You are on page 1of 12

Syarat-syarat saksi

DISEDIAKAN OLEH
AKMAL FAHMI
ZAIM
ZULFADLI
  Islam
 Orang kafir tidak sah menjadi saksi nikah,
serta tidak sah menjadi  saksi nikah bagi
orang yang tersembunyi keIslamnya.
 Berakal
 Orang gila tidak sah menjadi saksi.
 Baligh
  Kanak-kanak tidak sah menjadi saksi nikah.
 Merdeka
 Hamba sahaya tidak sah menjadi saksi,
begitu juga tidak sah menjadi saksi bagi
mereka yang tersembunyi merdekanya.
  lelaki
 Perempuan tidak sah menjadi saksi.
 Adil / tidak fasik
 Jika orang yang menjadi saksi itu
tersembunyi keadilannya , maka nikah itu
adalah sah, dan tidak wajib  diperiksa dan
dicari keadilannya yang tersembunyi bagi
saksi itu.

 Orang yang fasik tidak sah dan tidak diterima


menjadi saksi.
 Mendengar
 Orang yang tuli/pekak tidak sah menjadi
saksi, kerana mereka itu tidak mengetahui
apa yang dikatakan ketika ijab/qabul.
 Melihat
 Orang buta tidak sah menjadi saksi, kerana
mereka juga tidak mengetahui orang yang
diakadnikahkan dan yang mengakadkan itu.
 Faham/mengerti
 Dua orang yang menjadi saksi itu mestilah
faham dan mengerti bahasa yang
digunakan  oleh wali dan lelaki itu ketika
ijab/qabul. Jika saksi tersebut tidak faham
dan tidak mengerti  bahasa yang
digunakan  dalam ijab/qabul, maka nikah
tersebut tidak sah.
 Kuat ingatan
 Dua orang menjadi saksi itu mestilah kuat
ingatannya apa yang didengar dan yang
dilihatnya ketika ijab/qabul, tetapi tidaklah
menjadi batal saksinya sekiranya saksi itu
ingat akan lafaz akad yang didengarnya itu ,
kemudian dia lupa.
Bukan wali
 Bukan yang tertentu menjadi wali seperti
bapa atau saudara lelaki yang tunggal (tidak
ada saudara lelaki yang lain), ertinya : tidak
sah perkahwinan sekiranya bapa atau saudara
yang tunggal itu mewakilkan kepada orang
lain untuk mengakadkan perkahwinan itu
sedangkan mereka menjadi saksi dalam
perkahwinan tersebut.

You might also like