You are on page 1of 5

Teknik Penulisan Ilmiah

Susunan:
DR. SULAIMAN MASRI
Fakulti Bahasa, Universiti Perguruan Sultan Idris

SECARA umum, susunan sesuatu proposal penyelidikan adalah seperti berikut:


1. Pengenalan
2. Pernyataan tentang sasaran
3. Tinjauan perpustakaan
4. Susunan teoritis atau skema konseptual.
5. Hipotesis
6. Metodologi/kaedah.
7. Pernyataan tentang implikasi teoritis dan implikasi substantif.

1. Pengenalan
Pengenalan sesuatu proposal penyelidikan perlu menepatkan permasalahan yang
akan diselidiki dalam prespektif sejarah. Penyelidik perlu secara ringkas memperlihatkan
perkembangan sejarah dalam permasalahan sekarang yang akan diselidiki. Sebagai
penyelidik,anda perlu menetapkan minat utama terhadap permasalahan dengan cukup
tepat dan tegas.
Dengan kata lain, penyelidik perlu mengemukakan permasalahan yang diselidik
dan sudut apa daripada permasalahan itu yang akan dianalisis atau dibahas secara
meluas. Sebagai contoh, jika seorang penyelidik berhasrat untuk menyelidik pelbagai
pengaruh sosial dan psikologi daripada Internet dalam lingkungan pembelajaran, dia
boleh mulai dengan menerangkan permulaan asal penggunaan komputer dipelbagai
lingkungan pengajaran-pembelajaran.
Penyelidik dapat melanjutkan huraian sejarah dengan membahas penggunaan
komputer pada saat sekarang di beberapa lingkungan yang khusus. pada pembahasan
ini, dia boleh mengemukakan minatnya yang sesungguhnya dalam membongkar
beberapa pengaruh sosial dan psikologi yang potensial daripada internet terhadap
pembelajaran ketika itu.

2. Pernyataan tentang Sasaran Penyelidikan


Sasaran atau tujuan projek penyelidikan memperjelaskan apa yang ingin dicapai
oleh penyelidik sebagai hasil daripada aktiviti penyelidikannya. Apakah tujuan spesifik
yang ingin dicapai?
Ada kalanya bahagian ini dibahagi ke dalam beberapa subbahagian untuk
merangkum tujuan utama dan tujuan tambahan. Atau, terdapat perhatian yang primer dan
sekunder. Dalam hubungan ini, penyelidik mungkin mampu menyusun pelbagai tujuan
dalam suatu susunan yang tertib, iaitu dari yang paling penting hingga yang kurang
penting.
Tiada had bagi jumlah tujuan atau sasaran penelitian. Penentuan tentang beberapa
banyak sasaran yang ditetapkan bergantung kepada luasnya penyelidikan, membuat
penyelidik, waktu, biaya, dan pertimbangan tenaga kerja.
Sejumlah pendidikan boleh memiliki suatu tujuan tunggal, manakala sejumlah
projek penyelidikan lainnya mampu memiliki 20 atau 30 tujuan. Walaupun tiada had atas
jumlah sasaran yang dapat dicapai oleh suatu projek, ada kemungkinan penyelidik
menggarap terlalu banyak masalah.
Dengan yang demikian, kurang bijaksana melibatkan diri dengan terlalu banyak
masalah sasaran penyelidikan, kerana penyelidik akan menghadapi kesulitan besar ketika
mencuba merangkum tujuan-tujuan.
Sasaran penyelidikan yang terlalu banyak juga memungkinkan suatu skema
teoretis yang sukar. Dengan yang demikian, dicadangkan supaya penyelidik membatasi
sasaran pada suatu jumlah yang munasabah.
Jumlah yang "munasabah'' atau "yang rasional'' bergantung pada batas waktu,
pertimbangan anggaran, dan kekangan tenaga kerja. Penyelidik perlu menaksir secara
subjektif pelbagai tujuan penyelidikannya untuk menetapkan adakah dirinya memiliki
kesanggupan untuk menangani masalah yang dipilih secara berkesan.
Mungkin penyelidik bertindak bijaksana dengan memilih beberapa tujuan yang
`kontroversial' tetapi tidak mustahil untuk dicapai.
Seterusnya, pernyataan yang tepat tentang tujuan atau sasaran merupakan
pedoman yang berguna bagi aktiviti penyelidikan. Dengan menggunakan contoh internet
tadi, maka sasaran-sasaran yang kabur atau samar-samar boleh berupa "untuk melihat
kalau-kalau penggunaan internet pada suatu lingkungan pembelajaran akan membawa
kepada perubahan sikap'' atau "untuk menemukan kalau-kalau penggunaan internet akan
membawa perubahan peranan yang bererti di kalangan pelajar''.
Pernyataan-pernyataan tersebut dianggap kabur kerana mereka tidak mampu
menetapkan sikap apa dan peranan pelajar yang sama yang terlibat dan dipengaruhi oleh
internet.
Memanglah, dapat dinyatakan bahawa suatu penyelidikan eksploratori boleh
disusun secara longgar bagi menetapkan bagi lebih banyak sasaran penyelidikan yang
spesifik untuk diselidiki dengan ketepatan yang lebih tinggi.
Sehubungan itu, suatu pernyataan yang lebih spesifik tentang tujuan lebih
berupakan "untuk menyelidik pengaruh penggunaan maklumat-bukan-pelajaran daripada
internet terhadap keruntuhan akhlak pelajar/remaja (sesuatu angkubah/variable sikap''.
penyataan tersebut dengan jelas menunjukkan bahawa angkubah bebas (independent)
internet boleh diikuti oleh suatu perubahan pada suatu angkubah bergantung (dependent)
yang spesifik, iaitu maklumat-bukan-pelajaran.
Angkubah atau variabel bermaksud 'faktor termasuk unsur, ciri, angka dan sikap'
yang boleh berubah. Dalam bidang sosial unsur-unsur kehidupan yang boleh berubah
seperti ejaan, makna perkataan, sebutan dan gaya.

3. Tinjauan Literatur
Tinjauan literatur (literature review), iaitu penelitian terhadap kajian terdahulu,
dirancang untuk merapatkan penyelidik dengan maklumat tertentu yang relevan dengan
topik yang diselidiki.
Terdapat pendapat berbeza-beza tentang sejauh manakah sesuatu tinjauan
perbahanan perlu dilakukan. Sejumlah penyelidik mungkin menumpukan perhatian pada
pengenalan semua perbahanan yang ada tentang suatu perkara, manakala yang lainnya
suka meninjau perbahanan berupa jurnal-jurnal utama sepuluh tahun terakhir.
Dalam sesuatu proposal penyelidikan, kita biasanya tidak perlu membahas smua
perbahanan yang ditemukan oleh penyelidik. Satu perkara yang positif daripada tinjauan
perbahanan bagi proposal adalah menggunakan beberapa gagasan yang representatif
daripada sejumlah buku dan artikel tentang subjek yang ditangani.
Sebagai contoh, jika terdapat 100 artikel tentang suatu topik tertentu yang
mencerminkan sejumlah pendapat utama yang berbeza dan bertentangan, penyelidik
penyelidik perlu mampu memilih 10 atau 20 artikel yang kelihatan mewakili pendapat
utama yang diperlukan, disamping sejumlah penemuan yang berlawanan.
Walau bagaimanapun, soal tentang berapa banyak artikel yang perlu dicantumkan
dalam sesuatu proposal penyelidikan, sukar dijawab secara kuantitatif. Sekiranya topik
penyelidikan relatif baru, maka mungkin hanya sedikit atau tiada maklumat daripada
perbahanan yang tersedia yang berkait langsung dengan subjek. Dalam hubungan ini,
penyelidik mesti mengutip perbahanan yang tersedia yang berkaitan hanya secara tak
langsung dengan topik yang akan diselidiki.
Sebagai contoh, pada akhir tahun 1970-an hanya sedikit, jika ada, yang diketahui
tentang pengaruh maklumat-bukan-pelajaran di kalangan remaja kerana pada ketika itu
alat bernama komputer ini masih asing lagi kepada penduduk negara ini. Jika penyelidik
memilih untuk mengkaji maklumat daripada internet berikutan pengaruhnya terhadap
sistem belajaran di sekolah, maka ia akan memasukkan dalam tinjauan literaturnya
maklumat yang berhubung hanya secara tak langsung dengan topik pilihannya. Dengan
yang demikian, usaha rintisan (iaitu projek penyelidikan yang menyelidik bidang-bidang
sosial yang sebelumnya tidak diteroka) merupakan sasaran keterbatasan yang signifikan
semacam ini.
sebaliknya, sekiranya terdapat bahan yang banyak tentang suatu bidang topik,
maka terserah kepada pengkaji untuk menentukan berapa banyak artikel yang akan
dipilihnya untuk suatu tinjauan yang representatif.
Sekali lagi, tiada ukuran yang jelas untuk menentukan berapa banyak artikel,
malah berapa banyak judul buku yang harus ditinjau, tanggapan dan penggaparan
subjektif ini lazimnya sudah memadai.
Usaha merujuk dan mengutip dalam tinjauan literatur dalam proposal dan laporan
penyelidikan boleh diselesaikan dengan pantas dan mudah setelah mematuhi prosuder
antarabangsa. Sebagai contoh "Willer (1971:132) menyatakan bahawa...'' adalah lebih
kurang kaku berbanding dengan "Nik Safiah karim, Hashim Musa, Farid Onn, Abdul
Hamid Mahmood (1986, hlm.12-14). Penerbit: Dewan Bahasa dan Pustaka, menunjukkan
bahawa ...'' Dalam contoh, "Asmah (1980;14)'', sesuatu daftar rujukan yang diberi
keterangan disajikan diakhir proposal.
Karya penulis yang lebih dari satu oleh orang yang sama dapat ditangani dengan
mudah. Sebagai contoh, jika Asmah memiliki tiga karya tulisan dalam tahun yang sama,
maka karya tulis itu boleh ditunjukan sebagai Asmah (1980a), Asmah (1980b), Asmah
(1980c). Banyak jurnal yang mengikuti gaya pengutipan yang terakhir ini disebabkan ia
cepat dan mudah digunakan, serta menjadikan artikel lebih mudah dibaca.
Tujuan literatur perlu memperlihatkan suatu rangkuman yang berkesan menyusuli
pelbagai penemuan (dapatan) penting yang berkenaan langsung denga permasalahan
yang diselidiki. Ia membantu pembaca untuk memahami keterkaitan antara pelbagai
artikel atau buku yang ditemui.
Demi wujudnya objektiviti ilmiah, penyelidik perlu menggembleng usaha untuk
menghadirkan artikel dan buku (terutamanya dalam pelbagai bidang penyelidikan yang
kontroversial) yang mewakili suatu kedudukan yang setara.
Perlu diingatkan, bahawa membahas artikel artikel atau penulisan yang
menguntungkan daripada satu titik pendapat hingga mengabaikan artikel atau penulisan
yang merugikan daripada satu titik pendapat yang berlawanan, sebenarnya
mencerminkan sikap berat sebelah (memihak) penyelidik. Perlakuan begini perlu dihindar
lantaran ia bertentangan malah menyesatkan dari segi norma-norma ilmu pengetahuan.

4. Susunan Teoritis dan Skema Konseptual


Teori merupakan sekumpulan konstruk (konsep), definisi dan dalil yang saling
terkait yang menghadirkan suatu pandangan yang sistematis tentang fenomena dengan
menetapkan hubungan antara beberapa angkubah atau variable, dengan maksud
menjelaskan dan meramalkan fenomena (Kerlinger,1965:11).
Dengan yang demikian, susunan teoritis dan skema konseptual, dalam beberapa
hal, merupakan jantung proposal penyelidikan. Ia demikian ketika penyelidik merumuskan
dan mengembangkan suatu penjelasan tentang hubungan beberapa angkubah yang
diselidikinya.
Bagaimana terjadinya hingga angkubah X dan angkubah Y tidak hanya
didefinisikan tetapi hubungan logik mereka diperlihatkan.
terangkum di sini beberapa anggapan, pembuktian dan definisi yangv digunakan
oleh penyelidik untuk mengembangkan kerangka kerja eksplanatori tempat keseluruhan
projek penyelidikan. penyelidikan selanjutnya akan mendukung atau gagal mendukung
kerangka kerja teori yang ditemukan di sini.

5. Hipotesis
Hipotesis ialah suatu pernyataan sementara tentang sesuatu, yang kebenarannya
biasa tidak diketahui. Sebagai contoh, menyatakan bahawa pelajar Melayu tidak
menghadapi sebarang masalah dalam menjawab Bahasa Melayu Kertas I berbanding
dengan pelajar bukan Melayu, boleh ditafsirkan sebagai suatu hipotesis menyangkut
pengaruh tingkah laku terhadap kebiasaan berbahasa kebangsaan.
Terdapat tiga jenis hipotesis yang penting iaitu hipotesis penyelidikan, hipotesis
nol, dan hipotesis statistik.
Hipotesis penyelidikan merupakan pernyataan yang cermat tentang keadaan hal-
hal penyelidikannya. Hipotesis nol juga merupakan pernyataan kenyataan sesuatu
perkara tetapi pernyataan yang menolak atau menyangkal apa yang ditunjukkan oleh
hipotesis penyelidikan.
Hipotesis statistik pula adakah pernyataan tentang populasi statistik yang
berdasarkan maklumat daripada data yang diamati dan diusahakan oleh seseorang untuk
diguna pakai atau disangkal.
Dalam ruang lingkup proposal penyelidikan, hipotesis boleh dipandang sebagai
kenyataan spesifik daripada teori dalam bentuk yang boleh diuji.
Tiada had dalam jumlah hipotesis yang boleh ditarik daripada skema teporetis dan
dijadikan sasaran ujian pengujian empirisis. Namun begitu, biasanya jumlah hipotesis
pada pengujian emperis, maka beberapa atau kesemua sasaran projek penyelidikan
dicapai sebahagian atau semuanya.

6. Metodologi
Metodologi atau kaedah pendidikan merupakan blue print bagi aktiviti penyelidik
dan menetapkan bagaimana hendak menguji hipotesis, mempelajari subjek, atau
menghuraikan sasaran. Ia sebenarnya menjelaskan rancangan penyelidik dan merupakan
tahap “bagaimana melaksanakan kajian/penyelidikan itu''. Bahagian ini mengandungi
1. Populasi yang diselidiki
2. Jenis persampelan yang diikuti.
3. Ukuran sampel yang diambil.
4. Jenis instrumesi (misalnya: wawancara, soal-selidik, pemerhatian, analisis atau
sumber sekunder seperti catatan statistik, surat, ortobiografi)
5. Statistik yang digunakan (jika ada) seperti gamma, chi square, Person r)
6. Jenis sajian tabular (misalnya grafik, jadual, peta, gambar)
7. Pernyataan tentang Implikai Teoritis dan Implikasi Substantif. Pada akhir projek
penyelidikan, cuba fikirkan jawapan bagi soalan: "sejauh manakah relevansi
dan signifikansi penyelidikan itu?''

Walau pun terdapat banyak pengkaji yang mencari pengetahuan demi


pengetahuan semata-mata dan hanya memberikan sedikit perhatian kepada makna
daripada aktiviti penyelidikan mereka, namun ada penyelidik lain yang berusaha
memenuhi tujuan peribadi dan pada orang lain untuk mempertahankan penyelidikan yang
perlu mereka laksanakan.
Sehubungan itu, penyelidikan dapat dinilai daripada beberapa dimensi. Kalau
penyelidikan bahasa, penyelidikan dapat melihat manfaat segera dan langsung. Misalnya
kurangnya kesalahan umum dalam penulisan bahasa Melayu, atau peningkatan
penggunaan bahasa yang betul di kalangan pelajar bukan Melayu.
Dapatkah penyelidikan membantu pelajar menguasai sistem ejaan yang betul?
Dapatkah hasil penyelidikan berfungsi dalam penyelesaian minat membaca?
Suatu bentuk penilaian lain dibuat atas penelitian sosial menurut suatu dimensi
masa. Adakah hasil penyelidikan saya sekarang diterapkan 10 atau 20 tahun yang akan
datang walaupun tidak ada kegunaan praktis yang terlihat pada masa ini?
Penyelidikan boleh dinilai menurut nilai teoritisnya. Adakah penyelidikan ini
menyumbang pada teori-teori yang ada tentang kemahiran dalam bahasa kedua di
kalangan remaja? Atau, adakah penyelidikan ini menyangkal orientasi teoritis yang ada?

You might also like