You are on page 1of 10

Intonasi ialah pola turun naik

kelangsingan atau melodi dalam ujaran


(Kamus Linguistik 1997). Intonasi ialah
nada suara yang turun naik/tinggi rendah
apabila bercakap dan berdasarkan
jenis/bentuk ayat BM, sama ada ayat
penyata biasa, ayat tanya, ayat perintah,
ayat songsang, ayat pasif.
3.

3.Intonasi dalam ayat:
 Intonasi ialah nada turun naik suara yang wujud apabila
kita bercakap. Dalam percakapan seharian, nada suara kita
jarang mendatar tetapi sebaliknya berbeza-beza, adakalanya
meninggi dan rendah. Satu ciri utama pertututran manusia
ialah sifat nada suara yang sentiasa berubah-ubah
mencerminkan maksud isi percakapan dan keadaan emosi
sewaktu bercakap.
 Intonasi amat penting bagi tatabahasa bahasa Melayu,
oleh sebab peranannya dalam membezakan bahagian-
bahagian subjek dan predikat dalam ayat. Dalam beberapa
bahasa yang kita ketahui misalnya bahasa Inggeris,
pemisahan antara subjek dan predikat ditandai dengan kata
kerja pada predikat. Hal demikian tidak semestinya berlaku
dalam bahasa Melayu.
  Intonasi bahasa Melayu mempunyai
hubungan yang rapat dengan sintaksis, iaitu
dapat membezakan jenis dan bentuk ayat.
Intonasi wujud dalam bahasa Melayu bagi
menandai dan memisahkan frasa yang
pelbagai jenis dan bentuknya.
Intonasi bahasa Melayu dapat dikenali dan
digayakan dengan empat tingkat nada yang
biasa ditandai dengan angka 1, 2, 3 dan 4.
Angka 1 menandai nada yang paling rendah
dan angka 4 menandai nada yang paling
tinggi. Nada 2 memulakan ujaran dan nada 3
merupakan nada tekanan.
PERANAN INTONASI
•Indirawati & Mardian (2006)mengatakan bahawa terdapat
tiga peranan intonasi dalam ujaran iaitu:
i) linguistik –organisasi maklumat ujaran, dgn menandai
perenggan, ayat, frasa/rangkai kata, menjelaskan maklumat
dlm domain spt penyata, pertanyaan dan sebagainya, serta
memberikan fokus konstituen tertentu dlm domain
ii) paralinguistik – merujuk emosi atau sikap penutur.
Termasuk bahasa badan spt mimik muka, pergerakan
badan, serta kualiti dan kualifier suara. Berfungsi
menjelaskan maklumat yg dirujuk. Misalnya, aksi tangan yg
dirapatkan ke telinga seorang rakan, bermaksud ada rahsia
besar yg hendak diberitahu .
•Iii.
iii) Ekstralinguistik – merujuk kesan gender,
umur, latar belakang dlm pertuturan.
Misalnya, melalui prosodi, akan dikesan
unsur aksen. Wujudnya ciri-ciri aksen (fitur
fonologi  seperti nada tinggi suara) , orang yg
mendengar sesuatu perbualan dalam telefon
dapat menjangkakan siapa yang dilawan
bercakap, walaupun tidak dikenal wajahnya
perbualan telefon, penutur dan pendengar
mendapat isyarat sama ada menarik minat 
orang yg dilawan bercakap, atau mahu
meneruskan atau menamatkan perbualan.
Disamping itu,intonasi juga mempunyai fungsi lain
seperti:
Fungsi emosional: Untuk menyatakan pelbagai
makna sikap, seperti kegembiraan, kebosanan,
kemarahan, kekejutan, keakraban, kekecualian,
ketakutan dan ratusan sikap yang lain.
Fungsi gramatis: Untuk menandakan kontras dari
segi tatabahasa terhadap sesuatu ujaran, sama ada
sesebuah klausa atau ayat itu berupa pertanyaan atau
pernyataan, positif atau negatif dan seumpamanya.
Fungsi struktur informasi: Untuk memberikan
sesuatu yang baru berbanding dengan yang telah
dimaklumi dalam makna sesebuah ujaran iaitu
dengan menekankan kata yang membawa makna
tersebut.
Fungsi psikologis: Untuk membantu menggubah
bahasa menjadi unit-unit ujaran yang mudah dilihat
dan diingat, seperti belajar urutan nombor yang
panjang atau ungkapan dalam ucapan..
Fungsi ‘indexical’: Untuk menandai identiti
seseorang, iaitu membantu mengenali seseorang
sama ada tergolong dalam kumpulan sosial atau
pekerjaan yang berbeza, seperti khatib, penjual ubat
atau sarjan tentera.
Fungsi tekstual: Untuk membentuk nada dan gaya
suara yang turun naik bagi wacana yang lebih luas
seperti pembacaan teks berita yang membezakan
satu berita dengan berita yang lain.
Selain itu, ada beberapa fungsi lain
dalam intonasi.Antaranya ialah:
Fungsi emosi-pelbagai makna sikap
seperti gembira, bosan, marah, terkejut,
takut
Fungsi gramatis-menandakan kontras
dari segi nahu terhadap sesuatu ujaran
sama ada klausa atau ayat berupa
pertanyaan, penyataan, positif/negatif.
 Fungsi strukur informasi –menandakan
sesuatu yang baru berbanding dimaklumi
dalam makna sesuatu ujaran iaitu menekankan
kata yang membawa makna tersebut

You might also like