You are on page 1of 15

Falsafah Pendidikan Islam

Sebelum kita meninjau Falsafah Pendidikan Islam, adalah lebih elok diperincikan
dahulu tentang Falsafah Islam itu sendiri dan juga asal perkataan falsafah. 
Perkataan falsafah berasal daripada bahasa Yunani Kuno, dan dalam pengertian
yang bebas ia bermaksud "Cintakan Hikmah"(Al-Syaibany, 1991)  Hikmah ialah satu
pandangan dan fikiran yang tinggi atau jauh serta matang.  Pengamatannya tidak
dapat dicapai oleh pengetahuan biasa.

    Dalam Oxfort Dictionary (1982) ditakrifkan falsafah sebagai:

    "Seeking after wisdom or knowledge especially that which deals with ultimate  
reality, or with the most general causes and principles of things and ideas and
human perception and knowledge of them, physical phenomena and ethics"

    Jadi, falsafah merupakan satu usaha untuk mencari kebenaran, (seeking the
thruth), dan kebenaran itu sebenarnya hanya Allah.  Kalau kita cuba mencari erti
hakikat hidup, maka ini adalah falsafah.  Hakikat hidup yang sebenar hanya Allah
sahaja yang mengetahuinya.  Yang kita tahu berdasarkan apa yang diberitahu oleh
Allah, maka itulah yang benar dan mutlak.  Yang kita fikirkan sendiri menjadi falsafah
kita dan tidak bersandarkan kepada kitab Allah, maka itu tidakalah sebenar, ia tidak
mutlak dan ianya bersifat relatif.  Sebab itu bermacam-macam falsafah timbul hasil
pemikiran manusia.  Seperti Liberalisme, Idealisme, Asetisme, Eksistensialime,
Hedonisme, Kapitalisme, Kommunisme dan banyak lagi.  Jika falsasfah itu berpunca
daripada Allah atau wahyu, maka ia akan sama sahaja perinsipnya dan juga
matlamatnya.  

    Falsafah Islam ialah falsafah yang berteraskan wahyu, iaitu Al-Quran dan As-
Sunnah. Jadi apabila seseorang Islam yang faham Islam membincangkan mengenai
falsafah, tidak kira sama ada falsafah hidup atau falsafah pendidikan atau pun yang
lain-lain, perbincangannya tidak akan lari daripada prinsip dan matlamat Islam.
Sebaliknya, seorang Islam yang tidak memahami hakikat Islam, malah ia telah lebih
dahulu mendalami falsafah lain daripada Islam, menjadi sangat susah ia menerima
falsafah Islam.  Malah falsafahnya yang dikatakan Islam itu dalam banyak hal
bertentangan dengan kehendak Islam.

    Jika falsafah itu diertikan dengan "cintakan hikmah atau kebenaran" maka
falsafah Islam bererti cintakan hikmah atau kebenaran yang berasaskan ajaran
Islam.   Dan ajaran Islam itu bersumberkan wahyu, iaitu Al-Quran dan As-Sunnah. 
Failasuf Islam dari setiap zaman, apabila membincangkan tentang falsafah biasanya
mereka tidak akan lari daripada soalan-soalan berikut sebagai asas perbincangan,
iaitu:  Siapa anda (apa hakikat diri anda)?  Dari mana anda datang? Kenapa anda
berada di sini (alam dunia)? Kemana anda akan pergi?  Apa tujuan hidup?  Dan
apakah hakikat mati? (Yaljin, 1991).
    Perkataan hikmat disebut beberapa kali di dalam Al-Quran dengan maksud yang
berbeza mengikut qarinah ayat berkenaan.  Hikmah ada kalanya bermaksud
bijaksana (surah An-Nahli 125).  Mengikut Muhammad Nasir (1978) hikmah di sini
bermaksud mengenal golongan.  Sheikh Muhammad Abduh pula berkata bahawa
"Hikmah itu ialah memahami sesuatu tentang rahsia dan faedahnya".

    Untuk memahami sesuatu tentulah memerlukan ilmu, kerana ilmulah penyuluh
untuk mengenal sesuatu.  Jadi ilmu ini tentulah ilmu yang benar.  Dalam versi yang
lain Muhammad Abduh mengatakan bahawa "Hikmah itu ilmu yang benar yang
menjadi pengerak untuk melakukan sesuatu pekerjaan yang berfaedah"

    Orang yang mempunyai hikmah ini digelar "Hakeem".  Ia bermaksud orang yang
mahir dalam sesuatu bidang dan melakukannya dengan cukup baik dan halus
(Muhammad Nasir, 1978).  Adakalanya hikmah itu bermaksud ilmu, iaitu ilmu yang
tinggi martabatnya.  Ini berdasarkan ayat 269 surah al-Baqarah. Orang yang
mempunyai hikmah mempunyai pandangan yang jauh, bukan setakat lima atau
enam puluh tahun ke hadapan, tetapi sampai ke alam akhirat.  Ini jelas seperti cerita
Luqman al-Hakeem di dalam Al-Quran.

    Falsafah Islam cuba mencari hakikat manusia dan alam semesta ini.  Setelah
berusaha mencari dan berfikir berdasarkan wahyu, maka dapat dirumuskan bahawa
manusia dijadikan oleh Allah untuk hidup di alam ini sebagai hamba dan khalifah,
kemudian mereka akan mati dan akan dipersoalkan tentang tanggungjawab dan
amanah yang diberikan oleh Allah.  Ini adalah berdasarkan kepada ayat-ayat 55
surah Az-Zariyat, 30 Al-Baqarah, 72 Al-Ahzab, 172 Al-A`raf dan lain-lain.

    Falsafah Pendidikan Islam pula ialah falsafah pendidikan yang berteraskan ruh
Ialam, iaitu falsafah Islam untuk pendidikan, dan ia disebut Falsafah Pendidikan
Islam (Al-Syaibany, 1991).  Jadi, maksud daripada Falsafah Pendidikan Islam ialah
menyediakan manusia dengan dan ilmu pengetahuan yang cukup agar ia kenal
akan dirinya serta tugas dan tanggungjawabnya, serta mengetahui cara untuk
menjalankan atau melaksanakan tanggungjawabnya sebagai hamba dan khalifah
Allah.  Bila ia dapat menjalankan tugas dan tanggungjawab ini dengan baik maka
jadilah ia insan yang soleh.  

    Ahli falsafah pendidikan Islam atau failasuf pendidikan Islam ialah orang yang
berusaha berfikir mencari apakah perkara-perkara yang perlu dimasukkan ke dalam
kurikulum pendidikan.  Ini termasuklah ilmu, kemahiran, nilai, pengalaman dan
sebagainya, yang mana setelah menjalani pendidikan beberapa lama akan lahir
seorang insan yang kenal dirinya, kenal Tuhannya, faham tujuan Allah jadikan
segala yang ada, mengetahui hukum-hukum Allah dan mengamalkannya,
bertamadun, pandai berkawan sama ada dengan orang Islam atau pun bukan
Islam.   Antara perkara yang penting yang difokuskan oleh falsafah pendidikan Islam
ialah:
    Pendidikan Aqidah, Pendidikan Ibadah, Pendidikan Akhlak, Pendidikan Akal,
Pendidikan Jasmani, Pendidikan Rohani, Pendidikan Keterampilan, Pendidikan
Keibubapaan, Pendidikan Kemasyarakatan, Pendidikan Kepimpinan, dan banyak
lagi.

    Jadi, berdasarkan falsafah Islam, semua perkara yang disebutkan diatas itu perlu
ada dan menjadi tajuk-tajuk penting dalam kurikulum pendidikan Islam.  Dengan
demikian, barulah dapat melahirkan insan soleh yang mampu melaksanakan
tugasnya sebagai hamba dan khalifah Allah dengan betul dan sempurna seperti
yang dibincang dalam Matlamat Pendidikan Islam.  Penyataan Falsalah Pendidikan
Islam yang digubalkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia, nampaknya ada
unsur untuk menuju ke arah ini.

 FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN :

Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah lebih


memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk
melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan
jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah
bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan,
berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai
kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan
kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.

FALSAFAH PENDIDIKAN ISLAM :

Pendidikan Islam adalah satu usaha berterusan untuk menyampaikan ilmu,


kemahiran dan penghayatan Islam berdasarkan Al-Quran dan As-Sunnah bagi
membentuk sikap, kemahiran, keperibadian dan pandangan hidup sebagai hamba
Allah yang mempunyai tanggungjawab untuk membangun diri, masyarakat, alam
sekitar dan negara ke arah mencapai kebaikan di dunia dan kesejahteraan abadi di
akhirat.

FALSAFAH PENDIDIKAN ISLAM

Disediakan Oleh

Ustaz Haji Mohammad Haji Shafie


Pengetua Sekolah Menengah Agama
Wilayah Persekutuan

Pendahuluan
Agama Islam atau 'Din AI Islam" secara langsung membawa erti sebagai suatu cara
hidup yang mencukupi semua bidang. Asas penting dalam cara hidup mengikut
agama Islam ialah iman, Islam dan ihsan. Manakala jalan untuk mencapai
kesempurnaan ketiga asas ini terletak pula kepada akal, fikiran dan ilmu
pengetahuan. Lantaran itu pendidikan dan ilmu pengetahuan tidaklah merupakan
sesuatu yang terasing dari Islam malahan ia merupakan sebahagian dari Islam itu
sendiri. Jika kita lihat kepada masyarakat Melayu pula, orang Melayu rata-rata tidak
tahu membaca dan menulis sebelum kedatangan Islam tetapi bersama-sama
dengan kedatangan Islam, ia membawa kontek pendidikan, Pembelajaran dan
pelajaran dan bersama-sama itu pula ia berjaya meletakkan nilai tertentu di
kalangan orang Melayu yang memeluk Islam.

Konsep Islam
"Islam" yang bererti "Penyerahan diri kepada kehendak-kehendak Tuhan Yang
Maha Esa" merupakan peringkat terakhir dan manifestasi yang paling sempuma dari
agama Allah yang satu yang disampaikan kepada manusia melalui "utusan-utusan"
Allah
dari semasa ke semasa hinggalah kepada zaman Pesuruh Nya yang terakhir, yaitu
Nabi Besar Muhammad (s.a.w.). Islam bertujuan membimbing manusia kepada
suatu cara hidup yang benar-benar memenuhi tuntutan-tuntutan irtsani yang
'compler' itu ...dari yang paling basic kepada yang paling tinggi, dari yang bersifat
kebendaan kepada yang bersifat rohanir dari yang bersifat perseorangan kepada
yang bersifat kolektif ...supaya kesejahteraan atau salam dalam erti yang sebenar-
sebenamya dapat di nikmati oleh insan secara perseorangan dan secara
bermasyarakat. Islam adalah suatu sistem kehidupan yang bersifat menyeluruh (all-
ambracing) dan dalam hal ini istilah "agama", sebagaimana yang difaham di Barat
khasnya dan dikalangan orang-orang yang berpendidikan modem amnya, tidak
dapat dipakai untuk memahami Islam tanpa merusakkan sifatnya yang
sebenar. Agama (atau religion) biasanya ditakrifkan sebagai suatu sistem
kepercayaan-kepercayaan dan ritus ("system of beliefs and rituals) yang merupakan
urusan perseorangan yang amat private sifatnya. Islam sebagaimana yang.digarisi
oleh Program Hidupnya, yaitu syariah menuntun bukan saja perhubungan manusia
dengan Tuhan (hubungan vertikal), tetapi perhubungan manusia dengan manusia
(hubungan horizontal) yang mengangkut soal-soal kehidupan sosial, politik,
ekonomi, budaya dan kesenian. Islam tidak mengakui adanya pertentangan, atau
pemisahan menonjol, antara hidup kerohanian dan hidup keduniaan. la tidak
membatasi dirinya semata-mata pada mensucikan kehidupan rohani dan kehidupan
moral manusia dalam arti yang terbatas dari perkataan tersebut. la memberikan
ajaran-ajaran yang bertujuan merubah bukan saja kehidupan perseorangan
manusia, tetapi juga susunan masyarakat manusia, kepada bentuk-bentuk yang
sehat selaras dengan status manusia sebagai hamba Allah; dengan fungsi manusia
seb;1gai ..wakil" {KhaliEah; Inggeris .'Vicegerent") Allah di muka bumi
yang harus memakmurkan dan memajukan alam ini sebagai suatu amanah kuddus
{sacred trust); dan dengan tujuan hidup manusia, iaitu mencari keredaan Tuhan di
dunia dan di akhirat.
Dengan erti lain Islam adalah sa tu perutusan (message) Allah untuk semua umat
manusia yang bersifat universal. Walau pun Islam bersifat universal, ia juga
meletakkan syarat-syarat bagi bangkitnya dan tertubuhnya sebuah "masyarakat"
Islam atau "um-mah" dengan andaian bahawa sepanjang sejarah manusia akan
selalu ada masyarakat-masyarakat ugama-ugama lain yang berdampingan
dengannya. Ummah ini bermaksud untuk menjadi saksi terhadap perlaksanaan
perutusan Tuhan
(Q.2: 143) terutama mengenai perlaksanaan ibadah dan amanah. Untuk mengatur
umat dalam kehidupan sosial, al Quran dan Sunnah memberi peraturan-peraturan
dan pedoman-pedoman yang disusun oleh ahli-ahli fiqah dan diberi nama "syariah"
atau
undang-undang Islam. Undang-undang ini disusun di bawah lima kategori besar:-

1. Kepercayaan yang merangkumi enam rukun iman.


2. Akhlak (adab) yang mengatur soal tatasusila perhubungan dan ketinggian
moral.
3. Peribadatan kepada Allah "ibadat" yang dirangkumi dalam rukun Islam yang
lima.
4. "Muammalat" yang berkaitan dengan tugas-tugas individu dalam masyarakat
dan meliputi perjanjian, keamanan, perkongsian dalam perniagaan, undang
civil, jenayah, kekeluargaan dan sebagainya.
5. Hukuman "uqubat" yang berkenaan dengan pencurian, perzinaan, saksi
palsu, tuduhan dan lain-Iain.

Jadi syariat itu luas sekali merangkumi soal-soal akidah dan akhlak tetapi
sebahagian besar orang-orang Islam sendiri belum merialisasikan hal ini. Ada
menganggap syariat itu merujuk kepada "Mahkamah Syariah" atau hanya kepada
nikah kahwin, mati hidup atau hukum kerana berkhalwat sahaja.

1. Pendidikan Islam:
Apakah pula hubungan antara "Pendidikan" dan "Islam", Dalam hal ini biarlah
kita meninjau sedikit tentang apakah fungsi pendidikan itu sendiri. Ahli-ahli
sejarah pendidikan ada menyebut bahawa fungsinya:-
.
Menyiapkan generasi muda untuk memegang peranan-peranan tertentu
dalam masyarakat pada masa yang akan datang. Peranan di sini berkaitan
dengan kelanjutan hidup (survival) masyarakat sendiri. Menangkap ikan,
bertani,
mengatur masyarakat dan lain-lain adalah peranan-peranan yang harus tetap
diajarkan kepada generasi muda, sekalipun tidak bererti harus memakai alat-
alat (tools) yang sama dari generasi kegenerasi. Sebab kekalnya masyarakat
atau peradaban.
2. Memindahkan ilmu pengetahuan yang bersangkutan dengan peranan-
peranan tersebut dari generasi muda. Menangkap ikan dan ilmunya. Oahulu
dengan memakai kail, tombak, atau mungkin membaling ikan dengan batu.
Sekarang  orang menangkap ikan dengan kapal, tidak pakai kail. Ikan di laut
dihirup masuk ke perut kapal, di situ diproses dalam kilang, dan sebelum
kapal berlabuh di pantai semuanya sudah menjadi ikan dalam tin. Siap untuk
dijual, malah harganyapun sudah tercetak di kilang itu. Tetapi peranan
menangkap ikan tetap itu juga. Begitu jugalah perbandingan antara dukun
yang mengobati segala penyakit dengan asap atau dengan ludah, dan doktor
moden yang menggunakan television untuk melihat dekat jantung sisakit dan
menggunakan segala alat-alat moden untuk mengubati patientnya. Fungsinya
tetap itu juga tidak berubah, hanya alatnya yang berlainan. Dukun zaman dulu
serba boleh, doktor zaman sekarang mengutamakan 'specialist' yang
mendalam, tetapi tujuannya untuk mengubati orang juga.
3. Memindahkan nilai-nilai yang bertujuan untuk memelihara keutuhan dan
kesatuan masyarakat yang menjadi syarat mutlak bagi kelanjutan hidup
(survival) suatu masyarakat dan peradaban. Dengan kata lain, tanpa nilai-nilai
keutuhan (integrity) dan kesatuan (integration) suatu masyarakat tidak akan
terpelihara yang akhirnya berakhir dengan kehancuran masyarakat tersebut.
Ini telah dibuktikan oleh sejarah peradaban. Ambil sahaja satu nilai sebagai
misal, iaitu kejujuran. Kalau di dalam suatu masyarakat kejujuran ini tidak
ada, maka masyarakat itu tidak bpleh wujud. Kalau setiap orang dalam
kelompok mengatakan sesuatu lain dari yang ingin ia perbuat, maka tentu di
situ tidak akan ada hubungan sosial yang membawa kepada terciptanya
kelompok hidup.

Persoalan yang mungkin timbul di sini adalah, dari mana datangnya nilai-nilai itu?
Dengan kata lain siapakah yang menciptakan nilai-nilai itu?

Nilai-nilai Islam:
Jadi barangkali dengan hur~ian di atas jelaslah bagi kita apa dia fungsi pendidikan
itu. Juga dari situ akan jelas bagi kita apa dia perbedaan pendidikan pada umumnya
dengan pendidikan Islam. Mungkin perbedaan tidak nampak pada dua fungsi
pertama,
iaitu penyiapan generasi muda untuk mengisi peranan-peranan masa hadapan dan
pemindahan ilmu-ilmu yang berkaitan dengan peranan-peranan tersebut. Perbedaan
mungkin akan ketara sekali pada fungsi ketiga, iaitu pemindahan nilai-nilai dari
generasi tua kepada generasi muda. Perbedaan ini akan menyangkut persoalan nilai
mana yang akan dipindahkan? Apa sumber-sumber nilai-nilai itu?

Dalam Islam ada lima macam sumber nilai yang di akui, iaitu Al-Quran, dan Sunnah
Nabi, itulah yang asal. Kemudian datang sumber ketiga iaitu Qiyas, f!.rtinya
membanding~.n masalah yang disebutkar, oleh Al-Quran atau Sunnah dengan
masalah yang
dihadapi oleh umat Islam pada masa tertentu, tetapi nas yang tegas dalam Al-Quran
tidak ada. Di sini digunakan Qiyas. Kemudian sumber keempat adalah
kemaslahatan umum pada suatu ketika yang difikirkan patut menutut kacamata
Islam. Sedang sumber kelima adalah kesepakatan dan lima' ulamak-ulamak dan
ahli-ahli fikir Islam pada suatu ketika
yang dianggap sesuai dengan sumber dasar iaitu Al-Quran dan Sunnah.

Barangkali pendidikan yang bukan Islam hanya menggunakan dua sumber terakhir
,iaitu kemaslahatan umum yang berdasar pada nilai-nilai dan adat kebiasaan
masyarakat tertentu dan hasil pemikiran dan penelitian ahli-ahli dan pemimpin-
pemimpin pada zaman tertentu. Sudah barang tentu hasil-hasil pemikiran itu ada
juga terpengaruh oleh berbagai agama di samping yang betul-betul hasil pemikiran
manusia sahaja.

Jadi jelaslah bagi kita lima sumber nilai-nilai dalam Islam yang sekali gus juga
memberi definasi tentang nilai itu. Nilai-nilai inilah yang diusahakan oleh pendidikan
Islam untuk memindahkannya dari satu generasi kepada generasi yang lain.
Sehingga umat menjadi kekal .dan kokoh memikul tanggungjawab sebagai
pembawa amanah ukhalifah" di atas bumi ini.

Fungsi Asas Pendidikan Islam

Tetapi di samping itu ada lagi fungsi keempat bagi pendidikan Islam yang
membezakannya dari pendidikan lain, iaitu mendidik anak didiknya beramal di dunia
ini untuk memetik hasilnya di akhirat. Fungsi keempat inilah yang menautkan tiga
fungsi sebelumnya dan menjiwai segala pelaksanaannya. Ertinya pendidikan Islam
menyiapkan generasi muda untuk mengisi peranan, memindahkan pengetahuan,
dan memindahkan nilai-nilai yang diselaraskan dan diwarnai oleh fungsi keempat ini.

Inilah fungsi-fungsi pendidikan Islam, sebagaimana diamalkan oleh Rasulullah s.a. w


.dan sahabat-sahabatnya. Ulamak-ulamak dan pemikir-pemikir Islam sesudah beliau
dan sahabat-sahabatnya menjalankan fungsi-fungsi ini dalam menyebarkan agama
Islam keseluruh dunia yang sekarang ini menempati ruang antara Morocco di pinggir
lautan Atlantik sampai Indonesia di sebelah Timur di pantai lautan Teduh (Pasifik)
dan meliputi tidak kurang dari lapan ratus juta jiwa manusia.

Tujuan Pendidikan Islam

Islam menganggap manusia sebagai berada dalam keadaan "fitrah" yakni keadaan
suci bersih terutama di segi keinsanan. Jadi tujuan pendidikan Islam ialah untuk
menimbulkan keadaan yang dapat membantu manusia dalam melaksanakan
kehidupannya sebagai khalifah dan hamba Tuhan atau dengan erti lain manusia
diberi amanat untuk mengembangkan sifat Tuhan di muka bumi sehingga berjaya
membentuk satu tamadun Ilahi yang 'muqaddas' yang berbeza daripada tamadun
duniawi yang 'profane' yang 'secular' atau yang tidak diasaskan atas kehendak
Tuhan. Tamadun yang membawa manusia mengenali kebenaran dalam erti kata
yang sebenarnya. Kebenaran yang di selimuti oleh "hikmat" (Q.2: 269), dan dapat
melihat secara objektif dan standard.

Tamadun suci tidak mungkin lahir jika keadaan sekeliling pendidikan itu sendiri
masih kabur dan kotor. Nilai yang disemaikan tidak tepat clan gila -lahir dari bijak
pandai yang kegilaan lantaran tidak ada padoman -kerana tidak berdasarkan kepada
'.tajalli" penglahiran sifat-sifat Tuhan itu sendiri. Dalam hal ini pendidikan Islam
berkehendakkan satu keadaan yang sesuai diwujudkan di sekolah-sekolah, baik di
segi berpakaian, pergaulan, pembelajaran dan sebagainya. Ertinya dalam satu
suasana tidak boleh bercampur dua nilai yang tidak sehaluan.

Satu perkara penting yang harus diingat mengenai pendidikan moral yang
dikehen.daki Islam bukanlah semata-mata dengan mempelajari dan mengetahui
mengenai moral, Aspek tingkah laku (effektif) lebih penting dari kognitif, sepertimana
mengetahui mengenai teori muzik tidak serta merta menjadikan seseorang itu ahli
muzik. Mengetahui kejujuran atau kebenaran itu sebagai sifat-sifat yang baik
tidaklah menjadikan seseorang itu berani dan jujur. Institusi pendidikan Islam perlu
menyediakan suasana yang boleh menyediakan pengenalan "celik akal" (insight)
yang benar-benar bernilai kepada murid-murid, dalam maksud lain kehidupan
bermoral itu sendiri perlu dihayati.

Tatasusila Masyarakat Islam:


Saya telah menerangkan mengenai pendidikan Islam serta tujuannya sekali. Secara
tidak langsung tuan-tuan telah pun dibentangkan dengan nilai yang perlu, ditimbul
dan diamalkan dalam masyarakat Islam. Namun untuk lebih memahami lagi
mengenai tatasusila Islam perlulah kita memahami prinsip keugamaan dan falsafah
Islam itu sendiri. Prinsip-prinsip utama seperti:-

1. Maksud dan tujuan penciptaan alam.


2. Keadaan sifat-sifat Tuhan
3. Keadaan amanah manusia sebagai khalifah dan hamba "Abd".
4. Perjanjian "mithaq" antara Tuhan dan umat manusia.

Mengikut ajaran Islam, Tuhan menciptakan manusia untuk menyembah kepadanya.

"Tidaklah aku ciptakan jin dan manusia kecuali agar supaya mereka menyembah
kepadaku".
(Q.S1: 56).
"ltulah Dia Allah, Tuhanmu. Tidak Tuhan kecuali pencipta segala sesuatu, oleh
sebab itu sembahlah Dia"
(Q.6: 103).

Harus ditekankan di sini, pertama sekali bahawa "menyembah" dalam dua ayat AI-
Quran di atas itu tidak dimaksudkan sebagai upacara sembahyang yang biasa kita
fahami. Jauh lebih luas dari itu.
Sekarang kita lihat bahagian kedua, iaitu sifat-sifat tuhan. Berkenaan dengan
penciptaan Nabi Adam a.s., dalam hal ini umat manusia, Tuhan berfirman dalam AI-
Quran:

".. Aku telah membentuknya dan menghembuskan kepadanya roh Kami "
(Q. 15:29).

Ini bermakna, antara lain, bahawa Tuhan kami memberi manusia beberapa potensi
atau kebolehan berkenaan sifat-sifat Tuhan. Sifat-sifat Tuhan ini disebut dalam AI-
Quran dengan nama-nama yang indah (AI-Asmaa AI-Husna) I yang
menggambarkan Tuhan sebagai "Yang Maha Pengasih" (AI-Rahman), "Yang Maha
Penyayang" (AI-Rahim), "Yang Maha Suci" (AI-Quddus), "Yang Maha Berkuasa" (AI-
Qawiy), "Yang Maha Mencipta" (AI-Khaliq), "Yang Memiliki Segala Kekuasaan"
(Malikul Mulk), "Raja Yang Teragong" (AI-Malik) dan lain-Iain lagi. Pendeknya
berjumlah 99 semuanya. Menyembah dalam pengertiannya yang umum, bermakna
mengembangkan dan melaksanakan sifat-sifat ini pada manusia mengikut
perintah .dan petunjuk Tuhan. Misalnya Tuhan memerintah manusia menjalankan
upacara sembahyang kepadanya. Dengan berbuat demikian, manusia menjadi lebih
suci, jadi ia telah meniru sifat Tuhan dalam kesucian. Juga Tuhan adalah Maha
Pengasih, tetapi la memerintah manusia supaya bersifat pengasih kepada jirannya
jika mengharapkan Tuhan bersifat pengasih kepadanya. Tuhan Maha Mengetahui,
tetapi Dia memerintah manusia selalu mencari dan menambah pengetahuan dan
berdoa agar Tuhan menolongnya: "Hai Tuhanku, tambahkan ilmuku" (Q.20: 114).
Juga Yang Memiliki Segala Kekuasaan, tetapi diberiNya kekuasaan politik kepada
manusia di atas bumi. Dan begitulah seterusnya.

Dalam falsafah Islam, sifat-sifat Tuhan hanya dapat diberi kepada manusia dalam
bentuk dan cara yang terbatas, sebab kalau tidak demikian maka manusia akan
menjadi Tuhan atau mengaku diri sebagai Tuhan. Tetapi yang penting diterangkan
di sini bahawa sifat-sifat yang diberikan kepada manusia itu harus dianggap sebagai
amanah, tanggung-jawab yang sangat besar. Jadi di sini mulailah jelas bagi kita
bagaimana potensi-potensi manusia yang banyak digunakan dalam psikologi
mempunyai kaitan dengan tujuan keja-dian alam jagat (AI-Kaun), sembahyang,
dalam erti yang luas, kepada Tuhan, dan kaitannya itu semua dengan sifat
keterbatasan dan amanah, tanggungjawab yang besar .
Dari sini jelas pula bahawa "beribadat" dalam erti yang luas adalah mengembangkan
sifat Tuhan yang diberikan kepada manusia dan itulah tujuan kejadian alam ini.
Untuk melaksanakan ibadat dan menolong manusia beribadat kepada Tuhan
dengan cara lebih baik, maka manusia diberi kekuasaan (salah satu sifat Tuhan) di
atas bumi dan mencari rezeki dari situ.

"Dan Kami memberi kamu (manusia) kekuasaan di atas bumi dan memberi kamu
penghidupan di situ" (Q. 7: 10).

Dalam ayat lain:

"Tidakkah kamu lihat Allah menjadikan apa-apa yang ada di langit dan apa yang ada
di bumi memberi khidmat kepadamu dan telah mengutamakan kamu di luar dan di
dalam (Q. 31: 20).

Juga: "Dan Dia telah menjadikan apa yang ada di langit dan apa yang ada di bumi
memberi khdimat kepadamu. Itu semuanya dariNya". (Q. 2:29).

Tetapi kerana "maka manusia paling banyak hanya menjadi khalifah di atas bumi"
Dialah yang telah meletakkan kamu sebagai kahlifah di atas dunia dan meletakkan
sebahagian mu di atas yang lain, supaya la boleh menguji kamu dengan apa yang
telah la berikan kepadamu." (Q.6 : 166).

Semua ini bermakna bahawa amanah itu sekurang-kurangnya ada dua macam:
yang pertama kebolehan manusia mengembangkan sifat-sifat Tuhan pada dirinya,
dan yang kedua berkenaan dengan cara pengurusan sumber-sumber yang ada di
bumi. Dengan ini konsep "beribadat" diperkaya lagi dengan mengandungi makna
baru, iaitu pengurusan yang sesuai terhadap amanah.
Jadi ..beribadat" yang pada pengertian asalnya bererti pengembangan potensi-
potensi, yakni sifat-sifat Tuhan, pada diri manusia sekarang bertambah luas dan
mengandungi juga pengertian mengurus dengan betul amanah yang dipikul itu.
Sebab amanah ini
telah diajukan kepada langit, bumi dan gunung, tetapi enggan memikulnya. Lalu
diterima oleh manusia. Tetapi rupanya manusia bersifat aniaya dan bodoh (Q. 33:
72).

Ini menunjukkan bahawa manusia telah menyalahgunakan amanah itu oleh sebab
sombong dan bongkak, dan menyangka ia tahu segala-galanya dan .dengan
menjalankan kekuasaan yang tidak adil kepada orang-orang dan makhluk lain atau
memperalat mereka. Sejarah tamadun manusia penuh dengan kisah dan trajedi
yang menggambarkan bagaimana berbagai tamadun dan masyarakat telah hilang
dan hancur sebab mereka menyalah gunakan kekuasaan, kekayaan, ilmu, kerajaan,
dan lain-Iain lagi yang semuanya adalah sifat-sifat Tuhan yang diamaI1ahkan Tuhan
kepada manusia agar manusia dapat menyembah Tuhan dengan lebih baik.

Sesungguhnya sistem moral -akhlak -dalam Islam berhubung dengan sistem keper-
cayaan, ibadat, muamalat dan sebagainya. la mempunyai kaitan dengan tujuan
kejadian alam dan perkembangan sifat-sifat Tuhan pada manusia. Inilah perbezaan
pendidikan
moral (tatasusila) dalam Islam dengan pendidikan moral yang kita pinjam dari Barat,
yang memisahkan moral itu dari kekuasaan Allah. Saya telah menjelaskan bahawa
Islam itu satu cara hidup. Panduan seluruh aspek pengajaran yang dibawa oleh
Rasulullah itu dengan sendiri sudah merangkumi segala norma-norma dan nilai-nilai
yang membentuk individu, komuniti dan masyarakat.Berhubung dengan pandangan
Islam mengenai pembentukan akhlak atau tatasusila perhubungan, maka adalah
mudah diterangkan jika kita memahami ugama Islam itu sendiri seperti yang, dengan
ringkas telah diterangkan di atas. Dalam

Al-Quran terdapat dua ciri besar:

1. Bidang akhlak yang berhubung dengan makrifat atau teori. .


2. Bidang akhlak yang berhubung suluk atau praktik.

Bahagian pertama merangkumi sebanyak 763 ayat AI-Quran dan bahagian kedua
741 ayat, keseluruhannya mengambil kira 1/4 daripada seluruh jumlah ayat-ayat Al-
Quran. Adalah terlalu luas untuk diperkatakan tentang tajuk ini di masa yang begini
terhad. Rasulullah sendiri dalam banyak Sabdanya mengatakan ugama itu adalah
"akhlak yang baik".Hal ini telah diulang beberapa kali. Di tempat lain Rasulullah
pernah bersabda bermaksud bahawa ugama itu diasaskan kepada iman, Islam dan
ikhsan. Para ulamak Islam menyarankan bahawa ikhsan ini merangkumi semua
aspek kelakuan manusia baik berupa hubungan Tuhan, dengan ciri sendiri, dengan
masyarakat, mau pun dengan makhluk-makhluk lain. Saya percaya penghayatan
kepada sifat Allah seperti yang telah diterangkan di 3tas adalah ciri dan norma
penting pembentukan nilai tatasusila masyarakat Islam.

Dipetik daripada :

Himpunan kertas kerja


Krusus Dakwah dan Kepimpinan bagi guru-guru (bukan guru agama ) Sekolah
Menenengah dan Rendah
1984
Terbitan: Kementerian Pelajaran Malaysia Kuala Lumpur
http://www.angelfire.com/in/elcom98/falsafah.htm

pendislami.tripod.com/new_page_1.htm

www.al-munir.edu.my/falsafah_pendidikan.html

Perkembangan Falsafah Pendidikan Barat, Timur & Islam terhadap Falsafah


Pendidikan Kebangsaan (FPK)

Falsafah Pendidikan Kebangsaan telah menjadi panduan dan arah tuju kepada
segala usaha mengembang dan memajukan sistem pendidikan di Malaysia.
Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang diumumkan pada tahun 1988 telah
menjadi pertimbangan asas untuk menentukan Matlamat Pendidikan Negara
berdasarkan dua ayat panjang yang berikut:

"Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah


memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu
untuk mewujudkan insan yang harmonis dan seimbang dari segi intelek, rohani,
emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan.
Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan,
berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai
kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan
kemakmuran masyarakat dan negara,"

Selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan, Matlamat Pendidikan Negara


bertujuan untuk melahirkan rakyat Malaysia yang sempurna dan mempunyai nilai-
nilai yang murni seperti kepercayaan kepada Tuhan, berakhlak mulia,
bertanggungjawab, setia kepada negara serta boleh memberi sumbangan untuk
mencapai kemajuan negara serta memupuk semangat perpaduan dalam kalangan
masyarakat harmonis yang berbilang kaum. Program Kurikulum Bersepadu Sekolah
Rendah (KBSR) dan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) telah dirancang
bertujuan mencerminkan Falsafah dan Matlamat Pendidikan Negara ini.

Sekiranya kita membuat perbandingan Falsafah Pendidikan Kebangsaan


dengan falsafah-falsafah pendidikan yang lain, sama ada di negara Barat, Timur
mahupun falsafah pendidikan Islam, falsafah pendidikan di Malaysia merupakan suatu
falsafah pendidikan yang mempunyai keistimewaan dan ciri-ciri tersendiri. Walau
bagaimanapun, sebahagian daripada unsur-unsur yang terdapat dalam Falsafah
Pendidikan Kebangsaan mempunyai kaitan erat dengan falsafah-falsafah
pendidikan Barat, Timur dan juga falsafah pendidikan Islam.

Secara keseluruhannya, Falsafah Pendidikan Kebangsaan lebih mirip atau


mempunyai banyak persamaan dengan falsafah pendidikan rekonstruktivisme.
Theodore Burghard Hurt Brameld (1904-?) menggabungkan teori progresivisme
dengan behaviorial sains sebagai asas rekonstruktivisme. Beliau berpendapat bahawa
pengalaman sebenarnya terhasil daripada interaksi manusia dengan elemen-elemen
dalam alam persekitaran dan alam sosial. Dengan erti kata yang lain, pengalaman
individu merupakan tempat utama dalam proses interaksi tersebut. Beliau juga
menekankan bahawa nilai berubah mengikut perubahan masyarakat. Nilai yang
tertinggi akan dapat dicapai apabila individu dan masyarakat memperolehi
kepuasan dalam peringkat penyempurnaan. Kedua-dua falasafah ini jelas
menekankan bahawa matlamat utama pendidikan sebagai pencapaian
kesejahteraan diri dan membentuk masyarakat yang stabil demi keharmonian
dan kemakmuran.

Memandangkan falsafah pendidikan rekonstruktivisme adalah berasaskan


falsafah progresivisme, maka falsafah pendidikan di Malaysia pula mengandungi ciri-
ciri progresivisme dan pragmatisme. Menurut John Dewey dan ahli-ahli progresivisme,
pelajar merupakan peranan utama dalam pembelajaran. Mereka berpendapat segala
aktiviti pengajaran dan pembelajaran hendaklah dirancang berdasarkan minat,
keperluan dan kebolehan pelajar. Mereka menggambarkan pelajar sebagai individu
yang berpengalaman, bermotivasi kendiri dan mempunyai naluri ingin tahu. Oleh hal
yang demikian, mereka harus diajar dengan pendekatan kajian sosial, projek,
penyelesaian masalah dan ujikaji. Guru yang berkesan adalah guru yang memainkan
peranan sebagai pembimbing dan penasihat dengan membimbing pelajar. Ciri-ciri
ini boleh dikenalpasti berdasarkan Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah dan
Menengah yang menitikberatkan penggunaan kaedah praktik dan kaedah inkuiri-
penemuan serta strategi pemusatan pelajar untuk membolehkan pelajar memperolehi
i l m u pengetahuan dan menguasai kemahiran secara individu. Di dalam tempat
belajar, sekolah merupakan sebuah masyarakat kecil yang bercorak demokratik,
membolehkan pelajar berinteraksi, bekerja dan hidup secara berkumpul sekali gus
menyokong penggunaan strategi kolaboratif dan koperatif dalam aktiviti-aktiviti
pendidikan. Selain daripada pengajian bidang kemanusiaan dan sains tulen,
kurikulum sekolah pula merangkumi pendidikan teknik dan vokasional, iaitu mata
pelajaran yang memupuk kemahiran daya cipta dalam kalangan pelajar sebagaimana
yang dititiberatkan dalam falsafah tersebut.

Dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan, salah satu fungsi pendidikan di


Malaysia ialah mengembangkan potensi pelajar secara menyeluruh dan
bersepadu, demi membentuk insan, yang harmonis dan seimbang. Fungsi ini pula
boleh dihayati daripada falsafah pendidikan Barat iaitu rekonstruktisme serta
falsafah pendidikan Timur iaitu Konfusianisme, Nasionalisme dan Internasionalisme.

Menurut falsafah pendidikan Timur, peranan utama pendidikan ialah membina


tingkah laku manusia supaya menjadi seorang yang berakhlak mulia, mengikut
peraturan serta taat dan cinta kepada pemerintah dan negara. Pendidikan disifatkan
sebagai alat penting untuk mengekalkan nilai dan norma masyarakat yang penting
untuk membawa kestabilan, kesejahteraan, dan keharmonian kehidupan. Mereka
juga menganggap fitrah manusia mengandungi nilai murni baik hati, dan nilai baik hati
ini dapat diperkembangkan melalui proses pendidikan. Walau bagaimanapun, untuk
menjadi manusia yang sempurna dan berupaya memberi sumbangan kepada
kemajuan masyarakat, pelajar hendaklah dididik dengan nilai, norma, peraturan dan
kebudayaan masyarakat.

Membentuk individu yang menyeluruh juga berkaitan dengan falsafah


pendidikan nasionalisme dan internasionalisme di India. Rabindranath Tagore (1861-
1941) mentafsirkan pendidikan sebagai proses bertujuan untuk melahirkan manusia
yang berfikiran sempurna, berupaya mencapai segala aspek kehidupan, segala aspek
fizikal, intelek, moral dan kerohanian dengan penuh makna. Beliau juga berpendapat
pendidikan harus menjadi satu proses berhidup, dinamik serta realistik, iaitu tidak
semata-mata terikat kepada buku, tetapi harus dihubungkaitkan dengan pengalaman
kehidupan manusia. Seorang yang berpendidikan dengan erti kata sebenar ialah
bukan sahaja berfikiran cergas, saintifik, bersih, berani dan bebas, tetapi juga
mendukung sikap nasionalisme yang ideal, mempunyai kecekapan untuk berkhidmat
kepada masyarakat dan negara, serta berpandangan dengan sikap internasionalisme
yang positif.

Jika dibandingkan dari aspek falsafah pendidikan Islam, perkembangan


individu dari segi intelek, rohani, emosi adalah berdasarkan kepercayaan dan
kepatuhan kepada Tuhan. Dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan pula kita
dapat menghayati falsafah pendidikan Islam ini. Tambahan pula Pendidikan Agama
dan Pendidikan Moral dalam KBSR dan KBSM mencerminkan ciri-ciri pembelajaran
afektif untuk perkembangan individu, khasnya dari segi rohani, emosi dan agama.

Memandangkan sebab sistem pendidikan menitikberatkan pembelajaran 3M


dan dikehendaki mematuhi kewibawaan dan autoriti guru, falsafah pendidikan di
Malaysia boleh dikatakan pula mengandungi unsur essensialisme yang bercorak
tradisional. James B. Conant (1893-1978) dan Hyman George Rickover (1900-?),
berpendapat fitrah manusia sebenarnya kekurangan nilai-nilai murni yang sempurna.
Sama ada dapat dibaiki untuk menjadi insan yang baik adalah bergantung kepada
pengaruh kebudayaan masyarakat, iaitu melalui latihan intelek dan mental untuk
membentuk personaliti dan mental mereka ke tahap keharmonian dan penyempurnaan.
Mengikut mereka, guru memainkan peranan yang utama dalam proses pendidikan,
membantu pelajar memperolehi keperluan dan kualiti kehidupan orang dewasa,
agar mereka dapat berjaya hidup dalam masyarakat secara terus menerus. Guru
hendaklah mengamalkan sikap pimpinan demokratik, mengambil inisiatif untuk
menjalankan tugas sebagai pengajar, kreatif membentuk iklim kondusif untuk aktiviti
pengajaran dan pembelajaran, dan mahir menggunakan teknik peneguhan ataupun
ganjaran dan denda.

Abdul Rahman Aroff dan Zakaria Kasa (1994) merumuskan bahawa falsafah
pendidikan di Malaysia sebenarnya dikenali sebagai falsafah eklektisisme, iaitu
sesuatu falsafah yang dicipta tersendiri daripada pelbagai falsafah yang sedia
ada. Pendapat ini amat jelas dan tepat menggambarkan perkembangan sistem
pendidikan di Malaysia dipengaruhi oleh Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang
dicipta mengikut acuan rakyat Malaysia sendiri berdasarkan falsafah-falsafah yang
sedia ada dan direka bentuk sedemikian rupa demi merealisasikan hasrat rakyat
Malaysia ke arah kecemerlangan pendidikan.

http://dadwayne.blogspot.com/2010/03/perkembangan-falsafah-pendidikan-
barat.html

You might also like