Professional Documents
Culture Documents
Definisi
Pendekatan koperatif ialah pembelajaran yang melibatkan pelajar bekerjasama untuk belajar
dan bertanggungjawab ke atas setiap ahli kumpulannya
Ciri-ciri penting
1.Dalam pendekatan koperatif, sekumpulan pelajar boleh dikuasai oleh seorang ahli sahaja.
4. Ganjaran dan pengiktirafan diberi kepada kumpulan yang menunjukkan prestasi yang baik.
Ini juga memotivasikan mereka untuk mencapai sesuatu matlamat
5. Guru hendakalah memupuk sikap positif seperti bekerjasama,, bertolak ansur dan tidak
mementingkan diri agar objektif kumpulan tercapai
6. Guru juga hendaklah melatih kemahiran sosial dan memupuk konsep kendiri untuk
membantu ahli kumpulan mencapai objektif dan mengekalkan hubungan positif
Definisi
Ciri-ciri Penting
b) perlunya ada komitmen, kesudian untuk berkorban masa bagi merancang, menilai dan
membuat refleksi
c) saling membantu antara satu sama lain untuk mencapai prestasi akademik yang baik
Definisi
1. Aktiviti secara kumpulan harus mempunyai satu tujuan. Guru perlulah memilih
prosedur pengajaran secara kumpulan yang boleh membantu pelajar mencapai objektif
spesifik
2. Tanggung jawab guru untuk mengenal pasti tajuk yang sesuai untuk kerja kumpulan
4. Kerja kumpulan yang berkesan akan wujud jika individu diberi tanggungjawab
Definisi
Satu cara atau program pengajaran yang mengambil kira perbezaan individu setiap pelajar
3. Pelajar mempunyai peluang untuk memilih matlamat pembelajaran, hasilan dan aktiviti-
aktiviti
4. Kurang sesuai untuk pelajar sekolah rendah atau pelajar lembap yang memerlukan motivasi
dan dorongan daripada pengajaran aktif guru
Definisi
Kaedah yang kurang menitikberatkan peranan guru dan lebih menitikberatkan peranan murid.
Sangat berkesan dalam sekolah bestari diamana guru memainakan peranan sebagai “guide”
dalam proses pembelajaran
1. Guru menggalak murid supaya aktif dalam proses pembelajaran dengan memberi
arahan dan panduan yang jelas
2. Guru hanya memberi bimbingan tetapi murid yang menyelesaikan masalah dalam
bilik darjah
3. Guru memberi penekenan kepada murid untuk membina pengetahuan mereka
sendiri
4. Peranan guru adalah lebih sebagai pemerhati dan pendorong dalam proses pengajaran
dan pembelajaran
5. Ia juga akan menggalakkan proses interaksi dikalangan murid supaya dapat mencetus
idea dan jawapan yang betul kepada penyelesaian masalah
6. Peranan guru juga ialah untuk menyediakan pelbagai jenis bahan dan media
pembelajaran bagi merangsang pembelajaran pelajar
Definisi
1.Pelajar berpeluang mengemukakan isu-isu, pendapat dan idea-idea mengenai sesuatu topik
dan guru bersama pelajar akan membuat rumusan pada akhir sesi perbincangan
2. Pelajar akan memberi reaksi/tindakbalas tentang topik atau masalah dan perbincangan
dilaksanakan dibawah kawalan guru
3. Perbincangan dapat dilaksanakan dalam semua mata pelajaran dan sebarang situasi bilik
darjah
Definisi
Tunjuk cara ialah satu cara untuk melatih pelajar memerhati dan melakukan sesuatu aktiviti
mengikut prosedur. Ia melibatkan demonstrasi guru atau seorang individu di hadapan kelas
untuk menunjukan sesuatu aktiviti atau prosedur atau langkah.
Cara ini sesuai untuk pengajaran tarian, lukisan, jimnastik atau menjalankan sesuatu aktiviti
Ciri-ciri penting
1. Memberi peluang kepada pelajar untuk benar-benar memahami apa yang hendak
dipelajarai setelah melalui prosedur yang ditunjukkan
6. Kelebihan teknik tunjuk cara ini ialah memperkenalkan bahan pembelajaran baru
kepada pelajar melalui penglihatan dan pendengaran
7. Tiga jenis tunjukcara ialah model hidup, model simbolik dan model persepsi
Definisi
Penyelesaian masalah merupakan proses mental yang memerlukan seseorang itu berfikir
secara kreatif dan kritis dalam mencari idea-idea alternatif and langkah-langkah tertentu untuk
mengatasi kekurangan dan seterusnya menyelesaikan masalah yang dihadapi
Penyelesaian masalah adalah satu cara menggunakan daya pemikiran bagi mengendalikan
satu-satu situasi yang sukar, mengatasi halangan, menghasilkan sesuatu yang diingini, dan
menyelesaikan sesuatu yang rumit.
1.Tujuan penyelesaian masalah ialah ia membolehkan pelajar berfikir secara rasional, logik
dan objektif apabila menghadapi masalah
1. Mulakan penyelesaian masalah yang mudah secara lisan untuk menggalakkan perbincangan
Simulasi merupakan satu gambaran abstrak sesuatu situasi sebenar yang memerlukan pelajar
berinteraksi sesama sendiri berdasarkan peranan masing-masing untuk menyelesaikan sesuatu
masalah atau isu
Ia merupakan satu situasi yang diwujudkan untuk menyerupai keadaan sebenar dengan cara
menggunakan masalah-masalah yang benar-benar wujud atau menyediakan situasi-situasi
yang benar-benzr wujud di dalam keadaan yang terkawal
2. Dalam simulasi, peranan peserta agak luas, kerana peserta bukan sahaja dikehendaki
memegang peranan sebagaimana yang ditentukan tetapi mereka perlu berbincang dan
memberi sumbangan kepada perserta-perserta bagi membuat keputusan
3. Peserta dikehendaki berinteraksi secara dinamis dalam sistem yang berkaitan, membuat
keputusan dan menyelesaikan masalah yang dihadapi
4. Tujuan simulasi ialah ia membolehkan pelajar menggunakan bahasa dengan lebih berfungsi
dan memberi pelajar peluang berinteraksi dan berkomunikasi dengan berkesan
5. Kebaikan teknik ini ialah ia membolehkan pelajar berbincang dan berfikir secara kreatif,
analisis dan kritis
Definisi
Cerita adalah satu susunan kejasian atau peristiwa yang berlaku sama ada benar-benar berlaku
atau diciptakan
Bercerita dianggap sebagai satu cabang seni dan ia memainkan peranan penting sebagai
sumber hiburan rakyat di samping alat pendidikan moral dan nilai di kalangan masyarakat
Ciri-ciri Penting
2. Melatih pelajar dengan pelbagai kemahiran dan kecekapan bahasa terutamanya
kemahiran lisan (mendengar dan bertutur)
3. Menggalakkan pelajar berkomunikasi dengan berkesan dari segi sebutan, nada,
intonasi dan ekspresi/mimik muka
4. Memperluaskan pengalaman dan pengetahuan pelajar dalam pelbagai bidang yang
berkaitan dengan kehidupan seharian
5. Menggalakan pelajar mendengar cerita secara kritis supaya lebih berfikiran matang
dan berketrampilan
Strategi main sambil belajar adalah aktivikti yang dijalankan secara spontan yang membawa
kepada pembelajaran.
Main merupakan expresi kendiri yang kreatif dan perkembangannya paling jelas pada
peringkat kanak-kanak. Kanak-kanak akan mencari pengetahuan dengan kaedah permainan
2. Permainan manipulatif termaksuk teka-teki, jadual bernombor, domino, catur dan
congak
3. Permainan fizikal dalam pendidikan jasmani di mana daya fizikal digunakan dalam
pergerakan, kordinasi, kecekapan, dan kemahiran fizikal.
4. Permainan bahasa dimana aktiviti pengajaran-pembelajaran bahasa mengandungi
unsur bermain dengan menggunakan bahan-bahan dan daya kreativiti pelajar untuk
mewujudkan suasana belajar yang menyeronokkan dan bermakna
Definisi
Projek adalah satu kaedah yang mana pelajar menjalankan sesuatu eksperimen atau aktiviti
didalam situasi yang sebenar dan menghasilkan sesuatu (Ee. A.M. 1997)
Ia merupakan sesuatu aktiviti dijalankan oleh pelajar didalam atau diluar bilik darjah dan
mereka belajar melalui proses menghasilkan sesuatu
1. Tujuan kaedah projek ialah memperkembangkan daya kreatif pelajar dan meluaskan
pengalaman pelajar semasa menjalankan projek
2. Ia juga membantu pelajar bekerjasama dan menanamkan sikap positif dalam
menghasilkan sesuatu projek
4. Projek yang hendak dibuat hendaklah bermakna dan membawa manfaat kepada
pelajar
7. Kelebihan kaedah projek ialah pelajar memperoleh kejayaan dan perasaan
kepuasan jika dapat meyelesaikan projek. Pengetahuan yang di perolehi kekal dan berkesan
Lawatan ialah satu aktiviti sokongan yang membolehkan pelajar memerhati apa yang mereka
telah belajar dalam situasi sebenar
Pelajar dapat mengumpul maklumat secara langsung dan guru boleh mengajar sesuatu yang
tidak boleh dibawa masuk ke dalam bilik darjah
1. Tujuan lawatan ialah meningkatkan pemahaman sesuatu konsep kerana pengalaman
secara langsung
2. Tujuan lawatan ialah menggalakkan penggunaan pelbagai deria dan ini membawa
kesan kepada pembelajaran
3. Tujuan lawatan ialah ia memberi peluang kepada pelajar untuk memerhati perkaitan
antara bahan maujud dan proses-proses yang berlaku
4. Kaedah ini juga menggalakkan pelajar untuk mengaitkan pengalaman diluar bilik
darjah dengan pembelajaran kandungan disekolah
6. Kaedah lawatan juga dapat memberi peluang pelajar mengalami situasi sebenar dan
ini akan mengekalkan ingatan pelajar terhadap perkara-perkara yang diajar
Definisi
Kaedah ini menggabungkan kedua teknik inkdiri dan teknik penemuan. Ia adalah satu
pendekatan yang lebih saitntifik dan menjurus kepada proses penyelesaian masalah tetapi ia
akan mengambil masa yang lebih lama jika dibandingkan dengan kaedah dan teknik yang lain
1. Terdapat beberapa langkah yang spesifik dalam proses pengajaran dan
pembelajaran iaitu mengenal pasti masalah, merancang strategi penyelesaian,
mengumpul maklumat, menganalisis maklumat dan mendapat keputusan serta
membuat rumusan
2. Pendekatan ini lebih sesuai untuk murid yang mempunyai kecerdasan yang tinggi
oleh itu ia mungkin menimbulkan masalah untuk murid yang lemah
3. Pendekatan ini menggalakkan pemikiran kritis dan kreatif serta celik akal
dikalangan murid
4. Murid-murid yang terlibat dengan kaedah ini akam merasa puas hati apabila
mereka dapat mencari jawapan sendiri dan menggalakan perasaan berdikari dalam
proses pembelajaran
5. Untuk menggunakan kaedah ini, guru perlu mempunyai kepakaran yang lebih
tinggi dan perlu membuat perancangan yang lebih teliti
3.15 Modul
5. Setiap panduan belajar mempunyai pengenalan, objektif pengajaran, siri, tugasan dan
soalan-soalan untuk menguji kefahaman pelajar