You are on page 1of 11

NO.

17 KEMISKINAN BANDAR DALAM KALANGAN ORANG MELAYU DI


KUALALUMPUR
(D20081032682)
( D20081032710 )
PROGRAM : PENDIDIKAN SEJARAH (AT32)

Abstrak
Kemiskinan bandar merupakan masalah yang dihadapi oleh Negara Sedang Membangun.
Malaysia juga tidak terkecuali dalam isu kemiskinan bandar. Kuala Lumpur merupakan ibu
negara Malaysia sebelum merdeka lagi. Pembangunan ekonomi yang pesat telah menggamit
para imigran tempatan untuk berhijrah ke Kuala Lumpur. Dalam 53 tahun merdeka, kadar
kemiskinan bandar masih lagi membelenggu segelintir orang Melayu. Pembangunan ekonomi
yang tidak seimbang sejak zaman penjajahan menjadikan taraf hidup orang Melayu sukar di
bandar. Tugasan ini akan mengupas mengenai faktor yang membawa kepada kadar kemiskinan
di Kuala Lumpur. Seterusnya penulisan ini akan membicarakan mengenai kesan dan langkah
yang harus diambil oleh kerajaan dalam membasmi kadar kemiskinan dalam mencapai status
negara maju pada 2020.

1.0 Pendahuluan
Saw (2007) dalam buku Population of Malaysia menyatakan jumlah penduduk di
Malaysia pada tahun 2005 ialah 26 127.7 juta orang. Berdasarkan Kualiti Hidup Malaysia
(2002), penduduk bandar pada tahun 2000 ialah 61.8 peratus. Pertambahan penduduk sebanyak 2
853 010. Dalam banci tahun 2000, jumlah penduduk pada tahun 2000 iaitu 23 274 690 juta
orang. Masyarakat Melayu pada tahun tersebut berjumlah 16 060 400 orang. Pada tahun 2004
kadar kemiskinan keseluruhan ialah 4.1 peratus iaitu pengurangan 1.0 dalam tempoh 5 tahun.
Kemiskinan bandar pula pada tahun 2004 ialah 2.5 peratus berbanding 3.3. peratus pada tahun
1999.
2.0 Definisi Kemiskinan Bandar

Bandar ialah merupakan kawasan petempatan yang mempunyai ciri-ciri tertentu


berbeza dari kawasan desa (Katiman Rostam, 2002). Kemiskinan dapat dibahagikan kepada
dua iaitu kemiskinan mutlak dan kemiskinan berbanding (Osman Rani Hassan dan Abdul
Majid Salleh, 1988). Manakala kemiskinan berbanding dapat diindikatorkan oleh satu
sempadan normatif yang menyebabkan timbulnya perasaan kekurangan berbanding dan
menyebabkan pembahagian kepada golongan miskin dan kaya (Chamhuri Siwar dan Mohd,

1
Haflah Piei, 1988). Manakala di Malaysia, jumlah penduduk berjumlah 10 000 orang
dianggap sebagai bandar (Jabatan Perangkaan Malaysia, 1970). Secara ringkasnya, definisi
bandar bergantung kepada saiz penduduk dalam sesuatu penempatan yang mempunyai
sempadan tertentu yang menjalankan perniagaan, perdagangan, perkhidmatan dan
perindustrian.

Kemiskinan bandar terbahagi kepada kemiskinan mutlak, kemiskinan relatif dan


kemiskinan tegar. Kemiskinan mutlak merupakan satu keadaan isi rumah yang tidak
berupaya mencapai pendapatan yang boleh menampung keperluan. Kemiskinan relatif pula
ketidakseimbangan pendapatan satu kumpulan dalam sesuatu masyarakat. Manakala
kemiskinan tegar merupakan isi rumah yang tidak berupaya mencapai sekurang-kurangnya
separuh daripada Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) bagi menampung kehidupan asas.
PGK ditetapkan oleh kerajaan iaitu sebanyak RM 350 pada tahun 1989 dan RM405 pada
tahun 1993 yang tidak membezakan kawasan bandar dan luar bandar. Hal ini disebabkan
kawasan ini mempunyai kos sara hidup yang berlainan (Mohd Taib Dora, 2000; Ragayah, 2006).
Garis kemiskinan dalam negara pada ketika ini ditetapkan pada tahap pendapatan bawah RM720
sebulan (Borneo Post, 2010). Kemiskinan tegar bandar berada pada paras yang rendah
iaitu 2.4 % pada tahun 1985 dan berkurang kepada 0.3 % pada tahun 2002 (Chamhuri Siwar
dan rakan, 2005).

Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Nor Mohamed Yakcop, kadar
kemiskinan dalam kalangan penduduk yang tinggal di kawasan bandar di negara ialah sekitar 2%
peratus dan kemiskinan tegar pula 0.3 %. Statistik menunjukkan 7% daripada penduduk negara
ini tinggal di kawasan bandar (Utusan Malaysia, 2010). Kemiskinan bandar merupakan
masalah serius dengan bilangan isi rumah miskin bandar sebagai peratus jumlah isi rumah
semakin meningkat (Chamhuri Siwar dan rakan, 2005). Kawasan bandar khususnya masalah
perumahan terutamanya masalah perumahan di kawasan setinggan dan penghuni rumah
kos rendah merupakan masalah yang sering dihadapi oleh golongan miskin dan
berpendapatan rendah di bandar. Kuala Lumpur, bandaraya utama di Malaysia
menghadapi masalah kemiskinan bandar yang paling serius berbanding pusat bandar
yang lain (Ishak Shaari, 1977). Kenyataan ini disokong oleh perangkaan pemerintah yang
menunjukkan bahawa kemiskinan Melayu di Kuala Lumpur semakin membimbangkan.
Pada tahun 1987, daripada 82, 600 isi rumah miskin bandar di Semenanjung Malaysia, 15
2
% iaitu 12, 200 berada di Kuala Lumpur. Sebagai perbandingan hampir dua dekad yang
lalu iaitu pada tahun 1976, terdapat hanya 7.4 % iaitu 6,300 isi rumah miskin di Kuala
Lumpur. Daripada jumlah tersebut iaitu 6,300, 36 % atau 3,400 isi rumah miskin adalah
terdiri daripada orang Melayu (Rancangan Ekonomi Malaysia, 1981). Di Kuala Lumpur,
kadar kemiskinan pada tahun 1995 ialah 0.5 % menurun kepada 0.1 % pada tahun 1997,
dan meningkat kepada 2.3 % pada tahun 1999 dan menurun semula kepada 0.5 % pada
tahun 2002 (Malaysia, 2003).

Kadar kemiskinan di kalangan orang Melayu adalah lebih daripada 20 %


berbanding hanya lebih kurang 10 % kaum bukan Melayu (Fong, 1984). Laporan Pelan
Struktur Kuala Lumpur pula menyatakan bahawa pada tahun 1980, sebanyak 19 % kaum
Melayu di Kuala Lumpur adalah miskin diikuti dengan 15.7 % kaum India dan 7.8 %
peratus kaum Cina. (Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, 1984). Data kemiskinan
menunjukkan kaum Melayu merupakan golongan miskin yang terbesar berbanding kaum
lain. Terdapat tiga kelompok yang boleh dikategorikan dalam kelompok Melayu termiskin
di Kuala Lumpur. Kelompok aktif dianggarkan berjumlah 47.7 % iaitu 35.0 % lelaki dan
12.7 % wanita daripada 158 ketua keluarga termiskin di Kuala Lumpur (Mohd. Taib
Dora, 2000). Kebanyakan mereka dipinggir kerana tidak diberikan bantuan dalam bentuk
latihan atau kursus kemahiran. Selain itu, kelompok kekal yang dikategorikan sebagai
golongan yang cacat anggota, tua dan mengalami uzur yang berpanjangan. Faktor kecacatan
merupakan salah satu sebab daripada kemiskinan (Townsend, 1979). Kajian menunjukkan
10.8 % iaitu terdiri daripada 7 % lelaki dan 3.8 % wanita yang tidak mempunyai
keupayaan normal. Kebiasaanya, kelompok ini mendapat bantuan daripada Jabatan
Kebajikan Masyarakat. Mereka dilayan seumpama pekerja yang tidak berkelayakan langsung
(Prescott- Clarke, 1990). Akhirnya, kelompok ini mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk
mengalami kemiskinan. Manakala kelompok pasif yang terdiri daripada 41.5 % yang terdiri
daripada 18.8 % wanita dan 22.7 % lelaki. Mereka selalu putus asa dan sering mengeluh
kerana tidak dapat menyertai peluang ekonomi yang bandar. Kawasan Sungai Besi (33.8%),
Batu (20.6 %), Lembah Pantai (19.9%) dan Titiwangsa (16.4%). Jadual 1 menunjukkan kadar
kemiskinan mengikut etnik dari tahun 1970 hingga tahun 2002.

3
Jadual 1: Kadar Kemiskinan Mengikut Etnik dari tahun 1970 hingga tahun
2002.
Etnik 1970 1976 1984 1987 1990 1999 2002
Bumiputera 64.8 56.4 25.8 23.8 20.4 10.2 7.3
Cina 26.0 19.2 7.8 7.1 5.4 2.6 1.5
India 39.2 28.3 10.1 9.7 7.6 1.9 1.9
Lain-lain 44.8 44.6 22.0 24.3 22.8 13.0 13.0
Keseluruhan 49.3 35.1 18.4 17.3 16.5 7.5 5.1

Sumber: Unit Perancang Ekonomi (EPU)

Nota: Data bagi 1970 hingga 1987 adalah untuk Semenanjung Malaysia. Data bagi 1990
hingga 1997 adalah untuk Malaysia. Bumiputera merangkumi kaum Melayu, Orang Asli dan
suku kaum Bumiputera di Sabah dan Sarawak.

3.0 Faktor yang mempengaruhi kemiskinan bandar

Dasar ekonomi baru (DEB) adalah sebuah dasar yang digubal oleh kerajaan setelah
peristiwa berdarah pada 13 Mei 1969 (Abdul Rahman, 2007). Akibat ketidaksamarataan dalam
ekonomi telah menyebabkan peristiwa ini terjadi. Oleh yang demikian, dasar ekonomi baru
adalah satu landasan yang dijalankan oleh kerajaan dalam merapatkan jurang yang terdapat
dalam kaum di Malaysia. Pemilikan saham 30 peratus milik bumiputera adalah langkah untuk
merapatkan jurang ekonomi dalam kaum Cina, India dan Melayu (Faalant dan rakan, 1991).
Namun di sebalik pemilikan 30 peratus saham dalam syarikat hanya menguntungkan golongan
aristokrat dan golongan Melayu yang sudah sedia kaya. Golongan pertengahan dan golongan
miskin tidak dapat mengecap nikmat DEB kerana golongan elitisme ini Melayu turut sama
meminggirkan mereka dari sudut pembangunan sosioekonomi. Peminggiran sosial daripada
sudut ekonomi menyebabkan masyarakat Melayu di bandar Kuala Lumpur masih jauh
ketinggalan dalam bidang ekonomi. Yusof Suratman (1979) menyatakan bahawa kemiskinan
orang Melayu bandar adalah hasil kemiskinan daripada luar bandar.

3.1 Pendapatan isi rumah


Bapa adalah penyumbang utama dalam pendapatan isi rumah kerana mereka merupakan
ketua keluarga. Pendapatan purata bapa RM 1093 berbanding dengan si ibu hanya RM 751.
Jika dibandingkan dengan purata pendapatan isi rumah pendapatan purata bagi bapa kaum

4
Melayu masih lagi rendah (Zalilah, 2002). Pendapatan isi rumah secara purata ialah RM 2593
(Jabatan Perangkaan Malaysia, 1997). Perbezaan sebanyak RM 1500 cukup dijadikan faktor
kemiskinan dalam kalangan orang Melayu di Kuala Lumpur. Kebanyakan orang Melayu di
Kuala Lumpur bekerja dalam sektor separa professional. Keadaan ini disebabkan tahap
pendidikan mereka yang kebanyakannya berasal daripada desa. Mentaliti ibu bapa di kampung
kurang mementingkan pendidikan anak-anak kerana inginkan anak-anak membantu mereka
dalam menampung kehidupan seharian dengan mengerjakan sawah, menangkap ikan dan
pelbagai ekonomi sekunder yang lain. Pendapatan yang mereka perolehi hanya mampu untuk
menampung perbelanjaan asas mereka. Hasil daripada kajian oleh Zalilah (2002) menyatakan
bahawa min pendapatan bagi bapa ialah RM 1093 dan mediannya ialah RM 913. Manakala
pendapatan isi rumah purata ialah RM 2593.
Migrasi ke bandar mengakibatkan golongan yang yang berpendapatan tidak menentu di
kampung mengambil keputusan untuk berhijrah ke bandar bersama keluarga. Namun dek
desakan hidup serta kos hidup yang tinggi di bandar Kuala Lumpur institusi keluargaan mula
goyah dan berlaku penceraian dalam kalangan masyarakat Melayu di bandar. Kadar penceraian
yang meningkat telah menjadi wanita yang bercerai menjadi ketua dalam rumah tersebut. Oleh
yang demikian, segala keputusan ditentukan oleh wanita tersebut. Perbelanjaan dan pendapatan
adalah seratus peratus dalam kawalan wanita yang bercerai. Zalilah (2002) mennyatakan bahawa
pekerjaan ibu dan pendapatan akan memepengaruhi status ekonomi dalam keluarga mereka.
Penglibatan Melayu dalam bidang pendidikan tidaklah ramai menjadikan mereka antara keluarga
termiskin bandar (Ungku Aziz, 1975). Mereka hanya didedahkan dengan pengetahuan asas dan
dilatih untuk menguruskan rumah tangga. Jadi tidak hairan jika kadar kemiskinan bandar dalam
kalangan masyarakat Melayu berleluasa. Rasionalnya di sini, masyarakat Melayu pada asalnya
penduduk desa. Apabila Dasar Ekonomi Baru 1970 dilancarkan, kerajaan menggalakkan
masyarakat Melayu untuk berhijrah ke bandar. Namun begitu, tahap pendidikan yang rendah
telah membawa permasalahan kepada masyarakat melayu kerana kepakaran dan kemahiran yang
terhad (Mohd. Taib Dora, 2000). Hasil kajian Penyertaan wanita dalam keputusan isi rumah
dan perlaksanaannya telah menunjukkan bahawa hanya 69 peratus sahaja wanita isi
pendapatan rendah mempunyai pendidikan sekolah menengah. Oleh itu, mereka hanya menyertai
pekerjaan tidak professional sepeti pekerja kilang dan separa professional misalnya pembantu
makmal (Zalilah, 2002). Oleh yang demikian, pendapatan bulanan yang diperolehi hanya mampu
untuk menampung keperluan asas mereka sekeluarga sepeti bil air, bil elektrik, pengangkutan,

5
sewa rumah dan makanan harian. Hasil daripada kajian oleh Zalilah (2002) mendapati daripada
300 responden yang di kaji, 54.4 peratus wanita adalah surirumah dan 45.6 peratus atau 141
orang responden lagi bekerja sama ada di rumah atau pun diluar rumah. Pendapatan isi rumah
wanita dari golongan berpendapatan rendah ialah RM 751 dan perbezaan sebanyak RM 442.
Justeru, tidak hairan jika penyumbang kepada kemiskinan bandar orang Melayu dipengaruhi
juga oleh penglibatan wanita dalam keputusan isi rumah dan perlaksanaanya.

3.2 Migrasi dari Desa ke Bandar


Kemiskinan bandar di Kuala Lumpur juga disebabkan faktor migrasi dari desa ke
bandar. Pada tahun 1960-an dan 1970-an, telah berlaku penghijrahan secara besar-besaran ke
Kuala Lumpur. Migrasi merupakan satu proses demografi yang melibatkan perpindahan
penduduk daripada satu kawasan ke satu kawasan yang lain. Migrasi desa ke bandar meningkat
dari 28.4 peratus pada tahun 1970 kepada 61.8 peratus pada tahun 2000 ( Jabatan Perangkaan
Malaysia, 2001). Pada tahun 2000 migrasi desa ke bandar adalah 17.6 peratus yang mewakili
585813 orang. Shamsul Amri Baharuddin (1980) menyatakan bahawa faktor kesempitan hidup
di kampung menyebabkan penduduk desa menyebabkan mereka berhijrah ke bandar yang
menjanjikan kehidupan yang lebih menarik. Namun begitu kebanyakan mereka yang berhijrah ke
bandar hanya terlibat daam sektor tidak professional dan semi professional. Pekerjaan yang tidak
professional ialah pekerja kilang, penjaja, dan buruh binaan. Manakala semi professional pula
terdiri daripada mereka yang bekerja sebagai penyelia kilang, pembantu makmal dan pekerja
salon (Zalilah, 2002).
Berdasarkan Jabatan Perangkaan Malaysia (2007) dalam Ekonomi Malaysia
Sepintas Lalu, penganggur adalah berjumlah 365 400 orang. Pada suku tahun pertama 2009
bilangan penganggur di Kuala Lumpur ialah 22 800 orang dan kadar pengangguran ialah 3.4
peratus (Jabatan Perangkaan Malaysia, 2007 ). Kadar pengangguran ini adalah kerana ketiadaan
kepakaran dan kemahiran menyebabkan mereka tercicir dalam arus pembangunan perdana.
Selain itu, sistem pendidikan negara yang hanya mementingkan sistem peperiksaan telah
memberi kesan kepada golongan yang kurang berkemampuan untuk membiayai persekolahan
anak mereka. Justeru, tidak hairan jika kemiskinan akan diwarisi kerana kekurangan dari segi
kemahiran dan kepakaran.

4.0 Kesan kemiskinan bandar

6
4.1 Penempatan Setinggan
Kesan yang paling jelas dapat dilihat akibat daripada kemiskinan bandar ialah
penempatan setinggan. Setinggan ialah sebuah kawasan kediaman yang dibangunkan tanpa
kelulusan pihak berkuasa tempatan sebagai tempat kediaman manusia atau selainnya. Setinggan
biasanya diduduki oleh golongan miskin bandar yang tinggal dalam kawasan yang kotor, sesak
dan kemudahan asas yang tidak disediakan (Mohd. Fauzi Yaacob, 2009). Setinggan seringkali
dikaitkan dengan kadar kemiskinan bandar orang Melayu di Kuala Lumpur (Mohd Taib Dora,
2000). Ishak Shari (1979) mengatakan bahawa golongan setinggan di Kuala Lumpur
digambarkan sebagai terperangkap dalam kemiskinan bandar.
Kebanyakan golongan setinggan ini berdasarkan bancian yang dibuat oleh Universiti
Sains Malaysia tahun 2000 mempunyai pendapatan kurang daripada RM 460 sebulan (garis
kemiskinan) dan golongan termiskin yang mempunyai pendapatan kurang daripada RM 300
sebulan. Sehingga 31 Disember 2009, Malaysia mempunyai 114 944 unit kediaman setinggan
dan anggaran penduduk seramai 557 679 orang. Kuala Lumpur berada di tempat kedua selepas
negeri Selangor. Gaji yang rendah tidak dapat memberi kehidupan yang mewah kepada golongan
Melayu. Kebanyakan masyarakat melayu yang mendiami kawasan setinggan mempunyai
pendapatan isi rumah RM300-RM700 sebulan (Zalilah, 2002). Keadaan ini disebabkan orang
Melayu kebanyakkan mempunyai tahap pendidikan yang sederhana dan hanya bekerja dalam
sektor separa formal dan tidak formal. Oleh yang demikian, kos yang tinggi di bandar akhirnya
memaksa mereka untuk meneroka tanah tanah haram untuk mendirikan kawasan kediaman
mereka Kuala Lumpur (Shamsul Amri Baharuddin, 1980). Kampung Kerinchi merupakan salah
satu penempatan setinggan di Kuala Lumpur. Jumlah penduduk kaum Melayu di Kampung
setinggan seramai 3 327 orang bersamaan dengan 962 buah keluarga (Direktorat Penguatkuasaan
DBKL, 1990).
4.2 Penurunan Kualiti Hidup
Kemiskinan bandar juga turut dijadikan sebab kepada penurunan kualiti hidup
masyarakat Melayu di bandar (Weinberg, 1970). Kajian yang dilakukan oleh Wan Sulaiman
(1994) menyatakan bahawa kebanyakan suami isteri Melayu yang bercerai terdiri daripada
golongan berpendapatan rendah. Selain itu, kes dera semakin berleluasa dalam kalangan
masyarakat Melayu. Pada tahun 1993, data yang diperolehi daripada Hospital Universiti Kuala
Lumpur berkenaan dengan kes dera kanak-kanak. 45 kes daripada 59 kes dera kanak kanak
adalah dalam kalangan orang Melayu. 72 peratus kes pada tahun tersebut melibatkan golongan

7
Melayu dan kebanyakan mangsa terdiri daripada mereka yang tinggal di kawasan setinggan
ataupun rumah pangsa. Persekitaran yang sempit dan ruang yang terbatas menyebabkan kanak
kanak yang aktif menggunakan ruang yang ada untuk bermain akan tetapi mengundang
kemarahan kepada ibu bapa. Jenayah ragut juga semakin berleluasa dan purata jenayah ragut
adalah 26.33 kes sehari.

5.0 Langkah-langkah mengatasi kemiskinan bandar


5.1 Dasar Kerajaan
Kadar kemiskinan Melayu telah menurun kepada 20.8 % pada tahun 1990 (Yahaya
Ahmad, 2000). Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur mencatatkan kadar kemiskinan yang
rendah iaitu 0.5 %. Kemiskinan di bandar akan meningkat kadarnya lantaran penghijrahan
Melayu secara besar-besaran dari luar bandar ke bandar. Ramai yang berhijrah ke bandar tanpa
mempunyai tahap pendidikan yang mencukupi (Mohd Taib Dora, 2000). Pihak kerajaan
komited untuk menghapuskan pembangunan kemiskinan tegar menjelang 2010. Selaras
dengan itu, sejumlah RM 214 juta diperuntukkan bagi perlaksanaan Skim Pembangunan
Kesejahteraan Rakyat untuk membasmi kemiskinan (Kementerian Kewangan Malaysia, 2008).
Sejumlah RM 117 juta diperuntukkan bagi melaksanakan Program Pengurangan Mega.
Program ini adalah pembangunan bersepadu untuk menjana pendapatan penduduk di
kawasan kurang maju dan terpencil. Kerajaan juga turut menekankan meningkatkan
pendapatan isi rumah, memperkukuh pembangunan modal insan dan memberi bantuan
perumahan kepada golongan miskin tegar. Selain itu, pemberian latihan kemahiran kepada
golongan wanita dalam bidang jahitan di Institut Latihan MARA (Razali Agus, 1994). Langkah
akan terus diambil dan untuk mengatasi kemiskinan bandar termasuk pembinaan rumah kos
rendah dengan bilangan yang mencukupi, penyediaan peluang pekerjaan serta pembaikan
kemudahan dan pengangkutan awam. Jawatankuasa Kabinet Kemiskinan Bandar telah
ditubuhkan pada tahun 2001 bagi menangani kemiskinan bandar dan isi rumah berpendapatan
rendah yang mudah terjejas kepada sebarang kesan kemerosotan ekonomi. Kerajaan juga
telah membangunkan pangkalan data bagi mewujudkan peta kemiskinan bandar bagi
menangani kemiskinan kelompok kecil miskin di kalangan isi rumah di pusat bandar dan
kawasan pinggir bandar. Sektor swasta turut melaksanakan Amanah Ikhtiar Malaysia
(AIM) dengan mengeluarkan pinjaman kredit mikro berjumlah RM 358 juta menerusi tujuh
skim kepada 148 000 keluarga termiskin. Program Pembangunan Bersepadu seperti Skim

8
Kesihatan Ibu Tunggal, Projek HARAPAN, Pusat RAHMAT dirangka bagi meningkatkan
taraf hidup.
5.2 Pembinaan Rumah Kos Rendah
Melalui pembinaan rumah kos rendah yang mencukupi, kadar kemiskinan bandar
dapat dikurangkan. Program Pembangunan Rakyat Termiskin (PPRT), setiap keluarga
haruslah memberi maklumat mengenai nama ketua keluarga, kad pengenalan, pekerjaan,
pendapatan, bilangan anak, kemahiran, ahli keluarga yang cacat dan sebagainya (Mohd Taib
Dora, 2000; Yogi, 2009). PPRT merangkumi Baitulmal, Kemajuan Masyarakat (KEMAS),
Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) merupakan badan kerajaan yang dapat membantu
masalah kemiskinan bandar. Dari segi peruntukan, Baitulmal memperuntukkan RM 5, 898,
301 untuk diagihkan kepada golongan fakir miskin. Daripada jumlah itu, sebanyak RM 5,
830, 351 (98%) diperuntukkan di Kuala Lumpur dan selebihnya diberikan kepada Labuan.
Pembinaan kos rendah dapat mengatasi masalah setinggan bagi golongan yang
berpendapatan rendah. Program Perumahan Awam Kos Rendah (PAKR) bertujuan untuk
menyediakan kemudahan perumahan yang sempurna kepada golongan berpendapatan rendah di
luar bandar dan pinggir bandar di samping kemudahan-kemudahan asas dan sosial. Pembinaan
rumah pangsa DBKL yang mempunyai kemudahan asas yang lengkap dihuni oleh
kebanyakan keluarga termiskin Kuala Lumpur (Mohd. Taib Dora, 2000). Kajian menunjukkan
setiap isi rumah dilengkapi dengan air paip, elektrik, tandas moden dan tiga bilik agar
semua penghuni rumah dapat hidup dengan selesa (Wagelin, 1977). Skim Pinjaman
Perumahan bertujuan untuk memberi pinjaman perumahan kepada golongan berpendapatan
rendah yang tidak mendapat punca pinjaman lain untuk membina atau membeli rumah kos
rendah yang siap dalam usaha meningkatkan taraf kehidupan mereka. adar pinjaman maksimum
ialah sebanyak RM20,000.00 dengan RM10,000.00 pertama dikecualikan daripada bayaran
perkhidmatan manakala baki sebanyak RM10,000.00 kedua dikenakan bayaran perkhidmatan
sebanyak 4%. Golongan sasaran skim ini adalah isirumah yang berpendapatan di antara
RM500.00 hingga RM1,200.00 sebulan yang tidak mendapat punca pinjaman lain untuk
membina rumah sendiri atau membeli rumah kos rendah yang telah siap. Secara tidak langsung,
kadar kemiskinan bandar dalam kalangan orang Melayu dapat diturunkan melalui pembinaan
rumah kos rendah dengan bilangan yang mencukupi.
5.3 Pendidikan

9
Selain itu dalam memperkukuh pembangunan modal insan, kerajaan akan
menyediakan peruntukan berjumlah RM30 juta untuk Badan Bukan Kerajaan (NGO)
mengadakan program latihan yang bersesuaian bagi golongan pelajar tercicir serta
memperluaskan program Kolej Komuniti dan GiatMARA ke kawasan bandar. Bagi
menggalakkan lebih ramai individu memulakan perniagaan sendiri, pelbagai program
keusahawanan dan latihan kemahiran telah disediakan. Golongan miskin dan berpendapatan
rendah dan golongan kurang upaya ditambah bagi menggalakkan penyertaan mereka secara aktif
golongan ini dalam ekonomi. Bagi tujuan ini, kemudahan sedia ada di kawasan bandar akan
ditambah untuk menyediakan latihan bagi pelajar yang tercicir untuk membolehkan
mendapatkan pekerjaan khasnya mereka yang tidak menamatkan persekolahan di peringkat
Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Khususnya, program
pendidikan dan latihan telah diberi penekanan bagi meningkatkan bilangan dan peratusan
professional dan pengurus Bumiputera dalam sektor korporat. Peratusan Bumiputera telah
telah meningkat daripada 51.4 % pada tahun 1995 dan 51.5 % pada tahun 2000 (Malaysia,
2001). Hal ini selaras dengan sumber tenaga manusia yang diperlukan haruslah mempunyai
kemahiran, daya saing yang tinggi dan produktif untuk menjana ekonomi. Sektor swasta pulak
dikehendaki mengambil lebih banyak eksekutif dan professional Bumiputera dalam syarikat
mereka (Malaysia, 2001). Lebih banyak peluang disediakan kepada siswazah Bumiputera
yang berkebolahan untuk memulakan perniagaan mereka sendiri menerusi Skim Usahawan
Siswazah dan Projek Usahawan Bumiputera dalam Bidang Peruncitan (PROSPER) terutama di
kawasan bandar dan perumahan baru (Chamhuri Siwar dan rakan, 2005). Kemunduran
pendidikan orang Melayu telah menjejaskan dan melambatkan peningkatan taraf sosio ekonomi
yang dapat membantu mengurangkan masalah pembaziran reproduktif (Mohd Asri Hj. Abdullah,
1997). Kegagalan membasmi kemiskinan akan melambatkan pencapaian Wawasan 2020 yang
meletakkan pendidikan sebagai cabaran utama menjadi sebuah negara maju (Lee,1999).
Perkembangan pendidikan sekarang menunjukkan bagaimana tahap kelulusan pendidikan untuk
semua pekerjaan menjadi semakin tinggi dan memerlukan persaingan daripada semua pelajar
(Wan Mohd Nor Wan Daud, 2005). Secara tidak langsung, orang Melayu dapat mengatasi
kemiskinan bandar dengan mempunyai tahap pendidikan yang tinggi dan seterusnya
mendapat peluang pekerjaan.
Melalui pembaikan kemudahan dan pengangkutan awam, kerajaan menyediakan
bekalan air bersih, elektrik, kesihatan dan komunikasi (Chamhuri Siwar dan rakan, 2005).

10
Melalui perlaksanaan DEB, lahirnya generasi muda Melayu yang berpendidikan tinggi yang
sanggup menghadapi cabaran dengan kaum lain untuk bersaing di bandar (Yahaya
Ismail,1986). Melalui Struktur Pelan Kuala Lumpur 2010, pelbagai program penempatan
semula setinggan dibina. Jelaslah, pihak kerajaan dan NGO sanggup berganding bahu untuk
membasmi kemiskinan di Kuala Lumpur dalam kalangan orang Melayu.

6.0 Penutup
Sebagai penutup kalam kadar kemiskinan perlu ditangani segera dalam usaha mencapai
status negara maju. Walaupun mengalami transformasi sosial selama 5 dekad dalam memajukan
negara, isu kemiskinan tidak harus dibiarkan menjadi bara api dalam keamanan Malaysia.
Pembangunan yang dijalankan kerajaan haruslah melibatkan kesemua kaum di Malaysia bagi
mengelakkan peminggiran sosial yang serius. Peminggiran sosial ini akan menerbitkan perasaan
tidak puas hati dan sejarah 13 Mei 1969 akan berlaku lagi. Polisi kependudukan 70 juta
penduduk Malaysia pada 2100 tidak akan mampu dicapai jika terdapat ketidakseimbangan
ekonomi di Malaysia. Badan bukan kerajaan juga harus bekerjasama untuk membasmi kadar
kemiskinan bandar agar kemajuan yang dicapai dapat dikongsi oleh semua warganegara dari
pelbagai lapisan masyarakat.

11

You might also like