You are on page 1of 3

Hukum Saktah dalam al-Quran

Ahad, 21 Jun 2009 di 3:32:00 AM | Dicatat oleh AbuYazid

Salah satu bab yang kita pelajari didalam Ilmu Tajwid adalah mengenai hukum saktah. Saktah
menurut bahasa membawa erti berdiam.

Menurut istilah Ilmu Tajwid saktah bermaksud: Menghentikan bacaan sekejap tanpa menukar nafas
dengan kadar masa dua harakat dan menyambung kembali bacaan dengan nafas yang sama.

Sebahagian Ulama’ Qurra’ menjelaskan bahawa saktah adalah sejenis waqaf yang lemah lembut
tanpa bertukar nafas. Tujuan bacaan saktah adalah untuk mengasingkan antara dua patah perkataan
supaya tidak menimbulkan kesamaran kepada pengertian ayat-ayat tertentu.

Didalam al-Quran Rasm Uthmani terdapat tanda huruf sin kecil ( ‫ ) س‬terletak diatas huruf akhir pada
beberapa kalimah untuk menunjukkan berlaku hukum saktah pada kalimah itu.

Bacaan saktah bagi riwayat Hafs dari Qiraat Imam ‘Asim menurut Toriq al-Syatibi terdapat pada
empat tempat tanpa khilaf:

1) Saktah di atas Alif pada kalimah ‫( عوجا‬Surah al-Kahfi: 1)

2) Saktah di atas Alif pada kalimah ‫( من مرقد نا‬Surah Yasin: 52)

3) Saktah di atas Nun pada kalimah ‫ ( وقيل من راق‬Surah al-Qiyamah: 27)

4) Saktah di atas Lam pada kalimah ‫ ( بل ران‬Surah al-Mutaffifin: 14)

Dan harus bagi bacaan riwayat Hafs di atas ha’ pada kalimah ‫( ما ليه هلك‬Surah al-Haqqah:28) dua
wajah bacaan:

1) Mengizharkannya serta saktah.

2) Mengidghamkannya.
Maka ini semua adalah contoh serta hukum bacaan saktah bagi riwayat Hafs dari Qiraat Imam ‘Asim
menurut apa yang diriwayatkan oleh al-Imam al-Syatibi didalam kitabnya yang masyhur dan amat
banyak keberkatan dan faedah yang berjudul Hirzul Amani wa Wajhut Tahani.

Bacaan saktah berlaku apabila kita membaca satu ayat secara sambung tanpa waqaf, jika bacaan
saktah itu berlaku pada ayat yang mempunyai tanda Waqaf Tam seperti ‫ من مرقد نا‬didalam surah
Yasin ataupun hukum saktah itu berlaku pada Ra’su Ayat (Kepala Ayat) seperti ‫ عوجا‬didalam surah al-
Kahfi dan juga ‫ ما ليه هلك‬didalam surah al-Haqqah, maka harus bagi kita berhenti dan menukar nafas
pada tempat-tempat tersebut dan tidak berlaku hukum saktah pada tempat-tempat tersebut. Dan
adalah menjadi satu kesalahan jika kita meninggalkan bacaan saktah tanpa alasan yang munasabah
pada surah al-Qiyamah: 27 dan pada surah al-Mutaffifin: 14, kerana perbuatan tersebut menyalahi
kaedah bacaan yang Mutawatir.

Rujukan:

1) Hidayah al-Qori ila Tajwid Kalam al-Bari- Syeikh Abdul Fattah al-Mursifi Rahimahullah.

2) Nihayah al-Qaul al-Mufid fi Ilmi al-Tajwid- Syeikh Muhammad Makki Nasr al-Juraisi Rahimahullah.

3) Tajwid al-Quran (Qiraat 'Asim Riwayat Hafs Toriq Syatibi )- Abu Mardhiyah Hafizahullah.

4) Tajwid al-Quran Rasm Uthmani- Haji Abdul Qadir Leong al-Azhari Hafizahullah

Saktah

11

NOV

Saktah adalah berhenti sejenak tanpa bernafas, dengan tujuan untuk meluruskan arti ayat. Di dalam
mushkhaf rosmul utsmani, ‘saktah’ ditandai dengan khuruf ‘SIN’ kecil pada ayat yang mengandung
‘saktah’.
Menurut Imam Hafs, saktah hanya ada di 4 tempat yaitu surat (18:1-2), (36:52), (75:27) dan (83:14).
Pada contoh di bawah ini, khuruf ‘SIN’ (sebagai tanda saktah) terletak antara kata berwarna merah
dan kata berwarna biru. Di antara kedua kata itulah terjadi saktah.

Berikut ini adalah ayat yang mengandung saktah:

Surat Al-Kahfi (18) antara ayat 1 dan 2:

Surat Yasiin (36) ayat 52:

Surat Al-Qiyaamah ayat 27:

Surat Al-Muthoffifiin ayat 14:

Tags: belajar alqur'an, saktah, tajwid

You might also like