You are on page 1of 9

HBIS 1103 PENGENALAN PENDIDIKAN ISLAM

1.0 Pengenalan
Pendidikan merupakan suatu perkara penting untuk mencapai kesejahteraan dan
kesempurnaan hidup manusia. Ia menjadi asas dalam membina ilmu pengetahuan bagi
membentuk diri dan masyarakat yang lebih dinamik serta terdidik dari sudut fizikal dan
spiritual. Oleh itu, pendidikan dari perspektif Islam mempunyai pengertian yang mendalam
dan menyeluruh yang merangkumi proses melatih akliah, jasmaniah dan rohaniah yang
berasaskan ajaran al-Quran dan hadis sebagai pegangan utama kehidupan. Dr. Yusuf al-
Qardawi (1980) mendefinisikan pendidikan sebagai pendidikan bagi keseluruhan hidup
termasuklah akal, hati dan rohani, jasmani, akhlak, dan tingkahlaku. Kepelbagaian konsep
dalam pendidikan Islam turut dilihat sebagai faktor utama dalam melahirkan manusia yang
bertakwa dan mengabdikan diri kepada Allah s.w.t. Konsep tersebut menjadi penggerak
utama dalam mencapai matlamat pendidikan iaitu membentuk manusia yang mempunyai
cita-cita dan falsafah hidup yang tersendiri yang berperanan sebagai hamba dan khalifah
Allah di muka bumi ini, sekali gus mewujudkan masyarakat yang progresif dan bertamadun
seperti yang digariskan oleh Islam.

Pendidikan Islam secara umumnya mempunyai dua maksud. Pertama, Pendidikan Islam
merangkumi segala ilmu Islam yang terdiri daripada berbagai bidang seperti Aqidah atau
Tauhid, Ibadah atau Fiqah, Tafsir, Hadis, Akhlak, Sejarah atau Sirah, Falak dan lain-lain. 
Kedua, Pendidikan Islam melipuli segala bidang hidup manusia seperti rohani, jasmani,
emosi, sosial, politik, budaya, ekonomi, sains, perundangan dan sebagainya.  Ini bermakna
dalam setiap bidang itu ada pendidikan Islamnya.  Contohnya dalam bidang ekonomi, kita
boleh berinteraksi antara sesama manusia untuk pembangunan ekonomi, tetapi dalam masa
yang sama Islam melarang kita melakukan penipuan, mungkir janji, dan penganiayaan.  Di
samping itu ada pula suruhan dan anjuran seperti memudahkan kira bicara, bertolak ansur,
tolong-menolong, dan sebagainya. Ini bertujuan untuk melahirkan insan yang soleh dan
bertamadun, yang beriman serta beramal dengan ilmunya, yang mampu memikul tanggung
jawab sebagai hamba dan khalifah Allah bagi membangun diri, keluarga, masyarakat dan
negaranya.

Kesimpulannya, pendidikan menurut Islam ialah satu proses berterusan untuk


merubah, melatih, dan mendidik akal, jasmani, dan rohani manusia dengan berasaskan nilai-
nilai Islam yang bersumberkan wahyu bagi melahirkan insan yang bertaqwa dan
mengabadikan diri kepada Allah s.w.t. untuk mendapatkan kejayaan di dunia dan akhirat.

-1-
HBIS 1103 PENGENALAN PENDIDIKAN ISLAM

2.0 Kepentingan Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Islam Yang Berkesan.


Pengajaran yang berkesan merupakan satu sistem aktiviti yang dapat meningkatkan lagi
hasil pembelajaran terakhir yang dikehendaki dalam suasana yang sihat, demokratik dan
bersemangat. Hasil pembelajaran terakhir yang dimaksudkan ialah perubahan tingkah laku
murid akibat daripada penerimaan pengetahuan atau kepercayaan baru. Ia merangkumi

perkembangan seseorang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek.


Kejayaan pengajaran dan pembelajaran berkait rapat dengan kemahiran dan peranan guru
yang berkesan. Kemahiran asas pengajaran dan pembelajaran perlu dikuasai oleh guru bagi
memastikan proses pengajaran dan pembelajaran dapat dilaksanakan secara bermakna dan
berkualiti. Ia meliputi penyediaan guru dari aspek persediaan mengajar, bahan bantu
mengajar (BBM), pengendalian set induksi, pemilihan kaedah dan teknik yang sesuai,
penerapan Kemahiran Berfikir Secara Kreatif dan Kritis (KBKK), kemahiran menyoal dan
pengendalian kelas untuk pengayaan dan pemulihan.
Pengajaran dan pembelajaran yang berkesan merupakan faktor penting bagi memastikan
beberapa perkara berikut tercapai sepanjang proses P&P dijalankan, antaranya ialah :

2.1 Mencapai Objektif Pengajaran


Sebelum pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan di dalam bilik darjah, guru terlebih
dahulu perlu merancang dan menentukan objektif pengajaran yang sesuai dengan tajuk yang
akan dipelajari. Objektif yang dirancang itu perlu jelas dan saksama berasaskan kepada tahap
pencapaian murid. Pencapaian objektif pula bergantung kepada cara bagaimana seseorang
guru itu mengendalikan proses pengajaran yang telah dirancang. Guru perlu menggunakan
kebijaksanaannya dalam memilih dan melaksanakan pendekatan, kaedah, teknik dan strategi
pengajaran agar ianya menghasilkan suatu proses pengajaran dan pembelajaran yang
berkesan dan bermakna kepada pelajar. Contohnya di dalam tajuk Tayamum, guru sebaik-
baiknya menggunakan kaedah tunjuk cara supaya setiap pelajar berpeluang untuk
mempraktikkan apa yang ditunjukkan oleh guru. Ini akan memberi kesan yang menyeluruh
terhadap proses pembelajaran murid jika dibandingkan dengan menggunakan kaedah yang
lain seperti kuliah atau ceramah.

2.2 Menarik Minat Pelajar


Pengajaran dan pembelajaran yang berkesan akan menarik minat pelajar dan seterusnya
dapat memotivasikan pelajar untuk mengikuti pengajaran guru sepanjang ia berlangsung.
Menurut Ee Ah Meng (1990), ada tiga kemahiran utama yang boleh digunakan oleh guru

-2-
HBIS 1103 PENGENALAN PENDIDIKAN ISLAM

untuk menarik minat serta tumpuan pelajar terhadap proses pengajaran dan pembelajaran.
Kemahiran-kemahiran yang boleh digunakan oleh guru adalah dengan mengubah tingkah
laku, suara dan kaedah pengajaran. Mereka perlu mengubah corak dan bentuk interaksi di
antara guru dengan pelajar dan mempelbagaikan kaedah serta teknik mengajar. Penggunaan
kaedah dan teknik yang pelbagai akan menjadikan sesuatu pengajaran itu menarik dan akan
memberi ruang untuk membolehkan pelajar terlibat secara aktif dan bergiat sepanjang sesi
pengajaran tanpa merasa jemu dan bosan.

2.3 Menghasilkan Pembelajaran Yang Bermakna


Pengajaran dan Pembelajaran yang berkesan merupakan satu proses pengajaran yang
menghasilkan satu proses pembelajaran yang bermakna dimana ianya dapat mengubah
tingkah laku, membina dan mengembangkan aspek rohani, minda serta jasad pelajar. Dengan
kata lain, pelajar berasa seronok, bertambah minat, faham dan lebih menghayati apa yang
disampaikan serta dapat melakukan aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan proses pengajaran
yang dijalankan. Berikutan dengan itu, guru perlu memberi pertimbangan yang sewajarnya
dalam merancang dan melaksanakan pengajaran dan pembelajaran secara optimum dan
berkesan. Kaedah pendidikan pada masa kini seharusnya lebih memberikan penekanan
terhadap budaya berfikir dimana para pelajar didedahkan dengan proses pengajaran dan
pembelajaran yang mampu menjana mereka ke arah pemikiran secara kritis dan kreatif. Ini
bermakna guru harus mahir dalam menggunakan pelbagai teknik dalam merekabentuk
kaedah pengajarannya agar maklum balas daripada pelajar melalui proses interaksi mampu
menjana pemikiran mereka.

2.4 Dapat Membentuk Sikap Positif


Guru bertanggungjawab membentuk sikap yang positif terhadap pelajaran dan memupuk
budaya ilmu di kalangan pelajar. Guru dianggap berjaya sekiranya murid mencintai ilmu
pengetahuan serta sentiasa untuk menambahkan pengetahuan dan meningkatkan kemahiran.
Pengalaman pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran mempengaruhi sikap dan
minatnya terhadap sekolah. Peranan guru ialah menyediakan suasana serta persekitaran yang
boleh merangsang minat pelajar untuk melibatkan diri dalam semua aktiviti pembelajaran.
Oleh itu, keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran memainkan peranan penting
dalam usaha untuk melahirkan pelajar yang dinamik, berkemahiran, berilmu dan berakhlak
mulia.

-3-
HBIS 1103 PENGENALAN PENDIDIKAN ISLAM

3.0 Kaedah dan Teknik Pengajaran Rasulullah


Tidak dinafikan bahawa ledakan teknologi maklumat dan perkembangan pendidikan di
alaf baru ini dapat menghasilkan kaedah pendidikan yang terbaik. Walau bagaimanapun,
kaedah Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) yang diamalkan oleh Rasulullah s.a.w. perlu
dijadikan asas dan rujukan. Ini kerana Baginda s.a.w. merupakan model terbaik yang
mengajak umat Islam mengamalkan ajaran Islam dan akhlak Islamiyyah. Di antara kaedah-
kaedah yang pernah digunakan oleh Rasulullah dalam menyampaikan ilmu pengetahuan
adalah seperti berikut:-
 Kaedah Kuliah
 Kaedah Tunjuk Cara
 Kaedah Halaqah
 Kaedah Talaqqi
 Kaedah Hafazan
 Kaedah Mujadalah
 Kaedah Gambaran
 Kaedah Khutbah
 Kaedah Dialoq
 Kaedah Tikrar
Diantara kaedah-kaedah berikut, hanya lima kaedah sahaja dipilih untuk dihuraikan
berkaitan dengan contoh serta kekuatan-kekuatan yang terdapat pada kaedah tersebut.

3.1 Kaedah Kuliah


Kaedah kuliah atau kaedah syarahan merupakan kaedah pengajaran di mana guru lebih
banyak melibatkan diri dalam memberi huraian, penjelasan serta penerangan kepada pelajar.
Bahasa dan intonasi yang digunakan oleh guru perlu jelas, ringkas, bernas dan mudah
difahami oleh pelajar. Semasa menyampaikan pengajaran pula, guru perlu
menggabungjalinkan dengan teknik-teknik yang lain seperti soaljawab dan perbincangan
bagi melibatkan pelajar dalam komunikasi dua hala.
3.1.1 Contoh:
Kaedah ini pernah digunakan oleh Rasulullah ketika baginda menyampaikan pengajarannya
di rumah Arqam bin Abi Arqam dan juga di masjid Nabawi. Kaedah ini juga digunakan oleh
Rasulullah apabila baginda menerima wahyu Ilahi yang memerintahkannya supaya
menyampaikan dakwah secara terang-terangan. Baginda memanggil sanak saudara dan

-4-
HBIS 1103 PENGENALAN PENDIDIKAN ISLAM

penduduk-penduduk Quraisy ke Bukit Safa lalu menyampaikan pidato dan syarahan baginda
di sana.
3.1.2 Kekuatan Kaedah
a. Kaedah ini menampakkan kebergantungan pelajar kepada guru. Oleh itu, secara tidak
langsung ia akan melahirkan rasa hormat dan sanjugan pelajar kepada guru.
b. Melalui kaedah ini, banyak maklumat dapat disampaikan kepada pelajar dalam masa
yang singkat.
c. Bilangan pelajar atau saiz kelas tidak terhad dan tidak ditentukan.
d. Guru dapat memperkenalkan topik-topik baru dengan mudah dan lancar.

3.2 Kaedah Tunjuk Cara


Kaedah tunjuk cara adalah kaedah mengajar di mana guru menunjukkan cara atau
langkah tertentu dalam melakukan sesuatu aktiviti di hadapan pelajar. Tunjuk cara yang
telah dijalankan perlu diikuti dengan memberi peluang kepada pelajar mempraktikkan apa
yang diperhatikan. Secara tidak langsung, ia akan memberi pengalaman, kemahiran dan
pengetahuan kepada pelajar. Kaedah ini amat sesuai dilaksanakan dalam pengajaran dan
pembelajaran ibadah kerana ia melibatkan perkara-perkara amali yang dilakukan setiap hari.
3.2.1 Contoh:
Semasa berlakunya peristiwa Israk dan Mikraj, Rasulullah telah menerima wahyu yang
mengandungi perintah wajib mengerjakan solat lima waktu. Berikutan peristiwa itu, malaikat
Jibril datang dengan rupa yang cantik dan berbau harum dan menyuruh Rasulullah
mengambil wudhu’ dan bersembahyang. Jibril telah mengajar nabi berwudhu’ dan
bersembahyang.
3.2.2 Kekuatan Kaedah
a. Kaedah tunjuk cara dapat memberi pengalaman, kemahiran dan pengetahuan sebenar
kepada pelajar serta dapat dipraktikkan dalam kehidupan seharian.
b. Kaedah yang berbentuk amali ini, dapat memberi peluang kepada pelajar dalam
melaksanakannya dengan betul dan sah mengikut syarak dan dapat memberi keyakinan
kepada pelajar.
c. Kaedah ini dapat menggalakkan pelajar menglibatkan diri secara aktif dalam menerokai
pengetahuan dan pengalaman yang baru.
d. Kaedah ini dapat memudahkan pelajar memahami tajuk yang dipelajari kerana aktiviti
yang dijalankan dialami sendiri oleh murid dalam keadaan yang sebenar.

-5-
HBIS 1103 PENGENALAN PENDIDIKAN ISLAM

3.3 Kaedah Halaqah


Salah satu kaedah yang dijalankan dalam bentuk kumpulan kecil ialah kaedah halaqah.
Melalui kaedah ini, pelajar akan membentuk satu bulatan atau lingkaran dimana guru akan
berada dihadapan murid. Kaedah ini merujuk kepada aktiviti pengajaran di mana guru
menyampaikan isi-isi pelajaran dan murid mendengar dan memberi fokus kepada apa yang
disampaikan oleh guru.
3.3.1 Contoh:
Kaedah ini dilaksanakan oleh rasulullah ketika baginda bertemu dengan beberapa orang
Islam Madinah di kaki bukit Aqabah pada musim haji. Penduduk Madinah yang terdiri
daripada puak ‘Aus dan Khazraj bertemu dengan Rasulullah, lalu mereka diajak memeluk
Islam. Daripada pertemuan itu, Rasulullah menyeru mereka agar tidak menyekutukan Allah
SWT, tidak mencuri, tidak berzina, tidak membunuh anak, tidak melakukan dusta, dan tidak
melanggar perintah Rasulullah dalam perkara-perkara kebajikan.
3.3.2 Kekuatan Kaedah
a. Kaedah halaqah yang terdiri daripada kumpulan kecil dapat memudahkan guru memberi
tumpuan dan perhatian kepada semua pelajarnya.
b. Kumpulan kecil dapat memudahkan pelajar berinteraksi dan bersoal jawab dengan guru.
c. Penyampaian ilmu dapat dijalankan secara terus kepada pelajar dan membantu pelajar
memahaminya dengan mudah.
d. Melalui kaedah ini, hubungan yang baik dan erat antara guru dengan pelajar dan pelajar
dengan pelajar terjalin dalam situasi kekeluargaan.

3.4 Kaedah Talaqqi


Kaedah talaqqi merupakan kaedah pengajaran dimana guru memperdengarkan bacaan
beberapa ayat al-Qur’an kepada semua pelajar di dalam kelas. Semasa guru
memperdengarkan bacaaannya, pelajar dikehendaki memerhatikan bacaan guru dan
mengikut secara perlahan-lahan dari segi sebutan kalimah-kalimah Al-Qur’an yang perlu
dibaca dengan betul dan fasih serta mengikut hukum tajwid.
3.4.1 Contoh:
Setiap kali turunnya Jibril membawa wahyu al-Quran kepada Rasulullah, baginda akan
menghafaz ayat-ayat berkenaan dan menyampaikan wahyu tersebut kepada para sahabat.
Para sahabat mendengar dan mengikuti bacaan Rasulullah dan mereka berusaha menghafaz
ayat-ayat tersebut seperti yang telah didengari daripada baginda.

-6-
HBIS 1103 PENGENALAN PENDIDIKAN ISLAM

3.4.2 Kekuatan Kaedah


a. Kaedah Talaqqi dapat meningkatkan penguasaan pelajar secara teori dan amali dalam
hukum tajwid dan Tilawah al-Quran
b. Kaedah ini membolehkan pelajar membaca Al-Quran dengan teliti terutamanya dari aspek
kelancaran untuk menyebut kalimah al-Qur’an dengan betul.
c. Pelajar dapat mengajukan soalan secara langsung kepada guru tentang apa yang tidak
difahami. Guru membuka ruang untuk perbincangan bersama anak-anak muridnya
d. Pelajar dapat mendengar pengajian gurunya dengan lebih berkesan apabila melihat sendiri
kaedah-kaedah pengajiannya dan isyarat-isyarat tangan dan kepalanya. Ini sangat memberi
kesan kepada pemahaman sebagaimana dimaklumi dalam ilmu pendidikan.

3.5 Kaedah Hafazan


Kaedah hafazan merupakan salah satu kaedah yang digunakan oleh guru untuk
membolehkan pelajar mengingati dan memelihara ayat-ayat al-Quran supaya ia tidak hilang
atau lupa. Hafazan membawa maksud memelihara, mengingati, menjaga, mengawal apa
yang telah dipelajari daripada lupa dan rosak supaya ia tidak hilang. Pelajar membaca ayat-
ayat al-Quran dengan ingatan semata-mata tanpa melihat buku, kitab dan sebagainya.
3.5.1 Contoh:
Rasulullah s.a.w. juga mengajar al-Quran kepada para sahabat menerusi kaedah hafazan.
Proses penurunan al-Quran adalah secara berperingkat-peringkat dan sedikit demi sedikit.
Hal ini dapat membantu dan memudahkan Rasulullah untuk menyampaikannya kepada para
sahabat dan kemudiannya menghafaz serta memahami isi kandungannya.
3.5.2 Kekuatan Kaedah
a. Kaedah hafazan dapat membantu para pelajar mengingati ayat-ayat al-Quran dan
memudahkan mereka membaca dan mengamalkannya.
b. Kaedah ini juga dapat menajamkan daya ingatan dan pemikiran pelajar sekiranya
dilakukan secara istiqamah.
c. Kaedah ini juga dapat meningkatkan kelancaran pelajar dalam menguasai bacaan ayat-ayat
al-Quran

Kesimpulan
Pendidikan pada zaman Rasullulah s.a.w bersumberkan Wahyu dan menjadi tunggak utama
kepada perkembangan sistem pendidikan Islam. Kemajuan dalam pendidikan Islam sehingga
kini telah menjadikan orang Islam sebagai satu umat yang terulung, mulia dan dihormati.
Rasulullah saw yang merupakan seorang pendidik, penyelamat, pembimbing dan pengajar

-7-
HBIS 1103 PENGENALAN PENDIDIKAN ISLAM

telah diutuskan oleh Allah untuk menyempurnakan akhlak dan mengatur kehidupan
masyarakat ke arah yang lebih mulia dan terpuji.
5.0 Penutup
Meskipun dekad demi dekad telah berlalu, namun ibu bapa dan masyarakat tetap menaruh
sepenuh harapan terhadap keupayaan dan kebolehan kaum guru untuk mendidik anak-anak
mereka supaya menjadi insan yang berguna. Guru adalah sebagai arkitek dan penyelamat
masa depan anak bangsa. Mereka diharap memainkan peranan dengan lebih berkesan bagi
menyediakan generasi muda hari ini menghadapi cabaran hidup di masa hadapan. Dalam
menghadapi arus perkembangan globalisasi, kaum guru turut bersama mengharungi pelbagai
cabaran dan karenah pelajar dalam pelbagai isu. Masalah kurang disiplin, salah laku dan
kemerosotan akhlak semakin hari semakin membimbangkan semua pihak. Pemasalahan ini
menuntut kaum guru agar lebih peka tentang isu-isu persekolahan supaya ianya dapat
ditangani dengan lebih bijaksana.

Dalam menghadapi segala cabaran dan rintangan, kaum guru perlu memiliki kesabaran,
kekuatan akidah, keimanan yang mantap serta mempunyai nilai akhlak yang terpuji. Inilah
benteng utama yang perlu dihayati dalam jiwa dan sanubari seorang pendidik. Guru juga
perlu mempunyai kesedaran dalam meningkatkan ilmu pengetahuan supaya pendidikan yang
berkualiti serta lebih berkesan dapat diberikan kepada anak didik di sekolah. Semoga usaha
bakti yang disumbangkan oleh guru selama ini akan mendapat keberkatan daripada Allah
s.w.t.

-8-
HBIS 1103 PENGENALAN PENDIDIKAN ISLAM

-9-

You might also like