You are on page 1of 4

akikah

Soalan:
Assalamualaikum,
Adakah daging aqiqah TIDAK boleh dimakan oleh penamanya dan juga ibu bapanya?
Wassalam.
Jawapan:
Daging akikah boleh dimakan oleh penamanya dan juga ibu bapanya bahkan sunat
dimakan hati binatang akikah tersebut.Daging akikah tidak boleh dimakan apabila wali
bernazar untuk melaksanakan akikah. .

Soalan:
Masih boleh ke sesorang itu mengerjakan solat bila keluar cecair spt. air mazi.kerana
kegairahan dan air itu masih lagi terlekat diseluar.
Jawapan:
Air mazi adalah najis, sekiranya air tersebut keluar adalah batal sembahyang dan perlu
menyuci najis tersebut sebelum mendirikan solat dengan wuduk yang baru dan seluar
tersebut hendaklah dibersihkan daripada najis..

Soalan:
soalan saya bagaimana orang yang sudah masuk islam.tapi dia telah melapaskan yang dia
bukan islam lagi.bagaiman pula jika isterinya isal tapi dia cakap dia bukan islam.dan
isteri nya tidak ada hak terhadap nya,adakah dia masih lagi suami isteri yang
sah.sedangkan isteri telah merayu dia supaya dia tidak memgulangi perkatan yang dia
bukan islam.jadi bagaiman kah perhubungan mereka sekarang,ada kah masih sah suami
isteri atau pun tidak.saya betul-betul ingin kepasatian dari jabatab agama jakim.
Jawapan:
Panel menasihatkan supaya saudari merujuk kepada Jabatan Agama Islam yang
berhampiran untuk mendapat kepastian mengenai perkahwinan mereka..

Soalan:
batalkah puasa seseorang sekiranya menelan kahak atau lendir di tekak?.
Jawapan:
Batal puasa bagi orang yang menelan kahak atau lendir di tekak. Jika puasa wajib maka
hendaklah diqada'..

Soalan:
Saya ada sedikit kemusykilan mengenai solat jamak. Katakan saya pulang ke kampung
saya di Johor. Sebelum memulakan perjalanan pulang ke tempat saya bermastautin di KL
boleh ke saya menjamakkan solat saya di rumah ibu bapa saya di Johor sebab waktu itu
katakan telah masuk waktu Zohor sebab saya takut tak sempat untuk mengerjakan solat
Asar apabila tiba di KL..
Jawapan:
Boleh, kerana tuan masih dikira bermusafir.
Soalan:
assalamualaikum.. saya ada seorang kawan yang dulu nya mengikuti al-arqam dan kini
masih aktif dengan kegiatan rufaqa'.. masalah sekarang dia tidak mahu pergi solat jumaat
sedang kan dalam islam telah mewajipkan setiap lelaki mesti pergi solat jumaat. bila di
tanya kenapa tidak pergi solat jumaat, jawapan dia...buat apa aku nak pergi solat jumaat
sedangkan mereka yang mengharam kan al-arqam..buat apa aku nak ikut mereka. saya
berharap pihak tuan dapat memberi hujah kepada saya kerana saya sudah banyak kali
menegur nya tentang perkara ini. sekian,terima kasih...
Jawapan:
Wa’alaikumussalam wbt.

Majlis Fatwa Kebangsaan telah mengharamkan pergerakan Al-Arqam dan Rufaqa


disebabkan ajarannya menyeleweng dari ajaran agama Islam yang sebenar. Solat
jumaat adalah wajib ke atas semua orang lelaki mukallaf. Orang yang
meninggalkan solat jumaat adalah berdosa. Kawan saudara diibaratkan seperti
‘Marahkan nyamuk bakar kelambu’..
Qurban
Soalan:
adik saya di KL telah mewakilkan kepada saya satu bahagian Qurban bagi pihak dirinya.
Bolehkah saya menyimpan sepertiga dari bahagiannya untuk dikirimkan kepadanya
diKL. Jawapan:
Harus bagi mereka yang berkorban mangambil tidak lebih 1/3 daripada daging korban.

Soalan:
Apakah cara yang sebaiknya bagi melupuskan tulang atau sisa-sisa daging korban ?

Ada pendapat mengatakan tulang & sisa-sisa mestilah di tanam samaada tulang itu
mentah atau telah di masak. Ada juga pendapat mengatakan tulang yang telah dimasak
boleh dilupuskan kepada pengutip sampah dan tidak perlu ditanam..
Jawapan:
Memang ada setengah pendapat Ulama yang meyatakan tulang-tulang daging korban
hendaklah ditanam. Walaupun begitu tidak menjadi kesalahan jika dibuang begitu
sahaja..

Soalan:
Pada masa kini banyak pihak yang menawarkan ibah qurban boleh di buat di luar negara
seperti Kemboja dan sebagainya. Harga untuk satu bahagian adalah jauh lebih murah
kadangkala hanya separuh dari harga satu bahagian qurban jika di buat di Malaysia.

Tidak dinafikan ada diantara individu memilih jalan ini untuk mengeluarkan perbelanjaan
yang lebih kecil. Bagaimanapun persoalannya, sekiranya niatnya baik untuk membantu
mereka yang lebih memerlukan di negara2 miskin terbabit dan korban dan agihannya
dilakukan dengan betul mengikut hukum adakah itu lebih afdal / dibolehkan / dibenarkan
mengikut hukum? Bayangkan jika tiada ibadah qurban di sesuatu kawasan di Malaysia
hanya kerana semua orang melakukan qurban di negara lain yang lebih
memerlukan...adakah perbuatan ini dibolehkan? Jika ia dibolehkan, bagaimana pula jika
kita membayar zakat ke negara asing?.
Jawapan:
Ibadah qurban boleh dilakukan di mana-mana sahaja. Namun demikian yang lebih afdal
ia dilakukan di tempat ia mendapat sumber rezeki. Manakala zakat adalah lebih afdal
diagihkan atau diberikan kepada kaum kerabat yang miskin.

Soalan:
Sisa sisa tulang hasil Qurban, ada yang mengatakan bahawa sisa sisa tulang adalah rezeki
bagi binatang seperti anjing, kucing dan lain lain lagi. Boleh jelaskan terperinci dan kalau
ada Hadith atau Nas, sila nyatakan? .
Jawapan:
Ibadah Qurban merupakan sunat muakkad yang dituntut dilakukan bagi mereka yang
berkemampuan. Binatang yang telah selesai diqurbankan, sisa-sisa tulang yang telah
dibuat laukpauk atau yabg telah dimakan hendaklah ditanam dan jangan dibiarkan
bersepah sehingga dimakan oleh binatang-binatang lain seperti kucing atau anjing dan
sebagainya. Ini adalah merupakan satu adab dalam pengabdian kita kepada Allah S.W.T.
Soalan:
Sisa sisa tulang hasil Qurban, ada yang mengatakan bahawa sisa sisa tulang adalah rezeki
bagi binatang seperti anjing, kucing dan lain lain lagi. Boleh jelaskan terperinci dan kalau
ada Hadith atau Nas, sila nyatakan? Jawapan bagi semua Mazhab.
Jawapan:
Qurban adalah satu ibadat yang mulia dalam Islam.Oleh itu segala sisa-sisa tulang hasil
qurban sebaik-baiknya hendaklah ditanam supaya tidak oleh di makan oleh haiwan lain
seperti anjing, kucing dan sebagainya..

Soalan:
bolehkah daging korban dimakan sendiri oleh orang yang berkorban?.
Jawapan:
Harus orang yang melakukan ibadat qurban memakan dagingnya dan seelok-eloknya
diambil 1/3 daripadanya, 1/3 lagi disedekahkan kepada fakir miskin dan 1/3 lagi kepada
saudara mara...

Soalan:
saya ingin bertanya mengenai ibadah qorban yang sepatutnya diagihkan kepada 7
golongan tertentu, tetapi kita dapati ibadah qorban yang dilakukan di malaysia khususnya
seperti tidak terdapat diantara ketujuh-tujuh golongan tersebut...
soalan saya adakah tidak ada golongan tersebut dan jika ada mengapa kita tidak
mengagihkan atau tidak ada mengapa kita tidak hantar ibadah qorban tersebut dimana
masih ramai orang di dunia ni yang memerlukan dan apakah hukum bagi kita yang
memakan daging qorban tersebut sedangkan kita mampu untuk membeli daging?.
Jawapan:
Daging korban boleh diagihkan dan dimakan oleh sesiapa sahaja yang terdiri daripada
orang-orang Islam mengikut keutaman berdasarkan asnafnya.
Tidaklah menjadi kesalahan bagi orang Islam memakan daging korban sekalipun ia orang
yang berada dan berkemampuan.

Soalan:
Betulkah menyembelih haiwan untuk ibadah korban di kawasan masjid tidak boleh.
Harap dapat penjelasan.
Jawapan:
Korban boleh dilakukan dimana-mana sahaja seelok-eloknya ditempat
penyembelihan sekiranya disediakan dan boleh disaksikan oleh orang ramai..

Soalan:
bolehkah daging qurban dimakan org bukan muslim,dan bolehkah daging itu dimakan
org yang membuat ibadat qurban.
Jawapan:
Daging korban tidak boleh dimakan oleh orang bukan Islam. Daging korban boleh
dimakan oleh orang yang membuat korban..

You might also like