You are on page 1of 22

MOHAMAD SUHAIMI BIN ABDUL WAHAB

G75629

Bincangkan Faktor-Faktor Yang Menyebabkan Kemelesetan Ekonomi Di


Amerika Syarikat Sekitar 1929-1932. Huraikan Usaha-Usaha Yang
Dilakukan Oleh Presiden F.D. Rooservelt Bagi Mengatasi Masalah Ini

1. Pendahuluan

Perang Dunia Pertama ditamatkan melalui Perjanjian Versailles pada 28


Jun 1919. Akibat perjanjian tersebut, negara-negara Eropah telah dipetakan
semula. Manakala Jerman kehilangan wilayah jajahannya dan dipaksa
meletakkan senjata, tenteranya dilucutkan senjata dan kapal-kapal dimusnahkan.

Rakyat Amerika Syarikat ingin meraikan kejayaan mereka selepas Perang


Dunia Pertama. Sekitar 1919-1928, Ekonomi Amerika Syarikat berkembang pesat
di mana industri kereta, perfileman budaya yang telah mencorakkan kehidupan
masyarakat Amerika memberikan kesan hingga kini.

Kemewahan jelas terpancar pada ekonomi Amerika apabila pasaran saham


telah meningkat. Sebelum berlaku kemelesetan ekonomi 1929-1932, Amerika
Syarikat juga pernah mengalami situasi tersebut pada tahun 1819, 1837, 1873,
1893, 1907 dan 1920-1921. Kemelesetan pada tahun 1929-1932 digelar ambang
kemelesetan besar atau 'forestate of great depression 1929'.1

Menurut sejarah ekonomi, Amerika Syarikat tidak pernah mengalami


kemelesetan ekonomi seteruk itu. Kadar pengganguran telah jatuh ke tahap 26%
iaitu paling teruk pernah berlaku di Amerika Syarikat. Kemelesetan ekonomi ini
membawa kesengsaraan kepada rakyat Amerika Syarikat.

1 Great Leinward. 1975. The Pageant of American History. USA: Allyn & Bacon Inc. hlm. 490-
491.

1
MOHAMAD SUHAIMI BIN ABDUL WAHAB
G75629

2. Faktor-FaktorKemelesetan Yang Menyebabkan Kemelesatan


Ekonomi

2.1. Pengagihan Kekayaan Yang Tidak Seimbang

Walaupun ekonomi Amerika Syarikat meningkat dengan ketara sekitar


1920an hingga 1928, namun malangnya bukan semua rakyat dapat
menikmatinya. Era ini digelar 'the great ilusion' kerana terdapatnya masalah-
masalah tersembunyi. Golongan kaya terus menjadi kaya, manakala golongan
miskin tidak mendapat sebarang faedah daripada peningkatan ekonomi tersebut.

Jurang ekonomi antara rakyat dilihat terlalu luas. Pada tahun 1929 seramai
0.1 peratus keluarga rakyat Amerika Syarikat (24000 keluarga) yang teratas
mempunyai pendapatan yang sama dengan 42 peratus (11.5 juta keluarga) di
tingkat paling bawah. Lima peratus daripada keluarga Amerika Syarikat yang
teratas menerima 30 peratus menerima pendapatan negara , manakala 60 peratus
yang terbawah hanya menerima 26 peratus. Mereka yang sama 0.5 peratus
mengawal 34 peratus daripada semua simpanan sementara 80 peratus rakyat
Amerika Syarikat tidak mempunyai simpanan langsung.2

Jurang perbezaan yang luas ini meninggalkan kesan buruk terhadap


ekonomi Amerika Syarikat disebabkan jumlah permintaan jauh berkurangan
berbanding dengan jumlah penawaran. Pada tahun 1920an berlaku penawaran
barangan berlebihan. Era 1923-1929 juga menyaksikan berlaku purata
pengeluaran seorang pekerja bertambah sebanyak 32 peratus dalam bidang
pengeluaran, sementara purata upah pekerja hanya meningkat sebanyak lapan
peratus.

Kadar kenaikan upah yang terlalu rendah berbanding dengan peningkatan


2 John M.Faragher, 1997. Out of Many : The History of American People. New Jersey: Prentice-
Hall Inc., hlm. 758-759.

2
MOHAMAD SUHAIMI BIN ABDUL WAHAB
G75629

pengeluaran telah membawa keuntungan syarikat yang sangat ketara. Pada tahun
1923 hingga 1929, keuntungan syarikat telah meningkat kepada 62 peratus dan
dividen meningkat kepada 62 peratus. Kadar kenaikan upah yang terlalu rendah
memberi kesan buruk kerana ramai rakyat yang tidak mampu membeli barangan
yang memenuhi pasaran.

Sekiranya pengagihan pendapatan lebih seimbang, sudah tentu ramai


rakyat yang dapat membeli barangan yang dikeluarkan. Walaupun ada
permintaan, namun lebih ¾ daripada rakyat Amerika Syarikat tidak mampu
membeli barangan yang dihasilkan. Pada tahun 1929 hanya sebuah keluarga
daripada 6 keluarga mampu memiliki kereta. Manakala hanya sebuah keluarga
yang mampu mendapatkan bekalan elektrik. Jika bekalan elektrik tiada sudah
tentu mereka juga tidak memerlukan peralatan elektrik seperti radio atau peti
sejuk.

Kadar peningkatan pengeluaran adalah lebih tinggi berbanding dengan


peningkatan penggunaan barangan yang dikeluarkan. Apabila barangan yang
dikeluarkan tidak ada pembeli sudah tentu kilang-kilang yang dibina akan
ditutup. Maka terdapat ramailah rakyat Amerika Syarikat yang menganggur
setelah dibuang kerja. Kuasa permintaan semakin menurun berbanding
pengeluaran.

Terdapat segolongan kaya yang mempunyai kuasa beli yang tinggi namun
mereka hanya membelanjakan kekayaan mereka dalam jumlah yang kecil sahaja.
Akibat pergantungan kepada segelintir golongan kaya ini yang membelanjakan
secara mewah tentunya tidak dapat merancakkan ekonomi negara. Akibat
ketidakmampuan membeli barangan ini, rakyat Amerika Syarikat mula
mengamalkan budaya berhutang. Kebanyakan barang keperluan dibeli secara
ansuran.3
3 Sharon Murphy, 1997. ''The Advertising of Installment Plans During the 1920s'' dlm Essays in
History, Jill 37, Corcoran Department of History, Universiti of Virginia. Alamat dalam talian :

3
MOHAMAD SUHAIMI BIN ABDUL WAHAB
G75629

2.2. Penggunaan Kredit Secara Melampau

Sebelum era perang, rakyat Amerika Syarikat membeli barangan kekal


secara tunai dan hanya membeli rumah/kereta secara ansuran tidak melibatkan
keperluan lain. Pinjaman wang secara melampau berlaku pada era ini bagi
membeli saham, pengembangan perniagaan dan pembelian peralatan seharian.

Pembelian secara kredit ini membolehkan pengguna membeli barangan


yang dikehendaki dengan kadar segera dan membantu pengilang memasarkan
barangannya. Namun dalam jangka masa panjang amalannya secara berleluasa
membebankan pengguna sehingga meningkatkan hutang ke beberapa bilion dolar.
Tahap ini semakin serius semasa era kemelesetan besar (1929-19320).

Bayaran secara ansuran ini digalakkan oleh iklan-iklan yang memaparkan


rakyat Amerika boleh berhutang untuk memiliki barangan idaman mereka. Pada
tahun 1929, sebahagian besar rakyat Amerika Syarikat membeli kereta, radio dan
perabot secara ansuran. Ianya menyebabkan hutang pengguna meningkat 250
peratus iaitu sebanyak 1 bilion dolar.

Pelabur Amerika Syarikat sanggup membuat spekulasi berlebihan dalam


pasaran saham dan dengan ini sangup meminjam wang bagi mendapatkan
keuntungan segera. Kegiatan membeli saham ini juga walaupun baik untuk
pertumbuhan ekonomi, akan tetapi jika dibuat melalui hutang tentunya untuk
jangka masa panjang akan membebankan rakyat sendiri. Sedikit sebanyak ianya
menyumbang kepada kemelesetan ekonomi Amerika Syarikat sekitar 1929-1932.

http://etext.virginia.edu/journalist/EH/EH37/EH37.html.

4
MOHAMAD SUHAIMI BIN ABDUL WAHAB
G75629

2.3. Kejatuhan Pasaran Saham

Kemelesetan besar yang terjadi di Amerika Syarikat ini juga mejangkiti ke


seluruh dunia. Bolehlah dikatakan punca utama mengapa terjadinya Kemelesetan
Besar ini disebabkan oleh kejatuhan pasaran saham Amerika. Indeks Dow Jones
meningkat 191 mata pada awal tahun 1928 kepada 300 mata pada bulan
Disember 1928.4 Ianya terus meningkat sehingga 381 mata pada bulan September
1929.

Akhirnya pada tahun yang sama berlaku kejatuhan pasaran saham


mendadak. Daripada yang direkodkan mata paling tinggi iaitu 381 mata telah
jatuh menjunan ke 41 mata sahaja. Hanya pada tahun 1954 barulah indeks mata
saham ini melonjak kembali ke paras 381 mata iait selepas 20 tahun.

Antara faktor utama yang disumbangkan kepada kenaikan pasaran saham


ialah aktiviti spekulasi berlebihan, aktiviti haram dan 'insider trading' serta
pembelian saham berasaskan margin.5 Pada tahun 1920an pasaran saham di
Amerika Syarikat menjadi tumpuan pelabur kerana pulangan yang dijanjikan
begitu baik. Keuntungan syarikat meningkat dan dengan itu kadar dividen yang
diberikan kepada pelabur juga tinggi.

Pembelian saham berasaskan margin mula membawa spekulasi berlebihan


di pasaran saham. Pinjaman broker yang digunakan bagi menampung spekulasi
meningkat daripada 3.5 bilion dolar pada bulan Januari 1926 kepada 8.5 juta
dolar pada 30 September 1929.

Menjelang suku kedua tahun 1929, kadar kenaikan saham adalah ditahap
yang amat membimbangkan. Pasaran saham tidak boleh meningkat terus-
4 Stephen G. Cechetti, 1997. '' Understanding the Great Depression: Lessons for Current Policy,'' NBER Working Paper,
No W6015, April, hlm.1. Alamat dalam talian : http://papers.nber.org/papers/W6015 hlm.1
5 Amalan membeli saham melalui pinjaman daripada broker. Pada tahun 1929 hanya tiga
peratus wang sendiri digunakan berbanding wang pinjaman 97 peratus.

5
MOHAMAD SUHAIMI BIN ABDUL WAHAB
G75629

menerus. Pada 24 Oktober 1929 berlaku kecemasan dalam pasaran saham apabila
harga saham jatuh dengan teruk sekali.

Satu usaha telah dilakukan oleh J.P,Morgan & Co bersama syarikat-


syarikat besar untuk membentuk tabungan berjumlah 240 juta dolar bagi membeli
saham salam usaha menstabilkan kembali pasaran saham. Namun usaa tersebut
gagal. Pada 29 Oktober 1929 yangdigelar 'black tuesday' lebih kurang 16.5 juta
saham telah bertukar tangan, harga purata 50 stok utama jatuh sebanyak 40
peratus akibat tekanan jualan.

Ramai pelabur merasa kecewa dengan situasi tersebut dan mereka


kehilangan wang dengan banyak sekali. Jelas sekali faktor kejatuhan saham
menjadi punca utama berlaku krisis ekonomi Amerika Syarikat 1929-1932. Ianya
telah memburukkan lagi keadaan ekonomi Amerika Syarikat yang sudah tidak
stabil lagi.

2.4. Ketidakseimbangan Antara Industri Pekilangan Dengan Sektor


Pertanian

Kerajaan Amerika Syarikat semasa itu lebih mengalakkan industri baru


pekilangan berbanding sektor pertanian. Industri pekilangan mencatatkan
keuntungan tetapi sektor pertanian mengalami masalah. Sekatan imigrasi telah
menyebabkan tenaga buruh sukar di dapati dan telah mengurangkan jumlah
pengguna barangan.

Semasa Perang Dunia Pertama, Amerika Syarikat menjadi pembekal


utama makanan kepada negara-negara yang berperang. Teknologi pertanian telah
dibangunkan bagi meningkatkan hasil pengeluaran. Namun selepas perang,
negara-negara Eropah mula membangunkan industri pentanian mereka dan tidak
lagi mengimport hasil pertanian daripada negara Amerika Syarikat.

6
MOHAMAD SUHAIMI BIN ABDUL WAHAB
G75629

Ekonomi Amerika Syarikat terlalu bergantung kepada perkembangan dan


perluasan industri perkilangan dan pertanian bagi mencapai pertumbuhan
ekonominya. Sedangkan kedua-dua industri ini pula bergantung kepada
penggunaan yang terhad. Pengguna hanya mampu membeli sejumlah kereta dan
radio tertentu sahaja.

Apabila permintaan terhadap kereta dan radio menurun, kedua-kedua


industri ini mengalami kemerosotan serta segala industri berkaitan dengan turut
merosot. Akhirnya ekonomi Amerika Syarikat juga meleset selari dengan industri
pertanian yang terlebih dahulu telah meerosot.

2.5. Kesan Bencana Alam

Bencana alam telah terjadi di Tanah Pamah Besar Amerika yang


mengakibatkan pengeluaran telah berkurangan. Kemarau menyebabkan kawasan
pertanian yang subur menjadi 'mangkuk debu' terutamanya di Texas,
Oklahoma,Missouri dan Arkansas.6

Petani mula meminta bantuan kerajaan bagi menyelesaikan kesan bencana


alam ini. Presiden Hoover mengambil langkah menubuhkan Badan Perladangan
Persekutuan dengan tabung sebanyak ½ bilion dolar Amerika. Namun usaha
tersebut gagal membendung kemelesetan ekonomi malah memburukkan lagi
keadaan.

6 '' Mangkuk Debu'' `ini terdiri daripada Oklahoma, bahagian hujung Texas dan kawasan yang
kecil, tanahnya yang ringan dan angin yang kuat memudahkan berlakunya ribut debu yang
dasyat.

7
MOHAMAD SUHAIMI BIN ABDUL WAHAB
G75629

2.6. Pengenalan Sistem Rizab Persekutuan (Federal Reserve


System)

Ramai rakyat Amerika yang percaya bahawa kejatuhan saham bukanlah


faktor utama berlakunya kemelesatan besar sekitar 1929-1932. Menurut Friedman
dan Shwartz (1963) , Hamiliton dan lain-lain (1987) faktor kemelesetan ekonomi
Amerika Syarikat adalah kerana Sistem Rizab Persekutuan yang diperkenalkan
dikatakan gagal memainkan peranannya terutamanya berkaitan polisi kewangan.

Sistem Rizab Persekutuan tidak menentu dalam penawaran wang negara.


Menjelang 1929, mereka meningkatkan kadar faedah dengan begitu tinggi
sehingga menyekat peningkatan ekonomi dan berlaku pengurangan penawaran
wang sebanyak 1/3 antara 1929-1933. Kongres Amerika Syarikat juga gagal
memainkan peranan dengan mengalih kemerosotan ekonomi kepada kemelesetan
besar apabila mereka mengambil keputusan meningkatkan tarif dengan begitu
tinggi sehingga menyekat perdagangan antarabangsa dan juga mengenakan cukai
pendapatan dua kali lebih tinggi daripada sebelumnya.

Dasar-dasar yang diperkenalkan melalui Sistem Rizab Persekutuan telah


memburukkan keadaan di mana Adolf Miller, Presiden Bank Rizab Persekutuan
bersama-sama dengan Presiden Herbertb Hoover pada lewat 1928 mula
mengambil langkah menurunkan pasaran saham.

Antaranya ialah tidak membenarkan bank memberi pinjaman bagi tujuan


pembelian saham dan sekali gus meningkatkan kadar faedah bagi pinjaman
broker. Kenyataan yang mengelirukan dari pegawai-pegawai kerajaan termasuk
Presiden Herbert Hoover sendiri telah memburukkan lagi keadaan.7

Milton Friedman dan Anna Scwartz dalam buku bertajuk A Monetary

7 Ibid., hlm.4.

8
MOHAMAD SUHAIMI BIN ABDUL WAHAB
G75629

History of the United States, 1867-1960 berpendapat bahawa krisis atau


kecemasan perbankan yang berlaku sebanyak 4 kali sebagai faktor utama
berlakunya kemelesetan yang teruk. Menurut mereka, krisis yang berlaku pada
akhir 1930an dan awal 1931 terutamanya telah mengalih kemerosotan menjadi
kemelesetan besar apabila perasaan takut akibat kegagalan industri pertanian
mula tersebar ke seluruh negara.

Sistem perbankan tidak teratur menyebabkan banyak bank yang bankrap


iaitu 761 buah bank antara bulan November 1930 hingga bulan Januari 1931
termasuk yang dterajui oleh New York City Bank of The United States. Ianya
merupakan kegagalan paling besar dalam sejarah Amerika Syarikat.

Sistem perbankan yang semakin rapuh pada tahun 1929 sebanyak 659
buah bank degan simpanan sebanyak 200 juta dolar telah ditutup. Pada tahun
1930 sebanyak 1352 buah bank dengan jumlah simpanan 853 juta dolar telah
ditutup. Manakala pada tahun 1931 2294 bank dengan jumlah simpanan 1700 juta
dolar mengalami nasib sama.

Kesan penutupan bank-bank tersebut menyebabkan berlakunya


pengangguran. Pada tahun 1930 Jabatan Buruh menganggarkan 4.2 juta pekerja
atau 9 peratus pekerja menganggur dan jumlah ini naik dua kali ganda pada
tahun 1931. Pada tahun 1933 jumlah penganggur meningkat kepada 12.6 juta
orang.

Ramai pekerja yang diberhentikan kerja atau gagal mendapat pekerjaan


kecewa dan ada yang membunuh diri menyebabkan berlaku pula krisis sosial di
Amerika Syarikat.

9
MOHAMAD SUHAIMI BIN ABDUL WAHAB
G75629

2.7. Imbangan Pembayaran Asing

Sebaik sahaja Perang Dunia Pertama tamat, banyak negara Eropah yang
berhutang dengan Amerika baik di pihak Bersekutu ataupun Paksi yang tidak
mampu membayar hutang mereka diakibatkan kemusnahan ekonomi selepas
perang. Amerika Syarikat telah mengenakan tarif yang tinggi kepada bayaran
balik hutang-hutang luar tersebut yang telah mengakibatkan penyekatan
pengembangan perdagangan sehingga ke peringkat dunia.

Kebanyakan negara yang selepas perang telah mengurangkan import


daripada Amerika Syarikat bagi membangunkan semula ekonomi sendiri.
Penggunaan barangan tempatan berbanding import telah menyekat perdagangan
luar Amerika Syarikat.

2.8. Penggunaan 'Standard Emas'

Menurut Bernanke dan James (1991) dan Bernanke (1995), kemelesetan


ekonomi yang dihadapi oleh sesebuah negara itu terjadi apabila negara itu
meninggalkan 'standard emas'.8 Negara-negara seperti Britain (1931) telah
mengalami pengecutan ekonomi yang lebih rendah berbanding Amerika Syarikat
(1993) dan Perancis (1936).

Ekonomi Amerika Syarikat mengalami tamparan yang hebat. Segala


permasalahan yang berlaku meninggalkan kesan yang hebat terhadap keyakinan
pengguna apabila permintaan pengguna menurun dengan teruk sekali.

8 John D.Hicks, 1960. Republican Ascendancy: 1929-1932, New York: Harper & Row, hlm.10.

10
MOHAMAD SUHAIMI BIN ABDUL WAHAB
G75629

3. Kesimpulan Mengenai Faktor-Faktor Yang Menyebabkan


Kemelesetan Ekonomi Di Amerika Syarikat Sekitar 1929-1932.

Faktor-faktor yang membawa kemelesetan besar saling bergatungan.


Namun ramai yang berpendapat,, perana kerajaan sebagai punca utama keadaa itu
berlanjutan sebegitu lama. Kemelesetan besar memberi banyak pengajaran dan
kesedaran kepada rakyat Amerika Syarikat. Segala keperitan hidup dirasai iaitu
hampir 13 juta orang menggangur, lebih 5000 buah bank ditutup dan beratus-
ratus orang beratur di institusi kebajikan untuk mendapatkan makanan secara
percuma.

Keadaan ini menjadi titik hitam dalam sejarah Amerika Syarikat dan
menjadi mimpi ngeri kepada rakyat mereka. Kemelesetan Besar ini telah
meninggalkan kesan besar dalam pembentukan negara bangsa Amerika Syarikat.
Seterusnya jalan-jalan penyelesaian telah dicuba untuk memulihkan ekonomi
negara. Kaedah tersebut menjadi ikutan sehingga ke hari ini untuk mengawal
perjalan ekonomi negara Amerika Syarikat.

Selepas ini tentunya akan dihuraikan pula usaha-usaha yang dilakukan


oleh Presiden Franklin Delano Roosevelt atau dikenali F.D.Roservelt bagi
mengatasi kemelesetan ekonomi Amerika Syarikat sekitar 1929-1932.
F.D.Roservelt telah berjaya memulihkan kembali ekonomi Amerika Syarikat
melalui sebuah rancagan yang dikenali sebagai 'Penyelesaian Baru'.

4. Usaha-Usaha Yang Dilakukan Oleh Presiden F.D.Rooservelt Bagi


Mengatasi Kemelesetan Masalah Kemelesetan Ekonomi Sekitar 1929-
1930.

Selepas pilihan raya 1932, rakyat Amerika Syarikat masih keliru dan mula
mencara hala tuju baru untuk masa depan mereka. Rakyat Amerika Syarikat

11
MOHAMAD SUHAIMI BIN ABDUL WAHAB
G75629

kurang mempercayai Parti Republikan kerana parti tersebut gagal membawa


keluar masalah kemelesetan besar yang melanda. Lawan Parti Republikan
tentunya Parti Demokrat yang telah melahirkan seorang tokoh yang dipercayai
bertanggungjawab memulihkan ekonomi Amerika Syarikat selepas 1932.

Gabenor Franklin Delano Rooservelt (selepas ini diringkaskan


FDR)bersama-sama John Nance Gardner, Speaker Dewan Perwakilan Texas telah
mengemukakan cadangan-cadangan bernas bagi mengatasi masalah kemelesetan
ekonomi Amerika Syarikat sekitar 1929-1930. FDR dan Gardner memperolehi
kemenangan besar dalam pilihanraya 1932.

FDR juga memperolehi majoriti dalam Dewan Senat dan Dewan


Perwakilan. Pemasyuran FDR sebagai Presiden Amerika Syarikat diadakan pada
bulan Mac 1932. Sebaik sahaja dilantik sebagai Presiden Amerika Syarikat, FDR
telah mengambil peluang itu dengan memberikan satu ucapan yang memberikan
harapan baru kepada rakyat untuk bangun memulihkan kemelesetan ekonomi
yang melanda.

Beliau telah menyatakan kepentingan demokrasi dan ekonomi kapitalis


dengan memberi keyakinan kepada rakyat. Beliau juga mengatakan akan
mendapatkan kebenaran Kongres untuk memberikan beliau kuasa eksekutif yang
besar agar dapat berperang melawan darurat sama seperti kuasa yang akan
diberikan sekiranya negara Amerika dicerobohi musuh.

Pelan perubahan yang dijanjikan dalam pilihanraya telah dilaksanakan


dengan cepat oleh FDR. Penyelesaian yang diperkenalkan oleh FDR dipanggil
Penyelesaian Baru. Penyelesaian baru merangkumi tiga aspek penting iaitu :

R - Relief (Bantuan)
Memberi bantuan kewangan dan makanan kepada rakyat

12
MOHAMAD SUHAIMI BIN ABDUL WAHAB
G75629

Amerika Syarikat yang berada dalam kesusahan.

R - Recovery (Pemulihan)
Mencari jalan memulihkan semula ekonomi yang terjejas
akibat Kemelesetan Besar.

R - Reform (Pembaharuan)
Merancang pembahuruan bagi mewujudkan satu sistem
sosial dan industri yang dapat dikawal dan seterusnya
menjamin keselamatan mereka yang menjalankan
perniagaan dan memerlukan pekerjaan.

Aspek 2 R pertama merupakan tindakan sementara, manakala R ketiga


adalah satu revolusi jangka panjang yang berkekalan dalam kehidupan rakyat
Amerika Syarikat. Revolusi ini merupakan revolusi tanpa pertumpahan darah
yang telah membawa pembaharuan yang menyentuh segala aspek kehidupan
rakyat Amerika Syarikat. Langkah pertama yang dilakukan oleh FDR bagi
memulihkan ekonomi Amerika Syarikat ialah membentuk 'Brain Trust'.

4.1. Pembentukan 'Brain Trust'

'Brain Trust telah dibentuk oleh FDR sebagai penasihat ekonominya.


Pasukan elit ini terdiri daripada beberapa profesor ekonomi daripada Universiti
Columbia iaitu Raymond Moley (1886-1975), Rexford Tugwell (1891-1979) dan
Adolph A.Berlie Jr. (1895-1971). Badan penasihat tidak rasmi ini diberi tugas
membentuk falsafah Penyelesaian Baharu.
Terdapat para sejarawan dan ahli ekonomi FDR yang terpengaruh dengan
penasihat ekonomi British yang terkenal iaitu John Maynard Keynes (1883-
1946). Terdapat persamaan ketara antara idea ekonomi Keynes dengan
Penyelesaian Baharu. Keynes tidak menyokong ekonomi 'laissez faire' dan

13
MOHAMAD SUHAIMI BIN ABDUL WAHAB
G75629

menganjurkan satu sistem kapitalis yang diubahsuai.

Kerajaan perlu campurtangan untuk menyelamatkan sistem ekonomi


kapitalis. Perbelanjaan kerajaan perlu diteliti bagi mengelakkan inflasi. Kerajaan
memainkan peranan penting bagi meningkatkan ekonomi disamping mengawal
ekonomi.

Kabinet FDR merupakan gabungan antara golongan konservatif dan


golongan proreformasi seperti Setiausaha Pertanian, Henry A.Wallace (1888-
1965). Dengan bantuan Badan Penasihat Ekonomi ini, FDR telah memulakan
reformasi ekonomi dengan mencari punca krisis kewangan seperti penyangak
mata wang, ahli-ahli bank dan broker yang mementingkan keuntungan peribadi
daipada keuntungan kepada keseluruhan rakyat.

4.2. Memulakan Pembaharuan Ekonomi

Penyelesaian Baharu merupakan idea yang menyokong campurtangan


kerajaan dalam menentukan kebajikan para peniaga, petani, ahli bank, buruh dan
termasuk para penggangur. Pembahuruan ekonomi yang diperkenalkan
mengambil masa 100 hari yang bermula pada 9 Mac 1932 dan tamat pada 16 Jun
1933. Undang-Undang telah diluluskan bersifat sementara untuk cuba
melepaskan Amerika Syarikat daripada kemelesetan yang teruk.

Antara langkah yang telah diperkenalkan oleh FDR ialah mengistiharkan


cuti bank di peringkat kebangsaaan dan memanggil sese khas Kongres pada 8
Mac 1932 bagi memperincikan krisis perbankan dan membentangkan cadangan
perundangan kecemasan perbankan.
Akta Kecemasan Perbankan (Emergency Banking Act) telah diluluskan
dan bank akan ditutup selama tiga hari bagi mengelakkan kehabisan wang.
Undang-Undang ini sangat berkesan kerana ianya memberi ruang kepada pihak

14
MOHAMAD SUHAIMI BIN ABDUL WAHAB
G75629

bank untuk menukar aset kepada wang tunai. Kebanyakan bank telah dibuka
semula dan para penyimpan berasa lega dan mereka tidak berlumba-lumba
mengeluarkan wang mereka..

Bagi bank-bank yang hampir bankrap, pemulih-pemulih persekutuan telah


mengawal dan menyusun semula pentadbiran bank-bank tersebut. Melalui Akta
Perbankan Glass-Steagall, kerajaan Amerika Syarikat menubuhkan Syarikat
Simpanan Insurans Persekutuan bertujuan melindungi dan menjamin keselamatan
wang simpanan di syarikat kewangan. Para penyimpan merasa selamat walaupun
jika bank bankrap.

Bank Rizab Persekutuan juga ditubuhkan bagi mengawasi urusan bank-


bank. FDR juga telah mengasingkan bank perdagangan dengan bank pelaburan di
Amerika Syarikat. Bagi tujuan mengawal pasaran saham daripada dimanipulasi
pihak berkepentingan, FDR telah menubuhkan instutusi yang dipanggil
Suruhanjaya Sekuriti dan Pertukaran melalui Akta Sekuriti pada tahun 1933.

Bursa Saham dan para broker tertakluk di bawah undang-undang


Suruhanjaya Sekuriti ini. FDR juga telah memperkenalkan Akta Pemulihan
Industri Kebangsaan bagi menggalakkan pemulihan industri kebangsaan.
Kongres mengangap Akta ini sebagai langkah darurat.

FDR telah melakukan usaha-usaha bagi mendekatkan peranan kerajaan


dengan syarikat perniagaan demi kebaikan rakyat. Pada peringkat awal akta ini
berjaya memulihkan bidang perniagaan di Amerika Syarikat. Agensi Pemulihan
Kebangsaan telah ditubuhkan untuk mengeluarkan lesen-lesen perniagaan.
Beberapa kod perniagaan telah ditetapkan bagi mengawal bidang perniagaan dan
akhirnya langkah-langkah yang dilakukan oleh FDR bagi memulihkan ekonomi I
ni telah berjaya menghapuskan penggunaan buruh kanak-kanak dan menentukan
jam maksimum bagi pekerja industri iaitu selama 40 jam semingu.

15
MOHAMAD SUHAIMI BIN ABDUL WAHAB
G75629

4.3. Menyelesaikan Masalah Pengangguran

Semasa permulaan FDR menjadi Presiden Amerika Syarikat, beliau telah


menjanjikan bahawa tiada sesiapa pun di Amerika Syarikat yang akan
menghadapi kebuluran. Pada masa itu terdapat 12 juta rakyat Amerika Syarikat
yang menganggur.

Melalui Kongres FDR telah menubuhkan pelbagai agensi bagi


menyelaraskan kerja-kerja kebajikan. Agensi terlibat ialah Pertubuhan Pemulihan
Awam (CCC), Pentadbiran Bantuan Kecemasan Persekutuan (FERA),
Pentadbiran Kerja Raya Awam (PWA) dan Pentadbiran Kemajuan Kerja (WPA).

CCC ditubuhkan untuk memberi pekerjaan sementara kepada kaum lelaki


yang berusia antara 17 hingga 28 tahun yang tiada pekerjaan. Mereka dilantik
selama 6 bulan dan akan dibenar mendaftar semula selepas tamat 6 bulan. CCC
dibawah arahan tentera telah melakukan perkara yang baik seperti memberikan
pekerjaan menanam pokok bagi menyediakan hutan untuk generasi akan datang
disamping memelihara tanah dan punca air.

FERA pula menyediakan sumber kewangan kepada komuniti tempatan


untuk mengurangkan tekanan di kawasan yang paling miskin. Lebih kurang 3 juta
dolar wang rakyat telah dibelanjakan oleh kerajaan untuk membeli beribu-ribu
tong gandum,daging, dan keju supaya mereka yang miskin tidak akan kelaparan.
CWA dan PWA telah menyediakan peluang pekerjaan bagi mereka yang berupaya
melalui projek-projek kerajaan seperti membina lebuh raya, bekalan air,
perpustakaan, taman dan sekolah.

WPA berjaya mengambil lebih daripada 8 juta pekerja dari tahun 1935
hingga 1945. Pentadbiran Belia Kebangsaan ditubukan bagi membantu lebih 4

16
MOHAMAD SUHAIMI BIN ABDUL WAHAB
G75629

juta golongan belia yang berusia lingkungan 16 hingga 25 tahun. Mereka diberi
bantuan dari segi kemudahan belajar di sekolah-sekolah tinggi dan kolej
disamping berkerja sambilan yang berjaya memperolehi pendapatan 10 dolar
hingga 20 dolar sehari.

Usaha-usaha yang dilakukan oleh FDR ini telah berjaya menghapuskan


masalah pengangguran. Manakala golongan kulit hitam pula telah dilantik
memegang jawatan tinggi dalam kerajaan. Bantuan ekonomi juga diberikan
kepada golongan kulit hitam melalui WPA. Golongan kulit hitam Amerika
Syarikat jelas telah beralih daripada menyokong Parti Republikan kepada Parti
Demokrat yang dipimpin oleh FDR.

4.4. Menyediakan Keselamatan Sosial

Semasa usaha-usaha dilakukan oleh FDR untuk memulihkan ekonomi.


Beliau juga tidak lupa melakukan tanggugjawab sosial dengan menubuhkan Akta
Sekuriti Sosial 1935 bagi meyendiakan pencen kepada orang tua yang
memerlukan 75 dolar sebulan bagi meneruskan kehidupan di hari tua.

Insurans penggganguran juga dibuat bagi memberi jaminan kewangan


kepada pekerja jika mereka dibuang kerja. Gerakan Profesif telah dilancarkan
bagi menggalakan pekerja menyertai kesatuan sekerja bagi memperjuangkan hak-
hak mereka. Hubungan antara majikan dengan pekerja telah dipereratkan bagi
meningkatkan poduktiviti pekerja.

4.5. Memberi Bantuan Kepada Pemilik Rumah

Pihak Kongres telah menubuhkan Syarikat Pinjaman Pemilik Rumah pada


tahun 1933 bagi melindungi pemilik tanah yang telah memajakan rumak mereka.
Agensi ini telah berjaya mengambilalih pajakan rumah lebih kurang 300,000

17
MOHAMAD SUHAIMI BIN ABDUL WAHAB
G75629

pemilik. Sebelum ini para pemilih rumah terpaksa menanggung faedah tinggi
iaitu sebanyak 6 peratus setahun.

Manakala Akta Peminjaman Semula Pemilik Rumah pada tahun 1934


telah berjaya membantu beribu-ribu keluarga di bandar dan desa. Akta ini
membenarkan agensi di atas memberi pinjaman kepada pemilik rumah yang
menghadapi masalah membayar pinjaman mereka.

4.6. Memberi Bantuan Pertanian.

Melalui Penyelesaian Baharu ini, masalah pertanian seperti hakisan tanah


dan tanaman tidak subur telah berjaya diatasi. Masalah petani diambil berat oleh
kerajaan. Harga barang pertanian telah dikawal dan satu akta telah dibuat iaitu
Akta Pemulihan Pertanian. Pentadbiran Pemulihan Pertanian ditubuhkan. Sebagai
contoh penamam kapas diberi bantuan seperti mengurangkan cukai eksais. Petani
juga diberi peluang menjual lebihan tanaman kepada Pentadbiran Pemulihan
Pertanian atau meminjam daripada agensi tersebut.

FDR juga telah membaiki kehidupan petani dengan memberikan pelbagai


isentif. Akta Pinjaman Ladang Persekutuan 1933 telah menyediakan wang bagi
pajakan ladang pada kadar harga yang rendah. Akta Persekutuan Perdagangan
1934 pula memberi hak kepada Setiausaha Negara membuat persetujuan
perdagangan dengan negara-negara asing supaya petani dapat menjual barangan
mereka di luar negara.

4.7. Menubuhkan Pentadbiran Lembah Tennessee (TVA)

Rancangan Pentadbiran Lembah Tennessee (TVA) telah meninggalkan


kesan jangka panjang kepada rakyat Amerika Syarikat. FDR telah memberikan
sokongan kuat terhadap usaha untuk pemuliharaan tanah dan kawalan banjir.

18
MOHAMAD SUHAIMI BIN ABDUL WAHAB
G75629

Lembah Tennessee merupakan tempat yang paling subur di Amerika Syarikat. Ia


merangkumi Tennessee, Kentucky, Alabama Georgia, Misssisipi, Nort Carolina
dan Virginia. Kawasan ini kaya dengan sumber asli dan mempunyai bekalan air
yang banyak.

Bantuan kawalan banjir diperkenalkan dan satu janakuasa elektrik telah


dibina semasa Perang Dunia Kedua di Sungai Tennessee yang telah membekalkan
kuasa elektrik yang murah kepada rakyat Amerika Syarikat. Semua aktiviti
kehidupan rakyat boleh dibuat selepas mendapat bekalan elektrik melalui
program TVA ini.

5. Kesimpulan

Adalah jelas sekali Pembaharuan Baharu yang dibawa oleh FDR ini telah
mempamerkan ada kesinambungan sejarah dan tradisi Amerika Syarikat. FDR
sentiasa berusaha mengembalikan keyakinan rakyat Amerika Syarikat terhadap
demokrasi dan membuktikan keupayaan rakyat Amerika Syarikat mengatasi krisis
dalam dan luar negara.

FDR telah menjalankan pemulihan fizikal terhadap sumber-sumber asli


negara, pemulihan manusia seperti keselamatan individu dan FDR juga berjaya
melalui program bantuan kerajaan untuk membantu kebajikan rakyat. Isu
pekerjaan, kesihatan dan kebajikan dititikberatkan oleh FDR.

Bermula dengan perundangan bantuan kecemasan, FDR berjaya


membawa keluar masalah kemelesetan ekonomi sekitar tahun 1929-1932.
Program-progran bantuan kepada rakyat diutamakan seperti pemberiaan pencen
untuk orang tua, bantuan kepada golongan wanita dan kanak-kanak. FDR juga
mengadakan program pemulihan ekonomi di luar bandar.

19
MOHAMAD SUHAIMI BIN ABDUL WAHAB
G75629

FDR juga berjaya melalui programnya mengembalikan keyakinan


pengguna di Amerika Syarikat. Pembahuruan ekonomi yang dilakukan
meninggalkan kesan dan memberi inovasi kepada rakyat. Peningkatan
penggunaan eklektrik akibat program TVA membawa kepada peningkatan
penggunaaan barangan elektrik seperti radio, peti ais, televisyen dan lain-lain.

Rakyat Amerika Syarikat mendapat insipasi daripada penyiaraan radio dan


filem-filem Hollywood yang membangkitkan sikap positif di kalangan rakyat.
Dari sudut politik Pembahuruan ini telah mengukuhkan kuasa kerajaan dan ada
kecenderungan pemusatan kuasa di peringkat Persekutuan.

Kesan daripada kemelesetan ekonomi telah mengubah peranan kerajaan


Amerika Syarikat buat selama-lamanya. Sebelum ini Amerika Syarikat berbangga
dengan amalan pasaran ekonomi bebas, namun selepas berlaku kemelesatan
ekonomi FDR telah memperkenalkan beberapa akta yang menyekat monopoli
kekayaan rakyat. FDR telah membawa dasar ekonomi kapitalis kepada monopoli
kepada dasar 'welfare state capitalism'.

Akhir sekali, dilihat kemelesetan ekonomi yang melanda Amerika


Syarikat sekitar 1929-1932 telah membawa kepada dimensi baru pentadbiran
kerajaan yang sebenar untuk membantu rakyat dan negara membina maruah
sebuah negara. Konsep ekonomi yang diamalkan perlu dilihat sama rata bagi
mengelakkan sekali lagi negara Amerika Syarikat terjerumus masalah
kemelesetan. Rakyat telah mendapat keyakinan tinggi untuk berjuang bersama
kerajaan untuk membebaskan Amerika Syarikat dari krisis ekonomi yang teruk
tersebut.

20
MOHAMAD SUHAIMI BIN ABDUL WAHAB
G75629

SENARAI RUJUKAN

1). Syakila Yacob. 2005. Amerika Syarikat Pembentukan Negara Bangsa.


Kuala Lumpur : Penerbit Dewan Bahasa dan Pustaka.

2). Freidel, Frank. 1990 . Franklin D. Roservelt : A Rendezvous With Destiny.


Boston : Littke, Brown.

3). Dallek, Robert. 1995. Franklin D. Roservelt and American Foreign


Policy, 1932-1945. New York : Oxford Universiti Press.

4). Hastedt, Glenn P. 1988. American Foreign Policy : Past, Present, Future.
New Jersey : Prentice-Hall Inc.

5). Kindleberger, Charles P. 1973. The World of Depression 1929-1939.


London : MacMillan & Co.

6). Hicks, John D. 1960. Republican Ascendancy: 1929-1933. New York :


Harper & Row.

7). http://papers.nber.org/fdr/fdr.html.

8). http://en.wikipedia.org/wiki/Great_Depression.

9). Jean Edward Smith. 2008. FDR. USA. : Random House.

21
MOHAMAD SUHAIMI BIN ABDUL WAHAB
G75629

22

You might also like