P. 1
PERANAN PERDANA MENTERI DALAM DEMOKRASI BERPARLIMEN

PERANAN PERDANA MENTERI DALAM DEMOKRASI BERPARLIMEN

|Views: 6,830|Likes:
Published by Shafiq Mohd Nor

More info:

Categories:Types, Research, History
Published by: Shafiq Mohd Nor on Mar 13, 2011
Copyright:Attribution Non-commercial
List Price: $4.99 Buy Now

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
See more
See less

12/28/2013

$4.99

USD

SKP 2101 KENEGARAAN MALAYSIA 2009

TAJUK TUGASAN; PERANAN PERDANA MENTERI DALAM DEMOKRASI BERPARLIME

NAMA PENSYARAH ENCIK FAIZAL BIN HARUN

1

DEMOKRASI Istilah demokrasi berasal daripada perkataan Greek. Raja Malaysia.Konsep demokrasi ini dikembangkan pula oleh beberapa orang cendekiawan Greek seperti Socrates. 2 .malahan. 2. Perdana Menteri Malaysia adalah ketua pemerintahan Malaysia. kerajaan yang dipilih perlu memikat hati rakyat yang telah memilihnya. Aristotle dan Pericles. Jawan Perdana Menteri adalah satu jawatan yang paling penting dalam sebuah sistem politik bercorak demokrasi berparlimen dan raja berperlembagaan. kerana perbuatan demikian boleh menimbulkan rasa tidak puas hati dan kemarahan rakyat. Kuasa pemerintahan terletak pada Perdana Menteri. Maka dengan itu. semua Perdana Menteri berasal dari UMNO. Menurut Ensiklopedia Bebas. Secara rasmi beliau dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong. iaitu ketua Jemaah Menteri yang memberi nasiat yang mesti diterima oleh Yang di-Pertuan Agong. Sejak kemerdekaannya pada 1957. iaitu demos dan kratos. Konsep demokrasi dikatakan telah diasaskan oleh kerajaan Greek Purba (abad ke-4 M). Menurut Md. Bohari Ahmad.PENGENALAN 1. Plato. parti terbesar dalam Barisan Nasional (dikenali sebagai Perikatan hingga pilihan raya 1969). PERDANA MENTERI Menurut Jayum A. kerajaan berkewajipan menjalankan segala tugas dan tanggungjawabnya secara terbuka supaya diketahui. Demokrasi adalah perwakilan berinstitusi dan kebebasan mengkritik yang terbentuk hasil pilihan raya bebas. difahami dan akhirnya mendapat sokongan penuh rakyat. dan biasanya pemimpin parti politik terkuat dalam Parlimen (Dewan Rakyat). Pemerintahan demokrasi berparlimen merupakan kerajaan yang dipilih oleh rakyat dan untuk rakyat.Malahan menerusi sistem ini parti yang menang dan berkuasa tidak boleh bersikap tidak adil dan mengetepikan golongan minoriti atau yang kalah. Demos bermaksud µrakyat¶ dan kratos bermaksud µpemerintahan¶.

iaitu kuasa membuat. Kuasa Perundangan. dan 3.3. Fungsi dan Kuasa Parlimen Parlimen berkuasa membuat undang-undang menerusi pembentangan Rang Undang-Undang bagi kedua-dua Parlimen.iaitu mempunyai satu dewan sahaja. Sistem parlimen dan pilihan raya di Negara ini telah berjalan dengan baik dan mantap.Perkara 66-68. Malaysia merupakan sebuah Negara yang mengamalkan pemerintahan melalui amalan demokrasi berparlimen.Bahagia 4. Ini semuanya adalah keranan system ini mendapat sokongan dan penglibatan pihak pemerintah dan rakyat. 3 .Malaysia juga mempunyai pengalaman yang lama dan luas dalamn mengamalkan system berparlimen dan pilihan raya. PARLIMEN Menurut D. Kebanyakan Parlimen hari ini mempunyai ahli yang dipilih dengan tugas meneliti. Kuasa Perundangan ini ditentukan oleh Perlembagaan Persekutuan Malaysia.Bab 5. Keistimewaan Parlimen Keabsahannya apa-apa perjalanan dalam mana-mana satu Dewan Parlimen atau dalam manamana Jawatankuasa. 2.Antara fungsi Parlimen ialah. mengawal dan ada kalanya memilih kuasa eksekutif. meminda atau memansuhkan undang-undang. Tidak seorang pun boleh didakwa bagi apa juga yang diucapkannya atau apa-apa undi yang diberi oleh ahli Parlimen apabila mengambil bahagian dalam apa-apa oerjalanan bagi mana-mana jawatankuasanya. 1. Struktur Parlimen pula sama ada dalam bentuk bicameral.tambahan atau memansuhkan mana-mana cukai. tidak boleh dipersalahkan dalam mana-mana mahkamah. Meluluskan belanjawan Negara bagi satu-satu tahun tertentu.iaitu mempunyai dua buah dewan seperti Dewan Rakyat dan Dewan Negara dan unicameral. Mengenakan cukai-cukai baru.Robertson Parlimen merupakan satu perhimpunan perundingan dimana kuasa Perlembagaan diperlukan atau tidak diperlukan bagi tujuan membuat undang-undang rasmi Negara.

kerajaan yang dipilih oleh rakyat perlu menjaga dan menghargai mandate yang diberikan oleh rakyat dengan baik agar mereka mendapat sokongan penuh daripada rakyat pada waktu ini dan pada pilihan raya yang akan dating. Satu sisitem kerajaan dengan eksekutif bertanggungjawab kepada Parlimen yang wujud hasil dari satu pilihan raya umum. konsep demokrasi yang diamalkan adalah sama dengan apa yang diamalkan oleh negara lain yang mengamalkan pemerintahan bercorak demokrasi iaitu suatu pemerintahan yang menggunakan suara rakyat dalam menentukan pemimpin negara atau tampuk pemerintahan. i. Kerajaan Berparlimen ialah. dan juga mengawasi dan mengawal perbelanjaan awam/kerajaan. Dalam hal ini. ii. pihak kerajaan mestilah mengekalkan keyakinan (confidence) Parlimen supaya membolehkan mereka terus berkuasa. Kebiasaannya. Pilihan raya ini pula dijalankan oleh sebuah suruhanjaya bebas yang dikenali sebagai Suruhanjaya Pilihan raya (SPR) yang ahli-ahlinya dilantik oleh YDPA. 4 . Bagi kebanyakan sistem parlimen . Pemilihan pemimpin dibuat melalui sistem pilihan raya yang dijalankan lima tahun sekali.Robertson (1993). ahli-ahli eksekutif atau menteri menjadi ahli Parlimen dan ini membuatkan akuantabiliti mereka lebih terus kepada Parlimen. Kerajaan Berparlimen Menurut D.Amalan Demokrasi Berparlimen Di Malaysia Malaysia telah mengamalkan pemerintahan bercorak demokrasi sejak kemerdekaan sehinggalah ke hari ini. Parlimen berfungsi membuat undang ±undang/aktar. 1. Sebagaimana yang diterima umum. Demokrasi yang diamalkan di Malaysia adalah bercorak Demokrasi Berparlimen dimana wakil-wakil yang dipilih oleh rakyat tadi akan menduduki Parlimen yang menjalankan pemerintahan melalui peruntukan Perlembagaan Persekutuan. Satu sistem kerajaan yang diwujudkan oleh satu badan yang lebih luas.

Robertson (1993). Pilihan Raya ialah satu kaedah untuk memilih calon bagi jawatan /kerusi tertentu. Tujuan mengadakan pilihan raya adalah untuk memilih orang atau orang-orang yang akan mewakili kepentingan pemilih-pemilih dalam hal yang terletak di bawah bidang kuasa organisasi di mana orang atau individu-individu berkenaan dipilih untuk bertugas. Pilihan raya tidak semestinya dikaitan dengan politik . Pilihan Raya Menurut D. Dari segi sejarah . Kaedah mengira undi juga berbagai-bagai. Menurutnya . pilihan raya merupakan pemilihan umum ke atas seseorang untuk sesuatu jawatan dan pemilihan dibuat menerusi undia sesebuah perkumpulan(constituent body) . Pilihan Raya juga merupakan satu kaedah yang berwibawa bagi memilih pemimpin-pemimpin politik dan ketua negara di seluruh dunia. pilihan raya merupakan salah satu kaedah daripada berbagai-bagai cara pemilihan.dan ia menjadi kaedah yang sangat dominan dalam abad ke-20. direkod dan diterbitkan seperti dalam banyak pilihan raya yang diadakan di seluruh dunia. iaitu orang yang dipilih dan kumpulan pemilihnya. dalam pilihan raya. Pilihan raya boleh dijalankan menerusi berbagai-bagai cara/kaedah. melainkan pilihan raya yang dijalankan itu adalah bercorak politik.2. Maka dalam satusatu pilihan raya terdapat dua objek yang terlibat. Menurut A.Rashid Rahman(1994) pula menghuraikan dengan lebih lanjut definisi pilihan raya. pemilihan mestilah dilakukan secara terbukan oleh sekumpulan orang. Malahan negara yang dipimpin oleh dictator atau rejim tentera juga kerap menggunakan pilihan raya yang penuh dengan tipu muslihat dalam usaha melindungi mekanisme pemilihan politik mereka yang sebenar. 5 . Prosedur mengundi adalah rahsia.

Bukanlah mudah untuk memperkenalkan dasar dan program yang ditujukan khas untuk mengubah institusi dan sikap di kalangan pegawai perkhidmatan 6 . yang bertujuan: (1) meningkatkan prestasi perkhidmatan awam. beliau boleh menentu dan mengawal agenda mesyuarat. Sebagai pengerusi. seorang Perdana Menteri juga mempengerusikan mesyuarat Jemaah Menteri yang di adakan sekali seminggu. Ini adalah kerana semua dasar yang diamalkan oleh kerajaan. dimana seorang itu boleh menentukan bukan sahaja apa yang boleh dibincangkan tetapi juga batas-batas yang mengawal perbincangan perkara-perkara tertentu. Perdana Menteri mempunyai kuasa sebenar dalam pemerintahan yang dikenali sebagai Jemaah Menteri. dan Penggunaan Perakam Waktu. Sebagai ketua. Antara dasar dan program yang dimaksudkan adalah Penswastaan. B.Dasar Pandang ke Timur. yang member nasihat yang mesti diterima oleh Raja Berperlembagaan. Sebagai ketua pentadbir Negara. Ketua Pentadbir Utama Seorang Perdana Menteri juga memainkan peranan sebagai ketua pentadbir utama Negara.Peranan Perdana Menteri 1) Pendahuluan Perdana Menteri adalah satu jawatan yang paling penting dalam sebuah system politik bercorak demokrasi berparlimen dan raja berperlembagaan. Ini bermakna beliau berkuasa mencalonkan sesiapa sahaja untuk dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong untuk menyertai kabinetnya. seorang Perdana Menteri memainkan peranan sebagai juru jual penting dasar-dasar dan program-program yang agak mendadak dan menyeluruh. Ketua Jemaah Menteri Sebagai Perdana Menteri. 2) Peranan Perdana Menteri A. dan (3) merapatkan hubungan sektor awam dengan sektor swasta. (2) mengubah sikap pegawai perkhidmatan awam. termasuk kementerian-kementerian. Kuasa seorang Perdana Menteri tidak terhad kepada jawatan rasmi sebagai Perdana Menteri sahaja. Tambahan pula pelantikan itu bukan suatu yang dibuatkan tanpa mengambilkira kesesuaian seseorang calon pada pandangan Perdana Menteri. Pensyarikatan Malaysia. seorang itu juga adalah ketua Jemaah Menteri seperti peruntukan Perlembagaan Perseketuan. diturunkan dari pemerintah yang diketuai oleh seorang Perdana Menteri. kuasa ini akan menambahkan kuasa seorang Perdana Menteri kerana sesiapa yang dilantik sudah tentu akan merasa berjutang budi atas perlantikan itu. Secara langsung.

Pada 1994. Dalam hal ini.awam yang sudah lama tertanam sebelum itu. Pegawai Diplomatik Utama Seorang Perdana Menteri juga merupakan seorang pegawai diplomatik utama Negara. kualiti kepimpinan dan kewibawaan seorang Perdana Menteri sebagai ketua pentadbir utama negara. (2) melantik dan menentukan bilangan jawatan setiausaha politik. Kedudukan sebagai ketua parti atau gabungan parti juga membawa makna seseorang itu berkuasa dan berhak menentukan agihan kemudahan-kemudahan yang lazimnya ada pada seorang ketua parti atau gabungan parti yang telah memenangi pilihan raya. Ketua Parti Pemerintah Seorang Perdana Menteri sudah semestinya merupakan ketua sebuah parti politik. Ini juga berbeza dengan kepimpinan-kepimpinan sebelum ini. Malaysia mula mengukir nama di arena antarabangsa kerana kepimpinan dinamik dan unggul Dato¶ Seri Dr. asas untuk menjadi Perdana Menteri terletak pada kejayaan parti pimpinan beliau memungut kerusi terbanyak dalam pilihan raya umum. dua yang dilantik untuk mewakili Wilayah Perseketuan Kuala Lumpur dan seorang bagi Wilayah Persekutuan Labuan. Malaysia mempunyai hubungan diplomatik dengan kebanyakan Negara. Tetapi kejayaan Malaysia di arena antarabangsa lebih bergantung kepada personality dan kepimpinan seorang Perdana Menteri. Peranan Malaysia di dalam arena antarabangsa juga ditentukan oleh seorang Perdana Menteri. Seorang Perdana Menteri menentukankan Negara mana yang akan mempunyai hubungan diplomatic dengan Malaysia. menjadikan bilangan keseluruhannya 69. tetapi mematuhi konvensyen dan amalan biasa di mana ketua parti politik yang telah memenangi majority kerusi Parlimen dijemput untuk menubuhkan sebuah kerajaan. dan menjadi Perdana Menteri. dan (3) melantik seseorang ke mana-mana badan (berkanun dan swasta) yang kerajaan mempunyai kepentingan. kecuali Israel.Mahathir Mohamad dalam usaha beliau membawa Malaysia melangkah 7 . Dalam sistem demokrasi yang didokong oleh persaingan parti politik. (1) mencalonkan seseorang itu dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong ke Dewan Negara. Pada tahun 1996. D. Mahathir Mohamad. ia berjumlah 40 orang. Sehubungan dengan ini. baginda tidak perlu menggunakan budi bicara. Pada tahun 1990. beliau memainkan pelbagai peranan dan antaranya adalah seperti (1)Hubungan dengan Negara luar. (2) Peranan Malaysia di arena antarabangsa.Dan hakikat inilah yang memudahkan tugas Yang di-Pertuan Agong melantik seorang Perdana Menteri. Kemudahan-kemudahan yang dimaksudkan merangkumi. Tetapi suasana politik dalam Negara menyebelahi Dr. C. Tetapi kejayaan dan penerimaan dasar dan program itu menunjukan kebijaksanaan. bukan semata-mata ke atas keputusan untuk berbuat demikian. tidaj termasuk 26 yang dipilih oleh setiap Dewan Undangan Negeri. termasuk meletak dan menentukan taraf perwakilan di sesuatu Negara luar itu.

kemunculan seorang pemimpin dan Perdana Menteri sebagai negarawan adalah terhad. Perlembagaan Persekutuan.Mahathir Mohamad ini wujud ekoran daripada pelbagai peranan aktif yang beliau mainkan pada peringkat antarabangsa berhubung dengan perkara-perkara seperti pendirian tegas Negara menyokong hak dan kebebasan perkara seperti pendirian tegas Negara menyokong hak dan kebebasan Palestin dan membantah sistem apartheid di Afrika Selatan. Suruhanjaya berfungsi untuk perlantikan dalam perkhidmatan awam persekutuan. Penasihat Yang Di Pertuan Agong y Ahli-ahli Suruhanjaya Pendidikan dilantik oleh Yang Di Pertuan Agong (atas nasihat Perdana Menteri dan setelah di runding dengan Majlis Raja-Raja. E. Bagaimanapun. Oleh kerana itu. Pada 1950-an dan 1960-an. Suruhanjaya Perkhidmatan Negeri dan Cawangan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Persekutuan. Perdana Menteri-Perdana Menteri sebelumnya banyak terikat kepada usaha menegakkan kedaulatan dan mengukuhkan pembangunan ekonomi dan politik Negara. peranan ini jelas dapat ditangani oleh Perdana Menteri Malaysia. Status negarawan adalah pebgiktirafan dan penghormatan yang paling tinggi bagi dunia politik.untuk mengukir nama Negara di arena antarabangsa. Anggota dilantik oleh Yang Di Pertuan Agong dengan rundingan Majlis Raja-Raja dan nasihat Perdana Menteri. F. Terbahagi kepada tiga iaitu Suruhanjaya Perkhidmatan Persekutuan. Perkara 139. Dr. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Persekutuan dianggotai oleh Seorang Pengerusi. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam. perkhidmatan 8 y . Pengerusi dan Naib Pengerusi adalah daripada bekas pegawai perkhidmatan awam yang telah bersara tidak lebih dari lima tahun. di dalam atau luar Negara. Persepsi terhadap Dr. Beliau juga lantang mengkritik sikap talam dua muka sesetengah negara Barat dalam hal hubungan negara-negara tersebut dengan negara-negara membangun. Peranan Suruhanjaya Pendidikan ialah membuat pelantikan dalam perkhidmatan perguruan dan menempatkan guru-guru atau Pegawai Perkhidmatan Pendidikan kedalam kategori tertentu. Dalam Keadaan aman dan bebas (iaitu bebas dari penjajahan langsung kuasa asing). keadaan agak lebih mudah bagi seorang Perdana Menteri menonjolkan diri mereka kerana isu adalah jelas dan merentasi kebanyakan Negara yang dijajahi oleh kuasa asing. Bukan semua Perdana Menteri dapat mencapai taraf penghormatan ini. alam sekitar. beberapa Perdana Menteri dari Dunia Ketiga menonjol sebagai pejuang kebangsaan dan penentangan kuasa penjajah. Negarawan dan Jurucakap Dunia Membangun. seorang Naib Pengerusi dan empat hingga tiga puluh orang ahli. Di bawah pimpinan beliau.Mahathir Mohamad. Malaysia juga memainkan peranan penting dalam pelbagai isu seperti dadah. serta pengagihan secara adil kekayaan dunia antara negara miskin dan kaya.

Seorang Perdana Menteri juga diberi kuasa politik oleh Perlembagaan Persekutuan untuk melantik sebilangan setiausaha politik yang difikirkan perlu (Perkara 43 [c]. y Badan Kehakiman y Pelantikan pesuruhjaya kehakiman. meletakkan kakitangan dalam status pencen bagi mereka yang berpencen. menukarkan kakitangan dalam satu skim atau jawatan yang lain. Pelantikan hakim-hakim Mahkamah Persekutuan. Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Tinggi. y Pelantikan Kabinet. Perlembagaan Persekutuan juga memperuntukkan bahawa Yang di-Pertuan Agong akan melantik timbalan-timbalan menteri atas nasihat Perdana Merteri (Perkara 43A Perlembagaan Persekutuan). Bagi membantu menteri-menteri melaksanakan tugas masing-masing.boleh melalui perintah melantik mana-mana orang yang layak dilantik sebagai hakim Mahkamah Tinggi untuk menjadi pesuruhjaya kehakiman bagi apa-apa tempoh atau apa-apa maksud yang dinyatakan dalam perintah itu. Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Tinggi hendaklah dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong. selepas berunding dengan Ketua Hakim Negara Mahkamah Persekutuan. Presiden Mahkamah Rayuan dan Hakim-Hakim Besar Mahkamah Tinggi dan (tertakluk kepada Perkara 122C) hakim-hakim yang lain Mahkamah Persekutuan. y 9 . Ketua Hakim Negara Mahkamah Persekutuan. B dan C. mengambil tindakan disiplin bagi kakitangan perkhidmatan awam dalam kumpulan A. Yang di-Pertuan Agong yang bertindak atas nasihat Perdana Menteri. dan apa-apa jua yang dilakukan olehnya apabila bertindak mengikut pelantikannya hendaklah mempunyai kesahan dan kesan yang sama seolah-olah dilakukan oleh seorang hakim Mahkamah itu. kenaikan pangkat kakitangan dalam perkhidmatan keretapi dan perkhidmatan awam. pengesahan jawatan dalam perkhidmatan awam. dan berkenaan dengan apa-apa jua yang dilakukan itu dia mempunyai kuasa yang sama dan menikmati kekebalan yang sama seolah-olah dia seorang hakim Mahkamah itu. dan orang yang dilantik sedemikian hendaklah mempunyai kuasa untuk melaksanakan apa-apa fungsi hakim Mahkamah Tinggi yang ternyata kepadanya dikehendaki dilaksanakan. Setiausaha parlimen dilantik oleh Perdana Menteri mengikut Perkara 43B(1) Perlembagaan Persekutuan.awam negeri tertentu dan kakitangan perkhidmatan keretapi. Menasihat Yang di-Pertuan Agong membubarkan parlimen. Urusan Mahkamah Tinggi di Malaya dan Mahkamah Tinggi di Sabah dan Sarawak. Perkara 43(1) Perlembagaan Persekutuan memperuntukan bahawa Jemaah Menteri untuk menasihati baginda dalam menjalankan tugastugasnya.

mentadbir Kerajaan Pusat mengikut bidang kuasa dalam Senarai Persekutuan (Jadual 9) 10 . Sebelum memberikan nasihatnya di bawah Fasal (1) tentang pelantikan Hakim Besar Mahkamah Tinggi. Ketua Kabinet i. y Sebelum memberikan nasihatnya di bawah Fasal (1) tentang pelantikan seseorang hakim. boleh menentukan susunan keutamaan hakim-hakim sesama mereka sendiri. selain Hakim Besar. selepas berunding dengan Majlis RajaRaja. Perkara ini hendaklah terpakai bagi penetapan seseorang untuk bersidang sebagai hakim Mahkamah Tinggi di bawah Fasal (2) Perkara 122AA sebagaimana Perkara ini terpakai bagi pelantikan seseorang hakim mahkamah itu. Perdana Menteri hendaklah berunding dengan Ketua Hakim Negara. Yang di-Pertuan Agong. jika pelantikan itu ialah pelantikan ke mana-mana satu Mahkamah Tinggi. Perdana Menteri hendaklah berunding dengan Ketua Menteri bagi setiap Negeri Sabah dan Sarawak. dengan Hakim Besar Mahkamah itu. Walau apa pun tarikh pelantikan mereka masing-masing sebagai hakim Mahkamah Persekutuan. ii. iv. Sebelum memberikan nasihatnya di bawah Fasal (1) tentang pelantikan seseorang hakim selain Ketua Hakim Negara. y y y G. Perdana Menteri hendaklah berunding dengan Ketua Hakim Negara Mahkamah Persekutuan. Mahkamah Rayuan atau Mahkamah Tinggi. Presiden atau seseorang Hakim Besar.yang bertindak atas nasihat Perdana Menteri. Badan pembuat Dasar Negara Melaksanakan kuasa Kerajaan Pusat Menjalankan tugas atas nama Yang Di Pertuan Agong Diketuai oleh Perdana Menteri. dengan Presiden Mahkamah Rayuan. Timbalan Perdana Menteri dan Menteri-Menteri Berfungsi dan menjalankan tugas . jika pelantikan itu ialah pelantikan ke Mahkamah Rayuan dan. jika pelantikan itu ialah pelantikan ke Mahkamah Persekutuan. iii. jika pelantikan itu ialah pelantikan ke Mahkamah Tinggi di Sabah dan Sarawak. yang bertindak atas nasihat Perdana Menteri yang diberikan selepas berunding dengan Ketua Hakim Negara. v. Perdana Menteri hendaklah berunding dengan Hakim Besar setiap Mahkamah Tinggi dan. selain Ketua Hakim Negara Mahkamah Persekutuan.

Dipengerusi oleh Perdana Menteri dan dianggotai oleh beberapa menteri kanan vii.-membentuk Dasar Kerajaan -memperinci dasar umum yang dijanjikan kepada rakyat -membentuk dasar koordinasi yang bertujuan untuk membina sebuah kerajaan yang cekap dan efektif -mengendali sebarang masalah kecemasan yang melibatkan negara dan rakyat vi. 11 . Majlis Kabinet. Menubuhkan Jawatankuasa secara tetap atau sementara dan Majlis-Majlis bagi membantu menyelaras dan mengatasi sesuatu masalah negara.

Barisan Perdana Menteri Malaysia (1957-2009) Nama Mulai bertugas 1957 Selesai bertugas 1970 Gelaran Parti Bapa Kemerdekaan UMNO Y.M Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj 1970 1976 Bapa Pembangunan UMNO Tun Abdul Razak bin Haji Dato' Hussein 12 .T.

13 . Mahathir Mohamad 2003 (kini) Bapa Pembangunan Modal Insan UMNO Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi :Perdana Menteri Malaysia (1957-kini).1976 1981 Bapa Perpaduan UMNO Tun Hussein bin Dato' Onn 1981 2003 Bapa Pemodenan UMNO Tun Dr.

Dalam sistem demokrasi berparlimen dan raja berperlambagaan. Kesemua peranan itu. Seorang Perdana Menteri memainkan pelbagai peranan. 14 . Perdana Menteri mengetuai Jemaah Menteri yang dilantik oleh Yang diPertuan Agong bagi menasihati baginda dalam menjalankan tudas-tugasnya sebagai ketua negara yang diberikan kuasa eksekutif oleh Perlembagaan. Maka dengan itu. Tanpa gandingan kedua-dua pihak ini. Sesungguhnya Perlembagaan Perseketuan meletakkan baginda di tunggak pemerintahan negara. sekiranya dimainkan secara aktif akan mendapat menambahkan kuasa yang sedia ada kepada seorang Perdana Menteri.PENUTUP 1) Kesimpulan dan Rumusan Persekutuan Malaysia merupakan sebuah negara yang mengamalkan pemerintahan melalui amalan demokrasi berparlimen. Seorang Perdana Menteri memegang jawatan itu selagi beliau mendapat sokongan majoritu di Parlimen. Ini semuanya adalah kerana sistem ini mendapat sokongan dan penglibatan pihak pemerintah dan rakyat. sama ada di dalam mahupun di luar kerajaan. sistem Parlimen dan pilihan raya di Malaysia akan terus kekal dan bertambah mantap pada masa hadapan. Sistem parlimen dan pilihan raya di negara ini telah berjalan dengan baik dan mantap. manakala kuasa kerajaan sebenar terletak pada tangan seorang Perdana Menteri yang merupakan ketua kerajaan. Malaysia juga mempunyai pengalaman yang lama dan luas dalam mengamalkan sistem berparlimen dan pilihan raya. tidak mungkin sistem Parlimen dan pilihan raya dapat dilaksanakan standing dengan apa yang dipraktikkan di negaranegara lain. yang diPertuan Agong adalah lambang perpaduan dan kedaulatan negara.

15 .Kamus Komprehensif Bahasa Melayu.Selangor: Fajar Bakti Sdn.Selangor Darul Ehsan: Universiti Putra Malaysia Mohd.2007.Cheras.BIBLIOGRAFI Arbak Othman.Bhd.Baharom.Kamus Dewan Edisi Ketiga.Setapak.Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.Isa Othman.2002. Hajah Noresah Bt.2002.Selangor: Fajar Bakti Sdn.Serdang.2005. Mardina Nordin.Kuala Lumpur: Utusan Publication And Distributors Sdn Bhd.Bhd. Jayum Jawan.Pengajian Malaysia.Sejarah Malaysia.Kenegaraan Malaysia.2002.

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->