1.

PENGENALAN

1.1

Pengertian Bahasa Melayu Klasik

Bahasa Melayu Klasik dalam konteks ini adalah bahasa Melayu yang pernah digunakan pada suatu masa dahulu. Berikutan sifat bahasa yang sentiasa berkembang ianya juga telah berkembang mengikut peredaran masa dan tahap kemajuan sesebuah masyarakat. Para sarjana telah membuat pelbagai pengertian mengenai Bahasa Melayu Klasik ini, antaranya ialah Asmah Hj.Omar (1985:33), menyatakan bahawa bahasa abad ketiga belas dan ketujuh belas itu dinamakan bahasa Melayu Klasik. Seperti apa yang diutarakan oleh beliau tadi, zaman peralihan daripada bahasa Melayu Kuno kepada Bahasa Melayu Klasik bermula pada sekitar abad ke 13 dan 14. Pada masa itu banyak dijumpai prasasti yang ditulis menggunakan huruf India tetapi bahasanya sudah terdapat pengaruh bahasa Arab. Perkara ini dikuatkan lagi dengan kenyataan Ismail Hussin (1984:25), bahasa Melayu Klasik bermula sekitar abad ke-13 dan 14. Beliau menyebutnya sebagai zaman peralihan di seluruh kepulauan Melayu dengan kedatangan Islam. Bukti konkrit tentang kedatangan Islam di Nusantara dari sudut sejarah diperolehi pada tahun 1292M sewaktu Marco Polo melawat Sumatera dan catatannya menganai pengislaman Pasai. Kegemilangannya bahasa Melayu Klasik boleh dibahagikan kepada tiga zaman penting iaitu Zaman kerajaan Melaka, Zaman kerajaan Acheh dan Zaman kerajaan JohorRiau. Pada zaman kerajaan Melayu Melaka bahasa Melayu menjadi medium dalam pemerintahan, perhubungan, perdagangan dan penyebaran agama Islam. Banyak karya-karya telah terhasil pada zaman kegemilangan bahasa Melayu Klasik. Karya-karya seperti Hikayat Raja-raja Pasai, Misa Melayu, Sejarah Melayu (Sulalatus Salatin), Hikayat Hang Tuah dan sebagainya begitu terkenal pada masa itu. Semua karya yang dihasilkan ditulis dalam tulisan

1

Bahasa Melayu ini digunakan oleh pengarang bagi menghasilkan sesebuah karya sama ada dalam bentuk keagamaan. Bentuk struktur ayat dalam karya bahasa Melayu Klasik agak panjang iaitu mengandungi beberapa ayat tunggal yang dicantumkan dengan menggunakan katakata hubung yang tertentu. berbelit-belit. Syamsuddin alSumaterani. Syeikh Nuruddin al-Raniri dan Abdul Rauf al-Singkel. Karya-karya ini juga banyak menyentuh tentang budaya. Bahasa Melayu Klasik ini mempunyai pelbagai keistimewaan. kesusasteraan atau ketatanegaraan. Terdapat penggunaan ayat songsang dengan 2 . Bahasa Melayu telah mengalami perubahan dari segi kosa kata. struktur ayat dan tulisan. 1.2 Ciri-ciri bahasa klasik: Pengaruh Islam menjadi semakin kuat sehingga bahasa Melayu Klasik mengalami banyak perubahan dan penggunaan bahasa Melayu Kuno mula diganti dengan bahasa ini. Para pengkaji Barat menganggap bahawa teks Melayu lama ini serba lengkap mengenai struktur organisasi sesebuah kerajaan Melayu pada masa itu. berulang. terutamanya ‘dan’ dan ‘atau’ ataupun dengan menggunakan tanda koma bertitik sahaja. Bahasa Melayu Klasik banyak mendapat pengaruh Arab. Banyak naskhah Melayu lama yang ditulis menggunakan bahasa Melayu sukar diperolehi kerana beberapa faktor seperti adanya kecenderungan para orientalis Barat mengumpul dan membawa pulang naskhah-naskhah asal ke negara mereka sehingga kita sendiri yang terpaksa merujuk ke muzium di negara-negara Barat.jawi. Ayat: panjang. Perkembangannya bahasa Melayu Klasik seiring dengan perkembangan kerajaan Melayu yang wujud pada masa itu. politik. Antara tokoh-tokoh penulis yang penting ialah Hamzah Fansuri. dan ekonomi sesebuah masyarakat. Antara cirri-ciri bahasa Melayu Klasik ialah: A.

Ianya telah menyebabkan tulisan yang dihasilkan lebih mirip kepada penggunaan perkataan bahasa Istana dan struktur ayat juga berdasarkan pertuturan lisan bahasa Istana. mualim daulat. Perkara ini amat berbeza dengan konteks bahasa Melayu Moden yang mempunyai ayat yang lebih ringkas. Justeru itu bahasa Melayu Klasik banyak menerima pengaruh daripada kedua-dua bahasa ini. E. Banyak menggunakan perdu perkataan (kata pangkal ayat) 3 . D. Hatta datanglah kepada suatu hari maka hamzah dan Umar Umayyah dibawanya oleh Khoja Abdul Mutalib kepada mualim. Sanskrit dan Klasik Pengaruh kosa kata daripada ketiga-tiga bahasa ini disebabkan oleh bahasa Sanskrit sudah terlebih dahulu bertapak di kepulauan Melayu dan penyebaran agama Islam telah membawa bahasa Arab ke kepulauan ini. makhdum.pendepanan predikat kesan daripada tatabahasa Arab.. dosa.. Karya yang dihasilkan pada masa dahulu banyak berkisar kepada keagungan raja atau kemahsyuran sesebuah pemerintahan. Contoh yang jelas adalah perkataan seperti ratna mutu manikam. Kosa kata bahasa Arab. b. Maka dilihatlah tanah negara bukit menjadi seperti warna emas. masyghul (bersedih). Menggunakan bahasa Istana Bahasa Melayu Klasik sememangnya lebih bersifat bahasa Istana. Ianya lebih mengutamakan objek pelaku atau subjek. B. pahala dan lain-lain. edan kesmaran (mabuk asmara). Perkara ini dapat kita perhatikan dengan meneliti contoh-contoh di bawah: a.. sahaya. C. Ini amat ketara dengan penggunaan perkataan dan sistem panggilannya.. Banyak ayat pasif Ayat pasif agak lumrah digunakan dalam sesebuah karya bahasa Melayu Klasik. padat dan tepat sesuai dengan fungsinya untuk mengungkapkan idea dan buah fikiran yang abstrak dan kompleks.

“Maka Bendahara pun hairanlah kalam raja seperti dikhatankan orang rupanya”. seperti pantun. F. adapun. Karya-karya bahasa Melayu Klasik banyak penggunakan partikel-partikel ini.Bahasa Melayu Klasik banyak menggunakan perdu perkataan iaitu kata pangkal ayat yang agak usang atau klise. SINOPSIS KARYA DAN BIODATA PENULISNYA. yang pada asalnya dalam bentuk lisan dan penggunaan unsur-unsur tersebut dapat menghidupkan suasana penceritaan. seloka. Banyak menggunakan partikel `pun' dan 'lah' Partikel ‘pun’ dan ‘lah’ digunakan di hujung perkataan. Syahbandar pun turunlah. G. tetapi ia juga digunakan pada awal-awal ayat dalam perenggan. hatta. Kata-kata seperti ini tidak lagi digunakan pada masa kini. iii. perbandingan serta penggunaan laras bahasa puisi Karya-karya Melayu Klasik banyak menggunakan kiasan dan perbandingan serta laras bahasa puisi. ii. Kata-kata seperti ini bukan sahaja digunakan untuk memulakan sesuatu perenggan. 4 . Penggunaan partikelpartikel ini seperti dalam contoh di bawah: i. Penggunaan ini mungkin disebabkan oleh sifat sastera Melayu Klasik itu sendiri. syair. Batu pun habis berpelantingan. Antaranya ialah perkataan sebermula. 2. Penggunaan kiasan. dan gurindam. alkisah.

Naskah Sejarah Melayu terbahagi kepada 3 jenis: 1. tetapi pada kekerapan dan terlalu banyak kali ia disalin dan diminati. edisi W. dari awal abad ke 15 hingga awal abad ke 17. tetapi sebaliknya bertukar sewenang-wenangnya. Di samping judul dalam bahasa Melayunya ‘Sejarah Melayu’. Teks Sejarah Melayu pada amnya mengisahkan pengalaman-pengalaman sejarah yang dialami oleh raja-raja Melayu yang memerintah Melaka.2. Naskhah-naskhah edisi Abdullah Munsyi. Inti ceritanya ialah berkenaan raja-raja Melaka dan pemerintahan rajanya yang pertama hinggalah ke raja-raja yang akhir. Ada di kalangan para sarjana berpendapat bahawa Sejarah Melayu merupakan hasil sastera tradisional Melayu yang terpenting sekali.1 Sinopsis Sejarah Melayu Sejarah Melayu merupakan sebuah karya yang tergolong di dalam jenis sastera sejarah. Kisah-kisah ini tidak bertumpu khusus kepada satu-satu watak ataupun tema. Royal Asiatic Society.A Shellabear dan edisi Dulaurier 5 . Oleh yang demikian. Ia bukan hanya terletak pada nilai kandungannya. Sejarah Melayu mengandungi naskahnaskah salinan yang paling banyak sekali bilangannya dibandingkan dengan naskahnaskah bercorak sejarah yang lain. Sejarah Melayu dibina di dalam bentuk kisah-kisah yang pendek. Selepas itu penulisannya dilanjutkan lagi hingga ke zaman awal penubuhan raja-raja Melayu dari Melaka ke Johor. karya sastera sejarah ini juga dikenali dengan judul Arabnya ‘Sulalatu I’-Salatin’ yang bererti Salasilah Sultan-Sultan. Naskhah Raffles 18. Kisah-kisah itu disusun mengikut kronologi tetapi tidak diatur di dalam urutan plot yang nyata. London 2. apabila Portugis menyerang Melaka pada tahun 1511.

” Bendahara yang dimaksudkan di sini ialah Tun Muhammad dan lebih dikenali dengan nama timang-timangannya Tun Sri Lanang... Pengarang Sejarah Melayu ini juga pandai banyak bahasa dan menguasai serta boleh bertutur dengan pelbagai bahasa seperti bahasa Arab. Hsu Yun Tsiao.. R. Maka fakir namai hikayat itu Sulalatu ‘I-Salatin.3. Parsi. Penulis Sejarah Melayu ialah orang Melaka yang menyaksikan kejatuhan Melaka ke tangan Feringgi. Naskhah yang tersimpan di perpustakaan Royal Asiatic Society of London 2. supaya akan menyukakan duli hadrat baginda. 6 .. Maka fakir karanglah hikayat ini .. supaya diketahui oleh segala anak cucu kita yang kemudian daripada kita .O Winstedt berpendapat bahawa pengarang Sejarah Melayu adalah seorang yang mempunyai jiwa seni.2 Biodata Penulis Sejarah Melayu Sebagai sebuah hasil sastera.. Jawa. yakni peraturan segala raja-raja.... sudah tentulah kita ingin tahu siapakah penulis atau pengarangnya. “Bahawa beta minta perbuatkan hikayat pada Bendahara. Perkara ini jelas dalam pendahuluan buku Sejarah Melayu. Tun Sri Lanang adalah penulis atau penyusun Sejarah Melayu. Portugis dan Tamil. Dr... Ismail Hussein pula menyatakan bahawa Tun sri Lanang bukanlah pengarang Sejarah Melayu tetapi penyalin naskah asli yang dibawa dari Goa. peri persatua dan peraturan segala raja-raja Melayu dengan istiadatnya sekali. T. Hal ini juga dipersetujui oleh Prof. Menurut Liaw Yock Fang. Iskandar berpendapat bahawa sebenarnya Tun Sri Lanang adalah pengarang Sejarah Melayu. Pengarang Sejarah Melayu ini adalah seorang yang menetap di istana dan mempunyai pengetahuan yang luas.

terdapat perkataan-perkataan dalam sebutan lamanya yang jarang didapati dalam kitab-kitab Melayu lama seperti kata asti. Sejarah Melayu adalah naskhah yang tertua kerana selain daripada ejaannya yang lebih kuno. Hikayat Muhamad Ali Hanafiah. bahasa Melayu Kuno yang baik. Tun Sri Lanang seperti yang digambarkan Winsted ialah seorang yang Bendahara Paduka Raja Melaka daripada keturunan Bendahara Melaka dan Johor. C. “Bahasa yang dipakai dalam Sejarah Melayu itu ialah bahasa cerita yang sederhana. Portugis dan Tamil. netiasa dan banyak lagi (Abdul Rahman Ismail.Apabila Tun Sri Lanang menyalin dan membangun semula Sejarah Melayu. sarhad. PERANAN TEKS DALAM PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU Kalau dilihat daripada segi bahasa. Hikayat Amir Hamzah serta banyak mengetahui bahasa Arab.Hooykaas (1981:163) menyatakan bahawa Sejarah Melayu merupakan sumber bahasa yang penting. 3. Tun Sri Lanang seorang yang bijak dan mempunyai jiwa seni serta rapat dengan golongan istana. Bangsa Eropah sentiasa amat tertarik oleh cara kitab itu melukiskan sesuatu hal dengan cara yang sederhana sekali dan oleh isi kitab itu yang sangat indah. incit. 1998:17). beliau telah membuat banyak perubahan daripada naskah asal.” Teks Sejarah Melayu telah memperlihatkan perkembangan dalam bahasa Melayu itu sendiri. Tun Sri Lanang hidup pada akhir abad ke-16 dan awal abad ke-17 dan telah dapat menyelesaikan Sejarah Melayu pada zaman Sultan Alauddin Riayat Shah. Tun Sri Lanang juga sudah membaca buku-buku hikayat seperti Hikayat Iskandar. Jawa. Parsi. Jika kita tinjau daripada pelbagai sudut ia sememangnya telah 7 .

.kan.. suroh berhadir (suruh hadir). ga. Ia telah menampakkan unsur-unsur yang gramatis dan tatabahasa yang semakin sempurna di samping penggunaan beberapa imbuhan seperti per. lalu dari negeri Raja Kida Hindi. kunit (kunyit) dan niru (nyiru. setelah sudah Raja Iskandar melihat matahari terbit.memberikan impak yang tinggi dalam kemajuan bahasa Melayu sehinggakan para pengkaji barat begitu tertarik untuk mendalami atau mengkaji teks ini. meng. nya dan ca. dudok (duduk). maka bagindapun kembalilah. seperti contoh.. membacha (membaca).. nga.)”.. terdapat juga penggunaan kosa kata lama yang dipengaruhi oleh bahasa asing. Sekiranya kita tinjau dari aspek fonetik dan fonologi.. iaitu kajian berkaitan ilmu bahasa yang berkaitan dengan penyebutan kata dan lambang yang menunjukan sebutan dan kajian tentang bunyi sebutan dalam sesuatu bahasa. Di samping penggunaan kata pangkal ayat. syahadan. lebih-lebih lagi bahasa Arab. Jenis aksara yang digunakan dalam teks ini ialah tulisan jawi yang telah disesuaikan bahasa Melayu ketika itu.kan dan diper. “Sejarah Melayu. kita dapat melihat keseluruhan buku ini ditulis dalam bentuk prosa dan juga bentuk puisi yang menggunakan bahasa Melayu Klasik yang cukup indah dan menarik. sebermula. cetera ketiga puluh dua: Tun Sri Lanang menceritakan bahawa Tun Mai Ulat Bulu telah menyindir Makhdun Sadar Jahan yang tidak dapat menyebut perkataan Melayu seperti kusying (kucing). Melalui aspek morfologi pula... banyak perkataan yang telah diketengahkan. arakian dan lain-lain lagi... Teks ini menggunakan sistem ejaan lama..an. Kata pangkal ayat yang lazim digunakan dalam teks Sejarah Melayu seperti hatta. berapa lamanya. Contoh penggunaan kata pangkal ayat yang digunakan ialah seperti berikut: “Hatta. sa orang (seorang) dan lain-lain lagi. Selain 8 . Ada beberapa huruf baharu yang ditambah seperti pa.

Siam. serta mati seorang diberitahu pada Pateh Adam. biarkanlah. antara lainnya ialah. Tamil dan Jawa turut diselitkan dalam Sejarah Melayu ini. “. Ertinya.’Pengeran.. rupa rakyat seperti laut tatkala pasang penuh.’Kabeh sampun pejah. Rupa gajah dan kuda seperti pulau.kabeh insun putra dalam ikibala nanging puanara’. Terdapat juga penggunaan bahasa Siam seperti : Klang kio Kwai kwai ertinya perbendaharaan permata ertinya perlahan-lahan Kata-kata Parsi yang terdapat dalam Sejarah Melayu. yang raja itu umpama pohon. Maka sahut Pateh Adam.bahasa Arab.. lebih-lebih lagi dalam bab-bab yang menceritakan tentang kerajaan Majapahit. Bahasa Arab sangat banyak digunakan lebihlebih lagi di bahagian awal hikayat ini. ertinya.maka Raja Chulan pun berangkat mengeluari Raja Suran. dengan demikian keempat puluhnya habis mati dibunuh orang. Jikalau tiada akar. Misalnya: Maka segala anak pariai itu pun melawan maka habis mati dibunuh orang. Selain penggunaan kata-kata asing. si anu sampun pejah’. dalam Sejarah Melayu juga banyak terdapat pemakaian bahasa-bahasa perbandingan atau bahasa kiasan. maka diberitahu Pateh Adam sekeliannya.. “Ar’ayat juna bakhsanat sultan khasad” yang bermaksud rakyat itu umpama akar. Misalnya. Demikian lagi raja dengan rakyatnya.. bahasa-bahasa lain seperti bahasa Parsi. biarnyalah habis mati semuanya. akan aku anak orang ini pun padalah. nescaya pohon tiada akan dapat berdiri. ‘Dimadimani’. Selain bahasa Arab terdapat juga beberapa perkataan atau ayat-ayat Jawa yang digunakan. Rupa tunggul panji-panji 9 . Contohnya: Bismi’llahi-‘r-rahmanir-rahim Alhamdu Li’llahil-lazi la-ilaha illa huwa.

Biasanya pantun ini digunakan bagi menceritakan sesuatu peristiwa. Sejarah Melayu ada mengatakan bahawa. lawannya itu berfikir. Selain dari pantun Melayu terdapat juga pantun Jawa. sambil ia bersyair dan berbait dan bergurindam dan berseloka.” Selain daripada bahasa berbentuk prosa. diselitkan juga dengan bahasa berbentuk puisi. Contohnya: Telur itik dari Singgora. Pantun ini mengisahkan pembunuhan Tun Jana Katib di Singapura dengan perintah raja sendiri. pandang ke kanan.. bait dan gurindam.seperti hutan. sudah sememangnyalah perkembangan bahasa Melayu pada zaman itu amat meluas dan teks Sejarah Melayu telah menjadi bukti betapa kukuhnya penggunaan bahasa Melayu klasik pada masa itu. pandang kiri. kita dapat melihat bahawa rakyat Melaka juga mengetahui bentuk-bentuk puisi lain. 10 . Bentuk puisi yang lumrah dalam naskah Sejarah Melayu ialah pantun. Setelah ditikam. ia tiada berfikir. Rupa senjata berlapis-lapis. Darahnya titik di Singapura. Badannya terhantar di Langkawi. Rupa cemara tombak seperti bunga lalang. Selain daripada bentuk-bentuk puisi yang disebutkan tadi. Selain pantun. di sana sini dalam keseluruhan naskah Sejarah Melayu. Jadi. Ada yang mengatakan badannya dihantar ke Langkawi. Pandan terletak dilangkahi.. badan Tun Jana Katib ghaib. Mereka telah mengetahui syair. seloka. Maka bercaturlah Tun Bahara itu dengan orang Melaka. terdapat juga bentuk puisi lain yang berupa nyanyian rakyat iaitu nyanyian yang disertai dengan permainan. dari kenyataan yang telah ditunjukkan tadi.

Tanpa kayu api tidak akan menyala. Dalam titik-bengik pentadbiran. Aspek Politik dan Ketatanegaraan Aspek politik dan Ketatanegaraan merupakan suatu aspek yang penting untuk mengukur sejauhmana keberkesanan pentadbiran sesebuah masyarakat. Pemerintahan yang digunakan adalah berpusat. Menurut apa yang telah digambarkan oleh Sejarah Melayu.. SUMBANGAN TEKS SEJARAH MELAYU DALAM PERADABAN BANGSA MELAYU. Sungguhpun seseorang sultan di Melaka tidak mempunyai Majlis Negeri untuk menasihati baginda tetapi dalam susunan pentadbiran dan pemerintahan. Pembesar dinilaikan sebagai kayu dan raja sebagai api.’ yang kemudian 11 . a.’Ar’ayat juna bakhsanat Sultan Khasad. Pusat kekuasaan terletak di tangan seorang sultan. Di antara pembesar-pembesar itu ialah seorang Laksamana...4. Dengan adanya kestabilan dari aspek politik dan Ketatanegaraan sesebuah masyarakat akan hidup dalam keadaan yang harmoni dan aman. Melaka bolehlah dianggapkan sebuah empayar Melayu yang teguh dan stabil di bawah satu susunan politik tradisional yang tersusun. seorang Temenggung. hubungan dan kerjasama antara raja dan pembesar sangat rapat. beberapa orang Syahbandar dan seorang Penghulu Bendahari. Dalam Sejarah Melayu. baginda melantik beberapa orang besar yang masing-masing mempunyai peranan yang tertentu. Hakikat ini pada amnya dapat kita lihat daripada sebuah bidalan Parsi yang digunakan oleh pengarang Sejarah Melayu yang berbunyi.. raja pertama yang dikatakan mengadakan sistem menteri-menteri ini ialah Raja Besar Muda anak kepada Raja Iskandar Syah.

Aspek Sosio Ekonomi Episod-episod bersejarah yang dibentangkan oleh Sejarah Melayu ada juga menyebut mengenai sosio ekonomi masyarakat pada masa itu terutama masyarakat Melaka. Antara saudagar yang disebutkan dalam Sejarah Melayu termasuklah Raja Mendaliar. iaitu perhubungan segala dagang. rakyat itu umpama akar.. Ini disebabkan oleh dua konsep yang dipegang teguh oleh mereka. b. Seperti dalam hikayat ... Ali Manu Nayan dan Nina Sura Dewana. Daulat meletakkan baginda di tempat yang lebih tinggi daripada masyarakat yang menyebabkan baginda tidak boleh ditegur atau dicela. demikian lagi raja itu dengan rakyatnya. benua Keling dan China datang ke Melaka. jikalau tiada akar nescaya pohon tidak akan dapat berdiri.diterjemahkan oleh Tun Sri Lanang sebagai . Melaka yang terkenal sebagai pusat perdagangan merupakan sifat sejarah yang dapat ditinjau melalui karya Sejarah Melayu.. 12 . Orang-orang Arab menamakan Melaka sebagai Malakat. Konsep-konsep itu ialah ‘daulat’ dan ‘durhaka’. yang raja itu umpama pohon. Ekonomi Melaka yang begitu kukuh kerana Melaka menjadi tumpuan pedagang dan saudagar. Naskah Sejarah Melayu ada menyatakan bahawa rakyat Melaka amat tunduk dan taat kepada perintah raja.. Jika seseorang itu mengingkari perintah raja ia dikatakan derhaka. Saudagar-saudagar dari Arab. Kemunculan Melaka sebagai pelabuhan dagang telah mewujudkan golongan usahawan pedagang dan peniaga daripada kaum pribumi dan pendatang. Masyarakat Melayu Melaka berpegang teguh dengan kalimat ‘Melayu Pantang Derhaka’..

beberapa orang Sultan Melaka sendiri mengambil bahagian yang cergas dalam sektor ini sehinggakan baginda dikatakan menjadi kaya-raya. pembesar mahupun rakyat. pelbagai pihak telah mendapat manfaatnya.. Sejarah Melayu ada menyebut mengenai Tun Isap.” Namun demikian. Golongan ini seperti golongan hulubalang juga. orang asinglah yang nampaknya lebih banyak terlibat dalam usaha perdagangan secara besar-besaran. Maka segala orang besar-besar dan hulubalang Melaka semuanya datang bermain ke rumahnya. Ali Manu Nayan namanya. apabila orang datang bermain ke rumahnya. Bukti ini tidak mungkin dapat menolak kenyataan bahawa pembesar-pembesar Melaka juga turut berniaga.Maka ada seorang biaperi di Melaka terlalu kaya. dalam banyak hal. tidak mungkin dapat membentuk sesuatu kelas yang khusus dari segi profesionalisme kerana kegiatan perniagaan dan sektor perniagaan dan perdagangan boleh dilibati dan dilakukan oleh sesiap sahaja. yang kemudiannya menjadi Seri Maharaja dan Tun Isap. “Adapun Hang Isap itu ada berniaga dengan Saiyid hamba Allah. Antara mereka ialah Bendahara Tun Mutahir.. Pada kira-kira Saiyid itu ada emasnya sedikit lagi pada Hang Isap. Walaupun demikian. jumlah masyarakat Melaka yang terlibat dalam perniagaan juga adalah 13 . lelaki dan perempuan dalam masyarakat tadi. atau barang benda yang gharib-gharib. sama ada oleh raja. maka diberinya kain atau emas. Ekoran daripada kewujudan usahawan pedagang dan peniaga daripada kaum pribumi dan pendatang. melainkan Tun Hassan temenggung juga yang tiada datang ke rumahnya. Mengikut catatan Tome Pires.

memang bertujuan untuk membendung perlakuan-perlakuan sambil memupuk nilai-nilai kemanusiaan anggota masyarakatnya kerana ia lebih merupakan kebiasaan yang diiktiraf oleh masyarakat tersebut. Kelahirannya atau keturunan itu sendiri diselaputi unsur-unsur magis dan mitos. Penetapan upacara-upacara dan peraturan- 14 . tetapi fungsi sosio-budayanya yang dapat memberi penilaian kepada pengkaji-pengkaji terhadap institusi kesultanan Melaka. Misalnya raja terdiri daripada buluh betung dan buih.C. Selaras dengan definisi adat istiadat itu sendiri. c. J. secara idealnya adat istiadat di Melaka seperti yang dibentangkan dalam Sejarah Melayu. Aspek Sosio Budaya dan Kemasyarakatan. mengakui hakikat bahawa terdapat persembahan cerita yang detail bersama ‘etiquette’. Dengan itu. Konteks ‘etiquette’ di sini umumnya merupakan penekanan terhadap budaya yang bertumpu pada adat istiadat dan pola-pola normatif yang menjadi dasar hidup masyarakat. Kemunculan Sejarah Melayu bukan hanya pada fakta sejarahnya. Raja dianggap kudus dan mempunyai kuasa ‘supernatural’. Dalam pada itu juga satu ketetapan undang-undang telah diwujudkan iaitu Undang-undang Laut Melaka yang meliputi tatacara berniaga. Hal ini dapat diperincikan pada asal-usul keturunan raja Melaka itu sendiri. secara tidak langsung bagi membatasi hubungan secara terus antara raja dengan rakyat maka lahirlah konsep adat sebagai suatu bentuk dakyah yang mesti dipatuhi.besar. Secara logiknya dapatlah dikatakan bahawa raja merupakan tokoh agung dalam hiraki masyarakat tradisional Melaka yang menegakkan konsep taat rakyat kepada raja dan negaranya. pakaian dan pemerintahan yang diberikan oleh Sejarah Melayu itu sendiri. Bottoms.

peraturan-peraturan membuat rumah. tunduk dan patuh kepada segala peraturan yang telah ditetapkan kepada mereka. keindahan dan kemeriahan. Golongan atasan lebih berkuasa. Walaubagaimanapun. Golongan yang ditekankan dalam hal ini ialah golongan atasan dan hubungannya dengan golongan rakyat biasa. membuat perahu. KESIMPULAN Sejarah Melayu bukan sahaja telah merakamkan mengenai sejarah budaya dan keagungan raja-raja Melaka tetapi secara tidak langsung ia telah mengangkat kerajaan Melayu Melaka ke 15 .peraturan itu sudah sememangnya mempunyai tujuan dan fungsi-fungsi tertentu serta untuk menjaga kepentingan pihak-pihak tertentu. Larangan-larangan kekuningan. 5. mengkagumkan upacara-upacara yang dibentangkan sungguh dan dapat mencerminkan masyarakat Melayu tradisional di Melaka dan Johor yang kaya dengan adat ketimuran dan penuh dengan nilai-nilai kesenian. walaupun ketika itu Islam telah berkembang dan menjadi agama rasmi mereka ketika itu. Golongan rakyat biasa pula sentiasa mengekori. Ini juga dapat mencerminkan bahawa adat istiadat dan upacara bercorak kehinduan masih menjadi anutan masyarakat Melayu tradisional. lebih mulia dan tinggi darjatnya dalam segala hal berbanding rakyat biasa. terdapat juga pengaruh-pengaruh dan unsur-unsur Hindu diselitkan dalam upacara-upacara tersebut. larangan memakai emas dan sebagainya jelas memaparkan masyarakat terutama masyarakat yang terlalu mementingkan kedudukan dan status. Dalam pada itu. peraturan memakai payung.

Pada masa itu banyak perubahan penting telah berlaku. alat kebesaran dan perhiasan. perayaan dan adat Islam serta amalan hidup rakyat jelata. senjata dan kelengkapan perang. Kedatangan Islam telah membentuk semula peradaban bangsa Melayu. 16 . Semua aspek ini telah mengangkat peradaban bangsa Melayu. tamadun bangsa Melayu telah dapat dinaikkan. adat perkahwinan. Kebiasaankebiasaan yang lama telah ditinggalkan walaupun masih ada lagi sedikit pengaruh hindu.sebuah empayar besar yang teguh dan stabil di bawah satu sistem politik tradisional yang tersusun. Antara aspek kebudayaan dan masyarakat seperti yang diutarakan dalam naskah Sejarah Melayu ialah pakaian diraja dan kelengkapannya. Justeru itu. Harus kita akui bahawa peradaban Melayu bermula lebih awal daripada zaman Kesultanan Melayu Melaka lagi. cara mengiringi raja. Perkembangan peradaban Melayu pada zaman sekarang adalah bertitiktolak daripada peradaban aslinya. Aspek kebudayaan yang ditonjolkan pada masa itu juga jelas dinyatakan. adat mengadap raja dan budaya di istana. Sejarah Melayu banyak menceritakan mengenai kedudukan raja-raja Melau dalam masyarakat.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful

Master Your Semester with Scribd & The New York Times

Special offer for students: Only $4.99/month.

Master Your Semester with a Special Offer from Scribd & The New York Times

Cancel anytime.