You are on page 1of 14

Isu2 dalam sukan.

Perjudian dan Sukan


Cabaran Sukan Negara
Membangun Masa Kini
Definisi
 Menurut kamus dewan edisi ke-3 (1997), Perjudian
bermaksud permainan dengan memakai wang dan lain-
lain sebagai taruhan.
Menurut Tesaurus Umum Bahasa Melayu (1990), judi

didefinisikan sebagai memperjudikan, mempertaruhkan,


mempertarungkan dan menggadaiakan yang melibatkan
sebagai pertaruhan.
Menurut kamus pelajar cetakan ke-13 (1997), Perbuatan

atau hal menjudikan dengan bertaruhkan wang.


Menurut kamus besar Bahasa Melayu Utusan (1995),
Perjudian bermaksud menggunakan wang atau
sebagainya untuk dijadikan taruhan dalam permainan
judi, mempertaruhkan, mempetarungkan dan
menggadaikan
“Perjudian ialah perihal berjudi iaitu permainan dengan

menggunakan wang atau barang-barang berharga


sebagai taruhan” :Pendidikan Jasmani dan Pendidikan
Kesihatan Tahun 6( 2007
faktor wujud perjudian dalam
sukan
Kewangan

Hiburan

Bookie (individu atau organisasi yang
menjadi dalang dalam menguruskan
perjudian dalam sukan)

Jenis Perjudian Dalam Sukan


Menentukan dan mengatur perlawanan
Sebelum pertandingan bermula keputusan
perlawanan sudah ditentukan.
Sogokan akan diberikan kepada atlet atau pegawai
perlawanan untuk mengatur keputusan pertandingan.

Bertaruh keputusan pertandingan
Peminat sukan akan bertaruh untuk sesuatu
pertandingan contoh bola sepak – keputusan
pertandingan jumlah jaringan
Kesan Rasuah Dan Perjudian

Kepercayaan peminat sukan terjejas

Menjejaskan hubungan dalam pasukan
Mencemarkan imej sukan negara
Mutu sukan merosot

Cara-cara mengatasi rasuah dan


perjudian
Penglibatan dalam ceramah agama dan kursus
motivasi

Peranan kelab penyokong

Kebajikan atlet itu dijaga dengan baik
Menghayati dan mengamalkan Rukun Negara

Memberi penerangan tentang gejala rasuah dan
Perjudian
RASUAH DAN PERJUDIAN DALAM SUKAN

Sukan telah menjadi satu kerjaya dan industri yang menguntungkan masa ini. Atlet,

jurulatih dan penganjur sukan memperoleh pendapatan yang tinggi dan ganjaran yang

lumayan bagi setiap kejayaan yang dicapai.


Namun, terdapat segelintir individu mengambil kesempatan bertaruh bagi menentukan
pemenang dan jumlah jaringan yang akan dihasilkan.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, pernah melahirkan rasa kecewa dengan tindakan

segelintir pemain bola sepak tempatan dan' bookie' yang mengamalkan rasuah dalam sukan dan

menganggap mereka sebagai individu tidak berintegriti, tidak patriotik dan menggagalkan usaha kerajaan

untuk memajukan sektor sukan negara.

Sepatutnya sukan menjadi platform untuk menyihatkan dan menyeimbangkan potensi dan kekuatan

jasmani, rohani, emosi dan intelek seseorang. Begitu juga apabila seseorang ahli sukan masuk ke

gelanggang atau padang, pelbagai unsur positif dibawa bersama dalam dirinya seperti semangat

perjuangan, semangat berpasukan, bermain mengikut peraturan, berdisiplin, tidak mudah patah

semangat serta bermotivasi.

Semua unsur positif itu luntur apabila rasuah menjadi objektif utama. Rasional diri hilang begitu mudah

apabila dijanjikan habuan lumayan oleh'bookie'. Akibatnya, usaha terancang dilaksanakan untuk

memenuhi kehendak perasuah seperti kualiti permainan sengaja direndahkan, sambil lewa dan

membelakangkan aspirasi semangat berpasukan.

Sia-sia pelaburan wang, pembangunan kemudahan fizikal, tenaga dan pemikiran yang dilaksanakan oleh

persatuan sukan dan kerajaan. Bagi penonton dan penyokong pasukan pula, ini adalah sandiwara yang

tidak mereka sedari. Semangat penyokong untuk datang ke gelanggang perlawanan bagi memberikan

sokongan moral seperti 'susu dibalas dengan tuba.' Mereka tertipu dengan gelagat pemain yang 'dibeli'

dan tidak menunjukkan prestasi sebenar di padang.


Terdapat beberapa contoh rasuah dan perjudian dalam sukan dan permainan termasuklah:

Bertaruh keputusan pertandingan

Menjelang sesuatu pertandingan, peminat-peminat sukan akan bertaruh ke atas keputusan pertandingan

dan jumlah jaringan yang akan dihasilkan. Perbuatan ini merupakan satu perbuatan yang tidak bermoral

dan melanggar etika sukan.



Menentukan dan mengatur keputusan pertandingan
Sebelum sesuatu pertandingan dilangsungkan, keputusan bagi pertandingan tersebut telah ditentukan
terlebih dahulu. Sogokan akan diberikan kepada atlet atau pegawai pasukan bagi mengatur keputusan
pertandingan. Selain itu, mereka juga disogok supaya memastikan pasukan mereka tewas. Kekalahan
pasukan tersebut pastinya tidak akan dijangka oleh peminat sukan. Mereka yang terlibat dengan gejala
negatif ini menggunakan pelbagai bentuk rasuah dalam pertandingan sukan dan permainan. Antaranya
seperti berikut:

3.1.1 Kesan Rasuah dan Perjudian

Rasuah dan perjudian memberikan kesan yang negatif kepada atlet dan kemajuan sukan negara. Antara

contoh keburukan rasuah dan perjudian dalam sukan dan permainan termasuklah:

-Mencemarkan imej sukan negara
Isu rasuah dan perjudian dalam sukan yang tersebar melalui media massa akan
menyebabkan imej sukan negara tercemar

Mutu sukan merosot


Tindakan menerima rasuah menyebabkan atlet tidak mempamerkan prestasi yang sebenar. Sekiranya

sikap ini berterusan, prestasi atlet tersebut akan menurun dan akan menjejaskan mutu sukan negara.

Kepercayaan peminat sukan terjejas

Peminat-peminat sukan berasa tertipu dengan setiap keputusan pertandingan. Mereka tidak akan

menyokong atlet atau pasukan yang terlibat dengan rasuah dan perjudian.

Menjejaskan hubungan dalam pasukan

Atlet yang terlibat dengan rasuah dan perjudian akan disisih oleh rakan-rakan sepasukan yang lain.

Rakan-rakan sepasukan akan berasa kecewa dan menyebabkan prestasi pasukan akan merosot.
3.1.2 Cara-cara Mengatasi Rasuah dan Perjudian

Jika terbukti ada ahli sukan terbabit rasuah, tindakan tegas perlu diambil dengan segera termasuk

mengheret mereka ini ke muka pengadilan. Mereka perlu diberi pengajaran setimpal dengan kerakusan

membaham hasil rasuah demi menjaga kesucian dunia kesukanan.

Biar kesilapan mereka menjadi pengajaran kepada pihak lain yang mungkin sedang menimbang tawaran

lumayan daripada 'bookie' agar melupakan terus niat jahat mereka. Jangan nanti sudah terhantuk baru

terngadah. Tindakan proaktif perlu dilaksanakan semua pihak. Pendidikan mengenai kesan negatif

amalan rasuah perlu diberikan secara serius kepada semua ahli sukan dan pentadbiran persatuan sukan.

Matlamat dan aspirasi sebenar yang harus dimiliki apabila menyertai dunia sukan harus disuburkan di

kalangan ahli sukan secara berterusan. Buka platform yang luas untuk ahli sukan untuk mengadu

sebarang usaha pihak luar yang cuba memancing mereka terjebak dengan gejala rasuah.

Kepada ahli sukan, fikirkanlah mudarat dan bahaya rasuah dalam konteks moral dan
agama. Tidak ada agama dalam dunia ini yang menghalalkan rasuah.
Kesedaran daripada setiap individu diperlukan untuk mengatasi rasuah dan perjudian.
Beberapa langkah boleh diambil untuk mengatasi masalah ini.

Menghayati dan mengamalkan Rukun Negara

Mereka yang terlibat dengan sukan perlu menghayati dan mengamalkan prinsip Rukun Negara. Amalan

ini akan memberikan kesedaran kepada mereka tentang tanggungjawab kepada agama, bangsa dan

negara

Memberikan penerangan tentang gejala rasuah dan perjudian

Media massa berperanan menerangkan kesan rasuah dan perjudian. Peminat- peminat sukan akan

menyedari kesan negatif gejala rasuah dan perjudian terhadap mutu dan imej sukan negara.

Penglibatan dalam ceramah agama dan kursus motivasi
Mereka yang terlibat dengan sukan perlu mengikuti ceramah agama dan kursus motivasi. Usaha ini akan

dapat meningkatkan kesedaran, keinsafan dan semangat kerja berpasukan. Di samping itu, mereka juga

perlu diberi insentif agar dapat menaikkan semangat mereka.



Peranan Kelab Penyokong

Kelab-kelab penyokong berperanan menganjurkan kempen anti rasuah dan perjudian bagi ahli-ahlinya

dan peminat sukan. Kempen ini berperanan menyeru peminat sukan membenci dan membanteras gejala

rasuah dan perjudian.

3.2
KEGANASAN DALAM SUKAN

Kebanyakan sukan tidak terlepas daripada keganasan dan kecederaan. Kecederaan semasa bersukan

adalah pelbagai mengikut jenis sukan dan mekanisme kecederaan tersebut. Walau bagaimanapun

kecederaan adalah biasa semasa bersukan.


3.2.1 Sebab-sebab berlaku kecederaan semasa bersukan

Pertembungan di antara satu sama lain


Hentakkan secara langsung daripada pihak lawan atau peralatan bersukan


Jatuh

Aktiviti sukan atau latihan yang berlebihan


3.2.2 Jenis-jenis kecederaan
Luka-luka

Hentakan

Terkehel/tergeliat

Ketegangan

Terseliuh

Patah tulang

3.2.3 Kecederaan yang jarang berlaku
Kapsul sendi koyak

Konklusi otak akibat hantukkan

Kecederaan dalam abdomen

Patah/terseliuh pada tulang dan sendi – sendi

3.2.4 Perbezaan antara terseliuh dan ketegangan


Terseliuh merujuk kepada ketegangan yang berlaku di ligamen, manakala ketegangan
merujuk kepada ketegangan di otot.
Kekoyakan otot adalah satu bentuk ketegangan.
3.2.5 Tanda dan gejala kecederaan semasa bersukan

Sakit - di tempat yang cedera



Bengkak - di tempat yang cedera

Lebam - kebiruan di tempat kecederaan


Kecacatan struktur - contoh : kecacatan di tempat kecederaan ( seperti terseliuh


dan patah)

Kecederaan fungsi - contoh: bahagian yang tercedera tidak dapat berfungsi seperti
biasa. (seperti patah,beralih daripada tempat asal dan kekoyakan pada sendi)

Sakit kepala - dalam kes kena pukul atau kecederaan otak akibat hantukkan

Pening - terjadi semasa kecederaan otak


Loya dan muntah - biasa berlaku berikutan kecederaan otak


Adalah diingatkan mungkin terdapat satu atau lebih tanda dan gejala sekiranya mendapat
kecederaan semasa bersukan.
3.2.6 Perkara yang harus dilakukan sekiranya mengalami kecederaan

Terdapat beberapa garis panduan yang boleh diikuti dan selamat dipraktikkan, walau

bagaimanapun, jangan mengambil mudah sesuatu perkara kerana ini boleh mendatangkan

bahaya. Jika terdapat sebarang keraguan dapatkan khidmat pakar perubatan yang

professional.

Prinsip asas ialahR IC E.

R - 'R' Untuk 'Rest' bermaksud rehat. Rehat dari bersukan dan rehatkan

bahagian yang tercedera, kekal berada di tempat yang terlibat dalam kedudukan yang selesa dan tidak

mengerakkan bahagian tersebut bagi mengelak rasa sakit dan kecederaan yang lebih teruk.
I - 'I' Untuk 'Ice'. bermaksud ais. Anda perlu letakkan ais di bahagian

yang tercedera. Ais akan menyebabkan pengecutan salur darah, ini boleh mengehadkan pendarahan

dan proses bengkak. Ais juga boleh mengurangkan rasa sakit.


C - 'C' Untuk 'Compression'. bermaksud memberikan tekanan. Balut

bahagian yang tercedera dengan pembalut ataubandage, bagi mengelakkan bengkak. Semakin kurangnya

bengkak semakin kurangnya rasa sakit dan ini mempercepatkan proses penyembuhan. Jangan balut

terlalu ketat.
E - 'E' Untuk 'Elevation' bermaksud ampu sedikit tinggi. Ampu bahagian

yang tercedera tinggi sedikit dari paras jantung, ini mampu mengurangkan bengkak/edema. Anda

dinasihatkan untuk membuat ampuan sekerap mungkin.


3.2.7 Cara menggunakan ais bagi membantu merawat kecederaan semasa
bersukan
Masukkan ketulan ais ke dalam beg plastik atau beg ais dan tekap bahagian yang
tercedera. Beg plastik mudah mengikut bentuk kebanyakan sendi-sendi. Ini dipanggil
Cold Compression.
Untuk mengelakkan kulit melecur, sapukan minyak zaitun atau minyak kelapa di
bahagian terlibat sebelum meletakkan ais.
Jika berada di rumah, bagi kecederaan kecil, gunakan air bagi menggantikan ketulan air.
3 jam pertama

Lakukan Cold Compression

selama 10 - 15 minit setiap

setengah jam
48 jam yang berikut

Lakukan Cold Compression

sebanyak 4 - 5 kali sehari selama

15 - 20 minit
Selepas 48 jam

Kompresi panas mungkin boleh


digunakan
Peringatan: Mesti dapatkan khidmat rawatan perubatan jika terdapat

Tanda-tanda seperti kesakitan, bengkak dan kebiruan menjadi lebih teruk selepas
24 jam

Dapatkan rawatan perubatan untuk mengesan bahagian yang patah dan terseliuh

Kecacatan struktur yang jelas


Sakit semasa tidur


Tidak dapat melakukan aktiviti yang biasa


Sakit kepala, pening, loya atau muntah di mana ianya semakin serius/teruk.
Dapatkan rawatan segera di hospital
3.2.8
Cara mencegah kecederaan semasa bersukan
Langkah-langkah yang penting ialah:

Gunakan peralatan yang sesuai mengikut

saiz dan berpadanan dengan jenis sukan

seperti topi keledar untuk menunggang meluncur atau menggunakan papan

luncur

Gunakan alat pelindung yang lengkap semasa pertandingan dan latihan. Digalakkan menggunakan alat

pelindung mata (goggle) ketika di padang atau gelanggang. Alat pelindung mulut juga perlu digunakan

untuk melindungi mulut, gigi, lidah semasa aktiviti sukan seperti hoki, bola keranjang dan sukan tinju

Guna alat pelindung untuk pergelangan tangan, siku dan lutut semasa aktiviti
sukan meluncurs kateboar d atau in-line skate

Gunakan kasut yang sesuai untuk mengelakkan tersadung dan terjatuh



Sentiasa memanaskan badan dahulu sebelum bersukan

Elakkan diri dari bersukan sekiranya anda baru pulih dari kecederaan atau
selesema

Sentiasa mengikut peraturan semasa bersukan, di mana ia boleh melindungi anda


dari kecederaan

Gunakan teknik yang betul yang telah diajar oleh jurulatih anda

3.3
PENYALAHGUNAAN DADAH DALAM SUKAN
Maksud Drug

Drug adalah merupakan sesuatu bahan (selain daripada makanan) yang apabila diambil, akan

menyebabkan perubahan dalam badan. Jika perubahan itu memberi manfaat kepada badan, drug ini

disebut sebagai ubat. Sekiranya perubahan ini membawa keburukan kepada badan, ianya disebut

sebagai racun.
Maksud 'doping'
'Doping' adalah penggunaan bahan atau kaedah yang diharamkan untuk meningkatkan
prestasi sukan oleh atlit.
'Doping' secara tidak sengaja berlaku apabila atlit mengambil ubat untuk merawat sesuatu
penyakit dan tanpa disedari ubat berkenaan mengandungi bahan yang dilarang.
Atlit-atlit tertakluk kepada polisi melarang 'doping' dan bertanggungjawab untuk
menyemak status bahan-bahan dan ubat-ubatan yang diambil.
3.3.1 Ubat dan dadah dalam sukan

Dadah menguatkan prestasi atau dikenali dalam bahasa Inggeris Performance-Enhancing Drugs. Ia

digunakan oleh atlet semata-mata untuk memberi kelebihan ketika bertanding dalam sesuatu acara

sukan. Dadah-dadah ini memberi kesan pada tubuh badan dengan cara berbeza seperti dapat

membesarkan otot-otot atau meningkatkan kapasiti aliran oksigen darah. Walau apa pun anggapan

kelebihan mengambil dadah, penggunaan dadah terlarang dianggap tidak beretika dan berbahaya dari

segi perubatan.
Penggunaan bahan-bahan untuk meningkatkan prestasi ketika bertanding bukanlah satu
fenomena baru. Beribu-ribu tahun lalu telah ada cerita tentang atlet mengambil dadah

untuk kepentingan mereka di Sukan Olimpik kuno dan acara lain. Para atlet di penghujung abad ke-19

dan awal abad ke-20 juga telah mengambil kesempatan menggunakan kafein dan strychnine. Tiga tahun

selepas pelumba basikal Belanda mati kerana mengambil dadah di Sukan Olimpik 1960, barulah

Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) mengeluarkan senarai dadah yang dilarang.

Walaupun telah terbukti sahih akan kesan dadah memperkuat prestasi dari segi kesihatan, pembangunan

dan penggunaan bahan-bahan tersebut terus meningkat. Teknologi perubatan yang sofistikated

beberapa abad kebelakangan ini telah menghasilkan pelbagai jenis dadah baru dan peraturan-peraturan

yang membolehkan para atlet menggunakannya.

Permintaan bahan-bahan ini terus meningkat dari semasa ke semasa disebabkan habuan insentif ke atas

kecemerlangan sukan. Atlet berlatih bertahun-tahun bagi mengejar kejayaan dan menghasilkan rekod

kejohanan. Para atlet amatur terbaik akan menerima biasiswa universiti atau kolej sebagai ganjaran hasil

dari pencapaian yang telah ditunjukkan. Ahli sukan profesional terkemuka dalam banyak jenis sukan pula

memperoleh pendapatan berjuta-juta ringgit, wang hadiah dan endorsement komersial. Ada di kalangan

atlet mengambil dadah kerana khuatir tertinggal di belakang atlet lain.

Banyak kajian menunjukkan ramai atlet tidak mempedulikan risiko kesihatan yang akan dihadapi

sekiranya mereka mampu mendapatkan kelebihan dengan cara tidak tulen. Oleh yang demikian, isu ini

telah menjadi masalah yang paling serius dalam dunia sukan hari ini.
3.3.2
Isu-isu yang melibatkan dadah dan sukan

Penggunaan drug untuk meningkatkan tahap keupayaan sukan bukan sahaja menyebabkan kesan

sampingan yang buruk tetapi boleh membawa maut kepada ahli-ahli sukan tahun demi tahun.

Dalam tahun 1967, Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa telah bersetuju untuk mengharamkan atau

menghadkan penggunaan sesetengah bahan atau kaedah yang boleh meningkatkan tahap keupayaan

atlit.
19

Atlit berisiko disingkirkan dari menyertai pertandingan sekiranya didapati positif mengambil dadah

terlarang melalui ujian secara rambang. Mereka juga akan merana akibat kesan drug samada secara

jangka pendek dan panjang.

3.3.3
Sejarah penggunaan dadah dalam sukan
Penggunaan dadah terbukti dalam sejarah sukan:
Perlawanan awal

Sejak 800BC hadiah menarik, profesionalisme and komersialisme di Greek pada zaman purba, saingan

di antara para atlet menyebabkan mereka mengambil bahan-bahan yang boleh meningkatkan prestasi

seperti ekstrak cendawan, benih tumbuhan dan protein haiwan.



Penggunaan dadah telah merebak sehingga membawa kepada penamatan Sukan
Olimpik zaman purba.
Zaman Roman – status sukan dan kedudukan atlet terus meningkat

Penggunaan drug juga tercatat di zaman ini

Pelumba kuda perang memberi ramuan yang kuat kepada kuda agar dapat berlari
dengan lebih pantas

Gladiator juga diberi drug supaya perlawanan mereka menjadi lebih hebat
Sukan pada awal abad ke-19

Selepas suatu penamatan yang singkat sejak 396 AD, sukan muncul semula pada abad ke-19 di

kawasan luar bandar di England dan seterusnya menular ke seluruh dunia.



Aktiviti rekreasi yang tidak teratur – aktiviti bercorak kasual dan perkauman di
sesebuah kawasan

Kemunculan industrialisasi dan urbanisasi menukar corak permainan dan sukan di
kawasan luar bandar.

Sukan pada abad ke-20



Aktiviti sukan telah berkembang sehingga menjadi suatu “perniagaan besar” yang
merupakan sumber hiburan, pendapatan dan pekerjaan di seluruh dunia

Sukan telah menjadi suatu institusi sosial yang penting dan kejayaan dalam sukan
mempunyai nilai yang tinggi

Tekanan pada ahli sukan untuk bukan sahaja berjaya tetapi menjadi atlet yang
terbaik

Menyumbang kepada peningkatan pengambilan drug dan kematian berkaitan drug
di kalangan atlet
3.3.4
Sebab sesetengah bahan dan kaedah diharamkan
Alasan diharamkan melibatkan beberapa isu:

Kesihatan - Banyak bahan boleh menyebabkan kesan yang tidak baik terhadap
kesihatan jika tidak digunakan dengan betul.

Etika - Di dalam sesetengah keadaan bahan-bahan dan kaedah-kaedah yang


diharamkan boleh meningkatkan tahap keupayaan atlit melebihi tahap biasa.

Undang-Undang - Sesetengah drug adalah haram dan dengan itu penggunaannya


adalah dilarang dalam sukan.
3.3.5
Polisi penyalahgunaan drug dalam sukan di malaysia
Strategi yang diambil bertujuan untuk :

Pencegahan

Pembasmian :
o

Salah laku dan penyalahgunaan dadah


o

Sikap dan kebiasaan yang cenderung ke arah doping


Memantau :
o

Ujian doping di luar pertandingan


o

Parameter latihan dan tahap keupayaan


21

.3.6 Langkah berjaga-jaga

Sebelum mengambil sebarang ubat, atlit perlu mendapatkan khidmat nasihat daripada doktor, pegawai

sukan bertauliah dan pegawai pusat doping, jika ingin menyertai acara sukan di peringkat kebangsaan

atau antarabangsa. Ini adalah kerana terdapat banyak ubat yang boleh membawa kesan terhadap tahap

keupayaan atlit. (Senarai komprehensif bahan yang dilarang boleh didapati daripada 'Prohibited List

International Standard' pada tahun 2005 atau dengan melayarihttp://w w w .w ada- ama.org/.
3.3.7 Bahan-bahan dan kaedah-kaedah yang dilarang
Senarai bahan-bahan dan kaedah doping yang dilarang. Penggunaannya merupakan satu
penipuan. Berikut adalah jenis dadah dan kesan penggunaannya:

Jenis dan deskripsi


Kesan-kesan sampingan
Agen Anabolik

Steroid anabolik androgenik adalah


merupakan hormon sintetik testosteron.

Agen ini sering didapati dari pasaran gelap/haram di gimnasium dan kelab kecergasan kerana untuk

mendapatkannya perlu mempunyai preskripsi doktor.


Contoh:
o

Danazol
(digunakan
untuk
mengurangkan
bengkak
di
bahagian dada bagi lelaki)

Botak

Jerawat

Penambahan bulu di muka dan badan


Kerosakan hati

Bagi lelaki ciri-ciri perempuan lebih terserlah


dan sebaliknya.

Perubahan 'mood'

You might also like