You are on page 1of 62

Pencemaran

Pencemaran merupakan pemasukan bahan


pencemar seperti bahan kimia, hingar, haba, cahaya
dan tenaga ke dalam alam sekitar yang
mengakibatkan kesan yang memusnahkan sehingga
membahayakan kesihatan manusia, mengancam
sumber alam dan ekosistem, serta mengganggu
ameniti dan kenggunaan halal alam sekitar.[1]
Bentuk pencemaran
Terdapat beberapa bentuk pencemaran yang
mengancam bumi kita, antaranya:
 Pencemaran udara, iaitu pelepasan bahan
kimia berbahaya ke dalam atmosfera. Contoh
bahan pencemar termasuk karbon monoksida,
sulfur dioksida, klorofluorokarbon (CFC),
nitrogen dioksida yang dikeluarkan oleh
kenderaan dan kilang industri.
 Pencemaran air, seperti kebocoran dan
pembuangan bahan kimia ke dalam sumber air
atau fenomenon eutrofikasi.
 Pencemaran tanih, iaitu peresapan bahan kimia
bahaya seperti logam berat, hidrokarbon dan
racun serangga ke dalam tanih.
 Pencemaran radioaktif, iaitu pelepasan bahan
radioaktif ke dalam alam sekeliling.
 Pencemaran bunyi yang disebabkan hingar
jalan raya, pesawat dan industri.
 Pencemaran cahaya yang disebabkan
penyinaran (iluminasi) lebihan
 Pencemaran terma, iaitu perubahan suhu
akibat kegiatan manusia.
 Pencemaran visual, iaitu pemusnahan alam
fizikal dan penghakisan keindahan alam.[2]
Cara pencemaran boleh dibahagikan kepada dua
iaitu pencemaran oleh faktor semula jadi, akibat
bencana alam dan pencemaran oleh faktor
manusia.pencemaran ini juga disebabkan sikap
segelintir golongan manusia yang tidak mempunyai
sikap bertanggungjawab mahupun cinta akan negara
Negara paling tercemar
Majalah Time telah menyenaraikan "10 bandar
tercemar di dunia" seperti berikut:
 Linfen, China
 Tianjin, China
 Sukinda, India
 Vapi, India
 La Oroya, Peru
 Dzerzhinsk, Rusia
 Norilsk, Rusia
 Chernobyl, Ukraine
 Sumgayit, Azerbaijan
 Kabwe, Zambia

Pencemaran air

Pencemaran air ialah pencemaran yang berlaku di


sungai, tasik dan laut. Lokasi berair sering disalah
anggap sebagai tempat pembuangan sampah
terutama daripada aktiviti manusia.
Malaysia
Punca utama pencemaran air antaranya ialah
pembuangan sampah dari kawasan perumahan di
sepanjang sungai, tepi tasik dan laut. Penduduk
membuang najis manusia dan najis binatang
ternakan seperti ayam,babi,lembu dan lain-lain ke
dalam sungai.Sungai Semenyih,sebagai contoh
pernah dicemari dengan puluhan ladang babi pada
tahun 1980-an.
Kilang memproses getah dan minyak kelapa sawit
juga menjadi punca kepada pencemaran air di
sungai-sungai di Malaysia.Sisa toksik dibuang dan
dialirkan ke dalam longkang, parit, terusan dan
seterusnya ke dalam sungai. Pemandangan dari
udara ke atas Sungai Juru yang terletak di Seberang
Perai,Pulau Pinang menunjukkan warna air di
Sungai Juru berwarna hitam pekat apabila sampai di
laut.
Petani di Cameron Highland menggunakan baja
kimia dan racun serangga sehingga menjejaskan
kualiti air minuman di Sungai Terla. Hotel dan
rumah kongsi para pekerja tidak mempunyai sistem
perparitan yang sempurna menyebabkan najis
manusia tidak dirawat dengan betul. Kes ini
didedahkan kepada wartawan dan ditontonkan di
televisyen. Selepas itu barulah Majlis Daerah
Cameron Highland turun padang untuk mengambil
tindakan bagi membetulkan keadaan.
Pengilang dari Taiwan dilaporkan mengeksport sisa
kimia ke Malaysia dan ditanam di kawasan terpencil
di Johor,Malaysia. Beberapa negara maju
membuang sisa radioaktif dengan memasukkan sisa
ini ke dalam tong-tong dram sebelum
membuangkannya ke dalam laut. Tindakan ini boleh
merosakkan hidupan marin. Tayar-tayar buruk
kononnya akan dijadikan tukun-tukun tiruan di dasar
laut terutama di Laut China Selatan. Sesetengah
pulau tidak mempunyai sistem pelupusan sampah.
Oleh itu wujud 'pulau sampah' secara terancang atau
tidak dirancang
Punca pencemaran air
Air merupakan salah satu keperluan asas manusia.
Namun, air semakin hari semakin tercemar.
Pencemaran ini dikaitkan dengan larutan pelbagai
bahan kimia toksik dan bahan buangan. Pelarut-
pelarut ini senang mencemarkan air dan sumber air
kita. Kini, banyak punca air kita tercemar sehingga
didapati bahawa jika tiada sebarang langkah diambil
ia mungkin memudaratkan kehidupan manusia.
Punca utama pencemaran air ialah bahan buangan
domestik. Bahan-bahan buangan domestik yang
terdiri daripada sampah sarap dan bahan kumbahan
dibuang sewenangwenangnya ke dalam sungai.
Bahan kumbahan disalirkan ke dalam parit dan
sungai sebagai cara termudah menanganinya.
Sampah organik mereput dan diuraikan oleh bakteria
dengan oksigen yang terlarut di dalam air. Ini
mengakibatkan kekurangan oksigen dalam air yang
menggugat kehidupan akuatik.
Kilang-kilang juga dianggap sebagai punca
pencemaran air yang utama. Kebanyakan kilang
dibina di sepanjang sungai untuk memastikan bahan-
bahan buangan disalirkan ke dalam sungai-sungai
berkenaan. Masalah timbul apabila cecair kimia
yang disalurkan ke dalam sungai tidak dirawat dan
mengandungi bahan toksikyang mencemarkan air
sungai. Kebanyakan kilang membuang sisa cecair
dan pepejal ke dalam sungai yang mengakibatkan
sungai tercemar. Irni biasanya dikaitkan dengan
bahan agrokimia.
Pertanian juga dikenal pasti sebagai punca
pencemaran air. Pengilangan hasil-hasil pertanian
menghasilkan banyak bahan kimia cecair yang
disalirkan ke dalam sungaisungai. Hampas-hampas
organik yang menjadi bahan buangan pemprosesan
dibuang ke dalam sungai. Selain itu, penggunaan
baja, pestisid dan insektisid untuk membunuh
haiwan perosak mencemarkan sumber air. Ini
menghalang penembusan cahaya ke bawah
permukaan air dan mengakibatkan kematian
tumbuh-tumbuhan dan haiwan-haiwan akuatik.
Selain itu, industri perlombongan juga tidak kurang
penting dalam mengakibatkan pencemaran air. Can
gali petroleum di dasar laut dan tumpahan minyak
adalah antara bukti nyata. Penggerudian perigi-perigi
minyak dan letupan tangki minyak menyumbang
kepada gejala ini. Apabila minyak ini bercampur
dengan air laut atau sungai, is akan mengakibatkan
air tercemar. Ini memberi kesan kepada kehidupan
air seperti tumbuhtumbuhan dan haiwan akuatik
yang seterusnya menjejaskan sumber protein
manusia.
Bahan-bahan buangan radioaktif dan ujian-ujian
bom dan nuklear di laut-laut juga menyumbang
kepada pencemaran air. Banyak bahan buangan
radioaktif yang terhasil dani makmal-makmal dan
buangan hospital yang mengandungi sisa-sisa toksik
larut dalam air serta mencemarkan air sungai dan
laut. Stesen-stesen nuklear juga menyalirkan bahan
buangan ke dalam sungai yang mengakibatkan
sungai tercemar. Ujian-ujian bom di laut juga
menyumbang kepada pencemaran air laut.
Kesimpulannya, pencemaran air merupakan satu
masalah sosial yang memerlukan kerjasama semua
pihak untuk menanganinya. Kita harus memastikan
bahawa persekitaran kita bersih dan selamat untuk
hidup. Langkah-langkah perundangan penting dalam
menangani masalah ini. Kesedaran melalui
pendidikan alam sekitar juga dapat membendung
fenomena ini.
1.0 PENCEMARAN UDARA
1.1 Pengenalan Kepada Pencemaran
Udara
Pencemaran udara boleh didefinisikan
sebagai terdapatnya gas, cecair atau zarah
yang terkandung dalam udara sehingga
berlakunya perubahan yang menjejaskan
kehidupan atau bahan-bahan lain. Pencemaran
udara disebabkanoleh pelepasan asap melalui
ekzos kenderaan, kawasan industri
yangmelepaskan asap atau bahan pencemar,
dan penggunaan dapur arang atau kayuyang
tidak terkawal2.
Pencemaran udara boleh dikelaskan
kepada dua bahagian iaitu primer dan
sekunder. Pencemaran udara primer bermula
apabila penghasilan sulfurmonoksida dan
karbon monoksida akibat daripada pembakaran
yang tidak lengkap. Proses ini akan
menyebabkan zarah-zarah yang halus terampai
di udaradan memberikan kesan sampingan
kepada kesihatan manusia.
Kebanyakan pencemaran udara primer ini
dilepaskan melalui ekzos kenderaan,
kawasanindustri yang melepaskan asap atau
bahan pencemar, dan penggunaan dapurarang
atau kayu yang tidak terkawal3. Pencemaran
udara sekunder pula adalahhasil daripada
tindak balas sulfur dioksida yang bergabung
dengan wap-wap airdi udara.

1.2 Kesan–Kesan Pencemaran Udara


1.2.1 Kesan terhadap Kesihatan
Manusia
Pencemaran udara telah memberi kesan
yang buruk terhadap hidupan didunia pada
masa kini. Di antara kesan utama yang
menimpa manusia akibatdaripada pencemaran
udara ialah terhadap sistem pernafasan. Udara
dan bahancemar yang terperangkap
didalamnya akan memasuki hidung atau
mulutmanusia dan memasuki paru-paru melalui
trakea. Karbon monoksida (CO) adalahantara
gas yang dapat meracuni sistem pengangkutan
oksigen dalam darahdengan begitu berkesan
sekali. Selain itu, bahan cemar Nitrogen Oksida
(NO2)boleh menyebabkan edema dan
pendarahan pulmonari, bahan cemar gas
ozon(O3) boleh menimbulkan kerengsaan4.
Habuk,asap, kabus, wap atau bahan-

bahan lain juga menghalang penglihatan mata


dan juga menjejaskan mata
manusia.

1.2.2 Kesan Terhadap Tumbuh-


tumbuhan
Pencemaran udara juga memberi kesan
yang sangat buruk terhadaptumbuh-tumbuhan
di dunia ini. Tumbuh-tumbuhan mengalami
kerosakan dengantiga cara iaitu
Nekrosis(Keguguran daun), Klorosis
(Pertukaran warna), danperubahan
pertumbuhan5. Alfalfa, barli, kapas, gandum
dan epal adalah antaratumbuhan yang mudah
mengalami kerosakan dengan bahan cemar
sulfurdioksida. Selain itu, tomato, kekacang,
bayam dan kentang juga mengalamikerosakan
dengan adanya gas ozon di udara. Keadaan ini
menyebabkan bumikekurangan sumber
makanan dan ekonomi sebahagian daripada
pendudukdibumi juga terganggu.

1.2.3 Kesan Terhadap Haiwan

Seterusnya, bahan cemar juga


menyebabkan haiwan-haiwan terancam
danterbunuh. Sebagai contoh, di Poza Rica,
Mexico, sekumpulan burung kenari,ayam, itik,
lembu, khinzir angsa dan anjing telah mati
akibat terdedah kepadasulfur dioksida (SO2)
yang dilepaskan ke udara oleh sebuah loji
penapisan padatahun 19506.Kematian haiwan
itu disebabkan oleh penghadaman
makananhaiwan yang tercemar setelah
terdedah kepada bahan–bahan toksid
yangterdapat di dalam udara. Contoh lain
adalah keracunan yang disebabkan
olehplumbum (Pb) yang telah membawa maut
kepada lembu dan kuda yang berlakudi
Jerman.7 Haiwan-haiwan ini yang meragut
kawasan rumput sekitar 5 kilometerdari sebuah
kawasan kilang plumbum dan zink telah
mengalami keracunanakibat daripada habuk
plumbum yang dilepaskan oleh kilang tersebut.

1.2.4 Kesan Terhadap Bahan


Bahan-bahan cemar di udara juga
mengotorkan permukaan bahanterutamanya
kepada bangunan, pakaian, dan juga benda-
benda lain8. Pengotoranberlaku akibat dari
pengendapan asap atau zarah halus yang
begaris pusat kira-kira 0.3 mikrometer. Selepas
beberapa lama, pengendapan ini dapat dilihat
dandipanggil kekotoran, kelunturan, atau
kehitaman permukaan. Selain itu, kakisan
logam juga berlaku disebabkan berlakunya
kehadiran sulfur dioksida (SO2) didalam udara.
Bahan cemar juga menyebabkan fabric-fabrik
mudah rosak.Keadaan ini telah berlaku di
Kanada dan Florida dimana stoking wanita
mudahterurai disebabkan oleh kabus halus asid
sulfuric yang terdapat di bandar-
bandartersebut.
1.2.5 Kesan Terhadap Lapisan Ozon
Pencemaran udara juga menyebabkan
penyusutan lapisan ozon bumi yangmelindungi
hidupan di bumi ini daripada sinaran terus
matahari9. Pembebasangas klorofluorocarbon
atau CFC yang digunakan dalam alat-alat
penyembur, alatpenyaman udara dan peti sejuk
menipiskan lapisan ozon ini. Ini
menyebabkanlebih banyak sinaran matahari
yang sampai ke bumi.Pendedahan secara
teruskepada cahaya matahari boleh
menyebabkan kanser kulit yang amat
berbahayakepada manusia dan juga hidupan
lain. Pancaran matahari yang terik
jugamenyebabkan berlakunya pencairaan
kepada ais-ais di bahagian kutub-kutubbumi
dan menyebabkan berlakunya
ketidakseimbangan ekosistem di dunia
padamasa kini10.
1.2.6 Kejadian Hujan Asid
Seterusnya, pencemaran udara juga
menyebabkan terbentuknya Hujanasid yang
disebabkan oleh penggabungan gas-gas sulfur
dioksida dan nitrogenoksida dengan air
hujan11. Ianya berlaku apabila gas-gas sulfur
oksida (SO2) danoksida-oksida nitrogen (NOx)
dilepaskan ke udara dan bertindakbalas
denganwap air yang terdapat di atmosfera dan
seterusnya menjadi asid sulfurik dan asidnitrik.
Asid ini terkumpul di dalam awan dan awan
pula bergerak ke tempat-tempat lain dan
membawa asid-asid tersebut. Asid itu akan
turun bersama-samadengan hujan dan
menimpa hidupan yang terdapat di dunia. Ianya
membunuhtumbuh-tumbuhan dan juga hidupan
air. Ia juga boleh menghakis pakaian, kertasdan
bahan binaan bangunan. Selain itu, asid
tersebut juga meresap kedalam tanah dan
menyebabkan kualiti tanah berkurang dan
menjadikannya tidak subur12.
1.2.7 Kesan Rumah Hijau dan
Pemanasan Global
Kesan yang paling ketara dan sedang hangat
deperkatakan oleh seluruh
warga dunia pada masa kini adalah kesan
pemanasan global yang disebabkan
oleh kesan rumah hijau13. Kenaikan suhu bumi
dan penipisan lapisan ozonmenjadi punca
kepada pemanasan global ini yang dapat
dirasakan oleh seluruhpenduduk bumi.
Kenaikan suhu bumi disebabkan oleh
pembebasan gas-gaskarbon dioksida dan
terkumpul di dalam udara. Gas karbon dioksida
yang terlalubanyak menyebabkan haba di bumi
terperangkap dan akhirnya suhu
bumimeningkat dan persekitaranya menjadi
panas. Penyusutan lapisan ozon jugaadalah
faktor utama kejadian pemanasan global ini14.
Pemanasan globalmenyebabkan keadaan bumi
menjadi panas, ekosistem terganggu, banjir
berlakusecara kerap dan juga berlakunya
kejadian alam yang tidak normal15.
Kebakaranhutan yang berlaku juga sedikit
sebanyak memberi kesan kepada suhu di
bumiini dan juga menjejaskan kualiti udara.
1.2.8 Kesan Terhadap Atmosfera
Kesan terhadap atmosfera yang dibawa
oleh pencemaran udara pula
ialahmengurangkan jarak penglihatan16.
Contoh yang paling jelas ialah kebakaranbesar
yang berlaku di hutan Indonesia pada tahun
1997 telah menyebabkanbeberapa buah
Negara di Asia Tenggara mengalami keadaan
jerebu yang sangatteruk termasuk Malaysia.
Selain itu, pertambahan kepekatan karbon
dioksidadalam atmosfera turut meningkatkan
suhu bumi yang telah
mencetuskanperbincangan hebat di kalangan
para saintis di abad ini. Para saintis
mendapatibahawa kepekatan karbon dioksida
bertambah dari 0.032 peratus pada tahun1968
kepada 0.038 peratus pada tahun 2000.
Mengikut analisis tersebut, iamenyebabkan
peningkatan suhu sebanyak 0.5 darjah selsius,
dan kesan inidikenali sebagai kesan ‘rumah
hijau’.
2.0PENCEMARAN AIR

2.1Pengenalan Kepada Pencemaran


Air
Pencemaran air ini berlaku apabila terdapat
perubahan dari segi kandungan, keadaan,
warna dan kualiti sehingga tidak sesuai dan
memberi kesan apabila digunakan
Pencemaran berlaku sama ada dari segi
biologi, kimia, dan fizik.Pencemaran air bukan
hanya berlaku di sungai sahaja,tetapi juga di
laut,pantai dan lain-lain secara segaja atau
tidak sengaja. Punca utama yang menghasilkan
pencemaran ini lebih kepada bahan pencemar
dari kilang-kilang yang berdekatandengan
sumber air tersebut. Keadaan atau tahap
pencemaran sumber air bolehdinilai
berdasarkan beberapa faktor yang
mempengaruhi kualiti air tersebut iaituoksigen
terlarut, keperluan oksigen biokimia (BOD), zat
terlarut dalam air, pH,dan suhu.
Secara saintifik, pencemaran air boleh
diklasifikasikan kepada beberapa jenis iaitu
pencemaran fisikal, kimia, fisiologis dan biologi.
Pencemaran fisikal iniditentukan oleh
perubahan warna, suhu dan kekeruhan sumber
airtersebut.punca yang biasanya menyebabkan
pencemaran jenis ini ialah sepertipembuangan
sampah dan daun-daun yang merupakan
medium yang terapung diatas air. Manakala
pencemaran kimia biasanya disebabkan oleh
zat organiktermasuk protein, karbohidrat dan
lemak dan bahan buangan industri
yangmengandungi garam beracun serta
tumphan minyak di laut. Selain itu, ia juga
berpunca daripada persenyawaan organoklor
pada insektisida, fungisida danherbisida.
Seterusnya pencemaran fisiologi dapat
dikenalpasti daripada bau danrasa yang tidak
menyenangkan pada sumber air. Pencemaran
jenis inidisebabkan oleh persenyawaan amina,
fluol dan merkaptan. Pencemaran biologi
pula disebabkan oleh mikroorganisma dalam
sumber air tersebut seperti bakteria
patogen, virus, protozoa, parasit dan zat toksin.
2.2 Kesan-Kesan Pencemaran Air
2.2.1 Kesan Terhadap Kesihatan
Manusia
Kesan-kesan daripada pencemaran air ini
menimbulkan banyak masalahterhadap
hidupan-hidupan di dunia pada masa kini
termasuklah manusia sendiri.Bahan-bahan
yang dibuang dalam sungai akan
mengurangkan kandunganoksigen dalam
air20,tersebutmati apabila memakan bahan
beracun dari sumberair yang telah tercemar ini.
Manusia juga akan mendapat penyakit yang
seriusjika mengambil sumber makanan
daripada hidupan air21. Manusia juga
bolehmendapat penyakit atau masalah
kesihatan yang teruk jika meminum
ataumenggunakan air yang tercemar. Selain
itu, sampah-sarap dan najis yangdibuang ke
dalam air juga menggalakkan bakteria untuk
terus membiak danmenjadi masalah kepada
kehidupan di dalam air mahupun kepada
manusia sendiri
2.2.2 Kesan Kepada Kualiti Air
Penggunaan air laut juga terutamanya
sebagai agen penyejuk bagi mesindalam sektor
janakuasa elektrik merosakkan kualiti air22. Air
yang panas selepasdigunakan untuk
menyejukkan mesin-mesin dalam sektor ini
akan disalurkansemula ke laut. Ini
menyebabkan seluruh kawasan saliran laut itu
akan menjadipanas dan mengakibatkan
hidupan di kawasan itu sukar untuk
beradaptasikerana keadaan suhu airnya yang
tinggi dan meningkat secara mendadak
justerumengganggu ekosistem hidupan di laut
secara perlahan-lahan.

Bahan-bahan toksid yang dibuang akan


memberi kesan terhadap kitaranmakanan
dengan mempengaruhi dan meracuni hidupan-
hidupan di sungai dantasik seperti rumpair,
burung, ikan dan hidupan lain. Bahan-bahan
toksid yangbercampur dengan air sungai atau
tasik,secara langsung akan
mempengaruhikualiti air minuman. Hal ini
memberi kesan negatif terhadap kesihatan,
sepertikehadiran nitrat yang berlebihan dalam
air minuman yang akan
mengakibatkankeracunan darah kepada bayi
kecil dan barah kepada orang dewasa.

2.2.3 Mengurangkan Kandungan


Oksigen Terlarut
Proses yang dihasilkan oleh industri
terutamanya industri pemprosesanmakanan
biasanya kaya dengan nutrien inorganik
contohnya nitrogen, fosforusdan kalium
disamping sebatian-sebatian organik terlarut23.
Oleh itu, nutrien inimenyebabkan risiko
pencemaran dilupuskan secara tidak langsung
di dalamsungai atau tasik dan menghasilkan
keadaan eutrofikasi. Sebatian organikterlarut
mengurangkan jumlah kandungan oksigen
terlarut(BOD).
2.2.4 Sistem Air Bawah Tanah
Tercemar
Sesetengah kilang akan memperuntukkan
kawasan untuk pembuangansisa-sisa kilang.
Tetapi, apabila berlaku hujan lebat atau loji
pecah, sisa-sisa iniakan terkeluar dan
menyebabkan dua masalah iaitu, pertama ialah
jika sisa inimengalir di permukaan, maka ianya
akan mengalir di dalam sistem
saliranterutamanya parit dan sungai24.
Masalah kedua pulaialah sekiranya sisa
inimengalir ke dalam sisem bawah tanah yang
akan menyebabkan sistem airbawah tanah
tercemar25. Kedua-dua masalah tersebut akan
merosakkan danmencemarkan hidupan dan
keadaan air itu sendiri.

2.2.5 Menjejaskan Keindahan Alam


Seterusnya, pencemaran air juga
menyebabkan keindahan dunia pada
masa kini terjejas. Pantai-pantai yang dipenuh
dengan sampah sarap
menjengkelkan dan tidak indah untuk
dipandang. Sampah sarap yang dibuang dilaut
menjadi punca hal tersebut berlaku. Keadaan
air laut ataupun sungai yangberbau busuk
akibat daripada bakteria-bakteria daripada
bahan-bahan cemaryang dibuang ke dalam air
laut atau sungai mewujudkan keadaan yang
tidakselesa kepada manusia dan juga hidupan
lain di dunia ini.

2.2.6 Banjir
Selain itu pencemaran air juga menjadi
punca kepada banjir yang berlakudi dunia pada
masa kini. Banjir-banjir yang kerap berlaku
disebabkan olehtersumbatnya parit yang
sepatutnya mengalirkan air ke laut ataupun
sungai.Apabila sampah sarap menyumbatkan
aliran air tersebut, banjir mudah berlakudan
menyebabkan persekitaran kotor apabila banjir
tersebut berlaku. Kesanlangsung daripadanya
adalah kemusnahan tapak pembiakan rantai
makanan,dan juga mempengaruhi pembuatan
makanan, produktiviti makanan, dan
kosmeningkat.
2.2.7 Kemusnahan Hidupan Akuatik
Di Malaysia, aktiviti perindustrian,
urbanisasi, serta perladanganmenyebabkan
pencemaran logam berat, racun makhluk
perosak, pencemranorganik serta peningkatan
keledak dalam air28. Ia merupakan
pencemaran utamayang memusnahkan
kehidupan akuatik. Laluan utama pencemaran
dari darat kelautan adalah melalui sungai.
Sungai-sungai yang tercemar seperti Sungai
Juru,Sungai Pinang, Sungai Sepang, Sungai
Jejawi, Sungai Kelang, Sungai Perai,Sungai
Buloh dan beberapa sungai mengalirkan
berbagai jenis racun, keledakbahan kumbahan
dan najis haiwan ke dalam lautan. Spesies
yang sensitif akanlama kelamaan lenyap,
samada disebabkan oleh kematian individu
ataukegagalan pembiakan. Bagi spesies yang
tahan lasak, pengumpulan bahan toksikdalam
badan mereka boleh menyebabkan risiko yang
tinggi kepada haiwan-haiwan yang terletak di
penghujung rantaian makanan, termasuk
manusia.
PENCEMARAN TANAH
3.1 Pengenalan Kepada Pencemaran
Tanah
Pencemaran tanah bermaksud perbuatan
yang berlaku kepada sesuatukawasan
sehingga terjadinya pertukaran warna,
kesuburan dan hakisan. Ianyadisebabkan oleh
bahan buangan dalam bentuk cecair atau
pepejal. Bahanpencemar ini terdiri daripada
pencemar organik, kimia atau fizik.
Keseriusanpencemaran tanah bergantung
kepada kesuburan tanah.
Pencemaranmenunjukkan tahap serius apabila
kesuburan tanah sudah hilang dan
akanbertukar warna menjadi kehitaman serta
tumbuh-tumbuhan di kawasan tersebutmenjadi
layu.
Kebanyakan tanah yang merosot kualitinya
adalah disebabkan oleh aktivitimanusia itu
sendiri. Aktiviti-aktiviti seperti perlombongan,
tebus guna tanah yangmengorbankan kawasan
terumbu karang, penebangan hutan yang
menyebabkanaliran tanah dari darat masuk ke
dalam laut, pembuangan sampah sarap
dankumbahan yang tidak terkawal,
pembuangan sisa toksik dan sisanuklear,
dantumpahan minyak menyebabkan tanah
tercemar.

3.2 Kesan-Kesan Pencemaran Tanah


3.1.1
Tanah Beracun
Kesan daripada pencemaran tanah ini
kepada dunia sangat ketara
sepertipencemaran-pencemaran lain juga. Inya
juga memberi kesan yang sangat
burukterhadap kesihatan manusia serta
hidupan lain. Pembuangan sampah-sarap,
sisatoksik dan nulear menjadikan tanah
beracun dan tidak boleh didiami. Contohyang
paling ketara adalah letupan loji nuklear di
Chernobyl, Russia29. Kesannyadapat dirasai
hingga ke Sweden, kerana 23 orang telah
dilaporkan mati akibatdaripada kesan radioaktif
nuklear tersebut. Semua penduduk di
sekitarnyadipindahkan dan di sesetengah
tempat, penjualan daging terpaksa
Dihentikan kerana kadar pencemaran terlalu
tinggi dan membahayakan kesihatan.

3.2.2 Penyebaran Kuman-Kuman


Penyakit
Selain itu, sampah-sarap yang dibuang di
kawasan-kawasan lapang
menjadi tempat pembiakan kuman penyakit30.
Tikus, lipas dan lalat dan haiwan
perosak yang lain tertumpu di kawasan ini dan
menyebarkan kuman-kuman
penyakit ke tempat-tempat lain. Jika makanan
yang dihinggapi lalat atau
dimakan lipas , manusia mudah keracunan
makanan dan seterusnya diserang
penyakit yang serius.
3.2.3 Kerosakan Tanah dan
Kualitinya
Pencemaran tanah juga merosakkan tanah
dan kualitinya. Sisa-sisa industridan hasil
tumpahan daripada kenderaan pengangkut
menjadikan tanah rosakdan kurang berkualiti.
Tanah yang kurang berkualiti menyebabkan
tumbuh-tumbuhan atau sayur-sayuran yang
ditanam tidak hidup dengan sempurna dantidak
subur. Hujan asid yang meresap ke dalam
tanah, perlombingan yangberlebihan,
penebangan hutan atau pembalakan
menyebabkan tanah terhakisdan rosak. Selain
itu penggunaan racun serangga atau rumpai
turut berperananmengurangkan kualiti tanah.
Kemajuan dari segi pengangkutan
jugamenyebabkan banyak kawasan tanah telah
digunakan untuk tujuan pembinaanjalanraya,
landasan keretapi dan lapangan terbang.
3.2.4 Tanah Gersang
Seterusnya tanah juga menjadi gersang
atau menjadi tanah gurundisebabkan oleh
penggunaan tanah secara berlebihan dan tidak
terkawal. Usahapertanian yang dilakukan ke
atas tanah yang kurang berkualiti (tidak
subur),yang sering berlaku ke atas negara-
negara yang kurang hujan, padang ragutyang
terhad tetapi mempunyai ternakan yang
banyak, sehingga berlakunya
overgizing dan seterusnya padang ragut
menjadi gondol, dan pertambahan
penduduk yang terlalu tinggi yang memerlukan
kawasan penempatan adalah
antara punca-punca kejadian tanah gersang31.
3.2.5 Membunuh Haiwan Bawah
Tanah
Pencemaran tanah ini juga membunuh
haiwan di bawah tanah ataupunapa-apa sahaja
hidupan bawah tanah32. Racun serangga yang
disembur masukdan berkumpulke dalam tanah
dan bahan-bahan cemar seperti sisa toksik
dannuklear membunuh haiwan-haiwan bawah
tanah tersebut.

3.2.6 Hakisan Tanah


Satu lagi kesan pencemaran tanah ini
adalah hakisan. Hakisan tanahadalah salah
satu fenomena yang sangat sering berlaku di
seluruh dunia. Ianyabukan sahaja merugikan
dari sudut kewangan dan ekonomi bahkan
jugamengancam keselamatan dan nyawa
manusia, misalnya tanah runtuh dan
jugagempa bumi. Terdapat banyak negara-
negara yang sedang diancam hakisantanah. Di
negara-negara tertentu juga, angin menjadi
salah satu agen yang bolehmenyebabkan
hakisan. Antara aktiviti-aktiviti manusia yang
boleh menyebabkanhakisan adalah
pembersihan dan pembajakan serum bukit
yang menyebabkantiada tumbuhan yang dapat
menahan tanah daripada dialirkan bersama-
samadengan air apabila hujan
lebat,penebangan hutan, padang ragut yang
meluasdan berlebihan, dan penanaman secara
meluas hanya satu jenis tanaman33.
PENCEMARAN BUNYI
4.1 Pengenalan Kepada Pencemaran
Bunyi
Pencemaran bunyi adalah keadaan dimana
sesuatu bunyi itu tidak disukai
kerana memberi ketidakselesaan terhadap
pendengaran34. Secara saintifik, ia
didefinisikan sebagai signal yang tidak memberi
apa-apa informasi dan
kekuatannya berubah secara mendadak dari
masa ke semasa.
Pencemaran bunyi mungkin tidak diambil
perhatian secara serius namun iajuga memberi
kesan buruk terhadap dunia pada masa kini.
Pencemaran bunyiberpunca daripada
kenderaan, perindustrian, pembinaan,
persekitaran dansebagainya35.
Jenis bunyi bising adalah seperti Steady
Wide Band Noise yang meliputibunyi dengan
batas ulangan yang luas, contohnya mesin
biasa, keriuhan diPasar, dan trafik36.
Seterusnya Steady Narrow Band Noise iaitu
tenaga bunyi tertumpu kepada ulangan tertentu
seperti mesin rumput, gergaji rantai,
danpengetam. Selain itu, Impact Noise iaitu
bunyi tunggal yang pendek sepertiletupan,
tembakan, senjatapi, Repeated Impact
Noise iaitu bunyi tunggal yangberulangan
seperti memaku, memahat, dan akhir
sekali Intermittent Noise iaituseperti
pengangkutan udara dan lalulintas.

4.2 Kesan-Kesan Pencemaran Bunyi


4.2.1 Menggangu Persekitaran
Kesan-kesan
pencemaran bunyi terhadap
dunia pada masa kinitermasuklah menggangu
persekitaran dengan keadaan bunyi yang bising
danmelampau37. Pencemaran bunyi
menyebabkan keadaan persikitaran
sangatbising dan menjadikan kehidupan
manusia serta hidupan lain terganggu.
Haiwanjuga akan merasa takut dan berasa
terpaksa berhijrah ke habitat baru yang
lebihsenyap38. Ini akan menyebaban
gangguan ekosistem dan member
masalahkepada manusia juga.
4.2.2 Masalah Pendengaran Manusia
Pencemaran bunyi menyebabkan
kerosakan pada telinga manusia secaraserta-
merta dan juga secara kronik. Sekiranya telinga
menerima bunyi yang kuatiaitu lebih daripada
120 dB, selaput tympanum di dalam telinga
akan pecah sertakerosakan tulang kecil pada
telinga dan ini menyebabkan
kehilanganpendengaran kekal. Pendedahan
berpanjangan kepada bunyi kuat iaitu lebih
85dB dalam masa 8 jam sehari, ia akan
merosakkan koklia dan
menyebabkanpendengran menjadi tidak
berkualiti dan kemungkinan juga akan menjadi
pekaksecara perlahan-lahan
Kesan-kesan di luar telinga pula adalah
seperti kesan fisiologi iaitumeningkatkan
tekanan darah, meningkatkan pergerakan otot,
meningkatkanpergerakan gastrik dan
pembesaran pupil39. Seterusnya kesan
psikomatik sepertisakit kepala, pening, loya,
muntah, pergerakan mata tak dapat
dikawal,gangguan percakapan, dan juga
memberi kesan kepada tingkahlaku.
PENUTUP
Pencemaran alam sekitar memberi banyak
kesan yang sangat burukterhadap dunia pada
masa kini. Kejadian hujan asid, kesan rumah
hijau,penipisan ozon adalah antara kesan-
kesan pencemaran alam sekitar yang seriusdan
perlu ditangani segera sebelum ia menjadi lebih
kritikal. Manusia dan jugahidupan lain saling
berkait untuk terus hidup di dunia ini. Manusia
memerlukanbahan makanan. Sekiranya
sumber makanan dicemari, maka tiadalah
sumbermakanan untuk manusia.
Sekiranya penduduk dunia atau
manusiabersikap sambil lewa dengankeadaan
alam sekitar yang semakin tercemar ini, dunia
mungkin akan menjadisemakin kritikal dan
hidupan lain di muka bumi ini akan terjejas atau
pupussecara tidak langsung dan kemungkinan
dunia akan musnah secara perlahan-lahan.
Manusiaseharusnya bertanggungjawab dan
menjaga serta memuliharaalam sekitar. Jika
pencemaran dibiarkan berterusan, bumi akan
kehilangankeindahannya dan mungkin suatu
hari nanti, dunia ini tidak boleh lagi didiamioleh
sebarang hidupan termasuklah manusia.
Manusia seharusnya telah memulakan
usaha-usaha untuk melakukanpemuliharaan
terhadap alam sekitar yang telah musnah
ataupun terjejas padamasa sekarang. Manusia
tidak lagi boleh menunggu sehingga tibanya
masakeadaan alam sekitar menjadi benar-
benar kritikal, dan barulah mengambiltindakan,
kerana segala-galanya mungkin akan terlambat
dan tidak bolehdiselamatkan lagi.
Kesimpulannya, manusia harus peka
terhadap isu-isu alam sekitar danberusaha
untuk mengelakkan sebarang aktiviti yang
boleh menyebabkanpencemaran serta
berusaha memulihara alam sekitar untuk
kesejahteraan hidupmasa hadapan.
Definisi
Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP)
mengatakan bahawa pencemaran adalah suatu
perbuatan yang mencemarkan (mengotorkan) -
pengotoran alam - perbuatan mencemarkan
kebersihan alam sekeliling dengan sampah sarap .
Jenis-jenis pencemaran
Terdapat pelbagai cara pencemaran ini boleh berlaku
. Tetapi ianya terbahagi kepada dua jenis iaitu :
 Pencemaran yang disebabkan oleh faktor
Semulajadi
Pencemaran yang disebabkan oleh faktor
semulajadi adalah pencemaran yang berlaku
dengan sendirinya setelah berlakunya bencana
alam seperti letusan gunung berapi, dilanda ribut
taufan, gempa bumi dan sebagainya .
 Pencemaran yang disebabkan oleh faktor
manusia .
Pencemaran yang disebabkan oleh faktor
manusia adalah pencemaran yang dilakukan oleh
manusia samada sengaja atau tidak disengajakan
. Antaranya adalah:
a. Pencemaran Udara
Contohnya, gas-gas beracun, zarah-
zarah yang terperangkap hasil dari
asap kenderaan, jerebu dari kesan
pembakaran secara terbuka dan
sebagainya .
b . Pencemaran Air
Contohnya, pembuangan air
kumbahan, sisa-sisa kimia, haba,
pembuangan sampah dan
sebagainya .
c . Pencemaran Tanah
Contohnya, pemusnahan hutan
akibat pembalakan, pembuangan
sisa-sisa kimia dan sisa-sisa
pepejal .
Kesan-kesan Pencemaran
 Mengancam Kesihatan Manusia
Akibat daripada pencemaran alam sekitar, kesihatan
manusia turut terjejas . Di negara kita misalnya
penggunaan kereta masa kini telah bertambah
dengan begitu pesat berbanding tahun 1950an dan
1960an dahulu . Malangnya kecanggihan teknologi
pembuatan kenderaan bermotor telah menimbulkan
banyak masalah misalnya pencemaran udara,
pencemaran bunyi, kerosakan alam dan hidupan
semulajadi .
Pengeluaran gas monoksida iaitu sejenis gas beracun
yang boleh membunuh sekiranya terkumpul dalam
kawasan yang tertutup . Sejenis lagi unsur yang
boleh terhasil melalui penggunaan kenderaan
bermotor ialah plumbum iaitu sejenis bahan kimia
yang sangat beracun dan boleh menyebabkan
kerosakan otak terutamanya di kalangan kanak-
kanak .
Selain dari itu seperti yang berlaku di Teluk
Minamata, Jepun, pencemaran toksid yang masuk ke
dalam air menyebabkan simptom kebas-kebas, sakit
kepala, kabur penglihatan dan penuturan yang tidak
betul . Sesetengahnya berakhir dengan kelumpuhan
dan ada yang menemui maut . Simptom yang
disebabkan oleh keracunan raksa ini telah
membabitkan beratus-ratus keluarga nelayan . Ia
dikenali sebagai penyakit Minamata .
 Mengancam tumbuhan dan binatang
Kesan daripada pencemaran yang berlaku bukan
sahaja dialami oleh manusia bahkan turut memberi
kesan kepada hidupan yang lain . Antara kesan
pencemaran yang banyak membunuh organisma laut
di perairan cetek ialah kesan daripada tumpahan
minyak ke laut . Apabila tumpahan minyak berlaku
dengan banyak berhampiran persisiran pantai ia
membentuk lapisan minyak yang mengancam
kehidupan laut serta burung . Tumpuhan tersebut
juga turut menjejaskan tumbesaran dan kesuburan
plankton .
Antara kesan yang dianggap kronik ialah anomalia,
iaitu pembesaran tubuh dan tingkahlaku yang tidak
normal, serta kurang daya ketahanan badan kepada
penggunaan sumber air tersebut .
Sebagai contoh yang lain kesan daripada keracun
raksa, kejadian yang aneh berlaku di Teluk
Minamata, Jepun, yang mana burung-burung yang
sedang terbang tiba-tiba menjunam dari angkasa .
Kucing berjalan terhoyong-hayang dengan mulut
yang berbuih, kemudian berlari tidak menentu lalu
mati .
Kapal Showa Maru yang menumpahkan 7700 tan
minyak di kepulauan Riau dalam tahun 1975,
menjejaskan beratus-ratus hektar tanaman tropika di
perairan Indonesia . Walaupun selepas empat tahun
kejadian tersebut berlaku, kesan saki-baki minyak
masih kelihatan dan telah memusnahkan ekosistem
laut di Asia Tenggara yang terkenal sebagai
akuakultur .
 Kerosakan Harta Benda
Pencemaran yang disebabkan oleh faktor semulajadi
seperti letusan gunung berapi, ribut taufan, gempa
bumi dan sebagainya, banyak memberi kesan kepada
kerosakan harta benda . Sebagai contoh kejadian
letusan gunung berapi yang berlaku di Indonesia
iaitu Gunung Merapi telah menyebabkan berlakunya
kerosakan harta benda . Ini disebabkan oleh lahar
panas yang dikeluarkan oleh gunung tersebut .
Antara kerosakan harta benda yang berlaku ialah
kemusnahan kediaman penduduk dan kemudahan
infrastruktur di kawasan yang terlibat .
 
 
 
 
 
 
 
 
 
LANGKAH-LANGKAH BERSEPADU
PENYELESAIAN ISU ALAM SEKITAR
Arus pembangunan ke arah menjadikan Malaysia
sebagai sebuah negara maju telah mencetuskan
pelbagai situasi . Pembangunan pesat sektor
ekonomi dan perindustrian serta kestabilan politik
dan sosial telah memberikan taraf hidup yang selesa
kepada rakyat dan menaikkan imej negara di kaca
mata dunia . Namun begitu, disebalik keselesaan dan
pembangunan tersebut timbulnya beberapa masalah
sampingan yang boleh memudaratkan kehidupan
masyarakat .
Pencemaran yang melibatkan beberapa negara
seperti pencemaran perairan pantai dan pencemaran
udara yang disebabkan oleh jerebu memerlukan
penglibatan yang aktif dari negara-negara yang
terbabit untuk mendapatkan penyelesaian bersama .
1.Pencemaran Laut
Malaysia dikelilingi oleh laut di mana terdapat
pelbagai aktiviti seperti carigali minyak dan
pengangkutan air . Justeru itu Malaysia juga adalah
terdedah kepada risiko tumpahan minyak yang besar
. Perangkaan menunjukkan bahawa lebih dari 165
pelantar minyak telah menjalankan usaha carigali
dan aktiviti pengeluaran di perairan Laut Cina
Selatan dan Selat Melaka pula adalah laluan
perkapalan yang antaranya paling tersibuk di dunia .
Dalam tahun 1995 terdapat lebih kurang 30251 buah
kapal yang telah melalui Selat Melaka yang mana
hampir 30% adalah merupakan kapal-kapal tangki.
(Sumber : Perangkaan Jabatan Laut Semenanjung
Malaysia )
Kini, laut semakin terancam oleh aktiviti manusia
yang ghairah mengejar materialistik tanpa
menghiraukan implikasi kepada alam sekitar .
Pencemaran di Asia Tenggara adalah berpunca
daripada pelbagai faktor . Kepelbagaian faktor ini
menyebabkan kualiti dan kuantiti air laut tercemar
dengan begitu teruk tanpa ada satu vaksin yang
mujarap untuk memulihkannya . Lebih 90%
daripada punca pencemaran laut adalah disebabkan
oleh aktiviti manusia dan baki 10% adalah berpunca
dari sektor perkapalan . (Persatuan Pencinta
Alam, Tumpahan Minyak Yang Meracuni
Perairan Malaysia, Dewan Kosmik (Mac), DBP,
Kuala Lumpur, 1995, m.s.:53-55)
 Langkah dan kerjasama yang diambil oleh
negara-negara berpantai di rantau Asia
Tenggara .
Terdapat tiga buah negara yang saling berkongsi
perairan iaitu Malaysia, Indonesia dan Thailand .
Ketiga-tiga negara ini saling terlibat dalam
kerjasama yang bertujuan untuk mencapai
kepentingan bersama . Malaysia dan Indonesia telah
bekerjasama dalam usaha untuk mempertahankan
kedaulatan Selat Melaka di bawah kedaulatan kedua-
dua negara . Walaupun isu Selat Melaka bersifat
rumit namun ia tidak pernah menghalang negara-
negara berpantai untuk prihatin terhadapnya .
Kejadian yang berlaku pada 6 Januari 1967, telah
memaksa negara-negara yang berpantai untuk
mengambil satu tindakan yang positif terhadap
kejadian tersebut . Di dalam tahun tersebut kapal
tangki minyak Jepun yang dikenali sebagai Torry
Canyon yang telah didaftarkan di Liberia telah
terlibat dalam perlanggaran . Akibatnya berlaku
pertumpahan minyak yang mana memerlukan kos
yang tinggi untuk membersihkannya . Jumlah kos
yang diperlukan pada ketika itu ialah 16 juta dollar .
Buat masa ini Malaysia dan Indonesia melalui
ASEAN mereka telah menyalurkan pandangan
mereka mengenai isu-isu Selat Melaka . Satu
rancangan yang dikenali sebagai Rancangan
Kontigensi Kebangsaan Mengawal Tumpahan
Minyak telah diadakan di Jabatan Alam Sekitar .
Objektif bagi kerjasama serantau ini membolehkan
satu tindakan serta-merta dijalankan bagi mengawal
tumpahan minyak ynag tertumpah di perairan
Malaysia .
Selain dari Malaysia, negara-negara berpantai yang
lain seperti Singapura turut mewujudkan beberapa
badan tertentu untuk mengatasi masalah ini .
Kesemua badan-badan yang ditubuhkan ini terletak
di bawah satu pentadbiran pelabuhan Singapura atau
dikenali sebagai Port of Singapore (PSA) . Syarikat-
syarikat minyak juga prihatin dengan isu ini .
Mereka telah bergabung untuk membentuk Tierred
Area Response Capability (TARC) . Pertubuhan ini
dibentuk pada tahun 1986 dan dianggotai oleh
Syarikat Minyak ESSO, Caltex dan Mobile .
Organisasi ini mempunyai pelbagai kelengkapan
yang canggih dan terkini yang dapat digunakan
dalam kerja-kerja pengawalan dan pembersihan
kawasan tumpahan minyak .
Pada tahun 1992, singapura telah mencadangkan
penubuhan satu badan khas untuk mengatasimasalah
tumpahan minyak . East Asia Response Limited
(EARL) akhirnya telah terbentuk dan ia dianggotai
oleh lima syarikat minyak terkemuka . Syarikat-
syarikat itu ialah ESSO, Petronas, Caltex, Mobile
dan Shell . Pertubuhan ini berbeza dari pertubuhan
yang lain kerana peranannya yang luas dan tidak
terhad di kawasan perairan Malaysia dan Singapura
sahaja tetapi meliputi rantau Asia Pasifik termasuk
Jepun dan Australia .
Apabila berlakunya kejadian tumpahan minyak,
langkah pertama yang harus dilakukan ialah
mengawal tumpahan minyak daripada merebak ke
kawasan lain . Tumpahan minyak akan cepat
merebak melalui tiupan angin dan pengaliran arus
air yang deras . Terdapat empat cara yang digunakan
untuk mengawal tumpahan minyak iaitu :
I. Cara mengepung dan mengumpul tumpahan
II. Menggunakan dispersent dan bahan kimia
III. Pembersihan pantai
IV. Dibiarkan sahaja
Selain daripada itu, terdapat pelbagai faktor yang
perlu diambil dalam mengawal tumpahan minyak
daripada merebak . Antaranya ialah :
I. Lokasi tumpahan
II. Kuantiti tumpahan
III. Jenis tumpahan
IV. Keadaan laut
V. Keupayaan tindakbalas bahan yang
tertumpah
Apabila berlaku kejadian tumpahan minyak, pihak
yang bertanggungjawab akan menjalankan operasi
pembersihan minyak secara berperingkat-peringkat
iaitu peringkat tempatan, peringkat kawasan dan
peringkat wilayah .
Operasi peringkat wilayah berjalan apabila
tumpahan minyak yang berlaku adalah yang
terbesar, melibatkan kawasan yang luas dan jumlah
tumpahan yang banyak. Ia dilakukan apabila jumlah
peralatan, tenaga dan sumber dari negara ini tidak
mencukupi dan melibatkan bantuan daripada negara
lain . Di antara alternatif daripada kerjasama
peringkat wilayah ini ialah :
I. Rancangan Kontigen Lombok - Makasar
II. Standard Operating Prosedure for Straits of
Malacca and the Straits of Singapore
III. Standard Operating Prosedure for Malaysia and
Brunei Darussalam
IV. ASEAN - Oil Spill Response Action Plan
(ASEAN - OSRAP)
Seterusnya terdapat juga objektif bagi mewujudkan
kawalan tumpahan minyak. Antara objektifnya
ialah :
I. Untuk mengadakan satu sistem tindak balas
serta-merta yang diselaraskan bagi menghadapi
tumpahan minyak.
II. Untuk meningkatkan kemampuan dan sumber-
sumber yang ada dari segi peralatan serta latihan
kakitangan bagi menghadapi kejadian tumpahan
minyak.
III. Untuk mengelakkan kesan buruk ke atas
persekitaran dengan cara mengawal aliran
minyak.
Terdapat juga langkah-langkah lain yang dilakukan
untuk mengurangkan dan mengelak berlakunya
kemalangan kapal di Selat Melaka dan Selat
Singapura. Negara-negara berpantai merasakan amat
perlu bagi mereka untuk mengawal keselamatan lalu
lintas di kedua-dua selat tersebut. Oleh itu, mereka
telah menyarankan agar Trafic Separation Scheme
(TSS) atau Skim Lalu Lintas diwujudkan
memandangkan di Eropah telah lama menggunakan
kaedah ini iaitu sejak pertengahan abad ke-19.
Perlaksanaan TSS adalah didorong oleh kejayaan
skim yang serupa di Eropah. Cadangan untuk
mengadakan skim ini di Eropah bermula pada tahun
1857 iaitu di England. Cadangan ini dibuat ekoran
dari tragedi perlanggaran kapal milik Amerika dan
Perancis yang mengorbankan seramai 3000 orang.
Beberapa saranan juga telah dibuat bagi menjaga
supaya pencemaran tidak berlaku secara berleluasa.
Antaranya ialah :
I. Masalah pencemaran Selat Melaka harus
dikaji dengan lebih mendalam dan tindakan
yang bersesuaian harus segera diambil.
II. Akta Zon Ekonomi Eksklusif 1984 haruslah
digunakan setakat yang diperlukan dan
mengenakan denda yang lebih tinggi kepada
mereka yang mencemar laut dan pantai.
III. Majlis peringkat tertinggi dianggotai oleh
kalangan negara-negara berpantai yang
berkongsi perairan Selat Melaka harus
ditubuhkan untuk meneliti perkara ini dan
mencari jalan penyelesaiannya.
IV. semua pengguna Selat Melaka diwajibkan
membayar levi atau tol.
Dengan wujudnya pelbagai saranan, akta, skim dan
pertubuhan diharapkan masalah pencemaran akan
dapat dikurangkan bagi memelihara perairan negara
kita. Di Malaysia berbagai pihak terbabit dalam
penguasaan pencemaran seperti Jabatan Alam
Sekitar (JAS), Jabatan Kastam dan Eksais Diraja,
Jabatan Marin, Jabatan Laut, TLDM dan PDRM
yang diperwakilkan kuasa menyiasat di bawah Akta
Kualiti Alam Sekeliling 1974. Walaupun begitu,
Jabatan Alam Sekitar adalah bertanggungjawab
sepenuhnya dalam menguatkan akta tersebut dengan
dibantu oleh agensi-agensi maritim yang lain.
2. Pencemaran Udara
Memang tidak dapat dinafikan bahawa
pengangkutan moden telah banyak membawa
perubahan dan kebaikkan pada taraf kehidupan
masyarakat Malaysia. Sistem jalanraya yang baik,
kemudahan sistem penerbangan yang cemerlang,
dan adanya pelabuhan yang bertaraf antarabangsa
sememangnya telah dapat membawa negara dan
rakyat ke era kemajuan dan pemodenan. Kini setelah
Malaysia merdeka, boleh dikatakan 90%-95%
kawasan desa yang jauh dari bandar dan kota telah
dapat menikmati kemudahan jalan raya yang telah
mengubah keadaan dan rezeki penduduk desa.
Walaubagaimanapun, perubahan dan kebaikan ini
tidak mungkin berlaku tanpa membebankan alam
sekitar. Lazimnya, setiap perbuatan dan perubahan
itu membawa bersamanya kebaikan dan keburukan.
Kesan negatif yang disebabkan oleh sistem
pengangkutan merupakan faktor terbesar yang
menyebabkan pencemaran udara. Dianggarkan
setiap tahun, lebih kurang 13.6 juta tan gas-gas
beracun yang berpunca daripada penggunaan
kenderaan merosakkan kawasan hutan, tasik dan
kehidupan laut. Gas beracun ini juga turut
menambahkan kesan rumah hijau serta
membahayakan kesihatan manusia sejagat.
Ahli sains telah membuktikan bahawa pengangkutan
secara keseluruhan menghasilkan 64% gas Nitrogen
Oksida (unsur utama yang menyebabkan terjadinya
hujan asid), 42% Hidrokarbon, 66% Karbon
Monoksida, 32% Plumbum, 30% Karbon Dioksida,
74% Benzena (merupakan bahan beracun), serta
Toluena, Xilena, dan Etilena yang tidak diketahui
jumlah peratusannya.
Sekiranya dikaji jenis sistem pengangkutan
(pengangkutan darat, laut dan udara) maka jelaslah
bahawa kenderaan bermotor seperti kereta, lori,
motorsikal dan bas merupakan punca utama
pencemaran berbanding dengan kapal laut dan kapal
terbang. Analisis yang dibuat di Switzerland
menunjukkan sistem pengangkutan darat, kecuali
kereta api, menggunakan sebanyak tiga kali ganda
keluasan tanah. Ini melibatkan penggunaan tenaga
sebanyak 3.5 kali ganda bagi kereta dan 8.7 kali
ganda bagi lori dan trak yang menghasilkan 9 kali
ganda pencemaran. Sekiranya analisis yang dibuat di
Malaysia, berkemungkinan statistik yang sama akan
di dapati dan barang kali juga lebih tinggi daripada
hasil kajian di Switzerland memandangkan kepada
pertambahan penggunaan kenderaan bermotor
( terutamanya kereta ) di Malaysia akhir-akhir ini.
 Langkah Penyelesaian
Bahaya pencemaran akibat penggunaan kenderaan
bermotor telah lama diberi perhatian serius oleh
negara-negara maju. Di Amerika misalnya, satu
Akta Udara Bersih (Clean Air Act) telah diwujudkan
untuk mengurangkan penghasilan Hidro Karbon,
Karbon Monoksida dan oksida-oksida Nitrogen
tertentu. Pengurangan ini dilakukan dengan cara
mewajibkan penggunaan penukar bermangkin
( Catalytic Converters) dalam industri pembuatan
kenderaan bermotor. Penukar bermangkin dua hala
(Two -way Catalytic Converters) boleh
mengurangkan hingga 98% unsur-unsur pencemaran
dengan cara menukarkan Hidro Karbon dan Karbon
Monoksida kepada Karbon Dioksida dan Wap.
Penukar bermangkin tiga hala (three- way Catalytic
Converters) pula boleh mengoksidakan oksida-ksida
Nitrogen tertentu, tanpa mengurangkan kecekapan
enjin atau menambahkan penggunaan minyak
kenderaan bermotor.
Kesan Plumbum terhadap kesihatan juga boleh
dielakkan sekiranya kita menggunakan minyak tanpa
plumbum (unleaded). Tindakan tegas kerajaan
Malaysia adalah perlu untuk mengurangkan
penggunaan dan penjualan minyak berplumbum
demi menjamin kesihatan masyarakat umum,
terutamanya penghuni kota.
Mencari alternatif selain daripada minyak juga
adalah penting bagi tujuan mengurangkan kesan
pencemaran alam sekitar. Dua bahan alternatif yang
dicadangkan ialah gas asli (natural gas) dan Propana.
Kajian yang telah dijalankan menunjukkan bahawa
bahan-bahan yang mengandungi kandungan oktana
yang tinggi tidak menghasilkan plumbum dan boleh
mengurangkan sehingga 90% pengeluaran Karbon
Monoksida dan Hidrokarbon . Kecekapan enjin juga
meningkat daripada 6% kepada 15% apabila
menggunakan bahan-bahan ini sebagai bahan
pembakar.
Dewasa ini, kajian bagi menghasilkan minyak enjin
biomassa daripada tumbuh-tumbuhan sedang giat
dijalankan. Contohnya di negara kita, ahli sains telah
pun menemui sejenis minyak daripada kelapa sawit
yang boleh mengurangkan pencemaran udara tanpa
menjejaskan kecekapan enjin. Sungguhpun
penemuan ini masih terlalu baru untuk dipastikan
sama ada ia praktikal atau pun tidak, ia patut
dijadikan satu titik permulaan bagi meningkatkan
usaha kita ke arah mencapai konsep pembanguna
berterusan yang perihatin terhadap persekitaran.
Di negara-negara barat, penggunaan kenderaan yang
menggunakan kuasa elektrik juga sedang dikaji
secara giat. Kenderaan jenis ini tidak menghasilkan
pencemaran bunyi dan udara. Namun demikian,
tenaga elektrik adalah mahal dan kesannya terhadap
alam sekitar mungkin bergantung kepada cara tenaga
elektrik tersebut dihasilkan.
Kenderaan bermotor, sama ada buruk ataupun baru,
hanya bertanggungjawab kepada separuh daripada
persoalan dan alam sekitar. Separuh lagi
tanggungjawab tersebut terletak dibahu kita sebagai
pengguna. Sekiranya kita ingin mengurangkan kesan
negatif penggunaan kenderaan bermotor terhadap
alam sekitar, maka sikap perihatin terhadap cara kita
menggunakan kenderaan adalah amat penting.
Selain itu kita patut mengurangkan penggunaan
penyaman udara dalam kenderaan bermotor kecuali
jika benar-benar diperlukan. Penggunaan alat
penyaman udara boleh menghasilkan gas
Klorofluorokarbon (CFC) dan menambahkan
penggunaan minyak hingga 12 % terutamanya
sewaktu kesesakkan lalu lintas. Penggunaan alat
penyaman udara boleh digantikan dengan
penggunaan ventilator udara dan membuka tingkap
sewaktu memandu. Menggunakan kadbod
penghalang cahaya di cermin hadapan dan belakang
ketika meletakkan kenderaan bermotor ditengah
panas juga boleh mengurangkan kepanasan dalam
kenderaan bermotor. Dengan ini kita dapat
mengurangkan penggunaan alat penyaman udara
sewaktu memandu kenderaan seterusnya dapat
mengurangkan pencemaran alam sekitar.
Berkongsi kenderaan untuk ke pejabat atau tempat-
tempat tertentu bukan sahaja menjimatkan tenaga
dan wang, malahan adalah satu cara yang lebih
bersih dan bijak dalam memulihara alam sekitar
daripada tercemar. Selain itu, menyelesaikan
seberapa banyak tugas dalam satu perjalanan juga
boleh menjimatkan penggunaan minyak. Akhir
sekali kita seharusnya mengurangkan penggunaan
kenderaan bermotor bagi perjalanan jarak dekat.
Penggunaan basikal, kenderaan awan ataupun
berjalan kaki adalah lebih baik untuk alam sekitar
disamping memberi kesan yang positif terhadap
kesihatan kita.
Justeru itu, kempen Masyarakat Penyayang
sepatutnya diperluaskan bagi merangkumi hubungan
manusia dengan alam sekitar agar masyarakat
Malaysia lebih prihatin dan bertangungjawab
terhadap persekitarannya. Pengguna kenderaan
haruslah menggunakan kenderaan mereka dengan
bijak agar dapat memulihara kesejahteraan alam
sekitar di samping mengurang dan menyelesaikan
masalah berkaitan dengan sistem pengangkutan.
3 . Pencemaran Darat
Manusia mengguna dan menyesuaikan diri dengan
unsur-unsur alam semulajadi seperti hutan, bahan
galian, air, udara, tanah, sumber-sumber laut dan
bahan api, mengindahkannya menerusi proses-
proses pengeluaran kepada bentuk barangan dan
perkhidmatan .
Proses-proses pengeluaran ini berkait rapat dengan
sistem ekonomi serta perkembangan dan
pertumbuhannya . Sikap memandang sesuatu dari
perspektif keuntungan menimbulkan sifat
mengeksploitasi alam sekitar tanpa memperkirakan
kepupusan sumber-sumber alam semula jadi .
Hutan memang mempunyai nilai komersial dalam
ekonomi negara . Hutan didapati membekalkan kayu
balak dan kertas yang merupakan satu sumber
penting bagi pendapatan matawang asing . Di
kawasan tropika, rotan dianggarkan
menyumbangkan nilai tahunan sebanyak RM 1200
juta setahun dalam perdagangan dunia . Akan tetapi
eksploitasi hutan yang melampau untuk tujuan
pembalakan, pertanian, ternakan dan sebagainya
telah mengakibatkan pencemaran alam yang sangat
dahsyat .
Umpamanya, banjir yang melanda beberapa
kawasan seperti India, Bangladesh dan kawasan-
kawasan Asia yang lain telah mengurangkan sumber
air sungai yang bersih untuk kegunaan sehari-hari .
Hasil tanaman padi, tebu dan sebagainya juga
terjejas . Di sebaliknya kerajaan negara-negara
tersebut terpaksa membelanjakan kira-kira RM 140
juta hingga RM 750 juta sebagai perbelanjaan
banjir . Kadar pemendakan yang tinggi akibat
penusnahan hutan yang tidak terkawal juga telah
mengurangkan jangka penggunaan air kolam di
Utara Pulau Luzon, Filipina, di kolam Air
Nizamzagar, India dan lain-lain .
Beberapa peristiwa yang boleh dianggap sebagai
tragedi hitam, seperti tragedi Pos Dipang di Kampar,
Perak, tanah runtuh di Genting Highlands dan
beberapa lagi peristiwa yang telah mengorbankan
banyak nyawa didapati berpunca daripada kealpaan
manusia dalam menjaga alam sekitar , disebabkan
terlalu mementingkan keuntungan melalui cara
meminimumkan kos ataupun disebabkan kejahilan
mereka dalam pengurusan alam sekitar .
 Langkah penyelesaian
Langkah penyelesaian untuk menghadkan
pembalakan di buat oleh semua kerajaan negeri
dengan mematuhi kuota pembalakan yang
ditetapkan dalam usaha memastikan pengurusan dan
pembangunan hutan berkekalan . Pihak kerajaan
negeri juga disarankan supaya menanam semula
pokok sebagai langkah pemeliharan semula hutan
bagi tujuan pembalakan di masa hadapan . Tabung
penanaman semula hutan diwujudkan ke arah
memastikan semua pihak mematuhi peraturan
undang-undang .
Di bawah garis panduan yang disediakan oleh
Pertubuhan Antarabangsa Balak Tropika pula
menitikberatkan beberapa aspek ke arah
meningkatkan kesedaran pemeliharaan hutan tropika
di kalangan negara anggota . Ini termasuklah :
1.Menurunkan aktiviti dan kadar pembalakan
secara sistematik dari tahun ke setahun .
1.Membentuk plan penggunaan tanah di peringkat
kebangsaan bagi pemeliharaan hutan dan
pengeluaran balak yang berkekalan .
1.Mempelbagaikan penggunaan sumber-sumber
hutan dengan meningkatkan penggunaan kayu
getah, buluh, rotan dan produk hutan lainnya .
1.Menghadkan eksport kayu balak mentah tanpa
diproses .
Di samping kerajaan persekutuan, Malaysia
mempunyai 13 buah negeri yang mempunyai
undang-undang yang tersendiri ke atas hutan dan
pemeliharaan hutan masing-masing . Dalam konteks
ini, sebarang peraturan yang diwartakan diperingkat
kerajaan persekutuan tidak semestinya harus
dilaksanakan serentak di semua negeri . Sementara
itu, terdapat beberapa peruntukan dan kelonggaran
yang diberikan kepada kerajaan negeri bahawa
penebangan dan pemeliharaan hutan serta balak
adalah bidang kuasa kerajaan mereka . Semua ini
banyak membantu ke arah ketidakcekapan dan
permasalahan dalam menguruskan sumber hutan dan
pembalakan di negara ini .
 

You might also like