You are on page 1of 5

MEROKOK 

telah dianggap sebagai penyakit global dengan implikasi serius ke atas kesihatan individu terutama kepada bukan perokok,
sistem kesihatan sesebuah negara dan kesejahteraan ekonomi. Diramalkan bahawa kematian akibat tabiat merokok di dunia meningkat
daripada empat juta orang setiap tahun pada tahun 1998 kepada 10 juta orang pada tahun 2030.
Berdasarkan kepada perangkaan tempatan, terdapat 3.6 juta orang perokok di Malaysia pada tahun 2000 dan angka ini akan meningkat
kepada 4.6 juta orang perokok menjelang tahun 2025. Dari segi taburan perokok mengikut jantina pula, 49 peratus lelaki yang berusia 15
tahun ke atas akan merokok pada tahun 2000. Jumlah ini akan menyusut kepada 30 peratus pada tahun 2025. Sebaliknya, perokok wanita
yang berusia 15 tahun ke atas adalah dalam lingkungan empat peratus daripada jumlah wanita pada tahun 2025. Pertambahan jumlah
perokok wanita dijangka kesan daripada usaha agresif yang dilakukan oleh syarikat-syarikat tembakau untuk mendapatkan pelanggan baru.
Sememangnya, jika tiada usaha yang digiat dilakukan untuk menangani masalah ini di Malaysia, dikhuatiri lebih banyak kematian akan
berlaku di Malaysia akibat tabiat merokok ini.
Kematian

Perlu difahamkan bahawa, walaupun kematian akibat merokok di negara-negara maju dijangka menurun, di kalangan negara membangun,
kematian akibat merokok diramal meningkat sekitar tujuh daripada setiap 10 kematian. Perubahan ketara dari negara maju ke negara
membangun disebabkan oleh kempen kesedaran tentang bahaya merokok yang berkesan sehingga menyebabkan syarikat-syarikat
tembakau antarabangsa terpaksa memindahkan kempen pemasaran rokok di kalangan perokok baru di negara-negara membangun. Dari
segi perokok baru, sekiranya seseorang individu mengelakkan diri daripada terjebak dengan tabiat merokok, kemungkinan besar individu
tersebut tidak akan merokok apabila dewasa. Kajian menunjukkan bahawa kebanyakan perokok mula cuba merokok sebelum usia 25 tahun
sedangkan lapan daripada 10 orang remaja di negara-negara maju akan mulai merokok semasa usia remaja.
Malah, di negara-negara membangun seperti China, peningkatan yang mendadak berlaku bagi perokok baru yang berusia antara 15 hingga
19 tahun di antara tahun 1984 hingga 1996.
Mengikut kaji selidik Global Youth Tobacco Survey, daripada 50,000 orang remaja yang berusia antara 13 hingga 15 tahun di 20 buah
negara membangun, 24 peratus responden mengaku telah mencuba rokok dan sembilan peratus pula mengaku ketagih dengan rokok. Dua
puluh lima peratus daripada penagih rokok telah mula merokok pada usia 11 tahun dan 75 peratus daripada penagih rokok mengaku mahu
membuang tabiat merokok ini.
Maklumat salah

Mengapa tabiat merokok bermula awal di kalangan remaja dewasa ini? Memang tidak dapat dinafikan bahawa promosi yang dilakukan oleh
syarikat rokok berjaya memberi gambaran positif tentang tabiat ini. Maklumat yang salah tentang keseronokan dan kepuasan diri dengan
merokok, imej diri yang bergaya, kawalan tekanan diri yagn disiarkan melalui media massa mengaburi hakikat bahawa merokok sebenarnya
membahayakan kesihatan di samping membazirkan kewangan yang terhad di kalangan remaja.
Gambaran sebaliknya yang diterima oleh golongan remaja tidak disertakan dengan maklumat sebenarnya seperti kesan penyakit dan
pengharaman merokok di tempat-tempat awam. Dalam hal ini, maklumat seperti merokok boleh menyebabkan ketagihan akibat semasa
rokok pertama dihisap tidak langsung ditonjolkan kepada gologan remaja. Malah, kajian terkini di Amerika Syarikat yang disiarkan pada
bulan September 2000 menunjukkan bahawa nikotin dalam rokok boleh menyebabkan ketagihan lebih daripada yang disangka berbanding
dengan heroin dan alkohol.
Mengikut kajian ini, lebih 50 peratus perokok yang menghisap rokok setiap hari akan ketagih rokok. Jika dicuba pada kali pertama, terdapat
kemungkinan 32 peratus pengguna akan menjadi ketagih kepada rokok berbanding 23 peratus dengan heroin, 16 peratus dengan kokain
dan 15 peratus dengan alkohol. Kajian lain ke atas kesan merokok pada 681 orang remaja yang berumur antara 12-13 tahun di Amerika
Syarikat menunjukkan kesan ketagihan berlaku pada 95 orang responden setelah cuba merokok buat pertama kali.
Mengawal

Berdasarkan kajian di atas, penting bahawa remaja memahami setiap cubaan merokok pada usia sedemikian biasanya akan menyebabkan
ketagihan berlaku dengan sendirinya. Langkah penerangan tentang ketagihan yang terjadi perlu diterangkan kepada golongan remaja agar
bahaya merokok tidak dipandang ringan. Maklumat sedemikian perlu direnung selalu oleh remaja supaya tidak terjebak dengan ketagihan
rokok apabila usia meningkat dewasa.
Oleh kerana kecenderungan remaja yang masih ingin cuba merokok disebabkan oleh sifat naluri golongan tersebut, maka sesetengah
masyarakat biasanya akan mengehadkan keputusan golongan remaja untuk merokok. Di Malaysia, cara ini dilaksanakan melalui Peraturan
Kawalan Hasil Tembakau 1993 yang mengharamkan penjualan rokok kepada remaja di bawah umur 18 tahun.
Cara lain yang berkesan untuk mengawal tabiat merokok di kalangan remaja adalah dengan mengehadkan keupayaan pembelian rokok
oleh golongan tersebut. Dalam urusan pemasaran rokok di Malaysia, rokok disediakan dalam beberapa saiz bungkusan sesuai dengan
kehendak pembeli. Secara logiknya, bungkusan rokok terkecil akan digemari oleh golongan remaja disebabkan harga yang selaras dengan
kemampuan mereka.
Jika had dikenakan ke atas satu bentuk bungkusan rokok terbesar sahaja di pasaran, maka secara tak langsung golongan remaja tidak
mampu untuk membeli rokok. Cara lain yang boleh dikenakan adalah dengan mengenakan cukai yang lebih tinggi ke atas rokok supaya
harga rokok di pasaran tinggi.
Harga rokok yang tinggi akan menyebabkan golongan remaja tersekat daripada membeli rokok kerana kosnya tinggi mampu ditampung oleh
kewangan yang terhad. Secara perbandingan, langkah ini memang wajar dilaksanakan di Malaysia kerana harga rokok masih lagi rendah
berbanding dengan negara-negara lain.
Langkah kawalan ke atas rokok perlu diperhebatkan. Jika tidak, sudah tentu kematian sia-sia dan penyakit akibat tabiat buruk ini akan terus
meningkat. Pada masa ini, penyakit yang berkaitan dengan merokok seperti penyakit jantung, kanser dan penyakit saluran darah tersumbat
merupakan penyebab utama kematian di Malaysia.
Rokok menyebabkan kanser. Bagaimanapun satu fakta yang perlu anda ketahui ialah bahan yang menyebabkan ketagihan iaitu nikotin
bukanlah bahan yang menyebabkan kanser ini. Walaupun demikian, nikotin boleh menyebabkan masalah sakit cardiovascular. Bahan-
bahan lain di dalam rokok ialah tar (kanser) dan carbon monoxide (sakit cardiovascular).
Risiko-risiko menghisap rokokRokok telah diketahui boleh menyebabkan penyakit-penyakit berikut:
kanser paru-paru, mulut dan salur bladdersakit jantungsakit pernafasan seperti chronic bronchitis dan emphysemastrok (angin ahmar)
sakit-sakit lain seperti ulser peptik dan komplikasi semasa mengandung.
Kesan rokok ini bukan sahaja mengenai orang yang merokok (active smoking) tetapi juga orang yang tidak merokok yang duduk dekat
dengan perokok dan menghidu asap rokok (passive smoking) terutamanya bayi dan kanak-kanak.

Proses penyelidikan pemasaran


1. Mendefinisikan masalah
2.Mereka bentuk penyelidikan
3. Mengumpul data
4.Menganalisis dan mentafsir data
5. Menyediakan laporan
Proses yang pertama ialah mendefinisikan masalah. Pada peringkat ini, pihakpemasar akan mengkaji
masalah yang mungkin wujud dalam organisasi. Proses inimemerlukan maklumat yang lengkap dan
diperolehi dari jualan,keuntungan dan tahapkepuasan pengguna.Pada peringkat ini perlu dibuat dengan
betul dan tepat bagimengurangkan kos dan kelewatan kajian.
Proses yang kedua ialah mereka bentuk penyelidikan. Pada peringkat ini,menjurus kepada rancangan
pemasaran secara keseluruhan. Rekabentuk penyelidikanyang dicipta seharusnya dapat menepati citarasa
pengguna.Perkara yang perlua adadalam
merekabentuk
penyelidikan
ialah
sumber2
data,pendekatan
penyelidikan,instrumen kajian,rancangan persampelan dan kaedah perhubungan.
Proses yang ketiga ialah mengumpul data. Pada peringkat ini segala data yangdiperolehi daripada
sumber primer dan sumber sekunder.Sumber diperolehi terus dariresponden.Sumber sekunder diperolehi
dari majalah,laman web dan laporan terbitankerajaan dan swasta.
Proses yang keempat ialah menganalisis dan mentafsir data.Pada peringkat inipemasar akan
menganalisis dan mentafsir data bagi tujuan membuat kesimpulan danhipotesis.Organisasi yang
menghadapi masalah kekurangan tenaga pakar bolehmengimport tenaga pakar dari luar
organisasi.Kaedah yang biasa digunakan untukmenganalisis data ialah sisihan piawai,kod dan multiple
regression.
Proses yang kelima ialah menyediakan laporan. Pada peringkat ini,proses
menyediakan laporan bertulis
untuk membentangkannya.Laporan perlumengutarakan
pelan cadangan bagi membantu pembantu pemasar menentukanhalatuju fungsi pernagaan. Laporan
mestilah jujur,jelas dan boleh difahami.

SEMUA setuju jika dikatakan golongan wanita pada zaman ini lebih maju, berpelajaran dan berjaya. Peningkatan taraf hidup serta
kejayaan ini membolehkan mereka mempunyai kuasa maksimum untuk berbelanja dan membuat pilihan membeli apa yang diingini
melalui pendapatan yang diperoleh.

Namun, di sebalik semua kecemerlangan dikecapi wanita itu, dek kemodenan dan peredaran zaman, sama ada kita sedar atau
tidak, jumlah pembabitan kaum hawa dalam aktiviti sosial terutamanya merokok juga semakin meningkat naik.

Laporan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) membuktikan, peratusan jumlah wanita yang merokok meningkat di negara
membangun termasuk Malaysia, sementara angka perokok lelaki mula menunjukkan penurunan.

Justeru, bagi membendung tabiat yang berisiko terhadap kesihatan ini, WHO memilih Lindungi Wanita dari Pemasaran Tembakau
dan Asap Rokok sebagai tema sambutan Hari Tanpa Tembakau Sedunia 2010.

Tahun ini, Malaysia melalui tema yang sama, sudah merancang dan melaksanakan pelbagai program dan kempen bagi
membendung dan mengelakkan tabiat ini.

Pengarah Institut Perubatan Respiratori Hospital Kuala Lumpur (HKL), Datin Dr. Aziah Ahmad Mahayiddin berkata, pendedahan
kepada rokok mendatangkan lebih banyak kesan buruk terhadap wanita berbanding lelaki.

Kemungkinan wanita diserang penyakit, katanya, bukan sahaja membabitkan penyakit respiratori, barah dan jantung, tetapi mereka
juga berisiko mengalami masalah kesuburan serta semasa mengandung dan melahirkan anak.

Aziah berkata, perokok wanita berisiko tinggi mendapat keguguran, bayi tidak cukup bulan dan bayi meninggal dalam rahim.

Tegasnya, ancaman lain kepada wanita yang tidak merokok (perokok sekunder) adalah pendedahan kepada asap rokok daripada
perokok lain.

“Di seluruh dunia, lebih kurang 600,000 kematian setiap tahun disebabkan pendedahan kepada asap perokok sekunder dan 64
peratus daripada jumlah mangsa itu adalah wanita.

“Maka, sambutan Hari Tanpa Tembakau Sedunia 2010 ini menumpukan kepada kesan buruk ke atas wanita daripada pemasaran
dan rokok.

“Kaum lelaki pula akan diberi kesedaran mengenai tanggungjawab mereka untuk tidak mendedahkan isteri, anak-anak dan
keluarga kepada asap rokok,” katanya.

Beliau berkata demikian sempena sambutan Hari Tanpa Tembakau Sedunia 2010 Peringkat Institut Perubatan Respiratori di Institut
Perubatan Respiratori, Jalan Pahang, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Sambutan itu dirasmikan Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin.

Turut hadir, Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Penyelidikan dan Sokongan Teknikal) Kementerian Kesihatan, Datuk Dr.
Maimunah A. Hamid, Pengarah HKL, Datuk Dr. Zaininah Mohd. Zin dan Pengerusi PUSPANITA Kementerian Kesihatan, Datin Seri
Zuraida Ahmad.

Rosnah dalam ucapannya berkata, kementerian sentiasa berusaha untuk mengatasi tabiat merokok di kalangan rakyat negara ini
kerana selain berisiko kepada kesihatan, kerajaan sedar penggunaan tembakau adalah penyebab kedua kematian global selepas
penyakit darah tinggi.
Dijangka, kematian tahunan berpunca dari penggunaan tembakau adalah lebih 5 juta di seluruh dunia ketika ini dan jika dibiarkan,
ia mampu menyumbang kepada lebih 8 juta setahun menjelang 2030.

Selain menjalankan kempen kesedaran kepada perokok tegar, perokok baru dan individu yang belum merokok, kementerian giat
membantu perokok untuk berhenti daripada tabiat merbahaya ini melalui Klinik Berhenti Merokok.

Menurut Rosnah, kementerian sedar untuk menghentikan tabiat merokok adalah amat sukar, jadi melalui klinik ini, kementerian
memastikan kesabaran, ketekunan dan komitmen antara perokok serta pegawai ditingkatkan untuk menjayakannya.

Pada masa sama, tambahnya, kementerian mengambil kesempatan daripada tema sambutan tahun ini untuk memberi perhatian
terhadap isu-isu keburukan akibat kesan pasaran tembakau dan larangan pemasaran tembakau kepada kaum wanita dengan
penyediaan bahan pendidikan.

“Kaum wanita kini menjadi kumpulan sasar industri tembakau kerana kuasa membeli dan kemajuan yang ada pada mereka selain
jumlah perokok lelaki semakin berkurang, maka semakin banyak iklan rokok yang mempamerkan model langsing dan cantik bagi
menyogok wanita supaya merokok.

“Sebenarnya wanita atau lelaki tidak perlu merokok untuk meningkatkan keterampilan atau imej melalui merokok kerana ia akan
merosakkan diri sendiri melalui kesan buruk dan bahaya yang ada dalam rokok.

“Kementerian turut mengeluarkan iklan yang mempamerkan model wanita langsing dan cantik tetapi dengan bahagian badan
diserang penyakit-penyakit kronik akibat merokok bagi melawan iklan industri tembakau,” ujarnya.

LONDON: Syarikat tembakau dikesan mengubah suai rokok keluaran masing-masing dalam usaha menampakkan ia lebih mesra
wanita dengan mendakwa ia boleh melangsingkan badan.

Akhbar The Independent melaporkan, dokumen baru mendedahkan syarikat rokok gergasi meletakkan bahan daya penahan selera
ke dalam rokok mereka sebagai usaha mempromosikannya sebagai alat mengawal berat badan.

Diterbitkan dalam jurnal sains minggu ini, Addiction, akhbar berkenaan menunjukkan firma tembakau mengambil masa lebih 20
tahun daripada 1970-an hingga 1990-an menjalankan penyelidikan untuk membuatkan wanita ketagih. 

Kesanggupan firma tembakau mencipta rokok bagi mengumpan wanita menjadi tumpuan selepas penyelidik di Sekolah Kesihatan
Umum Universiti Harvard di Amerika Syarikat (AS) menjalankan analisis terperinci terhadap kertas kerja dalaman dari syarikat
rokok.

Penyelidik universiti terkemuka itu mendapati usaha industri tembakau menjadikan wanita ketagih merokok jauh melampaui
kaedah pemasaran tradisi dan jauh lebih meluas berbanding yang dipercayai sebelumnya.

Firma tembakau menjalankan penyelidikan saintifik untuk mengenal pasti faktor psikologi yang menentukan tabiat wanita.

Ini membawa mereka mengubah suai jenama rokok masing-masing untuk menjadikan ia lebih mesra wanita. Reka bentuk rokok
dan bahan diubah untuk menjadikan ia lebih enak bagi perokok wanita.

Penemuan itu dijangka memberikan implikasi besar kepada wanita di negara membangun. Ketika kadar perokok di kalangan lelaki
menurun, bilangan wanita yang merokok dijangka meningkat kepada 20 peratus di seluruh dunia menjelang dekad depan.

Kebanyakan pertambahan berlaku di negara membangun dengan bilangan perokok wanita dijangka meningkat dua kali ganda
dalam masa 20 tahun lagi sebagai hasil pemasaran bersungguh-sungguh syarikat tembakau.

Pengharaman iklan tembakau oleh banyak negara Barat menyebabkan pengeluar tembakau mencari peluang di tempat lain untuk
mempromosikan jenama mereka terutama di negara yang kalangan perokok wanita adalah minoriti. – Agensi

Iklan khas pikat golongan hawa 

KUALA LUMPUR: Kepercayaan merokok boleh membantu untuk kekal langsing adalah
kebenaran yang terlalu kecil berbanding komplikasi kesihatan dan kesengsaraan berpanjangan
penyakit kronik seperti barah akibat tabiat buruk berkenaan. Ketua Penolong Pengarah Kanan
Bahagian Kawalan Penyakit, Kementerian Kesihatan, Dr Zarihah Mohd Zain, (kanan) berkata
kepercayaan itu mungkin dibangkitkan atas alasan kajian perubatan menunjukkan tabiat
merokok menekan selera makan, menjejaskan saraf rasa lidah sekali gus menyebabkan
makanan tidak berasa sedap. “Bagaimanapun memilih rokok sebagai cara menguruskan badan
adalah tidak bijak kerana ada banyak cara boleh digunakan untuk kurus, misalnya bersenam
dan mengawal pemakanan. 
“Malah, bukan semua orang kurus disebabkan rokok kerana ada perokok yang gemuk. Apa
maknanya kurus kalau berhadapan dengan komplikasi penyakit kronik seperti barah?” katanya
ketika dihubungi Berita Minggu. 

Beliau mengulas laporan akhbar ini semalam mengenai tindakan seorang remaja perempuan
sanggup menghabiskan hampir RM15,000 sepanjang tempoh tiga tahun merokok dengan
alasan kekal langsing dan menghilangkan tekanan. 

Dr Zarihah berkata, di seluruh dunia, perokok wanita merangkumi 20 peratus keseluruhan


perokok di seluruh dunia iaitu seramai satu bilion orang. Namun epidemik merokok di
sesetengah negara semakin meningkat. 
“Di saat negara maju menunjukkan kadar penurunan perokok lelaki dan perempuan, berlaku
pula peningkatan perokok wanita di negara seperti Malaysia misalnya. Wanita memang
dijangka menjadi sasaran dalam strategi pemasaran rokok bagi menggantikan perokok sedia
ada,” katanya. 

Malah, strategi pemasaran itu turut membabitkan saiz kotak rokok yang dikeluarkan khas bagi
perokok wanita seperti berwarna merah jambu dan bersaiz kotak gincu. Sementara, laporan
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menyebut syarikat tembakau berlumba-lumba
meningkatkan iklan menarik wanita dan gadis remaja menjadi perokok. 

Data dari 151 negara menunjukkan tujuh peratus remaja perempuan merokok berbanding 12
peratus remaja lelaki. Sementara di sesetengah negara, kadar remaja perempuan merokok
lebih berganda. Misalnya di Norway, Nauru, Cook Island dan Sweden manakala trend
peningkatan perokok wanita dikesan di Malaysia, Kemboja dan Bangladesh. 

“Ancaman terbesar wanita sekarang adalah syarikat tembakau di seluruh dunia mensasarkan
mereka terutama di negara membangun. Di seluruh dunia, 47 peratus lelaki merokok
berbanding hanya 12 peratus wanita. Namun, trend itu akan berubah jika sasaran pemasaran
itu tidak dibanteras,” katanya.

You might also like