You are on page 1of 4

FAKTOR-FAKTOR INTERAKSI ANTARA

TAMADUN

InsyaAllah dalam tugasan folio yang diberikan akan ditumpukan kepada beberapa segi

pemikiran yang menyentuh pengajarannya berkenaan faktor-faktor interaksi antara tamadun,nilai-nilai

universal dalam tamadun secara umum dan khususnya, dan kesan-kesan interaksi antara tamadun.

Seperti yang sedia maklum terdapat pelbagai faktor-faktor yang menjurus kepada interaksi

antara tamadun-tamadun.Faktor paling signifikan yang mempengaruhi interaksi tamadun adalah sifat

kepimpinan.Yang dikatakan kepimpinan kerana sekiranya pemimpin atau raja bersikap adil dan

bertoleransi,interaksi akan berarus dengan keadaan tenang serta aman dan sebaliknya jika pemimpin

atau raja tersebut bersikap tidak berhemah,maka permasalahan mampu wujud dalam interaksi.Contoh

pemimpin yang bertoleransi :

 Nabi Muhammad s.a.w. tidak menyekat orang Yahudi dan Kristian dalam pemerintahan

Madinah,sebaliknya hak-hak mereka dilindungi.

 Kerajaan Islam Ghaznawi,Delhi dan Moghul(India) sanggup bertoleransi dengan penganut Hindu

malah pegawai telah dilantik dalam kalangan mereka.

Contoh pemimpin yang bersikap tidak berhemah(tidak bertoleransi) :

 Sultan Shamsuddin Altamish(India) bertindak keras terhadap penganut Hindu.

6
 Han Wu Ti (Dinasti Han) memilih dasar memihak kepada Konfusianisme berbanding sami

Buddha.

Selain itu,sikap golongan agamawan turut menjadi asbab interaksi antara tamadun.Golongan

agamawan ialah seperti alim ulama’,sami dan paderi.Kebiasaannya golongan ini akan berusaha

mewujudkan suasana harmoni dan memberi penekanan sifat keinsanan.Contohnya sikap dan akhlak

mulia yang ditonjolkan ulama’ Islam di Alam Melayu memudahkan interaksi dan Islamisasi

berlaku.Merekalah yang berjaya memberikan tasawur Islam sebenar kepada penduduk Alam

Melayu.Mereka jugalah yang telah mendirikan pendidikan formal,antaranya intitusi yang dikenali

sebagai pondok atau pesantren(Jawa) dan dayah(Acheh).Hasilnya lahrilah ulama’ di Alam Melayu seperti

Hamzah Fansuri,Abdul Rauf al-Singkeli,Wali Songo dan lain-lain.Namun ada juga sikap golongan

agamawan yang mencetuskan yang mencetuskan konflik,contohnya (i)Paus Urban II dalam perjumpaan

besaran dengan penganut Kristian di Perancis pada 1095M seru berperang dengan orang Islam yang

dikatakan zalim ke atas penganut Kristian (ii)Pemerintahan Dinasti Han di mana ramai sami dan

penganut Buddha ditangkap dan dipenjarakan.

Seterusnya,geografi/ bentuk muka bumi dan kemudahan perhubungan memainkan faktor

interaksi.Misalannya negara China berinteraksi pesat dengan negara Arab kerana adanya dua laluan

iaitu jalan sutera darat dan jalan laut.Interaksi antara kedua-dua buah Negara ini telah berlaku sejak 3M

lagi,dihubungkan dengan jalan sutera darat yang merentasi Khurasan,Samarqand,Xinjiang hingga ke

Peking dan juga jalan laut merentasi Laut Arab ke Benua Kecil India,Kepulauan Melayu hingga ke Canton

di tenggara China.Laluan ini membolehkan kedua-dua buah Negara ini berinteraksi dan menjalankan

aktiviti perdagangan.Terdapat catatan mengatakan kapal-kapal China telah pun sampai di Teluk Parsi

dan berdagang di Pelabuhan Siraf pada 5M.

7
Di samping itu,melalui perdagangan mampu menjadi faktor interaksi tamadun. Contohnya,

interaksi tamadun Alam Melayu/Asia Tenggara dengan Negara Arab.Walaupun peringkat awal pedagang

Arab berdagang ke China,mereka terpaksa singgah ke Tanah Melayu pada waktu itu untuk menunggu

angin yang sesuai sebelum ke China atau pulang ke Arab.Justeru itu berlakulah interaksi antara mereka

secara tidak langsung berlaku proses Islamisasi di Tanah Melayu sebagaimana catatan Marco Polo

tentang pengislaman Perlak 1292M di mana pedagang berjaya meng-Islamkan penduduk Perlak.Selain

berdagang mereka berdakwah mengembangkan Islam atas anjuran Rasulullah s.a.w. dalam

hadisnya:”Sampaikan dariku walaupun satu ayat.”

Tambahan pula,misi politik turut menggalakkan interaksi berlaku dalam suasana harmoni seperti

hubungan diplomatik antara Tanah Melayu dengan China.Menurut teori Islam Tanah Melayu dari

China,berdasarkan catatan sejarah pada abad ke 15M Melaka telah membina hubungan diplomatik

dengan China pada 1404.Pada tahun-tahun berikutnya Melaka telah menerima beberapa utusan dan

begitu juga sebaliknya.Tujuan Melaka mengadakan hubungan baik dengan China adalah untuk dilindungi

dari ancaman Siam.Pada awalnya,China telah menghantar Laksamana Cheng Ho yang beragama Islam

bagi melaksanakan tujuan ini.Dasar perlindungan China terhadap negeri-negari di Tanah Melayu yang

bertujuan politik dan dakwah Islamiah secara tidak langsung menggalakkan Islamisasi.Perlindungan

terhadap Melaka juga meberikan impak yang sama terhadap negeri-negeri di Kepulauan Melayu yang

lain seperti Kedah,Johor dan sebagainya.

Akhir sekali,perkahwinan juga memainkan peranan penting dalam interaksi.Contohnya di Tanah

Melayu yakni interaksi penduduk tempatan dengan pedagang Arab berlaku menerusi faktor ini.Seperti

yang diketahui,sementara menunggu angin monsun berbulan lamanya,terdapat dalam kalangan

pedagang yang berkahwin dengan penduduk tempatan.Melalui proses ini secara tidak langsung juga

proses Islamisasi wujud kerana bagi membolehkan pasangan berkahwin dengan pedagang Arab yang

8
beragama Islam,wanita tersebut perlulah turut Islam.Setelah perkahwinan,kebiasaannya

keluarganya lebih cenderung lalu memeluk Islam.Terdapat juga pedagang yang berkahwin dengan puteri

pemerintah tempatan dan perkahwinan antara wanita Islam dengan lelaki bukan Islam seperti

perkahwinan Megat Iskandar Shah dengan Puteri Pasai.

You might also like