You are on page 1of 5

Tarian Ulik Mayang – Tarian Tradisional Ritual di Malaysia

Kesenian di Malaysia dapat dilihat melalui Seni Lakon dan Seni Tampak (Seni Halus).

Seni Lakon merupakan bidang kemahiran persembahan yang berunsurkan nilai kreatif dan nilai

etnik yang dipertontonkan secara terbuka kepada masyarakat, manakala seni halus merujuk

kepada ukiran dan anyaman. Salah satu contoh Seni persembahan yang popular adalah Tarian

Tradisional yang terdapat sesetengah negeri-negeri di negara kita. Sebagai contoh tarian

tradisional yang telah dianggap ritual contohnya adalah Tarian Ulik Mayang.

Pasti ramai yang sudah biasa dengan persembahan tradisi ritual Ulik Mayang yang sangat

popular di Terengganu. Namun, kebanyakan mereka hanya mengenali Ulik Mayang sebagai

salah satu tarian tradisional kita disertai dengan lagu Ulik Mayang yang popular itu kerana

kedatangan Islam pada awal kurun ke-17 di Tanah Melayu, tarian tersebut telah diuabah-suaikan

daripada unsur-usur permujaan

Asal-usul Tarian Ulik Mayang ini berasal dari Negeri Terengganu. Tarian tersebut tarian

pemujaan Semangat Puteri dalam Ulek Mayang yang merujuk kepada tujuh semangat yang

berasal dari laut. Sebenarnya, Semangat Puteri memang sudah wujud dikalangan masyarakat

Terengganu sebelum kedatangan Islam lagi dan ia berakar-umbi dari kepercayaan animisme

Melayu. Tujuh Semangat Puteri itu diberi nama Puteri Satu, Puteri Dua, Puteri Tiga, Puteri

Empat, Puteri Lima, Puteri Enam dan Puteri Tujuh. Di dalam Tarian Ulik Mayang, Puteri Tujuh

dikatakan lebih kuat dari 6 Semangat Puteri yang lain.

Identiti bagi tarian ulit mayang ini adalah gabungan tiga jenis kesenian tradisi iaitu

nyanyian, tarian dan pertunjukan yang menunjukkan unsur-unsur ritual iaitu unsur permujaan.

Dahulu Ulik Mayang dimainkan sewaktu musim puja pantai. Ianya sebagai persembahan kepada
penunggu laut supaya tidak mengganggu nelayan dan upacara mengubati pesakit degan

menggunakan semangat yang dipuja.

Persembahan Ulik Mayang ditarikan oleh 10 hingga 15 orang penari Terlebih dahulu

mayang pinang dipuja serta digoncang-goncang atas bekas kemenyan. Kemudian mayang pinang

tadi akan berpindah tangan dari seorang ke seorang. Kemuncak tarian ini apabila penari yang

memegang mayang tidak sedarkan diri. Nyanyian lagu Ulek Mayang yang merdu beserta tarian

ringkas, dirambas dengan tandan pinang kecil menyeru tuan puteri (bunian) agar dating

menyembuhkan pesakit. Ketika upacara Ulek Mayang sedang berlangsung, Tok Bomoh akan

memegang bunga kelapa (mayang) atau daun pinang. Sambil membaca jampi serapah, Tok

Bomoh akan mengulik (menyapukan) daun pinang ke atas seluruh badan pesakit berulang kali.

Persembahan Tarian Ulik Mayang di tepi pantai


Lirik nyayian lagu tarian Ulik Mayang adalah:

Ulek mayang ku ulek Umbok mayang diumbok


Ulek dengan jala jemala Umbok dengan jala jemala
Ulek mayang diulek Nok ulek mayang diulek
Ulek dengan tuannya puteri Ulek dengan puterinya tujuh
Ulek mayang diulek
Ulek dengan jala jemala Puteri tujuh berbaju serong
Ulek mayang diulek Puteri tujuh bersanggol sendeng
Ulek dengan puterinya dua Puteri tujuh bersubang gading
Puteri tujuh berselendang kuning
Puteri dua berbaju serong Umbok mayang diumbok
Puteri dua bersanggol sendeng Umbok dengan jala jemala
Puteri dua bersubang gading Nok ulek mayang diulek
Puteri dua berselendang kuning Ulek dengan tuannya puteri
Umbok mayang diumbok
Umbok dengan jala jemala Tuan puteri berbaju serong
Nok ulek mayang diulek Tuan puteri bersanggol sendeng
Ulek dengan puterinya empat Tuan puteri bersubang gading
Tuan puteri berselendang kuning
Puteri empat berbaju serong Umbok mayang diumbok
Puteri empat bersanggol sendeng Umbok dengan jala jemala
Puteri empat bersubang gading Nok ulek mayang diulek
Puteri empat berselendang kuning Ulek dengan tuannya puteri
Umbok mayang diumbok
Umbok dengan jala jemala Ku tahu asal usul mu
Nok ulek mayang diulek Yang laut balik ke laut
Ulek dengan puterinya enam Yang darat balik ke darat
Nasi berwarna hamba sembahkan
Puteri enam berbaju serong Umbok mayang ku umbok
Puteri enam bersanggol sendeng Umbok dengan jala jemala
Puteri enam bersubang gading Pulih mayang ku pulih
Puteri enam berselendang kuning Pulih balik sedia kala

(Lirik daripada Cawangan Dokumentasi dan Penerbitan, Kementerian Kebudayaaan dan


Pelancongan Malaysia, 2003)
Kesimpulan, selain daripada Tarian Ulik Mayang masih banyak tarian tradisitional yang

berunsurkan ritual terdapat didalam negeri-negeri lain contohnya Tarian Mak Yong dari

Kelantan, Tarian Kuda Kepang dari Johor yang di bawa oleh pendatang Jawa, Sumazau dari

Sabah dan Ngajat dari Sarawak. Kesemua contoh tarian tersebut mempunyai asset yang

tersendiri dan nilai yang amat tidak ternilai. Selain dipertontonkan kepada Masyarakat tempatan,

kini seni lakon warisan kebudayaan Malaysini juga diterima daripada pelancong luar kerana

keunikan dan keindahan warna-warni seni lakon menerusi contoh-contoh seni lakon yang

terdapat di negara kita.

Tarian Ulik Mayang (Main Puteri)


Rujukan

Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan Malaysia (2003). Bahagian Pembangunan


Kebudayaan dan Kesenian : Cawangan Dokumentasi dan Penerbitan. Diperolehi Januari
29, 2011 daripada http://www.kpkk.gov.my/pdf/buku/ulikmayang.pdf
Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan (2008). Kategori: Tarian Ulik Mayang.
Diperolehi Januari 29, 2011, daripada
http://kebudayaan.kpkk.gov.my/about/perkhidmatan/?
c5=441&menu_id=53&c3=50&click=1
Penyelidikan dan Projek Tahun Akhir (2009). Ulik Mayang: Seni Tarian dalam Animasi
2Dimensi.Diperolehi Mac 12, 2011 daripada
http://projektahunakhiramir.blogspot.com/2009/07/ulik-mayang-adaptasi-cerita-dan-
tarian.html
Utusan Online (2009). Hiburan: Aswara martabatkan kisah Ulik Mayang. Diperolehi Januari
Mac 12, 2011, daripada http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?
y=2009&dt=1124&pub=Utusan_Malaysia&sec=Hiburan&pg=hi_04.htm
Wikipedia Ensiklopedia Bebas (2011).Ulek mayang. Diperoleh Mac 12, 2011
daripadahttp://ms.wikipedia.org/wiki/Ulek_mayang

You might also like