You are on page 1of 4

DEFINISI LAKONAN

Menurut Kamus Dewan edisi keempat mendefinisikan seni sebagai halus (kecil,elok), tipis
dan halus. Seni juga diertikan sebagai karya seperti sajak, lukisan, muzik, dan lain-lain yang
dicipta dengan bakat hasil daripada sesuatu ciptaan.

Kesenian pula diertikan sebagai perihal seni yang berkaitan dengan seni, keindahan atau
kehalusan.

Di Malaysia, Indonesia, dan Thailand terdapat satu istilah kesenian yang di kongsi bersama
tetapi membawa maksud yang berbeza. Istilah itu ialah "lakon". Di Malaysia dan Indonesia
"lakon" membawa maksud cerita yang dipentaskan. Di Thailand pula istilah yang sama
membawa maksud tarian. Secara amnya, dalam kebudayaan masyarakat rantau asia tenggara
terdapat serangkaian bentuk seni yang melibatkan gerak geri atau perlakuan manusia yang
ditonton oleh manusia lain. Didalam kamus dewan pula diertikan sebagai seni mengenai
lakonan pentas (sandiwara).

Dalam bahasa inggeris rangkaian seni ini biasanya di sebut 'performing art' atau kadang kala
'theatre' dalam pengertian yang luas. Dalam bahasa Melayu kini teater dalam pengertian yang
luas juga disebut 'seni lakon' dan dikira sebagai meliputi drama, muzik, dan tarian. (Fatimah
Ali,1990: 2)

Seniman dan seniwati pula diertikan sebagai orang yang mempunyai bakat seni dan dapat
mencipta hasil seni serta dapat memperagakan hasil seni itu, seperti pelukis, penyair,
penyanyi, dan sebagainya. Juga diertikan sebagai bintang filem (lelaki dan wanita) yang telah
lama melibatkan diri dalam perfileman dan telah mencapai tahap tertentu.

JENIS LAKONAN

ARTISTIK

Artistik ialah gerak geri seni baik pada percakapan , mahupun pada gerak lakon. Misalnya
dalam sebuah drama purbawara. Tajuk ceritanya katakanlah cinta dan senikata cerita cinta ini
dibuat dalam bentuk pantun. Untuk menyesuaikan senikata berpantun ini, maka pengarah
terpaksa mengarahkan pelakon – pelakonnya supaya melakukan adegan yang sengaja diada –
adakan.

REALISTIK

Ini gerak geri biasa lawan kepada artistik. Jelasnya sebagaimana kelakuan dan percakapan
sehari –hari maka begitulah pula dilakonkan diatas pentas. Hubunagan jenis lakonan artistik
dengan realistik bolehlah diibaratkan antara orang berjalan dengan orang menari. Orang
berjalan itu disebut realistik dan orang menari itu disebut artistik.
WATAK PARADOKS

Ertinya melakonkan banyak wata. Misalnya dalam adegan atau babak pertama dia berlakon
sebagai seorang lanun yang ganas, kemudian dalam adegan atau babak kedua dia diminta
memainkan watak lain seperti menyamar jadi peminta sedekah dan dalam
adegan atau babak ketiga dia menjadi lanun semula.

PENGUCAPAN

Pengucapan dalam drama ialah apabila pelakon melafazkan dialog secara langsung dari atas
pentas. Pengucapan itu hendaklah terang, jelas dan dapat didengar oleh semua penonton
walaupun ribuan jumlahnya.

Di negara barat dan negara maju, suara pentas adalah menjadi syarat mutlak bagi seseorang
pelakon, kerana suara pelakon itu dikehendaki secara lansung sampai ke telinga penonton
tanpa dibantu alat pembesar suara. Bagi suara yang dibantu dengan pembesar suara, itu
dianggap cara lama yang sudah lapuk ketinggalan zaman. Bukti dari sejarah perkembangan
seni drama di dunia menunjukkan bahawa pelakon tanpa pembesar suara itu sebenarnya
adalah cara lama dalam zaman bangsawan sejak dahulu lagi.
Kesulitan utama bagi seseorang calon pelakon ialah tidak semua orang memiliki suara pentas.
Malah kebanyakkan pelakon memiliki suara sederhana.

Akibatnya banyak drama yang dipersembahkan gagal kerana tidak dapat memenuhi syarat –
syarat kesempurnaan pementasan drama. Ditanah air, syarat kesempurnaan sering menjadi
syarat penting dalam pementasan drama. Sebab – sebab yang lain mungkin mereka tidak tahu
serta tidak menyedari hal tersebut.

Oleh kerana tidak tahu dan tidak menyedari maka selalu berlaku dimana para pengarah atau
jawatankuasa pemilihan pelakon tidak berdasarkan pemilihan calon pelakon kerana suara
pentas tetapi mengutamakan paras rupa yang kacak, lawa, tampan, menarik dan lain – lain
lagi walaupun suaranya kurang bagus.

PERASAAN

Dalam hal ini, pelakon berkebolehan menguasai perasaannya apabila membawakan peranan
yang diberi. Pabila pelakon muncul di penta, maka perasaan yang ada dalam dirinya ialah
sedang melakonkan peranan dan sedang menghadapi ramai penonton.dia bukan lagi diluar
panggung, tidak lagi boleh membuat gerak geri dan bercakapsesuka hatinya seperti diluar
panggung.
Jika perasaan itu tidak dikuasai dalam dirinya bermakna dia masih mengingat atau
berperasaan seperti biasa . Untuk menguasai perasaan ini bukanlah satu kerja mudah. Ini
kerana kita memerlukan kekuatan jiwa dan pemusatan fikiran yang sungguh – sungguh.
Gangguan perasaan akan mengakibatkan lakonan seseorang berlawanan dari perasaan yang
dikehendaki oleh cerita, yang lembut jadi kasar, yang tenang jadi gopoh, yang gembira jadi
duka dan seterusnya. Oleh sebab itu, bagi setiap pelakon memang menjadi suatu peraturan
atau tatatertib yang sebaik – baiknya supaya sentiasa menjaga perasaan jangan sampai
terganggu.
SENI KATA

Ini adalah kebolehan menguasai semua seni kata yang sudah dihafal dengan lancar,
menguasai tekanan – tekanan suara, pernafasan dan menguasai bila dan ketika seni kata itu
bersambut balas dengan pelakon lain yang dilawan bercakap.
Selain itu penguasaan seni kata juga perlu apabila seni kata itu dihubungkan dengan teknik
lampu, muzik, bunyi latar belakang dan lain – lain. Paling penting penguasaan seni kata yang
dihubungkan dengan mimik muka, gerak geri dan menghala kepada penonton.
Ini termasuk juga kesan pengucapan seni kata itu kepada penonton. Terutama apabila sampai
seni kata yang lucu sehingga membuatkan penonton ketawa terbahak – bahak, tentunya
pelakon melayani kesan – kesan itu dengan cara memikirkan penonton puas dengan
ketawanya disamping dia sebagai pelakon bijak menokok tambah gerak gerinya untuk
memenuhi kekosongan semasa penonton sedang ketawa.

GERAK GERI

Penguasaan gerak geri ialah menguasai semua gerak geri yang dihidupkan diatas panggung
sesuai dengan peranan, keadaan dan tempat. Peranan Hang Tuah yang tenang dan Hang Jebat
yang lincah jangan jadi sebaliknya. Keadaan sedang tenang, marah, memujuk atau merayu.
Begitu juga tempatnya, mestilah mengetahui dikawasan mana dia sedang berdiri sama ada
kawasan tengah ( bahagian depan ), kawasan sederhana ( bahagian tengah ) atau kawasan
over acting ( bahagian belakang ).
Namun biar apapun gerak lakon yang dibuatnya, jangan lupa hubungannya secara langsung
kepada penonton. Misalnya gerak geri geram sebagai pembunuh, biasanya keris dijunam ke
dalam perut mangsa atau mangsa diseksa terlebih dahulu dan lain - lain lagi.

TEKNIK LAKUNAN

Di dalam dunia lakonan ada beberapa teknik yang dapat membantu anda untuk memahami
watak yang akan dibawakan anda. Saya percaya setiap pelakon mahu melakonkan sesuatu
yang boleh diterima baik oleh penonton. Di sini terdapat beberapa teknik yang ringkas yang
saya anggap sebagai formula dan anda mampu mengaplikasikannya dalam lakonan anda.

5W 1H

* Who - siapa
* Where - di mana
* When - bila
* What - apa
* Why - kenapa
* How - bagaimana

Who

Siapa dia watak yang anda perlu bawakan. Kenali watak itu dengan membuat biodata tentang
watak itu berdasarkan pemahaman kamu megikut skrip.

Where
Di mana tempat watak itu. Kamu harus tahu sekiranya watak itu dating dari tempat lain dan
ingin kemana. Kamu perlu sedar siapa lagi yang ada di tempat itu.

When

Masa yang ditetapkan. Sama ada pagi, petang dan lain-lain. Mesti cari masa yang paling
spesifik termasuk tarikh pada ketika itu.

What

Apa yang telah berlaku pada ketika itu. Apa yang telah terjadi pada watak itu. Senaraikan jika
berlakunya konflik pada ketika itu.

Why

Jika berlaku sebarang konflik atau tiada konflik kamu harus tahu kenapa terjadinya perkara
itu.

How

Disini kamu harus tahu bagaimana pula terjadi kenapa di atas. Kamu harus mencari punca-
punca konflik itu.

Formula ini tidaklah begitu susah untuk kamu aplikasikan pada watak kamu. Kamu boleh
memulakannya dengan menyenaraikan perkara di atas mengikut pemahaman skrip.
Senaraikan perkara yang wajib. Maksud saya karakter watak kamu yang telah diberikan
dalam skrip. Penambahan karekter yang kamu rasa boleh membantu menguatkan watak kamu
bolehlah kamu bincangkannya bersama pengarah kamu.

RUJUKAN

Suhaina Hj Mat Ludin, Razaleigh Muhamat @ Kawangit & Anisah Bahyah. 2006.
Seni membentuk nilai murni. Prosiding Seminar Serantau Dakwah Dan
Kesenian 2006. Selangor

You might also like