You are on page 1of 37

GERONTOLOGY

Disediakan untuk:Pn Fathiyah Md


Noor
MEMBERS
Nur Lyana bt Mohd Omor
Nur Farahin bt Johadi
Nur Aatikah bt Abdul Rahim
Norhaniza bt Abu Hassan
DIABETES
MELLITUS
DEFINISI
Satu penyakit metabolic di mana pesakit
mempunyai tahap gula dalam darah yang tinggi
( hyperglycemia ) berkait dengan penghasilan
insulin yang abnormal, gangguan dalam
penyerapan insulin oleh sel – sel badan atau
kedua – duanya sekali.
ETIOLOGY
• Faktor genetik
• Autoimmune
• Jangkitan virus seperti coxsackie virus B
• Faktor persekitaran seperti stress
• Pemakanan yang tidak sihat dan tidak
seimbang seperti pengambilan makanan yang
tinggi lemak
• Faktor umur iaitu orang yang lebih berusia
berisiko mendapat penyakit ini.
MANIFESTASI
1. Polyuria
KLINIKAL
2. Polydipsia (cepat haus)
3. Glycosuria
4. Pandangan kabur
5. Kehilangan deria rasa
6. Letih lesu
7. Kelemahan otot
8. Luka yang lambat sembuh
JENIS DIABETIS
• Type 1
MELLITUS
- Dikenali sebagai juvenile diabetik.
- Sering berlaku kepada kanak – kanak dalam
lingkungan umur 11 dan 13 tahun.
- Idiopatic
- Berlaku disebabkan T sel yang menyerang dan
memusnahkan beta sel di Islet of Lingerhans
yang merupakan sumber pengeluaran insulin.
- Beta sel juga boleh rosak disebabkan jangkitan
virus
• Type 2
- Sering berlaku pada orang dewasa lingkungan
umur lebih daripada 55 tahun.
- Risiko mendapatnya meningkat mengikut
umur.
- Berlaku disebabkan penghasilan yang tidak
mencukupi dengan keperluan badan biasanya
dikaitkan dengan pengambilan karbohidrat
yang tinggi.
- Insulin resistance, iaitu keadaan di mana tisu
badan tidak bertindak balas kepada tindakan
insulin.
• Di mana insulin receptor yang terdapat di sel
hati, otot skeletal dan hati berkurang atau
tidak response terhadap penghasilan insulin.
• Ia juga boleh berlaku disebabkan perubahan
penghasilan hormon seperti adipokines.
UBATAN
OHA ( oral hypoglycemic agent )
1. Sulphonylurea
- Chlorpropamide ( diabenese )
Dos : 100 – 500 mg bd
- Glipizide ( glucocytrol )
Dos : 5 – 40 mg od
2. Biguanide
- Metformin ( glucophage )
Dos : 500 mg tds/ 850 mg bd
3. Apha Glucosidase Inhibitors
- Acabose ( precose )
Dos : 25 – 100 mg diambil dengan kunyahan pertama
semasa makan.
Insulin
1.Short acting
- Actrapid
2. Long acting
- Insulatard
PENGURUSAN
Pengurusan hypoglycemia
1. Ajar pesakit dan ahli keluarga tentang tanda – tanda
mengesan apabila berlakunya hypoglycemia seperti
pesakit akan mengalami:
- Berasa resah dan gelisah
- Berpeluh – peluh
- Rasa lapar yang hebat
- Rasa lemah dan menggigil
- Berdebar – debar dan sukar bercakap
supaya ahli keluarga dapat memberi perawatan awal.
2. Beritahu pesakit supaya segera mengambil
makanan atau minuman seperti air milo jika
mengalami tanda – tanda hypoglycemia untuk
memulihkan simptom tersebut .
3. Nasihat pesakit atau ahli keluarga untuk
membawa bekalan seperti gula – gula ketika
pesakit merancang melakukan aktiviti di luar
untuk mengelakkan hypoglycemia.
4. Galakkan pesakit atau ahli keluarga untuk
memeriksa tahap gula dalam darah sendiri
dengan membeli glucometer sendiri jika
mampu untuk memantau tahap gula pesakit.
5. Beritahu ahli keluarga untuk membawa
pesakit segera ke klinik atau hospital
berdekatan untuk mendapatkan rawatan yang
selanjutnya.
Pengurusan ubatan
1. Galakkan pesakit untuk mengambil ubatan mengikut
dos dan masa yang betul seperti makan ubat
metformin 2 biji setiap 2 kali sehari pagi dan petang
sebelum makan mengikut preskripsi yang diarahkan
oleh doktor.
2. Ajar pesakit dan ahli keluarga untuk melihat kesan –
kesan sampingan ubat seperti loya dan muntah
supaya pesakit boleh berjumpa dengan doktor untuk
saranan ubat yang lebih sesuai.
3. Jika pesakit mempunyai glucometer sendiri beritahu
pesakit supaya memeriksa dahulu tahap gula sebelum
mengambil ubatan.
4. Beritahu pesakit supaya mengambil makanan setiap
kali selepas pengambilan ubat untuk mengelakkan
pesakit mengalami hypoglycemia.
4. Beritahu pesakit dan ahli keluarga pemberian
insulin boleh diberi di bahagian lengan atau perut
dan pesakit boleh menukar tempat suntikan
tersebut untuk mengelakkan tempat suntikan
menjadi liperhyperthropy.
5. Jika pesakit menyucuk sendiri insulin tersebut
pesakit perlulah menyuntik di bahagian yang
mudah dilihat olehnya.
6. Beritahu pesakit untuk mengambil makanan
selepas 30 minit pemberian insulin bagi
mengelakkan hypoglycemia.
7. Beritahu pesakit datang berjumpa doktor
mengikut temujanji yang telah ditetapkan
sebagai rawatan susulan.
Pengurusan pemakanan
1. Beritahu pesakit atau ahli keluarga jangan
melangkau waktu makan dan pastikan
mengambil makanan mengikut waktu.
2. Nasihat pesakit untuk mengambil makanan
yang tinggi serat, protein dan vitamin untuk
mendapatkan nutrien yang cukup dalam
badan.
3. Galakkan pesakit untuk mengambil makanan
yang tinggi serat seperti roti jagung,oat dan
biskut mil penuh.
4. Nasihat pesakit jangan mengambil buah
semasa perut kosong dan jika ingin minum jus
buah jangan tapis dan jangan menambahkan
gula dalam jus tersebut.
5. Galakkan pesakit untuk mengelak daripada
mengambil makanan yang tinggi lemak dan
karbohidrat, makanan yang berminyak untuk
mengekalkan tahap gula dalam badan.
6. Galakkan pesakit untuk mengambil diabetic
diet seperti yang disarankan oleh Pegawai
Dietitik dengan nisbah 2:1:1 iaitu
karbohidrat:protein:lemak untuk mengekalkan
status pemakanan yang optimum
7. Beritahu pesakit supaya mengelakkan
daripada mengambil minuman berkarbonat
dan mengurangkan gula dalam pemakanan
untuk mengawal tahap gula dalam darah.
Pengurusan penjagaan kaki
1. Nasihatkan pesakit supaya mencuci kaki dengan air
suam dan menggunakan sabun yang pH rendah
seperti sebamed untuk mengekalkan kelembapan
kulit dan kebersihan kaki.
2. Nasihatkan pesakit untuk mengeringkan kaki
dengan betul pada seluruh bahagian kaki
menggunakan kain yang bersih untuk mengelakkan
pembiakan mikroorganisma.
3. Beritahu pesakit atau minta bantuan ahli keluarga
jika pesakit ada gangguan penglihatan memotong
kuku jari secara lurus untuk mengelakkan lebihan
kuku yang boleh menyebabkan kecederaan.
4. Nasihatkan pesakit supaya memeriksa kaki
dengan menggunakan cermin setiap hari
untuk melihat sekiranya terdapat luka,
rekahan atau perubahan warna kulit untuk
mengesan kecedraan bagi mendapatkan
rawatan yang selanjutnya.
5.Nasihatkan pesakit berkaitan pemakaian kasut
yang betul seperti :
- Memakai kasut mengikut saiz yang sesuai iaitu
tidak terlalu ketat untuk menggalakkan
peredaran darah dan tidak terlalu longgar
untuk mengelakkan kecederaan pada kaki.
- Memakai stokin yang dibuat daripada kapas
untuk mnggalakkan penyerapan peluh dan
membantu peredaran udara.
- Memeriksa kasut sebelum memakainya untuk
memastikan tiada bendasing seperti batu –
batu kecil yang boleh menyebabkan
kecederaan pada kaki.
6. Beritahu pesakit supaya mendapatkan
rawatan segera sekiranya terdapat luka pada
kaki supaya luka tidak melarat menjadi lebih
teruk kerana luka yang dibiarkan boleh
menjadi ulser jika dibiarkan.
Pengurusan Senaman
1. Galakkan pesakit untuk melakukan senaman
mengikut kemampuan pesakit 3 kali
seminggu, 10 minit setiap sesi untuk
menyihatkan tubuh badan.
2. Galakkan pesakit melakukan senaman kaki
untuk menggalakkan peredaran darah.
3. Beritahu pesakit elak daripada menyilang
kaki dengan kerap semasa duduk bagi
mengelakkan peredaran darah terganggu
yang akan menyebabkan varicose vein.
Pemeriksaan Kesihatan
1. Nasihatkan pesakit untuk melakukan pemeriksaan
mata secara berkala bagi mengesan tahap
penglihatan pesakit.
2. Beritahu pesakit supaya datang ke klinik berjumpa
doktor mengikut temujanji yang telah dibuat untuk
mendapatkan rawatan susulan.
3. Nasihat pesakit untuk sentiasa memantau berat
badan supaya pesakit dapat mengawal tahap
pemakanannya.
Hyperthyroidism
DEFINISI
• Hyperthyroidism merupakan suatu gangguan
atau penyakit yang berlaku disebabkan oleh
kelenjar thyroid menghasilkan hormon
thyroid melebihi dari keperluan badan.
• Ia juga disebut sebagai thyrotoxicosis.
• Boleh memberi kesan kepada sistem badan,
menyebabkan metabolisma dalam badan
meningkat.
Etiology
• Graves’ disease
• Thyroiditis atau inflamasi pada kelenjar
thyroid
• Mengambil sumber iodine secara berlebihan
• Terdapat 1 atau lebih nodul thyroid
(adenomas)
Menifestasi klinikal
• Letih dan otot- otot menjadi lemah
• Mengalami gangguan tidur
• Penurunan berat badan
• Suhu badan meningkat
• Degupan jantung yang tidak regular
• Perubahan perasaan
Ubatan
1) ANTITHYROID DRUGS
~ Propythiouracil
> Dosage – PO : 300-900mg/day

~ Methimmozole/tapazole
> Dosage – PO : 15-60mg/day
Tujuan:
i- Ubatan ini adalah untuk merendahkan paras
metabolik menjadi normal.
ii- Ubatan hendaklah disemak semula – dos
tinggi/tidak mencukupi
iii-Kesan sampingan ada seperti toxisiti
iv- Mengelak pesakit dari mendapat komplikasi,
menentukan kemajuan pesakit dan keperluan
meneruskan rawatan.
v- Kesan ubat ini adalah untuk menghadkan kelenjar tiroid
bagi mengurangkan tahap pengeluaran hormon tiroid.

2) Pembedahan thyroidectomy.
Pengurusan pesakit dan
keluarga
Pengurusan
1. Terangkan kepada pesakit serta ahli
keluarga tentang penyakit yang dihidapi serta
cara rawatan yang akan dijalani bagi proses
penyembuhan.

2. Nasihati pesakit atau ahli keluarga supaya


teruskan pemeriksaan kerana ujian fungsi
tiroid adalah mustahak dan perlu untuk
mendokumentasikan kesan teraputik atau
kesan-kesan buruk.
3. Pesakit perlu memberitahu jika ada sakit
dada, kehilangan berat badan, dan sukar untuk tidur.

4. Beritahu ahli keluarga pesakit supaya menyediakan


pemakanan yang seimbang mengikut piramid makanan
seperti:
- Mengurangkan pengambilan iodin seperti makanan laut
iaitu udang.
- Mengambil makanan tinggi vitamin dan mineral untuk
membina imuniti badan.
- Mengurangkan pengambilan makanan berlemak dan
berminyak.
5. Nasihatkan ahli keluarga pesakit supaya memastikan
pesakit tidak mengalami gangguan emosi seperti
bimbang dan cemas mengenai sesuatu perkara.
6. Nasihatkan pesakit supaya mengamalkan
cara hidup sihat seperti mengurangkan
stress, tidak merokok, serta mengambil
alkohol. Galakkan pesakit meluahkan
masalah yang dihadapi kepada ahli keluarga.
7. Beritahu ahli keluarga pesakit supaya
membawa pesakit ke klinik atau hospital
yang berhampiran untuk rawatan susulan
bagi mengetahui tahap kesihatan pesakit.
8. Terangkan kepada pesakit dan keluarga
pembedahan thyroidectomy iaitu
pembuangan thyroid perlu dilakukan untuk
penyembuhan.
9. Terangkan kepada pesakit dan penjaga
tentang penjagaan selepas pembedahan
seperti :
- Beritahu pesakit jangan makan makanan yang
pedas dan berminyak.
- Nasihat pesakit untuk mengambil aiskrim bagi
menggalakkan vasokonstriksi untuk
mengelakkan pendarahan.
- Galakkan pesakit rehat dan tidak banyak
bercakap untuk proses penyembuhan.
SEKIAN,TERIMA
KASIH

You might also like