You are on page 1of 13

Pengenalan

Alam luas yang terbentang ini seolah-olah menyimpan rahsia besar sumber-sumber alam yang
terdapat di dalamnya. Pelbagai corak dapat diperlihatkan daripada sumber-sumber alam sama ada
alam kehidupan atau alam benda.

Menurut Mohd Zahidee Hj Arshad (2010), dalam HBAE2103 Corak dan Rekaan menyatakan
bahawa corak adalah susunan motif sama ada secara teratur, terancang atau secara bebas.
Menurutnya lagi corak terdiri daripada Corak Terancang dan Corak Tidak Terancang.

Sejarah

Batik merupakan satu bidang kraftangan yang unggul di Malaysia. Sejak abad ke 15 Masihi
lagi manusia telah menemui kaedah pembuatan batik secara tradisional. Pada masa dahulu,
masyarakat Melayu menggunakan ubi kentang sebagai alat pengecap tetapi kini kain batik
telah diusahakan dengan menggunakan alat-alat moden. Batik mula diperkenalkan di negara
kita khususnya di negeri Kelantan sejak tahun 1910 lagi. Batik berasal dari Indonesia dan
terbit dari perkataan Jawa 'tik' yang bermaksud menitik atau menulis titik-titik. Ambatik pula
bermaksud melukis, menulis, mewarna atau menitik. Di alam Melayu, sejenis batik yang
dipanggil Batik Pelangi telah diperkenalkan sejak tahun 1770-an lagi. Di Malaysia kebanyakan
kilang perusahaan batik banyak terdapat di Kelantan dan Terengganu.

Motif Batik

Motif pembuatan batik adalah corak-corak hiasan yang digunakan dalam proses melukis atau
menerap batik. Bentuk-bentuk motif batik dihasilkan dalam dua bentuk utama iaitu Motif Organik
dan Motif Geometrik. Motif Organik berunsurkan alam semulajadi seperti awan larat, tumbuh-
tumbuhan, bunga-bungaan, dan haiwan.

Contoh Motif Organik.


1.Motif Ayam
2.Motif Bunga Buluh
3.Motif Bunga Kerak Nasi
4.Motif Bunga Kotak Bercampur
5.Motif Bunga Orkid
6.Motif Bunga Raya
7.Motif Daun Sireh
8.Motif Geometrik
9.Motif Pucuk Rebung
10.Motif Rama-rama
11.Motif Siput

1
Contoh Motif Geometrik.
1.Motif Pucuk Rebung
2.Motif Bunga Kotak Bercampur

Motif

Motif adalah corak-corak hiasan yang digunakan dalam proses melukis atau menerap batik.
Bentuk-bentuk motif batik dihasilkan dalam dua bentuk utama iaitu Motif Organik dan Motif
Geometrik. Motif Organik berunsurkan alam semulajadi seperti awan larat, tumbuh-tumbuhan,
bunga-bungaan, dan haiwan.

Rupabentuk Kain Batik Sarung

Contoh Motif Organik.

Motif Ayam
Motif Bunga Buluh
Motif Bunga Kerak Nasi
Motif Bunga Kotak Bercampur
Motif Bunga Orkid
Motif Bunga Raya
Motif Daun Sireh
Motif Geometrik
Motif Pucuk Rebung
Motif Rama-rama
Motif Ayam
Motif Siput

2
Contoh Motif Geometrik.

Motif Pucuk Rebung


Motif Bunga Kotak Bercampur
Motif Bunga Buluh

Motif Bunga Raya Motif Siput Motif Pucuk Rebung

Corak

Corak kain batik bermaksud bagaimana motif-motif yang dipilih dicorakkan di atas kain batik
tersebut.

Antara corak-corak yang sering digunakan.

Corak Berdiri
Corak Jalur
Corak Melintang
Corak Menyeluruh
Corak Menyerong
Corak Tompok-tompok Blok penerap batik

Corak Ulangan Batu-bata


Corak Ulangan/Selang seli

Proses Membuat

Alatan yang biasanya digunakan untuk membuat batik.

Blok penerap
Campuran lilin
Kain
Pencelup
Sebuah Meja

Kain benang kapas berwarna putih merupakan yang sesuai untuk membuat batik. Selepas
diterap dengan lilin pertama, ia akan dicelup dengan warna yang gelap sedikit. Setelah itu, ia
akan diterap untuk kali kedua dan kemudian dicelup dengan warna yang lebih gelap. Proses
ini akan diteruskan hingga habis. Kain ini akan direbus dalam air yang mengandungi soda.
Apabila direbus, warna-warna yang berlainan akan kelihatan. Kain batik ini kemudiannya akan
dijemur hingga kering. Kain-kain batik yang sudah kering, akan digosok, dilipat dan dibungkus
untuk dipasarkan.

Penjenisan Kain Batik

Batik terbahagi kepada tiga jenis.

3
Batik Blok

Kain putih akan diterapkan dengan corak batik yang menggunakan blok corak. Blok corak
diperbuat daripada kayu atau logam. Proses ini dilakukan berulang-ulang dengan mengikut
susunan yang tertentu sehinggalah selesai. Di mana blok itu telah dicelupkan terlebih dahulu
ke dalam pewarna sebelum ditekapkan di atas kain tersebut.

Proses menerap kain menggunakan blok corak

Batik Conteng

Alat canting digunakan bagi melakar corak batik dengan lilin panas di atas kain putih. Setelah
kerja-kerja melakar selesai, proses mewarna mengikut kesesuaian corak dilakukan dengan
menggunakan berus cat, dimana bahagian-bahagian yang terkena lilin itu tidak akan
meninggalkan kesan warna apabila proses mematikan warna di lakukan. Lilin akan cair dan
tanggal menjadikan bahagian-bahagian ini berwarna putih sebagai benteng.

Proses mencanting kain

Batik Skrin

Batik skrin ini tidak kurang hebatnya jika dibandingkan dengan batik blok dan conteng. Hanya
kaedah melakar corak dan cara menerapkan warna sahaja yang berbeza. Corak batik dibentuk
di atas skrin yang diperbuat daripada kain polyster yang berpengidang. Skrin dilekapkan di
atas kain putih, proses pewarnaan dengan melalukan warna di atas corak tadi dengan
menggunakan sekuji. Cara begini akan diulang beberapa kali dengan corak yang berlainan
untuk mendapatkan corak batik yang lengkap. Ini disebabkan satu skrin untuk satu warna
sahaja.

Penggunaan

Penduduk di negara kita menggunakan batik secara meluas. Batik digunakan untuk membuat
baju, kain sarung atau batik lepas. Sebagai contoh, pakaian seragam pramugari kapal terbang
MAS dibuat daripada batik. Batik juga digunakan dalam majlis-majlis formal dan majlis
keramaian. Selain dibuat pakaian, batik juga digunakan sebagai hiasan seperti alas meja,
cadar, sarung kusyen, tudung kepala, alas televisyen dan lain-lain lagi. Batik boleh dibeli
dengan harga yang murah dan berpatutan. Batik begitu digemari pelancong-pelancong asing
kerana coraknya yang menarik dan unik. Ia sering dijadikan buah tangan untuk dibawa pulang
ke negara masing-masing.

4
 

Sejarah Batik Malaysia

Lukisan Batik Bercorak Bunga

Baju Batik Kemeja Lelaki

Corak Kain Batik Sarung

SEJARAH batik di Nusantara termasuk Malaysia dikatakan bermula sejak zaman kegemilangan
Kerajaan Majapahit pada abad ke-12 dan proses penyebaran agama Islam di rantau ini.

Pedagang-pedagang dari kerajaan itu dikatakan membawa hasil tenunan batik ke pelbagai wilayah
di Asia Tenggara termasuk ke Indo-China sebagai barang dagangan.

Dalam beberapa catatan, pengembangan batik banyak dilakukan pada masa-masa kerajaan
Mataram, kemudian pada masa kerajaan Kesultanan Solo dan Yogyakarta.

Jadi kesenian batik ini di Indonesia telah dikenal sejak zaman kerajaan Majapahit dan terus
berkembang kepada kerajaan dan raja-raja berikutnya termasuk kawasan-kawasan lain di
Nusantara.

Kesenian batik tersebut, secara umumnya menjadi identiti masyarakat Indonesia dan khususnya
suku Jawa ialah setelah akhir abad ke-18 atau awal abad ke-19.

5
Batik mula diperkenalkan di Malaysia khususnya di negeri Kelantan sejak tahun 1910 lagi.
Sebenarnya istilah tersebut berasal daripada bahasa Jawa tik yang bermaksud menitik atau menulis
titik-titik.

Ambatik pula bermaksud melukis, menulis, mewarna atau menitik. Di alam Melayu, sejenis batik
yang dipanggil Batik Pelangi telah diperkenalkan sejak tahun 1770-an lagi. Di Malaysia
kebanyakan kilang perusahaan batik banyak terdapat di Kelantan dan Terengganu.

Batik yang dihasilkan ialah semuanya batik tulis sehingga awal abad ke-20 dan batik cap hanya
baru dikenali setelah Perang Dunia Pertama berakhir atau sekitar tahun 1920.

Dalam konteks pembuatan, kesenian batik adalah seni menggambar di atas kain untuk pakaian yang
menjadi salah satu kebudayaan keluarga raja-raja Indonesia zaman dulu.

Sejarah awal

Awalnya aktiviti membuat batik hanya terbatas dalam kraton saja dan ianya dihasilkan untuk
pakaian raja dan keluarga serta para pembesar. Oleh kerana banyak dari pembesar tinggal diluar
kraton, maka kesenian batik ini dibawa oleh mereka keluar dari kraton dan dihasilkan pula ditempat
masing-masing.

Akhirnya kesenian batik ini ditiru oleh rakyat jelata dan seterusnya berkembang menjadi pekerjaan
kaum wanita dalam rumah tangga mereka untuk mengisi waktu lapang.

Pada peringkat awal, bahan-bahan pewarna yang digunakan untuk mewarnai batik terdiri daripada
tumbuh-tumbuhan asli Indonesia yang dibuat sendiri antara lain; pohon mengkudu, tinggi, soga,
nila, dan bahan sodanya dibuat daripada soda abu, serta garamnya dibuat dari tanah lumpur.

Namun, kini, motif-motif pembuatan batik menjadi salah satu elemen seni tampak. Corak-corak,
subjek dan imej diterjemahkan pada kain mahupun kanvas.

Terbaru, enam pelukis tempatan melontar perspepsi, motif dan imej mengenai batik dalam pameran
bersama, Variasi Batik: Imej Tradisi dan Masakini di Galeri RA, Kuala Lumpur hingga 18
September ini.

Pelukis-pelukis yang mengambil bahagian ialah Ismail Mat Hussin, Fatimah Chik, Maslin Md.
Ramly, Padil Osman, Rozaman Mohamed dan Harozila Ramli. Kurator pameran ialah Dr. Zakaria
Ali.

Dalam konteks ini keenam-enam pelukis ternyata tidak berhenti pada kreasi klasik (tradisional)
melalui teknik canting (alat lukis batik tradisional) tetapi juga berus dan medium akrilik serta
minyak.

Maslin Md. Ramly seolah-olah melakukan pemberontakan terhadap tradisi yang ada dalam tradisi
pembuatan batik dari aspek teknik dan pendekatan. Dia justeru menggunakan kanvas dan berus,
bukan canting sebagaimana kebiasaan batik.

Batik diletakkan sebagai wilayah yang unik dan potensial untuk digali serta dijelajahi. Kesenian itu
diletakkan sebagai sebuah wacana yang di dalamnya melingkupi idealisme, pola pikir, perilaku,
proses serta gagasan.

6
Beliau menolak nilai batik yang biasa dilihat sehari-hari. Penggunaan motif-motif geometris dan
komposisi catan yang beragam sememangnya sesuatu yang tidak lazim sebagai sebuah karya batik.

Di kanvas, justeru penekanan subjek tertumpu pada imej motif-motif dekoratif, ornamental,
simbolik yang seolah-olah memperlihatkan pemberontakannya terhadap tradisionalisme dalam
batik itu sendiri.

Batik bukan sekadar sebuah persembahan corak dan seni pada tekstil tetapi mampu diaplikasi ke
kanvas sama seperti genre-genre lain dalam seni tampak.

Persoalan spiritual

Fatimah Chik pula meneroka persoalan-persoalan spiritual dan keislaman menenerusi simbol-
simbol pada kanvas menggunakan motif-motif batik. Di situ sebuah wacana vertikal dan horizontal
diketengahkan.

Karyanya beliau seperti Keyakinan Series (Sejadah) merupakan wacana visual tentang keislaman
dan nilai-nilai filosofi yang terkandung di dalamnya.

Berbeza dengan karya-karya abstrak dan dekoratif Fatimah dan Maslin, lukisan batik oleh Ismail
Mat Hussin sama sekali berlainan. Ia merupakan satu kenyataan realisme tetapi menggunakan
teknik pembuatan batik.

Beberapa karyanya seperti Di Tepi Pasar Siti Khadijah merupakan transformasi teknik pembuatan
corak-corak batik menggunakan teknik canting kepada seni lukis.

Di tangan keenam-enam pelukis tersebut, batik memasuki suatu perspektif yang berkaitan dengan
realiti material yang memiliki sifat gaya hidup masyarakat Malaysia hari ini.

Di satu sisi lain, ada kecenderungan untuk menyerap fenomena cara berfikir kesenian Barat, malah
menimbulkan upaya untuk memberontak terhadap elemen-elemen tradisionalisme dalam genre
kesenian itu.

Melalui pluralisme seni, keragaman batik sebagai medium untuk menyatakan isu keislaman, kritik
sosial dan keindahan dianggap sesuatu yang wajar. Ia ditampilkan konsep, misi, format dan bentuk
ekspresi apa pun.

Tidak ada penentu nilai atau kayu ukur bahawa batik dan motif-motifnya hanya sekadar untuk
sebuah karya tekstil atau pakaian semata-mata. Inilah yang diketengahkan dalam Variasi Batik:
Imej Tradisi dan Masakini.

7
Sejarah

Kain Songket adalah hasil daripada tenunan benang sutera atau kapas yang ditenun bersama-
sama dengan benang emas atau perak. Ia telah terkenal di Malaysia sejak abad ke 15 yang
lampau. Perkataan songket berasal daripada perkataan sungkit iaitu teknik menyungkit.
Industri tenunan songket ini telah berkembang pesat terutamanya di negeri-negeri Pantai
Timur seperti di Terengganu dan Kelantan. Bunga atau hiasan di kepala kain di tenun
mengikut citarasa penenun. Corak atau ragam hias tersebut dikenali dengan nama-nama
seperti tapak manggis, pucuk rebung, lawi ayam dan sebagainya.

Tenunan songket ini dilakukan sebagai industri kecil, yang mana kemahiran seseorang
penenun itu mengambil masa selama enam minggu untuk menghasilkan sehelai kain songket
yang panjangnya di antara 20 hingga 40 meter. Sesuatu yang mengkagumkan tentang
seseorang penenun mahir ialah, dia tidak melakar corak songket di atas kertas sebelum kerja-
kerja menenun dilakukan sebaliknya ia tercetus daripada daya kreativiti dan imaginasi yang
tinggi lagi unik.

8
Motif

Motif yang digunakan untuk menenun songket diilhamkan daripada alam semulajadi. Antara
motif-motif songket:

Motif Tumbuh-tumbuhan
Motif Binatang
Motif Alam/Benda
Motif Kuih

Corak

Corak kain songket lazimnya terdiri dari:

Susunan bunga penuh


Susunan bunga bertabur
Susunan bercorak

Proses Pembuatan

Secara ringkasnya proses menenun songket adalah dengan menggunakan teknik menyungkit
iaitu menggunakan lidi buluh atau bilah nibung melalui benang loseng (warp) di permukaan
alat tenun yang dipanggil �kek tenun�. Proses menyungkit dilakukan setelah benang �karat
butang� disediakan. Benang karat butang digunakan untuk membuat reka corak atau
sulaman benang emas.

Mencelup benang

Benang perlu dibersihkan sebelum dicelup ke dalam pewarna. Setelah pewarnaan dibuat
benang perlu di keringkan, sebelum kerja selanjutnya dilaksanakan.

Melerai benang

Pelenting yang diperbuat daripada buluh kecil digunakan untuk melilit benang. Proses ini
dilakukan dengan bantuan alat darwin dan alat pemutar rahat.

Menganeng benang

Proses membuat benang loseng yang diregang di alat penenun bagi menentukan saiz panjang
atau jumlah helai kain yang akan ditenun.

Menggulung

Benang-benang yang diregang di alat menganeng (ianian) digulung dengan sekeping papan
loseng.

Menyapuk benang

Setelah benang loseng dimasukkan ke dalam gigi atau sikat jentera, kerja-kerja menyapuk
dilakukan. Dua urat benang loseng dikaitkan melalui setiap celah gigi jentera.

Mengarak benang

9
Karak dibuat daripada benang asing yang digelung. Benang loseng berangka genap dan ganjil
akan diangkat turun naik secara berselang seli sewaktu menenun.

Menyongket benang

Proses mereka corak di atas benang loseng dengan menggunakan alat yang di panggil lidi
dengan menyongketkan benang loseng sebanyak tiga atau lima lembar dan kemudian diikat
dan dikenali sebagai proses ikat butang.

Menenun

Alat torak yang diisi dengan benang pakan atau benang emas, dimasukkan ke kiri dan kanan
di celah-celah benang loseng mengikut corak yang telah ditentukan hinggalah menjadi
sekeping kain. Kain yang telah siap ini dipotong mengikut saiz.

Penggunaan

Pada zaman dahulu songket melambangkan kebesaran. Raja-raja dan pembesar-pembesar


istana sahaja yang bekemampuan memakainya. Kegunaannya adalah untuk membuat tanjak,
samping, kain selendang dan persalinan diraja. Tetapi di zaman moden songket digunakan
untuk pakaian pengantin, perhiasan dinding, beg tangan, alas meja, barang-barang
cenderamata dan sebagainya mengikut keupayaan pengusaha untuk mempelbagaikannya.

Setelah sekian lama perusahaan songket berkembang di Malaysia maka kini corak songket
mendapat tempat di hati para arkitek. Terdapat beberapa bangunan pencakar langit telah
diterapkan dengan corak songket seperti bangunan Perpustakaan Negara Malaysia.

10
Corak tepak sireh: Terengganu

Songket

11
Songket diusahakan sejak berzaman di Pantai Timur dan di Terengganu merupakan negeri bermulanya
pusat tenunan di Semenanjung. Songket menjadi pakaian golongan istana, orang-orang besar dan
kenamaan. Hari ini songket sudah menular lebih jauh lagi. Dipelbagaikan dalam bentuk penghias dinding
( seni khat ), pakaian pengantin dan patung, cenderamata, tas tangan, lapik pinggan, sarung kusyen, cadar,
album dan lain-lain.
     

Keanggunan songket terletak pada sulaman halus benang emas dan perak yang menarik. Songket bukan
sahaja mahal, tetapi juga memerlukan masa berminggu-minggu untuk menyiapkan satu tenunan dengan
menggunakan bahan-bahan yang mahal.

     

 6 bentuk utama songket iaitu songket bunga penuh, songket bunga bertabur, songket corak jalur, songket
corak siku keluang, songket tapak catur dan songket pucuk rebung.
     

Seperti juga batik, penggubah-penggubah bunga kain songket juga memerlukan daya kreatif yang tinggi
untuk membentuk satu hasil yang tinggi mutunya.
     

Nama  'songket' dipercayai berasal dari 'sungkit'. Menyungkit adalah suatu teknik atau cara kerja khusus
dalam proses menenun kain songket. Teknik ini melibatkan penggunaan alat yang diperbuat daripada buluh,
lidi atau bilah nibung.
     

Dalam proses menenun, kesabaran, ketelitian, penglihatan dan memori yang baik sangat penting.
     

Keindahan songket terletak pada kepelbagaian dan kehalusan coraknya, juga terdapat 100 motif tradisional
pada kain songket.  

12
http://malaysiana.pnm.my/04/0408songket.htm
http://malaysiana.pnm.my/04/0402batik.htm

13

You might also like