P. 1
Bab 5 & 6

Bab 5 & 6

5.0

|Views: 7,228|Likes:

More info:

Published by: Siti Nooraini Abhamid on Mar 12, 2011
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

08/01/2013

pdf

text

original

Bahan atau teks prosa klasik dan moden yang digunakan dalam buku teks Bahasa

Melayu dipilih berdasarkan tema-tema tertentu yang disarankan dalam sukatan pelajaran.

Tema-tema ini selaras dengan tema-tema yang terdapat dalam sukatan pelajaran Bahasa Cina

dan Bahasa Tamil. Pembina bahan biasanya diberikan tugas melakukan pemilihan ini

berdasarkan topik atau tema-tema yang dipilih. Walaupun demikian, para guru diberikan

kelonggaran untuk memilih teks prosa klasik atau moden yang lain yang lebih sesuai dengan

tahap keupayaan pelajar mereka dengan syarat pemilihan tersebut memenuhi objektif

pengajaran dan pembelajaran yang ditentukan.

Bagi prosa klasik, kurikulum memberikan tumpuan yang lebih kepada kisah-kisah

yang memaparkan sikap taat setia, kepahlawanan dan keistimewaan watak yang mempunyai

ciri-ciri yang luar biasa. Terdapat juga cerita-cerita lain yang dipaparkan seperti Pak Pandir,

Dang Anum, Si Tanggang dan cerita binatang, tetapi bilangannya amat sedikit. Barisan watak

yang mendapat tempat ialah seperti Hang Tuah, Hang Jebat, Bendahara Tun Perak, Raja

Anggun Cik Tunggal, dan Raja Suran. Antara watak-watak ini, watak Hang Tuah yang

banyak sekali mendapat perhatian dalam ketiga-ketiga pakej yang dikaji. Dalam kurikulum,

170

watak Hang Tuah dianggap sebagai watak yang ideal yang mempunyai taraf kecemerlangan

yang amat tinggi yang patut diteladani. Selain Hang Tuah, Hang Jebat dan Tun Perak sering

dijadikan model dalam cerita-cerita prosa klasik yang dipaparkan sebagai bahan pengajaran.46

Oleh itu, perenggan yang seterusnya akan cuba membincangkan ketiga-tiga watak utama

tersebut sebagai watak yang mewakili pejuang dan wira yang biasa ditonjolkan sebagai

contoh dalam prosa klasik. Perbincangan mengenai watak-watak ini juga bertujuan untuk

meninjau sejauh mana kesesuaian ciri-ciri watak dan nila-nilai yang cuba diketengahkan bagi

memenuhi matlamat penyerapan dan penerapan nilai-nilai murni dalam kalangan para pelajar

yang disasarkan.

Dalam kurikulum, Hang Tuah digambarkan sebagai seorang yang mempunyai

kekuatan yang luar biasa, tangkas berlawan dan mempunyai sikap taat setia kepada sultan

yang tidak berbelah bagi. Kisah yang dipaparkan tertumpu kepada kegagahan Hang Tuah

sejak kecil lagi contohnya peristiwa Hang Tuah dan sahabat-sahabatnya melawan lanun ketika

berusia sepuluh tahun.47

Melalui wataknya dalam cerita-cerita yang termuat dalam kurikulum,

Hang Tuah dianggap sebagai seorang wira yang mempunyai keberanian dan kepahlawanan.

Mengenai watak Hang Tuah ini, terdapat pendapat beberapa pengkaji yang

bertentangan. Umpamanya, Mohd Taib Osman dalam ‘Kesusasteraan Melayu Klasik: Suatu

Tinjauan Ringkas’ mengatakan bahawa Hang Tuah ialah ‘wira kebangsaan Melayu zaman

46. Lihat :Institut Perkembangan Kurikulum Singapura, MOE, 1984. Intisari Bahasa,
Buku Teks 2, hlm 26-28: Bahagian Perancangan dan Pengembangan Kurikulum,
Singapura, MOE, 2004. Jendela Bahasa, Buku Teks 2B, Kursus Ekspres, hlm 80:
Perancangan dan Pengembangan Kurikulum, Singapura, MOE, 2004. Jendela
Bahasa
, Buku Teks 3B, Kursus Normal (Akademik), hlm 1-4.
47. Lihat Bahagian Perancangan dan Pengembangan Kurikulum, Singapura, MOE, 2004.
Jendela Bahasa,Buku Teks 2B, Kursus Ekspres, hlm 72-74.

171

klasik kerana beliau memaparkan semua nilai-nilai tradisional bangsa Melayu’.48

Menurut

Shaharuddin (1979) terdapat dua jenis manusia yang disanjung tinggi oleh masyarakat Melayu,

iaitu wira feudal dan wira jenis kebendaan. Menurut beliau lagi, kedua-dua konsep wira ini

bertentangan dengan nilai-nilai Islam dan manusia sejagat tetapi diagung-agungkan oleh

golongan elita dan terdidik Melayu sebagai contoh-contoh yang elok ditiru oleh orang-orang

Melayu.

S. Othman Kelantan pula dalam eseinya ‘Hikayat Hang Tuah: Kisah Tragedi Orang

Melayu’ mempunyai tanggapan yang berlainan tentang Hang Tuah. Baginya ‘Hang Tuah

bukan wira bahkan penjajah. Beliau tidak menafikan bahawa Hang Tuah ialah wira Melayu

tetapi hanya pada satu kumpulan orang Melayu di bawah raja Melaka dan Bendahara sahaja.

Hang Tuah juga dikatakan memperlihatkan watak-watak yang penuh tipu muslihat, fanatik,

tidak bersopan dan takbur. Hang Tuah menjadi lambang kemusnahan dan lambang penjajah

kepada kebangkitan bangsa Melayu di negeri-negeri Melayu yang lain’.49

Selain cerita kehebatan Hang Tuah terutamanya ketika melawan lanun dan membunuh

orang yang mengamuk, kisah pertarungannya dengan Hang Jebat sering dijadikan bahan

pengajaran atau teks bacaan bagi para pelajar sekolah menengah. Melalui watak ini, para

pelajar disogokkan dengan nilai-nilai taat setia dan sanggup berkorban bagi mempertahankan

negara dan menurut perintah raja. Misalnya dalam cerita pertarungan antara Hang Tuah dan

Hang Jebat seperti yang disajikan dalam kurikulum, Hang Tuah sanggup membunuh Hang

Jebat, sahabat karibnya kerana Hang Tuah tidak dapat memaafkan perbuatan Hang Jebat yang

48. Mohd Taib Osman disebut dalam Siti Aishah Murad (penyelenggara ), 1996. Konsep
Nilai dalam Kesusasteraan Melayu
, Kuala Lumpur, DBP, hlm viii.
49. S. Othman Kelantan, Ibid., hlm ix.

172

dikatakan menderhaka kepada sultan.50

Bagi Hang Tuah taat setia yang tidak berbelah bagi

kepada sultannya amat penting.

Oleh itu, nilai taat setia Hang Tuah yang dianggap wira ini patutlah diteliti terlebih

dahulu terutama jika nilai-nilai ini ingin ditanamkan ke dalam jiwa para pelajar hari ini kerana

nilai-nilai yang dipegang oleh Hang Tuah pada masa itu mungkin tidak sesuai dengan nilai

taat setia yang cuba disampaikan oleh kurikulum Bahasa Melayu. Para pelajar hendaklah

diberikan penerangan yang jelas dan peluang untuk membincangkan perkara ini secara

rasional dan kritis agar mereka tidak terkeliru dengan ketaatan Hang Tuah kepada rajanya. Ini

kerana ‘taat setia Hang Tuah kepada rajanya terlalu membuta tuli. Taat setia sebegini tidak

lagi memperhitungkan kepentingan orang lain bahkan kepentingan dirinya sendiri. Hang Tuah

akan berasa bahagia apabila hati rajanya gembira dan apabila dimurkai, Hang Tuah akan

menambat hati tuannya dengan berusaha memperoleh apa yang dihajati oleh tuannya’.51

Hal

yang demikian ini amat berlawanan dengan nilai berfikir secara rasional dan kritis yang

mementingkan kewarasan pemikiran dan pertimbangan yang wajar yang cuba diterapkan ke

dalam jiwa para pelajar menerusi pendidikan di sekolah-sekolah.

Dalam kurikulum Bahasa Melayu, tokoh-tokoh feudal seperti Hang Jebat pula

digambarkan sebagai watak yang mementingkan diri sendiri. Watak Hang Jebat ini dapat

dilihat dalam cerita tentang pertarungannya dengan Hang Tuah. Hang Jebat dikatakan

mengamuk dan membunuh lebih kurang 700 dalam istana oleh sebab marah kerana Hang

Tuah ingin bertarung dengannya walaupun Hang Tuah tahu bahawa Hang Jebat cuba

50. Lihat Perancangan dan Pengembangan Kurikulum, Singapura, MOE, 2004. Jendela
Bahasa
, Buku Teks 3B, Kursus Normal (Akademik), hlm 9.
51. Siti Aishah Murad (penyelenggara ), 1996. Konsep Nilai dalam Kesusasteraan
Melayu
, Kuala Lumpur, DBP, hlm viii.

173

membelanya.52

Beliau membunuh rakyat yang tidak berdosa yang cuba menghalang tindakan

ganasnya. Tindakannya ini menampakkan bahawa beliau tidak menghiraukan kebajikan

rakyat yang sepatutnya mendapat perlindungan daripada pahlawan sepertinya. Tindakannya

itu juga amat bersalahan dari segi nilai-nilai masyarakat dan agama yang melarang sebarang

pengganasan dan penganiayaan terhadap mereka yang lemah dan tidak berdosa. Bolehlah

dianggap bahawa perlakuan Hang Jebat ini samalah dengan perlakuan raja yang ditentangnya

pada masa itu.

Dalam bahan pengajaran yang digunakan, Tun Perak pula digambarkan sebagai

seorang bendahara yang cekap. Beliau dikatakan telah banyak berkorban dan berusaha untuk

membangun kemajuan dan kegemilangan kerajaan Melaka. Kecekapan dan kebijaksanaannya

ditonjolkan dalam beberapa peristiwa seperti ketika mempergiatkan usahanya untuk

mempertahankan Melaka ketika Melaka dicerobohi oleh tentera Siam. Tun Perak

memerintahkan tenteranya agar membawa isteri dan anak-anak mereka. Tindakan ini

berdasarkan alasan bahawa tentera Melaka akan berjuang bermati-matian sekiranya isteri dan

anak-anak mereka ada bersama mereka kerana mereka bukan sahaja berjuang untuk

mempertahankan raja tetapi juga keluarga mereka. 53

Tindakan Tun Perak ini menunjukkan

bahawa ‘betapa Bendehara Tun Perak ini boleh menjadi orang yang tidak berperikemanusiaan

dan tidak bertimbang rasa. Beliau sanggup membahayakan nyawa kanak-kanak dan kaum

wanita semata-mata untuk mendapatkan pujian rajanya’.54

Tun Perak sanggup mengorbankan

apa sahaja termasuk wanita dan kanak-kanak demi menyelamatkan sultan. Tindakannya yang

kejam dan mementingkan diri sendiri ini mendapat perhatian dan pujian daripada Sultan.

52. Lihat Bahagian Perancangan dan Pengembangan Kurikulum, Singapura, MOE, 2004.
Jendela Bahasa, Buku Teks 2B, Kursus Ekspres, hlm 80.
53. Lihat Institut Perkembangan Kurikulum Singapura, MOE, 1984. Intisari Bahasa,
Buku Teks 2, hlm 26-28.
54. Shaharudin Maaruf, 1979. The Conception of Malay Hero in Malay Society,
Tesis MA, Singapura, Universiti Singapura, hlm 76.

174

Tindakannya ini dikatakan sebagai satu strategi perang yang bijak dan harus dicontohi oleh

para pegawai yang lain. Kejayaannya menentang tentera Siam itu menyebabkan ‘Sultan

semakin bertambah yakin kepada kebijaksanaan dan kecekapan Tun Perak sehingga dia

dilantik menjadi Perdana Menteri dan bergelar Paduka Raja.’55

Dapatlah dimaklumi bahawa pendedahan watak-watak yang dibincangkan di atas

dalam kurikulum ini bertujuan untuk membangkitkan semangat patriotisme dan semangat

juang di kalangan para pelajar. Tetapi dalam watak-watak yang diketengahkan terdapat

banyak kelemahan. ‘Tokoh-tokoh feudal yang dipilih tidak lagi sesuai untuk masyarakat yang

maju dan sedang dibina di Singapura. Tokoh-tokoh yang dipilih perlu mempunyai nilai-nilai

yang sesuai dengan masyarakat yang ingin membangun dari segi

rohani dan kebendaan’.56

Dalam keghairahan untuk memperkenalkan watak yang dianggap

wira dan pejuang masyarakat Melayu ini, kita boleh terkeliru dan tidak menyedari hakikat

bahawa terdapat nilai-nilai yang bertentangan yang terkandung dalam teks bacaan yang dipilih

dengan nilai-nilai murni yang hendak disampaikan. Jika teks bacaan serupa ini mahu juga

digunakan, gambaran atau penilaian yang adil tentang tokoh-tokoh tersebut hendaklah

dilakukan. Ini juga perlulah disertai oleh pendekatan yang boleh membangkitkan kesedaran

dan bukan meniru semata-mata. Misalnya teks bacaan seumpama ini boleh digunakan dalam

pengajaran dengan berkesan sekiranya para pelajar dilibatkan untuk berfikir secara kritis

dalam menilai kewajaran tindakan yang dilakukan oleh watak-watak Hang Tuah, Hang Jebat

dan Tun Perak. Jika ini dapat dilakukan, penggunaan teks atau prosa klasik sebegini dalam

kurikulum Bahasa Melayu akan mendatangkan pulangan yang amat lumayan. Malangnya,

55. Opcit, hlm 27.
56. Hadijah Rahmat, 1984. Sastera untuk Kanak-kanak dalam Bahasa Melayu-
Suatu Tinjauan dan Analisa tentang Perkembangannya dan Peranannya Sebagai
Alat Pendorong Pencapaian
, Tesis MA, Singapura, Universiti Nasional
Singapura, hlm 168.

175

pendekatan serupa ini tidak digunakan dalam menangani semua teks bacaan yang dimuatkan

dalan kurikulum yang memaparkan watak-watak berkenaan. Oleh itu, amatlah disarankan

agar pendekatan yang digunakan sekarang diubah sekiranya teks serupa ini ingin dikekalkan.

Begitu juga, penilaian terhadap teks sastera yang hendak dipilih perlu dilakukan dengan teliti

sama ada dari segi mutu dan nilai yang hendak dikemukakan agar natijah pengajaran ini tidak

bercanggah dengan falsafah, matlamat pendidikan dan nilai-nilai murni yang ingin disalurkan.

Pengkaji juga mendapati bahawa beberapa nilai yang negatif terdapat dalam teks-teks

sastera yang digunakan dalam kurikulum Bahasa Melayu umpamanya cerita Puteri Santubung

dan Puteri Sejenjang dalam buku teks menengah 1 Normal (Akademik) pakej Pancaran

Bahasa dan cerita Sang Kuriang dan Dayang Sumbi dalam buku teks menengah 2 Normal

(Teknikal).57

Teks-teks bacaan yang dimaksudkan ini tidak mengandungi nilai-nilai murni

yang boleh diketengahkan, malahan cerita yang terkandung memaparkan nilai-nilai yang tidak

baik yang harus dihindari oleh para pelajar. Misalnya, cerita Puteri Santubung dan Puteri

Sejenjeng ini menceritakan bagaimana pergaduhan antara Puteri Santubung dan Puteri

Sejejang terjadi yang akhirnya Puteri Sejenjang mati akibat ditikam dengan belingat

dikepalanya oleh Puteri Sangtubung tanpa belas ihsan. Persahabatan yang telah lama terjalin

akhirnya putus begitu sahaja akibat perbalahan yang tidak sepatutnya terjadi. Dalam cerita ini

tidak kelihatan sebarang nilai-nilai murni yang boleh diketengahkan. Bahkan para pelajar

dihidangkan dengan sikap cemburu dan tidak puas hati, dan perlakuan yang tidak mengikut

pertimbangan dan pemikiran yang wajar. Berdasarkan penelitian, buku panduan guru yang

disediakan tidak pula menerangkan nilai sebenar yang ingin disampaikan melalui cerita ini.

Jadi, cerita yang memaparkan nilai-nilai sebegini seharusnya tidak mendapat tempat untuk

57. Lihat: Bahagian Perancangan dan Pengembangan Kurikulum, Singapura, MOE,
1994. Pancaran Bahasa, Buku Teks 1, Kursus Normal ( Akademik ), hlm 7-8:
Bahagian Perancangan dan Pengembangan Kurikulum, Singapura, MOE, 1995.
Pancaran Bahasa, Buku Teks 2, Kursus Normal ( Teknikal ), hlm 19-20.

176

dijadikan bahan pengajaran dalam program Bahasa Melayu melainkan tujuan pendedahan

cerita seumpama ini dinyatakan dengan jelas bagi panduan guru yang mengajar. Tegasnya,

pemilihan teks sastera perlulah dilakukan dengan lebih teliti dan dengan secara sedar serta

berpandukan objektif dan nilai-nilai murni falsafah pendidikan agar usaha yang dilakukan

tidak menyimpang daripada matlamatnya yang asal.

Bagi prosa moden pula, bahan pengajaran yang digunakan ialah sedutan daripada

cerpen dan novel seperti hasil karya Hadijah Hashim, A. Samad Ismail, Atan Long dan A.

Wahab Ali. Kebanyakan sedutan novel yang dipilih ialah novel yang ditulis oleh Hadijah

Hashim khususnya novel yang berkisar tentang dunia remaja atau yang mempunyai kaitan

dengan pembangunan remaja seperti Badai Semalam, Langkah Pertama dan Bila dan di Mana.

Di bawah ini akan diberikan beberapa contoh untuk meninjau nilai-nilai yang ingin

disampaikan melalui genre ini.

Sedutan Novel Langkah Pertama dijadikan teks bacaan kerana novel ini mengandungi

nilai-nilai kerja keras, sikap tidak putus asa, kesungguhan dan berani menghadapi cabaran dan

risiko untuk mencapai cita-cita seperti yang dipaparkan melalui pendukung watak utamanya

yang bernama Mona.58

Inilah nilai-nilai yang ingin diserapkan dan disalurkan kepada para

pelajar melalui pendidikan di sekolah. Para pelajar diajak agar mencontohi sikap dan watak

Mona dalam merealisasikan angan-angannya.

Mona ialah anak gadis yatim yang terperangkap dalam liku-liku hidup yang sentiasa

dilingkari kemelut serta kemiskinan. Dalam meniti usaha untuk menjadi pemain tenis

profesional, Mona berhadapan dengan pelbagai rintangan, tentangan dan kritikan terutamanya

58. Lihat Bahagian Perancangan dan Pengembangan Kurikulum, Singapura, MOE, 1996.
Pancaran Bahasa, Buku Teks 3, Kursus Khas, hlm 91-92.

177

daripada ibu dan beberapa orang gurunya. Namun, Mona tidak menjadikan perkara ini sebagai

hambatan yang boleh mengheretnya ke lembah kehampaan dan menjerut dirinya. Berkat

usaha padunya, Mona akhirnya ditawarkan bersekolah di sebuah sekolah asrama di Kuala

Lumpur yang menyediakan banyak kemudahan sukan. Sekiranya Mona serius, dia akan

dihantar pula ke Amerika Syarikat atau Australia untuk melanjutkan pelajarannya di samping

mendalami bidang sukan yang diminatinya. Mona ialah contoh seorang remaja yang berjiwa

waja yang berani menghadapi pahit getir dalam menjalani liku-liku hidupnya. Pendiriannya

yang utuh dan fikirannya yang positif membolehkannya mengatasi segala rintangan yang cuba

menghalang cita-citanya.

Sedutan cerpen Ubi Kayu karya A. Samad Ismail mengetengahkan kehidupan zaman

getir semasa penjajahan tentera Jepun.59

Melalui sedutan cerpen ini, Kurikulum Bahasa

Melayu cuba menggambarkan betapa susahnya untuk mendapatkan ubi kayu yang menjadi

makanan asas para penduduk pada masa itu. Penulis dan rakan-rakan terpaksa berjalan jauh

hanya untuk mendapatkan ubi kayu bagi mengisi perut. Hal yang demikian ini diketengahkan

dengan harapan agar para pelajar berasa bersyukur dengan nikmat dan kemewahan yang

dirasai oleh mereka. Oleh itu, mereka haruslah sentiasa beringat dan sentiasa bersedia dan

berusaha sebelum sebarang masa getir demikian menimpa mereka. Nilai yang demikian ini

bertepatan dengan nilai yang cuba disampaikan melalui Pendidikan Nasional yang menjadi

salah satu dasar pembentukan Kurikulum Bahasa Melayu.

Sedutan cerpen Isteri Leong Beranak tulisan A. Wahab Ali yang digunakan dalam

buku teks pula mengenengahkan tema hidup berjiran antara keluarga Leong dan jirannya yang

59. Lihat Bahagian Perancangan dan Pengembangan Kurikulum, Singapura, MOE,
1994 dan 1995. Pancaran Bahasa, Buku Teks 2, Kursus Normal (Akademik), hlm
68-69, dan Buku Teks 2, Kursus Ekspres, hlm 41-42.

178

berbangsa Melayu terutama keluarga Ahmad. Leong meminta pertolongan bidan Esah dan

isteri Ahmad kerana isteri Leong hendak melahirkan anak. Walaupun isteri Leong curiga

dengan niat Leong itu, Leong tetap percaya bahawa jiran Melayu mereka akan membantu.

Hasil bantuan Esah dan isteri Ahmad, isteri Leong selamat melahirkan anaknya yang keempat.

Sempena peristiwa ini, Leong menamakan anaknya Aminchai, agar orang memanggilnya

Amin sahaja, macam nama orang Melayu.60

Apa yang jelas melalui sedutan cerita ini ialah

kurikulum Bahasa Melayu mahu menunjukkan kepada para pelajar bahawa sebagai jiran,

mereka harus tolong menolong walaupun jiran mereka itu tidak sebangsa dengan mereka.

Mereka juga digalakkan supaya tidak bersikap curiga terhadap orang lain, kerana hal ini boleh

meretakkan hubungan sesama manusia. Jika perkara ini dapat diamalkan, kehidupan manusia

terutamanya dalam masyarakat majmuk seperti masyarakat di Singapura akan lebih aman dan

sejahtera.

Pengkaji mendapati secara keseluruhannya, penggunaan prosa moden sebagai bahan

pengajaran Bahasa Melayu amat terhad. Ini mungkin berpunca daripada ruang dan

kesempatan yang juga terhad. Oleh itu nilai-nilai sejagat yang lain yang tersirat dan tersurat

dalam cerpen dan novel tidak dapat diketengahkan. Secara purata hanya terdapat tiga buah

prosa moden bagi satu-satu pakej. Pakej Intisari Bahasa pula tidak langsung mengenengahkan

prosa moden ini sebagai bahan pengajaran. Andainya lebih banyak teks serupa ini

diketengahkan, pendedahan pelajar kepada pelbagai nilai-nilai sejagat yang lain akan lebih

seimbang.

60. Lihat Bahagian Perancangan dan Pengembangan Kurikulum, Singapura, MOE, 2002.
Jendela Bahasa, Buku Teks 1A, Kursus Khas, hlm 57-58

179

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->