You are on page 1of 2

Bab 16 

Perkembangan Sistem Perhubungan (telekomunikasi)

Definisi sistem perhubungan :

 Rangkaian menyampaikan maklumat dgn


menggunakan pos, telefon, telegraf, teleks, faksimili (fax),
internet, & telefon selular.

Perkembangan Sistem Perhubungan


Dasar Telekomunikasi Negara :

 ICT (Teknonologi Maklumat dan Komunikasi)


cantuman teknologi komunikasi (IT), penyiaran dan
komputer.
 MSC (Koridor Raya Multimedia) ditubuhkan.
 Syarikat-syarikat siber besar yang berteknologi tinggi
beroperasi di koridor ini yang lengkap dengan pelbagai
kemudahan.
 Bandar siber seperti Cyberjaya dibina.
 Universiti Multimedia di Cyberjaya.
 Sekolah Bestari diperkenalkan supaya pelajar
celik IT dan berurusan melalui komputer.
 Pusat Internet Desa (PID) ditubuhkan untuk
membantu penduduk luar bandar.
 Sistem kad pintar (smart card system) seperti MyKad,
MyKid, Touch n Go.
 Tele-perubatan di Hospital Selayang.
 e-village-Perkampungan berbentuk hiburan supaya
diiktiraf di peringkat antarabangsa.
 e-dagang : Segala urusan perdagangan melalui
internet.
 Tele-perbankan untuk urusan bank dan ATM.
 Kerajaan elektronik untuk mempermudah urusan
dengan kerajaan melalui internet.
 e-learning : Pembelajaran melalui internet.
 Pelancaran satelit seperti MEASAT-1 dan MEASAT-2
bagi mengedari bumi sebagai tujuan perhubungan.
 Penggunaan gentian optik untuk perhubungan seperti
membekal perkhidmatan DIGI
Kepentingan Perkembangan Sistem Perhubungan :

 Pentadbiran kerajaan semakin cekap


 Memajukan tele-perubatan, e-pembelajaran
dan e-perbankan
 Hubungan telekomunikasi yang cekap
 Meramal cuaca
 Mengawal keselamatan Negara

Kesan Negatif Perkembangan Sistem Perhubungan Di


Malaysia :

 Bahan-bahan negatif internet yang tidak ditapis secara


bebas mendedahkan pengguna kepada pengaruh buruk.
 Keselamatan negara terancam kerana maklumat
kerajaan boleh disalahgunakan.
 Masalah cetak rompak semakin berleluasa.
 Sistem perbankan terganggu apabila sistemnya rosak.
 Kes penipuan dan jenayah melalui internet.

Langkah-langkah untuk Mengurangkan Kesan Negatif


Perkembangan Sistem Perhubungan :

 Masalah cetak rompak dapat dikurang melalui


penguatkuasaan undang-undang oleh pihak berkuasa
seperti polis, Kementerian Perdagangan dan Pengguna
dan pihak berkuasa tempatan
 Akta Hak Cipta Pindaan 1997 telah mengenakan
hukuman yang lebih berat terhadap pesalah cetak rompak.
 Akta Jenayah Digital 1997 dan Akta Komunikasi dan
Multimedia 1998 turut diluluskan untuk mengatasi masalah
penceroboh sistem keselamatan negara.
 Kempen kesedaran sering dijalankan melalui bahan media
seperti surat khabar, radio televisyen untuk memberi kesedaran
kepada ibu bapa agar sentiasa memantau penggunaan
Internet oleh anak-anak.

You might also like