P. 1
Kemerdekaan Tanah Melayu

Kemerdekaan Tanah Melayu

|Views: 352|Likes:
Published by azrika89

More info:

Published by: azrika89 on Mar 14, 2011
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

02/11/2014

pdf

text

original

Kemerdekaan Negara 31 Ogos 1957

LATAR BELAKANG KEMERDEKAAN MALAYSIA

Pada tahun 1946, Inggeris kembali berkuasa di Tanah Melayu setelah Jepun menyerah kalah dan mengundurkan tenteranya. Namun rakyat menolak penjajahan Inggeris kerana corak penjajahan Jepun yang zalim dan kejam begitu menghantui.

Inggeris telah mengatur rancangan membentuk Malayan Union di Tanah Melayu. Sir Edward Gent, telah dihantar untuk menerajui Malayan Union yang pertama. Beliau telah mengangkat sumpah untuk jawatan tersebut di Kuala Lumpur. Rakyat menolak penubuhan Malayan Union malah juga ditentang oleh Raja-raja Melayu. Raja-raja Melayu dan rakyat tempatan mula menentang upacara itu dan berkabung selama satu minggu dengan melilit kain putih di songkok masing-masing seperti yang dipetik dalam akhbar Majlis di mana akhbar ini menyeru orang Melayu menentang Malayan Union dan berusaha mewujudkan sebuah kerajaan Tanah Melayu yang merdeka dan berdaulatnyang ditadbir oleh anak tempatan Pada tahun 1946, Datuk Onn Jaafar telah menubuhkan satu kongres bagi semua kumpulan dan pertubuhan politik Melayu di Tanah Melayu. Kongres ini telah diadakan di Kuala Lumpur pada Mac 1946. Dalam kongres tersebut, satu kata sepakat telah dicapai bagi membentuk sebuah parti politik sebagai wakil seluruh orang-orang Melayu di Semenanjung. Hasilnya Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (PEKEMBAR) atau United Malays Nations Organization (UMNO) telah dibentuk. Bermula dari situ satu usaha ke arah memperjuangkan kemerdekaan Malaya telah tercetus dan akhirnya ke arah

Mukasurat 1 drp 17

30 pagi di hadapan 20 ribu rakyat Persekutuan Tanah Melayu dan Rajarajanya serta perwakilan dari 30 negara-negara Komanwel dan negaranegara asing lainnya. 31 OGOS 1957 PENGISYTIHARAN KEMERDEKAAN PERSEKUTUAN TANAH MELAYU Tanah Melayu telah menerima pengisytiharan kemerdekaannya tepat pada detik pertama pukul 12.00 tengah malam di Padang Kelab Selangor. bagi menandakan lahirnya sebuah negara baru yang berdaulat. Laungan "MERDEKA" sebanyak tujuh kali telah dilaksanakan oleh Tunku Abdul Rahman. setaraf dan setimpal dengan semua negaranegara yang berdaulat di dunia. Tunku Abdul Rahman. maka pada 31 Ogos 1957 negara tercinta Malaysia telah menyaksikan satu detik bersejarah dengan penurunan bendera Union Jack di hadapan Bangunan Sultan Abdul Samad sebagai tanda berakhirnya sebuah penjajahan British di Tanah Melayu. Dengan beberapa barisan pejuang yang berjiwa kental yang antaranya terdiri dari Datuk Onn Jaafar. di Stadium Merdeka Kuala Lumpur. Kuala Lumpur. Mukasurat 2 drp 17 . dan Tun Hussein Onn.Kemerdekaan Negara 31 Ogos 1957 pembentukan negara Malaysia. Perdana Menteri Persekutuan Tanah Melayu yang pertama keesokan harinya tepat 9. Tun Abdul Razak.

Mukasurat 3 drp 17 .Kemerdekaan Negara 31 Ogos 1957 PERDANA MENTERI PERTAMA Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj Ibni Al-Marhum Sultan Abdul Hamid Shah (1903 . Malaysia ditubuhkan dan perancangan pembangunan negara bermula demi kesejahteraan rakyat.1990) BAPA KEMERDEKAAN Perdana Menteri Malaysia pertama dari 31 Ogos 1957 hingga 21 September 1970. Melayu. Negara tidak dijajah lagi. Laungan Merdeka! Merdeka! Merdeka! oleh Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj bergema di seluruh pelusuk Persekutuan Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957. 16 majoriti negara. Cina dan India bawah Perikatan ke hari membawa perubahan dan menjadi asas perpaduan September 1963. Tuanku Abdul Rahman dilantik sebagai Agong yang pertama. Bermulalah demokrasi berparlimen di mana Seri Yang di-Pertuan Agong. Gabungan parti politik di yang mewakili Parti hingga tiga bangsa berjaya ini.

dan mengaji Quran di sebelah petang. sebelum dihantar bersama tiga orang kakandanya ke Debsirindir School di Bangkok pada 1913. dan Tunku menerima Ijazah Bachelor kemudian meneruskan pendidikan di sekolah undang-undang di Inner Temple.Semasa kecilnya. Kedah. Beliau telah mulakan persekolahan di Sekolah Rendah Melayu. Sultan Abdul Hamid Halim Shah adalah Sultan Kedah yang ke-24 dan bonda beliau. Tunku Abdul Rahman menerima biasiswa kerajaan negeri untuk belajar di Universiti of Arts Cambridge. Mukasurat 4 drp 17 . seorang pegawai daerah dalam kerajaan Thai ketika pemerintahan Raja Rama V. Beliau suka bergaul dengan orang kebanyakan dari semua peringkat masyarakat.Kemerdekaan Negara 31 Ogos 1957 Tunku Abdul Rahman Putra Alhaj Tunku Abdul Rahman Putra Alhaj lahir pada 8 Februari 1903 di Alor Star. Pada 1916. putera raja ini suka mencuri keluar daripada kawasan istana. Cik Menyalara. Kemudian. adalah anak kepada Luang Naraborirak (Kleb). kemudian ke English Medium School di Alor Star. beliau pulang ke Kedah dan memasuki Penang Free School. pada 1925 England. Ayahanda beliau. Enam tahun kemudian Tunku pulang tanpa menamatkan pelajarannya.

Kepulangan itu ternyata bukan merupakan akhiran sebuah perjalanan tetapi permulaan satu kehidupan yang baru. Pada 1949. Krisis dalaman ini akhirnya telah menyebabkan Datuk Onn meletak jawatan sebagai Mukasurat 5 drp 17 . tetapi mendapat elaun bulanan sebanyak RM150. Pada mulanya. beliau dilantik sebagai Presiden Mahkamah Sesi. Tunku menjadi Timbalan Pendakwa Raya. kemelut mula terserlah dalam kepimpinan Umno. beliau pulang ke Tanah Melayu. Kemudian. Pada masa itu.Kemerdekaan Negara 31 Ogos 1957 Tunku pernah bekerja Kedah di dan dalam pernah perkhidmatan awam dilantik sebagai Pegawai Daerah Kulim dan Sungai Petani. dengan Datuk Onn Jaafar mengetuai Umno dalam perjuangan menentang Malayan Union tajaan Britain. Kemudian beliau memohon untuk bertukar ke Kuala Lumpur. Pada masa itu Tunku adalah Presiden Persatuan Melayu Great Britain and Abdul Razak yang berumur 26 pada masa itu. beliau dihantar ke pejabat Pegawai Undang-undang di Alor Star. Tunku berangkat semula ke England untuk menyambung dan akhirnya pengajian undang-undang dipanggil ke bar di Inner Temple ketika usianya 45 pada tahun 1948. walaupun menerima gaji yang sama seperti di Alor Star. Pada Ogos 1951. semangat kebangsaan sedang marak di kalangan orang-orang Melayu. Di Kuala Lumpur. Di London pada "zaman sekolah kali kedua" inilah Tunku bertemu dengan Abdul Razak Hussein (kemudiannya Datuk dan Tun). merupakan setiausahanya. Pada 1947.

merupakan satu perkongsian kuasa yang sangat kukuh dan mewakili majoriti besar rakyat Tanah Melayu. Tunku yang bersetuju mengambil alih tampuk pimpinan Umno akhirnya memegang jawatan itu selama 20 tahun. di mana Umno dan Persatuan Cina (MCA) yang baru ditubuhkan bersetuju untuk tidak bertanding menentang satu sama lain. Hasil daripada persefahaman ini. lahirlah perikatan UMNO-MCA. Mukasurat 6 drp 17 . rata-rata orang Melayu mengharapkan kepimpinan Tunku Abdul Rahman untuk menggantikan Datuk Onn. Pada tahun-tahun pertama Tunku memimpin Umno. Pada awal 1952. Seterusnya pada 1955. dan kedua-dua pihak telah muncul sebagai pemenang.Kemerdekaan Negara 31 Ogos 1957 presiden parti pada Oktober pada tahun itu. Hasilnya. Banyak isu yang sebelum ini sukar untuk diselesaikan telah menjadi jelas dan hanya memerlukan perbincangan biasa untuk mencapai kata sepakat. Ketika itu. Parti Perikatan ini telah disertai oleh Kongres India SeTanah Melayu (MIC) yang mewakili komuniti India. satu pilihanraya kecil telah diadakan di majlis perbandaran Kuala Lumpur. salah satu tugas utama beliau adalah untuk menyatukan semua kaum utama di Tanah Melayu dan mencapai satu persetujuan dalam isu-isu bersangkutan perjuangan untuk menuntut kemerdekaan.

Tunku telah mengetuai satu rombongan ke England untuk berbincang bagi menuntut kemerdekaan bagi Tanah Melayu. Tunku telah mengisytiharkan berita gembira ini buat kali pertamanya pada 20 Februari 1956 di Bandar Mukasurat 7 drp 17 . dan akhirnya England telah bersetuju untuk memberikan kemerdekaan kepada Tanah Melayu. dan Parti Perikatan telah memenangi 51 daripada 52 kerusi yang dipertandingkan. Satu lagi rombongan ke London telah diadakan pada tahun 1955. Pada tahun berikutnya. pilihanraya persekutuan umum yang pertama telah diadakan. tetapi kunjungan itu tidak berhasil. dan 31 Ogos 1957 telah diputuskan sebagai tarikh kemerdekaan Tanah Melayu. Sebaik pulang dari England selepas berjaya menuntut kemerdekaan Tanah Melayu. Dengan majoriti ini. Tunku Abdul Rahman telah dilantik sebagai Ketua Menteri Tanah Melayu yang pertama.Kemerdekaan Negara 31 Ogos 1957 Pada 1954.

Sarawak dan Borneo Utara (sekarang Sabah). telah teruskan dalam usaha mengisi Kemerdekaan yang baru dimiliki. mengambil dasar anti-apartheid dan menyokong perjuangan rakyat Palestin serta Congo. dan menjadi peringatan paling nostalgik. Malaysia. menyertai Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu dan Komanwel. sinonim kepada saat bersejarah itu. Sumbangan besar Tunku kepada negara tidak berhenti setakat itu sahaja. memupuk persefahaman antara kaum dan memajukan ekonomi untuk memperkukuhkan pentadbiran beliau. Selepas kemerdekaan. beliau meneruskan usaha-usaha pembinaan negara yang telah beliau bina. Mukasurat 8 drp 17 . yang telah dimulakan sejak 1956.Kemerdekaan Negara 31 Ogos 1957 Hilir. Tunku telah membawa Tanah Melayu ke arena antarabangsa. Tunku telah mengetuai orang ramai bersorak 'MERDEKA!' Gambar hitam-putih Tunku yang menjulang tangannya. apabila Tanah Melayu bergabung dengan Singapura. Rancangan Tanah Melayu yang pertama. Melaka. dan suara beliau yang penuh emosi tetapi lantang dan tegas dalam mengetuai sorakan Merdeka itu kini merupakan gambar kenangan Kemerdekaan yang paling bermakna sehingga kini. Tunku telah menjadi bapa kepada sebuah lagi negara baru. Bila England dengan rasminya menurunkan bendera mereka di Kuala Lumpur pada 31 Ogos 1957. Pada September 1963. Perkhabaran ini telah disambut dengan penuh kesyukuran daripada penduduk Tanah Melayu.

perpisahan Singapura. Thailand dan Filipina. Gabungan ini kemudian telah dibubarkan untuk memberi laluan kepada persatuan yang lebih besar iaitu Association of Southeast Asian Nations (Asean) pada 1967. menggabungkan Tanah Melayu. dan tentunya tidak semua berjalan lancar seperti yang diharapkan. namun idea-idea dan penglibatannya dalam aktivitiaktiviti keagamaan telah mencetuskan pemikiran dan penubuhan institusi-institusi besar yang kekal hingga ke hari ini. yang menganjurkan pertandingan peringkat negeri yang pertama di Kedah pada 1951. sebuah pertubuhan untuk membantu golongan mualaf dalam menyesuaikan hidup baru sebagai Muslim. Tunku memegang jawatan Presiden PERKIM sehingga setahun sebelum beliau mangkat. kemanusiaan. Selepas menjadikan Islam sebagai agama rasmi setelah Merdeka. Krisis-krisis seperti Konfrontasi Indonesia. Mukasurat 9 drp 17 . Tunku Abdul Rahman tidak pernah kelihatan sebagai seorang yang warak. toleransi serta menjadi tuan rumah Pertandingan Membaca Al-Quran Peringkat Antarabangsa yang pertama. peristiwa 13 Mei dan Darurat 1948-1960 menggegarkan seluruh negara. Era pentadbiran Tunku merupakan zaman penuh pancaroba dan pancawarna. namun Tunku berjaya yang melaluinya tinggi dengan peri kebijaksanaan. Malaysia kesabaran. Acara ini merupakan hasil cambahan ilham Tunku.Kemerdekaan Negara 31 Ogos 1957 Tunku telah memulakan penubuhan Association of Southeast Asia (ASA) pada 1961. pada 1960 Tunku telah menubuhkan Pertubuhan Kebajikan Islam (PERKIM). Pada 1961.

Tunku Abdul Rahman Putra Alhaj meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri dan Presiden Umno pada 1971. Walaupun Tunku Abdul Rahman dilahirkan di istana. Keperibadian beliau yang selalu merendah diri dan cepat mesra telah menarik ribuan pengikut dan sahabat. jawatan yang disandangnya sehingga 1976. Semangat kebangsaannya yang tidak pernah luntur telah membawa Tanah Melayu daripada sebuah jajahan Britain yang tidak dikenali hingga menjadi anggota baru dunia yang bermaruah. Pada 1969. Tunku telah memperkenalkan kejohanan Pestabola Merdeka. beliau membantu menubuhkan Pertubuhan Persidangan Islam (OIC). Mukasurat 10 drp 17 . beliau telah mengusulkan penubuhan Bank Pembangunan Islam (IDB) kerangka OIC. di mana beliau dilantik sebagai Setiausaha Agungnya yang pertama. dan tempatnya diambil oleh timbalannya yang merupakan sahabatnya sejak belajar di London. beliau tidak direncanakan menjadi Sultan di negerinya. Sebagai seorang pencinta sukan. Seiringan itu. tetapi menjadi pemimpin kepada seluruh negara. Tunku juga sebagai satu institusi khusus dalam merupakan presiden Majlis Dakwah Serantau Asia Tenggara dan Pasifik (RISEAP) dari tahun 1982 hingga 1988. Pada tahun berikutnya. beliau telah dilantik sebagai president pertama Asian Football Confederation (AFC). yang merupakan pertandingan bolasepak antarabangsa pada 1957. Datuk Abdul Razak Hussein. dan telah menghadiahkan Kemerdekaan kepada negara tanpa pertumpahan darah.Kemerdekaan Negara 31 Ogos 1957 Tunku bukan saja berusaha keras untuk meninggikan imej Islam di Malaysia dan di rantau Asia tetapi juga di peringkat antarabangsa.

Abdul Aziz Abdul Majid (Menteri Besar Selangor). Bapa Kemerdekaan dan Bapa Malaysia yang dicintai mangkat pada 6 Disember.Ismail.yang terdiri daripada Dato Panglima Bukit Gantang (Menteri Besar Perak).Rombongan ini diwakili oleh empat orang wakil Parti Perikatan. ROMBONGAN KEMERDEKAAN Sebuah parti iaitu Parti Perikatan Telah berusaha untuk mendapatkan kemerdekaan pada awal tahun 1956.telah membuat perundingan bersama raja-raja Melayu dan pihak British bagi mendapatkan kemerdekaan.dan Tun Abdul Razak Hussein.selain daripada itu.Tunku Abdul Rahman sendiri disertai dengan Tun Dr. Dato' Wan Idris Wan Ibrahim (Timbalan Menteri Besar Johor) dan Dato' Nik Ahmad Kamil (bekas Menteri Besar Kelantan) telah berlepas ke Karachi dengan kapal Ital 'Asia' dan kemudiannya dengan kapal terbang ke London pada 2 Januari 1956.Kemerdekaan Negara 31 Ogos 1957 Tunku.Pada 18 Januari 1956 rundingan kemerdekaan pun bermula. 1990 ketika berusia 87 tahun dan telah disemadikan di Makam Diraja Langgar di Alor Star. Rundingan tersebut mencakupi pelbagai masalah termasuklah masalah Raja-raja Melayu.Ketua Menteri Persekutuan Tanah Melayu.ia juga turut diwakili dari pihak raja-raja Melayu. Pihak kerajaan British diwakili oleh Allen Lennox Boyd yang merupaka Setiausaha Tanah Jajahan British ketika itu. kedudukan pegawai-pegawai awam British yang sedang berkhidmat di Tanah Melayu dan lain-lain langkah peralihan yang perlu diputuskan sebelum kemerdekaan serta tarikh Mukasurat 11 drp 17 .Perundingan ini membawa persetujuan untuk mengadakan mesyuarat rasmi dengan pihak British yang akhirnya dibuat satu rombongan ke London yang dikenali sebagai Rombongan Merdeka.Tun H.S Lee.Tunku Abdul Rahman.

Selain itu. Perundingan itu tamat setelah diadakan selama tiga minggu iaitu pada 8 Februari 1956 dengan kejayaan cemerlang di pihak Tunku Abdul Rahman. Konsep Raja Berperlembagaan dikekalkan. • • Mukasurat 12 drp 17 . Satu perjanjian pertahanan dengan British akan ditandatangani bagi menjaga keselamatan dan kepentingan ekonomi British di Persekutuan Tanah Melayu. • • • Tarikh kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu ditetapkan pada 31 Ogos 1957. beliau telah menurunkan tandatangan atas perjanjian 'Merdeka' bersama Lennox Boyd dalam satu istiadat sederhana di Lancester House.Kemerdekaan Negara 31 Ogos 1957 kemerdekaan yang menurut Tunku perlu disegerakan. Pada 6 Februari 1956.kedua-dua pihak telah bersetuju dan di mana akhirnya membawa kepada satu perjanjian iaitu Perjanjian London yang mempunyai elemen-elemen penting sebelum merdeka iaitu. Pembahagian kuasa di antara kerajaan pusat dan negeri diteruskan. Perlantikan sebuah suruhanjaya bebas bagi menggubal Perlembagaan Merdeka. • Parti Perikatan tidak akan mengambil alih perniagaan British atau kepentingan Barat di Persekutuan Tanah Melayu.

Satu draf perlembagaan telah dikeluarkan oleh Suruhanjaya Reid untuk dibahaskan oleh masyarakat samada penduduk mahupun parti politik pada Februari 1957 iaitu enam bulan sebelum merdeka.Oleh itu. PENYEDIAAN PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN TANAH MELAYU Tunku Abdul Rahman dan Parti Perikatan telah bersetuju untuk menubuhkan sebuah suruhanjaya bebas seperti yang dinyatakan di dalam Perjanjian London.Suruhanjaya Reid mempunyai tugasnya yang tersendiri iaitu.Suruhanjaya ini telah mendapat sebanyak 131 memorandum atau cadangan tentang sesuatu perkara daripada semua pihak tidak terkecuali dari raja-raja Melayu sendiri.Bandar Hilir.tujuan penubuhan suruhanjaya iani adalah untuk menggubal Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu yang bakal merdeka bagi menjaga hak setiap kaum.berpandukan draf perlembagaan yang dikeluarkan tadi.beberapa cadangan Suruhanjaya Reid dipinda bagi menerima Mukasurat 13 drp 17 .Kemerdekaan Negara 31 Ogos 1957 Rombongan Merdeka telah tiba di Tanah Melayu pada 20 Februari 1956.Suruhanjaya Reid telah dibentuk pada Mac 1956 yang dipengerusikan oleh Lord William Reid.Tunku Abdul Rahman mengisytiharkan tarikh kemerdekaan di sisni yang disambut dengan laungan `Merdeka’ oleh orang ramai yang bersemangat.merangka sebuah perlembagaan bagi Persekutuan Tanah Melayu yang serta akan merdeka.rakyat menyambut kepulangan tokoh-tokoh yang berjasa ini dengan sambutan yang begitu meriah dalam perhimpunan besarbesaran di Padang Merdeka.menjamin satu rupa kedudukan bangsa khas raja-raja Tanah Melayu.Melaka.membentuk dan menentukan kuasa kerajaan pusat dan negeri mewujudkan Persekutuan Melayu.

 Bahasa Melayu dijadikan sebagai bahasa pengantar atau bahasa kebangsaan.namun agama lain turut boleh diamalkan.Pemimpin Melayu turut menyokong cadangan ini.Namun.  Kedudukan istimewa orang Melayu dikekalkan tanpa mengganggu kaum lain  Institusi raja-raja Melayu dan konsep Raja Berpelembagaan di kekalkan.  Cadangan Suruahanjaya Reid ini diterima oleh masyarakat.Kemerdekaan Negara 31 Ogos 1957 cadangan-cadangan masyarakat bagi memuaskan hati masing- masing. Sebuah negara persekutuan dibentuk dengan pembahagian kuasa pusat dan negeri  Jus soli hanya diberikan kepada mereka yang lahir di Tanah Melayu.Selain itu.antara perkara yang telah dipersetujui ialah.Bahasa Cina dan Tamil masih juaga boleh dikembang dan dijadikan bahasa pengantar di sekolah masingmasing  Agama Islam merupakan agama rasmi Persekutuan.Oleh itu. Mukasurat 14 drp 17 .Parlimen British menerima cadangan Suruhanjaya Reid ini pada bulan Jun 1957.

Kerakyatan secara permohonan dengan syarat tertentu juga diberi pertimbangan  Kedudukan istimewa orang Melayu diteruskan tanpa mengrangkan mhak warganegara yang lain.Kemerdekaan Negara 31 Ogos 1957 PERLEMBAGAAN MERDEKA Dalam Perlembagaan Merdeka terdapat beberapa fasal yang penting iaitu.  Sebuah kerajaan Persekutuan dibentuk dengan nama Persekutuan Tanah Melayu.  Yang di-Pertuan Agong sebagai ketua negara  Pembentukan sebuah parlimenyang mempunyai Dewan Rakyat dan Dewan Negara  Perdana Menteri sebagai ketua pentadbiran  Agama Islam sebagai agama rasmi Persekutuan Tanah Melayu  Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.  Kerakyatan terbuka kepada sesiapa sahaja yang lahir di Persekutuan Tanag Melayu. Mukasurat 15 drp 17 .

rakyat bersorak gembira menunjukkan Persekutuan Tanah Melayu bebas daripada penjajah lagi.Kuala Lumpur. Mukasurat 16 drp 17 .Kuala Lumpur.Duke Of Wallington sedia untuk dokumen penyerahan kuasa.Kemerdekaan Negara 31 Ogos 1957 PERISTIWA PEMASYHURAN MERDEKA Peristiwa menurunkan bendera Union Jack yang kemudiannya digantikan dengan menaikkan bendera Persekutuan Tanah Melayu telah dilakukan di padang Kelab Selangor.Sebaik sahaja bendera Union Jack mencecah bumi.sebelum pemasyhuran kemerdekaan dibuat.Laungan ini disambut oleh para hadirin yang bergema memenuhi seluruh stadium.Raja-raja Melayu bersemayam di pentas khas.tepat pukul 12 malam.Kemudian penyerahan dokumen pengisytiharan kemerdekaan kepada Yang di-Pertua Agong yang dimana menunjukkan negara ini bebas setelah dijajah oleh kuasa asing selama 446 tahun. Wakil dari Ratu Ellizabeth.Tunku Abdul Rahman ketua Parti Perikatan yang juga bakal menjadi Perdana Menteri yang pertama membaca pengisytiharan kemerdekaan itu dengan lantang yang kemudiannya Tunku melaungkan seruan MERDEKA!sebanyak tujuh kali.Upacara pemasyhuran kemerdekaan ini dimulai dengan ucapan wakil Baginda Ratu England.Peristiwa bersejarah ini telah disaksikan ribuan rakyat.Peristiwa ini disaksikan ribuan rakyat di mana kesemua tempat dipenuhi oleh rakyat.31 0gos 1957. pemasyhuran kemerdekaan Tanah Melayu telah dilakukan dengan gilang-gemilang di Stadium Merdeka. Kesokan harinya.

jujur dalam diri. Sebagai rakyat berdisiplin dan sentiasa berakhlak mulia dan berbudi pekerti.Kemerdekaan Negara 31 Ogos 1957 Saya akan menghargai kemerdekaan yang telah diperjuangkan oleh Tunku Abdul Rahman dengan bersemangat setia negara disamping sedia berkorban kepada bangsa dan negara. Saya berbangga menjadi rakyat Malaysia ynag menghormati raja danpemimpin akan bersifat negara serta menghargai jasa-jasa dan Tunku serta pemimpin-pemimpin negara.Saya jugaakan bersikap taat setia kepada raja dan pemimpin negara.ia menerapkan sikap amanah.saya kekitaan dimana bersatu-padu berharmoni disamping bertolak-ansurdan bertoleransi.saya jugaperlu berusaha dan produktif di mana saya perlu mempunyai sifat tabah menghadapi cabaran disamping berilmu dan berketrampilan Mukasurat 17 drp 17 .Selain itu.Untuk mengekalkan kemerdekaan.

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->