You are on page 1of 23

1

1. PENGENALAN

Bersedekah adalah di antara amalan sunat yang sangat dianjurkan dan digalakkan
kepada umat Islam, tidak kira status atau taraf hidup mereka. Malah amalan mulia ini
bukan hanya kepada orang-orang kaya, tetapi mereka yang berpendapatan rendah juga
disarankan melakukannya, menurut kadar kemampuan masing-masing. Nabi
Muhammad s.a.w. bersabda : Tangan yang di atas (orang yang memberi) itu lebih baik
daripada tangan yang ada di bawah (http://nurjeehan.hadhituna.com.2008.09.suburkan
-sedekah)

Kita juga disarankan agar tidak mengungkit segala pemberian kerana


perbuatan mengungkit dan riak ini akan membatalkan sedekah (Mohammad Nidzam.
2006 : 172). Kekayaan juga tidak membawa erti tanpa ada keberkatan. Dengan adanya
keberkatan, harta dan rezeki yang sedikit akan dirasakan seolah-olah banyak serta
mencukupi. Sebaliknya, tanpa keberkatan akan dirasakan sempit dan susah meskipun
banyak harta. Setiap kebaikan yang sama ada dalam bentuk spritual dan fizikal
sebenarnya sedekah. Amalan sedekah juga lambang kebenaran iman kerana makna
sedekah itu sendiri bermaksud ‘benar’. Sekecil mana sumbangan yang dihulurkan ia
cukup bermakna kepada si penerima yang hidup serba kekurangan, malah ‘buah
tangan’ yang tidak seberapa itu mampu menerbitkan senyuman, walaupun cuma untuk
seketika. (Mohammad Nidzam. 2006:150)

Islam sangat menggalakkan umatnya membantu mereka dalam kesempitan.


Nas daripada al-Quran dan hadis Nabi s.a.w jelas menganjurkan umat Islam
menghidupkan amalan sedekah, kerana banyak manfaatnya. Sedekah pula tidak
semestinya wajib dengan duit atau wang sahaja, memberi makan kepada orang yang
berpuasa atau lapar, menyedekahkan baju-baju terpakai, menolong kawan yang berada
di dalam kesusahan juga boleh dikategorikan dalam amalan sedekah.Antara contoh
pekerja yang memotong rumput atau meengutip sampah dengan lori sampah biasanya
kehausan. Besar pahalanya kalau kita dapat menyediakan segelas atau sebotol air
kosong untuk mereka khususnya jika cuaca panas. Itu juga dikira sebagai sedekah dan
besar ganjarannya di akhirat kelak. (Mohammad Nidzam. 2006:150)
2

2. DEFINISI SEDEKAH

Sedekah itu berasal daripada perkataan bahasa Arab, iaitu as-Sadakah yang
bermaksud benar. Jadi apabila kita sebut tentang keimanan mahupun keyakinan
kepada janji Allah s.w.t., sudah tentu di sana perlu kepada pembuktian.Jelaslah
sedekah itu adalah sebagai bentuk pembuktian kepada kebenaran iman kita dengan
mengeluarkan sebahagian daripada harta kita yang Allah s.w.t. kurniakan. Sedekah
yang berasal daripada bahasa Arab , iaitu sadaqah ini turut diguna pakai dalam bahasa
Malaysia.( http://blog.amirez.com/berkat-rezeki-kerana-sedekah/ ).

Maksud yang sama ialah menderma, membelanjakan wang atau memberikan


sesuatu kepada pihak lain dengan hati yang ikhlas, tanpa mengharapkan sebarang
balasan.Sedekah juga adalah satu pemberian ikhlas sama ada benda itu sesuatu yang
kita sayang atau tidak.Sesetengah pendapat mengatakan sedekah lebih menjurus
kepada barang seperti makanan dan pakaian yang boleh dimanfaatkan oleh orang
lain.Abu Hurairah r.a telah meriwayatkan daripada baginda S.A.W. bahawa
barangsiapa yang bersedekah walaupun hanya sekecil sebiji buah kurma, tetapi
dengan syarat harta yang disedekahkan itu benar-benar suci, maka Allah mula
memelihara sedekah tersebut sepertimana kita memelihara anak-anak sehinggalah
sedekah tersebut dapat dihimpunkan dan menjadi sebesar sebuah gunung (Maulana
Muhammad Zakariya. 1999:17).

Pengertian sedekah juga ada disebutkan di dalam kitab I'aannatul Taalibin


juzuk yang ketiga pada halaman 171 seperti berikut:

``Sedekah bererti sesuatu yang diberikan oleh seseorang kepada seseorang lain yang
memerlukannya dengan tidak mengharapkan balasan pahala atau mengharapkan
balasan pahala di akhirat sekiranya pemberian itu kepada orang kaya.''

Di sebut juga di dalam kitab berkenaan pada halaman yang sama bahawa
sedekah ini tidak disyarat lafaz ijab dan qabul (Nora Murat. 2010:18). Al-Jurjani
berkata, “Sedekah adalah pemberian yang diharapkan dengannya pahala dari Allah.
Raghib Al-Ashfahani mendefinisikan sedekah sebagai, sesuatu yang manusia
keluarkan dari hartanya dengan maksud mendekatkan diri kepada Allah seperti zakat.
3

Namun begitu, sedekah secara asal dipakai untuk yang sunnah sedangkan zakat untuk
yang wajib.

Istilah lain untuk kata sedekah adalah ‘infak’. Dari segi istilah, infak lebih
bersifat umum. Infak biasa dipakai untuk yang bersifat wajib, iaitu zakat atau yang
bersifat sunnah, iaitu sedekah. Sedekah atau infak dalam istilah khusus adalah
pemberian berupa harta dengan hanya untuk mencari redha Allah. Walaupun secara
umum, maksud sedekah itu lebih luas, iaitu segala bentuk kebaikan, baik dilakukan
dengan harta atau tidak, baik kemanfaatannya kembali kepada orang lain atau kepada
diri sendiri.( http://halaqah.net/v10/index.php?topic=262.0.). Sesuai sabda Nabi yang
bermaksud:

“Setiap yang makruf itu adalah sedekah.” (Hadis Riwayat Muslim)

3. KONSEP SEDEKAH

Sedekah adalah satu pemberian ikhlas sama ada benda itu sesuatu yang kita sayang
atau tidak. Asas penting yang perlu ada adalah keikhlasan. Maknanya kita tidak
mengharapkan sebarang pembalasan apabila bersedekah.Namun sedekah yang
dirahsiakan lebih baik. Sesungguhnya sedekah dapat menghapus kesalahan
sebagaimana air memadamkan api.( Syahrin Jasah. 2008: 28)

Sedekah lebih menjurus kepada barang seperti makanan dan pakaian yang
boleh dimanfaatkan oleh orang lain. Contohnya, kita membeli kipas angin, penghawa
dingin, tikar atau al-Quran untuk digunakan oleh masyarakat umum di premis
tersebut. Saranan bersedekah ini dijelaskan oleh Allah menerusi firman-Nya yang
bermaksud:

“Kalau kamu zahirkan sedekah itu, maka itu adalah baik. Dan kalau pula
kamu sembunyikan sedekah itu serta kamu berikan kepada orang fakir miskin, maka
itu adalah baik bagi kamu; dan Allah akan hapuskan daripada kamu sebahagian
daripada kesalahanmu. Dan Allah Maha Mengetahui apa yang kamu lakukan.”
(al-Baqarah: 271)
4

Selain itu dalam surah Al-Munafiqun juga Allah telah menegaskan . “Dan
belanjakanlah (dermakanlah) sebahagian daripada rezeki yang Kami berikan kepada
kamu sebelum seseorang daripada kamu sampai ajal kepadanya, (kalau tidak) maka ia
(pada saat itu) akan merayu dengan berkata: Wahai Tuhanku alangkah baiknya kalau
engkau lambatkan kedatangan ajal matiku ke suatu masa yang sedikit saja lagi, supaya
aku dapat bersedekah dan dapat pula aku menjadi orang yang soleh.” (al-Munafiquun:
10)

Dalam masyarakat kita, derma atau sumbangan adalah bersedekah yang boleh
meringankan beban orang lain dan menyelamatkan kita daripada api neraka. “Sedekah
itu menghapuskan kesalahan seperti air memadamkan api” (Hadis Riwayat At
Tirmidzi). Dalam amalan bersedekah, kita perlu melakukannya dengan ikhlas kerana
Allah, bukan disebabkan balasan nama atau sekadar bersedekah saja.

Agar bersedekah tidak menjadi sia-sia, Islam mengajarkan umatnya


menyumbang dan bersedekah menepati erti ‘sedekah’. Beberapa perkara perlu diambil
perhatian dan tindakan demi kesempurnaan bersedekah. Pertama, barang yang
disedekahkan itu hendaklah baik, elok dan tidak malu untuk dipakai. Biarlah
bersedekah dengan barang yang disenangi penerima. Allah melarang bersedekah
dengan benda yang tidak baik kerana bersedekah adalah ibadat dan tanda mensyukuri
nikmat Allah. Kedua, bersedekah dengan benda yang halal. Ketiga, sunat bagi
pemberi sedekah atau derma bersedekah dan berderma daripada benda yang disukai
dan disayangi, tidak kira sama sedikit atau banyak.

Keempat, bersedekah disertai dengan keikhlasan, bukan mengungkit,


merungut, membidas dan menyakiti hati orang yang menerima sedekah kerana
perbuatan ini haram dan merosakkan amalan bersedekah. Kelima, sedekah yang
diberikan secara sembunyi lebih afdal, ibarat tangan kanan yang memberi, tangan kiri
tidak mengetahuinya.Keenam, sedekah membersihkan harta dan menyucikan diri kita
(http://melayucyber.blogdrive.com/archive/cm-10_cy-2005_m-10_d-14_y-2005_o-
0.html).
5

4. JENIS-JENIS SEDEKAH

4.1 SEDEKAH WAJIB

Harta benda merupakan antara perkara yang boleh dijadikan bahan untuk bersedekah.
Sedekah harta benda boleh dibahagikan kepada dua bahagian iaitu sedekah wajib dan
sedekah sunat. Sedekah wajib ini juga dikenali sebagai zakat. Zakat terbahagi kepada
dua bahagian iaitu zakat harta dan zakat fitrah.

Zakat menurut bahasa bererti berkat, subur, bersih dan banyak. Menurut istilah
pula zakat dirujuk kepada nama bagi perkara yang dikeluarkan daripada harta benda
atau diri (badan) dengan cara yang khusus. Ada ulama yang mentakrifkan zakat
sebagai nama bagi pengambilan sesuatu yang khusus daripada harta benda yang
khusus dengan cara yang khusus untuk kumpulan yang khusus. Zakat merupakan satu
fardu yang dikenakan ke atas umat Islam.

Zakat merupakan tanggungjawab sosial yang perlu dipikul oleh golongan yang
kaya dan yang berpendapatan tinggi, untuk meringankan beban yang dipikul oleh
golongan yang tidak berharta dan berpendapatan rendah dalam menjalani kehidupan
seharian. Zakat juga merupakan salah satu rukun Islam yang lima seperti yang
dijelaskan oleh Rasulullah S.A.W. dalam sabdanya yang bermaksud :

Daripada Ibn Umar r.a berkata : ‘Rasulullah SAW bersabda : Islam dibina atas lima
perkara iaitu syahadah sesungguhnya tiada Tuhan melainkan Allah SWT dan
sesungguhnya Muhammad itu Rasulullah, mendirikan solat, mengeluarkan zakat,
mengerjakan Haji , dan berpuasa di bulan Ramadhan.’(Ariffin Omar, 2006 : 32-33).

4.1.1 Zakat Harta

Terdapat sebanyak tujuh jenis harta berdasarkan hadis yang diriwayatkan berhubung
harta benda yang dikenakan zakat tidak termasuk perusahaan iaitu :

1. Haiwan ternakan

Haiwan ternakan yang diwajibkan zakat ialah unta, lembu, dan kambing. Umat
Islam kini perlu melihat dan memikirkan tentang pelbagai haiwan yang dahulunya
6

tidak diternak secara besar-besaran, tetapi sekarang haiwan tersebut diternak secara
komersial yang mendatangkan keuntungan lumayan dan menjadi sumber ekonomi
yang penting kepada masyarakat. Contohnya ayam daging, telur ayam, rusa, dan
burung kasawari. Malah ternakan dalam air seperti ikan, udang, kerang dan lain-lain
menjadi sumber ekonomi yang lumayan kepada penternak.

Oleh yang demikian sebarang ternakan yang menjadi mata pencarian kepada
masyarakat pada masa kini dan masa-masa akan datang perlulah dikiaskan dengan
haiwan ternakan yang pernah menjadi mata pencarian dan sumber ekonomi kepada
masyarakat pada zaman Rasulullah SAW. Hal ini dilakukan supaya masyarakat
penternak yang menceburkan diri dalam bidang ternakan sentiasa berkembang dari
semasa ke semasa juga berpeluang menunaikan ibadat zakat ini. (Ariffin Omar, 2006 :
34).

2. Barang Kemas

Daripada hadis yang diambil dari kitab al-Bukhari maksudnya “ Rasulullah SAW
bersabda : Tidak dikenakan sedekah pada unta yang kurang daripada lima ekor. Tidak
dikenakan sedekah pada perak yang kurang daripada lima awaq (dua ratus dirham)
dan tidak dikenakan sedekah pada buahan atau bijian yang kurang daripada lima
ausuq (tiga ratus gantang).

Menurut al-Daraqutni dalam kitab hadisnya, daripada Amr ibn Syuaib


daripada bapanya daripada datuknya daripada Rasulullah SAW bersabda : Dan tidak
dikenakan zakat pada emas yang kurang daripada dua puluh timbangan berat.

Berdasarkan kedua-dua hadis di atas, barang kemas yang diwajibkan zakat


hanya perak dan emas.

3. Biji-bijian

Wajib zakat ke atas bijian seperti gandum. Manakala bijian lain atau bahan makanan
yang berasaskan perhumaan perlulah dikiaskan dengan gandum kerana semua bahan
makanan itu menjadi rezeki kepada manusia dalam menjalani kehidupan di dunia ini.
(Ariffin Omar, 2006 :37).
7

4. Buah-buahan

Buah-buahan yang diwajibkan zakat hanyalah tamar dan zabib. Buah yang lain yang
ada dalam negara kita dan negara lain seperti durian, rambutan, pisang, manggis,
kelapa, kelapa sawit, dan lain-lain yang menjadi sumber kewangan dan rezeki kepada
penduduk yang memiliki iklim tertentu maka perlulah dikiaskan dengan tamar dan
zabib, supaya umat Islam yang hidup dalam pelbagai iklim ini berpeluang berbuat
ibadat zakat ini.

5. Barang perniagaan.

Pendapatan yang dihasilkan menerusi perniagaan diwajibkan zakat. Contohnya


perniagaan kain. Maka perniagaan lain seperti bidang makanan, perumahan,
kenderaan, perubatan, dan lain-lain bahan di mana bahan-bahan itu menjadi
keperluan, sumber rezeki dan kekayaan masyarakat kini, hendaklah dikiaskan dengan
perniagaan kain.

6. Harta simpanan dan galian.

Harta simpanan dan galian ini perlu juga diperluaskan kepada semua barang yang
tertanam di dalam bumi dan di dasar laut yang mempunyai nilai harga tersendiri, dan
semua bahan galian yang menjadi sumber rezeki serta pendapatan kepada manusia,
sama ada galian yang berbentuk cecair, gas, mahupun bijih, bukan hanya perak dan
emas. (Ariffin Omar, 2006 : 38-44).

4.1.2 Zakat Fitrah

Ia disebut dengan zakat fitr dan sedekah fitr kerana kewajipannya disebabkan
kehadiran Hari Raya Puasa pada satu Syawal, dan ia juga disebut sebagai zakat fitrah.
Zakat fitrah diwajibkan ke atas manusia untuk membersihkan diri dan menyuburkan
amalannya.

Zakat fitrah difardukan dengan dua matlamat seperti berikut :

1. Membersihkan kecacatan puasa yang disebabkan perbuatan dan


sebagainya yang tidak baik yang dilakukan oleh orang yang berpuasa.
8

2. Menjadi sumber rezeki kepada golongan fakir dan miskin.

Pada dasarnya, zakat harta dan zakat fitrah difardukan ke atas umat Islam atas
tujuan membantu meringankan beban yang ditanggung oleh orang fakir, miskin dan
sebagainya. Orang yang mampu memberi bantuan kewangan kepada orang lain ialah
orang yang kaya. Oleh itu wajarlah kedua-dua jenis zakat itu difardukan ke atas orang
yang kaya sahaja, tidak ke atas orang miskin dan fakir. Kadar zakat fitrah pula boleh
ditunaikan dengan segantang makanan yang mengenyangkan masyarakat setempat
atau dengan mata wang yang sama nilai dengan segantang makanan tersebut. Zakat
fitrah boleh ditunaikan sebelum menjelang raya sehinggalah kepada awal pagi Syawal
sebelum solat sunat hari raya. (Ariffin Omar, 2006 : 58).

Golongan yang mendapat zakat ialah :

1. Fakir

Golongan fakir ialah orang yang tidak ada sebarang harta dan pekerjaan atau ada
tetapi tidak cukup untuk menampung keperluan seharian.

2. Miskin

Golongan miskin ialah orang yang mampu untuk menghasilkan keperluan seharian
tetapi tidak boleh menampung sepenuhnya terhadap keperluannya.

3. Amil

Amil ialah orang yang bertugas untuk memungut zakat dan memberikannya kepada
orang yang berhak menerimanya. Para amil ini diberi ganjaran berasaskan sumbangan
tenaga yang diberikannya sama ada mereka itu terdiri daripada orang yang kaya atau
orang yang fakir.

4. Mualaf

Rasulullah SAW memberi zakat kepada orang yang baru memeluk Islam untuk
menjinak-jinakkan mereka, di samping mengharapkan mereka mempengaruhi kaum
masing-masing supaya memeluk Islam.

5. Hamba
6. Orang yang berhutang ada dua bahagian :
9

a. Orang yang berhutang, dan hutangnya itu digunakan untuk perdamaian.


b. Orang yang berhutang, dan hutangnya itu digunakan untuk maslahat dirinya
sendiri.
7. Pada jalan Allah SWT

Segala bentuk ibadat umum yang boleh mendatangkan kebaikan kepada masyarakat
dan menghindarkan keburukan daripada mereka dan juga ibadat khusus yang
memerlukan kewangan dalam menunaikannya di bolehkan mendapat zakat.

8. Orang Musafir

Orang musafir dapat mengambil manfaat untuk dirinya daripada harta zakat bagi
menampung keperluannya dalam satu-satu perjalanan. (Ariffin Omar, 2006 : 63- 91).

4.2 SEDEKAH SUNAT

1. Hibah

Perkataan hibah dari segi bahasa diertikan sebagai pemberian atau kurniaan. Perkataan
hibah dari segi istilah ialah memberi milik tanpa sebarang gantian. Hibah merupakan
salah satu cara untuk memberi dan mengurniakan harta benda kepada seseorang.
Sesiapa sahaja harus menghibahkan hartanya kepada sesiapa sahaja yang dikehendaki.
Bapa juga boleh menghibahkan hartanya kepada anak-anaknya dengan saksama. Cara
ini agak terbaik bagi seseorang bapa untuk melihat dan melatih anak-anaknya
menyelenggarakan harta yang diberikan kepadanya.

2. Hadiah

Hadiah dari segi istilah bermakna sesuatu yang diberi kerana kasih sayang dengan
maksud memberi penghormatan kepada orang yang menerima hadiah. Ia juga
ditakrifkan sebagai sesuatu yang diambil tanpa syarat pertolongan. Memberi hadiah
merupakan amalan yang digalakkan.

3. Wasiat

Perkataan wasiat diertikan sebagai sambungan atau hubungan, dari segi istilah wasiat
bermaksud membuat perjanjian dan perjanjian itu terlaksana sesudah meninggal
dunia.
10

4. Wakaf

Perkataan wakaf dari segi istilah ialah pencegahan daripada menjual asal (harta)
dengan cara khusus dan disedekahkan faedah dan hasilnya. (Ariffin Omar, 2006 : 94-
110)

5. Ibra’ al-Dain ( Pelepasan Hutang)

Pelepasan hutang sangat digalakkan, terdapat firman Allah dalam surah al-Baqarah
ayat 279-280 yang menggalakkan supaya pemiutang menyedekahkan hutangnya
kepada orang yang berhutang. Perbuatan menyedekahkan hutang adalah perbuatan
yang baik kerana pihak pemiutang telah membantu [ihak yang berhutang yang berada
dalam keadaan yang sempit dan kurang kemampuan untuk membayar hutang. (Ariffin
Omar, 2006 :116-117).

6. Pengguguran Hak

Apa yang dimaksudkan dengan hak dalam perbahasan ini ialah suatu ganjaran atau
balasan yang perlu diterima oleh seseorang sama ada ia berbentuk harta benda seperti
diat atau bukan harta benda seperti qisas iaitu melakukan kecederaan yang sama
dengan kecederaan yang dialaminya ke atas pesalah. Pengguguran terhadap hak – hak
ini adalah menjadi sedekah. (Ariffin Omar, 2006 : 120-121)

5. SYARAT SEDEKAH

Allah (s.w.t.) berfirman,

“Siapakah yang mau beri pinjaman kepada Allah, pinjaman yang baik (menafkahkan
hartanya di jalan Allah), maka Allah akan memperlipat gandakan pembayaran
kepadanya dengan lipat ganda yang banyak. Dan Allah menyempitkan dan
melapangkan (rezeki) dan kepada-Nya lah kamu dikembalikan.” (Al-Baqarah: 245)

Menginfakkan harta di jalan Allah telah diumpamakan dengan memberi hutang


kepada Allah. Sebagaimana hutang, maka mengembalikannya adalah sangat penting,
11

demikian juga dengan pahala dan ganjaran sudah pasti akan didapatkan oleh mereka
yang menyedekahkan hartanya di jalan Allah. Kerana itulah, maka ditafsirkan dengan
hutang. Umar ra. berkata bahawa ‘memberi hutang kepada Allah’ maksudnya adalah
menyedekahkan harta di jalan Allah. (Syaikhul Hadits Maulana & Muhammad
Zakariyya, 1998: m/s 12)

Supaya bersedekah tidak menjadi sia-sia, Islam mengajarkan umatnya


menyumbang dan bersedekah menepati erti ‘sedekah’. Beberapa perkara perlu diambil
perhatian dan tindakan demi kesempurnaan bersedekah.

Pertama: Barang yang disedekahkan itu hendaklah baik, elok dan tidak malu
untuk dipakai (boleh dipakai). Adalah tidak wajar dan paling tidak munasabah barang
yang disedekahkan itu tidak tergamak kita gunakan sendiri. Biarlah bersedekah
dengan barang yang disenangi penerima. Allah melarang bersedekah dengan benda
yang tidak baik kerana bersedekah adalah ibadat dan tanda mensyukuri nikmat Allah.

“Wahai orang yang beriman! Belanjakanlah pada jalan Allah sebahagian daripada
hasil usaha kamu yang baik dan sebahagian daripada apa yang Kami keluarkan dari
bumi untuk kamu. Dan janganlah kamu sengaja memilih yang buruk daripadanya lalu
kamu dermakan atau kamu jadikan pemberian zakat, padahal kamu sendiri tidak
sekali-kali akan mengambil yang buruk itu kalau diberikan kepada kamu, kecuali
dengan memejamkan mata padanya. Dan ketahuilah, sesungguhnya Allah Maha
Kaya lagi maha terpuji” (al-Baqarah. 267)

Kedua: Sesuatu yang disedekahkan ialah yang halal, bukan haram atau
subahat. Ketiga: Sunat bagi pemberi sedekah atau derma bersedekah dan berderma
daripada benda yang disukai dan disayangi, tidak kira sama sedikit atau banyak.
Sebagaimana firman Allah yang bermaksud:

“Kamu tidak sekali-kali akan dapat mencapai hakikat kebajikan dan kebaktian yang
sempurna sebelum kamu dermakan sebahagian daripada apa yang kamu sayangi.
Dan apa jua yang kamu dermakan maka sesungguhnya Allah Maha Mengetahuinya.”
(al-Imran. 92).
12

“Daripada Adiyie Hatim ra. berkata: Saya mendengar Rasulullah (s.a.w.) bersabda:
Takutlah kamu akan api neraka walaupun dengan (bersedekah) separuh buah
kurma.” (Riwayat Al-Imam Al-Bukhari).

Hadis ini menunjukkan amalan bersedekah walaupun hanya separuh buah


kurma boleh menyelamatkan kita daripada api neraka. Keempat: Bersedekah disertai
dengan keikhlasan, bukan mengungkit, merungut, membidas dan menyakiti hati orang
yang menerima sedekah kerana perbuatan ini haram dan merosakkan amalan
bersedekah. Dalam amalan bersedekah, kita perlu melakukannya dengan ikhlas kerana
Allah, bukan disebabkan balasan nama atau sekadar bersedekah saja.

“Wahai orang yang beriman! Jangan rosakkan pahala sedekah kamu dengan
perkataan membangkit-bangkit dan kelakuan yang menyakiti seperti rosaknya pahala
amalan sedekah orang yang membelanjakan hartanya kerana hendak menunjuk-
nunjuk kepada manusia (riak) dan ia pula tidak beriman kepada Allah dan hari
akhirat. Maka bandingan orang itu seperti batu licin yang ada tanah di atasnya
kemudian batu itu ditimpa hujan lebat, lalu ditinggalkannya bersih licin (tidak
bertanah lagi). Demikianlah juga halnya orang kafir dan riak itu, mereka tidak akan
mendapat sesuatu pahala pun daripada apa yang mereka usahakan. Dan ingatlah
Allah tidak akan memberi petunjuk kepada kaum yang kafir.” (Al-Baqarah-264).

Kelima: Sedekah yang diberikan secara sembunyi lebih afdal, ibarat tangan
kanan yang memberi, tangan kiri tidak mengetahuinya. Perbuatan ini dekat kepada
keikhlasan dan jauh daripada riak kerana sifat ini boleh merosakkan amalan sedekah.
Tiada gunanya bersedekah jika mahu mendapat pujian dan dikatakan pemurah kerana
dengan keikhlasan sahajalah ganjaran pahala diperoleh.

“Jika menampakkan sedekah kamu, ini sangat baik, tetapi jika kamu
merahsiakannya, dan memberikan orang fakir, maka itu lebih baik bagi kamu dan
akan melepaskan kamu daripada kejahatan kamu; Allah menyedari apa yang kamu
buat”. (Al Baqarah – 271). (http://amalansedekah.blogspot.com/)

6. FADHILAH SEDEKAH

Kelebihan sedekah sangat banyak. Ayat dan hadis yang menerangkan tentang
keutamaannya hampir tidak terhitung jumlahnya. Diantaranya ialah:
13

1) Pelipatgandaan pahala

Firman Allah (s.w.t.),


“Sesungguhnya orang-orang yang membenarkan (Allah dan rasul-Nya) baik
laki-laki mahupun perempuan dan meminjamkan kepada Allah pinjaman yang
baik, nescaya akan dilipatgandakan (pembayarannya) kepada mereka; dan
bagi mereka pahala yang banyak.” (Al-Hadid: 18)

Rasulullah (s.a.w.) bersabda, “Barangsiapa bersedekah dengan sesuatu


sebesar satu buah kurma dari usahanya yang baik, –dan Allah tidak menerima
kecuali yang baik-baik sahaja– maka Allah akan menerimanya dengan tangan
kanan-Nya,kemudian Allah akan melipatgandakan sedekahnya itu bagi
pemberinya, seperti seseorang diantara kalian yang melipatgandakan kuda
peliharaannya, hingga sebesar gunung.” (Hadis Riwayat Bukhari dan
Muslim).

2) Menghapus dosa

Firman Allah (s.w.t.),

“Kamu meminjamkan kepada Allah pinjaman yang baik, nescaya Allah


melipat-gandakan balasannya untukmu dan mengampuni kamu. Dan Allah
Maha Mensyukuri lagi Maha Penyantun.” (At-Taghabun: 17).

Rasulullah (s.a.w.) bersabda, “Sesungguhnya sedekah akan


memadamkan kemurkaan Allah dan mencegah kematian yang buruk.” (Hadis
Riwayat At-Tirmidzi).

Rasulullah (s.a.w.) juga bersabda, “...Dan sedekah dapat menghapus


kesalaan seperti air memadamkan api.” (Hadis Riwayat At-Tirmidzi).
(http://www.pppa.or.id/)

3) Mendapat naungan Allah

Dari Abu Hurairah ra.:


14

Nabi (s.a.w.), beliau bersabda, “Ada tujuh golongan yang bakal dinaungi oleh
Allah di bawah naungan-Nya, pada hari yang tidak ada naungan kecuali
naungan-Nya, yaitu: Pemimpin yang adil, pemuda yang tumbuh dengan
ibadah kepada Allah (selalu beribadah), seseorang yang hatinya bergantung
kepada mesjid (selalu melakukan salat jamaah di dalamnya), dua orang yang
saling mengasihi di jalan Allah, keduanya berkumpul dan berpisah karena
Allah, seorang yang diajak perempuan berkedudukan dan cantik (untuk
berzina), tapi ia mengatakan: Aku takut kepada Allah, seseorang yang
memberikan sedekah kemudian merahasiakannya sampai tangan kanannya
tidak tahu apa yang dikeluarkan tangan kirinya dan seseorang yang berzikir
(mengingat) Allah dalam kesendirian, lalu meneteskan air mata dari kedua
matanya.” (Hadis riwayat Bukhari Muslim). (Syaikhul Hadits Maulana &
Muhammad Zakariyya, 1998: m/s 19)

4) Menyelamatkan dari seksa api neraka

Rasulullah (s.a.w.) bersabda, “Bertakwalah kalian walaupun hanya dengan


sepotong kurma!” (Hadis Riwayat Bukhari Muslim)

Rasulullah (s.a.w.) pernah berkhutbah, “Wahai para wanita! Bersedekahlah


kalian walaupun dengan perhiasan kalian,kerana sesungguhnya aku melihat
kalian dadalah penghuni neraka yang paling banyak.” (Hadis Riwayat
Bukhari). (http://www.pppa.or.id/)

5) Mendapat ganti

Firman Allah (s.w.t.) yang bermaksud:


“Katakanlah, “Sesungguhnya Tuhanku melapangkan rezeki bagi siapa yang
dikehendaki-Nya di antara hamba-hamba-Nya dan menyempitkan bagi (siapa
yang dikehendaki-Nya). Dan barang apa saja yang kamu nafkahkan, maka
Allah akan menggantinya dan Dialah pemberi rezeki sebaik-baiknya”. (Saba:
39)
Maksudnya, kesempitan dan kelapangan (kemiskinan dan kekayaan)
adalah berasal dari Allah. Jika kita berhenti dari bersedekah, maka itu tidak
15

akan menjadikan kita kaya, dan jika kita menambah sedekah kita, maka hal itu
tidak akan membuat kita miskin. Bahkan segala sesuatu yang diinfakkan di
jalan Allah, balasannya akan kita peroleh nanti di akhirat. Sedekah tidak
mengurangkan harta, sebaliknya menambah harta dan menjauhkan kefakiran,
kekurangan dan kesempitan. Allah akan gantikan dengan yang lebih baik.
(Syaikhul Hadits Maulana & Muhammad Zakariyya, 1998: m/s 36)

6) Malaikat mendoakan orang yang bersedekah. Hakim dan Tirmidzi ra.


meriwayatkan suatu kisah yang panjang dari Jubair ra. Allamah Suyuti ra.
telah menjelaskan kisah ini dengan lebih terperinci dalam kitabnya Durrul
Mantsur. Abu Hurairah ra. menceritakan sabda Nabi (s.a.w.),

(‫ اللهم أعط‬:‫ ويق!!ول اآلخر‬،‫ اللهم أعط منفقا خلفا‬:‫ فيقول أحدهما‬،‫ إال ملكان ينزالن‬،‫ما من يوم يصبح العباد فيه‬
‫)ممسكا تلفا‬.

“Pada setiap pagi ada dua malaikat yang turun kepada hamba-hamba Allah,
salah satunya berdoa, ‘Ya Allah,berikanlah balasan kepada orang yang
menginfakkan hartanya.’ Dan yang satunya lagi juga berdoa, ‘Ya Allah,
timpakanlah kehancuran kepada orang yang menyimpan hartanya.’”
(Syaikhul Hadits Maulana & Muhammad Zakariyya, 1998: m/s 37)

7) Sedekah membersihkan harta dan menyucikan diri kita.


“Ambil sedekah daripada harta mereka untuk membersihkan dan menyucikan
mereka dan doakanlah mereka. Sesungguhnya doa engkau itu menjadi
ketenangan hati mereka. Allah maha mendengar lagi maha mengetahui”. (At
Taubah-103).
Ayat itu menjawab dua soalan pokok, iaitu apa yang harus
disedekahkan dan mengapa umat harus bersedekah. Sedekah adalah untuk
membersih dan menyucikan (jiwa) dan disedekahkan daripada harta atau
benda yang dimiliki.Sebenarnya sedekah bukan saja berbentuk kebendaan.
Bagi yang tidak mampu atau tiada harta, Allah menghendaki mereka
menyumbangkan usaha dan doa. Usaha termasuk menjadi sukarelawan, daya
upaya, idea dan ikhtiar, kegiatan, perbuatan untuk mencapai, melaksanakan
16

dan menyempurnakan sesuatu usaha yang disumbangkan dan memanfaatkan


mereka yang layak menerima sedekah.

8) Dalam masyarakat kita, derma atau sumbangan adalah bersedekah yang boleh
meringankan beban orang lain. (http://amalansedekah.blogspot.com/)
7. KESAN SEDEKAH KEPADA INDIVIDU DAN
MASYARAKAT

7.1 SEDEKAH WAJIB (ZAKAT)

1. Menyempurnakan Rukun Islam.


Zakat merupakan salah satu daripada rukun Islam. Umat Islam yang memiliki
harta benda yang telah sampai kepada had zakat, maka ia wajib mengeluarkan
zakat tersebut. Jika tidak ditunaikan, tidak sempurnalah rukun Islamnya.
(Ariffin Omar. 2004:m/s)

2. Melepaskan Diri Daripada Azab.


Sesiapa yang wajib mengeluarkan zakat tetapi tidak berbuat demikian maka
dia akan diazab diakhirat. Orang Islam yang telah menunaikan zakat dengan
baik dan sempurna akan terlepaslah dia dari azab.

3. Jaminan Kewangan kepada Golongan Tertentu.

“Sesungguhnya sedekah-sedekah (zakat) itu hanyalah untuk orang-orang


fakir, dan orang-orang miskin, dan amil-amil yang mengurusnya, dan orang-
orang muallaf yang dijinakkan hatinya, dan untuk hamba-hamba yang hendak
memerdekakan dirinya, dan orang-orang yang berhutang, dan untuk
(dibelanjakan pada) jalan Allah, dan orang-orang musafir (yang keputusan)
17

dalam perjalanan. (Ketetapan hukum yang demikian itu ialah) sebagai satu
ketetapan (yang datangnya) dari Allah. Dan (ingatlah) Allah Maha
Mengetahui, lagi Maha Bijaksana”

Pengagihan dan pengaliran harta daripada orang kaya kepada golongan


dan saluran seperti yang dinyatakan diharap dapat mewujudkan kasih sayang
dan keharmonian di kalangan mereka.

7.2 SEDEKAH SUNAT (TATAWWU’).

1. Mendapat Pahala yang Besar.


Sesiapa sahaja dalam kalangan umat Islam yang bersedekah dan menderma
sesuatu yang berfaedah kepada orang lain maka dia akan mendapat ganjaran
yang besar daripada Allah pada hari akhirat. Orang yang bersedekah jiga
mendapat lindungan Allah SWT di padang mahsyar. Mereka turut akan
disediakan pintu khas untuk masuk ke syurga.

2. Menjadi Benteng Api Neraka.


Amalan sedekah dan menderma boleh menjadi kifarah dan penebus kesalahan
seseorang kepada keluarga, harta, dan jirannya. Sedekah dan derma juga boleh
menjadi penghadang kepada api neraka.

3. Mendapat Doa Kebaikan daripada Malaikat.


Setiap hari Allah SWT menurunkan dua malaikat bagi menemani manusia.
Satu darinya berdoa kepada Allah supaya member gentian kepada temannya
yang bersedekah manakala yang satu lagi berdoa supaya membinasakan
temannya yang bakhil.

4. Pahala Sedekah Sampai kepada Si Mati


Amalan sedekah boleh dilakukan oleh seseorang semasa hidup. Sedekah juga
boleh dilakukan oleh seseorang dengan maksud menghadiahkan pahalanya
kepada orang lain yang sudah meninggal dunia. Dapat disimpulkan, pahala
sedekah orang yang masih hidup ternyata sampai kepada si mati.

5. Menghapuskan Sikap Tamak Haloba


18

Manusia bersikap tamak kepada harta benda. Sikap ini wujud berterusan
kepada manusia tanpa mengira peringkat umur, sehinggalah dia meninggal
dunia. Harta benda tidak mampu untuk memenuhi sikap tamak haloba setiap
manusia. Manusia perlu berusaha untuk membuang sifat tamak tersebut. Orang
yang memiliki harta yang banyak tetapi tidak membelanjakannya kepada
Allah,maka dia akan papa kedana di akhirat kelak.

7.3 SEDEKAH BUKAN HARTA BENDA.

1. Tidak Menyusahkan Orang Lain.


Islam menggalakkan umatnya supaya bekerja keras menyara diri sendiri dan
orang yang berada di bawah tanggungannya. Rasulullah SAW menggalakkan
umatnya supaya bekerja sendiri dan tidak bergantung atas orang lain. Orang
yang berusaha menyara hidupnya sendiri dan tidak meminta-minta kepada
orang lain dikira sebagai orang yang tidak menyusahkan orang lain.

2. Memberi Pertolongan kepada Orang Lain


Islam menggalakkan umatnya supaya sentiasa member pertolongan kepada
orang lain. Pertolongan yang diberikan itu boleh meringankan beban yang
dittanggung dan menyelesaikan permasalahan yang dihadapi. Konsep tolong-
menolong, tidak cela-mencela, dan saling member sumbangan merupakan
rahsia kekuatan umat Islam sekiranya mereka benar-benar menjiwainya.

Sabda Rasullulah yang bermaksud:

“Seorang Mukmin dengan seorang Mukmin yang lain, seperti bangunan yang
mana sebahagiannya menguatkan sebahagian yang lain.”

(al-Asqalani 1989, 10:449)

3. Memberi Kasih Sayang kepada Semua Makhluk.


Memberi kasih sayang kepada kepada haiwan peliharaan atau bukan
peliharaan seperti member makan dan minum adalah sangat digalakkan Islam.
Allah akan memberi keampunan dan ganjaran yang setimpal kepada sesiapa
yang member layanan baik kepada haiwan. Islam melarang umatnya
19

membunuh haiwan yang tidak berbahaya kepada manusia. Kerana haiwan itu
turut bertasbih kepada Allah SWT.

7.4 SEDEKAH IBADAH KHUSUS.

1. Menyediakan Diri dengan Sifat-sifat Mahmudah.


Ibadat adalah antara medium untuk mengisi keperluan rohani setiap insan. Ia
mampu membekalkan sifat-sifat mahmudah kepada orang yang melakukannya.
Ibadat khusus juga boleh menguatkan jiwa seseorang sehingga mampu
memikul tanggungjawab dengan baik dan sempurna. Seseorang itu digalakkan
mendekatkan diri kepada Allah dengan sentiasa menunaikan segala ibadat
yang diwajibkan disamping melakukan ibadat-ibadat sunat dan khusus
sebanyak mungkin.

2. Penerimaan Kesan daripada Sifat-sifat Mahmudah oleh Orang Ramai.


Orang yang sentiasa mengingati Allah disifatkan sebagai orang yang aktif.
Orang yang aktif akan mendatangkan faedah kepada dirinya dan masyarakat.
Rasulullah SAW telah membuat perumpamaan bahawa orang yang sentiasa
mengingati Allah diumpamakan sebagai orang yang hidup.

Manakala orang yang sentiasa melupakan Allah, diumpamakan sebagai


orang yang mati. Orang yang memiliki sifat-sifat mahmudah, disebabkan
banyak beribadat (dengan ibadat khusus) kepada Allah SWT iaitu banyak
berzikir dan sebagainya menyebabkan orang di sekelilingnya turut mengingati
dan beribadah kepada Allah SWT.

7.5 SEDEKAH AMAR MAKRUF DAN NAHI MUNGKAR.

1. Menyedarkan Diri Sendiri dan Orang Lain Supaya Melakukan yang Makruf
dan Meninggalkan yang Mungkar.
Amar makruf dan nahi mungkar ini boleh menyedarkan diri seseorang,
keluarganya, dan juga masyarakat umum daripada terus leka dalam
melaksanakan perkara-perkara yang berkaitan agama.
20

Setiap umat Islam bertanggungjawab untuk menyedarkan diri sendiri


dan juga orang lain daripada melakukan sebarang kesalahan dan
membersihkan diri daripada sebarang sifat buruk. Setiap umat Islam
bertanggungjawab untuk menyedarkan dan menyampaikan kepada orang lain
tentang hukum yang telah disampaikan oleh Allah SWT dan RasulNya.

2. Doa Dimustajabkan.
Doa adalah ibadat yang digalakkan oleh Islam. Setiap umat Islam diminta
supaya berdoa kepada Allah SWT. Namun Allah tidak menerima doa daripada
hambanya yang digelumangi maksiat. Ini bermakna doa daripada hambanya
yang bersifat dengan amar makruf dan nahi mungkar akan dimustajabkan oleh
Allah SWT.

3. Membawa Keamanan dan Ketenteraman Masyarakat.


Amalan amar makruf dan nahi mungkar adalah antara amalan dan budaya
yang dituntut oleh Islam. Apabila anggota masyarakat menjadi fasik dan tidak
sensitif terhadap sebarang maksiat yang berlaku di depan mata, maka
masyarakat ini dikhuatitri akan ditimpa azab dari Allah SWT. Jelaslah bahawa
amar makruf dan nahi mungkar adalah antara unsur yang penting untuk
menjana individu yang bertakwa dalam sebuah masyararakat.

8. KESIMPULAN

Kesimpulannya kita sebagai manusia perlulah sentiasa mengamalkan amalan sedekah


dalam kehidupan seharian. Hal ini kerana Allah juga menyuruh hamba-hamba Nya
untuk bersedekah. Selain itu, bersedekah itu boleh dilakukan oleh semua orang
sekalipun orang itu tidak berharta. Amalan bersedekah sangat digalakkan dalam Islam,
kerana bersedekah adalah lambang kesyukuran kepada Allah, pelaksanaan perintah
Allah dan mempererat hubungan persaudaraan serta silaturahim sesama muslim.
Sedekah juga adalah cara mengukuhkan hubungan antara hamba dengan Allah dan di
antara hamba sesama hamba. Bagaimanapun, dalam bersedekah atau apa juga yang
kita lakukan, ia perlu dibuat secara sederhana. Jangan terlalu ghairah bersedekah jika
ia hanya bertujuan untuk menyerlahkan kemewahan yang dimiliki, atau sekadar
inginkan publisiti murahan di media massa. Sedekah dan derma seperti itu tidak akan
21

membawa erti dan tidak memperolehi sebesar-besar ganjaran dijanjikan. Walaupun


amalan yang dilaksanakan untuk mendapat keredhaan Allah yang dilakukan di
hadapan orang ramai bukanlah perbuatan riak tetapi, setiap amalan khususnya
bersedekah sebaik-baiknya dilakukan secara tersembunyi supaya tidak akan wujud
kemungkinan perasaan riak dan mereka yang menerima sedekah tersebut juga akan
terselamat daripada hinaan orang lain dan kesusahan (Maulana Muhammad Zakariya.
1999:21)

Islam amat menggalakkan umatnya memberi pertolongan dan bantuan kepada


orang yang susah dan orang yang memerlukan bantuan sama ada dari segi harta
benda, kewangan dan sebagainya.Ia dapat mengelakkan kita daripada mementingkan
diri sendiri sebaliknya mengeratkan persaudaraan dalam Islam. Janganlah pula kita
sedekahkan makanan yang sudah tamat tempoh atau yang sudah basi. Atau menderma
pakaian yang memang sudah tidak boleh dipakai lagi.

Di samping itu, mereka yang bersedekah ini, Allah s.w.t. menjanjikan


kepadanya syurga dan merupakan pendinding daripada api neraka, dan amalan ini
juga dapat menjinakkan hati kita sekali gus membuang sifat kesombongan yang wujud
di dalam diri.Hal ini sebagaimana sabda Nabi s.a.w. bermaksud: Sesiapa yang
sanggup mendinding dirinya daripada api neraka walaupun dengan (bersedekah)
separuh buah kurma, maka hendaklah dia lakukan. (Riwayat Muslim). Dalam sebuah
hadis yang lain daripada Anas, Baginda bersabda bermaksud: Bersedekahlah kamu,
sesungguhnya bersedekah itu melepaskan kamu daripada Jahanam. Sesungguhnya
konsep bersedekah adalah suatu motivasi yang cukup kuat kepada seseorang untuk
menjadikan diri mereka lebih sempurna dan menjadi muslim sejati yang mempunyai
keperibadian unggul serta menjadi contoh ikutan umat yang lainnya .Justeru, menjadi
tanggungjawab kita sebagai seorang manusia dan hamba Allah untuk membantu
mereka yang memerlukan dengan bersedekah.
22

RUJUKAN

Al-Qur’an

Ariffin Omar . 2006. Sedekah : Jaminan Keharmonian Umat Menurut Sunat. Kuala
Lumpur : Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd.

Maulana Muhammad Zakariya Kandhahlawi. 1999. Fadhilat Sedekah. Johor Bahru:


Perniagaan Jahabersa.

Mohammad Nidzam Abdul Kadir. 2006. Soal Jawab Remeh Temeh Tentang Zakat.
Kuala Lumpur: Telaga Biru Sdn.bhd .

Syaikhul Hadits Maulana & Muhammad Zakariyya rah. a. 1419H/1998. Fadhilah


sedekah. Terj. A. Abdurrahman Ahmad. Cirebon: Penerbit Pustaka Nabawi.

Syahrin Jasah. 2008. 40 Amal Penghapus Dosa. Kuala Lumpur: Al-Hidayah


Publishers.

http://amalansedekah.blogspot.com/ [30 September 2010].

http://halaqah.net/v10/index.php?topic=262.0.

http://nurjeehan.hadhituna.com.2008.09.suburkan -sedekah
23

You might also like