You are on page 1of 7

Kawalan Malaria

PLA Petaling 2005

PERSEDIAAN PERALATAN

 Racun jenis K- OTHRINE MOUSTIQUAIRE : 1% SC ( DELTAMETHRIN )


 Silinder – 100 ml dan 500 ml
 Air
 Kelambu jenis Nylon (double dan single)
 Baldi
 Sarung tangan
 Apron
 Borang rekod pencelupan kelambu
 Alat tulis

DOSEJ PENCELUPAN KELAMBU


 Polyester Single (S) putih
(70 x 180 x 150 ) cm ------ 20 ml Permethrin + 300 ml air

 Polyester Double (D) Hijau


(130 x 180 x 150 )cm ------ 27 ml permethrin = 405 ml air
Kawalan Malaria
PLA Petaling 2005
3

OBJEKTIF :

 Kelambu yang dicelup berkesan untuk mengawal dan mencegah penyakit.

OBJEKTIF AM :
 mengetahui peralatan dan perkakas yang digunakan.
 Penggunaan dan jenis racun serangga yang betul.
 Mengetahui teknik pencelupan kelambu dengan betul dan tepat.
 Merekodkan hasil aktiviti pencelupan kelambu berubat.
 Memperolehi maklumat dan pengalaman dalam tugas penyeliaan dilapangan.

KEPENTINGAN KELAMBU BERUBAT

 Mengurangkan kejadian penyakit- berjangkit


 Menggantikan semburan residu yang didapati telah kurang berkesan / sukar
dijalankan
 Mengurangkan kadar kematian akibat malaria
 Mudah dan menjimatkan masa dan kos
 Mengeratkan hubungan antara jabatan dan masyarakat setempat.
Kawalan Malaria
PLA Petaling 2005

PENGENALAN

Pada 28 Julai 2005 persamaan hari Khamis,saya bersama rakan seperjuangan iaitu pelatih
PPKP Kuala Lumpur ( Petaling ) telah mengikuti Aktiviti Pencelupan Kelambu Berubat
yang telah dikendalikan oleh Pejabat Kesihatan Daerah Gombak. Operasi ini dikelola
oleh PPKP En. Mohd Kasri dari unit Vektor diiringi oleh KIK Tn. Hj. Tajudin. Aktiviti
ini telah diadakan di perkampungan orang asli iaitu di Ulu Kuang, Selangor Darul
Ehsan.Aktiviti ini juga telah digabungkan antara pelatih -pelatih PPKP Petaling bersama
pelatih- pelatih Gombak juga Pelatih jururawat dari Universiti Malaya.Kami telah
bertolak dari Pejabat Kesihatan Daerah Gombak pada pukul 10.30 Pagi. Perjalanan kami
ke Kg. Orang Asli Ulu Kuang mengambil masa kira-kira 45 minit. Sesampai di sana kami
disambut oleh Tok Batin dan kami diberi sedikit penerangan mengenai latar belakang
kampung itu..Kampung itu mempunyai keluasan sebanyak 20 ekar, dimana jumlah
penduduk di situ adalah seramai 342 orang penduduk. Manakala jumlah rumah yang
diduduki sekarang adalah sebanyak 68 buah rumah.Kes malaria yang terakhir di
kampung itu pada tahun 1984. Tujuan diadakan pencelupan kelambu ini adalah untuk
kawalan penyakit malaria di kawasan atau lokaliti berisiko penyakit malaria.
Kawalan Malaria
PLA Petaling 2005

TATACARA MENJALANKAN AKTIVITI SUKATAN RACUN SERANGGA


UNTUK KELAMBU BERUBAT.

LANGKAH 1 :
 Mengira keluasan kelambu yang akan dicelup atau mengikut saiz yang dinyatakan

LANGKAH 2 :
 Mengira jumlah Permethrin teknikal gred yang diperlukan berdasarkan kiraan
iaitu 0.5 gram / meter persegi kelambu.

LANGKAH 3 :
 Mengira jumlah permethrin 10 % EC yang diperlukan berdasarkan formula
berikut :-

Jumlah Permethrin gred teknikal diperlukan x 100

% Permetnrin yang digunakan

LANGKAH 4:
 Mengira sukatan air yang diperlukan berdasarkan kiraan berikut :
A) Kelambu jenis Nylon atau polyethylene – 15 ml air bagi setiap meter persegi
kelambu
B) Kelanbu jenis cotton – 30 ml meter persegi kelambu
Kawalan Malaria
PLA Petaling 2005

LANGKAH 5:
 Membuat campuran permethrin dengan air yang telah dikira

LANGKAH 6:
 Memasukkan kelambu ke dalam beg plastik atau basin dan tuangkan campuran
keatas dan menekankan agar kelambu dan campuran dicelup sama rata.

LANGKAH 7:
 Mengeluarkan kelambu dan keringkan diatas tanah atau jaring besi tanpa di
gantung kerana tindakan ini akan mengakibatkan campuran hilang melalui titisan.
LANGKAH 8 :
 Kelambu yang sudah kering boleh digunakan.

LANGKAH 9 :
 Memberi khidmat nasihat cara penggunaan kelambu berubat ( Pendidikan
Kesihatan )

Kekerapan kelambu :
 Kelambu yang telah dicelup perlu dicelup semula selepas 6 bulan

KESIMPULAN

 Kerjasama yang sedia terjalin antara pihak jabatan dengan penduduk dapat
dieratkan
 Pemantauan untuk semua jenis aktiviti yang dijalankan dengan lancar dan
sempurna
 Dapat mengelakkan penduduk daripada dijangkiti malaria.
Kawalan Malaria
PLA Petaling 2005

ISI KANDUNGAN

BIL PERKARA MUKA


SURAT

1. PENGENALAN 1

2. OBJEKTIF DAN KEPENTINGAN 2

3. PERSEDIAAN PERALATAN 3

4 TATACARA MENJALANKAN PENCELUPAN 4-5


KELAMBU DAN KESIMPULAN
Kawalan Malaria
PLA Petaling 2005

You might also like