You are on page 1of 5

PERAYAAN PONGGAL1 SMK KGV

1.0 Pengenalan

Sambutan Perayaan Ponggal 2011.

2.0 Pendahuluan

Persatuan Bahasa Tamil telah mengadakan aktiviti sepanjang tahun 2010, Antaranya ialah
sebuah program yang berjudul Majlis Anugerah dan Motivasi. Program ini telah memberi inspirasi
kepada para pelajar yang menghadirinya. Tambahan pula, Persatuan Bahasa Tamil juga telah berjaya
menjalankan Upacara Doa Selamat untuk pelajar-pelajar kelas peperiksaan awam.

Selain itu, Persatuan Bahasa Tamil juga telah mengadakan Pesta kebudayaan yang telah
melibatkan pelajar tingkatan 1 sehingga tingkatan 6.Pesta ini boleh dikatakan sebagai program yang
paling mencabar tetapi dengan kerjasama daripada ahli persatuan , program ini dapat dijalankan dengan
lancar.

Akhir sekali, Persatuan Bahasa Tamil juga telah mengadakan Pertandingan Ponggal pada tahun
2010. Pertandingan ini telah mendapat sambutan yang meriah daripada semua warga Georgian. Ponggal
juga merupakan program tahunan Persatuan Bahasa Tamil.

3.0 Matlamat

Pertandingan ponggal ini adalah dijalankan untuk memperkenalkan kepelbagaian budaya dan
memupuk kesefahaman antara pelajar pelbagai bangsa yang belajar di SMK KGV. Pelajar bangsa lain
dapat mengetahui adat resam kaum India. Hal ini dapat memupuk semangat perpaduan antara pelajar
yang terdiri daripada pelbagai kaum. Perpaduan ialah elemen yang sangat penting kepada penduduk
berbilang bangsa selaras dengan slogan ' 1 Malaysia' yang divar-uarkan oleh Perdana Menteri kita ke-6
iaitu Datuk Seri Najib bin Tun Razak. Semngat' 1 Malaysia ` harus dipupuk sejak kecil lagi bah kata
pepatah bagai melentur buluh biarlah dari rebungnya. Sekolah ialah institusi penting yang dapat
merealisasikan slogan ' 1 Malaysia'.

TLS 2010/2011
Page 1
PERAYAAN PONGGAL2 SMK KGV

4.0 Objektif

 Menganjurkan aktiviti-aktiviti kebudayaan masyarakat India khususnya perayaan-perayaan

tradisional seperti 'ponggal'.

 Menggabungkan pelajar dalam kalangan berbilang bangsa semasa menganjurkan aktiviti

kebudayaan seperti 'ponggal'.

 Menerangkan sejarah dan keunikkan perayaan tradisional kaum 'India seperti 'ponggal' kepada

pelajar bangsa lain sebelum pertandingan dijalankan.

5.0 Ahli Jawatan Kuasa:

 Pengerusi : Varman Rasiah

 Naib Pengerusi : Banuvitya Selvamani

 Setiausaha : Ranjini Priya Vellakuppan

 Bendahari : Puventiran Chettiar Kavandan

 Juru Kamera : Ragunan Chandran

 AJK Cenderahati dan Hadiah : Dhevan Raj Ramalingam

 AJK Penyediaan Bahan : Misalini Sivakanes

TLS 2010/2011
Page 2
PERAYAAN PONGGAL3 SMK KGV

6.0 Sasaran

Pertandingan ponggal ini terbuka kepada semua warga SMK KGV. Semua warga SMK KGV tanpa
kira kaum digalakkan untuk menyertai Pertandingan Ponggal ini.Penglibatan daripada pelbagai kaum
dapat Iebih memeriahkan lagi pertandingan ini selain dapat mencapai matlamat yang ditujukan.

7.0 Bertetapan dengan maklumat berikut

Tarikh : 9 Feb 2011

Tempat : Tapak Perhimpunan Lama

Masa : 7.30 pagi - 9.00 pagi

8.0 Aturcara program

7.30pg : Semua peserta akan kumpul di tapak perhimpunan lama.

7.40pg : Barang-barang akan diagihkan kepada kumpulan.

7.50pg : Penerangan akan diberikan oleh pengerusi pertandingan.

8.05pg : Pertandingan akan dimulakan.

8.35pg : Pertandingan ditamatkan.

8.45pg : Penyampaian hadiah.

9.00pg : Tapak akan dibersihkan oleh para peserta.

TLS 2010/2011
Page 3
PERAYAAN PONGGAL4 SMK KGV

9.0 Anggaran Perbelanjaan

No Barang Harga Kuantiti Jumlah(RM)


1 Periuk Tanah RM 10.00 10 Kumpulan RM100.00
2 Beras RM 17.00 5 kg RM17.00
3 Gula merah RM3.00 2 kg RM6.00
4 Susu RM6.00 10 botol RM60.00
5 Gajus RM20.00 1 kg RM20.00
6 Kismis RM18.00 1kg RM18.00
7 Set makanan kertas RM50.00 1 set RM50.00
8 Arang RM15.00 1 plastik RM15.00
9 Batu-bata SUMBANGAN PESERTA    
10 Hadiah RM30.00 3 hamper RM90.00
11 Cenderahati RM40.00 1 RM40.00
12 Lain-lain (tebu,air - - RM150.00
  mineral,tepung kolam)      

Jumlah kos anggaran perbelanjaan : RM 566.00

10.0 Sumber Pendapatan

TLS 2010/2011
Page 4
PERAYAAN PONGGAL5 SMK KGV

Sumber pendapatan bagi menjalankan pertandingan ini ialah Persatuan Ibu Bapa dan
Guru SMK KGV.

11.0 Penutup

Kerjasam pihak pengurusan, guru-guru SMK KGV, ahli-ahli Persatuan Bahasa Tamil,
pelajar-pelajar SMK KGV serta sokongan padu Persatuan Ibu Bapa dan Guru SMK KGV akan
dapat menjayakan Pertandingan Ponggal ini.

TLS 2010/2011
Page 5

You might also like