Batik adalah hasil seni dan kraf yang terkenal terutamanya di Malaysia dan Indonesia.

Perkataan µbatik¶ itu sendiri berasal dari perkataan jawa yang menggabungkan dua perkataan iaitu µamba¶ yang bermaksud menulis dan µtitik¶.

Di Malaysia, kepentingan batik menjadi ketara sejak beberapa tahun yang lepas setelah batik sutera dijadikan pakaian rasmi tertentu terutama kepada mereka yang berkhidmat dengan badan kerajaan. Batik dihasilkan melalui 2 cara yang utama. Cara yang pertama ialah menerusi blok tangan, di mana corak tertentu dilekatkan pada blok dan corak batik dicetak ke atas kain. Penghasilan begini juga digelar µprinted batik¶ atau batik cetak. Sebagai contoh, banyak batik Indonesia adalah dihasilkan menerusi blok.

Penghasilan batik menerusi blok.

Penghasilan batik menerusi proses mencanting. Cara kedua ialah menerusi melukis corak batik di atas kain, atau dengan kata lain digelar µcanting¶. Batik Terengganu dari Malaysia terkenal dengan batik canting. Corak yang dihasilkan

Walaupun di hati pernah tersemat azam bahawa suatu hari nanti beliau akan menjadi pengusaha songket yang berjaya. Habibah Zikri apabila diminta mengulas mengenai kejayaannya itu. Saya bersyukur. tetapi berdepan dengan realiti dan hari itu adalah detik paling bermakna baginya. Wanita yang lebih dikenali adiguru dan kini antara nama besar dalam industri songket negara. ternyata bukan diulit mimpi. ³Saya berharap. Sepanjang berkecimpung dalam bidang ini saya sentiasa menumpukan diri pada kerja dan meneruskan minat yang dipupuk sejak kecil lagi. http://pesonabatik. Dahulu batik dianggap sebagai seni pakaian tradisional tetapi setelah pelbagai usaha dilakukan kini batik juga telah melalui revolusi kontemporari di mana batik dijadikan sebagai elemen penting dalam rekabentuk dan rekahias pakaian fesyen terkini.´ kata penerima Anugerah Tokoh Kraf Negara. batik yang dihasilkan menerusi proses mencanting adalah lebih mahal. Ketika tangan menyambut watikah penghargaan daripada Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi pada majlis perasmian hari Kraf Kebangsaan 2007 di Kompleks Kraf Kuala Lumpur yang lalu. Habibah yang sudah lebih 33 tahun menceburi bidang tenunan songket mengakui tidak terlintas langsung di fikiran untuk menerima penghargaan tinggi seperti itu. Oleh itu. Dalam . tetapi pada riak wajah Habibah seolah-olah menyatakan berasa puas dan bangga dengan segala usaha serta pengorbanannya selama ini. hatinya berbunga mekar. dengan setiap kurniaan yang diberikan Allah. industri kraf negara ini akan terus meningkat maju.menerusi proses canting adalah unik untuk setiap kain dan prosesnya agak memakan masa. Sukar untuk membayangkan perasaan gembira di hati.com/blog/batik-pengenalan/2007/03/25/ Penerima Anugerah Tokoh Kraf Negara 2007 beri nafas baru kepada fabrik warisan tradisional Oleh Nor Affizar Ibrahim ³SAYA tidak pernah terfikir pun untuk mendapat pengiktirafan setinggi ini.

Sebagai pereka. Mengimbas pembabitan awal dalam industri tenunan songket. Habibah berkata beliau belum mempunyai perancangan terhadap duit dimenangi. ³Saya tidak begitu pandai menenun. Bagaimanapun.´ katanya. Malah.´ katanya. Katanya. lebih banyak lagi cabaran ditempuh untuk mempertahankan seni kraf negara. Malah. Habibah memilih untuk melanjutkan pengajian dalam bidang seni. Selain watikah iringan beliau turut menerima wang tunai RM30. . Habibah berkata jiwa seni pada dirinya diwarisi daripada ayah yang gemar mengumpul koleksi barangan kraf. beliau mengambil peluang untuk terus mendalami bidang tenunan.000 dan sepasang persalinan songket. Berbekalkan bakat serta kemahiran sebagai pereka. dengan adanya pemberian anugerah seperti ini.mencapai kemajuan negara. sejak zaman kanak-kanak lagi beliau gemar melakar. melukis dan melihat kepada keindahan alam semula jadi. Pada 1974. beliau amat berterima kasih kepada kerajaan selain keluarga yang banyak memberi sokongan kepadanya untuk bertapak daripada satu tangga kejayaan ke satu tangga kejayaan sehingga meletakkan namanya sebagai pereka terkenal dan disegani di negara ini. Pemandangan serta alam flora menjadi subjek utama dalam karya. sebagai pereka beliau sering turun padang melihat dan berjumpa sendiri penenun songket. Selepas tamat sekolah menengah. Sembilan tahun berkhidmat sebagai pereka. khususnya songket. bukan saja harus memikirkan mengenai corak. beliau ditawarkan bekerja di Kraftangan Malaysia sebagai pereka dan diberi tanggungjawab menghasilkan rekaan baru kraf tekstil tempatan. Di pusat pengajian tinggi itulah beliau mendalami bidang seni reka khususnya dalam bidang tekstil. baru± baru ini. tetapi kesuntukan masa membataskan saya untuk berbuat demikian. Cita-citanya mendapat sokongan daripada suami serta keluarga. Bukan tidak mahu belajar. Mengenai hadiah wang tunai yang diterima. Harapan saya. kesempatan itu juga memberinya ruang untuk mendalami ilmu tenunan dan mengetahui lebih mendalam untuk melakukan proses pembuatan dari awal sehingga akhir. akhirnya Habibah meletakkan jawatan dan mengusahakan tenunan songket sepenuh masa. memang tidak sempat hendak belajar menenun secara tekun. Jadi. Habibah memulakan kerjaya PENGHARGAAN: Habibah menerima Anugerah Tokoh Kraf daripada Abdullah. ia akan memberikan lagi semangat kepada saya dan mereka yang terbabit dalam bidang kraf. tetapi beberapa kajian juga perlu dilakukan. Pada masa sama.

Di bengkel kecil itu beliau memulakan kerjaya sebagai pengusaha songket. ³Saya berasal dari Kedah. Songket lama yang dihiasi dengan reka corak tradisi menjadi inspirasi dalam rekaan. Sebagai pereka tekstil juga Habibah sentiasa melakukan pembaharuan agar songket yang ditampilkan mempunyai identiti tersendiri. menyimpan cita-cita untuk melakukan transformasi dalam industri songket negara. tanpa menoleh ke belakang. Baginya. Kesukaran yang dialami dihadapi dengan ketabahan dan semangat yang kuat. Lantaran itu. Beliau menubuhkan syarikatnya sendiri. Dalam menghasilkan rekaan. Begitu pun. Kegagalan dan kesilapan menjadikan saya lebih kreatif dan akhirnya membuahkan karya kreatif yang amat membanggakan. beliau sentiasa memastikan ciri tradisional songket menjadi teras pada setiap hasil rekaannya. ³Tidak dinafikan bahawa kadangkala percubaan yang dilakukan menemui kegagalan. Beliau melukis dan kemudian memindahkan hasil karya itu ke dalam reka corak songket. . beberapa µkek¶ dan alat tenunan serta bahan mentah dibeli dan ditempatkan di belakang rumah.´ katanya. Habibah yakin. kain songket yang terhad fungsi serta kegunaannya boleh dikomersialkan. beliau mula menghasilkan reka corak baru yang berteraskan tradisional. ketika songket mula dilupai masyarakat tempatan. Pengorbanan pertama yang dilakukan ialah dengan mengubah suai sebahagian daripada ruang rumah menjadi bengkel untuk beliau berkarya. Beliau yang turut meminati seni tampak sejak kecil. Bibah Songket yang kini menjadi satu jenama tersohor di kalangan pencinta songket tanah air. beliau sememangnya sentiasa mencari kelainan dan memberi nilai tambah pada setiap karya dihasilkan kerana mencipta sesuatu yang cantik adalah satu kepuasan. Beliau dibantu oleh adiknya. dirinya bertekad untuk memberi suntikan baru dalam industri songket negara. Dengan bakat serta kreativiti yang dimiliki. kain songket yang menjadi warisan agung perlu diberi nafas baru agar mampu dimiliki dan diterima pakai semula oleh semua lapisan masyarakat. Nora Zikri. Dengan modal yang tidak seberapa. Beliau kemudian mengupah beberapa orang anak muda untuk menenun mengikut caranya.´ katanya. yang juga bekas pelatih di Kraftangan Malaysia.sebagai pengusaha songket. tetapi minat yang mendalam dalam bidang ini menyebabkan saya mengambil keputusan untuk menjadikan Terengganu sebagai tempat bermastautin bersama keluarga tercinta.

usahanya menceburi bidang peragaan fesyen melalui kerjasama pereka fesyen tempatan seperti Kapas Couture dan Radzuan Radziwil. Hasilnya. Tampuk manggis. PROFIL: Anugerah Tokoh Kraf Negara Nama: Habibah Zikri Tarikh lahir: 5 Februari 1948 Asal: Sungai Petani.³Ketika itu. Habibah melatih penenun muda di bengkelnya. syarikatnya banyak bekerjasama dengan pihak yang ingin memajukan industri songket. Kedah Adik beradik: Anak ketiga daripada sembilan beradik Suami: Shamsul Baharia Abdul Mutalib Anak: 3 orang . Ini termasuk. Kini.´ katanya. Sharidan & Syaifuddin dan 1 perempuan. Bernard Chandran bagi fesyen peragaan di Minggu Fesyen London dan untuk Embun di Minggu Fesyen Bali. bunga pecah empat dan pucuk rebung diolah. Inilah antara sebabnya saya melatih penenun muda. Habibah juga sanggup menghasilkan songket untuk pereka fesyen. Menerusi jenama Bibah Songket. mereka mampu menjadi penenun mahir. ³Seni tenunan songket perlu diperluaskan dan diperturunkan kepada generasi muda agar ia tak hilang dek zaman. Sabrena .´ katanya. Kumpulan itu diberikan latihan dan bimbingan supaya dalam masa dua tahun. Kejayaan lain yang dicapai Habibah ialah menjadi perintis kepada tenun songket yang mempelbagaikan warna benang emas agar tidak terhad kepada warna emas dan perak saja.2 lelaki. bunga pedada. saya meminjam kain songket lama dan membuat kajian ke atas reka corak tradisi yang dijadikan sebagai teras pada rekaan. Bagaimanapun. lahirlah reka corak tenunan songket kontemporari namun masih menyerlahkan ciri tradisi. Di peringkat antarabangsa. Bibah Songket turut menyertai rombongan perdagangan oleh Kraftangan Malaysia seperti ke Dubai Trade Fair dan Tokyo Gift Show. Kebanyakan mereka adalah remaja lepasan sekolah menengah dan tiada asas menenun. digubah dan digarap dalam bentuk grafik mengikut daya kreativiti. Beliau turut mengaplikasi teknik tenun ikat pua di dalam tenunan songket yang dihasilkan. kebanyakan bekas pekerja mahir saya masih meneruskan kerja menenun sendiri di rumah mereka.

pejabat kedutaan MATRADE di luar negara.html ransformasi Songket Kontemporari . menggunakan songket dalam hiasan dalaman sebagai kemasan lembut seperti alas meja. Beliau mempelbagaikan penggunaan songket supaya tidak terhad kepada pakaian tradisi sebaliknya. bangunan UMNO Kuala Lumpur dan hotel ternama di seluruh negara. Beliau turut mencipta songket untuk dijadikan jubah peringkat tertinggi bagi Universiti Teknologi Malaysia (UTM). Jakarta 2002 menerima Anugerah Seni Tampak FAKTA: Menarik mengenai daya kreativiti rekaan songket Habibah y y y y y y y Hasil songket ciptaan beliau pernah dijadikan sebagai cenderamata negara kepada Queen Elizabeth sempena Persidangan CHOGM di Kuala Lumpur. membantu menghasilkan songket yang halus. Inovasi reka corak beliau menjadikan tenunan songket diterima sebagai hiasan art décor. Muzium Kesenian Islam. cantik dan berkualiti. Istana Melawati. Songket rekaan beliau dijadikan sebagai setem pos kenang-kenangan sempena pelancaran Songket Seni Warisan Agong bersama-sama TV3 dan Pos Malaysia pada tahun 2004. setaraf dengan seni lukisan antarabangsa sebagai kemasan dinding. Bibah Songket mercu tanda kejayaan beliau dan kini seramai 50 penenun songket bernaung di bawahnya. Universiti Teknologi Mara (UiTM) Antara Anugerah & Pencapaian: y y y 1984 memenangi pertandingan Wicitra di bawah kategori Best Design Award anjuran Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia 1987 memenangi anugerah µThe Best Traditional Textile ASEAN. http://www.Pendidikan: Ijazah jurusan tekstil dari Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka. Karya kreatif beliau dijadikan sebagai hiasan eksklusif Istana Negara.bibahsongket.com/pre/citrabharian. alas pinggan serta sarung kusyen. Istana Johor.

Perkataan songket bermaksud membawa keluar atau menarik benang dari kain atau menenun menggunakan benang emas dan perak. Terengganu. alas meja serta pelbagai lagi barang kegunaan rumah. dengan pengkhususan dalam percetakan tekstil di Universiti Philadelphia. "Motif serta warnanya disesuaikan dengan budaya asal dan yang dimiliki pelanggan yang menempah. di Unimas. "Dengan tenunan tangan yang lebih halus. Kini tenunan songket turut diserlahkan dengan motif moden dan kontemporari yang diilhamkan daripada campuran dan variasi motif tradisional. nilainya turut lebih baik dan tinggi. .´ kata Dr June Ngo Siok Kheng. Tetapi ramai yang semakin menyedari bahawa kini benang sutera yang lebih lembut dan kurang tebal digunakan untuk menjadikan fabrik songket lebih ringan. terutama golongan dewasa. songket kini lebih menarik dan diguna pakai generasi kini. ³Ada juga dalam kalangan rakan taulan saya yang berketurunan Cina yang mahukan pakaian perkahwinan Cheongsam mereka dihasilkan daripada kain tenunan songket. Malah ia kini menjadi pilihan pereka fesyen yang menjadikan songket sebagai asas untuk produk aksesori seperti beg tangan. tahu apa itu songket. Selain itu. kini songket menjadi pakaian rasmi di majlis yang mensyaratkan tetamu memakai pakaian Melayu yang dipadankan dengan samping songket. GABUNGAN IDEA Kain tenunan tradisi Melayu yang terhasil daripada hiasan benang emas atau perak ini asalnya untuk digunakan pada hari kebesaran. Pada 2007 beliau mengambil PhD dalam bidang SeniHalus.´ katanya kepada Bernama baru-baru ini. Amerika Syarikat. kurung atau kebaya songket. perayaan dan perkahwinan. dompet dan hiasan sarung kusyen. Anak Sarawak ini melanjutkan pengajiannya di peringkat Ijazah Sarjana dalam bidang Sains. Dr Ngo ialah Timbalan Dekan dan pensyarah kanan Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif Universiti Sarawak Malaysia (Unimas). Songket ialah sejenis kain yang biasanya ditenun tangan. Kain songket tidak saja digunakan bangsa Melayu yang tinggal di kawasan yang padat dengan keluarga atau pewaris penenun tradisional seperti Kelantan. Walaupun pada masa dulu. motif seni halus dan dunia seni sejagat. menarik dan menggunakan motif kontemporari. Pahang dan Sarawak. dan mempunyai corak rumit benang emas atau perak.KUALA LUMPUR: Kebanyakan rakyat Malaysia. biasanya dikaitkan dengan fabrik tebal dan sarat dengan motif tradisional. ia ditenun untuk digunakan dalam kalangan kerabat istana. Songket yang bermutu tenunannya dan dijual dengan harga mahal. Saya teruja dengan perkembangan ini.

tidak dinafikan memang cantik dan bermutu. ia perlu diperbaiki supaya lebih tahan. berjaya menambat hati bukan Melayu sepertinya untuk menceburinya. (Ini kerana) kerja menenun menggunakan tenaga tekun penenun untuk mengetatkan benang yang ditenun sehingga selesai menjadi sehelai kain songket. "Malah pengalaman teori dan praktikal yang dipanjangkan oleh warga penenun asal boleh menjadikan prosedur yang perlu untuk menghasilkan produk songket yang lebih mudah diselanggara. "Ada juga usaha untuk menginovasikan alat tenun atau µkei¶ (turut disebut sebagai µkek¶) yang kebanyakannya sudah uzur dan lama. Kraf yang dihasilkan setelah melaburkan masa menghadapnya untuk ditenun ini. Usaha ini tidak akan melupuskan mahupun mengusik keaslian hasil tenunan songket yang menjadi kebanggaan negara." katanya. ³Budaya boleh diolah dan diubah semula secara kreatif melalui pendidikan dan inovasi. Bidari Mohamad Suhaili. Sarawak. benangnya boleh terputus dan jika ia tidak disambung semula dengan baik." jelas Dr Ngo yang banyak mengkaji tentang pewarna benang tenun.´ jelas pencinta kraftangan dan seni. ³Sebagai seorang warga negara yang bukan berketurunan Melayu. INOVASI DAN REKA CIPTA Dr Ngo percaya idea baru dan inovasi yang diterapkan ke dalam hasil tenunan songket dengan hasrat merevolusikan warisan yang diturunkan sejak zaman berzaman ini akan memanjangkan lagi hayat warisan ini di mata dunia.Dr Ngo mendalami minatnya di dalam bidang tekstil dan fabrik yang merangkumi fabrik songket untuk menghasilkan reka cipta unik fabrik songket. Tetapi ketahanan produk masih rapuh. JENIS BENANG Dr Ngo turut memberi perhatian kepada jenama benang yang digunakan. Kadang-kadang gabungan idea yang dihasilkan pewaris dunia tenun dan songket dengan orang µluar¶ yang meminati seni tradisi sesuatu bangsa itu. dengan menawarkan kelas belajar menenun songket kepada golongan muda. kain yang terhasil akan mudah reput dan koyak. penglibatan Dr Ngo sebagai pengkaji dan pereka motif songket yang lebih moden sudah cukup membuktikan betapa hasil tenunan yang diwarisi. Pandangan ini diluahkan seorang petugas industri perhotelan. dari Bumi Kenyalang. menjadikan warisan seperti songket terpelihara. yang baru mencecah usia 40 tahun ini. Dr Ngo juga mengaplikasi ilmu yang diperolehnya untuk rekaan dan fabrik batik di dalam projek mengembangkan industri kampung khususnya tenunan songket. ³Hasilnya perlu dihormati. jenis benang dan juga identiti µbaru¶ untuk songket. Kalau tidak dibuat dengan berhati-hati. . Di samping itu. mewarna dan mencetak dengan menggunakan pewarna yang sintetik dan asli.

Benang ini digunakan pereka terkenal termasuk Giorgio Armani. bunga lompat tikam." katanya. . juga yang metalik dan yang diteguhkan dengan penggunaan bahan lain yang semula jadi. kunyit dan teh. WARNA ³Warna yang diinginkan pengguna dan peminat songket ini turut mengikut peredaran zaman. ada yang elastik. yang diperbuat daripada tumbuh-tumbuhan. kami menggunakan benang berjenama Lurex yang dibawa dari Eropah.¶ moden dan halus. Dr Ngo berkata terdapat banyak jenis benang. buah-buahan dan sayur-sayuran di Malaysia untuk industri tekstil keseluruhannya. kulit bawang. ³Saya juga terlibat dengan µR&D¶ di Yayasan Tuanku Nur Zahirah. Campuran bahan ini dikaji untuk mencipta µresipi¶ warna yang bakal dijadikan garis panduan kepada penggiat industri tekstil dan tenunan di Malaysia. sering disesuaikan dan dipadankan sedondon dengan warna dan motif hampir serupa kain sarung atau selendang panjang. Faktor ketahanan serat benang ketika proses menenun. Kajian terbarunya melibatkan penggunaan benang yang siap diwarnakan dengan peluntur asli. "Inilah yang membangkitkan keunikan pada songket. Ia tidak terhad kepada motif tradisional seperti bunga tapak manggis. dan hari ini bahan pencelup ialah daripada jenis sintetik.Benang yang digunakan perlu dicelup warna mengikut cita rasa semasa. Dr Ngo tidak jemu-jemu mengkaji kesan menarik yang boleh digunakan dengan variasi benang yang pelbagai untuk mentransformasi kraf warisan ini menjadi produk yang menarik." kata Dr Ngo. kata Dr Ngo." katanya . Kini songket diselang-seli dengan motif baru yang diilhamkan penenun sendiri. bunga pecah lapan.coklat muda dan gelap. katanya. Cabaran ini menjadikan projek ini lebih menarik. "Motif pun sudah berbeza. Kini jenis warna metalik turut diminati. samping songket yang dihasilkan. kulit manggis. Sehelai songket yang sedang diusahakan Dr June untuk pakaian µcheongsam¶ pengantin Cina baru-baru ini melihat kerjasama pereka songket dan pereka fesyen. Warna metalik seakan-akan gangsa pun sudah banyak digunakan. warna yang terhasil setelah dicelup serta variasi jenis benang yang dipasarkan merupakan antara riteria yang dititik beratkan untuk menghasilkan songket tenun yang berkualiti. Hari ini. Dan bahannya termasuk daun inai. Sambil memegang sehelai kain samping bermotif µbaroque¶ dwi warna -. Ini membuatkan hasil yang diperoleh lebih mesra alam. pasangan wanita sipemakai songket. maka pilihan tidak lagi terhad kepada emas dan perak. Di Yayasan. pucuk rebung dan lawi ayam saja. Pola terkini lebih µelaborate.

Di samping itu kajian ini bagi mengkategorikan motif dari sudut tipologi bagi melihat kategori motif bunga dan seterusnya mengaitkannya pula perkara lain seperti corak pemilihan dan pengaruh penghasilannya.BERNAMA http://mstar." katanya. Kajian Lepas Bunga merupakan sumber yang penting dalam kehidupan masyarakat Melayu tradisional sebagai perhiasan. 1986). Sumber inspirasi motif ini juga merupakan sumber yang terpenting berbanding dengan sumber hidupan bernyawa (Siti Zainon. .my/variasi/rencana/cerita. Kajian tentang perkara ini telah dilakukan bagi mengenalpasti kepentingan dari sudut pemilihan dan penghasilan pada corak fabrik.³Ia mencabar kerana memerlukan pereka fesyen yang menghasilkan µcheongsam¶ itu nanti memberikan inputnya supaya hasil yang bakal dipakai pengantin sesuai dengan songket yang diilhamkan dan ditenun.com. Keindahan motif berdasarkan pemerhatian juga telah mendorong orang Melayu menjadikan sumber motif ini sebagai sumber inspirasi yang penting (Mohd. 1990) oleh tukang di Kelantan. Kasim. Penggunaan motif dari sumber bunga yang dihasilkan pada corak batik dan songket adalah berbeza disebabkan oleh kepentingannya sendiri. . Konsep warna perlu dipersetujui. Ianya juga dikaitkan dengan keindahan sehinggakan ia dijadikan perhiasan.asp?file=/2010/10/21/mstar_rencana/20101021163558&s ec=mstar_rencana Pendahuluan Motif daripada sumber bunga merupakan sumber daripada sumber tumbuhan yang sangat penting dalam reka motif tekstil. khususnya batik dan songket yang dihasilkan di Kelantan.

my/~haziyah/Research. Cara penghasilan motif cara ini ialah juga salah satu cara menjadikan penghasilan motif tekstil tidak menyalahi ajaran Islam (Syed Ahmad Jamal.edu. Kebanyakkan motif bunga yang dihasilkan oleh masyrakat lampau adalah mempunyai perkaitan yang yang rapat dengan kepentingan ubatan dan juga hiasan (KKKP. http://www. 1986). Kaedah Kajian Pendekatan kajian kualitatif telah digunakan dalam penyelidikan ini. Motif awan ini juga dikaitkan dengan motif yang abstrak kerana ianya dihasilkan secara umun sahaja.html .Pemilihan ini penting dalam rekaan corak tekstil kerana ianya mempuyai kaitan dengan kepentingan budaya masyarakat Melayu di Kelantan. Walau bagaimanapun data kualitatif telah digunakan bagi menyokong data kuantitatif. 1989). Penghasilan motif bunga yang dihasilkan pada motif awan larat juga dibuat motif hidupan supaya motif hidupan kelihatan seperti tumbuhan. Inspirasi dan penghasilan motif sumber bunga dalam tekstil Melayu juga mempunyai perkaitan kepentingan tertentu. 1997). Pemilihan motif bunga juga disebabkan ianya tidak menyalahi ajaran Islam (Syeikh Mohamad Yusof. Motif bunga yang dibuat dalam reka corak tekstil kebanyakan dihasilkan bersama sumber tumbuhan lain seperti ranting dan daun bagi menjadikan motif menjalar sehingga motif jenis ini di kenal oleh orang Melayu Kelantan sebagai motif awan larat. Pengagang orang Melayu terhadap agama islam juga mendorong kan penghasilan motif bunga dalam reka corak tekstil. Penghasilan motif ini dibuat dalam bentuk bujang atau serumpun (bunga.upm. daun dan putik saehingga ianya dikenal oleh orang Melayu Kelantan sebagai pokok bunga (Arney.1990).educ.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful