P. 1
Tokoh-Tokoh Cina

Tokoh-Tokoh Cina

|Views: 856|Likes:

More info:

Published by: Mohamad Ayub Mohd Noor on Mar 15, 2011
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

04/27/2013

pdf

text

original

INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA KAMPUS TUN HUSSEIN ONN BATU PAHAT, JOHOR

PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN (PISMP) AMBILAN JANUARI 2011 (SEMESTER 1)

TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA (TOKOH TAMADUN CHINA)
NAMA MUHAMMAD AIZZAT BIN MOHAMMAD JAKI NO KAD PENGENALAN 900804 – 08 – 6481 OPSYEN MT / BI / BM PENSYARAH DR MOHD HAIRUDIN BIN AMIN

) Pendeta Terunggul Purba (至聖先師) (Pinyin:Zhìshèng Xiānshī) K'ung-tzu.孔夫子) (Pinyin: Kǒngzǐ. K'ung Fu-tzu Gelaran Anumerta (謚) Wade-Giles Ajaran konfucianisme telah dibawa oleh Confucius. Kǒngfūzǐ. Kung sebagai nama keluarga dan Chiu/Fu Tze ialah nama . Nama sebenar beliau ialah Kung Chiu/Kung Fu Tze.Confucius Confucius Nama Leluhur (姓) Kong (子) (Pinyin: Zǐ) Nama Keluarga (氏) Kong (孔) (Pinyin: Kǒng) Nama Berian (名) Nama Zi (字) Qiu (丘) (Pinyin: Qiū) Zhongni (仲尼) (Pinyin: Zhòngní) Pendeta Kong 孔子.

Ibunya menjadi orang penting dalam hidupnya. Nasib Confucius bertambah malang apabila ayahnya meninggal dunia ketika beliau berusia tiga tahun. Minat Confucius terhadap ilmu pengetahuan mulai kelihatan ketika beliau berusia 15 tahun. dan beliau terpaksa menghadapi kehidupan yang susah. Confucius sanggup mengambil pelbagai kerja seperti gembala. keadaan huru – hara dan peperangan semasa akhir dinasti Chou Barat telah menyebabkan keluarga beliau menjadi miskin. Confucius juga lebih dikenali sebagai Tuan Kung. Namun demikian. Beliau dilahirkan pada sekitar tahun 551 S. beliau telah dapat mengenal sistem kerajaan Cina kuno dan . Pengalaman hidupnya yang pahit itu membuatnya peka terhadap penderitaan rakyat kecil. oleh ibunya iaitu Chiang Sai di negeri Lu iaitu di wilayah Shantung pada hari ini. Nenek moyangnya berketurunan daripada keluarga bangsawan dari negeri Shung. membesarkannya. kerani dan penyimpan kira-kira untuk menyara hidup mereka.M. Confucius meninggal dunia pada tahun 479 S. Ia sangat prihatin dengan keadaan sekitarnya yang dianggapnya telah rosak dan menyedihkan. Confucius merupakan seorang yang rajin dan tidak kenal erti putus asa lalu beliau mencari jalan untuk mendapatkan pendidikan.M. Namun. Peluang beliau nampaknya cerah apabila beliau telah bekerja dengan golongan bangsawan. Keprihatinannya inilah mendorong semangat Konfucius melakukan perubahan dan pembaharuan.beliau. Beliau berasal daripada keluarga bangsawan tradisional. Dari situ. Walau bagaimanapun.yaitu dengan mendidik murid-murid yang kelak dapat dipersiapkan terlibat dalam pemerintahan. peluang orang biasa untuk mendapatkan pendidikan amat sukar kerana pendidikan menjadi hak golongan bangsawan dan keluarga diraja.

Namun beliau telah meletak jawatan itu dan menjalankan usaha mengembangkan idea-idea beliau kepada masyarakat Cina. Beliau berkahwin ketika berusia 19 tahun dengan Chikuan. Setelah beliau meninggal dunia. Pada hari ini. Jawatan pertama yang disandang beliau ialah penjaga gudang dan selepas itu dinaikkan pangkat sebagai Pesuruhjaya Taman dan Herba. . bukan setakat penduduk di China yang mengiktiraf idea beliau tetapi telah tersebar dan mendapat sambutan penduduk di Jepun. Hari-hari terakhir dalam kehidupannya banyak dihabiskan untuk mengumpul dan menyusun buku-buku ajarannya. Beliau hanya diterima oleh pemerintah negara Ch’i. Beliau dianggap seorang yang mempunyai bakat yang pelbagai dalam bidang tersebut. maka ramai keluarga bangsawan telah tertarik dengan idea-idea yang dibawanya dan telah menghantar anak mereka berguru dengan Confucius. Vietnam dan masyarakat Cina di Asia Tenggara.dapat memasuki istana raja. Korea. Penerimaan ajaran beliau itu hasil daripada penyebaran yang dibuat oleh anak muridnye ke serata China. Kebolehan beliau menjadi pengajar terbukti dengan bakat yang ada dalam bidang kesenian. Idea-idea yang diutarakannya telah dapat menarik kira-kira 300 pengikut. Beliau dikatakan sebagai guru persendirian pertama di China. ajaran beliau mulai mendapat tempat di kalangan penduduk China dan juga pemerintah China hingga kini. Namun usaha beliau sering menemui kegagalan. Beliau mempunyai seorang anak lelaki yang diberi nama Li dan dua orang anak perempuan. Dengan latar belakang beliau itu. Nasib Confucius seterusnya bertambah baik apabila beliau dilantik sebagai ketua polis di Jabatan Kehakiman Negeri Lu. Selama 13 tahun beliau telah mengembara ke seluruh pelosok China untuk mencari pemimpin-pemimpin yang ingin mengikut nasihat dan idea-ideanya.

Book of Changes (Yi) .M.sebuah buku catatan tentang peraturan upacara istiadat di tempat awan dan Peribadi yang banyak diambil semasa dinasti Chou v.sebuah koleksi rekod. hingga abad ke-6 S.suatu urutan peristiwa yang berlaku di negeri Lu dari tahun 722 hingga tahun 464.M. Book of Rites (Li) . .merupakan sebuah karya tentang ramalan ii. Book of Poetry (Shi) . Book of History (Shu) .sebuah koleksi puisi berjumlah 305 dan lagu-lagu rakyat yang bertarikh dari abad ke-11S.M. iv. iii. Lima karya klasik yang dikumpulkan oleh Confucius itu adalah seperti yang berikut: i. ucapan. dan kertas kerajaan yang bertarikh kira-kira 2000 Tahun S.Berdasarkan karya inilah era Musim Bunga dan Musim Luruh mendapat nama. Spring and Autumn Annals (Chunqiu) .Ajaran –ajaran yang disebarkan oleh Confucius kepada masyarakat telah disusun di menjadi teks-teks klasik yang lebih dikenali sebagai Five Books and Five Classics.

Oleh sebab itu. The Book of Mencius (Mengzi) . pemerintah yang baik. keamanan. terdapat karya lain yang berkaitan dengan ajaran Konfusianisme yang merupakan karangan yang dikumpul dan disusun oleh pengikut beliau : i.sebuah tulisan salah seorang pengikut Confucius iaitu Mencius berkaitan dengan peraturan kerajaan. jujur. beliau cuba menjelaskan kepada pengikutnya tentang warisan budaya kuno. Perkara inilah yang diajarkan kepada pengikutnya dan sebagai guru. Secara umumnya. menghormati kebaikan. The Great Learning (Daxue) . Confucius cuba mendekati pengikutnya berhubung dengan adat dan istiadat serta norma lama untuk dihayati dan diteruskan oleh pengikutnya. ajaran Confucius menekankan tentang kualiti peribadi manusia seperti kesopanan. pada tumpuannya adalah tentang soal moral dan pernah suatu ketika beliau menyatakan bahawa pegawai kerajaan harus dipilih mengikut kebolehan dan sifat moral yang tinggi dan bukannya pemilihan berdasarkan warisan seperti keluarga bangsawan. menghormati.Selain lima karya Confucius itu. The Analects (Lunyu) . Ajaran yang dibawa oleh Confucius bukannya ajaran agama kerana penekanan beliau lebih kepada soal kehidupan social manusia. Beliau juga tidak mengkaji tentang soal kematian.perbualan antara Confucius dengan anak muridnya iv.kata – kata Confucius tentang falsafah politik moral untuk pemimpin ii. . Oleh itu. nota tentang keadaan semula jadi manusia dan sebagainya.sebuah lagi karya yang dikumpul oleh pengikutnya tentang keadaan semula jadi manusia dan hubungan antara manusia dan syurga iii. The Doctorine of The Mean (Zhangyong) . berbudi pekerti yang tinggi dan bertanggungjawab.

Confucius dengan rendah hati menyatakan bahawa beliau bukannya pencipta dan beliau sendiri banyak kekurangan. Konsep ini boleh diaplikasikan kepada sesebuah masyarakat seperti xiao menanamkan perasaan sayang kepada ibu bapa. sebagai seorang penyalur. seseorang raja harus bertindak sebagai raja. Berkenaan dengan perkara itu. Bagi mempraktikan konsep jen. Confucius juga menggesa masyarakat Cina supaya menekankan kepentingan seseorang itu berpegang pada “nama” mereka. Oleh itu.Beliau berpendapat bahawa masyarakat Cina harus mengamalkan ajaran lama yang telah diturunkan dari Zaman Keemasan China. Manakala sesebuah negara pula disaranakan ditadbir secara moral dan bukannya menggunakan undang-undang ataupun kekuasaaan. Dalam ajarannya. maka beliau hanyalah seorang guru. Chung bererti “buat sesuatu kepada orang lain yang kamu suka untuk kamu sendiri” dan Shu pula bererti “jangan buat sesuatu kepada orang lain yang kamu tidak suka buat untuk diri kamu sendiri”. Oleh itu. maka pengikut Confucius juga disarankan mengamalkan konsep Chung dan Shu. Dengan mengamalkan semua amalan lama. Oleh itu. maka sifat manusia akan dapat ditamadunkan dan member suatu tatacara dalam kehidupan bermasyarakat. Konsep ini amat penting bagi diterapkan ke dalam hubungan kemasyarakatan di China bagi mencapai keharmonian dan kelancaran pentadbiran kerajaan. Kedua-dua konsep ini menjadi konsep yang saling melengkapi antara satu sama lain. Perkataan jen menjadi asas penting dalam ajarannya dan disebut 100 kali di dalam Analects. Confucius menekankan peri pentingnya mengamalkan nilai dan moral yang baik terutamanya dalam soal kemanusiaan (jen/ren) dan mempunyai perasaan kasih sayang sesama manusia. “Nama” boleh membantu perjalanan masyarakat dengan lebih sempurna dan teratur. para menteri bertindak sebagai menteri. pemerintah hendaklah mempunyai sifat moral yang tinggi untuk dicontohi oleh rakyatnya. bapa sebagai seorang bapa dan anak sebagai seorang anak. . Setiap “nama” mempunyai suatu tanggungjawab dan tugasnya tersendiri.

Namun. bergaduh.Confucius berpendapat bahawa jika seseorang pemerintah meletakkan soal moral sebagai soal paling penting. Ikatan ini akan membantu mengawal hubungan manusia di semua peringkat atau seluruh masyarakat. Dengan itu. maka rakyatnya akan mengikut jejaknya dan secara tidak langsung undang-undang yang keras tidak diperlukan. Pihak yang lebih tua mempunyai tanggungjawab dan menjaga orang bawahnya (anak. hubungan yang lebih erat adalah umpama sesebuah keluarga harus dijalankan. manakala golongan bawah harus mentaati dan menurut perintah. Dalam sesebuah keluarga misalnya. Dengan itu. Jika angin bertiup. biasanya hubungan antara kawan lebih merupakan hubungan yang sama taraf kecuali terdapat perbezaan umur. Namun hubungan ini bukannya hubungan sehala. beliau menjelaskan kaedah terbaik untuk memerintah bukannya menerusi penguatkuasaaan undang-undang tetapi menanamkan nilai-nilai moral menerusi pendidikan kepada rakyat. Dengan kata lain. . tetapi lebih merupakan hubungan dua hala antara kedua-dua pihak. wujud tiga hubungan yang penting dalam sesebuah keluarga seperti anak kepada bapa. berperang) terhadap rakyat. Keadaan serupa juga harus ada dalam hubungan di sesebuah negara kerana perkara itu boleh mengelakkan tindakan jahat pemerintah (seperti menindas. dan perumpamaan ini boleh menjadi contoh sesuai dalam pemerintahan sesebuah negara. Confucius menambah dua lagi hubungan penting dalam susunan masyarakat iaitu hubungan rakyat dengan pemerintah dan hubungan sesama kawan yang diibaratkan sebagai hubungan adik-beradik. Dalam sesebuah masyarakat atau negara. adik kepada abang dan isteri kepada suami. makan rumput akan tunduk. beliau menyarankan supaya diwujudkan suatu ikatan yang kuat dalam masyarakat. isteri atau sebagainya). Melalui hubungan ini boleh membantu mengeratkan hubungan sesama manusia dengan rakyat mentaati pemerintah dan pemerintah pula akan menjalankan tugasnya dengan baik. Beliau menambah lagi bahawa pemerintah umpama angin yang bertiup dan rakyatnya umpama rumput. ketaatan anak kepada ibu bapa atau orang lebih tua dipentingkan. Oleh itu.

Secara keseluruhannya. Oleh itu. Selepas itu. Beliau juga dikenali sebagai Tuan Meng. . Sebagai pengikut Confucius.Kesan Pengaruh Confucius Kepada Masyarakat Secara umumnya pengaruh Confucius dalam kehidupan mesyarakat cina amatlah penting. dan meninggal dunia pada tahun 289 S. namun setelah beliau meninggal dunia barulah ajarannya mula menampakkan pengaruh dalam pemikiran masyarakat Cina. masyarakat Cina masih mengamalkan ajaran falsafah. Beliau menyatakan bahawa sifat semula jadi manusia adalah baik seperti air yang menitis. Oleh itu manusia perlu dididik untuk mengembalikan kosep hsin (xin) iaitu pemikiran atau hati. Ini kerana pemikiran atau hati akan menggalakkan pertumbuhan sifat-sifat baik. Kuil-kuil juga telah dibina untuk menjalankan upacara pemujaan Confucius. Pada hari ini. beliau gagal mempengaruhi banyak kerajaan. Zaman Dinasti Han memulakan upacara korban di depan makam Confucius. Beliau juga menyarankan agar manusia mengembalikan institusi lama (Dinasti Chou Barat) untuk menyelesaikan masalah di China pada masa itu. usaha Confucius itu tidak sia-sia dan pengaruhnya bukan sahaja menjadikan Confucius sebagai satu aliran falsafah utama masyarakat Cina tetapi telah menjadi sebahagian daripada ajaran agama masyarakat Cina. jika menentang sifat semula jadi maka akan timbul kejahatan. Walaupun pada awal hayat Confucius. Manakala perbuatan jahat adalah kerana manusia tidak menuruti sifat asalnya dan bukan disebabkan bakat semula jadinya. Beliau dilahirkan pada tahun 371 S. taraf Confucius dinaikkan kepada “Yang Dipertian Ni. Satu lagi kesan ketara ajaran Confucius ialah secara beransur-ansur ajarannnya menjadi ajaran agama. Ajaran Confucius telah melahirkan sistem peperiksaan yang wujudnya birokrasi dalam pentadbiran China. Confucius mula dipuja sebagai seorang tokoh yang unggul. Yang Maha Sempurna dan Maha Terkenal”.M. Beliau berpendapat baha semua orang boleh men jadi Yao ataupun Shun (raja lagenda yang bijaksana pada zaman kuno). Mencius juga cuba menasihati pemerintah agar menjalankan pemerintahan yang bijaksana.M. Salah seorang anak murid Confucius yang paling terkenal ialah Mencius ataupun Meng Ko.

Di Melaka. kubur itu merupakan satu taman yang cantik dan dinamakan Taman Kong. dimana ia merupakan kitab yang paling tepat mengisahkan kehidupan Confucius serta ajarannya yang semakin hilang. Pada masa itu. Kini. Tokong Confucius yang pertama di Malaysia terletak di sebuah sekolah yang bernama Confucius Chung Hwa School di Pulau Pinang. peninggalannya dikebumikan di kubur Chu Fu (Sekarang: Shandong). Selepas beliau mati. istiadat diadakan untuk memberi penghormatan kepada Confucius pada hari jadi Confucius iaitu pada 27 haribulan 8 Kalendar Cina (28 September 551 BCE). orang orang TIONG HUA di Pulau Pinang akan membawa anakanak mereka ke tokong untuk memberi penghormatan kepada Confucius sebelum memulakan persekolahan awal mereka. Beliau meninggal dunia pada tahun 289 S. dan mewariskan karya tentang ajaran beliau dalam buku yang dikenali sebagai Mencius. Kitab yang disusunkan oleh pengikut-pengikutnya ialah Lunyu (Inggeris:Analects). Setiap tahun.Walaupun Confucius telah mati tetapi ajaran dan falsafah beliau masih diamalkan sehingga terbinanya tokong-tokong di seluruh China.Sekolah ini diasaskan oleh Duta Besar Dinasti Qing ke kawasan jajahan selat British pada awal kurun ke-20.M. Mencius juga mempertahankan ajaran Confucius daripada kritikan ahli falsafah yang lain. . sebuah bangunan yang dinamakan Bangunan Confucius juga didirikan untuk memperingati jasa Confucius dan para pengikutnya yang handal dalam bidang akademik.Selain mengembangkan ajaran Confucius.

Laozu Laozu meninggalkan negeri Chu dengan kerbaunya. Laotse. (Pinyin: Lǎozǐ) Satu lagi ajaran yang berpengaruh dalam kehidupan masyrakat Cina ialah Taoisme. latar belakang beliau tidak . Laotze Boyang (伯陽) atau Dan 聃 (Pinyin: Bó Yáng) (Pinyin: Dān) 老子. Nama (姓名) Wade-Giles (韦氏拼音) Ejaan lain Nama Zi (字) (nama selepas berkahwin atau mencapai 20 tahun) Gelaran Anumerta (selepas kematian) Li Er (李耳) (Pinyin: Lǐ Ěr ) Lao Tzu Lao Tse. Namum.Lao Tzu 老子. Aliran falsafah ini disebarkan oleh Lao Tzu. Lau Tze.

Secara umumnya Taoisme merujuk “the way things do what they do”.M. beliau telah menyerahkan kepada pengawal sempada dan beliau telah dibenarkan pergi ke barat. ada cara untuk memasak. Apabila kerajaan Chou mulai merosot. Oleh itu. Namun. beliau dipercayai bersifat kekal dan tidak mati. Tao . cara berperang. Oleh itu. Setelah selesai menulis buku tersebut. sumber tradisi yang lain menyatakan beliau mati pada usia tua dan dikebumikan di China. Menurut sumber-sumber tradisi. beliau telah ditahan oleh pengawal yang tidak membenarkan beliau menyeberangi sempadan kecuali beliau boleh menurunkan ilmunya dalam tulisan. dalam tempoh dua hingga tiga minggu beliau telah menulis tentang ilmunya dalam sebuah karya yang berjudul Tao Te Ching (buku tentang Jalan dan Kebaikan).banyak diketahui. Lau Tzu mengambil keputusan untuk mengembara ke barat. cara mengikat tali kasut. cara sesuatu pemikiran dan tindakan yang mempengaruhi dunia dan lain-lain. di sebuah kampung yang dipanggil Juren dalam negeri Ch’u. Buku ini mengandungi 80 bab pendek dengan kira-kira 5000 perkataan Cina. Namun. Beliau juga dikatakan pernah bekerja di negeri Chou. cara bertani. Beliau dilahirkan pada tahun 604 S. semasa hendak menyeberangi sempadan.

Selepas Tao. Lao Tzu tidak bersetuju bahawa kerajaan yang baik harus dicontohi oleh rakyat. Jika perkara ini diaplikasikan dalam pemerintahan. Menurut Lao Tzu. Benda-benda yang wujud dalam alam semesta ini berdasarkan prinsip ini. Sementara itu. Ajaran Taoisme menekankan konsep wu-wei iaitu konsep yang merujuk “tidak buat apa-apa”. Kejadian daripada Tao dilihat suatu kejadian yang spontan tanpa wujud objektif atau tujuan tertentu. rompakan dan peperangan berpunca daripada tindak-tanduk manusia mengejar sesuatu yang tidak dapat mereka peroleh. pemerintahan yang menjalankan penaklukan menggunakan senjata adalah ditentang. Berkaitan dengan usaha kembali kepada keharmonian alam semula jadi. manusia juga tidak memerlukan undangundang dan perundangan untuk mengawal kegiatan manusia. Begitu juga dengan manusia yang datang dari Tao. dunia manusia adalah sesuatu yang buruk. maka mustahil semua rakyat akan mencontohi pemerintah. dan perkara ini hanya teori semata-mata. Usaha untuk memperbaiki keadaan akan menimbulkan kerugian dan ketidakharmonian pada alam semula jadi. maka perbuatan dan tindakan manusia haru bertindak spontan atau dengan kata lain. Yang lebih penting ialah bagaimana semua rakyat dapat mengawal hawa nafsunya dan kembali kepada aturan alam semula jadi . Oleh itu. China adalah sebuah negara yang besar dan luas. Beliau berpendapat bahawa kejadian negatif seperti kecurian. maka pemerintahan seharusnya diminimumkan. ajaran ini menekankan bahawa keamanan dan keharmonian akan tercapai jika manusia tidak mengikut hawa nafsunya untuk mencari atau mengejar kebendaan. beliau menyarankan semua perkara dibuat secara sendirian mengikut kesesuainnya sendiri. timbul perbezaan antara semua benda di dunia ini. Oleh itu. Dengan itu juga. Tao dilihat mencapai sesuatu tanpa usaha ataupun perjuangan. bersifat semula jadi. Perkara ini bukan bermakna tidak bertindak atau tidak membuat sesuatu tetapi menyerahkan kepada alam semulajadi untuk menyusun keadaan.merupakan asas kemunculan sesuatu benda. Keadaan ini seolah-olah menunjukkan bahawa Tao mendahului tuhan ataupun sama dengannya. Realitinya. maka beliau menekankan tentang pembentukan perwatakan manusia. Secara tidak langsung. pembunuhan.

kerajaan. Chi Kung (Qi Gong) dan meditasi. Pada abad kelima Masihi. Bagi beliau. Walaupon ajaran ini cuba dihalang. Pada lewat abad kedua Sebelum Masihi. Ajaran Taoisme ini cuba memberi kepuasan kepada penganutnya yang tidak mencapai kepuasan dalam ajaran Confucius. Satu lagi keistimewaaan ajaran ini ialah ajarannya telah membawa kepada beberapa gerak langkah jasmani seperti Taichi Chuan. Taoisme mempunyai tuhan-tuhan tersendiri seperti Maharaja Jed. Sebagai suatu agama. ajaran Taoisme terbahagi kepada dua bahagian iaitu ajaran falsafah dan aliran agama. Manakala Maharaja Gunung Timur sebagai penjaga kepada balasan baik dan balasan buruk. ajaran Taoisme mula berkembang sebagai satu agama yang kebanyakkannya mengambil ciri-ciri agama Buddha Mahayana. Dengan kata lain. kerajaan yang baik adalah sebuah kerajaan yang kurang memerintah. Pertubuhan agama Tao ini bergerak aktif di bahagian barat daya China. Ajaran agama Taoisme menjadi amalan kebanyakkan persatuan sulit China. Pada zaman dinasti Han. Taoisme bukan sahaja satu falsafah tetapi berkembang sebagai agama. namun tetap diamalkan oleh penduduk China. perubatan mahupun dalam aspek masakan. agama Taoisme telah digerakkan oleh pergerakan Tianshi dao (Cara Tuan Syurga) diketuai oleh Zhang Daoling. Malah ajaran ini diamalkan bersama-sama ajaran Confucius. Lambang Taoisme . kesenian.bagi mewujudkan kestabilan dan keamanan dalam sesebuah masyarakat dan negara.

(2010). Tamadun China. Sebenarnya. dan menunggu untuk "putih" memulih. apa yang digelarkan Taoisme di Malaysia dan banyak tempat yang lain bukannya ajaran Lao Tzu yang sebenarnya. Ahmad Zaki Abd Latiff. Ini bermakna bahawa kesemua fenomena di dalam dunia ini adalah dalam keadaan sentiasa berubah-ubah. Oleh itu. (2009). lambang ini mempunyai dua bahagian yang sama besar. Ia dicipta oleh penganut-penganut Taoisme untuk menggambarkan konsep ajaran Laozi.Lambang yang sering dikaitkan dengan ajaran Laozi ialah lambang "ying-yang" ("ying" bermaksud "feminin". separuh putih dan separuh hitam. tidak akan ada kecil. Oxford Fajar 3. ajaran Buddha. putih berundur. (1998). Ini adalah salah satu daripada tafsiran konsep "wei-wu-wei". (2003). Choon Lean Keow. tidak akan ada kanan. Gautama Buddha dan Lao Tzu tidak berniat mengagamakan ajaran mereka. Tamadun Asia. Azizah Othman. Azhar Mad Daros. RUJUKAN  BUKU 1. jika tiadanya kiri. Apa yang digelarkan Taoisme sebenarnya adalah adat resam dan budaya orang Cina yang telah meminjam sebahagian kecil sahaja daripada ajaran Lao Tzu serta. Azam Hamzah. dan "yang" bermaksud "maskulin"). Garis di tengah adalah melengkung dan bukannya lulus. dan sebagainya. 4. Sebaliknya. Suffian Mansor. dan sebaliknya. Dewan Bahasa dan Pustaka 2. Oleh itu. Falsafah dan Pendidikan Di Malaysia. dia harus berundur pada tempoh sebegini. Ia membayangkan kebenaran bahawa dunia ini adalah dunia dualisme. Misalnya. jika tiadanya besar. Tamadun Islam dan Tamadun Asia. Bagaimanapun. kekadangnya. seseorang harus tidak menentangi sifat alam semesta seakan-akan ia sentiasa sama sahaja. Kumpulan Budiman Sdn Bhd . Sewaktu hitam berkembang. iaitu segala fenomena dalam dunia ini mempunyai dua keterlaluan.

org/wiki/Konfusianisme (Dilayari pada 1/2/2011) .org/wiki/Sejarah_Taoisme (Dilayari pada 2/2/2011) .wikipedia. INTERNET .htm (Dilayari pada 2/2/2011) .http://it411x34.http://ahmadsamantho.http://ms.http://ms.com/sumbangan_tamadun.wikipedia.http://ms.org/wiki/Taoisme (Dilayari pada 2/2/2011) .http://ms.wikipedia.tripod.com/2009/10/23/kon-fu-tze-atau-konfucius/ (Dilayari pada 1/2/2011) .org/wiki/Confucius (Dilayari pada 1/2/2011) .wordpress.wikipedia.

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->