You are on page 1of 5

INDUSTRI PELANCONGAN.

PENGENALAN:

 Pelancongan mencakupi aktiviti-aktiviti ekonomi seperti perusahaan


perhotelan penginapan ,pengangkutan ,perkhidmatan dan kemudahan
infrastruktur yang lain.
 Pelancongan merupakan sumber pendapatan negara yang ketiga
terbesar sejak sepuluh tahun yang lalu.
 Industri pelancongan merupakan pemangkin dalam konteks
pembangunan Negara.
 Namun,krisis ekonomi serantau telah menyebabkan bilangan pelancong
asing dan sumber pendapatan tikaran asing negara semakin merosot
dalam sektor pelancongan.

ISI-ISI PENTING,(Langkah untuk menarik kedatangan pelancong):

1. Mengadakan kempen besar-besaran untuk mempromosikan produk


pelancongan di Malaysia.
 Kempen` melawat Malaysia’haruslah diteruskan khususnya untuk
menarik pelancong-pelancong asing seperti pelancong dari
china,Jepun,Eropah,Australia dan sebagainya.
 Kempen `Cuti-cuti Malaysia’haruslah diberikan galakan untuk
menarik para pelancong tempatan.
 Kempen terbaru yang diperkenalkan oleh Kementerian
Pelancongan iaitu`Malaysia ialah wajah sebenar asia’ (Malaysia
Truly Asia) merupakan satu langkah bijak untuk memajukan
industri pelancongan di Negara kita.
2. Keunikan budaya pelbagai bangsa haruslah dipelihara untuk menarik
para pelancong luar negara.
 Para pelancong dapat menyaksikan pelbagai budaya yang
membentuk citrawarna budaya Malaysia.Hal ini termasuklah
makanan,muzik,bahasa,cara hidup dan lain-lain.
 Para pelancong juga dapat menyaksikan keaslian kebudayaan
khususnya di Sabah dan Sarawak.
3. Memajukan lebih banyak kawasan dan destinasi pelancongan.
 Selain Pulau Langkawi,Lumut-Pulau Pangkor juga berpotensi untuk
dibangunkan sebagai pusat pelancongan yang menarik.
 Begitu juga Gua Mulu dan Gua Niah Sarawak serta Gunung
Kinabalu Sabah dan sebagainya juga haruslah dimajukan sebagai
pusat pelancongan.
4. Memperbaiki prasarana,keperluan dan kemudahan pelancongan
sebagai tarikan kepada para pelancong.
 Mutu perkhidmatan di hotel dan pusat peranginan
dipertingkatkan supaya setanding dengan Negara-negara lain.
 Kadar sewa hotel ,tempat peranginan dan seumpamanya haruslah
berpatutan bukan sahaja untuk menarik pelancong luar,malahan
pelancong tempatan.
 Mempergiatkan aktiviti seperti `Pesta Membeli-Belah’khususnya
hasil kraf tangan atau barang buatan tempatan,pertambahan
gerai-gerai yang menjual makanan tempatan dan
sebagainya,menganjurkan kegiatan tarian,seni dan budaya
pelbagai bangsa.
 Kemudahan pengangkutan yang cekap.
 Menghapuskan cukai belian barangan di negara ini.
 Pusat perkhidmatan tukaran mata wang asing perlu ditambah dan
disediakan di lokasi yang strategik.
 Pusat-pusat penerangan pelancongan serta rombongan
kebudayaan dan kesenian keluar negara harus ditambah.
5. Mengekalkan kestabilan politik sebagai satu tarikan kepada pelancong.
 Aspek kestabilan politik haruslah terus dipelihara dan digunakan
sebagai jaminan kepada pelancong.
 Langkah-langkah keselamatan perlu diambil bagi menjamin
kepuasan dan kesejahteraan pelancong semasa berada di negara
kita.
6. Mengekalkan dan memelihara keindahan semula jadi negara sebagai
tarikan pelancong.
 Rimba yang menghijau ,flora dan fauna yang kaya dan
beraneka,persisiran pantai,pulau yang indah,gunung-ganang yang
sedia ada di Negara kita haruslah dipelihara kerana keindahan
alam inilah yang menjadi tarikan kepada pelancong luar
khususnya dari Eropah dan Amerika Syarikat.
7. Malaysia harus menjadi tuan rumah untuk pelbagai kegiatan
kebudayan,ekonomi dan sebagainya pada peringkat antarabangsa untuk
menggalakkan ketibaan pelancong asing ke Malaysia.
 Kegiatan yang dapat menarik pelancong asing dan tempatan
termasuklah acara sukan antarabangsa seperti perlumbaan
Formula One di Sepang.
 Persidangan antarabangsa seperti Persidangan Negara-negara
Komanwel,ASEAN,dan sebagainya haruslah diteruskan untuk
menggalakkan kemasukan pelancong asing.

KESAN POSITIF:
1. Industri pelancongan menambahkan sumber pendapatan Negara
menerusi pertukaran wang asing.
 Kira-kira 15.7 juta pelancong yang melawat Malaysia pada tahun
2004 telah menyumbangkan pendapatan sebanyak RM30 billion
kepada Malaysia.
 Pendapatan yang dijana menerusi pelbagai kegiatan pelancongan
membantu meningkatkan perdagangan antarabangsa dan
membangunkan ekonomi negara.
2. Industri pelancongan menambahkan peluang pekerjaan di negara kita.
 Peluang pekerjaan dapat dipertingkatkan menerusi pelbagai
perusahaan yang berkaitan dengan industri pelancongan.
 Secara langsung ,pelbagai peluang pekerjaan ini membantu
mengurangkan kadar pengangguran di negara kita.
 Peluang pekerjaan yang disediakan dapat membantu mengikis
atau mengurangkan masalah sosial di negara kita.
3. Aliran pelancong dari luar dan tempatan dapat mengeratkan
kesefahaman dan hubungan diplomatik di peringkat antarabangsa.
 Kemasukan pelancong asing secara langsung membantu
hubungan diplomatik antara negara jiran .Hubungan
persaudaraan yang terjalin membantu menjamin kedamaian
dunia.Pelancong tempatan juga menjalin hubungan dan
kesefahaman yang lebih erat.
4. Kewujudan pusat-pusat pelancongan membantu memelihara alam
sekitar.
 Keindahan alam dapat dipelihara dengan adanya kawasan
pelancongan kerana apabila sesuatu kawasan dijadikan pusat
pelancongan,kawasan itu dijaga dan dipelihara .Kesannya,flora
dan fauna tidak akan pupus.
KESAN NEGATIF:
1. Lazimnya,industri pelancongan akan mengakibatkan pencemaran
budaya tempatan.
 Pencemaran budaya berlaku kerana terdapat kemasukan
pengaruh budaya asing yang negatif seperti pergaulan
bebas,tarian yang sensasi,pakaian yang menjolok mata dan
penyalah gunaan dadah.
 Kemunculan pusat-pusat hiburan seperti kelab malam,disko,dan
karaoke menambahkan perlakuan sumbang seperti yang sering
berlaku di pantai perkhelahan Batu Ferringhi,Pulau Pinang.
2. Industri pelancongan mengancam kesihatan penduduk dengan
merebaknya penyakit berbahaya dan kronik akibat kelakuan sumbang
termasuklah kegiatan pelacuran.
 Akibat kegiatan pelacuran ,penyakit seksual seperti AIDS turut
menular.
 Penyakit-penyakit berjangkit turut bertambah akibat pergerakan
dan kebanjiran manusia,khususnya di pusat-pusat pelancongan.
3. Pembangunan yang pesat dalam industri pelancongan akan
meningkatkan kejadian jenayah di sesuatu kawasan.
 Kemasukan pelancong asing secara beramai-ramai meningkatkan
kegiatan pengedaran dadah,penyeludupan dan pengintipan yang
boleh mengancam keselamatan dan kestabilan politik negara.
4. Pembangunan infrastruktur yang pesat akan mempercepat kadar
pemusnahan alam sekitar atau ekologi negara.
 Pembangunan infrastruktur yang pesat akan mengakibatkan
pencemaran alam seperti pencemaran laut dan sungai.
 Penebangan hutan di kawasan bukit akan menjejaskan
keseimbangan ekologi.Perbuatan ini akan mengakibatkan tanah
runtuh,banjir dan sebagainya.
 Pembangunan yang pesat dari segi pelancongan juga akan
memusnahkan kawasan terumbu karang seperti yang berlaku di
Pulau Perhentian ,Terengganu.

KESIMPULAN:
1. Perkembangan industri pelancongan pasti akan mendatangkan
beberapa kebaikan dan keburukan dari segi pembangunan negara.
2. Strategi-strategi tertentu harus dirancang dan dilaksanakan bagi
menjayakan Tahun Melawat Malaysia,agar negara dapat mengecapi
segala kesan positif kegiatan pelancongan demi pembangunan negara.

Disediakan oleh;

Basirah wahida Chik Hashim,

Tingkatan 6BS1.

You might also like