You are on page 1of 11

FAKTOR-FAKTOR BENGKEL MEMPENGARUHI MINAT PELAJAR

KEMAHIRAN HIDUP TERHADAP BIDANG MASAKAN DI UNIVERSITI


PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

Enoch Ang1)
Supli Effendi Rahim2)
1)
Pelajar Kemahiran Hidup Fakulti Pendidikan Teknikal Dan Vokasional
UPSI Tanjung Malim Perak Malaysia.
E-mail: ji_teng@yahoo.com.tw
2)
Pensyarah Penyelidikan Ilmiah Fakulti Pendidikan Teknikal Dan Vokasional UPSI
Tanjung Malim Perak Malaysia.
E_mail: supli_effendi@fptv.upsi.edu.my

ABSTRAK
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti faktor bengkel masakan mempengaruhi
minat masakan pelajar major Kemahiran Hidup di Universiti Pendidikan Sultan Idris.
Faktor-faktor yang dikaji adalah faktor peralatan, keselamatan dan pengurusan.
Seramai 40 orang pelajar telah dipilih sebagai sampel. Kaedah ini dijalankan dengan
menggunakan kaedah soal selidik. Soal selidik ini dibina dengan menggunakan skala
Likert. Data yang akan diperolehi akan dianalisis dengan menggunakan kaedah
statistik deskriptif berbentuk min dan peratusan. Dapatan daripada kajian ini adalah
faktor yang paling mempengaruhi minat pelajar ialah faktor pengurusan iaitu min
sebanyak 2.60. Faktor peralatan adalah merupakan faktor yang kedua tinggi dalam
kajian ini dengan min sebanyak 2.54. Faktor keselamatan (mean= 2.46) adalah faktor
yang paling sedikit yang mempengaruhi minat masakan pelajar major Kemahiran
Hidup.
(Kata Kunci:, Bengkel masakan, kelengkapan, keselamatan dan pengurusan)

ABSTRACT
The purpose of this research is to determine the factor of cooking place to effect the
interesting for “Living Skill” students in cooking field at University Education Sultan
Idris. The factor of the study involves the equipment, safety and management. The
samples for this research are 40 students. The method used for this research is
questionnaire. This questionnaire is based on Likert scale. The data was analysed by
using descriptive statistic in the formed of mean and percentage. From this research
the most factor that effect the interesting of students is management factors which
mean is 2.60 followed by the factor of equipment that the mean is 2.54. Last but not
least the factor of safety was the least that effect the interested of the students which
give the mean 2.46.
(Keyword: kitchen, equipment, safety and management)

Latar belakang Kajian


Dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah, mata pelajaran Kemahiran
Hidup ditawarkan sebagai mata pelajaran wajib untuk semua pelajar di peringkat
sekolah menengah. Kini mata pelajaran tersebut telah pun ditawarkan diperingkat
sekolah rendah.
Kemahiran Hidup Bersepadu mengandungi 4 pilihan iaitu ekonomi rumah
tangga, kemahiran teknikal, pertanian, perdagangan dan keusahawanan.(Kementerian
Pendidikan Malaysia, 2002). Dalam pilihan ekonomi rumah tangga terdapat subjek
masakan. Universiti Pendidikan Sultan Idris telah menawarkan kursus Kemahiran
Hidup pada tahun 2005. Bengkel-bengkel telah dibina pada tahun yang lepas
termasuk bengkel masakan.
Menurut Omardin Ashaari(1998) bahan bantuan mengajar akan dapat
mencetuskan minat pelajar terhadap pengajaran guru dengan gaya persembahan dan
kaedah penyampaian yang menarik. Dalam pengajaran subjek masakan, bahan-bahan
bantuan mengajar yang digunakan oleh guru memberi pengalaman sebenar yang
dialami oleh pelajar. Oleh itu, banyak aktiviti pembelajaran yang akan dilaksanakan
oleh pelajar sendiri. Secara tidak langsung, minat pelajar Kemahiran Hidup akan
bertambah terhadap subjek masakan. Namun terdapat segelitir pelajar tidak berminat
mempelajari subjek masakan dan seterusnya menunjukkan sikap sambil lewa untuk
mempelajari subjek masakan.
Minat pelajar menjadi alat ukur untuk menilai keberkesanan pengajaran dan
pembelajaran. Kajian ini dijalankan untuk meninjau minat pelajar Kemahiran Hidup
dalam subjek masakan dan boleh memperkembangkan minatnya menjadi kerjayanya
pada masa hadapan. Selain itu, penyelidik turut meninjau faktor-faktor yang
mempengaruhi minat pelajar Kemahiran Hidup terhadap subjek masakan.
Oleh itu, penyelidik membuat kajian ini berkaitan dengan faktor-faktor yang
mempengaruhi minat pelajar Kemahiran Hidup untuk mempelajari subjek masakan
seperti faktor peralatan, pengurusan dan keselamatan bengkel masakan. Penyelidik
melakukan kajian adalah bertujuan mencari faktor utama yang mempengaruhi minat
pelajar Kemahiran Hidup terhadap subjek masakan.

Penyataan Masalah
Subjek masakan tidak hanya tertumpu kepada pembelajaran teori sahaja tetapi
juga melibatkan pembelajaran berbentuk amali. Teori-teori masakan adalah susah
dikuasai oleh pelajar Kemahiran Hidup maka bengkel masakan memainkan peranan
penting dalam keadaan ini. Hal ini menimbulkan kesulitan bagi mereka untuk
mengajar di sekolah pada masa hadapan. Terdapat sesetengah pelajar masih lemah
dalam kemahiran memproseskan maklumat selepas mempelajari teori-teori masakan.
Pelajar juga kekurangan kemahiran dalam mengendalikan peralatan dan bahan
masakan dengan betul semasa kelas amali masakan. Penggunaan peralatan yang
menepati rancangan masakan dapat membantu pelajar mempelajari subjek masakan
dengan lebih berkesan serta mampu menerapkan konsep masakan dengan kekal.

Objektif Kajian
Objektif kajian ini adalah untuk meninjau minat pelajar Kemahiran Hidup terhadap
bengkel masakan. Minat pelajar terhadap bengkel masakan dipengaruhi oleh beberapa
faktor antaranya ialah pengurusan, keselamatan dan peralatan.
a) Mengenal pasti bilangan pelajar yang berminat terhadap bengkel masakan.
b) Menentukan faktor-faktor yang mempengaruhi minat pelajar selepas amali
masakan.
c) Megenal pasti pelajar dapat lebih faham teori masakan melalui amali masakan.
Berdasarkan faktor-faktor yang dinyatakan di atas, maka ia akan memberi kesan yang
besar terhadap pembentukan minat pelajar Kemahiran Hidup sama ada pengaruh
positif atau negative terhadap subjek masakan.

Kepentingan Kajian
Kajian ini bertujuan mengetahui minat pelajar terhadap subjek kemahiran
hidup dan peluang mengembangkan kerjaya dalam bidang teknikal dan vokasional.
Kajian ini dijalankan adalah disebabkan minat pelajar amat penting untuk mencapai
keberkesanan pengajaran dan pembelajaran. Seseorang pensyarah Kemahiran Hidup
harus menyelidik tentang minat pelajar terhadap kursus Kemahiran Hidup untuk
mengetahui kelemahan yang perlu dibaiki. Keputusan kajian ini amat penting kepada
pendidik kerana boleh membantu pendidik mengetahui kejayaan atau kegagalan
dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Menurut Gilbert Highet(1981)
menyatakan bahawa keberkesanan pengajaran dan pelajaran boleh menarik minat
pelajar terhadap sesuatu subjek. Oleh itu, minat pelajar amat penting untuk
melancarkan proses pengajaran dan pembelajaran.
Batasan Kajian
Kajian yang dijalankan pengkaji adalah terhad kepada lokasi, sampel, tajuk dan masa
yang sesuai sahaja. Menurut Mohamad Najib(1999) dalam Mohd.Tarmizi(2007),
penyelidik tidak akan dapat mengkaji semua perkara yang berkaitan dengan masalah
kajian yang berkaitan. Oleh itu, skop kajian ini hanya menumpukan kepada faktor
kelengkapan, keselamatan, dan pengurusan yang mempengaruhi keberkesanan
pengajaran dan pembelajaran di dalam bengkel masakan di Universiti Pendidikan
Sultan Idris. Dalam kajian ini juga, responden atau subjek kajian hanyalah terbatas
kepada pelajar-pelajar di Universiti Pendidikan Sultan Idris sahaja.

Metodologi Kajian
Kajian yang dijalankan mengikut kaedah kajian tinjauan. Alat kajian yang akan
digunakan dalam kajian ini ialah soal selidik yang merupakan satu instrumen yang
kerap digunakan dalam kajian deskriptif. Penggunaan soal selidik memudahkan
responden member kerjasama dan maklum balas serta dapat menyatakan pendapat
bebas serta menilai mengikut persoalan yang dikemukakan. Soal selidik ini
dikemukakan kepada responden yang terdiri daripada pelajar Kemahiran Hidup di
Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Populasi Kajian
Populasi kajian ini terdiri daripada 20 orang pelajar Kemahiran Hidup semester 5 dan
seramai 20 orang pelajar Kemahiran Hidup semester 7 di Universiti Pendidikan
Sultan Idris. Oleh itu, jumlah populasi ini adalah seramai 40 orang.

Instrumen Kajian
Instrumen kajian ini ialah borang soal selidik. Soal selidik ialah satu set soalan atau
item dalam bentuk tulisan. Ia merupakan satu alat yang dibentuk secara khusus untuk
mengumpul maklumat untuk tujuan analisis yang dapat menjawab persoalan kajian.
Dalam kajian ini, data dianalisis dengan menggunakan analisis deskriptif.
Semua data dalam Bahagian A dan B akan diproses menggunakan Statistical
Packages For The Social Sciences 11.5 (SPSS).
Borang soal selidik terdiri daripada dua bahagian iaitu bahagian A dan
bahagian B. Bahagian A ialah berkaitan dengan maklumat asas responden iaitu latar
belakang responden yang mengandungi 3 soalan. Maklumat pelajar termasuk jantina,
bangsa dan semester. Bahagian B ialah soalan kajian yang mengandungi 19 soalan.
Soalan kajian mempunyai 3 pokok soalan iaitu faktor peralatan, keselamatan dan
pengurusan yang mempengaruhi minat pelajar selepas amali masakan. Sampel hanya
perlu menandakan pilihan berdasarkan lima poin skala Likert bagi setiap soalan yang
dikemukakan dalam setiap bahagian tersebut.
Dapatan kajian
Daripada dapatan soalan kajian pertama ini, sebanyak 64.29% responden bersetuju
faktor peralatan bengkel mempengaruhi minat masakan pelajar Kemahiran Hidup di
Universiti Pendidikan Sultan Idris. Tetapi apabila merujuk kepada item kedua,
sebanyak 37.5% responden dapati bahawa peralatan bengkel masakan tidak cukup.
Data yang diperolehi daripada analisa di atas, menunjukkan kekerapan responden
memilih jawapan setuju ialah 64.29%, manakala memilih jawapan kurang setuju pula
ialah 25% dan memilih jawapan tidak setuju ialah 10.71% untuk soalan faktor
peralatan bengkel mempengaruhi minat masakan pelajar Kemahiran Hidup di
Universiti Pendidikan Sultan Idris. Secara keseluruhan min bagi pemilihan item-item
untuk faktor ini ialah 2.54. Ini menunjukkan responden setuju faktor peralatan
bengkel mempengaruhi minat masakan pelajar Kemahiran Hidup di Universiti
Pendidikan Sultan Idris.

Jadual 1: Faktor peralatan bengkel mempengaruhi minat masakan pelajar Kemahiran


Hidup di Universiti Pendidikan Sultan Idris.

NO. Pendapat Responden Min


ITEM 1 2 3
(TS) (KS) (S)
Bil % Bil % Bil %
1 Saya lebih gemar alatan dapur yang 2 5 6 15 32 80 2.75
berteknologi tinggi.
2 Saya dapati peralatan yang digunakan untuk 15 37.5 14 35 11 27.5 1.90
menjalankan amali mencukupi.
3 Saya dapati peralatan yang digunakan untuk 8 20 16 40 16 40 2.20
menjalankan amali berada dalam keadaan
baik.
4 Saya mahir menggunakan peralatan di dalam 2 5 14 35 24 60 2.55
bengkel.
5 Saya dapati pensyarah mahir menggunakan 2 5 8 20 30 75 2.70
peralatan di dalam bengkel.
6 Saya mudah memahami sesuatu pengajaran 1 2.5 8 20 31 77.5 2.75
secara secara teori dengan bantuan daripada
kelengkapan yang disediakan di dalam
bengkel.
7 Saya dapat menguasai kemahiran 0 0 4 10 36 90 2.90
menggunakan alat-alat dapur dengan
membuat amali.
30 10.7 70 25 180 64.2 2.54
Daripada soalan kajian 2, terdapat 6 item yang memberi tumpuan bagi mengkaji sama
faktor keselamatan bengkel mempengaruhi minat masakan pelajar Kemahiran Hidup.
Merujuk kepada item 12, sebanyak 95% responden menyatakan bahawa mereka
diwajibkan memakai kasut ketika berada di dalam bengkel untuk mengelakkan
sebarang kemalangan, sebanyak 2.5% menyatakan tidak pasti dan 2.5% menyatakan
tidak setuju bahawa mereka diwajibkan memakai kasut ketika berada di dalam
bengkel untuk mengelakkan sebarang kemalangan. Min bagi item ini ialah 2.93. Ini
menunjukkan ramai responden memakai kasut ketika berada di dalam bengkel
masakan untuk mengelakkan sebarang kemalangan. Dari data yang diperolehi dari
analisis di atas menunjukkan peratusan responden memilih jawapan setuju iaitu
sebanyak 60.82%, manakala memilih jawapan kurang setuju sebanyak 24.59% dan
memilih jawapan tidak setuju iaitu sebanyak 14.59% untuk soalan faktor keselamatan
bengkel mempengaruhi minat masakan pelajar Kemahiran Hidup di Universiti
Pendidikan Sultan Idris. Secara keseluruhannya, min bagi pemilihan item-item bagi
faktor ini adalah tinggi iaitu sebanyak 2.46. Ini menunjukkan keselamatan bengkel
mempengaruhi minat masakan pelajar Kemahiran Hidup.

Jadual 2: Faktor keselamatan bengkel mempengaruhi minat masakan pelajar


Kemahiran Hidup di Universiti Pendidikan Sultan Idris.

NO. Pendapat Responden Min


ITEM 1 2 3
(TS) (KS) (S)
Bil % Bi % Bil %

8 Saya dapati terdapat alat pemadam api di dalam 7 17.5 7 17.5 26 65 2.48
bengkel.
9 Saya tahu menggunakan alat pemadam api yang 8 20 1 47.5 13 32.5 2.13
terdapat di dalam bengkel.
10 Saya dapati terdapat peti pertolongan cemas di 7 17.5 1 32.5 20 50 2.33
dalam bengkel untuk kemudahan semasa
kecemasan ketika amali dijalankan.
11 Saya tahu melakukan pertolongan cemas atas 12 30 1 37.5 13 32.5 2.03
tunjuk ajar oleh pensyarah.
12 Saya diwajibkan memakai kasut ketika berada di 1 2.5 1 2.5 38 95 2.93
dalam bengkel untuk mengelakkan sebarang
kemalangan.
13 Bengkel yang selamat akan mempengaruhi 0 0 4 10 36 90 2.90
minat masakan saya.
35 14.59 5 24.59 146 60.82 2.46
Daripada soalan kajian 3, terdapat 6 item yang memberi tumpuan bagi mengkaji sama
ada faktor pengurusan bengkel mempengaruhi minat masakan pelajar Kemahiran
Hidup. Merujuk kepada item 14, sebanyak 87.5% menunjukkan peratusan yang paling
tinggi bersetuju menyatakan pensyarah sentiasa memastikan bengkel berada dalam
keadaan bersih untuk mengelakkan kemalangan dan mewujudkan suasana selesa
semasa pengajaran, sebanyak 12.5% menyatakan tidak pasti. Min bagi item ini ialah
2.88. Ini menunjukkan pensyarah sentiasa memastikan bengkel berada dalam keadaan
bersih untuk mengelakkan kemalangan dan mewujudkan suasana selesa semasa
pengajaran. Dari data yang diperolehi dari analisis di atas menunjukkan peratusan
responden memilih jawapan setuju iaitu sebanyak 67%, manakala memilih jawapan
yang kurang setuju iaitu sebanyak 25.8% dan memilih jawapan yang tidak setuju iaitu
sebanyak 7% untuk soalan faktor pengurusan bengkel mempengaruhi minat masakan
pelajar Kemahiran Hidup di Universiti Pendidikan Sultan Idris. Secara
keseluruhannya, min bagi pemilihan item-item bagi faktor ini adalah paling tinggi
iaitu sebanyak 2.6. Ini menunjukkan pengurusan bengkel dapat mempengaruhi minat
masakan pelajar Kemahiran Hidup di Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Jadual 3 : Faktor pengurusan bengkel mempengaruhi minat masakan pelajar


Kemahiran Hidup di Universiti Pendidikan Sultan Idris.

NO. Pendapat Responden Min


ITEM 1 2 3
(TS) (KS) (S)
Bil % Bil % Bil %
14 Pensyarah sentiasa memastikan bengkel berada 0 0 5 12.5 35 87.5 2.88
dalam keadaan bersih untuk mengelakkan
kemalangan dan mewujudkan suasana selesa
semasa pengajaran.
15 Saya dapati susun atur meja kerja di dalam 2 5 12 30 26 65 2.60
bengkel memudahkan kerja amali dijalankan.
16 Pensyarah sentiasa memastikan peralatan dan 4 10 15 37.5 21 52.5 2.43
bahan mencukupi sebelum amali dijalankan.
17 Saya mengetahui pensyarah ada menyimpan 7 17.5 11 27.5 22 55 2.38
rekod peralatan di dalam bengkel dengan baik.
18 Saya dapati pensyarah sentiasa bekerjasama 4 10 11 27.5 25 62.5 2.53
dengan pembantu bengkel lain dalam
menguruskan bengkel.
19 Cara penyampaian pensyarah telah menigkat 0 0 8 20 32 80 2.80
minat masakan saya.
17 7.08 62 25.84 161 67.08 2.60
Berdasarkan dapatan diatas dapat menyimpulkan dengan menggunakan jadual seperti
dibawah:
Jadual menunjukkan peratus responden mengikut tahap rendah, sederhana dan tinggi
bagi faktor pengurusan, peralatan dan keselamatan bengkel. Dapat diperhatikan
bahawa faktor pengurusan bengkel yang mempengaruhi minat pelajar Kemahiran
Hidup sebanyak 2.60 menunjukkan min yang paling tinggi. Seterusnya adalah faktor
peralatan dengan minnya 2.54 dan diikuti dengan faktor keselamatan dengan minnya
2.46.

Jadual 4: Faktor-faktor bengkel masakan mempengaruhi minat pelajar


Kemahiran hidup terhadap bidang nasakan di Universiti
Pendidikan Sultan Idris
Faktor Rendah Sederhana Tinggi Min
(%) (%) (%)
Pengurusan 7.08 25.84 67.08 2.60
Peralatan 10.71 25 64.29 2.54
Keselamatan 14.59 24.59 60.82 2.46

Perbincangan
Berdasarkan kepada kajian yang telah dijalankan, didapati faktor yang paling
dominan bagi bengkel di Universiti Pendidikan Sultan Idris ialah faktor pengurusan,
diikuti dengan faktor peralatan dan akhir sekali adalah faktor keselamatan. Kesemua
faktor ini berada pada tahap yang tinggi.

Pengurusan dalam aspek pendidikan adalah bertujuan untuk memastikan


proses pengajaran dan pembelajaran yang dirancang dapat dijalankan dengan teratur
dan sempurna tanpa sebarang gangguan. Oleh itu, pihak-pihak yang terlibat di dalam
sistem pengurusan bengkel masakan perlulah mempunyai pengetahuan yang
mendalam tentang aspek-aspek pengurusan bengkel masakan kerana pengurusan
bengkel masakan melibatkan banyak aktiviti seperti merancang, mengelola,
menyelaras dan mengawal.

Keselamatan di bengkel juga memainkan peranan penting. Kebanyakan


kemalangan yang berlaku di tempat kerja dapat dielakkan jika pelajar sentiasa
mematuhi langkah-langkah keselamatan.

Demonstrasi perlu dilakukan oleh pensyarah sebelum pelajar menggunakan


sebarang alatan atau mesin dapur serta pensyarah perlu menerangkan langkah-langkah
keselamatan yang perlu diambil. Ini adalah kerana ianya mestilah bersesuaian dengan
kandungan program pengajaran. Kajian Lee (1982) dalam Amran Khalid (2002)
menyokong dapatan kajian penyelidik ini dengan menyatakan keperluan kemudahan
dan peralatan bergantung kepada kandungan program pengajaran. Beliau menambah
lagi bahawa kemudahan dan peralatan perlu dikendalikan dan dijaga supaya ianya
tidak mengganggu pengajaran.

Kesimpulan
Hasil kajian mendapati pengurusan dan peralatan bengkel masakan amat penting
dalam mempengaruhi minat pelajar Kemahiran Hidup terhadap subjek masakan. Oleh
itu, pelbagai usaha perlu dilaksanakan untuk lebih memantapkan pengurusan dan
peralatan bengkel masakan di UPSI. Namun, faktor keselamatan bengkel juga
perlulah diberi perhatian bagi mewujudkan bengkel yang sempurna. Ini adalah kerana
bengkel masakan di UPSI merupakan tempat permulaan bagi menghasilkan para guru
ERT yang bakal menyumbangkan jasa kepada negara kelak.

Cadangan
Berdasarkan hasil kajian yang diperoleh, disertakan beberapa cadangan kepada pihak-
pihak tertentu untuk diberi perhatian yang sewajarnya khususnya pengurusan
Universiti Pendidikan Sultan Idris.

(i) Pensyarah perlu memastikan peralatan bengkel seperti alatan tangan, mesin dan
bahan dapur yang diperlukan ketika amali ditingkatkan penyelenggaraannya dan
diuruskan dengan baik agar sesi pengajaran dan pembelajaran tidak terganggu.

(ii) Pengurusan Universiti Pendidikan Sultan Idris menimbangkan lebih pengambilan


pembantu bengkel masakan bagi membantu pensyarah menguruskan bengkel
dengan lebih berkesan.

(iii) Pensyarah perlu mengawal dan memastikan pelajar-pelajar mengikuti peraturan


bengkel supaya tidak berlaku perkara yang tidak diingini yang boleh mengganggu
proses pengajaran dan pembelajaran.

(iv) Pihak universiti dan pensyarah perlu prihatin dengan pengurusan bengkel
masakan seperti proses pengajaran dan pembelajaran yang dirancang dapat
dijalankan dengan teratur agar pengajaran dan pembelajaran lebih berkesan.

Cadangan Akan Datang


Penyelidik berharap kajian tenteng bengkel masakan mempengaruhi minat masakan
terhadap pelajar di universiti Pendidikan Sultan Idris boleh berterusan dengan lokasi
kajian yang lain untuk mencapai matlamat-matlamat yang sama bagi kajian-kajian
akan datang. Penyelidik memberi cadangan bagi kajian akan datang supaya
melibatkan sampel yang lebih ramai untuk mewakili populasi yang hendak dikaji.
Dapatan kajian boleh lebih menyeluruh serta memantapkan persoalan yang
dikemukakan.
BIBLIOGRAFI
Gilbert Highet ( 1981), Seni Mengajar.Dewan Bahasa dan Pustaka: Kuala Lumpur.

Hashim Andimori (2000), Faktor-faktor yang Mempengaruhi Pemilihan Jurusan


Kejuruteraan Awam Di Kalangan Pelajar UTM, Projek Sarjana Muda UTM.
Tidak diterbitkan.

Huraian Sukatan Pelajaran (2002). Kemahiran Hidup Bersepadu : Tingkatan 1-3.


Kementerian Pelajaran Malaysia, Kuala Lumpur.

Kamus Dewan Edisi Baru (2003). Dewan Bahasa dan Pustaka.Kementerian


Pendidikan Malaysia: Kuala Lumpur.

Kamus Dewan Edisi Empat (2003). Dewan Bahasa dan Pustaka.Kementerian


Pendidikan Malaysia: Kuala Lumpur.

Mohd. Tarmizi Mohd. Zabidi (2007). Kajian Tehadap Permasalahan yang Dihadapi
Guru-guru Kemahiran Hidup Bersepadu (KHB) Dalam Penyenggaraan
Bengkel (Kemahiran Manipulatif) Sekolah-sekolah Menengah Harian dan
Sekolah Menengah Agama di Zon Sentol, Kuala Lumpur. Universiti Teknologi
Malaysia:Tesis Sarjana Muda.

Mohd.Najib Ghaffar (1998). Penyelidikan pendidikan.Fakulti Pendidikan Teknologi


Malaysia: Johor Bharu.

Omardin Ashaari (1998). Prinsip Pengajaran Mikro. Dewan Bahasa dan Pustaka:
Kuala Lumpur.

Saedah Siraj, Zainun Ishak, Tunku Mohani Tunku Mokhtar (1997), Motivasi dalam
pendidikan. Percetakan Cergas: Kuala Lumpur.
LAMPIRAN

Untuk penganalisaan maklumat peribadi responden, penyelidik hanya melihat kepada


jantina, semester dan bangsa.

Jantina Bilangan Peratus


Lelaki 7 17.5
Perempuan 33 82.5
Jumlah 40 100
Taburan bilangan dan peratus responden mengikut jantina
Daripada jadual di atas menunjukkan seramai 40 responden yang telah dipilih untuk
menjawab soal selidik. Daripada jumlah tersebut, responden perempuan seramai 33
pelajar atau 82.5% manakala pelajar lelaki seramai 7 responden atau 17.5%. Ini
menunjukkan responden perempuan melebihi 26 orang berbanding dengan responden
lelaki.

Semester Bilangan Peratus


5 20 50
7 20 50
Jumlah 40 100

Taburan bilangan dan peratus responden mengikut semester 5 dan 7


Jadual ini menunjukkan bahawa 20 responden atau 50% adalah semester 5 dan
terdapat 20 responden atau 50% untuk semester 7.

Bangsa Bilangan Peratus


Cina 5 12.5
Melayu 22 55
India 2 5
Lain-lain 11 27.5
Jumlah 40 100

Taburan bilangan dan peratus responden mengikut bangsa


Jadual ini menunjukkan bahawa daripada jadual keseluruhan responden iaitu 40
orang . Hanya 5 responden atau 12.5% yang berbangsa Cina dan 22 responden atau 55%
ialah bangsa Melayu manakala 2 responden atau 5% yang berbangsa India dan 11
responden atau 27.5% yang lain-lain bangsa.

You might also like