You are on page 1of 22

Ibnu Sina

BIODATA IBNU SINA


1. Nama sebenar beliau ialah Al-Hussain bin Abdullah bin Al-hasan bin Ali bin sina.
2. Beliau dikenali sebagai Ibnu Sina di timur dan Avicenna di barat.
3. Beliau dilahirkan pata tahun 370 Hijrah bersamaan dengan tahun 980 Masihi di
Afsyanah,Bukhara,Turkistan.
4. Beliau berasal daripada keturunan Turki.
5. Bapanya ialah pengusaha Kharmathain , Bukhara.
6. Selepas bapanya meninggal pada tahun 390 hijrah bersamaan dengan tahun 1000 masihi,
Ibnu Sina berpindah ke Khawarizm,Jurjan, Rai dan Hamazan.
7. Beliau pernah bertugas sebagai pakar perubatan di wilayah Rai dan penasihat agung Amir
Ala Al-Daulah di Asfahan.
8. Beliau meninggal dunia pada tahun 428 Hijrah bersamaan dengan tahun 1037 Masihi di
Hamazan.

KEPERIBADIAN IBNU SINA


1. Ibnu Sina merupakan seorang yang tekun dalam mempelajari ilmu. Beliau pernah
membaca buku metafizik karangan Aristotle sebanyak 40 kali.
2. Ibnu Sina seorang yang taat beragama.Beliau sering berdoa kepada Allah SWT terutama
apabila beliau menghadapi kebuntuan untuk menyelesaikan masalah. Beliau sering pergi ke
masjid untuk memohon petunjuk daripada Allah SWT.
3. Seorang yang pintar. Beliau berjaya menguasai pelbagai ilmu naqliah (ilmu agama) ketika
berusia lapan belas tahun.
4. Seorang yang berinovatif. Ibnu Sina banyak melakukan penyelidikan dan menghasilkan
karya dalam pelbagai ilmu terutama dalam bidang perubatan.

PENDIDIKAN IBNU SINA


1. Ibnu sina mempelajari ilmu Al-Quran semenjak berusia lima tahun.
2. Beliau menghafaz Al-Quran ketika berumur sepuluh tahun.
3. Beliau mempelajari ilmu fikah dan tasawuf daripada Ismail Al- Zahid, ilmu hisab dan
prinsip-prinsip geometri daripada Muhammad Al-Masaah, ilmu falsafah daripada Abu
Abdillah Al- natili, serta ilmu sains dan ilmu astronomi daripada Al-Biruni.
4. Semasa berusia 16 tahun, beliau telah menguasai ilmu perubatan
5. Berkat kesungguhan yang tidak mengenal jemu, beliau muncul sebagai seorang pakar
perubatan yang terkemuka.
KETOKOHAN IBNU SINA DALAM BIDANG PERUBATAN
1. Kesarjanaan Ibnu Sina dalam bidang perubatan mendapat pengiktirafan dunia.
2. Beliau pernah diberi kepercayaan untuk merawat penguasa Bukhara, Nuh bin Mansur,
pengusaha Jurjan Al- Amir Syams Ma` ali Qabus bin Wasyamkir, pengusaha Asfahan Al-
Amir Ala Al- daulah.
3. Ibnu Sina menghasilkan banyak karya terutama dalam bidang perubatan. Contohnya Al-
Qanum Fit Tib, Al-Adawiah Al-Qalbiah, dan Al-Alfiah Al- Tibbiah.
4. Karya-karya tersebut telah diterjemahkan ke dalam pelbagai bahasa termasuk bahasa latin,
Hebrew dan Inggeris.
5. Ibnu Sina berjaya melakukan beberapa pencapaian dalam bidang perubatan iaitu:
Penemuan penyakit baru serta puncanya
- Pengaruh kuman dalam penyakit.
- Jangkitan virus seperti tibi dan sebagainya.
- Penyakit seperti rubella, alahan(allergy), cacar
(smallpox), penyakit jiwa dan seumpamanya
Penemuan dalam bidang farmasi
- Menghasilkan ubat dan preskripsi yang mujarab untuk
pelbagai jenis penyakit.
- Ubat bius.

Membantu teknologi perubatan


- Mencipta benang khusus untuk menjahit luka
pembedahan.
- Mencipta picagari dan lain-lain.
6. Terdapat banyak lagi penemuan dan teori perubatan yang dikemukakan oleh Ibnu Sina
dalam karya-karyanya. Karya – karya tersebut diiktiraf sebagai rujukan penting.
KESAN PENINGGALAN IBNU SINA DALAM BIDANG ILMU PERUBATAN
1. Penyelidikan dan penulisan Ibnu Sina berjaya menggilap kembali bidang perubatan yang
kian malap pada masa itu.
2. Beliau melakukan metode pemerhatian (observation) dan analisis. Berdasarkan metode ini,
ilmu perubatan berkembang maju hingga ke hari ini.
3. Beliau juga banyak membuat analisis tentang pelbagai penyakit dan menyenaraikan lebih
kurang 760 jenis penyakit. Serta kaedah merawatnya.
4. Penyelidikan dan penulisan Ibnu Sina banyak mempengaruhi perkembangan ilmu
perubatan moden.
5. Pada zaman ini, hasil perkembangan sains dan teknologi telah muncul kaedah- kaedah
perubatan baru menggunakan peralatan –peralatan canggih. Conthnya organ dalam badan
manusia boleh dilihat hanya menggunakan x-ray atau ultra sound. Oleh itu suatu penyakit
atau kecederaan dapat dikesan dan dirawat dengan lebih cepat dan berkesan.

SUMBANGAN IBNU SINA DALAM BIDANG ILMU DAN PEMIKIRAN


1. Ibnu Sina menghasilkan 116 karya dalam pelbagai bidang separti falsafah,mantic,
matematik, astronomi, kimia, fizik, biologi, dan sains politik.
2. Buku-buku tersebut telah dihimpun oleh Domonican Institute For Orental Studies di
kaherah, Mesir.
3. Kemudian pada tahun 1950 masihi ia telah diterjemahkan ke dalam bahasa arab dan
dinamakan sebagai Muallafat Ibni Sina ( Karya-karya Ibnu Sina)
4. Jasanya dihargai hingga ke hari ini. Sebuah universiti pendidikan di hungry telah
mengambil semperna nama beliau iaitu Avicenna College(kolej Ibnu Sina)

RUMUSAN
1. Ibnu Sina merupakan tokoh perubatan Islam yang terkenal dan banyak memberi
sumbangan dalam bidang perubatan.
2. Ibnu Sina banyak menghasilkan karya dalam bidang perubatan. Bukunya Al-Qanun Fit tib
menjadi rujukan utama di seluruh pusat pengajian tinggi di Barat.
3. Ibnu Sina merupakan orang yang pertama memperkenalkan cara pemerhatian dan analisis
dalam bidang perubatan.
Ibnu Sina juga terkenal sebagai seorang ahli falsafah dan menguasai pelbagai ilmu
pengetahuan yang lain.
Ibnu Khaldun

BIODATA IBNU KHALDUN


1. Nama sebenar beliau ialah Abdul Rahman bin Muhammad bin Muhammad.
2. Beliau lebih dikenali sebagai Ibnu Khaldun.
3. Beliau dilahirkan di Tunisia pada tahun 732 Hijrah bersamaan dengan tahun 1332 Masihi.
4. Keluargabya keturunan Arab dari Yaman yang berhijrah ke Andalus.
5. Bapa Ibnu Khaldun adalah seorang sarjana terkenal.
6. Sejak Tunisia dilanda wabak taun pada tahun 749 hijrah,Ibnu Khaldun berpindah ke
beberapa tempat iaitu Algeria, Fez, Granada, Bougie, dan Mesir.
7. Ibnu Khaldun meninggal dunia di kaherah, mesir pada tahun 808 hijrah bersamaan dengan
tahun 1406 Masihi ketika berusia 87 tahun.

KEPERIBADIAN IBNU KHALDUN


1. Ibnu Khaldun adalah seorang yang tekun dalam menuntut ilmu. Walaupun beliau sibuk
dengan tugas pentadbiran, namun tidak menghalangnya untuk menuntut ilmu. Beliau bijak
membahagi masa untuk masyarakat dan menuntut ilmu.
2. Beliau seorang yang berjiwa pemimpin. Beliau pernah menjawat jawatan penting seperti
ketua hakim di Mesir dan Perdana Menteri di Bougie. Semua jawatan ini diberikan kerana
kecekapannya dalam mentadbir serta keupayaannya mengemukakan idea-idea untuk
kemajuan negara.
3. Seorang yang kreatif. Pemikiran Ibnu Khaldun dalam kitab Al-Muqaddimah adalah hasil
daripada pengalaman dan kreativiti beliau untuk mengetengahkan sejarah sebagai bidang
ilmu yang tersendiri. Buku ini dijadikan bahan kajian oleh sarjana- sarjana timur dan barat
hingga ke hari ini.

PENDIDIKAN IBNU KHALDUN


1. Ibnu khaldun mempelajari asas agama dan bahasa arab daripasa Abdul Rahman bin
Muhammad (bapa beliau),Muhammad bin Al-Muhaimin Al-Hadrani, Muhammad bin saad
bin Barrral Al-Ansari,Muhammad bin Al-syawasyi Al-Zarzali, dan ramai lagi.
2. Ibnu Khaldun mempelajari ilmu- ilmu fardu kifayah seperti mantic,falsafah, sains dan
matematik daripada Muhammad bin Ibrahim Al-Abili.

3. Semasa di Fez, Ibnu Khaldun mendapat pendidikan tinggi daripada beberapa orang guru
yang terkenal seperti beberapa orang guru terkenal seperti Ahmad bin Al-Qassar dan
Lisanuddin bin Al-khatib iaitu pengarang kitab Tarikh Gharnatah (sejarah Granada) dan
Muhammad bin Abdul Salam.

Ibnu Khaldun sebagai sejarawan


1. Ibnu Khaldun menganalisis sesuatu tamadun dari segi permulaan, faktor kegemilangan dan
kejatuhan.
2. Beliau memberi tafsiran sejarah berdasarkan psikologi, ekonomi,social, alam sekitar dan
geografi.
3. Ideanya yang menarikdalam kitab Al-Muqaddimah mendoron para pengkaji dan pemikir
untuk mengiktiraf beliau sebagai tokoh sarjan dan sejarawan yang mengatasi sejarawan
terkenal sebelumnya seperti Al Tabari dan Al-Mas`udi.

Ibnu Khaldun Sebagai Negarawan


1. Ibnu khaldun merupakan negarawan yang banyak berjasa untuk negara. Beliau
pernahmenyandang jawatan- jawatan penting seperti:
a) Setiausaha negara di istana Sultan Abu Ishaq bin
Abi Yahya dan Sultan Abu Annan.
b) anggota Majlis Ilmiah.
c) anggota Jabatan Setiausaha Sulit Sultan Abu Salim
bin abi Al-Hasan di Fez, Maghribi.
d) duta Granada
e) Perdana Memteri (hajib) bougie
f) Ketua Hakim (Qadi Al-Qudhah) Mesir.
2. Jawatan-jawatan penting tersebut telah memberi peluang kepada Ibnu Khaldun untuk
Berkhidmat kepada Negara dengan berkesan.

Ibnu Khaldun sebagai Budayawan


1. Ibnu Khaldun merupakan penggiat budaya dan kesusasteraan Arab.
2. Pengajian kesusteraannya dengan Syeikh Muhammad Bahr di Tunisia dimanfaatkan untuk
menajamkan kemahirannya dalam syair.
3. Beliau banyak menghasilkan syair semenjak kanak-kanak lagi. Kemahiran beliau dalam
bidng ini jelas kelihatan dalam kitab Al-Muqaddimah ketika beliau membahaskan tentang
syair Arab.
SUMBANGAN IBNU KHALDUN DALAM BIDANG ILMU DAN PEMIKIRAN ISLAM
1. Ibnu khaldun banyak meninggalkan sumbangan yang bernilai kepada tamadun manusia.
2. Ibnu khaldun berjaya menganalisis sejarah dari aspek kemasyarakatan,ekonomi,politik dan
pendidikan dalam karyanya.
3. Beliau telah ,memberi panduan terbaik kepada manusia tentang asas pembinaan sesebuah
tamadun. Beliau berpendapat bahawa sesebuah tamadun tertegak di atas hasil kombinasi
diantara keunggulan rohani dengan jasmani.
4. Ibnu Khaldun merupakan pelopor kepada pemikiran-pemikiran moden khususnya dalam
bidang sejarah, politik, ekonomi, sosiologi,dan pendidikan.
5. Kejayaan Ibnu Khaldun itu mendorang para saujana mengiktiraf karya beliau sebagai
bahan kajian dan rujukan dalam bidang-bidang tersebut.
6. Sanjungan terhadap beliau hingga ke hari ini.pemikiran beliau sering dijadikan wacana,
tema-tema seminar,bengkal dan persidangan ilmiah, serta judul-judul buku dan tesis di
peringkat pengajian tinggi.
7. Sebuah anugerah ilmiah yang berpestij dinamakan semperna nama beliau iaitu Ibnu
Khaldun Chair Of Islamic Studies di Universiti Amerika.
8. Nama Ibnu Khaldun diabadikan dalam sebuah universiti terkemuka di Jakarta Indonesia
iaitu Universiti Ibnu Khaldun

KARYA AGUNG IBNU KHALDUN


1. Penglibatan Ibnu Khaldun selama 20 tahun dalam bidang pentadbiran memetangkan
pemikiran dan pengalaman beliau.
2. Hasil kombinasi pengalaman, ilmu pengetahuan, dan kreativiti, beliau menghasilkan karya-
karya yang bermutu seperti:
a) Al-Ibar Wa DiwanAl-Mubtada Wal Khabar Fi Ayamil Arab Wal Ajam Wal Babrar Wa
Man Asarahum Min Zawi Al-Sultan Al-Akbar yang lebih dikenali sebagai Muqaddimah Ibnu
Khaldun.
b) Al-Takrif Bi Ibni KhaldunWa Rihlatuhu Gharban Wa Syargan.
3. Muqaddimah Ibnu Khaldun lebih berkualiti dan berpengaruh kepada pemikiran manusia.
4. Beliau berjaya memurnikan ilmu sejarah dengan menjadikan rasional sebagai kayu ukur
fakta sejarah tanpa fanatik kepada sesuatu laporan yang tidak terbukti kebenarannya.
5. Beliau menggariskan empat perkara yang perlu dilakukan oleh sejarawan dalam penelitian
dan analisis laporan sejarah, iaitu
(a) mambandingkan antara peristiwa-peristiwa dangan berdasarkan kaedah sebab dan
munasabah.
(b) mengkaji peristiwa-peristiwa lalu untuk dijadikan ikhtibar kepada peristiwa-peristiwa
yang sedang berlaku,
(c) mengambil kira pengaruh iklim dan alam sekitar terhadap apa yang berlaku.
(d)Mengambil kira kedudukan ekonomi dan budaya terhadap peristiwa yang berlaku

RUMUSAN
1. Ibnu Khaldun merupakan tokoh falsafah yang terkenal, beliau juga menguasai pelbagai
ilmu pengetahuan.
2. Ibnu Khaldun telah melakukan perubahan dalam bidang ilmu seperti ilmu sejarah dan
persejarahan, sosiologi, politik dan psikologi pendidikan.
3. Ibnu Khaldun berjaya mentafsirkan sejarah dari pelbagai aspek seperti agama, politik,
ekonomi dan social.
4. Ibnu Khaldun dianggap sebagai pelopor kepada pemikiran-pemikiran moden terutama
dalam bidang sejarah, politik, ekonomi, sosialogi dan pendidikan.
5. Setiap pelajar hendaklah yakin dengan kebolehan diri dan berdikari untuk mencapai
matlamat hidup.

Sayyid Jamaludin

Biodata Sayyid Jamaluddin Al- Afghani


1. Nama beliau ialah Sayyid Jamaluddin Bin Safdar Al- Afghani.
2. Beliau dilahirkan pada tahun 1254 Hijrah bersamaan dengan tahun 1838 Masihi di
perkampungan Asad-Asad, Kabul, Afghanistan.
3. Beliau digelar sebagai Sayyid kerana salasilah keturunannya bersambung dengan Saidina
Ali Karramallahu Wajhah dan Rasulullah S.A.W.
4. Keturunan beliau juga bersambung dengan Imam Al-Tirmizi iaitu seorang ulama hadis
yang terkenal.
5. Sayyid Jamaluddin Al-Afghani banyak merantau untuk menyampaikan Idea-Idea Islah.
Tempat-tempat yang beliau pernah kunjungi ialah Makkah, India, Mesir, Istanbul, Iran,
Russia, Baghdad, Paris, dan London.
6. Pengaruhnya yang besar terhadap umat islam menyababkan beliau sering diburu oleh
pihak Perancis, Inggeris, dan kuncu –kuncu mereka.
7. Sayyid Jamaluddin Al-Afghani pernah dilantik sebagai anggota Majlis Al-Ma’arif
(Kementerian Pendidikan) di Istanbul, Turki.
8. Beliau meninggal dunia pada 5 Syawal 1314 Hijrah bersaman dengan 9 Mac 1897 Masihi
ketika berusia 60 tahun.
9. Idea-idea yang dibawa oleh beliau diteruskan oleh muridnya iaitu Syeikh Muhammad
Abduh.

Keperibadian Sayyid Jamaluddin Al-Afghani


1. Berani memperjuangkan kebenaran. Sayyid Jamaluddin Al- Afghani sangat berani
memperjuangkan kebenaran. Beliau petah berpidato untuk menaikkan semangat umat islam
supaya bersatu menentang penjajah. Oleh itu, beliau pernah diusir ke India, Turki, dan
Mesir.
2. Suka merantau. Sayyid Jamaluddin Al- Afghani suka mengembara untuk mengkaji
kedudukan umat islam serta menyebarkan idea islah yang banyak memepengaruhi
perkembangan islam khususnya di timur.
3. Seorang yang tekun. Dengan ketekunannya itu membolehkan dia menguasai pelbagai
ilmu dan bahasa.
4. Mencintai ilmu pengtahuan. Sayyid Jamaluddin Al- Afghani sangat meminati ilmu
pengtahuan menyebabkan beliau merantau ke beberapa buah negara untuk mempelajari
pelbagai jenis ilmu.
5. Mempunyai akal fikiran yang cerdas, tajam, dan berpandangan jauh.

Pendidikan Sayyid Jamaluddin Al-Afghani


1. Sayyid Jamaluddin Al-Afghani menghafaz Al-Quran keika berumur 12 tahun.
2. Semasa berusia 18 tahun, beliau dapat menguasai pelbagai ilmu pengatahuan seperti Al-
Quran, hadis, fikah, ilmu kalam, tasawuf, nahu, saraf, balaghah, manik, falsafah, matematik,
astronomi, perubatan dan anatomi.
3. Beliau bermusafir ke India untuk mendalami ilmu sains dan matematik moden.
4. Sayyid Jamaluddin Al-Afghani menguasai beberapa bahasa dunia. Contohnya bahasa
Afghanistan(Pishto), Parsi, Arab, Turki, Urdu, perancis, Inggeris dan Russia.

Sumbangan Sayyid Jamaluddin Al-Afghani dalam bidang ilmu dan pemikiran


1. Sayyid Jamaluddin Al-Afghani merupakan penggerak utama dalam perjuangan
menentang penjajah.
2. Beliau merantau ka beberapa buah negaraiasal untuk menyatukan umat islam serta
mengembalikan keyakinan mereka supaya mengusir panjajah dari tanah air mereka.
3. Pidatonya yang bernas dan bersemangat dapat menyuntik semangat umat Islam. Sebagai
contoh, beliau cuba mengembalikan keyakinan umat Islam di India terhadap kemampuan
mereka menentang penjajah. Antara teks pidato beliau ialah :
“Seandainya jumlah kamu yang beratus-ratus juta ini ditakdirkan
menjadi lalat dan nyamuk sekalipun nescaya kamu akan dapat
memekakan telinga-telinga orang inggaris dengan suara kamu.
Seandainya kamu ditakdirkan menjadi labi-labi atau penyu
sekalipun, lalu kamu berenang ke tanah inggeris, bilangan kamu
yang seramai ini akan dapat mengepung dan menenggelamka
tanah inggeris, kamu akan pulang ke India dalam keadaan”
“merdeka”
4. Sayyid Jamaluddin Al-Afghani menghasilkan beberapa karya yang berbentuk ilmiah
seperti:
A. Al-A’mal Al-Kamilah
B. Al-Rad Ala Al-Dahriyyin
C. Al-Khatirat;
D. Tamimmah Al-Bayan Fi Tarikh Afghan;
E. e) Al-Takayyufat Ala Syarh Al-Dawani Lil Aqaid Al’Adudiyyah.
5. Beliau juga mengasaskan beberapa akhbar seperti:
A. akhbar Al- Urwatul wusqa di Perancis;
B. akhbar Misr di Mesir;
C. akhbar Al-Tijarah di Mesir;
D. akhbar Al-Khafiqin di London.
6. Beliau tidak menghasilkan kitab-kitab besar sebagaimana ulama-ulama lain tetapi idea
islah yang dibawanya memberi pengaruh yang besar dalam jiwa umat islam hingga ke hari
ini.
Idea islah Sayyid Jamaluddin Af-Afghani
1. Islah berasal dari kata kerja aslaha yang bermaksud pambaikan. Islah bermaksud
pembaikan atau perubahan terancang ke arah yang lebih baik.
2. Islah sangat penting kepada seseorang untuk memperoleh kejayaan dalam kehidupan.

Bentuk-bentuk islah yang dibawa oleh sayyid Jamaludin Al-Afghani


1. Idea islah beliau merupakan usaha untuk mengembalikan kecemerlangan umat islam
sebagaimana zaman khulafa Ar-Rasyidin.
2. Beliau membina perpaduan islam tanpa mengira bengsa edan budaya melalui gagasannya
iaitu Al-Jamiah Al-Islamiah.
3. Beliau mengkritik taklid Al-A’ma ( mangikut sesuatu secara membuta tuli) tanpa
berlandaskan Al-Quran dan Al-Sunnah.
4. Beliau menyeru umat islam supaya kembali kepada ajaran islam yang tulen serta sesuai
dilaksanakan sepanjang masa dan semua tempat.
5. Beliau cuba menyedarkan umat islam tentang keburukan fanatik kepada sesuatu mazhab
hingga memecahbelahkan kesatuan umat islam.
6. Beliau berpandangan bahawa umat islam mesti menumpukan perhatian kepada usaha-
usaha untuk memerdekakan tanah air dan pemikiran mereka daripada penjajah.

Kesan-kesan islah yang dibawa oleh Sayyid Jamaluddin Al-Afghani


1. Idea islah Sayyid jamaluddin Al-Afghani disambung oleh Syeikh Muhammad Abduh dan
Muhammad Rasyid Redha.
2. Gerakan islah dari asia barat ini lebih besar pengaruhnya berbanding gerakan islah dari
India yang dipelopori oleh Syah Waliyyullah Al-Dahlawi.
3. Gerakan islah telah mendorong umat islam mengkaji semula fahaman dan amalan
masyarakat serta membetulkannya menurut taksiran Al-Quran dan Al-Sunnah.
4. Gerakan ini telah berjaya mengembalikan keyakina umat islamtentang kemuliaan dan
kekuatan yang ada pada mereka. Hasilnya timbul kesedaran di kalangan uamat islam untuk
berjuang membebaskan tanah air daripada penjajahan.

Keperluan individu kepada islah


1. Islah amat diperluakan dalam kehidupan umat islam untuk membangunkan diri dan
melaksanakan islam menurut ajarannya yang murni.
2. Islah dapat memberikan keyakinan kepada umat islam tentang kesesuaian islam untuk
melaksanakan pada setiap masa dan dalam semua keadaan.
3. Sebagai pelajar, kita mesti bersikap positif untuk melakukan islah untuk memperoleh
pencapaian akademik yang lebih baik.

RUMUSAN
1. Sayyid Jamaluddin Al-Afghani adalah seorang pejuang Islah yang gigih.
2. Sayyid Jamaluddin Al-Afghani cuba menyatukan umat Islam melalui gagasannya iaitu Al-
Jamiah Al-Islamiah.
3. Sayyid Jamaluddin Al-Afghani meniupkan semangat anti penjajah menerusi ceramah,
pidato dan penulisan.
4. Pemikiran Sayyid Jamaluddin Al-Afghani telah mempengaruhi para siswazah di Mesir dan
Makkah untuk melakukan pembaharuan di rantau ini.
5. Para pelajar hendaklah mencontohi corak perjuangan yang dilakukan oleh para pejuang
Islam silam.

Syeikh Muhammad Abduh

Biodata Syeikh Muhammad Abduh


1. Nama sebenar beliau ialah Muhammad bin Abduh bin Hasan Khairullah.
2. Dilahirkan dalam keluarga petani di Tanta Mesir pada tahun 1265 hijrah bersamaan
dengan tahun 1849 Masihi.
3. Pada tahun 1882, Syiekh Muhammad Abduh dibuang negeri kerana tertuduh terlibat
dengan pemberontakan Urabi.
4. Semasa menjalani hukuman tersebut beliau pergi ke Perancis.
5. Di Perancis beliau menerbitkan majalah Al-Urwatul Wusqa bersama gurunya Sayyid
Jamluddin Al-Afgani.
6. Antara jawatan yang pernah disandang oelh syiekh Muhammad Abduh ialah:
(a) guru di Masjid Al-Husaini di Mesir.
(b) Pensyarah di Darul Ulum Mesir.
(c) Guru di sekolah Al-Sultaniah, Beirut;
(d) Ketua editor akhbar Al-Waqai’ Al-Misriyyah di Mesir.
(e) Ketua Hakim Mahkamah RayuanMesir.
(f) Mufti Kerajaan Mesir.
7. Syeikh Muhammad Abduh Meninggal dunia Pada tahun 1314 Hijrah bersamaan dengan
tahun 1905 Masihi di Iskandariah, Mesir.

Keperibadian Syeikh Muhammad Abduh


1. Beliau memiliki sifat keperibadian yang tinggi. Beliau berani menyatakan idea-idea
islahnya walaupun terpaksa berhadapan dengan rintangan yang besar.
2. Beliau seorang yang tegas tetapi penyayang kepada anak-anak muridnya. Beliau
menubuhkan Al-Jamiah Al-Khairiah Al-Islamiah untuk membantu murid-muridnya yang
menghadapi msalah kewangan.
3. Belaiu merupakan seorang tokoh ulama berkatrampilan. Beliau diberi kepercayaan untuk
menyandang beberapa jawatan penting negara seperti hakim Mahkamah Rayuan Mesir, ahli
Majlis Perguruan Universiti Al-Azhar Mesir, dan Mufti Kerajaan mesir.
4. Berdaya kreatif dalam menghasilkan tulisan-tulisan yang bernas sehingga dapat
mempengaruhi pemikiran umat islam.

Pendidikan Syiekh Muhammad Abduh


1. Semasa kecil, Syiekh Muhammad Abduh belajar membaca dan menulis daripada bapanya
Abduh.
2. Beliau mempelajari serta menghafaz Al-Quran dalam masa 2 tahun.
3. Seterusnya beliau mempelajari ilmu bahasa Arab di Masjid Al-Ahmadi.
4. Beliau memepelajari ilmu tasawuf dan tatabahasa Arab dari Syiekh Darwisy Khudr dan
Syiekh Darwisy.
5. Semasa di Universiti Al-Azhar, beliau mempelajari pelbagai ilmu termasuk matematik dan
falsafah dengan Syiekh Hasan Al-Tawil.
6. Beliau memperoleh ijazah dari Universiti Al-Azhar pada 1877 Masihi.
7. Pada tahun 1896 Masihi, beliau berkesempatan bertemu dengan Sayyid Jamaluddin Al-
Afghani yang mengunjungi Mesir. Pada kesempatan itu, beliau se,pat mendalami bidang
akademik dan pemikiran islam.

Faktor Syiekh Muhammad Abduh melakukan islah dalam sistem pendidikan.


1. Inspirasi gerakan islah Sayyid Jamaluddin Al-Afghani yang menjurus ke arah mewujudkan
integrasi ilmu.
2. Kesedaran Syiekh Muhammad Abduh terhadap keperluan kepada islah dalam kurikulum
sekolah dan Universiti yang sudah ketinggalan zaman.
3. Sistem pendidikan semasa itu yang menjurus ke arah taklid buta dan pasif(jumud).
4. Kekurangan praserana pendidikan serta bentuan dari kerajaan Mesir kepada golongan
miskin.
5. Kadar gaji guru yang rendah.

Metode islah Syiekh Muhammad Abduh


1. Disebabkan proses islah memakan masa yang panjang dan dengan stategi yang baik,
Syeikh Muhammad Abduh menggunakan pelbagai metode untuk menyalurkan idea-idea
islahnya.
2. Antara idea-idea islah beliau ialah:
A. melalui proses pengajaran di Masjid Al-Husain, Darul Ulum, dan Universiti Al-Azhar.
B. melalui media massa seperti majalah Al-Urwatul Wusqa, akhbar Al-Waqai’ Al-Misriyyah
dan Al-Ahram.
C. melalui karya ilmiah beliau seperti risalah Al-Tauhid,Tafsir Juz Amma, Al-Tahrir Fi islah Al-
Mahakim Al-Syariah, Al-Islam Wa Al-Rad Ala Muntaqidih, dan Al-Islam Wal Nasraniah
Ma’al-‘Ilm Wal Madaniah.
D. Melalui jawatan-jawatan yang disandangnya seperti hakim Mahkamah Rayuan Mesir, ahli
Majlis Perguruan Universiti Al-Azhar Mesir,dan Mufti kerajaan Mesir.

Sumbangan Syiekh Muhammad Abduh dalam pendidikan


1. Idea-idea yang dibawa oleh beliau telah mengubah pandangan umat islam yang sering
terikut-ikut dengan sebahagian sarjana Muslim yang jumud dan pasif.
2. Beliau berjaya memberi gambaran jelas tentang keperluan umat islam kepada islah
khususnya dalam bidang pendidikan.
3. Idea islah beliau dalam bidang pendidikan khususnya di Universiti Al-Azhar telah memberi
kesan yang mendalam terhadap perkembangan ilmu pengetahuan umat islam. Antara idea
tersebut ialah:
A. mewujudkan mata pelajaran matematik, geografi, algebra, sejarah dan seni khat.
B. mewujudkan piawaian dalam penganugerahan sijil.
C. Mewujudkan farmasi khususnya untuk pelajar universiti Al-Azhar.
D. Menyediakan peruntukan untuk gaji guru dari perbendaharaan nagara dan wakaf nagara.
E. Memperbaiki asrama pelajar dengan menekankan aspek-aspek keselamatan dan
kesihatan.
4. Beliau meninggalkan beberapa buah karya yang bermutu dan menjadi sumber rujukan
utama dalam dunia islam seperti:
A. risalah Al-Tauhid
B. Tafsir Juz Amma
C. Tafsir Surah Al-Asr
D. Risalah al-Rad Ala Al-Dahriyyin (terjemahan karya Sayyid Jamaluddin Al-Afghani dalam
bahasa parsi)
E. Syarhu nahjil balaghah
F. Al-Tahrir Fi Islah Al-Mahakim Al-Syariah
G. Al-Islam Wal-Rad Ala-Muntaqidih
H. Al-Islam Wal Nasraniah Ma’al-‘Ilm Wal Madaniah.

RUMUSAN
1. Syeikh Muhammad Abduh adalah mujaddid yang telah memberi sumbangan yang besar
terhadap kemajuan pemikiran umat Islam.
2. Idea Islah yang dibawa oleh Syeikh Muhammad Abduh telah berjaya membuat perubahan
yang besar dalam pemikiran umat Islam.
3. Syeikh Muhammad Abduh telah berjaya memperbaiki sistem pendidikan dan kehakiman
syariah.
4. Syeikh Muhammad Abduh menggunakan pelbagai saluran yang ada untuk menyampaikan
idea Islahnya kepada masyarakat.
5. Syeikh Muhammad Abduh banyak menghasilkan karya yang menjerumus kearah
pemikiran Islam dan pengislahan.
6. Sebagai seorang muslim, kita diwajibkan bermuhasabah. Setiap muhasabah hendaklah
disusuli dengan Islah. Tanpa Islah kita tidak akan mecapai kejayaan dalam kehidupan dunia
dan akhirat.

Syeikh Tahir Jalaluddin

Biodata syiekh Tahir Jalaluddin


1. Nama sebenar beliau ialah Muhammad Tahir Bin Syiekh Muhammad bin Ahmad
Jalaluddin.
2. Dilahirkan pada 7 november 1869 Masihi di Ampek Angkek, Bukit Tinggi, Sumatera Barat,
Indonesia.
3. Syiekh Tahir berasal dari keluarga berilmu.
4. Bapanya Syiekh Ahmad adalah seorang ulama dan hakim terkenal yang berketurunan
melayu Minangkabau.
5. Apabila Syiekh Tahir Jalaluddin kembali dari pengajian pada tahun 1900 masihi, beliau
terus menetap di perak.
6. Antara tugas danm jawatan yang pernah disandang oleh Syiekh Tahir Jalaluddin ialah
A. guru di Madrasah Al-Masyhur, Pulau Pinang.
B. Guru di Mabrasah Parit Jamil,Muar Johor.
C. Guru di Masjidil Haram Makkah
D. Mufti negeri Perak
E. Mufti negeri Johor
F. Nazir sekolah-sekolah agama Johor.
7. Ketika menjadi mufti negeri Perak, beliau mendapat gelaran Syiekh.
8. Beliau meninggal dunia pada 26 oktober 1956 Masihi di Perak.

Keperibadian Syiekh Tahir Jalaluddin


1. Beliau seorang yang menepati masa.beliau tidak perna terlewat menghadiri kelasnya
melainkan keuzuran. Murid-muridnya memahami sikap beliau ini dan mereka berjaya
mendisiplinkan diri masing- masing.
2. Cinta kepada ilmu pengetahuan. Beliau suka membaca dan beliau telah menyediakan
sebuah perpustakaan kecil di rumahnya.
3. Beliau tekun dan gigih dalam menyebarkan idea islah walaupan sentiasa ditentang oleh
para ulama tradisional di tanah air.
4. Seorang yang gigih dan bersungguh-sungguh dalam memajukan masyarakat islam.
5. Seorang yang kreatif dan berminat menghasilkan karya-karya ilmiah.
6. Seorang yang tegas dan memiliki semangat juang yang tinggi.

Pendidikan Syeikh Tahir Jalaluddin


1. Semasa berusia 12 tahun, Syiekh Tahir Jalaluddin belayar ke Makkah.
2. Di Makkah, beliau tinggal dengan saudara sepupunya iaitu Syiekh Ahmad bin Khatib.
3. Syiekh Ahmad Al-Khatib merupakan pemimpin Mazhab Syafie di Masjidil Haram.
Kesempatan ini diginakan oleh Syiekh Tahir Jalaluddin untuk menuntut ilmu-ilmu agama.
4. Pada tahun 1983 Masihi, Syiekh Tahir Jalaluddin menyambung pelajaran dalam jurusan
ilmu falak di universiti Ak-Azhar Mesir.
5. Beliau tekun mempelajari ilmu falak hingga berjaya menguasainya dengan baik.
6. Beliau diberi kepercayaan untuk mengajar di Masjidil Haram.
7. Pada tahun 1899 Masihi, Syiekh Tahir Jalaluddin pulang ke tanah air dan
mengembangkan ilmunya serta membuat pembaharuan untuk memajukan masyarakat
islam.

Idea islah Syiekh Tahir Jalaluddin


1. Syeikh Tahir Jalaluddin mula tertarik dengan idea Islah semasa beliau bersahabat dengan
Sayyid Muhammad Rasyid Redha iaitu anak murid Syeikh Muhammad Abduh di Universiti Al-
Azhar.
2. Apabila kembali ke Malaysia, beliau berusaha untuk menyedarkan masyarakat Islam
tentang perlunya kebebasan berfikir yang terhindar daripada kongkongan kurafat dan syirik
serta penjajah luar.
3. Mesej Islah Syeikh Tahir Jalaluddin ialah :
A. Mengajak umat Islam supaya mengamalkan ajaran Islam yang berteraskan Al-Quran dan
Al-Sunnah yang bebas daripada adat lama yang sebahagiannya dipusakai dari agama Hindu.
B. Menjauhkan pengaruh negatif dari luar terutama dari barat.
C. Berusaha mempelajari pelbagai ilmu fardu ain dan fardu kifayah.
D. Menolak taklid (mempercayai sesuatu secara membuta tuli).
4. Dalam memperjuangkan idea Islah, beliau telah ditentang hebat oleh golongan ulama
tradisional khususnya di Malaysia.
5. Beliau juga mendapat kekangan dari pihak penjajah yang merasakan kedudukan mereka
terancam dengan kebangkitan orang melayu.
Akibatnya, pada tahun 1927 Masihi, Syeikh Tahir Jalaluddin di penjarakan selama 9 bulan
atas tuduhan menentang Belanda. Namun ia tidak dapat mengikis semangatnya yang kental
dalam memperjuangkan Islam.

Metode Syiekh Tahir Jalaluddin dalam menyampaikan idea islah


a. Melalui penerbitan akhbar
1. Beliau menerbitkan majalah Al-Imam bersama Sayyid Syiekh Al-Hadi pada bulan
jamadilakhir 1324 Hijrah bersamaan bulan julai 1906 Masihi di Singapura.
2. Melalui majalah Al-Imam, Syiekh Tahir jalaluddin menyampaikan mesej islahnya.
3. Akibat tekanan daripada pihak penjajah inggeris dan belanda, penerbitan majalah Al-
Amam terpaksa dihentikan pada tahun 1908 Masihi.
4. Namaun ia meninggalkan kesan mendalam kepada karyawan melayu dan para pembaca
seluruh nusantara.
5. Berikutan itu, beberapa majalah lain muncul seperti Al-Munir di Indonesia pada tahun
1908 Masihi, Neraca di singapura pada tahun 1911 Masihidan pengasuh di Malaysia pada
tahun 1908 Masihi.
b. Melalui jawatan-jawatan yang disandang
1. Kesarjanaan beliau semakin terserlah apabila beliau dilantik menjadi mufti Perak dan
Johor.
2. Beliau menggunakan kesempatan tersebut dengan baik untuk menyebarkan idea islah
kepada masyarakat.
c. Melalui proses pengajaran
1. Semasa beliau menjadi guru di Madrasah Al-Masyhur Pulau Pinang dan Matrasah Pari
Jamil Johor, Beliau mengambil peluang untuk menyebarkan idea islah di kalangan murid-
murid dan guru-guru.
2. Usah beliau mendapat sokongan rakan-rakan serta murid-muridnya.
3. Menerusi asuhan mereka lahir tokoh-tokoh pendakwah serta pendokong islah generasi
seterusnya seperti Hamka,Haji Agus Salim, Prof. Datuk Dr Zulkifli Muhammad dan Sayyid
Syiekh Al-Hadi.

SUMBANGAN SYEIKH TAHIR JALALUDDIN DALAM BIDANG ILMU DAN PEMIKIRAN

Dalam bidang pemikiran


1. Melalui majalah Al-Imam, Syeikh Tahhir Jalaluddin menyalurkan idea Islahnya serta
maklumat-maklumat intelektual Islam untuk membebaskan masyarakat Melayu daripada
sebarang unsur penjajahan fizikal dan pemikiran.

Dalam bidang pendidikan


1. Syeikh Tahir Jalaluddin memberi sumbangan yang bermakna dalam bidang pendidikan.
2. Pada tahun 1908 Masihi, beliau menubuhkan Madrasah Al-Iqbal Al-Islamiah di Singapura.
3. Penubuhannya menjadi sumber inspirasi kepada penubuhan Madrasah Al-Iqbal Al-
Islamiah di Riau, Al-Madrasah Al-Adabiah, di Sumatera Barat Madrasah Al-Hadi di Melaka
dan Madrasah Al-Masyur, Pulau Pinang.

Dalam bidang ilmu Falak


1. Syeikkh Tahir Jalaluddin merupakan orang yang bertanggung jawab mengembangkan
ilmu falak di Malaysia.
2. Kemahiran beliau dalam ilmu falak menyebabkan beliau di gelar Al-Falaki.
3. Walaupun ilmu falak kurang mendapat sambutan ketika itu, namun beliau sentiasa
optimis dengan keperluannya sebagai ilmu yang bersifat futurastik.
4. Menjelang akhir tahun 60-an, ilmu falak mula mendapat perhatian khusus daripada pihak
kerajaan. Ia mula dengan penubuhan jawatan kecil takwim Islam di bawah pusat Islam.
5. Pusat-pusat pengajian tinggi juga menawarkan kursus falak syerie sebagaimana yang
dilakukan oleh jabatan syariah, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia
pada tahun 1981.

Dalam bidang kesusasteraan


1. Syeikh Tahir Jalaluddin merupakan penggiat sastera. Ini terserlah melalui penulisan-
penulisannya seperti yang terdapat dalam majalah Al-Imam dan seumpamanya.

RUMUSAN
1. Syeikh Tahir Jalaluddin adalah seorang pejuang Islah yang gigih dan berdedikasi.
2. Pejuang Syeikh Tahir Jalaluddin memberi kesan positif kepada perkembangan pemikiran
umat Islam di nusantara.
3. Syeikh Tahir Jalaluddin merupakan seorang yang bertanggungjawab menyebarkan ilmu
falak diMalaysia.
4. Syeikh Tahir Jalaluddin merupakan seorang yang bergiat aktik dalam bidang penulisan
ilmiah.
5. Kita hendaklah menghargai dan mencontohi semangat perjuangan yang tinggi yang di
tunjukan oleh Syeikh Tahir Jalaluddin dalam usaha mencapai kemajuan dalam kehidupan
dunia dan akhirat.

Hamka

Biodata Hamka
1. Nama sebenar beliau ialah Haji Abdul Malik bin Syeikh Abdul Karim bin Syeikh
Muhammad Amarullah.
2. Hamka ialah nama singkatan yang manggabungkan nama beliau dengan bapanya.
3. Beliau dilahirkan pada 13 muharam 1362 hijrah bersamaan 16 februari 1908 Masihi di
Desa Tanah Sirah, Sungai Batang, Maninjau, Minangkabau, Sumatera Barat,Indonesia.
4. Bapanya ialah seorang ulama terkenal yang membawa pembaharuan di Minangkabau.
5. Antara jawatan dan tugas yang pernah disandang oleh Hamka ialah:
(a) Guru agama di Tebing Tinggi, Medan dan Padang Panjang.
(b) Pensyarah di Umiversiti Islam Jakarta.
(c) Pensyarah di Universiti Muhammadiah Padang panjang.
(d) Rector Perguruan Tinggi Jakarta.
(e) Pegawai Tinggi Agama Indonesia.
(f) Ketua umum Majlis Ulama Indonesia.
6. Hamka menerima banyak anugerah daripada pelbagai pahak kerana jasa dan sumbangan
beliau.
7. Hamka meninggal dunia pada 24 Julai 1981 Masihi ketika berusia 73 tahun.

Keperibadian Hamka
1. Hamka merupakan seorang yang petah berpidato. Beliau pernah diberi penghormatan
untuk berpidato dalam satu rancangan radio Arab Saudi.
2. Seorang yang berjiwa seni. Ini jelas kelihatan melalui gaya bahasa beliau dalam karya-
karya agungnya.
3. Seorang yang berani. Semasa revolusi terhadap pihak penjajah Belanda di Sumatera ,
Hamka dengan berani mengatur siri pidato untuk membangkitkan semangat umat Islam
menentang pihak Belanda.

Pendidikan Hamka
1. Hamka mempelajari Al Quran dan asas-asas agama daripada bapanya iaitu Syeikh Abdul
Karim.
2. Beliau mendapat pendidikan rendah di Sekolah Desa Padang Panjang dan Sekolah Agama
Al Tawalid yang didirikan oleh bapanya.
3. Hamka banyak mengikut pengajian di masjid dan surau yang disampaikan oleh ulama-
ulama yang terkenal ketika itu.

4. Hamka suka menghabiskan masa lapangnya di perpustakaan untuk membaca buku-buku


kesusasteraan, falsafah, sejarah dan politik dunia.

Kegigihan Hamka mengembangkan dakwah Islamiah di Nusantara


1. Pada usia 17 tahun Hamka menerbitkan sebuah majalah dakwah yang diberi nama
Khatibul Ummah.
2. Semasa berada di Makkah pada tahun 1927 Masihi Hamka mengasaskan Persatuan
Hindia Timur untuk memberi pelajaran kepada jemaah haji Indonesia.
3. Apabila pulang dari Makkah, beliau menganggotai Persatuan Muhammadiah dan
mengetuai cawangannya di Padang Panjang.
4. Pada 1935 Masihi Hamka mengasaskan Kolej Al Muballighin.
5. Pada 1936 Hamka menerbitkan majalah Pedoman Masyarakat .
6. Pada 1935 Masihi Hamka dilantik sebagai anggota pimpinan Pusat Pertubuhan
Muhammadiah.

Sumbangan Hamka dalam bidang ilmu dan pemikiran


1. Hamka merupakan tokoh ulama yang melakukan pembaharuan yang besar kepada umat
Islam di Nusantara.
2. Karya-karya beliau dalam bidang agama menyentuh secara langsung kehidupan umat
Islam di rantau ini.
3. Hamka merupakan penyumbang idea islah yang dibawa oleh Sayyid Jamaludin Al Afghani
dan Muhamad Abduh di nusantara.
4. Pendekatan Hamka yang sederhana diterima baik oleh masyarakat Islam di Indonesia
malah pada peringkat antarabangsa.

Hasil-hasil karya Hamka


Bidang
Hasil karya
· Agama
· Tafsir Al Azhar
· Tasawuf Moden
· Pedoman Mubaligh Islam
· Arkanun Islam
· Sejarah Umat Islam
· Revolusi Agama

· Falsafah
· Falsafah Hidup
· Lembaga Hidup
· Falsafah Ideologi Islam
· Ekspensi Ideologi
· Pandangan hidup Muslim

· Sastera
· Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck
· Dibawah lindungan Kaabah
· Laila Majnun
· Mandi cahaya di Tanah Suci
· Menunggu beduk berbunyi

Perjuangan Hamka
1. Seluruh kehidupan Hamka di isi dengan perjuangan .
2. Hamka pernah mengetuai Front Pertahanan Nasional untuk menyekat kemaraan Belanda
di Indonesia
3. Beliau juga menubuhkan Pusat Latihan Dakwah Muhammadiah
4. Beliau pernah dipecat daripada jawatan ketua umum Majlis Ulama Indonesia kerana
kelantangannya mengkritik kepincangan pentadbiran Indonesia .
5. Beliau juga pernah dipenjarakan bersama tokoh-tokoh Majlis Syura Muslim Indonesia .
6. Namun semua ujian tersebut tidak mematahkan semangat beliau untuk menyampaikan
ajaran Islam kepada masyarakat.

RUMUSAN
1. Hamka adalah penerus usaha yang dibawa oleh Sayyid Jamaluddin Al-Afghani dan Syeikh
Muhammad Abduh.
2. Hamka menggunakan karisma dalam pidato dan penulisan untuk menyampaikan ajaran
Islam dengan berkesan kepada masyarakat.
3. Keberanian merupakan sifat peribadi Hamka yang terpuji. Beliau tidak takut untuk
menyuarakan kebenaran sekalipun menghadapi rintangan dan ujian yang getir.
4. Hamka telah meninggalkan jasa yang begitu besar kepada masyarakat Islam.
5. Mempertahankan agama, bangsa dan negara adalah usaha yang murni. Namun, ia dapat
di realisasi oleh individu yang mempunyai jiwa yang cekal, sanggup berkorban dan
bertaqwa.

You might also like