You are on page 1of 4

Sememangnya, persoalan, “Bagaimanakah Tarian Singa dapat membantu

menjayakan program 1Malaysia?” sukar dijawab. Melalui mata kasar, sukar sekali untuk
kita melihat kerelevanan kedua-dua isu ini untuk dihubungkaitkan.

Tarian Singa (bahasa Cina: 舞獅; pinyin: wǔshī) adalah sebahagian daripada tarian
tradisional dalam adat warisan masyarakat Cina, yang mana penari akan meniru
pergerakan singa dengan menggunakan kostum singa. Kostum singa itu dimainkan oleh
dua penari iaitu seorang memainkan di bahagian hadapan dengan menggerakan kepala
kostum, manakala pasangan penari akan memainkan bahagian belakang kostum singa
tersebut. Kedua-dua penari itu akan bergerak seakan-akan singa di atas pentas yang
disediakan. Tarian singa ini akan diiringi oleh gong, dram, dan dentuman mercun yang
dikatakan akan membawa tuah.

Sejarah singa dianggap sebagai pelindung dalam kebanyakan adat orang Asia,
terutamanya bagi mereka yang berketurunan orang Cina. Tarian singa menjadi adat di
negara China, Taiwan, Jepun, Korea, Thailand, dan Vietnam. Setiap negara tersebut
mempunyai corak dan bentuk tarian yang berbeza. Namun tarian ini lebih terkenal sebagai
warisan orang Cina, kerana dikatakan sejarahnya bermula lebih 1,000 tahun lalu. Dua
tarian singa yang amat popular ialah "Tarian Singa Utara" dan "Tarian Singa Selatan".

Tarian Singa Utara adalah berasal dari bahagian utara China yang menggunakan
tarian ini sebagai hiburan diraja. Kostum singa mereka menggunakan warna merah, jingga
dan kuning (hijau bagi kostum singa betina). Tarian Singa Utara adalah lebih banyak
pergerakan akrobatik dan bertujuan sebagai hiburan.

Tarian Singa Selatan lebih membawa perlambangan alam sekitar. Tarian ini selalu
dipersembahkan sebagai istiadat upacara membuang semangat jahat dan upacara
meminta tuah. Tarian Singa Selatan menggunakan pelbagai warna dan kepala kostum
mempunyai mata yang lebih besar daripada Singa Utara, dan mempunyai cermin serta
sebatang tanduk di hadapan kepalanya.

Konsep 1Malaysia telah diperkenalkan oleh Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri
Najib Tun Razak. Konsep ini adalah berteraskan kepada prinsip rakyat didahulukan,
pencapaian diutamakan. Konsep 1Malaysia secara umumnya, mengajak rakyat Malaysia
untuk bersatu padu tanpa mengira bangsa dan agama. Sememangnya, seperti yang kita
sedia maklum, Malaysia sememangnya sebuah Negara yang berbilang bangsa dan agama.
Namun begitu, kita berkongsi satu rumah yang sama iaitu, Malaysia.

1Malaysia, mengikut penjelasan Perdana Menteri, seperti yang dilaporkan oleh Utusan
Malaysia ialah:

1. Kita berdiri, kita berfikir dan bertindak sebagai bangsa Malaysia. One People. dan kita
mengambil tindakan-tindakan berdasarkan kehendak semua kumpulan etnik dalam negara
kita;

2. Ini bukan bererti kita mengenepikan dasar afirmatif, dasar untuk menolong kaum
Bumiputera asalkan dasar itu dilaksanakan dengan cara yang adil dan memberi
pertimbangan kepada golongan Bumiputera yang layak mendapat sesuatu pertimbangan
daripada kerajaan; dan

3. Kita keluar daripada cara bertindak dalam tembok etnik yang kita amalkan sejak sekian
lama.
Matlamat utama konsep ini adalah untuk memupuk perpaduan di kalangan rakyat
Negara ini yang terdiri daripada 3 bangsa utama iaitu bangsa Melayu, Cina dan India. Oleh
itu, langkah yang paling mudah untuk memupuk perpaduan sesama kaum ini adalah
melalui penerapan dan pendedahan tentang adat-adat dan tradisi 3 bangsa utama
tersebut. Di sini ingin difokuskan kaitan antara konsep 1Malaysia dengan tradisi tarian
singa masyarakat kaum Cina Negara ini. Tarian singa tidak semestinya harus dilakukan
oleh masyarakat kaum Cina sahaja, malah kaum Melayu dan India juga boleh turut serta
menyertai dan belajar tentang selok belok tarian ini. Dengan itu ia boleh mengeratkan lagi
persefahaman dan memupuk keharmonian di kalangan kaum-kaum tersebut. Jika dulu
tarian singa ini hanya dimainkan oleh kaum Cina dalam sesebuah majlis atau acara kaum
mereka sahaja, kini kita boleh dapati bahawa kaum lain juga turut serta menggunakan
tarian ini sebagai pembuka bagi sesebuah majlis perasmian terutamanya. Justeru itu, tidak
hairanlah jika konsep 1Malaysia dapat memudahkan lagi matlamat perpaduan kaun
dicapai.

Perkara pertama yang harus dipraktikkan adalah dengan mengetahui dan


mendalami sejaran berkaitan dengan tarian singa, contohnya tentang sejarah asal-usul
tarian singa dan mengenal pasti peralatan-peralatan yang terlibat dalam tarian ini. Namun
begitu, tarian ini mempunyai teknik-teknik yang tertentu yag perlu dipelajari dan difahami
terlebih dahulu kerana ia bukanlah tarian yang boleh dianggap remeh. Oleh sebab itulah ia
memerlukan kemahiran yang tinggi untuk menguasai tarian ini. Jika tidak, berkemungkinan
boleh menyebabkan kecederaan kepada penari tarian tersebut.
Kesimpulannya, tarian singa mampu menjadi salah satu cara bagi memupuk
perpaduan dalam kalangan masyarakat melalui penglibatan pelbagai kaum dalam tarian ini.
Suatu ketika dahulu, kita mungkin dipandang serong sekiranya memainkan kebudayaan
masyarakat lain. Namun kini, tarian singa menjadi semakin ‘harmoni’ lantaran peglibatan
semua kaum dalam tarian ini. Oleh begitu, tarian singa terbukti dapat membantui
menjayakan program 1Malaysia seperti yang dikhendaki kerajaan iaitu melahirkan sebuah
Negara yang harmoni serta masyarakat yang bersatu padu sejajar dengan matlamat
1Malaysia.

You might also like