You are on page 1of 8

DASAR PERINDUSTRIAN NEGARA

PENGENALAN

Dasar membawa maksud kepada satu rangkaian keputusan yang di ambil

oleh Kerajaan berhubung sesuatu isu. Direka bentuk dan digubal

untuk……..“menterjemahkan visi politik kerajaan dalam bentuk program dan

tindakan-tindakan untuk mencapai matlamat.”Dasar adalah kenyataan yang diistihar

oleh kerajaan yang mengandungi arah tuju yang melibatkan keputusan-keputusan

berasaskan cabang-cabang yang luas dan langkah tindakan yang diambil oleh

pentadbir atau pengurus dalam perspektif masa yang paling lama bagi sesebuah

organisasi atau negara.

Dasar perindustrian diperkenalkan pada era tahun 50-an dan 60-an,yang

mana diperkenalkan sebagai satu usaha untuk mempelbagai ekonomi negara yang

pada masa itu lebit bergantung pada dua bahan komuniti iaitu getah dan biji timah.

Bermula era 70-an ,dasar ekonomi baru di wujudkan bagi mengatasi kelemahan

kurangya keberkesanan dasar tersebut. Dalam dasar ini bermulanya industri eksport

yang memerlukan lebih ramai tenaga mahir,dan dalam era 80-an satu lagi dasar

perindustrian berat di titik bertujuan untuk meningkatkan dan meperkukuhkan lagi

perindustrian.

Dalam usaha kerajaan untuk mempergiatkan lagi proses industrialisasi

negara, kerajaan telah menbuka satu program untuk jangka masa panjang iaitu

pelan induk perindustrian( PIP) yang mana diharapkan dapat meletakkan asas yang

kukuh bagi negara ini menjadi sebuah negara perindustrian yang maju sekaligus

dapat mewujudkan peluang-peluang pekerjaan bagi puluhan ribu lulusan sekolah

dan institusi pengajian tinggi setiap tahun dengan mengenal pasti 12 sektor industri

yang perlu di tekankan.

1
DASAR PERINDUSTRIAN NEGARA

OBJEKTIF

Objektif Pelan Induk Perindustrian yang telah diumumkan oleh Menteri

Perdagangan dan Perindustrian pada 3 Februari, 1986 telah menggariskan tiga

matlamat iaitu,pertama menjadikan sektor perkilangan sebagai catalyst pertumbuhan

perindustrian negara,yang mana pembinaan teknologi yang canggih dan maju

di perkenalkan.Kedua menggalakkan penggunaan sepenuhnya sumber asli.ini akan

mengakibatkan peluang perkerjaan lebih terbuka luas tanpa perlu mengharapkan

negara lain.selain itu,objektif yang ketiga ialah meninggikan tahap penyelidikan dan

pembangunan (R&D) teknologi tempatan sebagai asas bagi Malaysia menjadi

sebuah negara perindustrian.

Susun atur corak perindustrian negara yang di lakukan pada masa itu.

►Berlaku pada tahun 50an – Getah dan Bijih Timah

►Berlaku pada tahun 60an – Gantian Import

►Berlaku pada tahun 70an – Mempelbagaikan Ekonomi

►Berlaku pada tahun 80an – Industri Berat

►Berlaku pada tahun 90an – Peranan Swasta dan pelaburan Asing

2
DASAR PERINDUSTRIAN NEGARA

MENGAPA DASAR PERINDUSTRIAN NEGARA DIPERKENALKAN?

Pada tahun 1980 berlaku evolusi kemelesetan ekonomi negara di mana

semua harga komiditi utama telah jatuh secara serentak mendorong kerajaan

memikirkan strategi-strategi jangka panjang untuk mengenal pasti dan mengatasi

kelemahan-kelemahan struktur sektor pembuatan ini. Seandainya masalah-masalah

ini dapat diatasi, kerajaan yakin sektor ini boleh memainkan peranan yang lebih

dinamik lagi melalui sumbangan-sumbangan yang lebih besar dari segi menambah

eksport.

Selain itu, Malaysia ingin menyahut cabaran Dasar Ekonomi Baru (DEB)

yang telah dilancarkan oleh Kerajaan Malaysia pada tahun1970, iaitu menerusi

Rancangan Malaysia Kedua dengan strategi penyusunan semula masyarakat

melalui pembahagian ekonomi yang sama rata di antara kaum sekaligus dapat

membasmikan jurang kemiskinan yang terbahagi kepada dua iaitu di kawasan

bandar dan luar bandar.

3
DASAR PERINDUSTRIAN NEGARA

Pertumbuhan sektor eksport adalah tidak begitu memuaskan jika

dibandingkan dengan sektor dalam negeri disebabkan beberapa kelemahan-

kelemahan di dalam sektor perindustrian di mana eksport barang-barang

pembuatan Malaysia terlalu bergantung kepada segelintir industri sahaja seperti

elektrik,elektronik dan tekstil. Mutu keluaran juga pada keseluruhannya tidak begitu

memuaskan dan tidak mampu bersaing dengan keluaran negara-negara asing

kerana penggunaan tahap teknologi yang masih rendah serta kekurangan tenaga

pekerja yang mahir. Selain itu, kurangnya hubungkait di antara sektor perindustrian

dengan sektor-sektor lain menyebabkan tidak wujudnya integrasi ke hadapan dan ke

belakang (back-ward and forward integration). Industri-industri yang ditubuhkan juga

kurang mempunyai nilai tambah (value added) kerana banyak menumpukan aktiviti

pemasangan sahaja. Oleh itu, sekiranya sektor perindustrian dikehendaki terus

memainkan peranan utama dalam pembangunan negara, perlulah diwujudkan

matlamat-matlamat jangka panjang yang disokong dengan dasar dan strategi

pembangunan yang baru.

Dengan mempelbagaikan industri tempatan melalui rantaian antara sektor

perindustrian yang lain akan membuka lagi peluang pekerjaan dan tenaga mahir

di kalangan masyarakat setempat.

4
DASAR PERINDUSTRIAN NEGARA

Bagi melaksanakan pertumbuhan ekonomi seimbang di dalam dasar

perindustrian satu sistem berpandangan ke luar diwujudkan. Hal ini kerana usaha

untuk mengekalkan kadar pertumbuhan perindustrian yang tinggi, Malaysia harus

menumpukan kepada pengeksportan keluaran-keluaran perkilangan secara besar-

besaran. Dengan ini masalah pasaran yang kecil telah menjadi satu faktor

penghalang bagi industri-industri tempatan mencapai produktiviti yang lebih tinggi

dan lebih kompetitif.

Dalam usaha untuk merelisasikan negara Malaysia kearah modenisasi

yang membanggakan,Satu cara yang lebih leberal dan harus di lakukan adalah

Memoden dan menyusun semula struktur perindustrian dengan mempertingkatkan

pembangunan industri-industri kecil dan sederhana kerana sektor ini merupakan

tulang belakang proses perindustrian seperti yang ternyata di negara Taiwan dan

menyusun semula industri-industri yang kurang berkesan tetapi penting dalam

ekonomi negara.Sebagai contohnya merpertingkatkan pembangunan industri kecil

sederhana (EKS).

5
DASAR PERINDUSTRIAN NEGARA

Untuk menjadikan Malaysia sebagai satu penyumbang utama sektor

ekonomi masa hadapan, Kerajaan memainkan peranan secara langsung di dalam

merancang, melaksana, membiayai dan mengurus industri-industri berat

memandangkan sektor swasta tidak mampu menanggung perbelanjaan atau

menghadapi risiko dalam mengendalikan projek-projek yang bukan sahaja

melibatkan modal yang besar, tetapi juga hanya dapat memberi pulangan dalam

tempoh masa yang panjang.Atas sebab itu,dasar pandang keluar dipergunakan yang

mana mengekalkan kadar petumbuhan perindustrian yang tinggi, Malaysia harus

menumpukan kepada pengeksportan keluaran-keluaran perkilangan secara besar-

besaran.

Sebagai sebahagian daripada strategik perindustrian untuk mewujudkan

semangat persaingan antarabangsa,industri aeroangkasa di wujudkan,yang mana

merupakan satu proses dalam membangunkan keupayaan dan teknologi

perindustrian dalam menambah baik R&D.Dasar Angkasa Negara akan di gubal bagi

menyediakan hala tuju strategik untuk memprtingkatkan perindustrian aeroangkasa

dan tempatan dan mengenal pasti peluang pelaburan yang berpotensi tinggi dalam

usaha berdaya saing di peringkat antarabangsa.

Selaras dengan rantai huluan dan hiliran industri, promosi galakkan

pelaburan zon dagangan bebas diperlukan untuk menarik pelabur asing untuk

membuat pelaburan sihat melalui kestabilan politik jangka panjang bagi menarik

kemasukan modal asing.

6
DASAR PERINDUSTRIAN NEGARA

Mengurangkan perbelanjaan dalam pembinaan infrastruktur dengan  

memberi tumpuan kepada pertumbuhan industri-industri di kawasan yang telah sedia

mempunyai kemudahan infrastruktur yang diperlukan. Penubuhan industri-industri

diutamakan di sepanjang western corridor di pantai barat Semenanjung yang

mempunyai hampir 75-80 peratus penduduk dan di mini corridor di pantai timur.

Semenanjung, dengan tumpuan di kawasan sekitar Kota Bharu, Kuala Terengganu

dan Kuantan, dan di bandar-bandar di Sabah dan Sarawak seperti Kota Kinabalu,

Sandakan, Tawau, Labuan, Kuching, Sibu dan Bintulu. Mengujudkan pelbagai

industri untuk pertumbuhan bandar baru bagi mengembangkan lagi ekonomi

Negara.

Melaksanakan dasar perindustrian yang berpandangan jauh. Untuk

mengekalkan kadar pertumbuhan perindustrian yang tinggi, Malaysia harus

menumpukan kepada pengeksportan keluaran-keluaran perkilangan secara besar-

besaran. Masalah pasaran yang kecil telah menjadi satu faktor penghalang bagi

industri-industri tempatan mencapai produktiviti yang lebih tinggi dan lebih kompetitif.

Pelbagai usaha dijalankan bagi mencapai matlamat Negara ke arah Negara Maju

selari dengan visi & misi wawasan 2020.

7
DASAR PERINDUSTRIAN NEGARA

Secara kesimpulannya, dengan melaksanakan Pelan Induk Perindustrian

(PIP) yang merangkumi strategi-strategi dan langkah-langkah yang boleh membawa

Malaysia ke dalam era sebuah negara perindustrian dan seterusnya menjadi teras

kepada sebuah negara maju. Melaluinya, pertumbuhan ekonomi Malaysia akan lebih

diterajui oleh pertumbuhan dalam sektor eksport yang berlandaskan strategi

industrialisasi yang outward-looking. Sejauh mana ini akan mencapai hasil yang baik

bergantung kepada keupayaan pekilang-pekilang di Malaysia mengekal, jika

tidakpun meningkatkan lagi, daya saing di pasaran antarabangsa yang penuh

cabaran itu. Dalam hal inilah, terjadi beberapa bentuk dasar yang sekaligus

mengupas dan membentuk negara Malaysia ke arah mengapa dasar perindustrian

tersebut perlu diwujudkan.

You might also like