You are on page 1of 10

SOALAN RAMALAN MID SEM 2 ETIKA

Soalan Kod Etika PERKAMA

1. Dalam Kod Etika Perkamaterdapat 7 bab, teradapat empat tanggungjawab dalam bab
ketiga KOD TATALAKU, sila nyatakan (4markah)

a.Tanggungjawab Kaunselor Terhadap Klien


b.Tanggungjawab Kaunselor Terhadap Rakan Profesional
c.Tanggungjawab Kaunselor Terhadap Masyarakat
d.Tanggungjawab Kaunselor Terhadap Organisasi dan Majikan

2. Apakah tujuan Kod Etika PERKAMA? (1 markah)


Kod Etika ini bertujuan menyediakan garis panduan kepada kaunselor dan juga menjadi
asas dalam menyelesaikan isu etika yang timbul dan dianggap menyeleweng daripada
standard perlakuan kaunselor

3. Sila nayatakan 5 tanggungjawab Kaunselor Terhadap Klien (5 markah)


a. Kaunselor bertanggungjawab mengutamakan kepentingan klien, sama ada klien
individu atau klien korporat (organisasi).
b. Kaunselor hendaklah menghormati privasi klien dan merahsiakan segala
maklumat yang diperolehi semasa kaunseling melainkan jikalau maklumat itu akan
membahayakan klien atau orang-orang dipersekitarannya.
c. Kaunselor hendaklah memahami dan menghormati latar belakang sosiobudaya
klien.
d. KaunseIor hendaklah berkhidmat dengan penuh dedikasi, ikhlas, jujur dan
membuktikan kemahiran serta kecekapan profesionalismenya.
e. Kaunselor hendaklah menjelaskan kepada klien mengenai keperluan, proses dan
implikasi perkhidmatan kaunseling.

4. Kaunselor hendaklah mengiklankan perkhidmatannya secara profesional


mengenai?

a) Kelulusan tertinggi yang berkaitan,


b) Status perakuan pengamal,
c) Jenis perkhidmatan,
d) Penerangan mengenai perkhidmatan,
e) Sijil pendaftaran (practising certificate)

5. Sila beri pengertian maksud perkataan dibawah.

Kod etika - Ethical code berhubung dengan konsep-konsep atau gagasan yang
dianggap universal yang telah wujud dalam semua budaya.

Etika - Ethicsadalah kajian terhadap sikap dan tindak-tanduk manusia yang ideal dan
ianya berlainan dengan morality

Perhubungan Profesional - Professional Relationshipberkaitan dengan pekerjaan


seseorang terutamanya pekerjaan yang memerlukan interaksi antara dua orang atau
sekumpulan pekerja iaitu bagaimana mereka berhubung antara satu sama lain
ianya adalah perhubungan yang sulit dan persendirian di mana kelayan mempunyai hak
untuk menyuarakan pendapatnya tanpa rasa takut ataupun memikirkan akibat negatif

Nilai-nilai - Values satu konsep yang diterima dalam ilmu falsafah, etika, estetik dan
sosiologi di mana ia memperlihatkan kesignifikanan 'sosiologi - historical' dalam
masyarakat dan mempunyai makna peribadi bagi seseorang individu dalam mentafsir
sesuatu kenyataan

Intervensi – Intervention satu tingkahlaku oleh seorang ahli terapi yang cenderung
untuk mempengaruhi kelakuan kliennya semasa sesi terapi atau di luar terapi
Majlis Kaunseling Kebangsaan - National Counseling Council Majlis yang ditubuhkan
atas arahan Jemaah Menteri, dipengerusikan oleh Menteri Perpaduan Negara dan
Pembangunan Masyarakat
Bab 1 Pengenalan Kepada Etika Kaunseling

1. Sila nyatakan tiga inventori sikap dan keyakinan anda tentang isu-isu
profesional dan etika?

a. Kajian fikiran tentang pelbagai isu-isu profesional dan etika profesion menolong.
b. Merangsang minda dan minat di bidang yang dibincang.
c. Terdiri dari 40 soal pilihan ganda

2. Mengapa kita perlu mempunyai etika dan bertindak mengikut lingkungan


profesion kaunseling?

Ianya adalah berhubung dengan keyakinan memiliki kombinasi yang tepat berkenaan sikap
dan kemahiran untuk meringankan penderitaan manusia seperti yang dijanjikan.

3. Secara khusus, etika meliputi empat dimensi, sila nyatakan empat dimensi
tersebut?

a. Mempunyai ilmu, kemahiran dan penilaian yang cukup untuk menggunakan intervensi
berkesan.
b. Menghormati martabat manusia dan kebebasan klien.
c. Menggunakan kekuatan yang dimiliki konselor dan berperanan yang bertanggungjawab.
d. Bertindak dengan cara yang boleh meningkatkan kepercayaan awam terhadap
profesiaon kaunseling

4. Nyatakan 3 tujuan kod etika perkama?

a. Menyediakan garis panduan kepada pengamal kaunseling dan juga menjadi asas
dalam menyelesaikan isu etika yang timbul
b. Menggariskan piawai perlakuan kaunselor dalam menjalin perhubungan professional
dengan klien, rakan-rakan kaunselor, majikan, individu dan profesion lain serta masyarakat
keseluruhannya. Ia juga merangkumi etika perlakuan yang sesuai dengan kedudukan dan
identity sebagai seorang pengamal kaunseling
c. Mendidik pengamal kaunseling dan masyarakat umum mengenai hak dan
tangungjawab masing- masing dalam proses kaunseling

5. Sila nyatakan 2 kelebihan dan 3 limitasi kod etika?

Kelebihan.

a. Sokongan kepada bila berhadapan dengan isu etika


b. Kewujudan dan penguatkuasaan kod etika menunjukkan bahawa konselor menganggap
serius tanggungjawab mereka untuk melindungi kesejahteraan awam.

Limitasi.

a. Konselor sering berhadapan dengan pelbagai populasi; aplikasinya setting etika terhad.
b. Perubahan mendadak dalam bentuk amalan kaunseling dan populasi baru- Sebahagian
daripada kod tersebut sudah ketinggalan zaman selepas diterbitkan; misalnya Internet
kaunseling, HIV, GLBTI
c. Kadang-kadang kod etika mungkin tidak mewakili etika sebenar dan memerlukan
kelulusan daripada Lembaga Pengarah; misalnya APA 1992 pindaan pada kod pada
keintiman seksual

Bab 2: Kaunselor sebagai seorang profesional dan seorang individu

1. Apakah motivasi yang bersifat negatif kepada diri seorang kaunselor yang harus
dielakkan?
a. Secara tidak sedar menggunakan klien untuk memenuhi keperluan peribadi.
b. Menggunakan klien untuk memperolehi penerimaan dan penghormatan mereka.

2. Apakah yang anda faham berhubung dengan tranfarence dan countertranference?


Transferen adalah proses di mana klien menceritakan kisah dirinya kepada konselor
berkenaan pengalaman masa lalu berhubung perasaan atau sikap mereka terhadap orang-
orang penting dalam hidup mereka. Perasaan klien berhubung pengalaman dalam transferen
mungkin termasuk cinta, benci, kemarahan dan pergantungan.

Countertransfernce pula adalah mempunyai maksud yang luas, bagaimana seseorang


kaunselor itu berpotensi mendapatkan maklumat klien melalui cara membantu klien. Ini boleh
dilakukan secara konstruktif atau destruktif.

3. Sila nyatakan keadaan dimana klien yang terlalu stress dan mendatangkan kesan
kepada kaunselor?
a. Kenyataan membunuh diri. b. Marah kepada kaunselor. c. Kerunsingan yang
melampau d. Kurangnya motivasi. e. Klien yang diakhir hayat.
4. Di antara aspek yang boleh ditimbangkan bagi menjaga kesejahteraan diri
termasuk:
a. Kerohanian/ spiritual b. Wawasan diri c. Kerja dan rehat d. Persahabatan
e. Cinta/ kasih sayang

Bab 3: Nilai Perhubungan Menolong

1. Sekiranya kaunselor tidak mampu untuk membuat sesi kaunseling terhadap


sesuatu isu bersama klien disebabkan tidak boleh menerima percanggahan nilai maka
kaunselor wajib berterus terang dengan klien akan hal ini.
a. Isu tidak akan dibincangkan dengan lanjut
b. Rujukan dilakukan khusus untuk isu tersebut

2. Apakah pandangan anda tentang pendedahan nilai diri kaunselor?

Apabila kaunselor mendedahkan nilai diri mereka adalah amat penting menyatakan ia
sebagai nilai peribadi. Nilai diri ini boleh didedahkan di dalam sesi walau bagaimanapun
kaunselor perlu bijak mengatur bila dan banyak mana pendedahan nilai diri ini dilakukan.
Adakalanya pendedahan nilai diri kaunselor dapat membantu klien meneroka nilai diri mereka
sendiri dan tingkah laku yang terhasil darinya.

Bab 4: Model Bagi Membuat Keputusan Yang Beretika

1. Apakah yang anda faham berhubung dengan nilai, etika dan prinsip moral?
Nilai dan etika yang sering digunakan secara bergpadanan namun kedua istilah ini tidak
selari iaitu nilai berkaitan dengan keyakinan dan sikap yang memberikan arah hidup sehari-
hari manakala Etika berkaitan dengan keyakinan kita tentang apa yang merupakan perilaku
yang benar. Prinsip-prinsip moral etika yang diambil oleh seorang individu atau kelompok
untuk memberikan Peraturan untuk perilaku yang benar.

2. Apakah Enam prinsip-prinsip moral asas yang membentuk asas berfungsi pada
tahap etika tertinggi sebagai seorang profesional?

a. Autonomy-Autonomi
b. Nonmaleficence- Mengelak kerugian
c. Beneficence-Kebaikan
d. Justice-Keadilan
e. Fidelity - Kesetiaan
f. Veracity- Kejujuran
3. Sila huraikan maksud berikut:
a. Autonomi- Berpandukan pada kehendak sendiri atau kebebasan klien untuk memilih arah
mereka sendiri.Menghormati autonomi adalah dengan mengiktiraf hak orang lain untuk
memilih dan bertindak sesuai dengan keinginan nya dan berperilaku profesional dan
mengikut hak orang lain.ACA panduan: "Konselor menggalakkan pertumbuhan dan
perkembangan klien untuk menjaga kepentingan dan kebajikan klien; konselor harus
mengelakkan keterbegantungan klien dalam membina hubungan kaunseling ."
b. Nonmaleficence - Berarti mengelakkan kerugian. ACA panduan: "Dalam hubungan
kaunseling, konselor sedar akan keakraban dan tanggung jawab yang wujud dalam
hubungan kaunseling, mengekalkan rasa hormat pada klien dan mengelakkan tindakan bagi
keperluan peribadi dengan klien menjadi mangsa.
c. Beneficence – Kebaikan, bermaksud untuk membuat kebaikan bagi orang lain. Idealnya,
kaunseling memberikan sumbangan untuk pertumbuhan dan perkembangan klien dalam
konteks budaya mereka, sehingga apa pun yang konselor lakukan dapat pujian terhadap
kriteria ini.Panduan ACA: "Tanggung jawab utama konselor adalah untuk menghormati
martabat dan untuk memajukan kesejahteraan klien."
d. Justice-Keadilan,Bererti memberikan perlakuan yang sama kepada semua orang.ACA
pedoman: "Konselor memberikan sumbangan kepada masyarakat dengan mengabdikan
sebahagian daripada kegiatan profesional mereka kepada perkhidmatan yang
sebahagiannya atau tidak ada keuntungan kewangan (pro bono).
e. Fidelity -Kesetiaan, Bererti bahawa profesional membuat janji jujur dan menghormati
komitmen mereka kepada mereka yang menerima perkhidmatan.ACA pedoman: "Ketika
kaunseling bermula dan sepanjang prosest kaunseling diperlukan, konselor memberitahu
klien tentang tujuan, sasaran, teknik, prosedur, limitasi, potensi risiko dan manfaat
perkhidmatan yang akan dilakukan dan maklumat berkaitan lain."Melibatkan saling percaya
dan hubungan terapeutik di mana klien boleh mencari penyelesaian mereka sendiri.
f. Veracity-Kejujuran,Bererti kebenaran. Melainkan kaunselor berpura-pura denganklien,
kepercayaan yang diperlukan untuk membentuk hubungan kerja yang baik tidak akan
berkembang.Panduan ACA "Kaunselor mengambil langkah-langkah untuk memastikan
bahawa klien memahami implikasi daripada diagnosis, tujuan penggunaan ujian dan laporan,
kos dan tatacara bayaran. Klien mempunyai hak mengharapkan kerahsiaan dikekalkan
denagn penerangan had yang sepatutnya dan klien boleh menolak setiap perkhidmatan
disyorkan dan diberi nasihat akibat daripada penolakan tersebut.

4. Hill, Glaser dan harden (1995) memberikan tujuh langkah dalam pembuatan model
membuat keputusan beretika, sila nyatakan langkah tersebut?
a. Mengenali masalah b. Mendefinisikan masalah (kerja sama dengan klien sangat penting
pada tahap ini) c. Mengembangkan solusi (dengan pelanggan) d. Memilih solusi.
Mereview proses (dengan klien) dan pemilihan semula f. Melaksanakan dan menilai
(dengan klien) g. Melanjutkan refleksi.

Bab 5: Hak Klien dan Tanggungjawab Kaunselor

1. Apakah Objektif utama Persetujuan Termaklum (PT)?


a. PT adalah untuk meningkatkan kemungkinan bahawa klien akan turut terlibat,
berpengetahuan dan turut serta dalam terapi nya.Konselor diperlukan oleh kod etika
mereka untuk mendedahkan kepada klien risiko, faedah dan pilihan cadangan dalam
rawatan.Apabila klien memahami prosedur, risiko dan manfaat potensial kaunseling,
mereka mungkin agak terasing dari dari pilihan yang tidak akan terlibat dalam keadaan
tidak menyenangkan dalam pilihan semasa kaunseling
2. Tiga elemen asas untuk definasi PT mengikut perundangan adalah?
a. Kapasiti: bererti klien memiliki kemampuan untuk membuat keputusan rasional. Ketika
kapasiti kurang maka orang tua atau penjaga biasanya bertanggungjawab untuk
memberikan kelulusan.
b. Pemahaman maklumat: bererti konselor harus memberikan maklumat kepada klien dalam
cara yang jelas dan menyemak semula untuk melihat bahawa mereka memahaminya.
c. Pekerja Sukarela: Bermaksud orang yang memberikan kebenaran bertindak adil dalam
membuat keputusan mengikut perundangan dan keperluan psikologi.
3. Ini adalah amalan yang baik bagi konselor untuk menggunakan pendekatan yang
edukatif dengan menggalakkan klien bertanya soalan tentang evaluasi atau
rawatankemajuan perubatan. Konselor harus menjawab soalan di awal hubungan
kaunseling seperti?
a. Apa tujuan dari program terapeutik? b. Apakah perkhidmatan akan konselor
memberikan? c. Apa yang diharapkan daripada klien? d. Apakah risiko dan faedah
terapi? e. Apa kelayakan kaunselor? f. Apa pertimbangan kewangan/kos? g. Berapa
lama terapi dijalankan?

Bab 6: Kerahsia: Isu Etika dan Perundangan

1. Klien mempunyai hak untuk mengharapkan bahawa komunikasi akan tetap dalam
batas-batas hubungan profesional. APA (1992) kod etika memberikan panduan berikut
untuk pendedahan maklumat rahsia:Kaunselor akan mendedahkan maklumat rahsia
tanpa kelulusan daripada klien kerana sebagai diamanatkan oleh undang-undang
untuk tujuan yang sah, seperti ?
a. Diperlukan untuk memberikan perkhidmatan profesional kepada pesakit atau individu atau
organisasi klien.
b. Untuk perundingan dengan profesional yang sesuai.
c. Untuk melindungi pesakit atau klien atau orang lain daripada bahaya.
d. Untuk mendapatkan bayaran untuk perkhidmatan di mana misalnya terhad tentang
pendedahan minimum yang diperlukan untuk mencapai tujuan.

2. Apakah Tanggungjawab Kaunselor Terhadap Klien mengikutt PERKAMA dalam hal


kerahsian?
a. Kaunselor hendaklah menghormati privasi klien dan merahsiakan segala maklumat yang
diperolehi semasa kaunseling melainkan jikalau maklumat itu akan membahayakan klien atau
orang-orang dipersekitarannya.
b. Kaunselor hendaklah mencapai persetujuan dengan kliennya diperingkat awal sesi
kaunseling mengenai batasan umur kerahsiaan.

3. Apakah yang anda faham berkenaan Privileged Communication?


a. Ini adalah konsep undang-undang yang melindungi terhadap pendedahan dipaksa melalui
proses undang-undang yang akan melanggar janji policy.
b. Privilege adalah hak klien untuk menghalang seorang konselor daripada mendedahkan
rahsia komunikasi dalam proses perundangan.

4. Apakah yang anda faham berkenaan hak peribadi?

Hak peribadi, sebagai sebahagian drp undang2, merujuk pada hak berperlembagaan seorang
individu untuk memutuskan masa, tempat, cara dan sejauh mana diri berkongsi dengan
orang lain (Stromberg et al., 1993).

5. Bagaimanakah untuk menjaga kerahsiaan dengan menggunakan peralatan berikut?


a. Telefon: Tidak mengakui bahawa klien menerima perkhidmatan atau tidak memberikan
maklumat mengenai klien untuk diketahui penelepon.Upayakan untuk mengesahkan bahawa
anda benar-benar bercakap dengan orang yang dipilih ketika anda membuat atau menerima
panggilan di mana maklumat kerahsiaan akan dibahas.Menyedari bahawa tidak ada cara
untuk menghalang perbualan anda daripada didata atau dipantau oleh orang yang tidak
diingini.Jadilah profesional, singkat, dan sangat berhati-hati dalam berbicara tentang
kerahsiaan maklumat melalui telefon. Elakkan membuat komentar apapun yang anda tidak
ingin pelanggan anda untuk mendengar atau bahawa anda tidak ingin mengulang melalui
proses perundangan

b. Mesin penjawab: jangan biarkan orang-orang yang tidak sah untuk mendengar mesej
mesin penjawab ketika mereka sedang berada disekitar

c. Mesej Suara: Jika anda menggunakan mesej suara atau perkhidmatan jawab memastikan
bahawa kod akses anda tidak didedahkan kepada orang-orang yang tidak sah.

d. Mesej Rakaman: Ketika anda meninggalkan mesej rakaman, tidak ada cara bagi anda
untuk mengetahui bahawa orang yang dipilih akan menjadi orang yang memuat mesej anda.

e. Telefon Bimbit: Jika anda bercakap kepada dengan handphone dan anggap bahawa klien
tidak di tempat peribadi.

f. Pager: Jika anda menggunakan pager amaran yang sama seperti menghantar mesej
menggunakan mesin penjawab.

g. Mesin fax: Ini adalah tanggung jawab konselor untuk memastikan penghantaran faks tiba
dengan selamat bagi menjaga kerahsiaan.Sebelum menghantar faks, tentukan menalefon
kepada orang yang bekenaan bagi memastikan orang yang betul menerima fek tersebut.
(Cottone & Tarvydas, 1998).

h. Email: Komunikasi melalui email berpontesi bermasalah dengan polisi. Penggunaan email
yang penuh dengan potensi masalah policy. Jika anda menggunakan email untuk melakukan
kenalan dengan klien anda, menyedari melibatkan beberapa isu dan etika yang mana
kerahsiaan tidak boleh dijamin berkemungkinan mudah diakses oleh orang lain. Elakkan
menghantar email ditempat kerja.

6. Apakah tanggungjawab berganda profesional kaunselor untuk melindungi orang


lain daripada klien yang berbahaya dan untuk melindungi klien dari tindakkannya?

a. Mengidentifikasi klien yang kemungkinan akan menimbulkan bahaya bagi pihak ketiga.
b. Melindungi pihak ketiga daripada klien yang ingin melakukan berbahaya kepada mereka.
c. Konselor digalakkan untuk mengambil tindakan pencegahan dengan merekod dan dan
merujuk kepada pihak perunding.

7. Konselor mungkin akan berhadapan dengan klien yang merbahaya dan perlu
mengambil langkah-langkah khusus untuk melindungi masyarakat dan diri mereka
sendiri?

a. Harus berhati-hati dengan sejarah klien.


b. Memberikan nasihat had kerahsiaan
c. Menyimpan data tepat berhubung dengan ancaman dan pernyataan klien lainnya
d. Dapatkan perunding.
e. Catat langkah-langkah yang telah diambil untuk melindungi orang lain

8. Apakah had kerahsiaan terhadap amaran dan pelindungan orang lain dan klien?
Had kerahsiaan:

a. Permintaan klien keluaran maklumat b. Arahan makamah untuk maklumat sulit


c. Aduan dan tindakan perundangan terhadap kaunselor d. klien lain mengambil tindakan
perundangan(litigasi) e. Limitasi berdasarkan pada undang-undang negeri dan
persekutuan klien f. Klien berbahaya g. klien yang merancang jenayah akan datang
h. Kaunseling klien dengan HIV i. Kaunseling klien pada akhir hidup mereka

Bab 7: Mengendalikan Sempadan dan Hubungan Pelbagai

1. Bagaimanakah hubungan dua atau pelbagai boleh terjadi?


a. Hubungan dual atau pelbagai terjadi apabila kaunselor mempunyai dua atau lebih lebih
peranan pada masa yang sama atau secara berturutan dengan klien. Ini mungkin
melibatkan lebih daripada satu peranan profesional (seperti instruktur dan terapis) atau
pencampuran yang profesional dan hubungan non-profesional (seperti penasihat dan
konselor dan teman atau rakan perniagaan).Konselor harus belajar bagaimana secara
berkesan dan beretika menguruskan beberapa hubungan termasuk berurusan dengan
kuasa diferensial antara konselor - klien.

2. ACA Kod Etika dan Piawaian Amalan (1995) mengalakkan kaunselor untuk
mengelakkan hubungan ganda bila menunjukkan kemungkinan berlaku dengan?
Konselor menyedari mereka berpengaruh dan hormat klien, mereka perlu untuk mengelakkan
mengeksploitasi kepercayaan dan pergantungan klien. Konselor perlu sedaya upaya
mengelakkan hubungan dual dengan pelanggan yang boleh mengganggu penilaian
profesional atau meningkatkan risikobahaya kepada klien. (contoh dari hubungan
tersebut tidak terhad pada keluarga, sosial, kewangan, perniagaan atau hubungan
peribadi yang dekat dengan pelanggan.) Ketika hubungan dual tidak dapat dielakkan
konselor mengambil tindakan pencegahan profesional yang sesuai seperti dalam
persetujuan termaklum dengan mendapatkan perundingan, kawalan dan dokumentasi
untuk memastikan bahawa keadilan tidak terganggu dan tidak ada eksploitasi berlaku.
3. Apakah maksud role blending?
a. Pelbagai Peranan adalah sebuah konsep yang berkaitan mengekalkan sempadan yang
sesuai. Misalnya, penasihat pendidik berfungsi sebagai instruktur tetapi mereka juga
bertindak sebagai agen terapeutik, pembimbing, evaluator atau supervisor. Pelbagai
peranan ini tidak semestinya tidak beretika tetapi tetapi perlu berwaspada agar tidak
berlaku eksploitasi.
4. Herlihy dan Corey (1997) mengenalpasti langkah-langkah berikut ini ditujukan
untuk meminimumkan risiko dual atau beberapa hubungan:
a. Menjaga batas-batas sihat sejak awal.
b. Rujukan semula dengan Persetujuan Termaklum dan berbincang dengan klien
berhubung dengan potensi risiko dan manfaat daripada hubungan dual atau jenis
campuran peranan.
c. Tetap bersedia untuk bercakap dengan klien mengenai setiap potensi masalah dan konflik-
konflik yang timbul.
d. Perundingan dengan profesional lain untuk menyelesaikan segala dilema.
e. Dapatkan bantuan penyeliaketika hubungan dual menjadi bermasalah atau ketika risiko
kerugian yang tinggi.
f. Dokumen apapun hubungan dual dalam nota kes klinikal.
g. Bila perlu rujukklien kepada profesional lain.

5. AAMFT kod etik (2001) menawarkan panduan ini dalam barter Perkahwinan dan
keluarga biasanya terapis menahan diri daripada menerima barangan dan
perkhidmatan daripada pelanggan dengan ganjaran perkhidmatan yang diberikan.
Barter untuk perkhidmatan profesional boleh dilakukan hanya jika
(a) supervisee atau klien memintanya,
(b) hubungan ini tidak eksploitatif,
(c) hubungan profesional tidak menyeleweng dan
(d) kontrak bertulis yang jelas ditubuhkan.

6. Sejumlah faktor perlu dipertimbangkan dalam membuat keputusan tentang apakah


atau tidak untuk menerima hadiah daripada pelanggan:
a. Berapakah nilai kewangan hadiah?
7. Mereka berpendapat bahawa usaha untuk menguruskan hubungan sosial dan
profesional secara bersamaan boleh mempunyai kesan negatif pada muat terapeutik,
persahabatan atau keduanya. Berikut adalah beberapa alasan untuk menghalang
amalan menerima klien atau teman-teman sebagai sosial menjadi terlibat dengan
klien?
a. Konselor mungkin tidak selesa kerana mereka perlu menjaga hubungan sosail.
b. Kaunselor mahu disukai dan diterima untuk mengurangkan mencabar klien.
c. Kaunselor mempunyai kehendak sendiri untukterlibat dengan klien maksud sebenar
hilang
d. Kaunselor berisiko lebih besar untuk mengeksploitasi klien kerana perbezaan kekuatan
dalam hubungan terapeutik.

9. Bennett et al., (1990) dan Gill-Wigal dan Heaton (1996) berpandangan untuk
berurusan dengan tarikan kuat klien, Kaunselor perlu?
a. Mengakui perasaan tertarik kepada diri sendiri.
b. Meneroka alasan anda tertarik kepada klien. Tanyakan apakah ada sesuatu mengenai
orang ini yang memenuhi keperluan anda.

You might also like