‬
.‫االستفادة منها وحال المستفيد‬
Kedua : dari tinjauan keberadaannya sebagai julukan pada bidang tertentu, maka Ushul Fiqih didefinisikan dengan : "Ilmu yang membahas dalil-dalil
fiqih yang umum dan cara mengambil  faidah darinya dan kondisi al mustafid ( orang yang mengambil faidah darinya )

‫ي‬33‫ للتحريم والصحة تقتض‬3


‫ األمر للوجوب والنهي‬:‫ (اإلجمالية) ؛ القواعد العامة مثل قولهم‬:‫فالمراد بقولنا‬
.‫ فخرج به األدلة التفصيلية فال تذكر في أصول الفقه إال على سبيل التمثيل للقاعدة‬،‫النفوذ‬
Dan maksud dari perkataan kami ( al ijmaliyyah / umum ) adalah : kaidah-kaidah secara umum seperti perkataan : "perintah menunjukkan hukum
wajib", "larangan menunjukkan hukum haram", "sah-nya suatu amal menunjukkan amal tersebut telah terlaksana (yakni, ia tidak dituntut untuk
mengulangi, pent)". Maka tidak termasuk dari "yang umum": dalil-dalil yang terperinci. Dalil-dalil terperinci tersebut tidaklah disebutkan dalam ilmu
Ushul Fiqih kecuali sebagai contoh (dalam penerapan) suatu kaidah.

‫اظ‬3
3‫ام األلف‬3
3‫ة أحك‬3
3‫ (وكيفية االستفادة منها) ؛ معرفة كيف يستفيد األحكام من أدلتها بدراس‬:‫والمراد بقولنا‬
‫ة‬33‫ فإنَّه بإدراكه يستفيد من أدل‬،‫ وغير ذلك‬3
‫ودالالتها من عموم وخصوص وإطالق وتقييد وناسخ ومنسوخ‬
.‫الفقه أحكامها‬
Adapun maksud dari ucapan kami  ( kaifiyatul istifadah minha / bagaimana cara mengambil faedah darinya) adalah : mengetahui bagaimana
mengambil faidah hukum dari dalil-dalilnya dengan mempelajari hukum-hukum lafadz dan penunjukkannya seperti umum, khusus, muthlaq, muqoyyad,
nasikh, mansukh, dan lain-lain. Maka dengan menguasainya (yakni cara mengambil faidah dari dalil-dalil umum) seseorang bisa mengambil faidah
hukum dari dalil-dalil fiqh 

‫ه‬3
3‫تفيد بنفس‬3
3‫ سمي مستفيدًا؛ ألنه يس‬،‫ (وحال المستفيد) ؛ معرفة حال المستفيد وهو المجتهد‬:‫والمراد بقولنا‬
‫ك يبحث في‬3 3‫ االجتهاد وحكمه ونحو ذل‬3 ‫ فمعرفة المجتهد وشروط‬،‫األحكام من أدلتها لبلوغه مرتبة االجتهاد‬
‫أصول الفقه‬
Adapun maksud dari perkataan kami ( wa haalul mustafid / dan keadaan orang yang mengambil faedah ) adalah :orany yang mengambil faidah
disebut  mujtahid. Dinamakan orang yang mengambil faidah karena ia dengan sendirinya  dapat mengambil faidah hukum dari dalil-dalilnya karena ia
telah mencapai derajat ijtihad. Maka mengenal mujtahid, syarat-syarat ijtihad, hukumnya dan yang semisalnya dibahas dalam ilmu Ushul Fiqih.
%%%%%%%%% 

‫األحكـــــام‬
.‫ القضاء‬:ً‫ جمع حُكم وهو لغة‬:‫األحكام‬

AHKAM / HUKUM-HUKUM
 

Ahkam adalah bentuk jamak dari hukum dan arti secara bahasa adalah : keputusan/ketetapan

.‫ أو وضع‬،‫ أو تخيير‬،‫ ما اقْتضاه خطاب الشرع المتعلق بأفعال المكلفين من طلب‬:‫واصطالحًا‬


Maa iqtadhoohu khitoobus syar'ii al muta'aloqiti bi af'alil mukaliifin min tholabinau takhyiirin au wadh'iin.
"adapun makna secara istilahi adalah : Apa-apa yang ditetapkan oleh pangilan  syari'at yang berhubungan
dengan perbuatan mukallaf (orang yang dibebani syari'at) dari tuntutan atau pilihan atau peletakan."

.‫ (خطاب الشرع) ؛ الكتاب والسنة‬:‫فالمراد بقولنا‬


Adapun maksud dari ucapan kami ( khirobus sar'I / pangilan syariat  ) adalah al qur'an dan as sunnah

.‫ إيجادًا أم تركًا‬،ً‫ (المتعلق بأفعال المكلفين) ؛ ما تعلق بأعمالهم سواء كانت قوالً أم فعال‬:‫والمراد بقولنا‬

.‫فخرج به ما تعلق باالعتقاد فال يسمى حكمًا بهذا االصطالح‬


 

Adapun maksud dari ucapan kami : ( al muta'aliqotu bi af'alil mukalifin / berhubungan dengan perbuatan
mukallaf ) adalah : apa-apa yang berhubungan dengan perbuatan mereka baik itu berupa perkataan atau
perbuatan, melakukan sesuatu atau meninggalkan sesuatu.

Maka keluar dari perkataan tersebut apa-apa yang berhubungan dengan aqidah, maka tidak dinamakan
hukum secara istilah.

.‫ والمجنون‬3
‫ (المكلفين) ؛ ما من شأنهم التكليف فيشمل الصغير‬:‫والمراد بقولنا‬
Yang dimaksud dengan  perkataan kami ( al mukalafiin ) siapa saja yang keadaannya dibebani syari'at,
maka mencakup anak kecil dan orang gila.

.‫ أو األفضلية‬،‫ (من طلب) ؛ األمر والنهي سواء على سبيل اإللزام‬:‫والمراد بقولنا‬
Yang dimaksud dengan  perkataan kami ( min tholabin / dari tuntutan" ) adalah perintah dan larangan, baik
itu sebagai keharusan ataupun keutamaan.

.‫ (أو تخيير) ؛ المباح‬:‫والمراد بقولنا‬


Yang dimaksud dengan  perkataan kami ( au takyiirin / atau pilihan) adalah hal-hal yang dibolehkan.

‫وذ‬3
3‫ من عالمات وأوصاف للنف‬3
‫ (أو وضع) ؛ الصحيح والفاسد ونحوهما مما وضعه الشارع‬:‫والمراد بقولنا‬
.‫واإللغاء‬

Yang dimaksud dengan  perkataan kami ( au wadh'in /  atau peletakan ) adalah : Sah, rusak, dan yang
lainnya yang diletakkan oleh pembuat syari'at dari tanda-tanda, atau sifat-sifat untuk ditunaikan atau
dibatalkan.

:‫أقسام األحكام الشرعية‬


.‫ تكليفية ووضعية‬:‫تنقسم األحكام الشرعية إلى قسمين‬
PEMBAGIAN HUKUM SYARI'AT:

Hukum syari'at dibagi menjadi dua bagian : Taklifiyyah (Pembebanan) dan Wadh'iyyah (Peletakan).

.‫ الواجب والمندوب والمحرَّم والمكروه والمباح‬:‫فالتكليفية خمسة‬


Al-Ahkam at-Taklifiyyah ada lima : Wajib, mandub (sunnah), harom, makruh, dan mubah.

.3
‫ الساقط والالزم‬:‫ فالواجب لغة‬- 1
1. wajib arti secara bahasa adalah : yang jatuh dan harus"

.‫ ما أمر به الشارع على وجه اإللزام؛ كالصلوات الخمس‬:‫واصطالحًا‬


Adapun makna secara istilahi adalah : Apa-apa yang diperintahkan oleh pembuat syari'at dengan bentuk
keharusan", seperti sholat lima waktu.

.‫ (ما أمر به الشارع) ؛ المحرم والمكروه والمباح‬:‫فخرج بقولنا‬


Maka keluar dari perkataan kami (Apa-apa yang diperintahkan oleh pembuat syari'at )hal-hal  yang haram,
makruh dan mubah.

.‫ (على وجه اإللزام) ؛ المندوب‬:‫وخرج بقولنا‬


Maka keluar dari perkataan kami (dengan bentuk keharusan ) hal-hal yang mandhub  , boleh dilakukan

.‫ فرضًا وفريضة وحتمًا والزمًا‬:‫ويُسمَّى‬ .‫ العقاب تاركُه‬3


‫ ويستحق‬،ً‫والواجب يثاب فاعله امتثاال‬
Maka  wajib itu adalah orang yang melakukannya  mendapatkan pahala jika ikhlas, dan orang yang
meninggalkannya  berhak mendapatkan adzab.dan dinamakan juga : fardhu dan karidhoh serta pasti dan
harus.

 
.ُّ‫ المدعو‬:‫ لغة‬3
‫ والمندوب‬- 2
2.mandhub ( sunnah) secara bahasa adalah : yang diseru".

.‫ ما أمر به الشارع ال على وجه اإللزام؛ كالرواتب‬:‫واصطالحًا‬


Adapun makna secara istilahi adalah : "Apa-apa yang diperintahkan oleh pembuat syari'at tidak dalam
bentuk keharusan", seperti sholat rowatib.

.‫ (ما أمر به الشارع) ؛ المحرم والمكروه والمباح‬:‫فخرج بقولنا‬

Maka keluar dari perkataan kami (: "Apa-apa yang diperintahkan oleh pembuat syari'at ) hal-hal yang
haram, makruh dan mubah.

.‫ (ال على وجه اإللزام) ؛ الواجب‬:‫وخرج بقولنا‬


Dan keluar dari perkataan kami (tidak dalam bentuk keharusan) hal-hal yang wajib. 

.ً‫ سنة ومسنونًا ومستحبًا ونفال‬3


‫ويُسمَّى‬ ‫ وال يعاقب تاركه‬،ً‫والمندوب يثاب فاعله امتثاال‬
Maka mandub ( sunnah )  itu adalah orany yang mnegerjakannya mendapat pahala  jika ia ikhlas dalam
pelaksanaanya, dan orang yang meninggalkannya tidak  mendapatkan adzab. Dan dinamakan juga :
sunnah , atau masnuunah atau mustahab ( yang di sukai ) dan nafilah.

.‫ الممنوع‬:‫ لغة‬3
‫ والمحرم‬- 3
3. haram makna secara bahasa adalah dilarang

.‫ ما نهى عنه الشارع على وجه اإللزام بالترك؛ كعقوق الوالدين‬:‫واصطالحًا‬


Adapun makna secara istilah adalah : Apa-apa yang dilarang oleh pembuat syari'at dalam bentuk
keharusan untuk ditinggalkan", seperti durhaka kepada orang tua.

.‫ والمباح‬3
‫ (ما نهى عنه الشارع) ؛ الواجب والمندوب‬:‫فخرج بقولنا‬

Maka keluar dari perkataan kami  ( Apa-apa yang dilarang oleh pembuat syari'at ) hal-hal yang wajib dan
mandhub dan mubah.

.‫ (على وجه اإللزام بالترك) ؛ المكروه‬:‫وخرج بقولنا‬

Dan keluar dari perkataan kami (dalam bentuk keharusan untuk ditinggalkan) hal-hal yang makruh

.‫ محظورًا أو ممنوعًا‬:‫ويسمى‬ .‫ ويستحق العقاب فاعله‬،ً‫والمحرم يثاب تاركه امتثاال‬


Maka haram adalah : pelakunya diganjar jika ia meninggalkannya untuk mendapatkan pahala (ikhlas), dan
orang yang melakukannya berhak mendapatkan adzab.

.‫ المبغض‬:‫ والمكروه لغة‬- 4


4. makruh arti secara bahasa adalah: yang di murkai ( di benci )

‫ ما نهى عنه الشارع ال على وجه اإللزام بالترك؛ كاألخذ بالشمال واإلعطاء بها‬:‫واصطالحًا‬
Adapun arti secara istilahi adalah : "Apa-apa yang dilarang oleh pembuat syari'at tidak dalam bentuk
keharusan untuk ditinggalkan", seperti mengambil sesuatu dengan tangan kiri dan memberi dengan tangan
kiri.

.‫ والمباح‬3
‫ (ما نهى عنه الشارع) ؛ الواجب والمندوب‬:‫فخرج بقولنا‬

Maka keluar dari perkataan kami  (Apa-apa yang dilarang oleh pembuat syari'at ) hal-hal yang wajib ,
mandhub / sunnah dan mubah.

.‫ (ال على وجه اإللزام بالترك) ؛ المحرم‬:‫وخرج بقولنا‬

Dan keluar dari perkataan kami (tidak dalam bentuk keharusan untuk ditinggalkan ) hal-hal yang haram.

.‫ وال يعاقب فاعله‬،ً‫ يثاب تاركه امتثاال‬:‫والمكروه‬


Maka makruh itu pelakunya diganjar jika ia meninggalkannya untuk mendapatkan pahala (ikhlas), dan
orang yang melakukannya tidak mendapatkan adzab.

.‫ المعلن والمأذون فيه‬:‫ والمباح لغة‬- 5


5. mubah arti secara bahasa adalah : yang diumumkan dan diizinkan.

ً‫ وال نهي لذاته؛ كاألكل في رمضان ليال‬،‫ ما ال يتعلق به أمر‬:‫واصطالحًا‬


Adapun arti secara istilahi adalah : Apa-apa yang tidak berhubungan dengan perintah( wajib ) dan larangan
( haram )  secara asalnya". Seperti makan pada malam hari di bulan Romadhon..

.‫ (ما ال يتعلق به أمر) ؛ الواجب والمندوب‬:‫فخرج بقولنا‬

Maka keluar dari perkataan kami  (Apa-apa yang tidak berhubungan dengan perintah ) hal-hal yang wajib
dan mandhub / sunnah.

.‫ (وال نهي) ؛ المحرم والمكروه‬:‫وخرج بقولنا‬

Dan keluar dari perkataan kami  (dan tidak juga larangan ) hal yang haram dan makruh.

‫ فإن‬،‫ أو نهي لكونه وسيلة لمنهي عنه‬،‫ به‬3


‫ (لذاته) ؛ ما لو تعلق به أمر لكونه وسيلة لمأمور‬:‫وخرج بقولنا‬
.‫ وال يخرجه ذلك عن كونه مباحًا في األصل‬،‫ أو منهي‬،‫له حكم ما كان وسيلة له من مأمور‬

Dan keluar dari perkataan kami  (secara asalnya) seandainya ada kaitannya dengan perintah karena
keberadaannya (yakni suatu yang mubah) sebagai wasilah (yang menghantarkan) terhadap hal yang
diperintahkan, atau ada kaitannya dengan larangan karena keberadaannya sebagai wasilah terhadap hal
yang dilarang; maka bagi hal yang mubah tersebut hukumnya sesuai dengan apa-apa ia (yang mubah
tersebut) menjadi wasilah baginya, dari hal yang diperintahkan atau yang dilarang. Dan yang demikian
tidak mengeluarkannya (yakni hal yang mubah) dari keberadaannya sebagai sesuatu yang hukumnya
mubah pada asalnya.

.‫ حالالً وجائزًا‬:‫ويسمى‬.‫ فإنه ال يترتب عليه ثواب وال عقاب‬،‫ اإلباحة‬3


‫والمباح ما دام على وصف‬
Dan mubah yang senantiasa berada pada sifat mubah (boleh), maka ia tidak mengakibatkan ganjaran dan
tidak pula adzab.

:‫األحكام الوضعية‬
AL-AHKAM AL-WADH'IYYAH

.‫ أو إلغاء‬،‫ أو نفوذ‬،‫ لثبوت أو انتفاء‬،‫ ما وضعه الشارع من أمارات‬: ‫األحكام الوضعية‬

.‫ الصحة والفساد‬:‫ومنها‬
Al-Ahkam al-wadh'iyyah adalah : Apa-apa yang diletakkan oleh pembuat syari'at dari tanda-tanda
untuk menetapkan atau menolak, melaksanakan atau membatalkan dan diantaranya adalah :  benar
( shahih  ) dan rusak

.‫ السليم من المرض‬:‫ فالصحيح لغة‬- 1


1. Shohih arti secara bahasa adalah : yang selamat dari penyakit

.‫ ما ترتبت آثار فعله عليه عبادةً كان أم عقدًا‬:‫واصطالحًا‬


Adapun makna istilah : "apa-apa yang pengaruh perbuatannya berakibat padanya, baik itu ibadah ataupun
akad ( perjanjian ) ."

.‫ وسقط به الطلب‬،‫ ما برئت به الذمة‬:‫فالصحيح من العبادات‬


 

Maka sahih dalam ibadah : apa-apa yang beban terlepas dengan mengerjakannya (   yakni ibadah yang
sah) dan tuntutan syar'ii  gugur dengannya.

.ً‫ ما ترتبت آثاره على وجوده؛ كترتب الملك على عقد البيع مثال‬:‫والصحيح من العقود‬
Dan sahih dalam akad : apa-apa yang pengaruh adanya akad / perjanjian  tersebut berakibat terhadap
keberadaannya, seperti pada suatu akad jual beli berakibat berubah kepemilikan.

.‫وال يكون الشيء صحيحًا إال بتمام شروطه وانتفاء موانعه‬


Dan tidaklah sesuatu itu menjadi sah kecuali dengan menyempurnakan syarat-syaratnya dan tidak ada
penghalang-penghalangnya.
.3
‫ أن يأتي بالصالة في وقتها تامة شروطها وأركانها وواجباتها‬:‫مثال ذلك في العبادات‬
Contohnya dalam ibadah : seseorang mendatangi sholat pada waktunya dengan menyempurnakan syarat-
syaratnya, rukun-rukunnya dan kewajiban-kewajibannya.

.‫ أن يعقد بيعًا تامة شروطه المعروفة مع انتفاء موانعه‬:‫ومثال ذلك في العقود‬


Contohnya dalam akad : seseorang melakukan akad jual beli dengan menyempurnakan syarat-syaratnya
yang telah diketahui dan tidak adanya penghalang-penghalangnya.

.‫ أو وُجِد مانع من الموانع امتنعت الصحة‬،‫ من الشروط‬3


ٌ‫فإن فُقِد شرط‬
Jika hilang salah satu syarat dari syarat-syarat yang ada, atau adanya penghalang dari penghalang-
penghalangnya maka tidak dikatakan sahih ( benar )

.‫ أن يصلي بال طهارة‬:‫مثال فَقْد الشرط في العبادة‬


Contoh hilangnya syarat dalam ibadah : seseorang sholat tanpa bersuci.

.‫ أن يبيع ما ال يملك‬:‫ومثال فقد الشرط في العقد‬


Contoh hilangnya syarat dalam akad : seseorang menjual barang yang bukan miliknya

.‫ بنفل مطلق في وقت النهي‬3


‫ أن يتطوع‬:‫ المانع في العبادة‬3
‫ومثال وجود‬
Contoh adanya penghalang dalam ibadah : seseorang sholat sunnah mutlak pada waktu larangan

.‫ بعد ندائها الثاني على وجه ال يباح‬،‫ أن يبيع من تلزمه الجمعة شيئًا‬:‫ المانع في العقد‬3
‫ومثال وجود‬
Contoh adanya penghalang dalam akad / perjanjian : seseorang menjual sesuatu kepada orang yang wajib
baginya sholat jum'at, sesudah adzan jum'at yang  kedua,  dari sisi yang tidak dibolehkan adamya jual beli.

.‫ الذاهب ضياعًا وخسرًا‬:‫ والفاسد لغة‬- 2


2. Rusak/Fasid secarabahasa adalah : yang pergi serta hilang dan rugi..

.‫ ما ال تترتب آثار فعله عليه عبادةً كان أم عقدًا‬:‫واصطالحًا‬


Adapun makna secara istilah adalah : "apa-apa yang pengaruh perbuatannya tidak berakibat kepadanya,
baik itu ibadah ataupun  akad / perjanjian.

3
‫ وال يسقط به الطلب؛ كالصالة قبل وقتها‬،‫ ما ال تبرأ به الذمة‬:‫فالفاسد من العبادات‬
Fasid dalam ibadah : apa-apa yang beban tidak terlepas dengannya dan tuntutan tidak gugur dengannya;
seperti sholat sebelum waktunya.

.‫ ما ال تترتب آثاره عليه؛ كبيع المجهول‬:‫والفاسد من العقود‬


Fasid dalam akad : apa-apa yang pengaruh akad tersebut tidak berakibat padanya (tidak memiliki
dampak); seperti menjual sesuatu yang belum ditentukan.

،‫زؤًا‬33‫ واتخاذِ آياته ه‬،‫وكل فاسد من العبادات والعقود والشروط فإنه محرّم؛ ألن ذلك مِنْ تعدِّي حدود اهلل‬
. )1(‫وألن النبي صلّى اهلل عليه وسلّم أنكر على من اشترطوا شروطًا ليست في كتاب اهلل‬
Dan semua yang fasid (rusak) dalam ibadah, akad dan syarat-syarat maka itu adalah haram. Karena yang
demikian termasuk melampaui batasan-batasan Allah dan menjadikan ayat-ayat-Nya sebagai olok-olokan,
dan karena Nabi shollallohu alaihi wa sallam mengingkari orang yang mensyaratkan syarat-syarat yang
tidak ada dalam kitabullah (al-Qur'an ) ( lihat HR bukhari no ( 2155 ) dalam kitab ; al buyu' ( jual-beli ) bab:
jika mau menolak al musorro'at, dan muslim no ( 1504) dalam kitab : al 'iteq ( 2) bab ; sesungguhnya wala '
bagi yang memerdekakan.)

::‫موضعين‬ ‫والفاسد والباطل بمعنى واحد إال في‬

‫ه‬33‫ والباطل ما ارتد في‬،‫ُملا هيف ئطو ام دسافلا نأب امهنيب اوقّحرمِ قبل التحلل األول‬3
‫في اإلحرام؛ فر‬ :‫األول‬
.‫عن اإلسالم‬
‫ا‬3
3‫ل م‬3
3‫ والباط‬،‫اح بال ولي‬3
3‫في النكاح؛ فرقوا بينهما بأن الفاسد ما اختلف العلماء في فساده كالنك‬ :‫الثاني‬
.‫أجمعوا على بطالنه كنكاح المعتدة‬
 

Fasid dan batil memiliki makna yang sama kecuali dalam dua tempat

Yang pertama: dalam ihrom, para 'ulama membedakan keduanya, bahwa yang fasid adalah apabila
seorang yang ihrom menyetubuhi istrinya sebelum tahallul awal; dan yang batil adalah apabila seseorang
murtad dari Islam.

Yang kedua : dalam nikah; para 'ulama membedakan keduanya, bahwa yang fasid adalah apa-apa yang
diperselisihkan para 'ulama dalam kerusakannya, seperti nikah tanpa wali; dan batil adalah apa-apa yang
disepakati kebatilannya seperti menikahi wanita yang masih dalam `iddahnya.

Pengertian Hukum Islam (Syara') - Wajib, Sunnah, Makruh, Mubah, Haram


Wed, 16/09/2009 - 12:22am — godam64

Di dalam ajaran agama islam terdapat hukum atau aturan perundang-undangan yang harus dipatuhi oleh
setiap umat karena berasal dari Al-Qur'an dan Hadist. Hukum islam yang disebut juga sebagai hukum syara'
terdiri atas lima komponen yaitu antara lain wajib, sunah, haram, makruh dan mubah :

Penjelasan dan Pengertian/Arti Definisi Hukum-Hukum Islam :

1. Wajib (Fardlu)
Wajib adalah suatu perkara yang harus dilakukan oleh pemeluk agama islam yang telah dewasa dan waras
(mukallaf), di mana jika dikerjakan mendapat pahala dan apabila ditinggalkan akan mendapat dosa.
Contoh : solat lima waktu, pergi haji (jika telah mampu), membayar zakat, dan lain-lain.

Wajib terdiri atas dua jenis/macam :


- Wajib 'ain adalah suatu hal yang harus dilakukan oleh semua orang muslim mukalaf seperti sholah fardu,
puasa ramadan, zakat, haji bila telah mampu dan lain-lain.
- Wajib Kifayah adalah perkara yang harus dilakukan oleh muslim mukallaff namun jika sudah ada yang
malakukannya maka menjadi tidak wajib lagi bagi yang lain seperti mengurus jenazah.

2. Sunnah/Sunnat

Sunnat adalah suatu perkara yang bila dilakukan umat islam akan mendapat pahala dan jika tidak
dilaksanakan tidak berdosa. Contoh : sholat sunnat, puasa senin kamis, solat tahajud, memelihara jenggot,
dan lain sebagainya.

Sunah terbagi atas dua jenis/macam:


- Sunah Mu'akkad adalah sunnat yang sangat dianjurkan Nabi Muhammad SAW seperti shalat ied dan shalat
tarawih.
- Sunat Ghairu Mu'akad yaitu adalah sunnah yang jarang dilakukan oleh Nabi Muhammad SAW seperti
puasa senin kamis, dan lain-lain.

3. Haram

Haram adalah suatu perkara yang mana tidak boleh sama sekali dilakukan oleh umat muslim di mana pun
mereka berada karena jika dilakukan akan mendapat dosa dan siksa di neraka kelak. Contohnya : main
judi, minum minuman keras, zina, durhaka pada orang tua, riba, membunuh, fitnah, dan lain-lain.

4. Makruh

Makruh adalah suatu perkara yang dianjurkan untuk tidak dilakukan akan tetapi jika dilakukan tidak
berdosa dan jika ditinggalkan akan mendapat pahala dari Allah SWT. Contoh : posisi makan minum berdiri,
merokok (mungkin haram).

5. Mubah

Mubah adalah suatu perkara yang jika dikerjakan seorang muslim mukallaf tidak akan mendapat dosa dan
tidak mendapat pahala. Contoh : makan dan minum, belanja, bercanda, melamun, dan lain sebagainya.

Dari segi bahasa kalimah Fiqh bermaksud memahami. Pada asalnya ia bermaksud
memahami agama secara keseluruhannya. Namun kemudiannya dikhususkan ulamak
kepada memahami ajaran Islam yang berkaitan dengan hukum-hakam amali sahaja,
iaitu percakapan, perbuatan dan hal-ehwal luaran manusia tanpa menyentuh soal
aqidah dan akhlak.
Secara lebih jelas, ilmu Fiqh ditakrifkan oleh ulamak sebagai; "Ilmu berkenaan hukum-
hakam Syarak yangbersifat 'amali yang diperolehi dari dalil-dalilnya secara terperinci".

Huraian;

1. Para ulamak membahagikan hukum-hakamSyarak kepada tiga iaitu;


a) Hukum-hakam I’tiqad
b) Hukum-hakam ‘Amali
c) Hukum-hakam akhlak.
Medan pengajian ilmu Fiqh ialah yang kedua di atas iaitu hukum-hakam amali. Ilmu
Fiqh tidak menyentuh tentang hukum-hakam I’tiqad, begitu juga tidak menyentuh
tentang akhlak.

2. Perkataan Syarak bermaksud Allah dan Rasul. Dalil-dalil Syarak pada dasarnya ialah
Kitab Allah (yakni al-Quran) danSunnah RasulNya. Namun secara terperinci ia
merangkumi juga Ijmak, Qiyas dan sebagainya.

Apakah tujuan mempelajari ilmu Fiqh? 

Tujuan mempelajari ilmu Fiqh ialah untuk mengetahui hukum-hakam Syara’ mengenai
setiap tingkah laku manusiadan melaksanakan hukum-hakam tersebut dalam
kehidupan dalam segenap ruang dan lapisannya.

Ilmu Fiqh amat berguna sama ada kepada ulama’, mufti, qadhi mahupun orang awam
biasa. Bagi para ulama, mufti dan qadhi, mereka perlu mendalami ilmu ini untuk
mengajar orang ramai tentang hukum Syara’, memberi fatwa dan memutuskan
hukuman terhadap sesuatu kes.
Adapun orang awam, mereka perlu mengetahui ilmu ini agar dapat menjalani
kehidupan seharian bertepatan dengangaris panduan yang ditetapkan Syara’.

Apa maksud hukum Syarak?

Kita sebutkan tadi bahawa tujuan mempelajari ilmu Fiqh ialah untuk mengetahui hukum
Syara’ atas setiap perbuatan kita. Apa yang dimaksudkan dengan hukum Syara’?
Hukum Syara’ ialah "Ketetapan dari Allah ke atas perbuatan-perbuatan hamba yang
mukallaf sama ada ia perlu dilakukan atau perlu ditinggalkan atau diberi pilihan untuk
melakukannya atau meninggalkannya". Ketetapan ini diketahui berdasarkan penelitian
terhadap dalil-dalil Syara' iaitu al-Quran, as-Sunnah, Ijma', Qias dan sebagainya oleh
para ahli Fiqh atau Mujtahid.

Berapakah pembahagian hukum Syarak? 

Melihat kepada pengertian hukum di atas, dapat kita simpulkan bahawa perbuatan-
perbuatan hamba mengikut hukum Syarak berada dalam tiga bahagian besar;
Pertama; Perbuatan-perbuatan yang dituntut supaya dilakukan

Kedua; Perbuatan-perbuatan yang dituntut supaya ditinggalkan

Ketiga; Perbuatan-perbuatan yang diberi pilihan (yakni terserah kepada manusia sama
ada ingin melakukannya ataumeninggalkannya)

Kemudian, bahagian pertama dan kedua terbahagi pula kepada dua jenis;

Pertama; Yang dituntut secara jazam iaitu tuntutan mesti.

Kedua; Yang dituntut tidak secara jazam, iaitu tuntutan secara galakan sahaja, bukan
tuntutan mesti atau wajib.

Bagi bahagian pertama (iaitu perbuatan-perbuatan yang dituntut supaya dilakukan), jika
jenis tuntutan adalah jazam (yakni mesti), maka ia dinamakan wajib. Adapun jika jenis
tuntutan adalah tidak jazam (tidak mesti), iaitu hanya galakan sahaja, maka ia
dinamakan sunat. Bagi bahagian kedua pula (iaitu perbuatan-perbuatan yang dituntut
supaya ditinggalkan), jika jenis tuntutanadalah jazam (yakni mesti), maka ia dinamakan
haram. Adapun jika jenis tuntutan adalah tidak jazam (tidak mesti), iaitu hanya galakan
sahaja, maka ia dinamakan makruh.

Kesimpulan

Setelah memahami pengertian dan pembahagian hukum Syarak di atas, dapat kita
simpulkan perbuatan-perbuatan mukallaf mengikut hukum Syarak terbahagi kepada
lima jenis;

1. Yang wajib; iaitu perbuatan-perbuatan atau amalan-amalan yang mesti dilakukan di


mana jika ditinggalkan akan berdosa.

2. Yang sunat; iaitu perbuatan-perbuatan atau amalan-amalan yang digalakkan


melakukannya oleh Syarakiaitu diberi pahala sesiapa yang melakukannya, namun
tidaklah berdosa jika ditinggalkannya.

3. Yang haram; iaitu amalan-amalan atau perbuatan-perbuatan yang mesti ditinggalkan


di mana jika dilakukan akan berdosa.

4. Yang makruh; iaitu amalan-amalan atau perbuatan-perbuatan yang digalakkan


meninggalkannya iaitu diberi pahala kepada orang yang meninggalkannya (kerana
Allah), namun tidak dikira berdosa jika dilakukannya.

5. Yang mubah (harus); iaitu perbuatan-perbuatan atau amalan-amalan yang diserah


kepada pilihan manusia samaada ingin melakukannya atau meninggalkannya di mana
sebarang pilihannya tidak akan membawa implikasi dosa atau pahala.
Tidak ada perbuatan mukallaf dari sekecil-kecil hingga sebesar-besarnya melainkan
tertakluk dengan salah satudari hukum lima di atas.

Apa makna mukallaf? Siapakah yang dikatakan sebagai mukallaf?

Mukallaf ialah seorang yang telah mencukupi syarat untuk diberikan taklif Syarak (yakni
tuntutan dankewajipan Syarak). Orang yang mukallaf wajib mematuhi ketetapan agama
dan setiap perbuatan dan perlakuannya tertakluk dengan hukum yang telah ditetapkan
oleh agama sama ada wajib, haram, harus dan sebagainya tadi. Syarat-syarat mukallaf
ialah:
1. Telah sampai umur (yakni baligh)
2. Memiliki akal yang waras
3. Sampai dakwah kepadanya
4. Sempurna pancaindera, khususnya penglihatan atau pendengaran.

Siapakah orang-orang yang terkeluar dari kelompok mukallaf?

Dari takrif dan syarat-syarat mukallaf tadi, terkeluar dari kelompok mukallaf:
1. Kanak-kanak yang belum baligh. Kanak-kanak yang mati sebelum baligh, ia akan
selamat (dari siksaan Allah)sekalipun anak-anak orang kafir.
2. Orang gila atau tidak siuman
3. Orang-orang yang tidak sampai dakwah kepadanya termasuklah ahlul-fatrah iaitu
orang-orang yang hidup di antara zaman pengutusan Rasul (*yakni mereka jauh dari
Rasul yang terdahulu dan tidak berkesempatan dengan Rasul yang bakal datang) atau
hidup di zaman Rasul yang bukan diutuskan kepada mereka. Mereka akan selamat dari
siksaan Allah kerana tidak sampai dakwah kepada mereka.
(Rujuk: Hasyiyah Imam al-Baijuri ‘ala Jauharati-Tauhid, hlm. 67-68).

Apa cabang-cabang ilmu yang terkandung dalam ilmu Fiqh? 

Ilmu Fiqh merangkumi dua bahagian besar;

1. Ibadah; iaitu hukum-hakam yang menyentuh hubungan manusia dengan Tuhan. Ia


merangkumi ibadah solat, puasa,zakat, haji dan sebagainya.

2. Mu'amalat; iaitu hukum-hakam yang menyentuh hubungan manusia sesama


manusia. Cabang mu’amalat ini merangkumi pula bidang-bidang berikut;

a) Hukum-hakam tentang kekeluargaan yang merangkumi perkahwinan, perceraian,


perwarisan, nafkah dan sebagainya.

b) Hukum-hakam tentang harta seperti jual-beli, sewa-menyewa, gadaian, jaminan dan


sebagainya.

c) Hukum-hakam tentang sistem pemerintahan dan pentadbiran negara merangkumi


kewajipan melantik ketua negara, tanggungjawab ketua negara/pemimpin dan hak dan
kewajipan rakyat/warga negara.

d) Hukum-hakam tentang kehakiman/pengadilan merangkumi membuat keputusan (al-


qadha), pendakwaan, prinsip-prinsip hukuman, kesaksian, sumpah, keterangan dan
sebagainya.

e) Hukum-hakam tentang ahli Zimmah (orang bukan Islam yang mendiami dalam
negara Islam) merangkumi hak-hak dan tanggungjawab mereka terhadap negara dan
sebagainya.

f) Hukum-hakam tentang hubungan antarabangsa merangkumi hubungan negara Islam


dengan negara-negara luar di masa damai atau ketika perang.

g) Hukum-hakam tentang kewangan negara merangkumi sumber-sumber pendapatan


negara dan perbelanjaan-perbelanjaannya.

h) Hukum-hakam tentang jenayah dan hukuman; merangkumi penetapan perkara-


perkara yang terlarang dan hukuman-hukumannnya, cara-cara menetapkan/mensabit
kesalahan-kesalahan jenayah dan perlaksanaan hukuman terhadapnya.

Apakah sumber-sumber ilmu Fiqh?

Sumber-sumber ilmu Fiqh bermaksud dalil-dalil yang menjadi sandaran ahli-ahli Fiqh
(Faqih atau Fuqahak) dalam mengeluar hukum-hakam Fiqh. Ia terdiri dari sumber-
sumber asal dan sumber-sumber sokongan. Sumber asal bagi ilmu Fiqh ada dua
sahaja iaitu;

1. Al-Quran
2. As-Sunnah

Sumber-sumber sokongan bermaksud dalil-dalil tambahan yang membantu ahli-ahli


Fiqh untuk mengeluarkanhukum-hakam Fiqh menepati prinsip sumber asal di atas (al-
Quran dan as-Sunnah). Ia terdiri dari;

1. Ijmak
2. Qiyas
3. Istishab
4. Masalih Mursalah
5. Istihsan
6. 'Uruf
7. Syari'at terdahulu

Kata fiqh yang berasal dari bahasa arab mempunyai makna etimologi al-fahm (memahami). Sedangkan
arti terminologinya adalah mengetahuai sesuatu yang menjadi hak maupun kewajiban seseorang, atau
mengetahui hukum-hukum partikular (juz’i) berdasar dalil-dalilnya. Definisi seperti ini dikemukakan oleh
Imam Abu Hanifah yang cenderung memaknai fiqh secara umum dan mencakup hukum-hukum
i’tiqadiyyat (keimanan), wijdaniyyat (akhlaq-tashawuf), dan ’amaliyyat (hukum praktis keseharian).
Mengingat cakupannya yang begitu menyeluruh seperti ini maka fiqh dalam madzhab hanafiyyah dikenal
dengan sebutan al-fiqh al-akbar sesuai perkembangan fiqh pada era madzhab ini yang belum
didiversifikasi menjadi sebuah disiplin ilmu tersendiri. 
Kondisi seperti ini berbeda dengan era madzhab-madzhab fiqh sesudahnya di mana para tokohnya
cenderung memisahkan pembahasan fiqh secara monografis dan terpisahkan dari kajian tentang tauhid
maupun tashawuf. Dalam kaitan ini, menurut al-Syafi’i fiqh adalah mengetahui hukum-hukum syar'i yang
bersifat ‘amali (praktis) dan diperoleh melalui proses istinbath hukum berdasarkan dalil-dalil tafshili
(terperinci). Dari definisi ini dapat dikemukakan bahwa fiqh merupakan hukum-hukum operasioanal yang
sangat praktis dan aplikatif sebagai preskripsi dan panduan manusia mukallaf dalam menjalankan
aktivitas kesehariannya dalam kehidupan beragama dan bermasyarakat. Selain itu, apa yang bisa
digarisbawahi dari definisi tadi bahwa ketentuan fiqh dilandaskan pada dalil-dalil syar’i yang sangat
transendental dan dalam proses pengambilan postulasi hukumnya memerlukan keterlibatan nalar ijtihad
atan istinbath.
Pada prinsipnya, setiap hukum yang melekat pada berbagai peristiwa dan kejadian mempunyai pijakan
dalil berupa wahyu. Namun demikian, tidak semua pijakan wahyu dapat tergambarkan secara tersurat
dalam lembaran teks al-Qur'an maupun al-Hadith. Sebaliknya, tidak sedikit pijakan wahyu yang hanya
mengungkapkan persoalan hukum secara tersirat. Atas dasar itu maka dalil wahyu sesungguhnya dapat
dibagi menjadi dua jenis, yaitu:
1. Dalil juz'i / tafshili , yaitu dalil-dalil terperinci berupa teks wahyu yang menunjukkan hukum-hukum
tertentu secara tersurat. Seperti teks wahyu yang dengan lugas menunjukkan hukum wajib melakukan
shalat fardu, puasa ramadhan, haram berbuat zina, mencuri, mengalirkan darah sesamanya dan lain-lain.
2. Dalil kulli / ijmali, yaitu dalil global yang tidak menunjukkan ketentuan-ketentuan hukum tertentu secara
tersurat, tetapi cukup secara tersirat berupa indikator-indikator. Seperti teks hadith yang berbunyi:
‫ال ضرر وال ضرار‬
Artinya: Tidak boleh melakukan kemudaratan (HR Imam Ibnu Majah).
Hadith ini tidak secara tersurat menunjukkan hukum haram terhadap peristiwa tertentu. Sebaliknya, tidak
sedikit jumlah peristiwa yang ketentuan hukumnya dilandaskan pada hadith ini. Seperti keharaman
mengonsumsi narkoba serta perbuatan-perbuatan lain yang dapat mumudaratkan diri sendiri maupun
orang lain. 
Jenis dalil pertama (juz’i) jelas merupakan acuan fiqh sebagaimana disebutkan secara tersurat dalam
definisi fiqh tadi. Namun demikian, bukan berarti jenis dalil kedua (kulli) sama sekali tidak bersentuhan
dengan proses pembentukan fiqh. Sebab, objek pembahasan ushul fiqh sebagai metodologi istinbath
adalah berkaitan dengan dalil-dalil yang bersifat kulli ini untuk membuat rumusan kaidah-kaidah yang
mempunyai fungsi memudahkan proses istinbath atau penggalian hukum-hukum operasional. Dengan
ungkapan lain, kaidah-kaidah ushuliyyah yang sangat dibutuhkan Mujtahid dalam kerja akademiknya
untuk menggali hukum-hukum operasional bisa disebut juga sebagai dalil kulli karena ia dibangun
berdasarkan dalil-dalil wahyu yang mengungkapkan secara umum dan garis besar dan dipadukan
dengan unsur logika aksioma.
Karena itu dalil kulli dan juz’i dalam konteks penggalian dan perumusan hukum-hukum (fiqh) mempunyai
hubungan sangat erat dan hampir tidak bisa dipisahkan satu sama lain. Artinya, dalam rangkaian kerja
istinbath al-ahkam (penggalian hukum-hukum) selain diperlukan dali-dalil juz’i yang tersurat dalam teks
wahyu, juga tidak bisa mengabaikan dalil-dalil kulli baik berupa prinsip-prinsip umum seperti tersirat
dalam kandungan teks wahyu maupun kaidah-kaidah ushuliyyah yang sebenarnya juga dikreasi dan
diadopsi dari kandungan teks wahyu. Seperti kaidah yang mengatakan bahwa hukum asal dari teks yang
berisi perintah adalah wajib; hukum asal dari larangan dalam sebuah teks adalah haram; lafadz umum
berlaku keumumannya selama tidak dijumpai pengkhususan dalam teks lain; dan lain-lain.
Dengan demikian, fiqh sebagai produk istinbath yang dikreasi dengan menggunakan metodologi ushul
fiqh dapat disebut sebagai unsur aplikasi dalam struktur ajaran agama. Sebab, fiqh dengan proses
penggaliannya seperti dijabarkan tadi merupakan hukum-hukum praktis (‘amaliyyah) dan aplikatif
(tathbiqiyyah) yang langsung bersentuhan dengan kehidupan mukallaf dalam pranata sosial mereka
sehari-hari. Dalam kehidupan beragama dan bermasyarakat, tidak ada satu pun perbuatan mukallaf yang
tidak mengandung implikasi hukum. 
Dalam konteks inilah fiqh (hukum Islam) mempunyai peran sangat sentral dalam penentuan arah
kemaslahatan ummat baik di dunia maupun di akhirat. Untuk kemaslahatan akhirat lalu dimunculkanlah
fiqh ibadah menyangkut hubungan vertikal seorang hamba dengan Tuhan Penciptanya. Sebaliknya untuk
mengapresiasi kemaslahatan dunia yang profan lalu muncullah fiqh mu’amalah dengan beragam varian
dan implikasinya. Dengan kenyataan seperti itu, fiqh merupakan pilar penting dalam struktur ajaran
agama secara keseluruhan. Fiqh tak lain merupakan aturan konkret dalam upaya merespons aneka
persoalan dan peristiwa hukum yang terus menegmuka sepanjang sejarah kemanusiaan. 
Diterbitkan di: Januari 29, 2011   Diperbarui: Januari 29, 2011

Lebih lanjut tentang: Pengertian Fiqh 


PENDAHULUAN

Hukum syarak ialah titah Allah yang berkaitan dengan perbuatan mukallaf sama ada berbentuk
tuntutan(‫)اقتضاء‬, pilihan(‫ )تخيير‬dan peletakan jadi(‫)وضعي‬. Pembahagian hukum syarak yang disepakati
oleh jumhur ulama terdiri daripada dua bahagian iaitu hukum taklifiyy dan hukumwad’iyy.

           

Hukum taklifiyy adalah perbuatan yang dituntut oleh Allah ke atas mukallaf supaya melakukan
atau meninggalkan sesuatu perbuatan atau memilih sama ada melakukan atau tidak perbuatan
tersebut. Hukum wad’iyy pula merupakan tuntutan menjadikan sesuatu itu sebagai sebab atau syarat
atau penghalang ke atas wujudnya sesuatu hukum.

Menurut jumhur, hukum taklifiyy terbahagi kepada lima iaitu wajib, sunat, makruh, haram dan
harus. Manakala hukum wad’iyy  pula terbahagi kepada tiga iaitu sebab, syarat dan penghalang.

Walau bagaimanapun, ulama Hanafi menetapkan bahawa hukum taklifiyy mengandungi hukum


lain yang dibezakan dengan wajib iaitu fardu. Terdapat perbezaan pendapat di kalangan jumhur ulama
dengan ulama Hanafi berkenaan dengan pengertian hukum wajib dan fardu. Menurut jumhur ulama
wajib dan fardhu mengandungi pengertian yang sama, tanpa membezakan dalil-dalil yang mendasarinya
(Wahbah al-Zuhaili 1995 : 125) manakala ulama Hanafi membezakan antara keduanya. Di dalam kertas
kerja ini, akan dibincangkan pengertian fardu dan wajib menurut pendapat jumhur ahli usul dan ulama
Hanafi.

FARDHU DAN WAJIB MENURUT JUMHUR AHLI USUL DAN MAZHAB HANAFI

Istilah fardhu dan wajib mempunyai perbezaan dari segi pensabitan dalil dan maknanya. Ia terjadi di
kalangan jumhur ahli usul dan mazhab Hanafi yang mempunyai pendapat berbeza untuk menyabitkan
fardhu dan wajib dari segi pensabitan dalil qat’iyy  atau zanniyy.

Menurut jumhur ulama, fardhu dan wajib mengandungi makna yang sama. Fardhu adalah wajib
dan wajib adalah fardhu. Kedua istilah ini tidak mempunyai sebarang perbezaan. Perbuatan yang
dituntut oleh Allah dengan tuntutan yang pasti dan mesti adalah wajib sama ada ia disabitkan dengan
dalil yang qat’iyy  atau zanniyy. (cAbd al-Ra’uf Mufdi Kharabisah 2005 : 176)
Sebaliknya Hanafi berpendapat fardhu dan wajib adalah dua perkara yang berbeza. Fardhu
mempunyai martabat yang lebih tinggi dari wajib kerana fardhu disabitkan dengan dalil
yang qat’iyy  melalui al-Quran, sunnah mutawatir atau ijma’. Manakala wajib pula disabitkan dengan
dalil zanniyy  seperti khobar ahad dan  qiyyas.

PUNCA PERBEZAAN PENDAPAT ANTARA JUMHUR AHLI USUL DAN MAZHAB HANAFI

Perbezaan antara dua pendapat ini berkait dengan perbezaan dalam memahami
makna lughawi(bahasa)  bagi istilah wajib dan fardhu itu. Fardhu dari segi bahasa adalah ‘putus’ (‫)القطع‬,

‘memberi kesan’ (‫)الت أثري‬ atau ‘ukuran’ (‫)التق دير‬. Manakala wajib pula bermakna ‘gugur’ (‫)الس قوط‬ dan

‘pensabitan’  (‫)الثبوت‬.  (cAbdul Raof Mufdi Kharobis cAbd al-Ra’uf Mufdi Kharabisah  2005 : 176)

Berdasarkan daripada makna lughawi  di atas, dari segi makna ‘putus’ (‫)القطع‬ dan ‘memberi

kesan’(‫ )التأثري‬pada fardhu dan makna ‘gugur’ (‫)السقوط‬  pada wajib, ia menunjukkan perbezaan antara

keduanya kerana makna ‘putus’(‫)القطع‬  dan ‘memberi kesan’  (‫)التأثري‬ adalah lebih kuat daripada makna

‘gugur’ (‫)السقوط‬. (cAbdul Raof Mufdi Kharobisah 2005 : 176)

Manakala makna lughawi  bagi makna ‘ukuran’ (‫)التقدير‬ pada fardhu dan makna ‘pensabitan’ (

‫)الثب وت‬ pada wajib pula tidak menunjukkan perbezaan makna yang signifikan antara keduanya. Ini
kerana ‫التق دير‬  dan ‫الثب وت‬ mempunyai makna yang lebih umum daripada yang disabit
dengan qaţ’iyy  dan zanniyy.  (cAbdul Raof Mufdi Kharobisah 2005 : 176)

Hujah-hujah Jumhur :

Menurut jumhur, fardhu dan wajib mempunyai makna yang sama. Tiada perbezaan di antara kedua
istilah ini. Manakala Hanafi pula mengatakan fardhu dan wajib mempunyai perbezaan dari segi
pensabitan dalil. (Muhammad Sulaiman Abdullah al-Ashqar 2001 : 26) Di sini kami membincangkan
hujah-hujah jumhur yang mengatakan fardhu dan wajib adalah sama serta bidasan-bidasan untuk
menjawab semula kenyataan Hanafi. Antara hujahnya adalah:-
a)     Jika fardhu didefinisikan sebagai pensabitan melalui jalan yang putus, maka takrif itu boleh juga
termasuk dalam perkara yang sunat kerana sunat juga disabitkan dengan jalan yang putus. ( cAbd al-Ra’uf
Mufdi Kharabisah 2005 : 176)

            Namun demikian, ulama Hanafi membidas penyataan tersebut. Menurut mereka fardhu mesti
mengandungi  dua syarat :

                          i.          Ia mesti mengandungi makna wajib

                        ii.          Pensabitannya dengan dalil yang qat’iyy

Dua syarat ini tidak boleh dipisahkan. Walaupun sunat disabitkan dengan dalil yang putus tetapi ia tidak
mengandungi makna wajib. Oleh itu, takrif sunat tidak boleh diertikan sebagai fardhu.

            Jumhur ulama bersetuju dengan dua syarat tersebut, tetapi menurut mereka jika ia mengandungi
makna wajib, maka pensabitannya boleh disabitkan dengan dalil qat’iyydan juga dalil zanniyy. (cAbd al-
Ra’uf Mufdi Kharabisah 2005 : 177) Oleh yang demikian, fardhu dan wajib tiada perbezaan kerana untuk
mensabitkan ia fardhu ia mesti mengandungi makna wajib. Jadi tiada perbezaan antara keduanya.

b)     Mengkhususkan fardhu itu melalui pensabitan dengan cara yang qat’iyy   tanpa ada dalil daripada syarak
dari sudut bahasa dan syarak maka ia terbatal. ( cAbd al-Ra’uf Mufdi Kharabisah 2005 : 178)

                                                                                      

Hujah ini dibidas oleh mazhab Hanafi. Mereka mendakwa ahli bahasa telah membezakan di
antara kedua-duanya : fardhu itu membawa makna ‘kesan’ (‫ )تاثير‬, manakala wajib pula adalah ‘gugur’(
‫)سقوط‬. Apabila terdapat kesan dan gugur, di sini mereka lebih cenderung mengutamakan fardhu (kesan)
iaitu dengan jalan yang qat’iyy. Maka, di sini terdapat perbezaan.

Walau bagaimanapun, jumhur menjawab semula bidasan mazhab Hanafi di atas.  Sebab yang
menunjukkan kepada wajib dan kekuatan sebahagian ke atas sebahagian yang lain tidak menyebabkan
perbezaan pada kedua-dua perkara tersebut. Ini kerana perkara yang sunat walaupun disabitkan melalui
hadis yang mutawatir mahupun ahad, ia tetap dinamakan sebagai sunat. Oleh yang demikian walaupun
terdapat perbezaan dalil pensabitan diu antara fardhu dan wajib, ia tidak memberi sebarang erti dan
mempunyai makna tuntutan secara pasti.

c)      Makna lafaz wajib lebih kuat daripada makna lafaz fardhu kerana lafaz fardhu mempunyai makna lain
selain makna wajib. Lafaz fardhu tidak membawa makna wajib kecuali pada lafaz fardhu itu dilihat dari
segi penggunaannya yang mengandungi ‘kadar”.

Ini kerana makna fardhu itu membawa makna yang banyak antaranya:
                           i.          Kadar. Contohnya hakim mengkadarkan pemberian nafkah kepada wanita.

                         ii.          Inzal, seperti firman Allah Ta’ala:

 
  
Maksudnya: Sesungguhnya Allah yang mewajibkan kepadamu (beramal dan menyampaikan) Al-Quran
(Wahai Muhammad) sudah tentu akan menyampaikan Engkau lagi kepada apa yang Engkau ingini dan
cintai.

                       iii.          Bayan, seperti firman Allah Ta’ala.

  
Maksudnya: (Ini adalah) satu surat yang kami turunkan dan kami wajibkan (menjalankan hukum-hukum
yang ada di dalam)nya.

Berdasarkan kepada dalil-dalil tersebut jelaslah wajib hanya membawa kepada satu makna sahaja, iaitu
makna gugur. Misalnya ‫وجب الحائط‬  iaitu dinding runtuh, dan  ‫ الشمسوجبت‬iaitu terbenam matahari. Maka,
kebarangkalian makna lafaz fardhu itu lebih banyak berbanding  lafaz wajib. Oleh itu, penggunaan
makna yang qat’iyy kepada lafaz wajib adalah lebih kuat berbanding lafaz fardhu. ( cAbd al-Ra’uf Mufdi
Kharabisah  2005 : 179)

d)     Menurut jumhur, wajib itu pelaku iaitu sesiapa yang melakukannya akan mendapat pahala, manakala
yang meninggalkannya mendapat dosa. Perkara ini turut digunakan kepada istilah fardhu juga, maka
kedua-duanya memberi makna yang sama serta tidak ada perbezaan baginya. Contohnya seperti yang
terdapat pada kalimah al-nadbu dan al-nafl, kedua-duanya mempunyai makna yang sama, iaitu
seseorang itu berhak mendapat pahala jika melakukannya dan tidak diseksa meninggalkannya. ( cAbd al-
Ra’uf Mufdi Kharabisah 2005 : 179)

            Dalam persoalan ini, mazhab Hanafi membidas pendapat Jumhur yang menurut mereka ‘kami
bersepakat bahawa fardhu itu adalah sama dari segi memperoleh pahala dan dosa’ tetapi ia berbeza
keduanya dari segi bentuk yang lain, iaitu melalui pensabitannya sama ada dengan
jalan qat’iyy’atau zanniyy.

             

Hujah  Hanafi :

Allah Ta’ala berfirman :

  
Maksudnya: Maka mereka berhak mendapat separuh dari maskahwin.. (Al-Baqarah: 237).

Merujuk kepada ayat di atas perkataan ( ) membawa maksud telah ditentukan atau


telah dihadkan. Bagaimanapun, hujjah ini telah dibidas oleh Jumhur yang membincangkan tentang hak
terhadap mahar musamma dari segi kadarnya yang telah ditentukan, dan suruhan ini adalah tidak wajib
untuk dilaksanakan jika secara yang pasti, bahkan hak boleh dilepaskan oleh wanita itu dan tidaklah dia
berdosa sedangkan ia fardhu jika tidak dilaksanakan maka berdosa malah lelaki juga boleh
menggugurkan haknya terhadap harta perwarisan. Jadi penggunaan fardhu disini tidaklah menepati
maksud yang dikehendaki oleh Hanafi.

Dan Allah telah berfirman dalam ayat yang lain yang berbunyi:

   
Maksudnya: ini ialah satu "surah" Yang Kami turunkan, dan Kami wajibkan hukum-hukumnya...

Perkataan (  ) merujuk kepada  sesuatu yang diputuskan secara qat’iyy, yang


tidak boleh dikurangkan atau dilebihkan.   (cAbd al-Ra’uf Mufdi Kharabisah 2005 : 179)

            Daripada ayat ini jumhur membidas semula yang menerangkan hukum-hukum dalam surah yang
diturunkan  untuk menerangkan bukti kepada umatnya.

PERBEZAAN PENGGUNAAN ISTILAH FARDHU DAN WAJIB DARI SEGI LAFAZ ATAU
MAKNA

Seperti yang telah diketahui bahawa menurut jumhur, fardhu dan wajib merupakan dua lafaz yang
mempunyai makna yang sama. Manakala menurut mazhab Hanafi, fardhu dan wajib itu adalah
lafaz  yang  berbeza, ini berdasarkan kepada kekuatan fardhu itu adalah lebih kuat daripada wajib.
Walau bagaimanapun, adakah perselisihan ini hanya berlaku pada lafaz atau pun memberi kesan pada
makna sahaja? Di sini kami mengemukakan dua pandangan yang berbeza di dalam kitab karangan Abdul
Karim bin Ali bin Muhammad Al-Namlah. Dua pandangan tersebut adalah : ( cAbdul Karim bin Ali bin
Muhammad Al-Namlah 1999 : 99)

1)     Perselisihan berkait dengan lafaz dan makna. Di dalam pensabitan fardhu, mazhab Hanafi merujuk
kepada orang yang mengingkari fardhu akan menyebabkan seseorang itu menjadi kafir manakala, orang
yang mengingkari wajib tidak akan menyebabkan seseorang itu menjadi kafir. (cAbdul Karim bin Ali bin
Muhammad Al-Namlah 1999 : 99)
Di dalam bab feqah, terdapat perselisihan pendapat antara jumhur ulama dan ulama Hanafi
tentang pembacaan ayat al-Quran dan bacaan Fatihah di dalam solat. Menurut ulama Hanafi, apabila
seseorang itu tidak membaca al-Quran di dalam solatnya maka solatnya batal kerana membaca ayat al-
Quran itu hukumnya fardhu dan ditetapkan dengan dalil qat’iyy. (H. Nasrun Haroen 1996 : 224). Firman
Allah di dalam surah al-Muzammil : 20 :


Maksudnya:  maka bacalah ayat yang termudah bagimu.

Apabila seseorang itu tidak membaca al-Fatihah di dalam solatnya maka solatnya tidak batal
kerana menurut mereka membaca al-Fatihah itu disandarkan kepada dalilzanniyy iaitu sabda Rasulullah
s.a.w:

ِ َ‫الَ صالََة لِمن مَل ي ْقرأْ بَِفاحِت َ ِة الْ ِكت‬


    ‫اب‬ ََْ َْ َ
Maksudnya: tidak solat seseorang yang tidak membaca kitab al-Fatihah.     

Di samping itu, para ulama Hanafi  juga mengatakan bahawa kalimah ‫صالَ َة‬
َ َ‫ال‬dalam hadis itu
membawa erti ‘tidak sempurna solat’, bukannya  membawa erti ‘tidak sah solat’ seperti yang difahami
oleh jumhur ulama. (H. Nasrun Haroen 1996 : 224)

2)     Perbezaan di antara jumhur dan mazhab Hanafi ini hanyalah  pada lafaz dan  bukan pada makna.
Sebenarnya, kedua-dua mazhab ini bersetuju pada makna fardu dan wajib tetapi mereka ini berselisih
pendapat dalam lafaz, ungkapan, dan istilah sahaja.  (cAbdul Karim bin Ali bin Muhammad Al-Namlah
1999 : 100) 

KESIMPULAN

Perbezaan yang terdapat di kalangan jumhur ulama  dan ulama Hanafi dalam mengertikan istilah wajib
dan fardhu adalah berkisar dari sumber dalil yang digunakan untuk mengetahui sesuatu hukum.

Bagi ulama Hanafi, jika hukum itu disabitkan dengan dalil qat’iyy, ia disebut sebagai fardhu.
Contohnya seperti rukun Islam yang lima dan sembahyang lima waktu itu dikatakan fardhu kerana
disabitkan melalui ayat al-Quran. Membaca al-Quran di dalam sembahyang, ia adalah           fardhu
kerana sumbernya adalah dari hadis mutawatir.
Jika sumbernya adalah dalil zanniyy, ia dikatakan sebagai wajib. Misalnya, membaca fatihah di
dalam sembahyang, ia wajib kerana sumbernya adalah hadis ahad. Begitu juga dengan sembahyang
witir dan sembahyang dua hari raya.

Jumhur ulama pula berpendapat, tidak kira sama ada ia bersumberkan dalil
yang qat’iyyatau zanniyy, ia dinamakan dengan wajib ataupun fardhu. Wajib dan fardhu bagi mereka
tidak ada bezanya.

 RUJUKAN

Al-Quran

c
Abd al-Ra’uf Mufdi Kharabisah. 2005. Manhaj al-Mutakallimin Fi  Istinbat  al-Ahkam al-Shari’ah. Beirut: Dār Ibn
Hazm.

Abdul Karim bin Ali bin Muhammad Al-Namlah. 1999.    al-Khilaf al-Lafzi  ‘ind al-Usuliyyin. Al-Riyād : Maktabah
Rushd.

H. Nasrun Haroen. 1996. Ushul Fiqh 1. Jakarta: Logos Publishing House.

Muhammad Sulaiman Abdullah al-Ashqar. 2001. Al-Wadih Fi  Usul Fiqh. Jordan: Dār al-Nafais.

al-Zuhaili, Wahbah. 1995. al-Wajiz Fi  Usul al-Fiqh. Damsyiq: Dār al-Fikr.

Imam Asim, riwayat Imam Hafs Dan Aliran As-Syatibiy


Sebaiknya kita bermula dengan mengenali Imam Asim , riwayatnya Hafs dan aliran as-Syatibiy
sebelum kita memulakan pelajaran Ilmu Tajwid . Ini kerana daripada qiraat [bacaan] dan aliran
merekalah kita beramal dan menjadi bacaan utama negara.
Biografi Imam Asim [‫عاصم‬ ]

 Namanya Asim bin Abi an-Najud al-Asadiy al-Kufiy. Dikenali juga dengan panggilan Abu
bakar. Ada yang berkata ayahnya bernama Abdullah dan maknya bernama Bahdalah . Beliau
merupakan seorang alim dan guru al-Quran di Kufah .
Salah seorang daripada Imam Qurra Sepuluh . Hidup dari kalangan al-Tabi in . Menerima
hadith daripada Abi Ramthah Rifa’ah a-Tamimiy dalam musnad Ahmad bin Hanbal  dan al-Harith bin
Hassªn al-Bakriy dalam kitab Abi al-Qasim bin Sallam , kedua-dua mereka adalah sahabat kepada
Asim.
Gabungan di antara kefasihan dan kemahiran , kemampuan menyusun dan memperelokkan
bacaan al-Quran , menjadikan beliau seorang yang terbaik suara bacaan al-Quran , dan dipuji oleh
ramai imam-imam , dan menerima bacaannya secara talaqqi .
Setelah ketiadaan Imam Abi AbdurRahman al-Salamiy yang merupakan gurunya , beliau
menjadi tempat rujukan daripada seluruh pelusuk masyarakat untuk mempelajari bacaan al-Quran .
Antara muridnya yang masyhur dan meriwayat bacaan daripadanya ialah Imam Hafs dan
Imam Syu’bah . Daripada bacaan yang diperturunkan kepada Imam Hafs kita mengambil bacaan
Imam Asim. Jadi dikira bacaan kita sekarang ialah bacaan riwayat Hafs daripada Qiraat
Asim .
Ada yang kata beliau meninggal dunia pada akhir tahun 127H, dan ditanam di as-Samawah
menghala ke Syam . Ada yang kata beliau meninggal di Kufah pada tahun 128H .
Sanad Imam Asim yang sampai daripada RasululLah diambil daripada Ali bin Abi Talib k .w
melalui AbdurRahman al-Salamiy dan AbdulLah bin Mas ud r.a melalui Zar bin Habisy al-Asadiy , dan
ramai lagi dari kalangan para sahabah .
Manakala sanad RasululLah dan bacaan yang diperturunkan kepada Hafs adalah bacaan yang
diambil daripada Ali bin               Abi Talib k .w melalui AbdurRahman al-Salamiy , dan bacaan yang
diperturunkan kepada Syu’bah adalah bacaan yang diambil daripada  AbdulLah bin Mas ud r.a melalui
Zar bin Habisy al-Asadiy.

Biografi Imam Hafs [‫]حفص‬


            Namanya ialah Hafs bin Sulaiman bin al-Mughirah bin Abi Daud al-Asadiy al-Kufiy al-Bazzaz
[penjual pakaian] . Dikenali dengan Hufais . Merupakan kawan dan anak tiri kepada Imam Asim . Ia
juga digelar Abu Amru.
Membaca al-Quran secara bertalaqqi  di hadapan Asim dan menjadi mahir sehingga disaksikan
sebagai salah seorang ulama . Sesungguhnya beliau sangat banyak menghafal . Imam as-Syatibiy
pernah memuji Imam Hafs dengan katanya :
‫ ُمفَضَّال‬  َ‫ َكان‬ ‫اإل ْتقَا ِن‬ ٍ ‫َوح ْف‬
ِ ِ‫ َوب‬ ‫ص‬
[ “….Hafs adalah seorang yang mahir dalam membaca al-Quran dan mempunyai kelebihan...” ]

Oleh kerana itulah riwayatnya masyhur dan banyak imam-imam menerima  bacaannya secara
talaqqi termasuk sahabat-sahabatnya . Tidak menjadi pelik kerana Imam Asim sebagai bapa tiri yang
mendidiknya sendiri . Setelah Imam Asim meninggal , beliau pula menjadi tempat menimba bacaan
al-Quran oleh masyarakat dalam tempoh yang agak lama .
Abu Yahya bin Muayyin pernah berkata : “Riwayat yang sahih yang pernah diriwayatkan 
daripada Imam Asim ialah riwayat Umar Hafs bin Sulaiman  ” . “Beliau adalah murid Asim yang paling
berpengetahuan dan sebutan hurufnya lebih rajih dan tepat berbanding Syu’bah”  kata Abu Hisyam al-
Rifa’i. Kata al-Zahabiy : “Bacaannya dipercayai , terbukti dan tepat” .  Ibn al-Munadiy ada
berkata : “Dia membaca al-Quran di hadapan Asim secara berterusan . Orang-orang dulu
berpendapat beliau mendahului Syu’bah dalam menghafal. Mereka menyifatkan sebutan hurufnya
tepat yang pernah ia pelajari  daripada Asim. Beliau mengajar         al-Quran dalam tempoh yang
lama”  .
Beberapa orang tokoh ulama telah mendengar dan mengambil bacaannya secara berdepan ,
antaranya Hussain bin Muhammad al-Marwaziy , Amru bin as-Sobah , Abid bin AsSobah , al-Fadlu bin
Yahya al-Ambariy , Abu Syuib al-Qawas dan ramai lagi.
Mengikut riwayat yang sahih beliau lahir pada tahun 90H dan meninggal pada tahun 180H.

Biografi Imam as-Syatibiy [‫]الشَّا ِطبِى‬


            Namanya ialah Abu al-Qasim bin Fayyurah bin Khalaf bin Ahmad al-Ra’iniy as-Syatibiy al-
Andalusiy . Lahir pada tahun 538 di Syatibah iaitu salah sebuah perkampungan di Andalus .
            Mempelajari Ilmu Qiraat daripada Imam Abi al-Hasan Ali bin Hazil al-Balansiy , bersambung
daripada Abi Daud Sulaiman bin Najah , bersambung daripada Imam Abi Amru Uthman bin Said ad-
Daniy [pengarang kitab Qiraat at-Taisir]. Beliau juga mempelajari Ilmu Qiraat daripada Imam Abi
AbdulLah Muhaammad al-‘As an-Nafaziy bersambung daripada para alim sezamannya .
            Beliau amat dikenali  dan terkenal dengan kitab Qiraat Tujuh yang berjudul “Hirzul Amani wa
Wajhut Tahani” yang bersandarkan kepada kitab at Taisir Imam Amru ad Daniy dan tersusun
daripadanya 1173 bait.
            Meninggal dunia selepas asar di Mesir pada 8 Jamadil Akhir tahun 590H .  Beliau di
kebumikan di Qarafah , berhampiran lereng bukit al-Maqtam . Wallahu a'lam.

You might also like