You are on page 1of 10

BONEKA

BONEKA
DISEDIAKAN OLEH:
SHAH RIZUAN
MUHAMMAD FIRDAUS
SITI AESHAH
ZURA ATIKAH
PENGENALAN
• Jackman, 1977, boneka adalah salah satu cara
yang menghiburkan, dan dapat menarik minat
kanak-kanak ke arah berfikiran imaginatif dan
kreatif.
• Eve-Marie Arce (curriculum for young student-An
introduction), boneka adalah sesuatu yang unik
,yang boleh digunakan oleh guru untuk menyalurkan
emosi kanak-kanak, kreativiti mereka dan juga
menyelesaikan masalah atau kebimbingan mereka.
BONEKA
• Boneka adalah objek yang digerakkan serentak
dengan skrip yang dibaca ataupun cerita yang
disesuaikan. Nillie Mc. Caslin (1994) menyatakan
bahawa boneka dapat berfungsi sebagai alat bantu
mengajar dan dapat menarik perhatianpelajar ,
menghidupkan susana pembelajaran dan
memotivasikan murid.
• Biasanya boneka tidak hanya terhad kepada
bentuk orang , tetapi boleh juga berbentuk haiwan
dan objek lain mengikut watak, situasi dan cerita
yang tertentu.
• Ketika boneka dimainkan, muzik latar,
suara ataupun bunyi dimainkan bagi
mengiringi pergerakan yang dibuat.
• Apa yang perlu ada pada sesuatu
boneka ialah ia mesti boleh digerak-
gerakkan seolah-olah ‘hidup’. Boneka
juga mempunyai sifat tersendiri dan
menampilkan watak riang, sedih,
marah dan sebagainya.
JENIS BONEKA
BONEKA JARI.
• (finger puppets) merupakan boneka yang
dimainkan dengan memasukkan boneka yang
bersaiz jari dan memainkan eataknya
dengan cara dan gaya jari mereka.
• Ia dibuat dengan menggunakan kertas yang
dilukiskan wataknya, kecil bersaiz jari
kanak-kanak, diwarnakan dan kemudian
digam keliling bentuk watak tersebut
kecuali bahagian untuk memasukkan jari.
BONEKA TANGAN
• (Hand puppets) ia lebih mudah disediakan
dan lebih praktikal digunakan oleh kanak-
kanak. Ini kerana kanak-kanak dapat
memasukkan keseluruhan pergelanagan
tangan ke dalam watak yang dilukis atau
dibentuk.
• Antara bahan penyediaannya seperti stokin
, sarung tangan, beg kertas, dan sampul
surat. Alat –alat hiasan juga boleh
digunakan untuk mencantikkannya lagi.
Boneka berbatang
• (stick puppets) kepala watak seperti tikus ,
gajah dan lain-lain akan dilekatkan pada
hujung batang aiskrim atau pada lidi sate
dan kemudian bahagian badan watak turut
dilekatkan pada bahagian bawah kepala
tersebut.
• Tangan bergerak bebas dan hanya perlu
menghayunkan kayu pemegang mengikut
sesuatu pergerakan dan lebih fleksibel.
Boneka menggunakan tali
• (spring puppets) berbeza dari segi rupa dan
bentuk. Lebih kompleks yang mana kepala wataj
akan dibentuk dan diikat dengan tali dan bagi
tujuan pergerakkan, kaki dan tangan watak juga
akan dibentuk supaya boleh digerakkan
menggunakan tali.
• Ia sesuai digunakan untuk adegan berlari, terbang,
lompat dan menggelongsor.
• Tali yang digunakan boleh berupa tali biasa atau
tali tangsi.
Shadow puppets
• Digunakan untuk persembahan bercerita
dan diikuti nyanyian dan tarian.
• Ia memerlukan ruang yang khas seperti
skrin, watak-watak lain boleh menggunakn
samada boneka jari, tangan ataupun boneka
yang menggunakan pemegang kayu.
• Penggunaanya sama seperti permainan
wayang kulit.
Boneka dan kanak-kanak
Keistimewaan boneka dalam proses P&P
• Mempelajari bahasa dalam suasan yang menarik dan
berkesan.
• Menggunakan dan memperkukuhkan kemahiran
mendengar, bertutur melalui pengalaman sebenaryang
menggembirakan.
• Mempercepat dan mempermudahkan pemahaman
murid terhadap sesuatu cerita atau peristiwa.
• Memupuk daya kreativiti untuk menghasilakan
ciptaan dan karya seni.
• Melibatkan kanak-kanak secara aktif dalam P&P.
• Membina keyakinan diri untuk berkomunikasi secara
berkesan.
• Memupuk semangat kerjasama dan berkongsi
pengalaman.
• Berminat untuk belajar.

You might also like