You are on page 1of 4

http://cikgurazak.blogspot.

com/search/label/NOTA%20SEJARAH%20TINGKATAN%203

KARANGAN TEMPAT BERSEJARAH

Malaysia merupakan sebuah negara yang kaya dengan unsur-unsur sejarah.Setiap negeri mempunyai
tempat bersejarah yang menarik perhatian pelancong dari dalam dan luar negeri.

         Melaka dikenali sebagai Bandaraya Bersejarah di Malaysia.Melaka pada suatu dahulu ialah
sebuah pelabuan yang maju dan moden.Melaka mempunyai banyak tinggalan sejarah seperti
bangunan A Famosa,Makam Hang Li Po,Makam Hang Jebat,Muzium Negeri dan Kota Melaka.

         Melawat tempat-tempat bersejarah memberi satu pengalaman yang berharga kepada kita.Jika
kita melawat Memorial Tunku Abdul Rahman dan Tun Abdul Razak di Kuala Lumpur misalnya,kita
dapat mengenali dengan lebih dekat bekas Perdana Menteri Malaysia itu.Kita akan dapat mengagumi
kesungguhan mereka dengan membangunkan negara dan diteruskan oleh pemimpin-pemimpin
kemudiannya.

         Tempat-tempat bersejarah juga memberikan pengajaran kepada kita.Cerita-cerita klasik seperti
Hang Tuah dan Hang Jebat di Melaka,Panglima Hitam di Johor dan Mahsuri di Kedah memberi
kesedaran kepada kita bahawa sikap tabah boleh membawa kemenangan manakala sikap buruk pasti
menerima balasan.Watak-watak dalam cerita ini bukanlah rekaan sebaliknya wujud satu masa dahulu.

         Rasa kecintaan kepada negara semakin kuat jika kita mengetahui sejarah negara kita.Selain
daripada membaca buku ataupun menonton di kaca televisyen,kita sewajarnya mendalami sejarah
dengan melawat tempat berlakunya sesuatu peristiwa.Aktiviti ini lebih berfaedah berbanding aktiviti
bersiar-siar di pasar raya dan sebagainya.

KEPENTINGAN MEMULIHARA BANGUNAN BERSEJARAH

Pembangunan di negara kita semakin hari semakin maju dan pesat seiring dengan nama Malaysia
yang kini lebih dikenali sebagai negara yang sedang membangun. Banyak kilang perindustrian, pusat
beli-belah dan rumah dibina yang menggunakan ruang yang luas sehingga memakan tanah yang
berhektar-hektar. Antara isu yang hangat yang telah dibincangkan di kedai kopi sehingga sidang di
Dewan Parlimen mutakhir ini ialah isu meruntuhkan bangunan bersejarah tetapi perbincangan itu
telah membuat keputusan muktamad untuk tidak meruntuhkan bangunan tersebut. Walau
bagaimanapun, terdapat juga negara-negara yang telah merobohkan bangunan bersejarah seperti di
Surabaya, Jakarta. Mengapakah ada kejadian seperti ini berlaku? Adakah perlu bangunan tersebut
diruntuhkan? Tepuk dada tanyalah selera. Sebenarnya, terdapat pelbagai kepentingannya kita perlu
mengekalkan bangunan bersejarah yang terdapat di negara kita.

Satu daripada kepentingan bangunan bersejarah perlu dikekalkan ialah bangunan bersejarah atau
monumen dapat dijadikan sebagai bukti yang kukuh kepada sesuatu era atau peristiwa sejarah
yang telah berlaku. Monumen, mengikut Kamus Dewan Bahasa Edisi Keempat bermaksud
bangunan yang dibina untuk memperingati seseorang atau peristiwa penting. Walaupun Malaysia
telah mencapai kemerdekaan selama 50 tahun, kesan yang ditinggalkan oleh penjajah kolonial seperti
British, Belanda dan Portugis masih dapat dilihat dan perlu dijaga dan bukanlah untuk dimusnahkan.
Di samping itu, bangunan bersejarah amat penting untuk generasi kini dan juga generasi yang akan
datang kerana dengan kewujudan bangunan bersejarah, kita dapat membuktikan bahawa sejarah
Malaysia yang telah dibukukan oleh penulis-penulis yang terkenal merupakan sesuatu yang realistik
dan bukanlah cerita-cerita dongeng, mitos atau lagenda. Sebagai contohnya, zaman kegemilangan
bandar pelabuhan Melaka pada abad ke-15 dan abad ke-16 dapat dirasai dengan wujudnya Pintu
Gerbang Porta de Santiago, Gereja Christ, Bangunan Stadhuys dan Gereja St.Paul. Selain itu, Kota
Cornwallis, Masjid Kling, Gereja St.George di Georgetown, Pulau Pinang dapat mengimbas kembali
detik-detik sejarah negara yang pernah suatu masa dahulu dijajah dan juga dapat membuktikan
berlakunya penjajahan awal pemerintahan British di Semenanjung Tanah Melayu pada akhir abad ke-
18. Tegasnya, usaha meruntuhkan bangunan bersejarah dan monuman negara tidak wajar
dilaksanakan.

Pendapat sesetengah pihak yang mengatakan bahawa bangunan bersejarah perlu diruntuhkan adalah
tidak berasas kerana bangunan bersejarah dan monumen lama dapat memberikan teladan dan
iktibar kepada masyarakat terutamanya remaja kini yang mempunyai semangat patriotisme yang
semakin menipis. Walaupun ada antara bangunan bersejarah yang hanya menggambarkan sejarah
hitam negara namun jika kita menghayati sejarah di sebalik bangunan tersebut semula serta
mengambil pengajaran daripada peristiwa yang telah berlaku, maka kita dapat terus mara ke hadapan
tanpa mengulangi kesilapan yang telah dilakukan oleh masyarakat terdahulu. Sebagai contohnya,
Kota A Famosa di Melaka yang merupakan sebuah kubu pertahanan yang kukuh telah dibina oleh
Portugis setelah mereka berjaya menakluki Melaka dapat dijadikan iktibar. Penaklukan ini terjadi
kerana terdapatnya masalah perpaduan, kelemahan kepemimpinan dan juga kelemahan tentera yang
mengawal Melaka. Negara kita juga mampu menjadi negara yang setaraf dengan negara-negara maju
yang lain sekiranya kita tidak mengambil mudah dan mengambil iktibar daripada sejarah negara.
Oleh itu, bangunan bersejarah di negara kita sememangnya tidak perlu diruntuhkan kerana yang baik
dijadikan teladan, yang buruk dijadikan sempadan.

Bukan itu sahaja, dari sudut pelancongan pula, bangunan bersejarah dan monumen dapat menarik
pelancong baik pelancong tempatan mahupun pelancong dari luar negara untuk melawat ke negara
kita. Bangunan ini juga menjadi salah satu faktor dominan pelancong bercuti di negara kita selain
menyaksikan Menara Berkembar Petronas. Oleh itu, bangunan bersejarah tidak perlu diruntuhkan
sebaliknya dipulihara dan diubah suai. Sebagai contohnya, bangunan lama hendaklah diubah suai
untuk dijadikan muzium, galeri seni lukis dan pusat pelancongan. Fenomena ini sudah menjadi suatu
perkara biasa di beberapa buah negara Eropah seperti di England, Perancis, Itali, dan Belanda.
Bandar-bandar bersejarah seperti York, Bath, Oxford, dan Cambridge di England telah berjaya
melindungi sebahagian besar daripada bangunan bersejarah mereka dengan baik. Usaha seperti ini
dapat menarik lebih ramai pelancong dari seluruh dunia dan dapat menjadi sumber pendapatan
negara. Di samping itu, pelancong juga dapat melawat bangunan bersejarah dan melihat monumen-
monumen yang terdapat di sekitar bangunan selain menikmati keindahan alam semula jadi negara
kita dan artifak-artifak di dalam muzium dan galeri seni lukis. Oleh itu, bangunan dan monumen ini
secara tidak langsung dapat membantu industri pelancongan negara.

Di samping itu, bangunan dan monumen lama juga memainkan peranan yang penting dalam
pendidikan di negara kita khususnya para pelajar dan penyelidik. Pelbagai ilmu yang dapat dipelajari
dengan memahami dan mengkaji bangunan dan monumen lama. Sebagai contohnya, dengan
terdapatnya bangunan dan pancutan air Horse di sekitar Dataran Merdeka dan Masjid Jamek di
pertemuan Sungai Gombak dan Klang di Kuala Lumpur, seseorang dapat mengetahui bukan sahaja
kepentingan Kuala Lumpur dalam era kolonial British tetapi juga kehidupan dan kebudayaan
masyarakat penjajah dan tempatan pada ketika itu. Bangunan Kelab Di Raja Selangor dan Dataran
Merdeka telah dibina bagi kemudahan sosial dan rekreasi khasnya kepada rakyat British dan Eropah
yang berkhidmat di Tanah Melayu pada akhir abad ke-19. Begitu juga halnya dengan kepentingan
pancutan air Horse yang telah dibina di persimpangan Jalan Raja dan Jalan Raja Laut pada tahun
1897. Pancutan air Horse dibina sebagai memperingati seorang inspektor polis negeri Selangor, iaitu
Encik Steve Harper. Pemuliharaan dan penghayatan kemaslahatan bangunan bersejarah persis
peribahasa, yakni “tak kenal maka tak cinta”. Oleh itu, bangunan bersejarah dan monumen
sememangnya mempunyai nilai yang tersendiri.

Secara tuntas, bangunan bersejarah amat penting dalam pembentukan minda generasi muda negara
terutamanya ke arah penghayatan warisan dan khazanah negara. Bangunan dan monumen yang
bersejarah merupakan aset yang patut dipelihara dan diwarisi dari satu generasi ke satu generasi.
Dengan terdapatnya bangunan bersejarah, generasi baharu akan lebih menghargai dan peka akan
perkembangan sejarah negara. Hal ini akan membentuk sebuah masyarakat yang sensitif terhadap
sebarang perobohan atau pemusnahan bangunan bersejarah. Sesungguhnya, pihak kerajaan pula
perlulah mewartakan bangunan bersejarah sebagai bangunan yang perlu dikekalkan. Oleh hal yang
demikian, mana-mana pihak yang merobohkan atau memusnahkan bangunan bersejarah, mereka
perlulah dikenakan tindakan undang-undang.

Di Eropah sebagai contohnya, bangunan bersejarah telah dipulihara dengan sebaik mungkin
kerana keperihatinan dan kepekaan masyarakat di sana terhadap kepentingan pemuliharaan
bangunan bersejarah. Selain daripada menjadi ikon dan mercu tanda sesebuah bandar atau
negara, bangunan bersejarah ini telah berupaya untuk menarik kehadiran jutaan pelancong
untuk melawatnya dan memberikan pulangan ekonomi yang baik kepada sesebuah negara.
Boleh dikatakan bahawa hampir sebahagian besar daripada bangunan bersejarah yang terdapat
di kebanyakan negara berkenaan telah dipulihara dengan baik dan bebas dari sebarang
masalah kerosakan bangunan yang serius.

i. Bangunan bersejarah mempunyai nilai nostalgia, seni bina, estetik, simbolik, sejarah,
dokumentari, arkeologi, ekonomik, sosial dan juga politik serta rohani.
ii. Bangunan bersejarah berupaya memberi imej dan identiti pada rupa bentuk bandar dan
budaya setempat.
iii. Lokasi dan kawasan persekitaran bangunan bersejarah berupaya untuk menarik minat
para pelancong seterusnya menyumbang kepada pembangunan industri pelancongan.
iv. Bangunan bersejarah sedikit sebanyak akan mengingatkan kita kepada sejarah
penjajahan masa lampau seterusnya memberi iktibar kepada generasi akan datang tentang
sejarah silam tanahair serta meningkatkan semangat patriotisma.

[Ayat Rangsangan] Tidak dapat dinafikan, warisan negara yang telah diabaikan dewasa ini ialah
bangunan bersejarah yang banyak terdapat di seantero negara. [Ayat Hurain] Jika ditinjau secara
umum, kebanyakan bangunan bersejarah yang dipulihara akan disuaigunakan semula sebagai
muzium, pejabat, tempat kediaman, premis perniagaan, dan kegunaan awam. [Ayat
Huraian]Sejak UNESCO mengiktirafkan bandar Melaka dan Geogetown sebagai bandar warisan
bersejarah, baru timbullah kesedaran tentang kepentingan bangunan-bangunan bersejarah. [Ayat
Arahan] Persoalannya, apakah kepentingan pemuliharaan bangunan-bangunan bersejarah dalam
konteks Malaysia?

[Ayat Judul]Bangunan-bangunan bersejarah memang mempunyai nilai sejarah yang tidak ternilai.
[Ayat Huraian]Melalui darmawisata ke tempat-tempat bersejarah, generasi muda dapat menghayati
fakta-fakta sejarah yang dipelajari dalam buku teks Sejarah. [Ayat Contoh]Misalnya, pembinaan
kota A Famosa (bermaksud “Yang Termasyhur” dalam bahasa Portugis) atas arahan Alfonso de
Albuquerque boleh dikatakan menjadi lambang penentangan penduduk Melaka terhadap penjajah.
[Ayat Penyimpul] Dengan erti kata lain, fakta-fakta sejarah ini dapat memupuk nilai patriotisme
dalam kalangan generasi muda kita.

[Ayat Judul]Selain nilai sejarah, bangunan-bangunan bersejarah memaparkan seni bina awal yang
begitu unik. [Ayat Huraian]Selain rumah kediaman, seni bina Melayu turut dizahirkan ke atas
binaan-binaan lain seperti masjid, istana raja-raja, rumah wakaf, dan seni bina makam atau pusara.
[Ayat Contoh]Ciri-ciri seni bina tradisional Melayu dapat dilihat pada bangunan-bangunan lama
yang masih kekal ibarat tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas seperti Istana Kenangan di Perak,
Istana Balai Besar di Kelantan, Masjid Tengkera di Melaka, dan sebagainya. [Ayat Penyimpul]
Pendek kata, seni bina Melayu yang indah ini bukan sahaja unik malahan memberikan nilai estetika
yang begitu tinggi dan seharusnya dipelihara untuk pengekalan atau pelestarian identiti bangsa.
[Ayat Judul]Tidak ketinggalan juga, bangunan bersejarah dapat menyumbang kepada kerancakan
industri pelancongan negara kita. [Ayat Huraian]Hal ini demikian kerana bangunan-bangunan
bersejarah yang mempunyai nilai sejarah dan seni bina yang unik dapat menjadi tarikan pelancong.
[Ayat Contoh]Tamsilnya, para pelancong yang berpendidikan akan terpesona oleh zaman
kegemilangan bandar pelabuhan Melaka pada abad ke-15 dan ke-16 apabila melihat Pintu Gerbang
Porta de Santiago, Gereja Christ, Bangunan Stadhuys dan Gereja St. Paul. [Ayat Penyimpul]Pendek
kata, bangunan dan monumen ini secara tidak langsung dapat membantu industri pelancongan negara.

[Ayat Kesimpulan]Secara tuntas, pemuliharaan dan pelestarian bangunan bersejarah amat penting
dalam penghayatan warisan dan khazanah negara. [Ayat Cadangan]Bangunan dan monumen yang
bersejarah merupakan aset yang patut dipelihara dan diwarisi dari satu generasi ke satu generasi.
[Ayat Penilaian]Dengan terdapatnya bangunan bersejarah, generasi baharu akan lebih menghargai
dan peka akan perkembangan sejarah negara. [Ayat Penilaian]Akhir kata, adalah tidak rasional jika
bangunan-bangunan bersejarah ‘dikorbankan’ demi memberikan laluan kepada pembangunan negara.
Hidup warisan Malaysia, hidup bangsa Malaysia!

Pengenalan

Negara kita banyak tempat yang bersejarah. Melalui peninggalan sejarah, kita dapat mengetahui
keagungan dan kedaulatan sesuatu bangsa dan negara. 

Isi-isi
i. Mengekalkan nilai-nilai tradisi dan keagungan tamadun yang lampau.
  - membolehkan generasi muda mengenal, melihat dan menghayati keagungan
sesuatu tamadun yang lampau.
ii. Kepentingan dari segi pelancongan.
  - menjadi salah satu destinasi pelancongan.

iii. Kepentingan dari segi pendidikan.


  - memupuk minat pelajar untuk mempelajari sejarah

  - menjadi salah satu tempat kajian tempatan sejarah

iv Kepentingan dari segi arkeologi dan seni bina.


.
  - membolehkan ahli arkeologi mengkaji warisan seni bina sesuatu bangsa

Penutup

Bangunan bersejarah patutlah dipelihara dan dipulih agar warisan bangsa tidak lenyap begitu
sahaja.

You might also like