You are on page 1of 14

Sayur-sayuran dan buah-buahan memang telah lama diketahui dari segi

khasiatnya kerana kandungan nutrition seperti vitamin, mineral, lemak,


protein dan karbohidrat. Pengamal sayur-sayuran dan buah-buahan telah
dikenali pasti hidup lebih sihat berbanding mereka yang makan jenis
makanan yang lain.Kebanyakan negara maju seperti Britain, Amerika
Syarikat dan Jepun menjadikan sayur-sayuran dan buah-buahan sebagai
menu utama mereka. Ini kerana, mereka telah mengenal pasti bahawa
dengan mengamalkan makan makanan seperti ini dapat meningkatkan kualiti
hidup.

Para penyelidik juga telah menyedari sebahagian daripada sayur-sayuran dan


buah-buahan ini mengandungi komponen yang boleh membantu menangani
masalah kesihata serta menyediakan hidup yang lebih sihat. Pengkajian yang
secara mendalam oleh pakar-pakar sains telah membuktikan kandungan
dalam sayur-sayuran dan buah-buahan ini telah berjaya mengatasi masalah
seperti kancer, penyakit hati, kencing manis serta darah tinggi di mana
keempat-empat penyakit ini merupakan penyakit yang telah dikenal pasti
yang mencatatkan kematian yang paling tinggi.

Secara amnya, setiap sayur-sayuran dan buah-buahan ini mengandungi


pelbagai kandungan yang boleh memuajarabkan pelbagai jenis penyakit .
Malahan pengambilan sayur-sayuran dan buah-buahan ini dapat
mengurangkan pengambilan ubatan sintetik yang mempunyai kesan
sampingan.

Walau bagaimanapun, ramai di kalangan kita masih kurang mengetahui


khasiat yang diperolehi akibat pengamalan sayur-sayuran dan buah-buahan
ini, kerana kurangnya pendedahan yang diberikan. Di sini terdapat beberapa
jenis sayur-sayuran dan buah-buahan yang telah dikenal pasti mempunyai
khasiat dari segi perubatan.

BUAH KELO

Ramai yang menggemari buah kelo kerana rasanya yang enak. Tetapi ramai
yang kurang mengetahui yang buah ini mempunyai khasiat dari segi
kesihatan dan perubatan. Nama saintifiknya adalah Moringa oleifera dan buah
ini amat baik untuk jantung, saraf dan peredaran darah.Buah kelo amat
berkesan untuk meredakan demam panas.

Air perahan daun kelo bukan sahaja kaya dengan vitamin A, vitamin C dan
kalsium, malahan juga mengandungi asid amino yang bersifat antibakteria
yang membantu menambahkan darah dan menentang berbagai jenis
penyakit.Jus buah kelo digunakan untuk tujuan melawaskan kencing serta
membantu menghilangkan rasa kembung dan senak akibat ketidakcernaan.

DAUN SALAD

Daun salad bukan sahaja digunakan untuk menghiaskan makanan, malahan


juga enak dimakan begitu sahaja.Peranan daun salad bukan sahaja berhenti
begitu sahaja kerana daun ini juga mempunyai kepentingan dari segi
perubatan. Daun salad atau nama sainsnya Lactuca sativa, merupakan
penawar kepada masalah insomia atau gangguan tidur. Tumbuhan ini kaya
dengan zat besi, kalsium,fosforus, sodium, potasium, vitamin A dan C,
mangnasium dan zink itu mengandungi sejenis kompaun yang dikenali
sebagai lactucarium yang bertindak sebagai sedatif.

Daun salad ini juga bertindak menenangkan dan melapangkan fikiran, sekali
gus menghilangkan segala keresahan yang melanda.Daun ini juga
mengandungi karotin, seraf dan air yang dapat menghilangkan rasa dahaga
dan juga bertindak melancarkan sistem pernafasan .

KOBIS

Brassica oleracea merupakan nama sains bagi bunga kobis dan sayur ini
berasal dari keluaraga Brassica. Sayur ini mengandungi belerang, iaitu
sejenis zat galian yang penting untuk kesihatan. Kobis bukan sahaja berkesan
untuk mengubati penyakit ulser dan barah malahan juga berkesan untuk
mengubati masalah -masalah lain di usus.

Kobis yang kaya dengan kalsium, fosforus, zat besi, sodium, potasium dan
vitamin A, B- Kompleks dan C dapat meredakan masalah di bahagian perut
dan hati seperti yang dialami oleh mereka yang lali arak. Kompaun belerang
dalam kubis dapat menghindarkan pengeluran carcinogen, sejenis bahan
kimia berbahaya dalam tubuh badan. Amalan memakan kobis dapat
menghalang carcinogen daripada bergabung menjadi sel-sel darah. Selain itu
asid amino yang mengandungi belerang dalam kubis juga bertindak
menurunkan paras kolestrol , meredakan saraf dan menenangkan fikiran dan
sekaligus membantu seseorang itu tidur dengan selesa pada waktu malam.

TIMUN

Di setengah- setengah tempat, timun juga dikenali sebagai mentimun atau


nama saintifiknya ialah Cucumis sativus .Ia mengandungi 0.65% protein,
0.1% lemak dan karbohidrat sebanyak 2.2%. Selain itu timun juga
mengandungi kalsium, zat besi, magnesium, fosforus, vitamin A,vitamin B1,
vitamin B2 dan vitamin C.

Biji timun mengandungi racun alkoloid jenis hipoxanti ,yang berkesan untuk
merawat kanak-kanak yang kecacingan. Bagi mereka yang menhidapi sakit
tekak apabila diserang batuk , penyakit ini dapat dirawat dengan biji timun
dimana sedikit biji timun dicampurkan dengan sedikit garam dan dikumuh
beberapa kali sehari. Pengamalan ini dapat mengembalikan suara yang
hilang.

Selain itu, penyakit sampu pucat iaitu sejenis penyakit pening-pening yang
berterusan sehingga dapat menurunkan berat badan dapat diatasi dengan
pengamalan makan timun mentah atau yang telah dimasak. Timun juga
dapat mengubati penyakit disesteri iaitu keluar darah semasa membuang air
besar.

KUCAI

Kucai adalah sejenis sayuran yang menyerupai pokok bawang yang berasal
dari keluarga Lili. Tumbuhan ini tengik baunya tetapi enak dimakan samada
sebagai sayur atau ulam.

Kucai mengandungi vitamin B dan C, karotin dan komponen belerang. Ia


dapat mengubati penyakit-penyakit seperti senggugut, penyakit keputihan,
darah tinggi dan sembelit.

Kucai bertindak sebagai antiseptik untuk membunuh kuman bakteria dalam


usus dan menjadi perangsang dalam proses pengecutan serta pengembangan
usus. Ia juga melancarkan pengaliran darah, sekali gus menghindarkan
pembekuan darah. Cara penggunaannya adalah menumbuk daun kucai
sehingga lumat dan kemudian dikacau dengan air panas lalu diminum.
Penggunaannya adalah lebih mujarab sekiranya diminum setiap pagi.

ASPARAGUS

Berasal dari keluaraga liliaceae, dan dikenali sebagai Asparagus officinalis dari
segi sainsnya. Sayur ini kaya dengan zat besi, kalsium, fosforus, sodium,
potasium, vitamin A dan C dan niasin.

Bagi mereka yang menghadapi masalah kulit yang berpunca daripada


pengumpulan asid yang berlebihan dalam darah yang menyebabkan
wujudnya masalah-masalah seperti jerawat, ekzema atau lebih dikenali
sebagai kudis , asparagus merupakan jawapan yang tepat bagi mereka.Ini
kerana kandungan alkali yang tinggi dalam jus asparagus boleh mengatasi
masalah-masalah kulit.

Selain itu asparagus juga mengandungi eleman -eleman yang baik untuk
kelenjar tiroid, pineal dan adrenal, jantung, hati, paru-paru, limpa, pankreas
dan kulit.

SELERI

Merupakan sejenis sayur yang berbatang lembut yang kaya dengan zat besi,
fosforus, sodium, potsium,karotin,vitamin A, B-Kompleks dan C dan
magnesium. Dikenali sebagai Apium graveolens dan berasal dari keluarga
Dulce umbelliferae, adalah merupakan penawar bagi menurunkan tekanan
darah tinggi.Terdapat belbagai cara untuk menggunakan seleri sebagai ubat
untuk mengubati tekanan darah tinggi dan cara yang paling berkesan adalah
dengan memasukan sedikit daun seleri yang dipotong kecil-kecil dan
ditumbuk halus bersama-sama dengan sedikit air dan gula. Untuk
keberkesanan yang lebih baik ia hendaklah diminum 3 kali sekali.

Selain itu, seleri juga dapat mengubati keracunan yang berpunca daripada
jangkitan bakteria. Antaranya adalah seperti terpijak paku berkarat, jangkitan
kuman di bahagian luka atau dalam saluran kencing dan kes melecur teruk
menyebabkan keracuanan darah dikenali sebagai sepsis atau
septicemia.Kandungan garam galian dalam seleri memulihkan sifat alkalin
dalam darah dan membantu menghentikan pembiakan kuman.

LOBAK PUTIH

Masalah perut meragam sering kali berlaku akibat ketidakhadaman makanan


dan keadaan ini sungguh menyakitkan seluruh badan.Ramai yang tidak
mengetahui yang lobak putih mempunyai kandungan khasiat yang tinggi dan
sayur ini dapat menyelesaikan masalah penghadaman. Brassica rapa adalah
nama saintifiknya dan beasal dari keluarga Crucifera. Sayur ini mengandungi
kandungan air , glukos, sokros dan fruktos yang banyak. Ia juga kaya dengan
asid ferulik, asid benzo-pyruvik dan asid amino.

PUDINA

Merupakan sejenis herba yang berasal dari keluarga Labiatae dan ia


tergolong dalam spesies mentha.Terdapat berbagai jenis pudina di seluh
dunia, antaranya:
-mentha spicata “moroc-can” yang berkesan dalam meredakan kekejangan
otot,

-mentha aquatica untuk merawat cirit-birit

-mentha arvensis yang boleh melegakan demam selsema dan menghilangkan


rasa loya.

Pudina bertindak sebagai perangsang dan membantu penghadaman serta


mengurangkan flatulens. Ia juga bersifat antiseptik, antiparasit dan antivirus.
Pemakanannya boleh merangsangkan tubuh badan mengeluarkan peluh.

Daun pudina juga digunakan untuk membuat ubat sapu untuk merawat
selsema, sakit kepala, kekejangan otot dan sakit-sakit badan. Minyak yang
diperbuat daripada daun pudina boleh menghilangkan rasa loya serta kejutan
dan mempertingkatkan konsestrasi.

PASLI
Sayuran ini berasal dari keluarga Umbelliferae dan kaya dengan vitamin dan
zat galian seperti kalsium, magnesium dan klorofil.

Daun pasli yang diramas dengan air dapat bertindak sebagai tonik
bagimenjaga kesihatan rambut. Air ramasan ini juga bertindak melawaskan
kencing dan menurunkan tekanan darah.

Pasli juga dapat meredakan penyakit sengal-sengal tulang, membantu


pencernaan makanan dan menguatkan semula otot-otot rahim selepas
melahirkan anak.

KACANG BUNCIS

Kacang buncis atau nama saintifiknya adalah Phaseolus vulgaris


mengandungi pelbagai khasiat yang tidak terdapat pada tumbuhan sekelurga
dengannya.

Sayur yang kaya dengan protein dan vitamin ini membantu menurunkan
tekanan darah serta mengawal metabolisme gula dalam darah dan amat
sesuai dimakan oleh mereka yang menghidapi penyakit kencing manis atau
darah tinggi.

Bagi mereka yang khuatir kerana mempunyai berat badan yang keterlaluan ,
kacang ini dapat membantu mengatasi masalah mereka. Ini kerana ujian
makmal telah menunjukkan kacang ini mengandungi serat dan enzim yang
boleh membantu menurunkan berat badan.

PERIA

Peria atau dikenali sebagai kanbas atau nama sainsnya Momordica charantia
adalah sejenis sayur yang rasanya amat pahit,tetapi di sebalik kepahitan
itulah tersembunyi seribu satu khasiat untuk menjaga kesihatan tubuh badan.

Sayur ini adalah penawar kepada pesakit yang menghidapi penyakit kencing
manis. Kandungan bahan yang menyerupai insulin didapati berkesan dalam
menurunkan paras gula dalam darah dan air kencing. Peng- hidap kencing
manis mestilah menjadikan jus peria ini sebagai satu jus minuman harian,
terutama sekali sebelum sarapan.Selain itu peria juga dapat menyembuhkan
penyakit batuk yang menyerang kanak-kanak.

BAYAM

Adalah sejenis sayuran hijau yang kaya dengan vitamin A, C dan E serta zat
besi seperti fosforus, besi, sodium potasium, magnasium mangan dan
zink.Dikenali sebagai Spinacia oleracea dari segi saintifiknya.

Jus bayam mengandungi zat besi secukupnya untuk mengatasi masalah-


masalah seperti anemia sejenis penyakit kurang darah. Kaedahnya adalah
dengan mengisar daun bayam dengandengan segelas air dan diminum dua
kali sehari.

Wanita seringkali kekurangan zat besi kerana didatangi haid pada setiap
bulan. Jus bayam yang dicampurdengan jus lobak merah atau jus tomato
boleh membekalkan zat besi secukupnya untuk menambah tenaga mereka
kerana jus bayam mengandungi asid aksalik dan penambahan jus-jus lain
dapat mengatasi kesan-kesan keasidannya.

KADUK

Merupakan sejenis sayuran tempatan yang mudah ditemui. Tumbuhan ini


dikenali sebagai Piper sarmentosum roxb dan berasal dari keluarga
Piperaceae.

Air yang direbus dengan akar pokok ini dapat melawaskan kencing. Daunnya
mujarab untuk merawat demam malaria dengan minum air rebusannya.air
rebusan ini juga berkhasiat bagi melegakan batuk-batuk, selsema ,sakit
pinggang, sakit gigi dan sengal-sengal tulang.

DAUN KARI

Tumbuhan renek ini berasal dari keluarga Rutaceae dan daripada spesies
Murraya koeniggi, mengeluarkan daun-daun kecil berwarna hijau. Daun kari
ini biasanya digunakan dalam menambahkan keharuman masakan dan
masyarakat India merupakan pengguna terbanyak daun ini.
Dari segi perubatanya, daun ini amat berkesan dalam mengatasi masalah-
masalah haid dan gonorea, menghilangkan rasa loya dan pening-pening lalat
bagi wanita yang mengandung dan menyembuhkan penyakit cirit-birit dan
penyakit berak darah.Selain itu daun ini juga baik untuk peredaran darah dan
boleh bertindak sebagai sedatif.

KAPSIKUM

Merupakan sejenis cili yang berisi tebal berwarna hijau atau merah. Adalah
dari spesies Kapsikum annuun yang berasal dari keluaraga Solanaceae.Ia
kaya dengan vitamin C, vitamin A dan zat-zat besi seperti kalsium, fosforus,
sodium, dan potasium.Sayur ini dikatakan dapat

meredakan kesakitan yang ada kaitan dengan kegemukan.Ia juga baik untuk
pengedaran darah dan boleh mengtasi masalah sakit kerongkong.

Kapsikum juga mengandungi sejenis bahan yang menghalang sel-sel darah


daripada bergumpal, sekali gus menghalang sejenis penyakit darah beku
yang dikenali sebagai trombosis.

TOMATO

Nama sainsnya adalah Iycopersicon esculentum.Merupakan sayur yang


digemari oleh orang ramai dan boleh dimakan secara mentah atau
dimasak.Berasal dari kelurga Solanaceae, kaya dengan zat besi, serat serta
vitamin A dan C dimana diperlukan untuk mengekalkan kecergasan badan.Ia
juga baik untuk melicinkan kulit dan merupakan salah satu bahan awet yang
penting .

Satu kajian terbaru di amerika syarikat telah menunjukkan bahawa pigman


merah yang terdapat pada kulit tomato mengandungi sejenis bahan yang
dikenali sebagai Iycopene yang mana boleh mengurangkan risiko di kalangan
kaum lelaki daripada mendapat penyakit barah prostat.Dalam kajian
tersebut, amalan memakan 10 biji tomato seminggu boleh kurangkan risiko
sehingga 45%.

KENTANG
Berasal dari keluarga Solanaceae, dan merupakan sejenis sayuran yang
paling popular di selurug dunia. Terdapat berbagai jenis ubi kentang di
seluruh dunia.Ubi kentang kaya dengan karbohidrat dan zat galian
terutamanya dibahagian kulit.

Sayur ini berkesan untuk merawat penyakit batu karang dan juga mengatasi
masalah jerawat dan bisul.Caranya adalah dengan mengadun udi kentang
dengan sedikit air kemudian disapu ke atas jerawat atau bisul yang sudah
pecah sebelum ditutup dan dibalut dengan kain bersih. Cara rawatan yang
sama juga digunakan bagi merawat kudis atau luka.

TERUNG PIPIT

Merupakan tumbuhan liar di Malaysia dan di negara-negara tropika.Biasanya


dimakan secara mentah ataupun dicelur untuk dijadikan ulam. Dikenalai
sebagai Solanum torvum ,dalam nama sainsnya.

Daripada kajian, terong ini mengandungi 2% protein, 0.1% lemak, 7.9%


karbohidrat serta mengandungi fosforus, sedikit zat besi, banyak vitamin A
dan C dan sedikit vitamin BI.Terong ini juga mengandungi alkoloid jenis
steroid yang dikenali sebagai soladin dengan kandungan sebanyak 0.84%.

Buah ini mengandungi banyak khasiat. Antaranya dengan meminum air


rebusan buah ini dapat meredakan kesakitan akibat sakit perut yang
berterusan.Selain itu akarnya pula dapat mengubati retak kulit pada kaki.

BAWANG PUTIH

Dikenali sebagai Allium sativum dan mempunyai kegunaan yang banyak dan
khasiat yang tinggi.Bawang ini telah dikenal pasti dapat memecahkan
kolesterol yang menyekat perjalanan darah pada salur darah dan kolesterol
ini dikenal pasti sebagai punca kepada penyakit darah tinggi.Ia juga
membantu menyegarkan pernafasan sekalipun tempat yang banyak karbon
monoksida (asap kenderaan).

Sayuran ini juga dapat menghindarkan seseorang daripada diserang kanser


kerana kandungan mineralnya membantutkan ketumbuhan tumor dalam
tubuh badan.Selain itu bagi mereka yang mempunyai masalah jerawat,
kuman tersebut dapat dibunuh dengan menumbuk bawang putih serta
menepekkannya di bahagian yang berjerawat.

MANGGA

Berasal dari kelurga Anacardiaceae dan nama saintifiknya dikenali sebagai


Mangifera Indica. Jus buah ini mengandungi khasiat yang tinggi dan berkesan
untuk mengubati pelbagai penyakit. Minuman ini, kaya dengan zat besi,
kalsium, fosforus, sodium, potasium dan magnesium dan vitamin A dan C.

Penyakit hernia atau burut merupakan sejenis penyakit yang menyebabkan


isi perut turun ke bawah dan kantung kemaluan menjadi bengkak. Amalan
meminum jus buah mangga merupakan amalan berkesan untuk mereda dan
menyembuhkan penyakit ini.Ini kerana kandungan karbohidrat dan enzim
yang tinggi dalam mangga akan mempercepatkan proses penyembuhan di
dalam dan di luar badan.

Selain itu, jus buah mangga ini juga digunakan sebagai agen penghilang
dahaga untuk mengatasi masalah penyidratan atau kekurangan cecair dalam
tubuh badan.

Petua berkesan adalah dengan menyedut perlahan-lahan jus buah mangga


dengan menggunakan straw dan bukannya dengan meminum terus.
Memandangkan kandungan gula yang tinggi hanya secawan sahaja dihadkan
dan bagi mereka yang menghidapi penyakit kencing manis dan alahan adalah
dinasihati membataskan penggunaannya.

AVOKADO

Adalah sejenis buah yang berkhasiat yang mengandungi protein, zat besi,
fosforus, kalsium,sodium, potasium, vitamin A dan C dan niasin.Dikenali
sebagai Persea americana dan buah ini berasal dari keluarga Lauraceae.

Sebiji avokado dipercayai mengandungi kira-kira 300 kalori, dengan 88%


daripadanya terdiri daripada lemak. Ia bertindak dengan berkesan sebagai
pelincir semula jadi bagi membolehkan sendi-sendi tulang bergerak bebas
terutamanya di bahagian leher, siku, pergelangan tangan, pinggul dan lutut
sekali gus dapat menghindarkan penyakit sengal-sengal tulang.
Di samping itu, amalan memakan buah ini setiap hari boleh menurunkan
paras kolestrol di samping mengekalkan paras lipoprotein iaitu sejenis
kolestrol yang baik yang bertindak melindungi seseorang itu daripada
diserang sakit jantung.

Isi avokado yang kaya dengan vitamin A, minyak dan riboflavin amat
berkesan untuk memulihkan kesegaran dan kelicinan kulit serta mengatasi
masalah kulit kering.

LEMON

Dikenali sebagai Citrus limon dari segi saintifiknya dan boleh ditemui pada
bila-bila masa sepanjang tahun.Buah ini seperti buahan lain kaya dengan
vitamin C yang berkesan untuk menghindarkan penyakit-penyakit kelamin
seperti gonorea, siflis dan klamidia. Ini kerana ia bertindak membunuh
kuman bakteria, sekali gus mempertingkatkan daya tahan badan.

Kandungan vitamin C dalam jus lemon, yang turut mengandungi zat besi,
kalsium, fosforus, potasium,magnasium dan vitamin B-Kompleks, juga
bertindak membunuh sejenis bakteria dikenali sebagai stafilokokus.Bakteria
ini menjadi punca beberapa jenis penyakit seperti keracunan makanan,
radang paru-paru dan jangkitan jangkitan lain.

DELIMA

Merupakan sejenis buah yang berasal dari kawasan Mediterrane. Dikenali


sebagai Punica granatum dan mengandungi asid tannin yang amat muajarab
untuk hapuskan masalah cacing di kalangan kanak-kanak.

Selain daripada asid tannin , buah ini juga mengandungi zat besi, kalsium,
fosforus, sodium, potasium, magnasium, vitamin A dan vitamin C. Ia
berkesan untuk meredakan cirit-birit yang kronik, termasuk cirit-birit
berdarah dan enteritis atau bengkak usus.

Penyakit buasir juga dapat dirawat dengan buah delima ini .Airnya yang
bertindak sebagai astringen, disapu ke bahagian yang bengkak dan dilakukan
beberapa kali sehingga sembuh.
BELIMBING BULUH

Buah ini mempunyai rasa yang masam dan juga digunakan dalam pelbagai
jenis masakan tempatan seperti sambal belacan dan masak lemak. Dikenali
sebagai Averrhoa belimbi linn dan berasal dari keluarga Oxalidaceae dan
mempunyai nilai yang tinggi dari segi perubatan.

Jus buah ini berkesan untuk melegakan penyakit darah tinggi, kencing manis
dan pitam. Selain itu ia juga berkesan untuk melicinkan kulit muka serta
mengatasi masalah jerawat dan merawat sakit gigi. Bagi mereka yang
menghidapi batuk yang berterusan, adalah dinasihati merebus buah ini dan
minum air rebusan ini setiap pagi dan petang.

PISANG

Antara buah tempatan yang digemari ramai adalah pisang atau dikenali
sebagai Musa sapientum dari segi sainsnya.Pisang kaya dengan vitamin A dan
C, kalsium, fosforus, potasium dan besi .Ia juga merupakan salah satu
daripada beberapa jenis buah yang mengandungi kromium, iaitu sejenis
bahan yang merangsangkan aktiviti enzim dalam metabolisme glukos yang
penting untuk memberi tenaga.

Selain itu, pisang juga merupakan jawapan yang tepat bagi mereka yang
menghadapi masalah sembelit, dan juga dapat melegakan penyakit ulser dan
penyakit gastritis atau radang perut.

NANAS

Berasal dari keluarg Bromeliaceae dan nama sainsnya ialah Ananas comosus.
Buah ini mempunyai kandungan vitamin A, B, da C yang tinggi.

Jus nanas ini bukan sahaja merupakan minuman yang lazat tetapi juga dapat
atasi masalah kekeringan di bahagian bibir dan di bahagian muka.Amalan
minum jus nanas, juga berkesan untuk atasi masalah kencing tidak lawas.
Enzim yang terdapar pada buah nanas boleh meredakan bengkak-bengkak,
kuatkan daya tahan badan serta hapuskan fibrin yang boleh bawa sakit
jantung dan strok. Selain itu buah ini juga melancarkan perjalanan haid serta
berkesan dalam mengatasi masalah pencernaan, pundi kencing, cacing dan
kelesuan tubuh badan.

TEMBIKAI

Buah tropika ini kaya dengan zat besi, kalsium, fosforus, sodium, potasium,
vitamin A dan C, asid folik dan zink. Dikenali sebagai Citullus vulgaris dan
mempunyai khasiat yang tinggi.

Jus buah ini amat muajarab untuk menyembuhkan pelbagai jenis penyakit
seperti demam, masalah perut kembung, sakit kepala dan penyakit paru-
paru. Jus ini juga memberi tenaga dan kekuatan di kalangan orang-orang tua
serta memulihkan sistem tubuh badan yang lemah bagi mereka yang baru
sahaja sembuh daripada penyakit . Selain itu penyakit artritis, gout serta
keracunan uremik yang berlaku akibat kehadiran asid urik yang berlebihan
dapat diatasi dengan pengamalan minum jus buah ini.

PLUM

Berasal dari keluarga Rosaceae dan mengandungi khasiat yang tinggi.Buah


ini mengandungi sejenis bahan yang dikenal pasti sebagai diphenylisation
yang bertindak sebagai julap. Bahan ini bukan sahaja mencuci perut,
malahan juga mengatasi masalah sembelit. Di samping itu, ia juga sesuai
diamalkan oleh mereka yang mengalami masalah kolesterol kerana
diphenylisation yang membantu menurunkan paras serum dalam darah. Buah
ini mengandungi serat ,iaitu salah satu daripada zat-zat makanan penting
yang diperlukan dalam pemakanan harian untuk menjaga kesihatan.

Buah ini juga merupakan penawar bagi mengubati penyakit gastritis akibat
inflamasi pada lapisan mukus dalam perut akibat pengambilan terlalu banyak
makanan berempah, arak dan ubat-ubat aspirin.

KESIMPULAN

Secara ringkasnya, kita telah mengenal pasti beberapa sayur-sayuran dan


buah-buahan yang bukan sahaja mengandungi kandungan khasiat yang
tinggi malahan juga mempunyai nilai-nilai perubatan yang amat muajarab.
Walau bagaimanapun masih terdapat banyak lagi sayur-sayuran dan buah-
buahan yang belum dikaji potensinya sebagai radas kesihatan
manusia.Sekecil-kecil cili padi sekalipun mungkin mengandungi kompaun
yang berguna untuk menyelamatkan manusia. Jika kita masih melengah-
lengahkan usaha pengkajian ke atas tumbuh-tumbuhan ini, mungkin banyak
lagi nyawa yang akan terkorban akibat pelbagai jenis penyakit.

Fenomena ini perlu diberi perhatian oleh semua pihak.Dunia ini dicipta
lengkap dengan segala unsur pro dan kontra. Apabila tuhan mencipta
penyakit, Dia juga mencipta ubatnya.

You might also like