You are on page 1of 13

Ahmad Faizal bin Osman Peranan Bahasa Melayu Sebagai Wahana Penyatuan Bangsa Malaysia 690223085015003

Peranan Bahasa Melayu Sebagai Wahana Penyatuan Bangsa Malaysia

Abstrak
Persekutuan Tanah Melayu mencapai kemerdekaan pada 1957 dan semenjak
detik pengisytiharan tersebut Bahasa Melayu telah dinobatkan sebagai bahasa
kebangsaan, bahasa rasmi, bahasa pengantar dan bahasa ilmu. Perlembagaan
Persekutuan telah memperuntukkan kedudukan Bahasa Melayu sebagai bahasa
kebangsaan dan bahasa rasmi sebagaimana yang telah diwartakan dalam Akta Bahasa
Kebangsaan 1967 dan memperkukuhkan kedudukan sebagai bahasa pengantar dalam
institusi pendidikan menerusi Akta Pendidikan 1961 dan Akta Pendidikan 1996. Kamus
Dewan (1970:59) mendefinisikan bahasa rasmi sebagai bahasa pentadbiran, bahasa
perhubungan awam, bahasa pengantar serta bahasa ilmiah di sekolah-sekolah dan
institusi pengajian tinggi. Ainon Mohammad (1984) pula merumuskan bahawa bahasa
rasmi membawa pengertian sebagai peranan bahasa Melayu sebagai saranan
pembinaan negara di dalam semua urusan, terutama urusan pentadbiran negara. Oleh
itu, dapatlah diringkaskan bahawa bahasa rasmi ialah bahasa yang digunakan di dalam
sistem pendidikan negara, urusan perniagaan dan pentabiran dan di dalaam upacara-
upacara rasmi. Bahasa rasmi pula mungkin membawa lebih daripada satu fungsi bagi
sesebuah negara.

Kepentingan dan Peranan Bahasa Melayu

Bahasa Melayu telah digunakan di Kepulauan Melayu bermula kira-kira abad ke tujuh.
Pada  waktu itu terdapat 200 bahasa yang dituturkan di kepulauan tersebut. Penggunaan
bahasa melayu semakin meluas kerana bahasa tersebut mudah dituturkan berbanding dengan
bahasa yang lain. Ciri-ciri keterbukaan yang terdapat dalam bahasa Melayu yang dapat
menerima pengaruh bahasa-bahasa lain menyebabkan bahasa tersebut dapat berkembang dengan
pesat dan serta menjadi bahasa lingua franca dan bahasa ilmu bagi rantau kepulauan Melayu.

Sebagai bahasa rasmi bahasa Melayu ditetapkan menjadi alat komunikasi dalam bidang
pentadbiran negara.  Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan menyatakan bahawa bahasa rasmi
digunakan untuk semua urusan rasmi di peringkat kerajaan persekutuan, kerajaan negeri dan juga
badan berkanun. Contohnya dalam bidang pentadbiran undang-undang, kehakiman dan

1
Ahmad Faizal bin Osman Peranan Bahasa Melayu Sebagai Wahana Penyatuan Bangsa Malaysia 690223085015003

mahkamah telah menggunakan bahasa Melayu. Kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa
mahkamah bertambah baik setelah Seksyen 8 Akta Bahasa Kebangsaan dipinda (Jun 1991).

Antara peranan bahasa Melayu di negara kita ini ialah seperti berikut :-

1) Asas pembinaan negara dan kebudayaan masyarakat 

Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan telah memainkan peranan penting menjadikan


Bahasa Melayu sebagai asas pembinaan negara. Sesungguhnya Perkara 152 ini telah mengiktiraf
dan mengisytiharkan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan serta bahasa rasmi negara.
Perkara ini termaktub dalam Perkara 152 (1). Hal ini disebabkan menjadi satu kepentingan
bahawa negara ini mempunyai masyarakat yang berbilang kaum dan sangat memerlukan satu
bahasa sebagai panduan. Bahasa ini pula boleh difahami oleh setiap kaum. Lagipun peruntukan
ini adalah berdasarkan penduduk asal di Malaysia iaitu orang Melayu yang memonopoli lebih
daripada 50 peratus penduduknya. Oleh yang demikian, dengan termaktubnya Perkara 152
mendapati negara mempunyai asas yang kukuh untuk membina sebuah negara.

2) Lambang jati diri

Bahasa Melayu mempunyai lambang, iaitu sebagai bahasa kebangsaan, bahasa rasmi, dan
bahasa pemersatu. Hasrat ini terungkap dalam dasar bahasa dengan merujuk pada Perkara 152
Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu. Melalui perkara ini, Bahasa Melayu telah dipilih
sebagai lambang jati diri warganegara Malaysia. Hal ini sangat diperlukan kerana setiap negara
mempunyai bahasanya sendiri. Contohnya Negara Jepun dengan hasa Jepunnya, Negara Jerman
dengan Bahasa Jermannya dan Negara Perancis dengan Bahasa Perancisnya. Oleh hal demikian,
Bahasa Melayu memainkan peranan sebagai lambang Negara Malysia di persada dunia. Dengan
hal demikian, bahasa Melayu berperanan sebagai perakuan kejatidirian bangsa Malaysia demi
memenuhi maksud kemajuan mengikut acuan sendiri, seperti yang digariskan dalam Wawasan
2020.

2
Ahmad Faizal bin Osman Peranan Bahasa Melayu Sebagai Wahana Penyatuan Bangsa Malaysia 690223085015003

3) Bahasa perpaduan

Bahasa Melayu juga berperanan sebagai bahasa perpaduan. Perpaduan sangatlah penting
dalam masyarakat yang berbilang bangsa. Tanpa perpaduan negara akan kucar-kacir dan
musnahlah sebuah negara beraulat. Di Malaysia ini, terapat tiga kaum utama iaitu kaum Melayu,
Cina dan India. Kaum Melayu merupakan penduduk asal Malaysia dan mempunyai penduduk
yang melebihi lima puluh peratus daripada keseluruhan warganegara di sini. Oleh sebab itulah
bahasa Melayu telah dipilih berdasarkan kaum majoriti penduduk. Bahasa ini wajib diketahui
oleh setiap kaum kerana bahasa ini menjadi bahasa utama dalam konteks hubungan antara kaum.
Bagi merealisasikan peranan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan agen perpaduan
negara, Penyata Razak dijadikan sebagai asas Ordinan Pelajaran 1957. Menurut penyata itu,
bahasa dan pendidikan dapat digunakan sebagai alat untuk meningkatkan persefahaman
perpaduan kebangsaan anatara penduduk yang berbilang kaum.

4) Bahasa pengantar ilmu pengetahuan

Bahasa Melayu memainkan peranan sebagai bahasa pengantar ilmu pengetahuan. Perkara
ini terkandung dalam Laporan Razak pada tahun 1957 dan tahun 1961 setelah melaksanakan
syor yang dikemukakan oleh Jawatankuasa Penyemak Rahman Talib yang seterusnya
menghasilkan Laporan Rahman Talib. Laporan ini bertujuan untuk memungkinkan bahasa
Melayu digunakan sepenuhnya sebagai bahasa kebangsaan, bahasa itu diberi tempat sebagai
bahasa pengantar ilmu pengetahuan agar dapat berkembang menjadi bahasa yang moden dan
mampu menjadi asas pembinaan negara bangsa yang maju dan berdaulat.

5) Menjadi bahasa yang cemerlang dalam pembinaan negara bangsa Malaysia

Bahasa Melayu berperanan untuk menjadi bahasa yang cemerlang dalam pembinaan
negara bangsa Malaysia. Bahkan semua bahasa di dunia ini mempunyai hak tersebut. Pengguna
bahasa yang mahu melihat bahasa kebangsaan mereka berfungsi dengn cemerlang selaras dengan
perkembangan bangsanya mestilah berusaha menjadikan bahasanya lebih baik dan dihormati
daripada bahasa yang “dipinjam” semata-mata untuk menunjukkkan status penutur, dan

3
Ahmad Faizal bin Osman Peranan Bahasa Melayu Sebagai Wahana Penyatuan Bangsa Malaysia 690223085015003

bukannya untuk menyerlahkan kegemilangan bangsa penutur itu sendir. Oleh hal demikian,
penduduk di negara bangsa Malaysia ini perlulah dengan penuh keyakinan apabila mengunakan
bahasa Melayu untuk memartabatkan bahasa ini di persada antarabangsa.

6) Menampakkan penggunaannya dalam pelbagai perisian dan kesantunan

Bahasa Melayu juga berfungsi sebagai bahasa kebangsaan yang mencerminkan


pengunaannya dalam pelbagai perisiannya dan kesantunanya. Tingkat ilmu dan tingkat
keperisian itu dapat diukur melalui laras bahasanya manakala nilai estetika keluwesan bahasa ini
menjadi pengukur kesantunannya. Bahasa Melayu memiliki peribai yang istimewa selain
terkenal dengan ciri-ciri ketimuran, seperti lemah lembut, beradab, dan berbudi bahasa. Oleh
sebab itu, bangsa Malaysia harus menggunakan bahasa Melayu yang baku dan yang mempunyai
nilai estetika dan nilai kesantunan.

7) Wahana politik dalam menentukan kualiti penggunaan bahasa negara bangsanya

Bahasa Melayu sebgai bahasa kebangsaan berperanan sebgagai wahana politik dalam
menentukan kualiti penggunaan bahasa negara bangsanya. Bahasa yang dapat membina neara
bangsanya seharusnya dapat juga melahirkan pengguna bahasa yang brkualiti, berkuasa dan
berketerampilan. Maka, lebih banyak kumpulan enutur yang berkuasa dalam penggunaan bahasa
Melayu perlu dipupuk. Mereka ialah yang terdiri daripada ahli politik, ahli korporat, golongan
professional, pelajar institusi pengajian tinggi awam dan swasta, pelajar sekolah, dan ali
masyarakat. Kehadiran kumpulan inidapat mengembangkan bahasa itu dengan terancang,
meliputi pelbgai bidang. Contonya, jika ali politik dan ahli profesional mempunyai daya
ungkapan yang tinggi dan bermutu melalui bahasa Melayu, bahsa itu akan dilihat sebagai
berkuasa dalam arenanya.

4
Ahmad Faizal bin Osman Peranan Bahasa Melayu Sebagai Wahana Penyatuan Bangsa Malaysia 690223085015003

8) Menggambarkan bangsa yang berkuasa

Bahasa yang berkuasa menggambarkan bangsa yang berkuasa. Ungkapan “Bahasa Jiwa
Bangsa” menunjukkan bahawa sesuatu bahasa itu dapat maju jika bangsa itu pun maju. Namun
begitu, untuk mengetengahkan bahsa Melayu, bahasa lain tidak perlu ditolak. Dalam era
globalisasi, pengetahuan tantang bahasa lain amat perlu dan tidak merugikan bangsa. Bangsa itu
akan maju dengan mempelajari ilmu pengetahuan daripada bahasa lain, lalu disebarkan ilmu
kepada bangsanya melalui pengetahuan yang sudah dialih ke dalam bahasa Melayu melalui
usaha penerbitan bahan bacaan.

Isu-Isu Bahasa Melayu Sebagai Wadah Penyatuan Bangsa

Cetusan idea Perdana Menteri Malaysia Dato Seri Najib Tun Abdul Razak melalui
Gagasan 1 Malaysia adalah ingin membentuk satu identiti masyarakat Malaysia melalui budaya
dan aspek terpenting untuk membentuk satu budaya ialah melalui satu bahasa dan satu suara.
Sejarah membuktikan bahawa perpaduan amatlah sukar dicapai oleh masyarakat pelbagai bangsa
dan etnik tetapi bukan mustahil. Semasa zaman penjajahan British mengamalkan dasar ‘pecah
dan perintah’ yang mewujudkan jurang ekonomi manakala dasar ‘laissez-faire’ dalam
pendidikan menyebabkan perkongsian pengetahuan dan keseragaman perperiksaan tidak dapat
dicapai.

Sistem persekolahan yang wujud di negara ini, pada dasarnya berpandukan sistem Barat
yang diperkenalkan oleh pentadbiran British mulai abad ke 19, iaitu pada peringkat
permulaannya, di Negeri-negeri Selat. Pada awal tahun itu, pihak British memberi keutamaan
kepada pelajaran Melayu dan Inggeris. Pendidikan Cina dan Tamil dibiarkan berkembang secara
sendirian. Pelajaran Cina telah mewujudkan kesedaran kebangsaaan pemuda –pemuda Cina.
Sekolah Cina bukan hanya menggunakan bahasa Cina sebagai bahasa pengantar, gurunya datang
dari negara China, buku teks diimport dari negara China dan berkiblatkan China. Sekolah Tamil

5
Ahmad Faizal bin Osman Peranan Bahasa Melayu Sebagai Wahana Penyatuan Bangsa Malaysia 690223085015003

pula menggunakan bahasa Tamil sebagai bahasa pengantar yang tunggal. Kebanyakan sekolah
Tamil terletak di kawasan ladang dan sebahagian besarnya dibiayai oleh syarikat-syarikat yang
memiliki ladang-ladang berkenaan. Walau bagaimanapun, keadaan sekolah Tamil tidak pernah
setanding dengan sekolah-sekolah Cina, Melayu atau Inggeris.

Semasa pentadbiran British, sekolah-sekolah di Tanah Melayu dipecahkan kepada empat


aliran , iaitu Sekolah Inggeris, Sekolah Melayu, Sekolah Cina dan sekolah Tamil. Setiap sekolah
mempunyai bahasa penghantarnya sendiri dan kurikulum yang berbeza di antara satu sama lain.
Namun menjelang kemerdekaan, timbul kesedaran untuk mewujudkan satu sistem persekolahan.
Beberapa jawatankuasa telah ditubuhkan untuk mengkaji sistem persekolahan pada masa itu dan
menghasilkan laporan-laporan berikut:

1. Laporan Barnes (1951) – menyemak dan memperbaiki keadaan pendidikan kaum


Melayu;
2. Laporan Fenn-Wu (1951) – menyemak pendidikan kaum Cina;
3. Ordinan Pelajaran (1952) – mengesyorkan sekolah kebangsaan sebagai corak sistem
persekolahan kebangsaan; dan
4. Laporan Razak (1956) – meletakkan asas bagi perkembangan sistem pendidikan untuk
memupuk perpaduan melalui Sistem Pelajaran Kebangsaan untuk semua, Bahasa Melayu
sebagai bahasa pengantar utama serta kurikulum kebangsaan, sukatan pelajaran dan sistem
peperiksaan yang sama bagi semua sekolah.

Sebaik mencapai kemerdekaan, usaha ditumpukan untuk mewujudkan satu sistem


pelajaran kebangsaan. Sehubungan itu, Ordinan Pelajaran 1957 digubal berdasarkan perakuan
Laporan Razak (1956) yang mengutamakan perpaduan dan menjadi teras Dasar Pendidikan
Kebangsaan. Perakuan Laporan Razak dikaji semula oleh Jawatankuasa Rahman Talib pada
tahun 1960. Laporan jawatankuasa ini menjadi asas kepada penggubalan Akta Pelajaran 1961
yang menggariskan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama pada semua peringkat
pendidikan serta penggunaan kurikulum dan peperiksaan yang sama untuk semua pelajar.

6
Ahmad Faizal bin Osman Peranan Bahasa Melayu Sebagai Wahana Penyatuan Bangsa Malaysia 690223085015003

Persoalan besar yang dihadapi para pemimpin dan pendidik selepas merdeka ialah
mencari formula untuk melahirkan satu masyarakat Malaysia yang bersatupadu, yakni
masyarakat majmuk yang mempunyai keazaman, kesanggupan dan kesediaan untuk hidup
bersama dengan rukun dan damai serta mempunyai kesedaran, keperibadian dan nilai-nilai
sebagai rakyat Malaysia. Bahasa digunakan untuk membangkitkan kesedaran bahawa bahasa
penting sebagai pembentuk kesatuan politik yang disebut `negara' atau negara bangsa. Satu cara
yang penting untuk mewujudkan perpaduan di dalam sesebuah negara ialah menerusi
pendidikan. Dalam konteks Malaysia, hakikat bahawa pendidikan merupakan faktor unggul
dalam membina kerakyatan yang tunggal telah lama disedari.

Cara paling penting untuk menyatupadukan masyarakat berbilang kaum di Malaysia ialah
melalui penggunaan bahasa kebangsaan. Penggunaan satu bahasa perhubungan dan
persefahaman di antara satu kaum dengan yang lain dapat diwujudkan tanpa menimbulkan rasa
curiga. Langkah ini mempercepatkan lagi perpaduan dan rasa hormoni antara kaum di negara ini.
Bahasa Melayu boleh berfungsi sebagai bahasa perpaduan merupakan senjata paling
ampuh dalam menyatukan bangsa di Malaysia. Perpaduan atau solidariti dapat ditafsirkan
sebagai satu proses yang menyatupadukan rakyat dan seluruh masyarakat dan negara supaya
setiap anggota masyarakat dapat membentuk satu identiti dan nilai bersama serta perasaan cinta
dan bangga akan tanah air. Kamus Dewan (1994) mendefinisikan perpaduan sebagai
penggabungan, pelaburan penyesuaian, kecocokan dan perihal berpadu iaitu bergabung menjadi
satu, sepakat dan sebagainya. Oleh itu, dapatlah diertikan bahawa bahasa Melayu sebagai bahasa
perpaduan ialah bahasa yang menjadi lambang penyatuan suara yang digunakan sebagai alat
perhubungan di dalam lingkungan satu kelompok manusia yang berfungsi sebagai alat
menyatupadukan rakyat yang berbilang kaum dalam sesebuah negara.

Penyata Razak telah digazetkan dan diluluskan menjadi Ordinan Pelajaran pada tahun
1957. Ordinan ini mewajibkan semua jenis sekolah menggunakan sukatan pelajaran yang sama
manakala Bahasa Melayu pula digunakan sebagai bahasa pengantar di semua sekolah, khusus
untuk membantu perpaduan kebangsaan dan menjadi wahana berkesan untuk komunikasi
pelbagai kumpulan etnik dan masyarakat pelbagai dialek atau bahasa.

7
Ahmad Faizal bin Osman Peranan Bahasa Melayu Sebagai Wahana Penyatuan Bangsa Malaysia 690223085015003

Penyatuan bangsa di Malaysia sudah pastinya dapat diwujudkan melalui pembentukan


jati diri bangsa Malaysia yang menggunakan bahasa komunikasi yang mudah difahami.
Penyatuan rakyat melalui bahasa Melayu sebagai bahasa perpaduan boleh diwujudkan melalui
penerapan nilai-nilai murni seperti yang tercatat dalam matlamat pendidikan kebangsaan, iaitu
pembentukan masyarakat yang bersatu padu.

Fungsi bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu mampu menyemarakkan lagi semangat
perpaduan bangsa Malaysia dengan membawa dimensi baharu dalam arena kebahasaan. Menurut
Havranek, di dalam Garvin (1984), sesuatu bahasa yang mencapai taraf sebagai bahasa ilmu
perlu mempunyai dua ciri penting iaitu keintelektualan dan kesempurnaan bahasa. Melalui
keintelektualan, bahasa tersebut mestilah mempunyai keupayaan menyampaikan hujah dan buah
fikiran yang berkesan dan tepat yakni ampu menyampaikan kesinambungan dan kerumitan
fikiran tanpa melalui pelbagai rintangan. Kesempurnaan bahasa pula bermaksud satu bahasa
yang akan berfungsi sebagai bahasa ilmiah harus mempunyai sistem dan peraturan bahasa yang
lengkap yakni mempunyai sifat-sifat kestabilan, kelenturan, kepelbagaian, keberkesanan dan
keindahan.

Nik Safiah Karim (1984) pernah mengatakan bahawa pencapaian taraf keintelektualan
bahasa Melayu akan menjadi lebih nyata apabila bahasa Melayu digunakan sebagai bahasa
ilmiah. Namun, dengan pengecualian ini, wujudlah idea pembelajaran ilmu sains dan metametik
dalam bahasa Inggeris sebagai syarat kononnya bagi mempersiapkan generasi pelapis negara
dengan ilmu kemajuan; menerusi bahasa yang dipanggil ‘bahasa kemajuan’. Ini jelas
menunjukkan bahasa Melayu mampu mengorak langkah dalam meneroka perlbagai bidang ilmu.

Bahasa Melayu bukan sahaja mampu menyampaikan pelbagai ilmu malahan ia juga
memikul tanggungjawab yang besar sebagai bahasa persatuan dan kesatuan kaum di Malaysia.
Perkara ini telah dibuktikan sejak sekian lama kerana melalui perpaduan yang kukuh dan
persefahaman kaum yang kuat dalam kalangan masyarakat, suasana politik dan sosial juga turut
stabil sekali gus merancakkan lagi sektor ekonomi negara. Secara ringkasnya, inilah berkat hasil
bahasa Melayu yang dijadikan bahasa pengantar utama dalam sistem pendidikan negara ini sejak
awal tahun 70-an.

8
Ahmad Faizal bin Osman Peranan Bahasa Melayu Sebagai Wahana Penyatuan Bangsa Malaysia 690223085015003

Bahasa Melayu memudahkan penguasaan ilmu dalam kalangan rakyat Malaysia. Selaras
dengan konsep rakyat didahulukan, perpaduan akan dikecapi. Nikmat daripada kesejahteraan
rakyat maka dapatlah kita merealisasikan pencapaian melalui ilmu pengetahuan. Bahasa Melayu
telah memperkasa anak watan dalam pelbagai bidang khususnya bidang pendidikan, sains dan
teknologi, ekonomi sekali gus dapat melahirkan golongan kelas menengah yang menjadi sinergi
dan sumber manusia yang terus menjadi pemangkin pembangunan bangsa dan negara.

Bahasa Melayu yang dahulunya hanya berperanan sebagai ‘lingua-franca’ dan juga
‘bahasa kedua’ akhirnya menjadi bahasa pengantar yang dapat mengungkapkan pelbagai genre
dan domain ilmu. Oleh hal yang demikian,bagi memastikan semangat dan kecintaan terhadap
kepentingan dan kemampuan bahasa Melayu memainkan peranannya sebagai bahasa ilmu dan
wahana merealisasikan penyatuan bangsa di Malaysia, usaha promosi harus dipergiat dari
semasa ke semasa.
Bahasa Melayu yang mampu menjadi teras perpaduan bangsa Malaysia ialah Bahasa
Melayu yang digunakan secara bersama dan meluas. Bahasa melayu bukan sahaja berfungsi
sebagai bahasa basahan,namun bahasa rasmi dan tidak rasmi. Bahasa ini bukan sahaja dijadikan
bahasa perantaraan di sekolah-sekolah dan universiti tetapi penggunaannya menjangkau ke
peringkat antarabangsa. Buktinya Dato Seri Mohd Najib telah bertutur dalam Bahasa Melayu
sepenuhnya di sebuah Universiti di China semasa lawatan beliau ke sana baru-baru ini.

Ini bererti Bahasa Melayu yang dimaksudkan ialah bahasa Melayu yang standard dan
mengikut struktur bahasa Melayu baku dan mempunyai sistem yang sama untuk semua.
Slanga atau loghat mungkin sesuai untuk orang Melayu di negeri-negeri tertentu, tetapi apabila
bertutur dengan bangsa Melayu dari kawasan atau negeri yang lain dan dengan orang bukan
Melayu, Bahasa Melayu yang standard wajar digunakan. Inilah bahasa yang diajar dan
digunakan di sekolah, dalam buku teks, buku-buku dan majalah serta dalam dokumen rasmi yang
lain.

Selain itu, Bahasa Melayu sebagai alat perpaduan utama mempunyai masa depan yang
cerah kerana Bahasa Melayu bersikap terbuka kepada bahasa lain. Kita sedar sesuatu bahasa
yang terlalu rigid, terpencil dan statik tidak akan mampu mengadaptasikan dirinya dengan

9
Ahmad Faizal bin Osman Peranan Bahasa Melayu Sebagai Wahana Penyatuan Bangsa Malaysia 690223085015003

perubahan.

Dunia semakin berkembang, masyakaratnya semakin maju dan berpengetahuan, maka


begitulah juga halnya dengan bahasa Melayu Sejak dahulu Bahasa Melayu dilihat mempunyai
tahap keterbukaan dan toleransi yang begitu tinggi,kepada kemasukan isitilah-istilah baru dan
kata asing. Dinamika bahasa ini amat diperlukan untuk memastikan Bahasa Melayu tidak
terkubur seperti bahasa Sanskrit dan beberapa bahasa purba yang lain.

Sayugia diingat dalam keghairahan kita hendak mempertahankan Bahasa Melayu jangan
sampai bahasa ini menerima nasib yang sama seperti bahasa Sanskrit yang akhirnya pupus
kerana gagal untuk menyesuaikan dirinya dengan perubahan semasa dan persekitaran.
Menyedari hakikat itu DBP telah memainkan peranan yang begitu aktif untuk membentuk dan
menyelaraskan istilah-istilah baru dalam pelbagai bidang pengetahuan seperti sains dan
teknologi, undang-undang, pendidikan, perbankan, komputer dan internet.
Kedudukan Bahasa Melayu sebagai teras perpaduan bangsa Malaysia diperkukuh apabila
kehadirannya tidak pernah disangsikan oleh kaum-kaum lain. Sebabnya Bahasa Melayu tidak
dianggap sebagai ancaman kepada mana-mana pihak dan kehadirannya tidak akan menyebabkan
bahasa ibunda kaum masing-masing akan menerima nasib malang.

Rahsia Bahasa Melayu tetap diyakini sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa perpaduan
hingga kini ialah kerana jaminan yang diberikan dalam perlembagaan Malaysia yang telah
menyebutkan bahawa bahasa-bahasa lain masih boleh digunakan. Keadaan ini menjadikan
Bahasa Melayu akan terus dihormati dan tidak akan disaingi oleh bahasa-bahasa lain.

Gerakan Cintailah Bahasa Kita yang dilancarkan pada 11 Disember 1987 membuktikan
betapa seriusnya pihak kerajaan dalam mengangkat martabat bahasa ini sebagai bahasa
komunikasi utama pelbagai kaum. Sejak itu banyak kegiatan kebahasaan turut melibatkan
pelbagai kaum.Buktinya yang jelas ialah dengan adanya pertandingan Syarahan dan Ujian
Bertulis (PBSUB) bagi SRJKC dan SRJKT dan pidato bahasa Melayu antarabangsa. Ini
membuktikan bahasa Melayu menjadi bahasa yang boleh dipelajari dan dituturkan oleh sesiapa
sahaja. Pemilihan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsan dan bahasa perpaduan melonjakkan

10
Ahmad Faizal bin Osman Peranan Bahasa Melayu Sebagai Wahana Penyatuan Bangsa Malaysia 690223085015003

bahasa ini sebagai satu identiti bagi masyarakat majmuk sehingga mampu menjadi model
perpaduan bangsa di dunia.

Berdasarkan statusnya sebagai bahasa kebangsaan, fungsi bahasa Melayu sebagai bahasa
komunikasi tidak perlu dipersoalkan lagi apabila rata-rata anak-anak berinteraksi dengan rakan
sebaya di sekolah, majikan dan pekerja berkomunikasi di pejabat bahkan urusan jual beli di pasar
raya juga kita sering mendengar bahasa Melayu diujarkan. Namun begitu terdapat beberapa
ancaman terhadap bahasa Melayu ini walaupun ia mampu menjadi wahana penyatuan bangsa.

Perubahan dunia semakin pantas dan kemajuan dunia semakin cepat. Persekitaran lokal
tiba-tiba sahaja bertukar kepada glokal dan akhirnya menuju global. Bumi yang dulunya terpecah
kepada begitu banyak kampung yang tak berhubung, kini menjadi sebuah kampung besar tanpa
sempadan menerusi lingkungan jaringan komunikasi elektronik yang menjangkau keseluruh
pelesuk rantau. Darihal ini turut mengancam kemurnian dan keaslian Bahasa Melayu apablia
turut menerima cabaran daripada golongan remaja hari ini lebih berminat menggunakan istilah
dan gaya bahasa sendiri yang dikatakan lebih pantas dan ringkas. Ini terbukti apabila munculnya
teknologi komunikasi terkini seperti sistem pesanan ringkas, mms, mel elektronik dan chating.
perkataan yang panjang telah diringkaskan dan banyak istilah-istilah baru tercipta. Surat yang
dianggap ketinggalan dan lambat telah digantikan dengan mel elketronik, menelefon telah
digantikan dengan SMS dan MMS. Ini satu perkembangan yang menakjubkan sekali gus
menunjukkan bahasa Melayu sentiasa berupaya menyesuaikan dirinya dengan keperluan semasa.
Minat anak muda daripada pelbagai bangsa menggunakan bahasa ini menjadikan bahasa Melayu
akan terus berkembang sebagai alat perpaduan utama. Cuma terpulanglah kepada Kementerian
pelajaran dan DBP untuk menyelaraskan semua ini.

Dalam konteks perpaduan Malaysia, interaksi amat penting bagi menentukan supaya
hubungan antara masyarakat pelbagai ras dan etnik dapat terus berlangsung atau dipertahankan.
Oleh itu, perlu pengetahuan luas berkenaan bahasa, loghat, jargon, slanga, gurauan, cerita rakyat,
budaya setempat dan sebagainya. Pokoknya, kita mesti tahu pelbagai perkara tentang bahasa.
Fungsi peribadi pula ialah fungsi bahasa memberi kesempatan kepada manusia untuk
menyatakan perasaan, emosi, peribadi serta reaksinya.

11
Ahmad Faizal bin Osman Peranan Bahasa Melayu Sebagai Wahana Penyatuan Bangsa Malaysia 690223085015003

Malaysia memang sudah berjaya melaksanakan semua perakuan bermula dengan


Penyata Razak (1956) mengenai pendidikan bahasa, dengan mengambilkira perakuan-perakuan
dalam hal yang sama dalam laporan-laporan seterusnya seperti laporan Barnes, Feng Wu dan
Rahman Talib. Selain itu melalui dasar bahasa kebangsaan dan pendidikan yang dibentangkan
oleh kerajaan untuk memantapkan bahasa Melayu sebagai wahana perpaduan bangsa. Namun
begitu banyak kesulitan dan juga hal-hal sensitif yang perlu diselesaikan, dan ini telah dapat
diatasi melalui sikap dan tindakan kerajaan yang bertanggungjawab dan sentiasa mengambilkira
kesensitifan setiap kaum.  Pada satu pihak kepelbagaian bahasa di sekolah hendaklah
dikurangkan untuk meningkatkan perpaduan rakyat. Pada pihak yang lain segala tuntutan setiap
kaum etnik yang bertentangan juga hendaklah diatasi dengan saksama dan bijaksana supaya
tidak mengorbankan tujuan untuk menyatukan kaum di negara kita.

Penutup

Kesimpulannya, Gagasan 1 Malaysia yang dicetuskan oleh Perdana Menteri adalah


selangkah di hadapan kita. Perbezaan bahasa bukan lagi penghalang ke arah usaha murni
kerajaan ini kerana kita adalah satu bangsa, satu bahasa dalam Gagasan 1 Malaysia. Manakala
penggunaan bahasa Melayu sebagai alat penyatuan bangsa haruslah dilihat dengan lebih telus
memandangkan akar penyatuan bangsa hendaklah diasaskan pada kedudukan bangsa Melayu
yang menjadi asas budaya di Malaysia. Oleh yang demikian memartabatkan bahasa melayu
adalah satu tanggungjawab yang tidak boleh dipandang enteng oleh mana-mana pihak.
Kemajuan dari segi budaya, komunikasi dan pendidikan membuatkan kedudukan bahasa melayu
semakin tercabar dan terhimpit. Untuk mengeluarkan bahasa Melayu dari kesempitan ini maka
rakyat dan pemimpin memain peranan yang penting untuk melaksanakan peraturan dan undang-
undang untuk memastikan bahasa Melayu terus berkembang sebagai bahasa perpaduan. Perlu
diperhalusi, bahasa Melayu telah menjalankan fungsinya sebagai bahasa perpaduan dengan amat
baik dan berkesan sehingga dapat mewujudkan persefahaman di kalangan penduduk pelbagai
etnik di negara ini. Faktor ini tidak harus dilupakan kerana dengan adanya perpaduan inilah,
maka negara dapat dibangunkan dan dimajukan seperti yang ada sekarang ini.

12
Ahmad Faizal bin Osman Peranan Bahasa Melayu Sebagai Wahana Penyatuan Bangsa Malaysia 690223085015003

Rujukan
Abdullah Sani Yahaya (2003). Perkembangan Pendidikan di Malaysia. Bentong, Pahang: PTS
Pub & Distributor Sdn. Bhd.

Fadzilah bt Abdullah (1996). Dasar Pendidikan Kebangsaan. Kuala Lumpur: As Noordeen.

Laporan Jawatankuasa Kabinet (1984). Mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran. Kuala Lumpur:


Kementerian Pelajaran Malaysia.

Sufean Hussin (2002). Dasar Pembangunan Pendidikan Malaysia. Teori dan Analisis. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Sheela Abraham (1993). Sejarah Perkembangan Negara. Kuala Lumpur: Penerbit Fajar Bakti
Sdn. Bhd.

Tajul Ariffin Bin Nordin (1993). Perspektif Falsafah dan Pendidikan di Malaysia. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Tengku Anuar (1990). Pengetahuan Kenegaraan Malaysia. Kuala Lumpur: Nurin Enterprise.

13

You might also like