You are on page 1of 10

Konsep Universal dalam Islam dan

Aplikasi dalam kehidupan manusia


Universal jika didefinasikan bermaksud boleh diguna pakai merentasi masa dan waktu.
Merujuk kepada kamus inggeris Oxford, Universal membawa maksud involving or done by all
people or things in the world or in a particular group dan True or applicable in all cases. Maksud
pertama ialah islam ini boleh dipraktikkan oleh semua orang di dalam dunia ini dan yang kedua
bermaksud islam ini benar dan boleh di adaptasi dalam semua aspek dari cara beribadah
sehingga cara qada hajat.

Firman Allah :
Katakanlah ( Wahai Muhammad): “ Wahai sekalian manusia ! Sesungguhnya aku adalah pesuruh
Allah kepada kamu (Diutus oleh Allah) Yang Menguasai langit dan bumi; tiada tuhan ( yang
berhak disembah) melainkan Dia; yang menghidupkan dan mematikan. Oleh itu, berimanlah
kamu kepada Allah dan RasulNya, Nabi yang ummi yang beriman kepada Allah dal kalimah-
kalimahNya (Kitab-kitabNya); dan ikutilah Dia, supaya kamu beroleh hidayah petunjuk”.
(al-A’raf : 158)

Konsep Islam universal boleh dipecahkan kepada lima aspek utama, iaitu :

i. Islam sebagai agama yang melengkapi fitrah manusia


ii. Perpaduan manusia sejagat
iii. Penerimaan kepada agama yang pelbagai
iv. Penilaian individu
v. Keadilan Universal

Aplikasi dalam kehidupan manusia dan masyarakat pula boleh dilihat pada zaman
pemerintahan Nabi, Khalifah, Ummayah dan Uthmaniah. Konsep-konsep universal dalam islam
banyak di tonjolkan dari segi sistem politik, sosial, pemerintahan dan lain-lain aspek.

1 Konsep Universal dalam Islam dan Aplikasi dalam kehidupan manusia | HAKIM & KHAIRUSY
Islam sebagai agama yang melengkapi fitrah
manusia
Pada zaman sekarang kita dapat lihat agama islam masih lagi diamalkan oleh segenap
manusia merentasi benua dan sempadan. Agama islam tidak mengalami sebarang perubahan
berbanding dengan agama-agama lain yang berubah mengikut perubahan masa dan tempat.
Agama islam juga merupakan agama yang lengkap dan syumul. Islam memenuhi segala
kepentingan manusia dan mengatur hubungan manusia dengan Allah, hubungan manusia
sesama manusia dan hubungan dengan alam sekeliling. Konsep ini selari dengan aspek
Universal dalam Islam yang pertama iaitu Islam sebagai agama fitrah.

Fitrah manusia bermaksud blank for meanings. Islam adalah satu-satunya agama yang
diterima oleh Allah. Firman Allah s.w.t di dalam Al Quran surah Ali Imran, ayat 19 :
"Sesungguhnya agama yang diterima disisi Allah ialah Islam "

Islam adalah agama yang terbaik dan yang paling sempurna untuk sekalian umat manusia. Ini
adalah kerana Islam itu datangnya dari Allah.Sebaliknya agama-agama lain adalah dari buatan
manusia sendiri. Kerana Islam datang dari Maha Pencipta, Islam adalah satu agama yang syumul
dan sesuai dengan fitrah semulajadi manusia. Sedangkan agama lain banyak kekurangan dan
kelamahan serta banyak mengekang dengan kemahuan fitrah semulajadi manusia.

Firman Allah berkenaan agama-agama yang lain.

"Wahai ahli kitab, janganlah kamu melampaui batas dalam agamamu. Dan janganlah
kamu menyatakan terhadap Allah kecuali yang benar. Sesungguhnya Al Masih, Isa putera
Maryam itu adalah utusan Allah dan (terjadi dengan) kalimat-Nya yang disampaikan melalui
Maryam, dan dengan (tiupan roh) daripadaNya. Maka berimanlah kamu kepada Allah dan rasul-
rasulnya dan janganlah kamu mengatakan " Tuhan itu tiga". Berhentilah (daripada ucapan itu). Itu
adalah lebih baik bagimu. Sesungguhnya Allah ialah tuhan yang esa, Maha suci Allah daripada
mempunyai anak, segala yang di langit dan di bumi adalah kepunyaan Allah. Cukuplah Allah
menjadi pemelihara."
(An Nisa': 171)

2 Konsep Universal dalam Islam dan Aplikasi dalam kehidupan manusia | HAKIM & KHAIRUSY
"Orang-orang Yahudi dan Nasrani mengatakan " Kami adalah anak-anak Allah dan
kekasihnya" Katakanlah " Mengapa Allah menyeksa kamu kerana dosa-dosamu ? (Kamu
bukanlah anak-anak Allah dan kekasihnya) tetapi kamu adalah manusia biasa antara orang-orang
yang diciptakanNya. Dia mengampuni bagi sesiapa yang dikehendakinya dan menyeksa sesiapa
yang dikehendakinya. Dan kepunyaan Allahlah kerajaan antara keduanya. Dan kepada Allahlah
kembali segala sesuatu."
(Al Maidah: 18)

"Orang-orang Yahudi berkata : "Uzair itu anak Allah" dan orang Nasrani berkata : "Al
Masih itu adalah anak Allah". Demikian itulah ucapan mereka dengan mulut mereka, mereka
meniru perkataan orang-orang kafir yang terdahulu. Dilaknati Allahlah mereka, bagaimana
mereka sampai berpaling ."
(At Taubah: 30)

Ayat-ayat diatas menunjukkan bahawa Allah menolak agama-agama yang lain. Agama-
agama yang lain tidak sesuai dengan tujuan asal manusia dicipta. Secara logiknya kita boleh
melihat sendiri bagaimana agama-agama lain mengekang fitrah manusia.

Sebagai contoh, Kristian mengatakan bahawa Tuhan itu adalah tiga, iaitu Mother of God,
Son of God dan the carnal soul. Sepatutnya Tuhan hanya satu dan Esa, supaya pentadbiran
kerajaan di langit dan di bumi ini berjalan dengan satu arahan dan menuju kepada satu tujuan.
Jikalau terdapat lebih daripada tuhan, maka binasalah bumi ini.

Selain itu, paderi-paderi Kristian tidak dibenarkan sama sekali untuk berkahwin. Ini
mengekang fitrah manusia untuk berkahwin dan berumah tangga. Oleh itu mana- mana manusia
yang menghalang fitrah semula jadi mereka , maka hidup mereka akan terseksa dan menderita.
Kerana itu sering kerdengaran kes-kes paderi yang kononnya tidak boleh berkahwin, terlibat
dengan kes zina dan rogol. Itulah bukti bahawa agama yang mereka anuti tidak mengisi tuntutan
fitrah manusia. Lalu mereka membelakangkan agama dan menunaikan tuntutan fitrah secara
berahsia kerana takut malu.

3 Konsep Universal dalam Islam dan Aplikasi dalam kehidupan manusia | HAKIM & KHAIRUSY
Agama Buddha juga menghalang fitrah semula jadi manusia kerana sesiapa yang serius
di dalam agama itu mesti menjadi peminta sedekah kepada masyarakat. Mereka perlu berjalan-
jalan tanpa sebarang alas kaki dan meminta sedekah kepada yang ingin memberi . Imej sebagai
seorang pengemis adalah sangat hina di dalam masyarakat. Agama Buddha juga tidak
membenarkan sami-saminya berkahwin. Ini bertentangan dengan kemahuan semulajadi manusia.

Selain itu,Agama Hindu juga sama dengan agama-agama lain, tidak ada syariat atau
peraturan yang tertentu yang dapat menjamin kemurnian hidup manusia. Ertinya agama ini tidak
dapat memberikan garis panduan yang jelas dan tepat untuk membolehkan seseorang itu
mengatur hidup sebagai seorang penganut Hindu. Agamanya hanya mengutamakan dalam hal-
hal ibadah dan upacara-upacara keagamaan mereka. Agama hindu banyak mengambil kaedah
hidup agama lain untuk diikuti.

Agama Islam merupakan agama yang melengkapi dan mengawal fitrah semulajadi
manusia. Agama islam ialah a way of life yang dapat membimbing fitrah manusia kearah yang
baik. Kegagalan untuk mengawal fitrah semulajadi manusia menyumbang kepada perkara yang
buruk. Sebagai contoh sekiranya gagal untuk menahan nafsu makan, kita boleh dapat penyakit
seperti obesiti dan seterusnya menghadapi penyakit darah tinggi, kencing manis dan sebagainya.
Islam sudah menetapkan etika-etika pemakanan yang betul bagi mengelakkan penyakit.

Firmah Allah dalam Al Quran Menunjukkan Agama Islam melengkapi fitrah manusia.

Firman Allah di dalam Al Quran: "Maka hadapkanlah wajahmu dengan lurus kepada
agama (Allah), (Tetaplah di atas) fitrah Allah yang telah menciptakan manusia menurut fitrah itu.
Tidak ada perubahan pada fitrah Allah. (Itulah) agama yang lurus, tetapi kebanyakan manusia
tidak mengetahui."
(Ar Rum: 30)

Terdapat pelbagai bukti yang menunjukkan Islam sesuai dengan fitrah manusia, antaranya
ialah Fitrah manusia akan menghambakan diri kepada tuannya yang menolong, melindung dan
mengambil berat tentang dirinya. Atau dengan kata lain manusia rela untuk mengabdikan dirinya
kepada sesiapa yang dicintainya. Kalau kecintaannya kepada perempuan, maka jadi hambalah ia
kepada perempuan itu. Kalau cintanya kepada kereta, maka jadi hambalah kepada kereta itu.
Kalaulah kecintaannya kepada nafsu yakni menurut kata nafsu, maka jadilah dia hamba nafsu.
Tetapi yang anehnya manusia sangat marah apabila digelar hamba perempuan, hamba kereta
atau hamba nafsu. Fitrah menolak walaupun sikap mereka memang begitu Ini adalah kerana
fitrah manusia itu ingin menjadi hamba Allah. Sebaliknya jika kita memangil seseorang sebagai

4 Konsep Universal dalam Islam dan Aplikasi dalam kehidupan manusia | HAKIM & KHAIRUSY
hamba Allah nescaya mereka akan menerima dengan senang hati. Hal ini adalah kerana fitrah
manusia itu memang Allah jadikan untuk menyembahNya.

Selain itu, manusia juga mempunyai keinginan semulajadi untuk menambah ilmu, manusia
ingin menambah pengalaman dan ingin menjadi pandai. Islam mengalakkan dan mengajar
bagaimana untuk mengisi fitrah itu sebaik-baiknya. Seperti firman Allah di bawah

"Berjalanlah kamu di atas muka bumi, kemudian lihatlah bagaimana kesudahan orang
yang mendustakan itu."
(Al An'am: 11)

Secara kesimpulan , islam adalah indah dan sempurna. Setiap aspek di dalam kehidupan
diliputi dan diberi jalan penyelesaian. Hanya satu agama yang mempunyai sistem kehidupan yang
sebenar dan sebaik-baik untuk diikuti. Apabila seseoarang itu telah melengkapi tauhid mereka
kepada Allah dan menunaikan segala fitrahnya menurut yang Allah aturkan, mereka akan bahagia
di dunia dan di akhirat.

5 Konsep Universal dalam Islam dan Aplikasi dalam kehidupan manusia | HAKIM & KHAIRUSY
Perpaduan manusia sejagat

Dalam Khutbah Terakhir Nabi Muhammad S.A.W : “Semua manusia datang daripada
Adam dan Hawa, seorang Arab tidak mempunyai kelebihan daripada orang bukan arab dan
sebegitu juga sebaliknya; also a white has no superiority over a black, nor a black has any
superiority over white except by piety and good action. Know that every Muslim is the brother of
another Muslim, and that Muslims constitute one brotherhood.”

Manusia itu adalah umat yang satu (setelah timbul perselisihan), maka Allah mengutus
para nabi, sebagai pemberi peringatan, dan Allah menurunkan bersama mereka Kitab yang
benar, untuk memberi keputusan di antara manusia tentang perkara yang mereka perselisihkan.
Tidaklah berselisih tentang Kitab itu melainkan orang yang telah didatangkan kepada mereka
Kitab, yaitu setelah datang kepada mereka keterangan-keterangan yang nyata, karena dengki
antara mereka sendiri. Maka Allah memberi petunjuk orang-orang yang beriman kepada
kebenaran tentang hal yang mereka perselisihkann itu dengan kehendak-Nya. Dan Allah selalu
memberi petunjuk orang yang dikehendaki-Nya kepada jalan yang lurus.
(Surah Al Baqarah : Ayat 213)

Mengikut daripada ayat di atas, jelaslah bahawa manusia adalah pada asalnya adalah
daripada satu kaum yang sama. Lama- kelamaan manusia berpecah kerana terdapatnya
perbezaan dalam kepercayaan agama. Perbezaan selain daripada perbezaan agama adalah
tidak sebesar mana. Perpaduan memainkan peranan yang penting dalam pendidikan dan asuhan
kepada manusia. Untuk mencapai perpaduan, ianya memerlukan istiqamah dalam persepsi dan
perlakuan manusia kepada yang baik. Selain itu, perpaduan juga memerlukan istiqamah diantara
manusia dengan Allah dan manusia sesama manusia. Jika perpaduan dapat dicapai hubungan
silatulrahim yang erat diantara umat manusia akan terbentuk.

Kesungguhan seseorang individu untuk memenuhi kehendak yang tidak penting telah
menukarkan hidup mereka menjadi sia-sia. Iaitu, manusia tersebut telah menjadi hamba kepada
kehendak mereka. Kebendaan menjadi identiti mereka, kekayaan menjadi kaumnya, kasta sosial
menjadi warna kulitnya dan kecintaan kepada duit menjadi kepercayaannya. Secara
kesimpulannya , materialitik telah menjadi kepercayaan kepada seseoarang manusia.

6 Konsep Universal dalam Islam dan Aplikasi dalam kehidupan manusia | HAKIM & KHAIRUSY
Kasta sosial atau pangkat yang dibina daripada materialistik telah menjadi sangat popular
dan lama-lama kelamaan akan menghakis sikap-sikap positif dan moral seoarang manusia.
Individu yang materialistik ini akan melupakan nilai-nilai keluarga. Kebangaan mereka dalam
kekayaan merekan telah membuatkan mereka sombong sehingga mereka merasakan tidak perlu
kawan yang dan kerapa bertukar kawan yang memberi kelebihan kepada mereka.

7 Konsep Universal dalam Islam dan Aplikasi dalam kehidupan manusia | HAKIM & KHAIRUSY
Penerimaan kepada agama yang pelbagai

Islam sebenarnya tidak memaksa manusia untuk menerima agama islam. Islam
menginginkan keikhlasan dari hati hati manusia itu sendiri untuk menerima islam. Manusia bebas
untuk menganuti agama lain yang direka oleh manusia sendiri. Firman Allah S.W.T :

“Tidak ada paksaan dalam agama (islam) kerana sesungguhnya telah nyata kebenaran
(islam) dari kesesatan (kufur). Oleh itu, sesiapa yang tidak percayakan taghut dan ia pula beriman
kepada Allah, maka sesungguhnya ia telah berpegang kepada simpulan (tali agama) yang teguh
yang tidak akan putus. Dan (ingatlah) Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.”
(Surah Al Baqarah : Ayat 256)

Jika seseorang itu menerima islam secara paksaan maka ia adalah perkara yang sia-sia.
Islam sebenarnya bergantung kepada tahap keimanan manusia itu untuk menerima islam. Allah
telah mengutuskan para nabi dan rasul kepada manusia untuk membawa manusia kepada jalan
yang benar. Tetapi kerana sikap manusia yang bongkak menyebabkan mereka menolak
kebenaran yang dibawa oleh para nabi dan rasul.

Walaupun islam memberi kebebasan kepada manusia untuk menganuti agama rekaan
mereka sendiri, tetapi mereka akan menerima balasan, iaitu seksaan yang amat pedih, di akhirat
disebabkan oleh kekufuran mereka kepada Allah S.W.T. Sesungguhnya Allah S.W.T. sentiasa
memberi petunjuk kepada manusia, tetapi malangnya manusia tidak mengendahkannya.

Sebagai manusia yang mempunyai akal fikiran yang waras, mereka sepatutnya boleh
menilai diantara kebenaran dan kebatilan. Disebabkan oleh kesombongan manusia, mereka
menolak kebenaran. Mereka melakukan kekufuran kepada Allah S.W.T. tanpa merasa bersalah.
Jadi mereka sememangnya patut mendapat azab seksaan yang pedih dari Allah S.W.T. kerana
sikap bongkak mereka.

Tiada paksaan di dalam islam kerana islam bergantung kepada tahap keimanan
seseorang individu, dan sia-sia jika menerima islam secara terpaksa. Selain itu, tiada paksaan
dalam islam kerana kebenaran dan kebatilan telah jelas ditunjukkan oleh rahmat Allah yang
sepatutnya tiada keraguan dalam pemikiran manusia sebagai asas iman.

8 Konsep Universal dalam Islam dan Aplikasi dalam kehidupan manusia | HAKIM & KHAIRUSY
Penilaian individu

Islam tidak mengangkat seseorang individu ke tahap yang tinggi mengikut kaum, etnik,
budaya, warna kulit, harta atau pengaruh. Islam mengangkat seseorang individu itu melalui tahap
keimanan dan ketakwaan seseorang individu itu kepada Allah S.W.T. Jika seseorang individu itu
mempunyai tahap keimanan dan ketakwaan yang tinggi terhadap Allah S.W.T. maka dia
mempunyai kedudukan yang tinggi di sisi Allah S.W.T.

Islam menilai seseorang individu berdasarkan tiga aspek yang penting. Iaitu keimanan
yang ada dalam setiap hati setiap individu. Kedua ialah berbuat baik menjadi contoh kepada
orang lain untuk membuat kebaikan dan mampu melihat kebaikan. Aspek yang ketiga ialah
mencegah kejahatan menjadi contoh kepada orang lain untuk mencegah kejahatan dan menjauhi
kejahatan yang berlaku.

9 Konsep Universal dalam Islam dan Aplikasi dalam kehidupan manusia | HAKIM & KHAIRUSY
Keadilan universal

Al quran telah menetapkan pembentukan keadilan universal tanpa sebarang diskriminasi.


Hal ini adalah kerana, islam merupakan suatu agama yang adil dan saksama.

Agama islam mempunyai undang-undang yang adil dan saksama bagi setiap manusia. Undang-
undang tersebut di buat sendiri oleh Allah S.W.T. Tujuan Allah S.W.T. menetapkan hukuman
yang terkandung di dalam Al quran adalah untuk menyeimbangkan perkara kejahatan dengan
perkara keburukan. Undang-undang yang diperintahkan Allah S.W.T. kepada manusia sesuai
dijalankan pada setiap zaman. Undang-undang tersebut adalah fleksibel kerana tidak terganggu
disebabakan oleh perubahan zaman.

10 Konsep Universal dalam Islam dan Aplikasi dalam kehidupan manusia | HAKIM & KHAIRUSY

You might also like