You are on page 1of 21

WUS 101

TERAS KEUSAHAWANAN
RANCANGAN PERNIAGAAN (RP)
NAMA KUMPULAN
DRAGON BALL
NOMBOR KUMPULAN
15

AHLI KUMPULAN
MOHD KHUSAIRI BIN MASUKIDAR (K) 109679
MOHD FIRDAUS BIN MOHD 109709
NURUL FAIDAH 108026
SA’DIYYAH MOHD NUN CHANIFAH 108037
ANG RUO PING 107959

TARIKH SERAH TUGASAN


2 SEPTEMBER 2010

UNTUK PERHATIAN
EN. MOHD SHAFIE ARIFFIN
LETTER OF SUBMISSION

NAMA : MOHD KHUSAIRI BIN MASUKIDAR


NO MATRIK : 109679
NO KAD PENGENALAN : 810429105839
ALAMAT : M05 E8-03, DESASISWA TEKUN,
KOMPLEKS RST, 11800 MINDEN ,
PULAU PINANG.

KEPADA:
Pensyarah Teras Keusahawanan ( WUS 101 )
En. Mohd Shafie Ariffin.

PENGHANTARAN TUGASAN RANCANGAN PERNIAGAAN .

Saya MOHD KHUSAIRI BIN MASUKIDAR (nombor matrik :109679) wakil daripada
kumpulan saya menghantar tugasan rancangan pernagaan ini untuk semakan tuan.

Tuan boleh menghubungi saya di nombor 017 6297825 sekiranya


mempunyai sebarang pertanyaan mengenai tugasan ini.

Sekian, terima kasih.

Disediakan oleh,
..................................
( MOHD KHUSAIRI BIN MASUKIDAR )
Isi Kandungan

Bahagian 1 : Pengenalan

Bahagian 2 : Tujuan Rancangan Perniagaan

Bahagian 3 : Latar Belakang Perniagaan

Bahagian 4 : Latar Belakang Pemilik

Bahagian 5 : Latar Belakang Projek

Bahagian 6 : Rancangan Pemasaran

Bahagian 7 : Rancangan Organisasi

Bahagian 8 : Rancangan Kewangan

Bahagian 9 : Rumusan

Bahagian 10 : Lampiran
RINGKASAN EKSEKUTIF

Syarikat De Chantik’s Beauty Centre & Spa Sdn. Bhd . telah ditubuhkan pada 10 Mei
2010 dan telah didaftarkan di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM). Syarikat De
Chantik’s Beauty Centre & Spa Sdn. Bhd merupakan sebuah syarikat perniagaan perkongsian
yang menawarkan perkhidmatan penjagaan, kecantikan d an kesihatan khusus untuk kaum
wanita dan mempunyai sebuah premis perniagaan di alamat 2-G-26D, Wisma Rampai, Jalan
34/26, Taman Sri Rampai, 53300 Kuala Lumpur. Perniagaan ini ditubuhkan kerana memenuhi
keperluan wanita yang menuntutkan pakej dalam penjaga an kecantikan dan kesihatan mereka.
Setakat ini, perkhidmatan yang ditawarkan mendapat sambutan yang menggalakkan terhadap
golongan wanita khasnya di bandar -bandar besar seperti di Kuala Lumpur khususnya .

Sasaran utama pelanggan produk ini ialah terdiri daripada golongan eksekutif dan
wanita moden yang mahukan penampilan mereka lebih menarik demi menuntut keyakinan
dalam kerjaya. Kami juga menyediakan pakej perkhidmatan pada kadar yang berpatutan
mengikut kemampuan pelanggan. Pada tahun pertama syarikat ini ditubuhkan, kami
menjangkakan keuntungan ialah sebanyak RM 432,740.00 secara kasarnya dan kami juga
menjangkakan kadar pertumbuhan syarikat kami sebanyak 20% setiap suku tahun.

Syarikat kami percaya bahawa perniagaan berbentuk perkhidmatan produk kecantikan


dan kesihatan wanita ini mampu meningkatkan keuntungan syarikat, menjamin pulangan modal
dan menjana pendapatan kepada pemilik syarikat dan rakan kongsi. Namun pun begitu, sudah
menjadi adat dalam dunia perniagaaan, pasti sesuatu produk mempunyai persaingan. Syarikat
kami terpaksa bersaing dengan beberapa syarikat yang sama mennyediakan perkhidmatan
seumpama ini yang lebih lama menceburi bidang ini dan tidak kurang hebatnya. Sehubungan
dengan itu, syarikat kami, De Chantik’s Beauty Centre & Spa Sdn. Bhd . memandang perkara
ini dari sudut yang positif dengan menganggap bahawa persaingan satu bentuk halangan yang
mampu memberi kami semangat untuk berdaya saing, dan menambahbaikkan mutu
perkhidmatan.

Oleh itu, bagi memastikan Syarikat De Chantik’s Beauty Centre & Spa Sdn. Bhd.
mampu bersaing dengan syarikat lain serta sentiasa menjadi pilihan utama pelanggan , kami
telah mengambil pelbagai langkah untuk merealisasikan matlamat tersebut. Syarikat kami
telah mengambil beberapa strategi seperti strategi pemasaran, promosi, pakej-pakej yang
menarik, perletakan harga dan strategi pemasaran yang mantap.

Dengan kelebihan yang dimiliki oleh produk kami, Syarikat De Chantik’s Beauty
Centre & Spa Sdn. Bhd. yakin dapat menguasai bidang perniagaan perkhidmatan penjagaan
kesihatan dan kecantikan wanita selain dapat memuaskan hati pelanggan dengan mutu
perkhidmatan kami seterusnya dapat menjadikan syarikat kami sebaris dengan syarikat
gergasi yang lain.
1.0 PENGENALAN

Rancangan perniagaan ini adalah satu perancangan terperinci yang menunjukkan


strategi-strategi yang akan diambil oleh sesebuah syarikat untuk memulakan sesuatu
perniagaan. Bagi syarikat kami, rancangan perniagaan ini dihasilkan adalah untuk:

1) Mendapatkan pembiayaan

Rancangan perniagaan ini dihasilkan sebagai satu sumber bukti bertul is bagi membuat
permohonan mendapatkan pembiayaan (pinjaman) dari pihak bank. Syarikat kami akan
berurusan dengan bank utama iaitu, Hong Leong Bank Berhad. Melalui pinjaman yang
diberikan, syarikat kami akan menggunakan secara optimum dalam proses kajian dan
peningkatan (R&D) produk-produk sedia ada kami amnya, dan khususnya kepada produk baru
kami. Selain itu, pembiayaan yang bakal kami perolehi akan juga digunakan dalam
meningkatkan prestasi syarikat dalam meluaskan lagi syer pasaran syarikat kami supaya
kompetitif dalam pasaran semasa. Pembiayaan yang bakal diperolehi juga digunakan untuk
menampung kos modal yang tidak mencukupi.

2) Meningkatkan keyakinan pelabur untuk terus melabur dan meningkatkan pelaburan

Rancangan perniagaan ini juga ada menjelaskan secara terperinci tentang butiran
kewangan syarikat kami dan segala perbelanjaan yang dibuat oleh syarikat. Maklumat-
maklumat yang lengkap dalam rancangan perniagaan ini boleh digunakan oleh pelabur dalam
menilai, mentaksir dan membuat analisis kewangan syarikat kami. Setakat ini, kedudukan
kewangan syarikat kami amat stabil dan mempunyai sistem pengurusan yang sistematik serta
pihak pengurusan yang cekap dalam mengendalikan aset dan liabiliti syarikat. Kami percaya
bahawa akan lebih ramai pelabur akan membuat pelaburan dalam syarikat kami melalui
penelitian rancangan perniagaan sekaligus dapat meningkatkan keuntungan syarikat serta
meningkatkan pendapatan pemilik serta rakan kongsi.
3)Meningkatkan keuntungan syarikat dan memak simunkan pendapatan pemilik dan rakan
kongsi syarikat.

Syarikat De Chantik’s Beauty Centre & Spa Sdn. Bhd. mensasarkan pulangan modal
dan keuntungan yang semakin meningkat setiap tahun. Oleh itu, rancangan perniagaan ini
merupakan satu metodologi yang diambil dalam meningkatkan keuntungan syarikat. Rancangan
perniagaan ini mempunyai potensi besar kerana mampu member nafas baru kepada bidang
rawatan kecantikan di negara kita. Sehubungan dengan itu, keuntungan yang bakal diperolehi
akan dapat memudahkan pihak penguurusan dalam membuat proses pembahagian pembayaran
dividen atau pembayaran keuntungan kepada rakan kongsi. Kadar dividen yang tinggi akan
diberi sekiranya syarikat dapat mencatakan kadar jualan yang tinggi. Oleh itu, kadar dividen
yang tinggi akan mampu menarik pelabur dari luar untuk melabur dan pelabur sedia ada akan
meningkatkan pelaburan. Hal ini akan meningkatkan keuntungan syarikat dan sekaligus dapat
memaksimunkan pendapatan pemilik dan rakan kongsi.
2. 0 TUJUAN

Tujuan kertas kerja ini disediakan adalah untuk membentangkan perancangan perniagaan
yang meliputi aspek pemasaran, pengurusan dan kewangan kedai kepada:

 Memohon pinjaman jangka panjang daripada M ajlis Amanah Rakyat (MARA).


 Menjalankan kajian dan perancangan yang berkesan serta mendalami alam perniagaan
sebelum memulakan perniagaan untuk meningkatkan kebarangkalian kejayaan
perniagaan.
 Meneliti segala risiko yang mungkin dihadapi supaya dapat mengurangkan
kemungkinan kegagalan perniagaan ke tahap minimum.
 Membuat pelan, menstrukturkan dan memvisualisasikan perkembangan perniagaan
syarikat kami dalam jangka masa pendek dan jangka masa panjang.
 Mengesan kelemahan bentuk perniagaan kami dan me rancang satu pendekatan untuk
memperbaikinya.
 Menganggar bajet dan modal perniagaan kami.
3.0 LATAR BELAKANG PERNIAGAAN

Nama Perniagaan : De Chantik’s Beauty Centre & Spa Sdn. Bhd


Alamat Perniagaan : 2-G-26D, Wisma Rampai,
Jalan 34/26, Taman Sri Rampai,
53300 Kuala Lumpur
Alamat Surat Menyurat : 2-G-26D, Wisma Rampai,
Jalan 34/26, Taman Sri Rampai,
53300 Kuala Lumpur
Nombor Telefon : 03-4149 6929
Bentuk Syarikat : Firma Perkongsian
Kegiatan Utama : Perkhidmatan Kecantikan
Tarikh Mulakan Perniagaan : 2 Julai 2010
Tarikh Pendaftaran : 10 Mei 2010
Nombor Pendaftaran : PW0006239-G
Modal Permulaan : RM150,000
Nama Bank : Hong Leong Bank Berhad (Cawangan Sri Rampai)
Jenis Akaun : Akaun Semasa
Nombor Akaun Syarikat : 21642902376490
4.0 LATAR BELAKANG PEMILIK

Rakan Kongsi Pertama

Nama Penuh : Mohd Khusairi Bin Masukidar


No. Kad Pengenalan : 810429-10-5839
Tarikh Lahir : 29 April 1981
Umur : 29 tahun
Jantina : Lelaki
Alamat : 38 Lorong 3 Taman Raya Batu 40 , 45200 Sabak Bernam.
Taraf Perkahwinan : Bujang
Taraf Pendidikan : Diploma Perguruan Malaysia
Pengalaman Kerja : 6 Tahun ± Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM)
Kemahiran / Kebolehan : Mengajar
Kursus Yg Pernah Dihadiri : LKS Modul 1&2
Kemahiran : Pengarah Urusan
Pengalaman : Jurujual Sambilan
Jawatan Dalam Syarikat :Pengurus
Pekerjaan Sekarang : Pelajar
No. Telefon / Fax : 03-4149 6929
Nombor Telefon : 017-6297825
Rakan Kongsi Kedua

Nama Penuh : Mohd Firdaus Bin Mohd


No. Kad Pengenalan : 901103-11-5379
Tarikh Lahir : 3 Nov 1990
Umur : 20 tahun
Jantina : Lelaki
Alamat : 226 Kg. Baru, FELDA Neram 1 Tambahan 1
24060 Kemaman, Terengganu
Taraf Perkahwinan : Bujang
Taraf Pendidikan : Diploma IT
Pengalaman Kerja : 1 Tahun ± Usmayati (M) Sdn Bhd
Pekerjaan Sekarang : Pelajar
Kemahiran / Kebolehan : Pentadbiran Perniagaan
Kursus Yg Pernah Dihadiri : Seminar Keusahawanan Siswa, LKS Modul 1&2 Kemahiran
: Pengurusan akaun
Pengalaman : Juruwang
Jawatan Dalam Syarikat : Pengurus Pemasaran
Pekerjaan Sekarang : Pelajar
No. Telefon / Fax : 03-4149 6929
Nombor Telefon : 019-9350783
Rakan Kongsi Ketiga

Nama Penuh : Nurul Faidah Binti Md Fauzi


No. Kad Pengenalan : 900116-04-5176
Tarikh Lahir : 16 Januari 1990
Umur : 20 tahun
Jantina : Perempuan
Alamat : No 4 Lorong teratai, Kg Parit Haji Hashim, 86200 Simpang
Renggam, Johor
Taraf Perkahwinan : Bujang
Taraf Pendidikan : Kolej Matrikulasi Kuala Pilah
Pengalaman Kerja : Cashier di Cafe Kopitiam Batu Berjuntai
Pekerjaan Sekarang : Pelajar
Kemahiran / Kebolehan : Pengurusan Pentadbiran, Pengurusan Kewangan Sarikat
Kursus Yg Pernah Dihadiri : LKS Modul 1& 2,
Kemahiran : Microsoft Word, M. Excel, M. Powerpoint dan aplikasi
multimedia
Pengalaman : Bekerja sebagai kerani
Jawatan Dalam Syarikat : Ketua Badan & Biomagnetik
Pekerjaan Sekarang : Pelajar
No. Telefon / Fax : 03-4149 6929
Nombor Telefon : 013-9712730
Rakan Kongsi Keempat

Nama Penuh : Sa'diyyah Mohd Nun Chanifah


No. Kad Pengenalan : 900321-10-5430
Tarikh Lahir : 21 Mac 1990
Umur : 20 tahun
Jantina : Perempuan
Alamat : Lot 1838 Batu 9, Kampung Medan, 42500 Telok Panglima
Garang, Kuala Langat, Selangor
Taraf Perkahwinan : Bujang
Taraf Pendidikan : Matrikulasi
Pengalaman Kerja : Membantu jualan amal MAKNA
Kemahiran / Kebolehan : Pengurusan Hubungan Luar
Kursus Yg Pernah Dihadiri : LKS Modul 1 &2
Kemahiran : Asas Fisioterapi (MAHSA College)
Pengalaman : Bekerja Sebagai Pegawai Perhubungan Awam
Jawatan Dalam Syarikat : Ketua Bidan & Urutan
Pekerjaan Sekarang : Pelajar
No. Telefon / Fax : 03-4149 6929
Nombor Telefon : 013-3735431
5.0 Pelan Premis Perniagaan
5.1 Pelan Lokasi Premis Perniagaan
5.2 Pelan Lantai Premis Perniagaan
6.0 RANCANGAN PEMASARAN

a) Ciri-ciri Umum Produk/servis dan Pengguna.

Firma menjalankan perniagaan pusat rawatan kesihatan dan kecantikan serta khidmat perunding
perkahwinan. Perniagaan firma termasuklah melangsing badan, mendandan rambut, rawatan
muka dan biomagnetik (rawatan kesihatan yang menggunakan kombinasi akupunktur dan
refleksologi), urutan tradisional (urutan biasa dan selepas bersalin), mandian SPA, dan juga
persiapan perkahwinan seperti andaman, gubahan hantaran, sewaan baju pengantin, dan lain
-lain lagi.

Di samping menjalankan perkhidmatan yang tersebut di atas, firma juga ada menjual pelbagai
produk-produk kecantikan dan kesihatan yang kebanyakannya adalah berkaitan dengan
kesihatan dan kecantikan wanita.

Firma dijangka akan dapat menarik minat ramai wanita untuk mencuba dan seterusnya
menggunakan khidmat yang disediakan oleh firma. Ini kerana kecantikan merupakan idaman
setiap wanita.

b) Pasaran AM

Penjagaan kesihatan dan kecantikan amatlah diambil berat terutamanya oleh wanita - wanita
moden masa kini yang amat mementingkan kesempurnaan diri. Ini adalah kerana wanita pada
zaman ini banyak berkecimpung di dalam kerjaya profesional dan perniagaan sendiri yang
setaraf dengan lelaki. Oleh sebab itu kebanyakan wanita amat mengambil berat tentang
keterampilan diri masing-masing agar kelihatan muda, bergaya, sihat, ceria, dan yakin.

Perkembangan industri perkhidmatan kesihatan dan kecantikan pada masa ini adalah amat
meyakinkan dan mempunyai prospek yang besar untuk terus berkembang maju selaras dengan
peningkatan taraf wanita seperti yang tersebut di atas.
Walaubagaimanapun, penglibatan usahawan bumiputera dalam industri ini adalah
kurang berbanding dengan bukan bumiputera yang kebanyakannya dimonopoli oleh kaum Cina.
Jika kita lihat di merata tempat, adalah sukar untuk melihat perniagaan seperti ini yang
diuruskan oleh usahawan bumiputera. Sedikit sebanyak, usaha pemilik untuk membuka
perniagaan khidmat kesihatan dan kecantikan akan membuka mata masyarakat bumiputera
untuk cuba bersaing dalam industri ini.

c) Sasaran Pasaran Syarikat/firma

Pada peringkat awal perniagaan, fokus utama firma adalah tertumpu kepada pelanggan
yang berada di kawasan :
 Taman Ria
 TamanPahlawan
 TamanWira
 LagunaMerbok
 Lagenda Height

Secara amnya, populasi di kawasan-kawasan tersebut didominasikan oleh penduduk


bumiputera. Faktor ini akan memberikan kelebihan kepada firma untuk memenangi pelanggan-
pelanggan dari kaum bumiputera. Oleh itu, lokasi yang dipilih oleh pemilik bagi menjalankan
perniagaannya adalah baik dan berpotensi besar untuk berjaya.

Lokasi firma berada di kawasan komersial Lagenda Height yang berhampiran dengan pusat-
pusat perniagaan, perkembangan komersil, klinik, pusat beli belah akan memberikan peluang
yang besar untuk mendapatkan perhatian pelanggan.

Pelangan-pelangan yang disasarkan mempunyai ciri-ciri berikut :


1. Wanita berumur diantara 18 ± 45 tahun.
2. Wanita bekerja
3. Populasi pelanggan sasaran didalam kawasan pasaran adalah seperti berikut :

Kawasan/Taman Bilangan Rumah Bilangan Bilangan


Penghuni Pelanggan
berKeluarga (*) Sasaran (^)
1.Taman Ria 2.Taman 3.Taman Wira 4.Laguna 5.Lagenda
Pahlawan Merbok Height
3,000 unit 1,200 keluarga 240 orang Jumlah 760 orang
1,500 unit 600 keluarga 120 orang
3,000 unit 1200 keluarga 240 orang
1000 unit 400 keluarga 80 orang
1000 unit 400 keluarga 80 orang
Nota: (*) 40% dari bilangan rumah dianggar didiami oleh penghuni berkeluarga.
(^) 20% dari bilangan penghuni berkeluargan dianggarka n mempunyai ciri-ciri
pelanggan sasaran firma
d) Strategi Pasaran firma
Di antara strategi-strategi adalah seperti berikut :
i. Mempertingkatkan mutu perkhidmatan di premis yang baru. Mutu perkhidmatan akan lebih
professional memandangkan perniagaan sudah dijalankan di tapak perniagaan yang sesuai,
tidak lagi di rumah seperti sebelumnya.

ii. Memperluaskan kaedah rawatan dengan alat-alat moden. Campuran antara rawatan
tradisional dan moden.
iii. Menambah lebih banyak pakej -pakej menarik dengan harga yang lebih murah.
iv. Menjalankan promosi secara ³Pelanggan Bawa Pelanggan´. Setiap pelanggan yang
membawa pelanggan lain untuk mendapatkan perkhidmatan ini, si pembawa akan dapat satu
perkhidmatan secara percuma.
v. Mempelkenalkan kad keahlian dimana setiap ahli akan mendapat potongan keatas bayaran
perkhidmatan. Khidmat bimbingan kecantikan dan keterampilan akan diberi secara percuma
kepada ahli.
vi. Perkhidmatan akan diberikan dengan penu h beretika dan mengamalkan tahap
professionallisma tinggi. Motto perniagaan ³Kejelitaan Teras Keperibadian ´.
vii. Menyediakan perkhidmatan dan pilihan yang lebih banyak kepada bakal -bakal
pengantin yang ingin menggunakan khidmat firma.
viii. Mengamalkan sistem booking atau prior appointment untuk mengelakkan pelanggan
terlalu lama menunggu.

Dengan menjalankan strategi -strategi yang telah dikenalpasti diatas, firma dijangka
akan dapat berkembang dengan baik, dapat menambah pelanggan, dan dapat
memberikan perkhidmatan professional yang efektif.

You might also like