You are on page 1of 9

http://www.tokeikedai.net.

my

http://www.ipbl.edu.my

Said Bin Jubair meriwayatkan daripada Ibnu Abbas bahawa beliau berkata:
“Orang yang mengajar orang lain akan kebaikan, seluruh makhluk Allah
termasuk ikan di laut memohon keampunan Allah untuknya.”

Pendahuluan

Peristiwa keganasan remaja yang membakar kelas dan rumah guru, bilik makmal sekolah,
memukul guru serta melakukan vandalisme sering dikaitkan dengan keupayaan guru mendidik
para pelajar. Lebih jauh kemelut sosial, politik dan ekonomi yang dihadapi oleh negara sekarang
ini juga dikaitkan dengan kelemahan sistem pendidikan sekular serta pencapaian guru.

Guru sentiasa menjadi sasaran perhatian segenap kelompok masyarakat kerana peranan mereka
yang vital dan indespensible dalam masyarakat. Meskipun pembelajaran jarak jauh dan
pembelajaran secara on-line dan multimedia telah diperkenalkan dan mempunyai pengaruhnya
yang besar namun ia tidak dapat menafikan status dan peranan utama guru dalam membentuk
warganegara.

Ketidakupayaan guru menunjuk model dan teladan yang baik akan menjadi batu penghalang ke
arah pembentukan pelajar yang baik. Bahkan ia merupakan titik cemar dalam keperibadian guru
berkenaan. Pepatah Arab ada menyebutkan:

Jangan lakukan perbuatan yang anda tegah,


Perbuatan demikian aibnya amatlah parah.

Apakah yang dimaksudkan dengan sahsiah, ciri-ciri utamanya, apakah traits nilai di rangkumi
olehnya, apakah ciri seorang guru muslim dan bagaimana membangun ciri-ciri tersebut, inilah
antara persoalan yang akan kita huraikan dalam kesempatan ini
Maksud Sahsiah
Sahsiah bermakna peribadi atau personaliti. Ia merujuk kepada traits yang mencirikan peribadi
orang berkenaan. Peribadi menggambarkan sifat personaliti individu yang membezakannya
daripada orang lain. Sifat sahsiah merangkumi gaya hidup, kepercayaan, harapan, nilai, motif,
pemikiran, perasaan, budi pekerti, persepsi, tabiat, sikap dan watak seseorang.

Menurut G.W Allport dalam dalam bukunya “Pattern and Growth in Personality”,
sahsiah ditakrifkan sebagai organisasi dinamik sesuatu sistem psikofizikal di dalam
seseorang individu yang menentukan tingkah laku dan fikirannya yang khusus. Sistem
psikofizikal merangkumi segala segala unsur-unsur psikologi seperti tabiat, sikap, nilai,
kepercayaan dan emosi, bersama dengan unsur-unsur fizikal seperti bentuk tubuh badan,
urat saraf, kelenjar, wajah dan gerak geri seseorang (Mok Soon Sang, 1994:1).

Sahsiah mempunyai tiga ciri utama. Pertama, ialah keunikan dengan maksud tersendiri. Kedua,
kebolehsuaian atau keupayaannya untuk berubah dan diubah; hasil pembelajaran atau
pengalaman. Ketiga, ialah organisasi. Dengan perkataan lain ia bukan sekadar himpunan
tingkahlaku sebaliknya ia melibatkan corak tindakan dan operasi yang bersifat konsisten.
Tegasnya sahsiah mencerminkan sifat, fizikal, kognitif, emosi, sosial dan rohani seseorang.

Tidak diragukan lagi bahawa guru yang mempunyai keperibadian yang baik akan meninggalkan
kesan yang positif dalam diri anak didik mereka. Alat teknologi moden walau bagaimana
canggih sekalipun tidak dapat mengambil peranan guru. Faktor manusia tetap diperlukan dalam
proses pembentukan dan pematangan sahsiah murid. Sebab itu banyak kajian dibuat tentang
sifat-sifat yang perlu ada pada seorang guru yang baik dan berkesan dalam pengajaran mereka.

Menurut Prof Omar al-Toumi al-Syibani sifat dan ciri seorang guru muslim hendaklah
merangkumi:

(a) Sifat Rohaniah

1. Keimanan yang kental kepada Allah yang maha sempurna


2. Keimanan kepada hari akhirat, hari pembalasan dan seluruh para Rasul
3. Sifat-sifat keimanan asas yang lain
(b) Sifat-Sifat Akhlak

1. Benar dan jujur


2. Menepati janji
3. Amanah
4. Ikhlas dalam perkataan dan perbuatan
5. Merendah diri
6. Sabar, tabah dan cekal
7. Hilm, pemaaf dan toleransi
8. Menyayangi murid, mementingkan orang lain, pemurah, zuhud dan qanaah
(c) Sifat Mental, Kejiwaan dan Jasmani

i. Sifat Mental

1. Cerdas (Kepintaran teori, amali dan sosial)


2. Menguasai mata pelajaran takhassus
3. Luas pengetahuan am
4. Cenderung kepada pelbagai bidang akliah, dan ilmiah yang sihat
5. Mengenal ciri, watak, kecenderungan dan keperluan murid
6. Fasih, bijak dan petah dalam penyampaian

ii. Sifat Kejiwaan

1. Sifat tenang dan emosi yang mantap


2. Optimistik dalam hidup, penuh harap kepada Allah dan tenang jiwa bila mengingatiNya.
3. Kepercayaan kepada diri dan mempunyai kemahuan yang kuat
4. Bersifat lemah lembut dan baik dalam pergaulan
5. Berfikiran selesa dan boleh menyesuaikan diri dengan masyarakat

iii. Sifat Fizikal

1. Sihat tubuh badan dan terhindar dari penyakit berjangkit atau tidak berjangkit
2. Berperawakan tampan, kemas dan bersih

Menurut kajian soal selidik di kalangan para pelajar di sekolah menengah di negara –negara
maju terdapat senarai yang menerangkan sifat-sifat yang diingini oleh pelajar. Antara sifat guru
yang dikehendaki ialah guru tersebut :

1. Berkelakuan baik (penyayang dan penyabar)


2. Tidak berat sebelah
3. Berkeupayaan menghuraikan pelajaran dengan jelas
4. Berdisiplin
5. Menguasai mata pelajaran dengan baik
6. Adil dalam pemarkahan
7. Sifat kelakar
8. Suka menolong pelajar di luar kelas
9. Memahami masalah pelajar
10. Mampu menarik perhatian pelajar
11. Amanah dan menunaikan janji
12. Berupaya membuat penghukuman yang betul
13. Mempunyai sahsiah yang dihormati
14. Mempunyai semangat persekolahan yang tinggi
15. Mempunyai arahan yang jelas dan spesifik
16. Boleh membezakan ‘intan dari kaca’
17. Mempunyai kemahuan yang kuat
18. Mempunyai bakat kepimpinan yang tinggi
19. Tidak suka menghina murid atas kesalahan mereka
20. Tidak menyalahgunakan peraturan membenarkan murid dirotan
21. Luas pengetahuan am
22. Tidak lari atau terkeluar dari tajuk bila mengajar
23. Suara yang baik-serak-serak basah
24. Mengenal titik kekuatan murid
25. Pandai memberi nasihat
26. Simpati terhadap kelemahan murid
27. Pandai memilih kata-kata
28. Memberi ruang para pelajar menelaah dan mengulangkaji
29. Mengambil kira suasana murid di rumah
30. Boleh membuat ujian secara berkala
31. Mengamalkan kaedah pengajaran yang berkesan
32. Mengambil kira pengudaraan bilik darjah
33. Suka memberikan kerjasama
34. Bersemangat riadah atau kesukanan

Guru Muslim yang mempunyai sahsiah yang baik juga ialah guru yang mengamalkan etika
keguruan Islam yang standard. Kod etika berkenaan memperincikan secara khusus sifat dan ciri
tertentu yang menjadi garis panduan guru-guru yang baik personaliti mereka.
Etika Guru Muslim

Etika perguruan Islam belum dibuat secara khusus oleh kumpulan yang dianggotai oleh berbagai
kalangan yang profesional. Namun sebagai percubaan awal hal ini boleh diusahakan secara
perseorangan dan kemudiannya dapat ditokok tambah oleh khalayak pendidik serta dihayati oleh
mereka sebagai suatu etika profesion keguruan . Antara yang boleh dirumuskan ialah:

Tanggungjawab Terhadap Allah

Etika guru muslim terhadap Allah ialah seperti berikut:

1. Seorang guru Muslim hendaklah sentiasa memantapkan keyakinan/keimanan kepada Allah di


samping mengukuhkan hubungannya yang berterusan denganNya.
2. Sifat istiqamah, iltizam semangat berbakti dan beramal soleh hendaklah menjadi amalan
harian.
3. Guru Muslim mustahak menghayati rasa khusyuk, takut dan harap kepada Allah.
4. Guru Muslim hendaklah prihatin untuk sentiasa mengagungkan syiar agama Islam dan
berusaha ke arah mendaulatkan syariat Islam.
5. Guru Muslim mesti melaksanakan kewajiban agama, menghindari laranganNya dan
menyempurnakan segala hak dan tanggungjawab yang berkaitan dengannya.
6. Guru Muslim hendaklah bersyukur kepada Allah di samping selalu berdoa kepadaNya dengan
membaca ayat-ayat Allah dan merendahkan diri ke hadratNya.

Tanggungjawab Terhadap Diri

1. Guru muslim hendaklah memastikan keselamatan diri sendiri, sama ada dari aspek fizikal,
emosional, mental mahupun moral.
2. Prihatin terhadap kebersihan diri, pakaian, perawakan dan tempat tinggal.
3. Memahami kekuatan dan kelemahan diri untuk boleh dimanfaatkan serta ditingkatkan dari
segenap aspek.
4. Meningkatkan kesejahteraan diri agar dapat berkhidmat selama dan sebanyak mungkin kepada
Allah, masyarakat dan negara.
5. Melibatkan diri dengan program dan agenda yang boleh meningkatkan kualiti profesion
sebagai seorang guru.
Guru contoh terbaik kepada masyarakat

http://nurjeehan.hadithuna.com

Oleh Mohd Shukri Hanapi | BH 15 May 2007

TANGGAL 16 Mei adalah hari bermakna bagi semua guru. Pada tarikh itu semua guru
menyambut Perayaan Hari Guru. Tema sambutan Perayaan Hari Guru tahun ini ialah ‘Guru
Penjana Modal Insan Gemilang.

Guru adalah profesion yang bertanggungjawab mendidik dan


memimpin masyarakat. Tidak dinafikan, sehingga hari ini, guru
banyak menyumbang khidmat bakti dalam pembangunan bangsa
dan negara lebih-lebih lagi dalam membentuk sahsiah pelajar.

Proses pembentukan sahsiah pelajar, guru terlebih dulu perlu


mempunyai sahsiah yang baik untuk dicontohi pelajar.

Dalam hal ini, Prof Mohd Kamal Hasan (1998) menjelaskan,


Contoh teladan pendidik inilah yang banyak membantu
pembentukan akhlak pelajar. Mereka seharusnya terlebih dulu dilengkapi dengan ciri akhlak
mulia, walaupun masyarakat kurang menghargai watak berbudi luhur.

Dari satu sudut lain, Abdul Halim al-Muhammadi (1991) menjelaskan, guru adalah ejen kepada
keberkesanan pendidikan. Walau sebaik manapun sistem pendidikan, maksud yang ingin
disampaikan tidak akan mencapai matlamatnya jika ejen menyampaikan tidak efektif.
Kejayaan dan keberkesanan pendidikan berhubung rapat dengan kesedaran guru terhadap
tanggungjawab, kelengkapan ilmu dan keluhuran peribadinya. Panduan antara kemahiran
keilmuan dengan keluhuran peribadi adalah kriteria peribadi pendidik yang tidak boleh
dipisahkan, sebaliknya boleh dijadikan contoh berkesan.

Oleh itu, dapatlah dikatakan guru adalah orang bertanggungjawab membentuk tamadun manusia
di dunia menerusi penyebaran ilmu kepada masyarakat. Justeru, semua guru mesti menyedari
tanggungjawab dan sentiasa menjaga nama baik sebagai pendidik dan pemimpin masyarakat
yang menjalankan tugas serta tanggungjawab secara ikhlas dan jujur.

Sebagai usaha memastikan guru di negara ini dapat berperanan seperti diharapkan, kerajaan
khususnya Kementerian Pelajaran Malaysia menggariskan empat strategi utama untuk
memartabatkan profesion perguruan.

Pertama, memantapkan aspek pemilihan bakal guru dan latihan. Kedua, memantapkan karier
keguruan. Ketiga, memperbaiki persekitaran kerja guru dan keempat, meningkatkan keyakinan
dan rasa bangga guru terhadap profesion keguruan.

Dalam Islam, guru atau pendidik ialah murabbi, muallim, muaddib, mudarris alim atau ulama.
Islam juga memberi penghormatan tinggi kepada guru. Mereka bukan saja berperanan memberi
kesedaran kepada diri sendiri, malah masyarakat mengenai komitmen dan hubungan dengan
hukum Allah.

Allah berfirman yang bermaksud: “Sesungguhnya yang takut kepada Allah antara hambanya
ialah ahli ilmu.” (Surah Faatir ,ayat 28)

Firman-Nya lagi yang bermaksud: “Katakanlah, adakah sama orang berilmu dengan orang
yang tidak berilmu.” (Surah al-Zumar, ayat 9)

Selain itu, dalam ayat lain Allah berfirman bermaksud: “Wahai orang beriman, apabila
dikatakan kepada kamu berikanlah sedikit ruang dalam majlis, maka berikanlah ruang, nescaya
Allah memperluaskan ruang untuk kamu. Allah mengangkat darjat orang yang dikurniakan ilmu
kepada mereka dan (ingatlah) Allah itu Maha Mengetahui terhadap apa saja yang kamu
kerjakan.” (Surah al-Mujadalah, ayat 11)

Ayat di atas jelas membuktikan Islam memberi penghormatan tinggi kepada ahli ilmu. Oleh itu,
dengan ilmu yang ada pada guru atau pendidik, mereka wajib menyampaikannya kepada orang
memerlukan.

Menerusi ilmu inilah dapat menimbulkan kesedaran manusia terhadap Allah dan dapat
membezakan antara kebenaran dan kebatilan, sekali gus melahirkan bangsa yang maju dalam
segala aspek.

Semua guru atau pendidik perlu faham bahawa tugas menyampaikan ilmu adalah satu amanah
daripada Allah. Ia beban dan tanggungjawab cukup berat dalam membina peradaban manusia.
Oleh itu, guru mestilah menjalankan tugas dengan hati-hati, ikhlas, jujur dan beramanah.
Sesungguhnya, amanah menyampaikan ilmu tanggungjawab yang akan dipersoalkan pada hari
akhirat kelak. Rasulullah SAW bersabda bermaksud: “Kamu semua pemimpin dan kamu
semua dipertanggungjawabkan mengenai orang di bawah pimpinannya.”

Berdasarkan hadis itu, kedudukan profesion keguruan dalam agama cukup jelas. Segala ilmu
disampaikan guru kepada pelajar dan kesan daripada penyampaian itu akan
dipertanggungjawabkan pada hari akhirat kelak. Jika ilmu disampaikan guru membawa kesan
positif kepada pelajar, maka ganjaran kebaikan akan diterima dan begitulah sebaliknya.

Atas dasar tanggungjawab dan amanah ini, guru tetap melaksanakan kewajipan mendidik anak
bangsa walaupun mereka terpaksa menempuhi cabaran demi cabaran yang datang bersilih ganti.

Tanpa pengorbanan mereka, mungkin kita tidak berada pada kedudukan serba mewah dan
senang. Justeru, guru perlu diberikan penghormatan tinggi biarlah selari dengan penghormatan
diberikan Islam.

Bagi guru atau pendidik, mereka tidak pernah mengharapkan hadiah bertimbun setiap kali
tibanya sambutan hari guru dan sama sekali tidak mengharapkan pujian daripada mana-mana
pihak. Cuma diharapkan guru ialah anak didik mereka menjadi insan berilmu dan berguna,
seterusnya dapat memenuhi keperluan tenaga kerja negara.

Sebenarnya semua guru mengerti bahawa usaha mendidik dan membangunkan seseorang insan
itu bukan mudah. Walaupun begitu, semangat mereka tidak pernah luntur. Mereka tetap berusaha
menyusun langkah dan mengatur strategi meneruskan perjuangan dan memikul amanah Allah
sebagai pendidik anak bangsa.

Di samping itu, mereka mengharapkan sokongan dan kerjasama daripada ibu bapa dan
masyarakat. Justeru, ibu bapa dan masyarakat perlu sedar mereka juga bertanggungjawab
mendidik dan membangunkan manusia.

Tanggungjawab dan peranan guru tidak dapat dipertikaikan, biarpun kadangkala mereka
dipersalahkan apabila berlaku kes keruntuhan akhlak di kalangan remaja.

Demikian antara peranan guru pada ketika ini. Mereka bukan saja menjadi ‘qudwah
hasanah’ (contoh terbaik) kepada masyarakat, bahkan peranan mereka lebih terbukti apabila
negara hari ini berjaya melahirkan sumber tenaga manusia dalam pelbagai bidang.

Kesimpulannya, guru adalah insan bertanggungjawab mendidik dan membentuk sahsiah pelajar.
Walaupun tugas itu tidak mudah, namun mereka menyahut cabaran dan rintangan dengan tabah.

You might also like