You are on page 1of 2

KONSEP PBS DALAM KSSR

Sekolah dilihat sebagai institusi yang tidak hanya berperanan menyediakan murid untuk peperiksaan
semata-mata tetapi lebih berperanan untuk mendidik dan membimbing murid untuk menguasai
ilmu dan kemahiran ke arah pembangunan dan pembentukan modal insan yang holistik.

MAKLUMAT UMUM PELAKSANAAN PBS

Pentaksiran merujuk kepada standard dilaksanakan mulai 3 Januari 2011 kepada semua murid tahun
satu. Penilaian dan Pentaksiran yang dibuat merujuk kepada KSSR tahun 1 bagi semua mata
pelajaran KSSR. PBS sedia ada bagi murid tahun 2-6 untuk ULBS, SBOA, PEKA, PAFA masih berjalan
seperti biasa.

Pelaksanaan pentaksiran merujuk standard merupakan satu bentuk perubahan daripada sistem
penilaian yang sebelum ini yang terlalu berpusatkan peperiksaan kepada yang berfokuskan
pentaksiran yang lebih holistik.

5 kaedah pentaksiran :-

a. Pentaksiran Pusat, (LPM) – PAFA, PEKA, ULBS, SBOA


b. Peperiksaan Pusat, (LPM) - UPSR
c. Pentaksiran Psikometrik. (LPM) UJIAN APTITUD
d. Pentaksiran Berasaskan Sekolah, (SK)
e. Pentaksiran Aktiviti Jasmani dan Kokurikulum (LPM)

Bentuk pelaporan

Secara langsung bentuk pelaporan adalah secara holistik yang memfokuskan kepada Potensi,
Pencapaian, Sahsiah, Sosial dan aktiviti Kebudayaan.

2 JENIS PENTAKSIRAN

A. PENTAKSIRAN FORMATIF
Pentaksiran semasa dan sepanjang proses Pengajaran dan Pembelajaran menggunakan
kaedah, alat, teknik dan sumber yang ada dalam mengelola, merekod, menterjemah dan
melaporkan maklumat dengan merujuk kepada standard prestasi yang telah ditetapkan
oleh sekolah.
Hasil Pentaksiran formatif ialah maklum balas (feedback). Rekod pencapaian dan refleksi
pencapaian murid dimasukkan ke dalam portfolio perkembangan untuk rujukan guru, murid,
ibu bapa dan penyelaras.

B. PENTAKSIRAN SUMATIF
Membuat penilaian bertulis tentang prestasi, pencapaian dan keperluan murid untuk
meneruskan pembelajaran. Sebagai contoh, ujian bulan, peperiksaan pertengahan
tahundan peperiksaan akhir tahun.
Pentaksiran sumatif dilaporkan dalam bentuk kualitatif deskriptif dan/atau kuantitatif.
TRANSFORMASI DALAM SISTEM PENTAKSIRAN PENDIDIKAN KEBANGSAAN (SPPK)

PASSAK, PADI, 5 SERANGKAI, STANDARD PRESTASI

PASSAK – APAKAH PELAPORAN YANG PERLU DIBUAT TERHADAP MURID?

P- POTENSI
A-AKADEMIK
S-SOSIAL
S-SAHSIAH
K-KEBUDAYAAN

PADI – APAKAH PERKARA YANG DITAKSIRKAN TERHADAP MURID?

P-PROFIL
A-ACHIEVEMENT (PENCAPAIAN)
D-DEVELOPMENT (PERKEMBANGAN)
I-INVOLVEMENT (PENGLIBATAN)

5 SERANGKAI – APAKAH KAEDAH YANG DIGUNAKAN UNTUK PENTAKSIRAN TERHADAP MURID?

PENTAKSIRAN PUSAT - LPM


PEPERIKSAAN PUSAT - LPM
PENTAKSIRAN PSIKOMETRIK - LPM
PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH - SK
PENTAKSIRAN AKTIVITI JASMANI DAN KOKURIKULUM – LPM

STANDARD PRESTASI
Pentaksiran dilakukan secara profesional dan adil dengan merujuk kepada SATU SET PERNYATAAN
TAHAP KEUPAYAAN yang boleh dicapai oleh murid. Pernyataan penguasaan murid adalah
berdasarkan BAND. Standard Prestasi setiap mata pelajaran dibina oleh guru.

CONTOH BAND:

BAND 6-TAHU, FAHAM, BOLEH BUAT BERADAB DENGAN MITHALI

BAND 5- TAHU, FAHAM, BOLEH BUAT BERADAB DENGAN TERPUJI

BAND 4- TAHU, FAHAM, BOLEH BUAT DENGAN BERADAB

BAND 3- TAHU, FAHAM DAN BOLEH BUAT

BAND 2- TAHU DAN FAHAM

BAND 1- TAHU

You might also like