P. 1
Contoh Laporan Program (Untuk Perkongsian GUru Bimbingan dan Kaunseling)

Contoh Laporan Program (Untuk Perkongsian GUru Bimbingan dan Kaunseling)

|Views: 5,224|Likes:
Published by Nor Afiti

More info:

Published by: Nor Afiti on Mar 14, 2011
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

07/29/2015

pdf

text

original

LAPORAN PROGRAM YANG DIJALANKAN OLEH UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING

Nama Program Tarikh Masa Tempat Objektif

: Program Transisi Minda Pelajar Tingkatan 6 : 30 Januari 2011 (Ahad) : 8.00 pagi – 1.10 tengahari : Bilik Gemilang :

1. Pelajar-pelajar dapat menyesuaikan diri dengan peralihan sesi persekolahan yang baru dengan mendapat pendedahan awal memasuki tingkatan yang baru. 2. Pelajar-pelajar dapat memperoleh informasi tentang bidang disiplin dan pembentukan sahsiah yang sempurna sesuai dengan perkembangan mereka agar teras kecemerlangan pelajar adalah berdasarkan sahsiah yang cemerlang. 3. Pelajar-pelajar dapat menyediakan fizikal, mental dan emosi yang membina sebagai persediaan menghadapi peperiksaan STPM dengan cemerlang. 4. Meningkatkan tahap motivasi pencapaian akademik dan sahsiah pelajar-pelajar. 5. Membantu pelajar-pelajar menghadapi tekanan dan cabaran alam persekolahan yang baru dan kian mencabar. Kumpulan Sasaran Perbelanjaan Guru bertanggungjawab : Semua pelajar Tingkatan 6 (75 pelajar) : Tiada : Guru-guru Bimbingan & Kaunseling 1. Cik Nor Afiti Bt Mohd Basri 2. Pn.Roslina Bt Che Noor 3. En.Sukiman B Haron 4. Penyelia Tingkatan 6 5. Guru-guru Tingkatan 6 Pengisian : Taklimat daripada Penolong Kanan Kurikulum, Penolong Kanan HEM dan kaunselor berkaitan ceramah disiplin, tanggungjawab sebagai pelajar, hasrat dan visi sekolah dan motivasi demi mencapai kecemerlangan

Laporan Pelaksanaan Program: Program Transisi Minda Pelajar yang dijalankan bertujuan untuk memberi pendedahan tentang penyesuaian untuk persediaan pelajar menghadapi peperiksaan STPM. Selain itu, suntikan motivasi diberi agar pelajar-pelajar lebih bersemangat dan bersedia lebih awal untuk menghadapi peperiksaan STPM yang akan datang. Manakala slot ruang guru-guru dan pelajar-pelajar bebas bersuara dilaksanakan bertujuan agar setiap pihak dapat mengetahui keperluan dan kehendak dalam memastikan kecemerlangan STPM. Matlama STPM pada tahun 2011 adalah melahirkan lebih ramai pelajar yang mendapat 4 Prinsipal A. Perkongsi idea dan pandangan dengan pelajarpelajar tentang tips-tips kejayaan cemerlang turut disampaikan dengan memberi pendedahan tentang cara belajar yang berkesan dan tanggungjawab sebagai pelajar dalam usaha mencapai kecemerlangan dengan keputusan terbaik pada tahun ini. Sepanjang program ini dijalankan, semua peserta tidak mengikuti jadual waktu P&P dan berada di Bilik Gemilang sehingga tamat waktu persekolahan sesi pagi. Masalah yang Dihadapi: Masalah yang timbul dari pelaksanaan program ini ialah masa yang diperuntukkan terlalu singkat. Slot bersama Pengetua seperti yang dirancang tidak dapat dijalankan kerana ada perkara yang tidak mengizinkan. Segelintir pelajar ada yang masih terawang-awang dan tidak serius semasa program dijalankan kemungkinan masih tiada matlamat. Kesimpulan dan Cadangan Penambahbaikan :

Secara keseluruhannya, program ini berjalan lancar dan mendapat kerjasama semua pihak. Walau bagaimanapun, pelaksanaan program seperti ini pada masa akan datang perlu diisi dengan slot-slot yang lebih memberi informasi kepada pelajar dan peruntukan masa perlu dipanjangkan lagi.

Disediakan oleh: ……………………………… ( NOR AFITI BT MOHD BASRI )

Disahkan oleh: ……………………………… ( )

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->