FAKULTI

: FAKULTI PERAKAUNAN

PROGRAM : DIPLOMA PERAKAUNAN NAMA KURSUS TAJUK : PEMIKIRAN DAN TAMADUN ISLAM

: SUMBANGAN KERAJAAN UTHMANIYYAH KEPADA PERADABAN DUNIA

NAMA

: MUHAMMAD LUTFI ZUQHAIR BIN NOR AZMAN (2010477076) : AMIR SYAMIM IZZAN BIN RAMIZAN (2010621314)

KELAS

: AC2G : USTAZ MUHAMMAD NAIM BIN DAUD

NAMA PENSYARAH TARIKH SERAH

: 28-01-2011

0

ISI KANDUNGAN SENARAI Penghargaan Pendahuluan Pembentukan kerajaan Turki Uthmaniyyah Sumbangan kerajaan Turki Uthmaniyyah Kejatuhan kerajaan Uthmaniyyah Kesimpulan Rujukan MUKA SURAT 2 3 4 5 9 10 11 1 .

kami dapat menyiapkan tugasan CTU 151 yang bertajuk Sumbangan Kerajaan Uthmaniyyah kepada Peradaban Dunia. Akhir kata. Di samping itu. kami merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pensyarah CTU 151 kami iaitu Ustaz Muhammad Naim bin Daud kerana memberikan kami tunjuk ajar dalam menyiapkan tugasan ini.PENGHARGAAN Kami bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah dan kurnia-Nya. Selain itu. Beliau banyak mencurahkan ilmu pengetahuan kepada kami. kami berterima kasih kepada ibu bapa kami kerana menghantar sumber tugasan kami ini. 2 . kami mengucapkan tyerima kasih kepada rakan-rakan kami yang banyak membantu kami untuk mencari sumber tugasan ini.

kerajaan ini Berjaya menguasai kerajaan lain dan akhirnya menubuhkan kerajaan Uthmaniyyah.PENDAHULUAN y Kerajaan Turki Uthmaniyah terbentuk daripada kerajaan kecil semasa wujud kelemahan dalam kerajaan Abbasiyah. Kerajaan Uthmaniyyah bermula sebagai salah sebuah kerajaan kecil yang terletak di sebelah barat Anatolia (Turki pada hari ini). y Pemerintahan kerajaan Bani Abbasiyah tamat apabila Baghdad diserang oleh orang Mongol pada tahun 1258 Masihi. namun. pemerintahan khalifah telah menjadi lemah dan kemudiannya membawa kepada kemunculan kerajaan-kerajaan kecil di kawasan Turki dan Parsi. y Kawasan barat Anatolia ini merupakan sebuah kerajaan kecil. y Pemerintah Anatolia bebas daripada pengaruh Saljuk dalam urusan pemerintahan dan pentadbiran. y Pada hujung pemerintahan kerajaan Bani Abbasiyah. 3 . y y Antara kerajaan kecil di Turki yang penting termasuklah kerajaan Saljuk.

7. 2. 9. Semasa pemerintahan Mehmed II. 3. Asalnya Uthman ialah amir ataupun gabenor Saljuk bagi kawasan sebelah barat Anatolia yang bersempadan Rom Timur. Semasa pemerintahan Murad I dan Bayezid I. 4. 6. Kesan langsung daripada kemenangan ialah ramai Ghazi ataupun pahlawan tentera serta pemimpin masyarakat bersatu di bawah Uthman dalam meluas kawasan jajahan penaklukannya. dan utara Albania. beliau telah menjalankan dasar perluasan wilayah dan berjaya menawan Istanbul (Costantinople). 4 . Bermulalah pengukuhan empayar Uthmaniyyah. Orhan 1 berjaya menguasai kawasan Marmara dan Pantai Aegean. kerajaan Uthmaniyyah berjaya menguasai kawasan Balkan selatan. Ankara dan Gallipoli. Usaha perluasan kuasa diteruskan oleh anaknya. 8. 5. Orhan I dan pemerintahan Uthmaniyyah yang seterusnya selepas kematian Uthman (1326 Masihi). Pada 1336 hingga 1354 Masihi. Kosovo. Uthman mula menawan kawasan sekitar Anatolia dan bandar Bursa dijadikan sebagai ibu negerinya. Wallachia. utara Bulgaria. ibu negeri Rom Timur (1453 Masihi).PEMBENTUKAN KERAJAAN TURKI UTHMANIYYAH 1. Perkataan Uthmaniyyah berasal daripada pengasas kerajaan ini iaitu Uthman bin Ertughrul bin Sulaiman Shah yang berasal daripada suku Qayi. Pengukuhan ini berlanjutan dari tarikh penguasaan Istanbul (1453 Masihi) hinggalah ke tarikh kematian Sulaiman I (1566 Masihi). Uthman telah berjaya menewaskan tentera Byzantine pada tahun 1301 Masihi.

SUMBANGAN KERAJAAN UTHMANIYYAH 1. c) Jawatan Kadi dan Mufti menjadi sebahagian daripada organisasi pentadbiran agama islam. setelah Makkah di kuasai Sultan Selim I(1517 Masihi). 2. Tempoh pemerintahan kerajaan Uthmaniyyah yang lama (abad ke-14 hingga abad ke-20) dan berterusan ini telah membawa sumbangan yang besar. Laut Merah. dan kehormatan setiap individu tanpa mengira bangsa dan agama. 7. 4. Kerajaan Uthmaniyyah dilihat sebagai pelindung kepada umat Islam di seluruh dunia. Fatwa yang dikeluarkan menjadi sumbangan utama kerajaan Uthmaniyyah kepada agama dan sains undang-undang yang kekal yang digunakan sehingga hari ini. 5 . b) Undang-undang baru ini dikenali sebagai kanun Suleiman. Sumbangan kerajaan Uthmaniyyah dalam pentadbiran dan perundangan: a) Sultan Suleiman I memperkenalkan sistam perundangan yang mempertahankan dan membela nyawa. c) Jalinan pelabuhan yang dikuasai kerajaan ini telah membentuk Jalinan Perdagangan Dunia Islam yang berpusat di Istanbul. Sumbangan kerajaan Uthmaniyyah kepada sektor ekonomi : a) Dalam sektor ekonomi diwujudkan jalinan perdagangan antara timur dan barat serta antara dunia Islam dan dunia bukan Islam. 3. Kerajaan Uthmaniyyah telah mewujudkan sebuah empayar yang merupakan sebuah kesatuan orang islam di seluruh dunia. d) Jawatan Sheikh-ul-Islam iaitu ketua ulama telah diperkenalkan untuk mengeluarkan fatwa. Lautan Hindi dan Mediterranean. 5. Dua Bandar suci tersebut ialah Makkah dan Madinah. Sultan Selim I telah ³Pelindung Dua Bandar Suci´. harta. Kota Istanbul juga telah di anggap pusat pentadbiran Dunia Islam. 6. b) Jalinan perdagangan meliputi Laut Tengah.

e) Kerajaan Uthmaniyyah juga menubuhkan perpustakaan di masjid. penerbitan. Rancangan ini dilakukan untuk lebih menyatukan wilayah kekhalifahan Turki Uthmaniyah yang 6 . b) Tokoh senibina Turki ialah Mimar Sinan. Sumbangan kerajaan Uthmaniyyah dalam bidang seni bina : a) Antara sumbangan yang masih kekal sehingga hari ini ialah masjid. pendidikan. d) Landasan Keretapi Hijaz ialah landasan kereta api yang dibangun pada masa pemerintahan khilafah Turki Uthmaniyyah pada masa pemerintahan Sultan Abdul Hamid II. d) Golongan intelektual kerajaan Uthmaniyyah telah memberikan sumbangan besar dalam bidang penulisan ensiklopedia. Antara penulis terkenal ialah Mehmed alFanari. hospital. dan rumah. c) Hasil seninya yang paling berpengaruh ialah Masjid Sultan Ahmad (Masjid Biru) di Istanbul. Pembangunan landasan keretapi ini sudah dilakukan pada tahun 1840 M namun baru direalisasikan pada tahun 1908. dan kolej perubatan. maktab tentera. c) Pengenalan sistem ini bermakna pembahagian masyarakat bergantung pada hasil usaha setiap individu. c) Terdapat juga system pendidikan lain seperti sekolah pengetahuan akademik. maktab teknik. d) Ini juga membawa kepada mobiliti sosial yang lebih luas dalam masyarakat Eropah. sekolah sastera. Mofla Lufti dan Katib Clebi. Sumbangan kerajaan Uthmaniyyah dalam bidang sosial : a) Di Balkan telah diperkenalkan sistem yang menggalakkan kecemerlangan individu yang menyebabkan wujud mobiliti sosial. Sumbangan kerajaan Uthmaniyyah dalam perkembangan ilmu pengetahuan : a) Kerajaan Uthmaniyyah memainkan peranan besar dalam perkembangan ilmu pengetahuan. dan penterjemahan serta kebudayaan. 10. Masjid Sultan Salim dan Masjid Sultan Suleiman.8. b) Sistem bangsawan dihapuskan. b) System pendidikan Uthmaniyyah yang amat berpengaruh terhadap perkembangan pendidikan dalam dunia Islam ialah system madrasah. 9.

14. Kerajaan ini juga berjaya menyekat kemaraan tentera Salib selama 600 tahun bermula pada kurun ke 7 Masihi sehinggan pada kurun ke 13 Masihi. Madinah. Semenanjung Arab. Pada 1494 Masihi. 15. Hal ini dapat dibuktikan dengan peristiwa pelucutan jawatan khalifah yang berlaku kepada Sultan Salim III. Palestin. Kerajaan Uthamaniyyah telah mempertahankan tanah suci Islam Iaitu Makkah. dan Palestin daripada serangan musuh-musuh Islam terutamanya Yahudi. kerjaan Uthmaniyyah berjaya mempertahankan negara-negara Islam daripada serangan Portugal dan Sepanyol. hubungan pemerintah Islam dengan pihak gereja semakin kukuh. Contohnya. Kerajaan Uthmaniyyah juga member sumbangan dalam meneruskan dakwah Islam. 16. Kerajaan Uthamniyyah menjaga hubungan dengan masyarakat bukan Islam. Usaha-usaha dakwah Rasulullah SAW diteruskan dengan meningkatkan pembukaan wilayah-wilayah yang baru. Syria. Toroblus. 13. Mesir. Pelaksanaan pentadbiran kerajaan didirikan dengan asas syura ulama atau dengan maksud lain ulama memainkan peranan penting dalam pentadbiran Negara dan bertindak mengawasi gerak-geri pemimpin supaya bertepatan dengan kehendak Islam. 11. 12. Kerajaan ini telah menyatukan dunia Islam ketika itu seperti Iraq. Algeria. Pemerintahpemerintah zaman pemerintahan Uthmaniyah sentiasa menjalin hubungan baik dengan masyarakat bukan Islam. Kemuncak kejayaan ialah pembukaan Kota Constantinopel oleh Sultan Muhammad al-Fatih setelah lapan kurun perkhabaran Rasulullah SAW.luas dengan alat pengangkutan dan telekomunikasi yang memadai dimana saat itu alat pengangkutan darat yang lebih memadai adalah keretapi. Buktinya. 7 . selepas kejatuhan Kota Constantinopel pada tahun pada 1453 Masihi ke tangan tentera Islam. Kerajaan ini juga telah mewujudkan amalan syura. Sultan Salim I telah mengeluarkan arahan melarang sama sekali bangsa Yahudi berhijrah ke tanah Sinai. Kerajaan Uthmaniyyah telah mengembalikan semula kesatuan umat Islam pada waktu itu dengan mempertahankan agama tauhid dan syariat Islam. Morocco dan Tunis dalam satu kelompok bersama-sama dengan Semenanjung Balkan dan Turki serta sebahagian besar Eropah Timur bagi menghadapi serangan Portugal dan Sepanyol. Seterusya kota tersebut ditukar nama kepada Istanbul iaitu Bandar Islam.

Kesan daripada penguasaan tersebut. 8 .17. kawasan Afrika dan Asia dalam keadaan aman dn bebas daripada pengaruh Salibiyyah. Laut Merah. dan Laut Hitam. Kerajaan Uthmaniyyah telah mengharumkan nama agama Islam dengan menguasai tiga lautan utama sehingga dikenali sebagai Lautan Islam iaitu Laut Mediterranean.

Sultan Abdul Hamid telah digulingkan daripada pemerintahannya oleh kumpulan belia Turki pimpinan Jeneral Mustaffa Kamal Artatuk dan setrusnya dilantik menjadi Presiden Turki seumur hidup. Kerajaan Uthmaniyyah yang berdiri teguh selama 637 tahun akhirnya telah runtuh apabila sultan terakhirnya. kerajaan Uthmaniyyah mula menjadi lemah dan sedikit demi sedikit wilayahnya di Eropah Timur dan Utara Afrika terlepas daripada penguasaan mereka kepada kuasa Eropah atau kepada serpihan kerajaan Islam lain. 9 .KEJATUHAN KERAJAAN UTHMANIYYAH Di akhir kurun ke-18 Masihi.

KESIMPULAN Kerajaan Uthmaniyyah merupakan empayar yang penting terhadap peradaban dunia. kerajaan Uthmaniyyah menyumbang kea rah zaman Renaissance di Eropah. social. ilmu pengetahuan serta senibina. Kerajaan ini juga berjasa terhadap agama Islam kerana menyatukan negara-negara Islam. Di samping itu. 10 . Tamadun Eropah banyak menerima sumbangan dan pengaruh tamadun Islam meliputi setiap dimensi kehidupan daripada persoalan kebudayaan dan cara hidup. ekonomi. mempertahankan negara-negara Islam dan meneruskan usaha dakwah Rasulullah SAW. Kerajaan Uthmaniyyah banyak memberi sumbangan dalam pentadbiran dan perundangan. kerajaan ini menjaga imej umat Islam dengan menjalinkan hubungan yang baik dengan orang bukan Islam. Selain itu. Sewajarnya Barat berterima kasih kepada budi dan jasa umat Islam kerana mengeluarkan mereka daripada alam kejahilan.

Dewan Bahasa dan Pustaka Kuala Lumpur. cetakan 2002. Abdul Rahman Haji Abdullah.Wikipedia Bahasa Melayu.  Sumbangan Islam Kepada Tamadun Dunia. penerbitan Pena Sdn. Azam Hamzah. Klang Fontarz Enterprise.  Sejarah Pemikiran dan Tamadun Islam.  Empayar Uthmaniyyah . ensiklopedia bebas.tripod.htm 11 . 1984. Bhd.htm  httpsaku30. Nik Hassan Shuhaimi bin Nik Abdul Rahman.RUJUKAN  Buku teks Sejarah tingkatan 4.comBab6SEJ4. 1991.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful