You are on page 1of 6

KAQ 1043

BIMBINGAN TINGKAH LAKU AWAL


KANAK-KANAK

TUGASAN INDIVIDU
‘Ulasan jurnal atau artikel berkaitan dengan isu kanak-kanak’

NAMA :NOR AIDA BINTI HJ. DAUD


NO.MATRIK :E20091000263
KUMPULAN :KUMPULAN C
PENSYARAH :CIK ANIS NORMA MOHAMAD JAAFAR
KAQ1043 BIMBINGAN TINGKAH LAKU AWAL KANAK-KANAK

ULASAN JURNAL ‘SIGN-SUPPORTED DUTCH IN CHILDREN WITH SEVERE


SPEECH AND LANGUAGE IMPAIRMENTS’

Jurnal ini didapati mengupas tentang keberkesanan penggunaan ‘Isyarat sokongan


Belanda (Sign-supported Dutch) terhadap kanak-kanak yang mengalami masalah pertuturan
yang teruk serta gangguan bahasa’. Di Netherlands, kebanyakan pendidik dan penjaga yang
bekerja di sekolah khas untuk kanak-kanak yang mengalami masalah pertuturan yang teruk serta
ganguan bahasa (SSLI) menggunakan ‘sign-supported Dutch’ (SSD) untuk memudahkan proses
komunikasi mereka dengan kanak-kanak di sekolah tersebut.

Dalam kajian yang dilakukan secara berulang kali ini, perubahan yang berlaku terhadap
cara kanak-kanak dengan SSLI ini berkomunikasi setelah SSD diperkenalkan kepada mereka
telah diteliti. Rakaman video terhadap interaksi antara guru dan pelajar dilakukan pada setiap
selang dua bulan bermula dengan pemerhatian garis asas diikuti dengan enam bulan penggunaan
SSD. Sampel dianalisis untuk mengetahui cara mereka berkomunikasi dan pemerhatian khas
tertumpu pada pergerakan badan dan simbol-simbol yang digunakan oleh kanak-kanak tersebut.
Cara di mana kanak-kanak menambahkan atau menggantikan ucapan mereka dengan pergerakan
tangan dan kekerapan mereka melakukannya diperhatikan. Selepas enam bulan penggunaan
SSD, kanak-kanak tersebut menggunakan awal gerakan badan dengan lebih kerap walaupun
mereka jarang menggunakan isyarat.

Seperti yang kita tahu, gangguan bahasa dan pertuturan boleh menyukarkan kanak-kanak
dalam urusan pembelajaran mereka serta menyukarkan mereka berhubung dengan masyarakat.
Di atas sebab ini, pendidik dan penjaga di sekolah khas untuk kanak-kanak yang mengalami
SSLI tetap mencari jalan untuk memudahkan proses komunikasi. Penggunaan ‘augmentative
and alternative communication’ (AAC) terbukti membantu dalam memperbaiki tahap
komunikasi kanak-kanak tersebut. Menurut Leonard (1998), kira-kira 7 peratus daripada
golongan anak tatih berisiko untuk mengalami ‘severe language impairments’ (SLI).

Dalam sistem tanda, perkataaan yang disebut disokong oleh pergerakan tangan yang
memasukkan tanda-tanda yang berasal daripada “sign language” atau pun bahasa isyarat
(Morris, 2005; Baker, 2008). Sistem isyarat adalah kombinasi antara dua sistem komunikasi
(pertuturan dan bahasa isyarat), tetapi ia merupakan bahasa pertuturan yang menyediakan

DIPLOMA PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK Page 1


KAQ1043 BIMBINGAN TINGKAH LAKU AWAL KANAK-KANAK

struktur bahasanya yang tersendiri. Dalam konteks ini, dua jenis pergerakan tangan yang
berkaitan disebut pergerakan badan dan isyarat. Isyarat boleh menyampaikan makna dan dengan
serentak ianya menggabungkan bentuk tangan, tempat, orientasi, maklumat yang tidak manual
serta pergerakan tangan (Baker. 2008). Secara ringkasnya, SSD terdiri daripada pergerakan-
pergerakan tubuh badan dan pergerakan seperti simbol tidak kira sama ada simbol SLN (Sign
Language Netherlands) yang “iconic” atau “non-iconic”.

Isyarat diajar kepada kanak-kanak yang mempunyai kesukaran untuk menggunakan


bahasa ekspresif atau kesukaran untuk memahami ucapan yang bermakna (Morris, 2005). Antara
contoh bahasa isyarat yang digunakan di seluruh dunia ialah isyarat sokongan yang berasal
daripada British Sign Language (BSL) dan dikenali sebagai “Makaton” (The Makaton Charity,
2008). “Makaton” digunakan oleh individu yang mempunyai kesukaran dalam pembelajaran dan
komunikasi. Sebagai contoh, individu yang mempunyai gangguan kognitif, autisme atau masalah
artikulasi.

Dalam kajian yang dilakukan berulang kali ini, seramai 8 orang kanak-kanak yang
mempunyai masalah SSLI digunakan sebagai bahan kajian dan perkembangan komunikasi
mereka diikuti dari masa ke masa. Bermula dari September 2005 sehingga Mei 2006,
perkembangan komunikasi kanak-kanak tersebut diteliti. Polisi sekolah yang menyertai sekolah
khas untuk kanak-kanak yang mempunyai gangguan pendengaran dan kanak-kanak yang
mempunyai masalah SSLI untuk kanak-kanak yang berumur 2 hingga 4 tahun ialah, memerlukan
guru, pakar terapi pertuturan dan kakitangan sekolah yang menggunakan SSD apabila berurusan
dengan kanak-kanak.

Sepanjang tempoh pembelajaran, kanak-kanak yang terlibat dengan kajian ini menerima
input SSD berikutan polisi yang telah ditetapkan tadi. Kanak-kanak tersebut (4 lelaki dan 4
perempuan) yang mana di kenali sebagai kanak-kanak yang mengalami SSLI, bermula 1
September 2005, mereka hendaklah berumur kurang dari 5 tahun, tidak mengalami gangguan
pendengaran yang melebihi 35 desibel tahap pendengaran (dB HL), tiada gangguan penglihata
dan gangguan motor yang teruk, bahasa pertamanya adalah Belanda dan belum pernah
ditawarkan dengan mana-mana bahasa isyarat sebelum dijadikan sebagai rujukan.

DIPLOMA PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK Page 2


KAQ1043 BIMBINGAN TINGKAH LAKU AWAL KANAK-KANAK

Pada awal kajian, kanak-kanak diuji terhadap sejauh mana pemahaman bahasa,
penghasilan dan kejelasan bahasa mereka. Untuk penghasilan bahasa, kanak-kanak ini hanya
menghasilkan 50 patah perkataan atau kurang. Kanak-kanak ini dikategorikan sebagai “susah
untuk bercakap” atau “tidak bercakap langsung”. Ini adalah antara sebab perkembangan
fonologikal kanak-kanak tersebut masih belum berkembang (Beers, 1995; Stes, 1997).
Klasifikasi awal berdasarkan tahap kemahiran penghasilan bahasa kanak-kanak tersebut
terbahagi kepada tiga kumpulan iaitu 2 orang daripada mereka yang mempunyai masalah dengan
kemahiran komunikasi lisan, 3 daripadanya bertutur dengan tidak jelas dan sukar untuk difahami
berikutan gangguan fonologikal yang teruk dan 3 kanak-kanak yang terakhir dikategorikan
sebagai “susah untuk bercakap” atau “tidak bercakap langsung”.

Sistem pengklasifikasian yang digunakan dalam kajian ini merupakan adaptasi daripada
sistem yang digunakan dalam kajian penggunaan bahasa tubuh yang lalu (Butcher dan Goldin-
Meadow,2000). Komunikasi lisan adalah pertuturan, perkataan dan pervokalan yang bermakna
dan dikenali di Belanda serta kerap digunakan oleh kanak-kanak untuk merujuk kepada sesuatu
objek atau peristiwa. Sesuatu pergerakan tangan diklasifikasikan sebagai isyarat apabila ia
dipadankan dengan penerangannya dalam “Dutch sign lexicon” (Nederlands Gebarencentrum,
2000).

Kajian ini dilakukan mengikut beberapa prosedur. Rakaman video dilakukan untuk
menentukan sama ada kanak-kanak berkomunikasi secara lisan dengan menggunakan pergerakan
tangan/badan atau isyarat, atau dengan cara menggabungkan kedua-dua mod komunikasi.
Rakaman video tersebut dibuat di dalam bilik terapi di mana 2 orang pakar terapi pertuturan akan
berbual dengan 4 orang kanak-kanak. Tajuk perbualan mereka tidak dihadkan. Dalam
kebanyakan kes, permainan yang ada dalam bilik terapi tersebut juga boleh dijadikan sebagai
topik perbualan dengan kanak-kanak. Di akhir kajian, salah seorang daripada dua pengkaji akan
memeriksa semua trankripsi dan pangklasifikasian sehingga menghasilkan 90 peratus kadar
persetujuan. Kemudian, tuturan komunikasi tersebut akan di klasifikasikan sebagai “lisan”,
“pergerakan tangan/isyarat” atau “gabungan”.

DIPLOMA PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK Page 3


KAQ1043 BIMBINGAN TINGKAH LAKU AWAL KANAK-KANAK

Hasil kajian pertama menunjukkan Kanak-kanak 3 dan Kanak-kanak 7 mempunyai


pertuturan yang sukar untuk difahami dan kedua-dua mereka hanya menuturkan lebih kurang 40
hingga 50 perkataan sahaja. Mereka hanya menggunakan antara 3 hingga 5 patah perkataan
sahaja setiap kali menuturkan ayat dan mereka boleh dikatakan langsung tidak menggunakan
“pergerakan tubuh/isyarat” untuk berkomunikasi. Manakala, kanak-kanak lain menuturkan ayat
yang mempunyai pengulangan kata dan juga menggunakan “pergerakan tubuh/isyarat” lebih
kurang 10 hingga 16 kali kecuali Kanak-kanak 5. Kanak-kanak 5 mempamerkan pola
komunikasi yang berbeza apabila dia menggunakan “lisan” dan “gabungan” lebih kerap
berbanding penggunaan pergerakan tubuh atau isyarat tanpa mengeluarkan suara.

Berdasarkan jadual yang ditunjukkan, Kanak-kanak 1 kerap menggunakan “lisan” pada


awal kajian dan penggunaan ini semakin bertambah sehingga ke bulan yang ke-empat dan
kemudiannya penggunaan “gabungan” semakin bertambah sehingga bulan yang ke-enam.
Kanak-kanak 2 pula yang pada awalnya menggunakan “lisan” sebagai perantara seterusnya
menggunakan “gabungan” pada bulan ke-empat dan menggunakan “lisan” dan “gabungan” pada
bulan ke-enam. Bagi Kanak-kanak 3 pula, kekerapan menggunakan “pergerakan tubuh/isyarat”
dan “gabungan” adalah terlalu sedikit dan mereka lebih selesa menggunakan “lisan” dalam
komunikasi mereka walaupun pertuturan mereka sukar difahami. Kanak-kanak 4 lebih selesa
menggunakan “lisan” pada awalnya dan pada bulan ke-enam Kanak-kanak 4 ini masih
menggunakan “lisan” tetapi sudah ada sedikit unsur “pergerakan tubuh/isyarat” dan juga
“gabungan”. Kanak-kanak 5 pula lebih selesa menggunakan “pergerakan tubuh/isyarat” pada
bualan kedua dan seterusnya menggunakan “lisan” pada bulan ke-empat sehingga bulan ke-
enam. Kekerapan penggunaan “pergerakan tubuh/isyarat” dan “gabungan” adalah terlalu sedikit
sehingga bulan ke-enam.

Bagi Kanak-kanak 6 pula, penggunaan “lisan”-nya semakin berkurang sehingga bulan


ke-empat dan penggunaan “pergerakan tubuh/isyarat” semakin bertambah sehingga bulan ke-
enam. Kanak-kanak 7 yang pada awalnya lebih selesa menggunakan “lisan” dan “gabungan”
akhirnya mula menggunakan “pergerakan tubuh/isyarat” sehingga bulan ke-enam. Kanak-kanak
8 juga yang pada awalnya menggunakan “lisan” sebagai medium untuk mereka berkomunikasi
akhirnya menggunakan “pergerakan tubuh/isyarat” dan “gabungan” untuk berkomunikasi.

DIPLOMA PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK Page 4


KAQ1043 BIMBINGAN TINGKAH LAKU AWAL KANAK-KANAK

Tujuan kajian kes ini dijalankan secara berulang kali adalah untuk mengenal pasti sejauh
mana pengenalan terhadap SSD memberi kesan kepada kanak-kanak SSLI. Sebelum dan selepas
memperkenalkan isyarat-isyarat sokongan, kesemua lapan orang kanak-kanak tersebut
menggunakan “lisan” sebagai mod utama komunikasi mereka. Hasil kajian mendapati
peningkatan penggunaan “pergerakan tubuh/isyarat” tidak berlaku kerana kesemua kanak-kanak
masih menggunakan “lisan” sebagai mod utama mereka untuk berkomunikasi. Secara
keseluruhannya, SSD adalah untuk merangsang kemahiran komunikasi verbal dalam kalangan
kanak-kanak yang mengalami SSLI.

Namun begitu, beberapa penambahbaikan adalah perlu bagi memastikan kajian ini lebih
berjaya. Antaranya, pengkaji boleh juga melibatkan ibu bapa untuk memastikan keputusan kajian
ini lebih positif. Sebagai contoh, kanak-kanak yang dikaji tadi perlu juga didedahkan dengan
penggunaan pergerakan tubuh atau bahasa isyarat semasa mereka berada di rumah. Melalui cara
ini, komunikasi dengan kanak-kanak SSLI ini mungkin akan lebih mudah untuk difahami. Selain
itu, sokongan daripada individu yang rapat dengan kanak-kanak ini juga perlu supaya kanak-
kanak akan berasa selesa ketika menggunakan bahasa isyarat tersebut.

Konklusinya, ibu bapa, guru, penjaga dan pihak yang berkaitan perlu bekerjasama supaya
usaha untuk membantu kanak-kanak yang mempunyai masalah gangguan pertuturan dan bahasa
ini dapat dijalankan dengan jayanya dan bukan sekadar untuk kajian sahaja. Bantuan pada
peringkat awal adalah sangat perlu supaya masalah kanak-kanak ini tidak berlanjutan sehingga
mereka dewasa dan susah untuk dirawat. Perkara ini akan bukan sahaja menyukarkan mereka
untuk melakukan rutin harian malah menyukarkan mereka untuk menghadapi cabaran hidup.
Oleh sebab itu, adalah menjadi tanggungjawab semua pihak untuk membantu kanak-kanak ini.
Semoga dengan bantuan awal yang diberikan, masa depan kanak-kanak ini akan menjadi lebih
cerah.

DIPLOMA PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK Page 5

You might also like