You are on page 1of 39

PENGERTIAN SENI TEMBIKAR

Seni tembikar ialah hasil seni kraftangan yang dibuat dari bahan tanah liat
yang dibakar dan digilap. Rupanya dicipta berdasarkan kepada fungsi
kegunaanya iaitu sebagai bekas minuman dan menyimpan bahan-bahan
makanan untuk jangka masa yang panjang. Penciptaan tembikar telah
bermula sejak zaman Neolitik lagi. Para pengkaji mengistilahkan primitive
pottery kerana rekabentuknya begitu sederhana dan dibuat secara spontan.
Pada zaman tersebut, tembikar dicipta dengan fungsinya sebagai bekas
minuman, makanan dan harta karun yang turut dikuburkan bersama-sama
dengan mayat.
Menurut F. N Norton, primitive pottery making is its almost universal
association with early man over the whole surface of the earth, and because
communication was practically nonexistent, we are led to the conclusion that it
evolved independently in many regions. Pernyataan tersebut membawa
maksud penciptaan tembikar ini adalah perkara yang umum dan kerana
komunikasi tidak begitu wujud ketika itu dan ia berkembang secara ansur-
ansur dengan bebasnya.
Pada zaman itu, tembikar diperbuat dengan bantuan batu bulat atau
jalinan bakul yang diperbuat daripada tali atau rotan sebagai acuan. Apabila
kecekapan tangan ketika membentuk telah dikuasai, tukang-tukang mula
membuat dan mereka rupa yang berbagai-bagai. Rupa bentuk tembikar
dikeraskan melalui sistem semula jadi iaitu dengan menggunakan cahaya
matahari. Kemudian, membakar tembikar dengan menggunakan unggun api
untuk menjadikannya lebih keras dan kering. Tembikar-tembikar Neolitik yang
dijumpai di Mesir, Cyprus dan Crete merupakan contoh-contoh yang menarik
dari segi ragamhias. Walaupun bentuk luar masih sederhana seperti bentuk
bejana atau “ amphora “, tetapi teknik sepuh ( glaze ) dan guris telah
berkembang.

1
SENI TEMBIKAR DALAM TAMADUN ISLAM

Tembikar merupakan salah satu kraftangan tradisi yang wujud bersamaan


dengan perkembangan hidup. Tembikar primitif Melayu telah ditemui di gua-
gua dan di tempat-tempat penggalian di seluruh Malaysia, seperti bekas dan
serpihan tembikar yang dijumpai di Ulu Tembeling, Pahang, Bukit Tengku
Lembu, Perlis dan Bukit Cuping di Gua Cha, Kelantan. Penemuan tersebut
menunjukkan perusahaan tembikar telah lama wujud di Tanah Melayu.
Rupabentuk dan ragamhias yang masih terdapat pada serpihan tembikar
primitif Melayu dalam bentuk yang sederhana. Di Johor, tembikarnya
bermotifkan geometri tulang ikan, tembikar bentuk kelalang yang dijumpai di
Perak dikatakan mempunyai persamaan dengan tembikar zaman gangsa di
Sumatera dan Jawa. Serpihan tembikar yang dijumpai di Melaka
memperlihatkan bentuk bekas air yang berwarna hitam coklat serta berhias
dengan teknik cetak dalaman. Teknik penghasilannya menunjukkan
campuran tanah liat, pasir, arang yang kemudiannya permukaan luarnya
dilicinkan dan dibakar dengan cara pembakaran salai di atas para.
Terdapat juga tembikar-tembikar yang dibawa dari negara luar. Dr Quarich
Wales berpendapat bekas tembikar-tembikar yang dijumpai di Skoram, Kedah
mempunyai persamaan dengan porselin di Dinasti Sung dengan hiasan
bunga teratai. Walaupun terdapat pengaruh ragamhias dari Negara China
tetapi peradaban dan rekabentuk tradisi tetap kekal. Rekabentuk tembikar
China tidak mempengaruhi pembuat tembikar tempatan kerana teknik
pembuatan dan penciptaan orang Melayu tetap dalam taraf teknologi primitif.
Alat yang digunakan dibuat sederhana dan dibakar dalam suhu biasa tanpa
sebarang ukuran tertentu.
Di Malaysia, terdapat beberapa pusat perusahaan tembikar. Contohnya di
Kechor, Perlis, Alor Merah, Kedah, Kelantan, Terengganu, Pahang dan
Perak. Namun begitu, Perak merupakan kawasan yang masih
mempertahankan nilai pembentukan secara turun temurun, baik dari segi
proses penciptaan mahupun rekabentuk tembikar yang terkenal dengan Labu
Sayong. Di Perak sahaja, terdapat empat tempat yang mengusahakan
tembikar secara kecil-kecilan iaitu di Lenggong, Kerian, Sayong, Kuala
Kangsar dan di Pulau Tiga.

2
Tembikar juga merupakan hasil kesenian yang tertua bagi masyarakat
Melanau. Kebanyakan tembikar yang dibuat daripada tanah yang diadun dan
dibentuk dalam pelbagai saiz. Tembikar yang kecil dijadikan belanga dan
tembikar yang besar dijadikan sebagai tempat menyimpan air. Tembikar
besar juga memainkan peranan dalam perkahwinan kerana tembikar jenis ini
dijadikan sebagai hantaran. Ada juga tembikar yang besar digunakan untuk
menyimpan mayat apabila berlaku kematian. Ini amat penting bagi
masyarakat yang tidak mempunyai sebarang agama. Lazimnya, tembikar
buatan masyarakat Melanau tidak mempunyai corak atau warna yang
menarik. Tembikar tersebut berwarna hitam atau kelabu bergantung pada
jenis tanah yang digunakan. Corak jarang terdapat dalam tembikar, hanya
corak yang berbentuk tekatan digunakan untuk mencantikkan lagi tembikar
yang dihasilkan.
Bagi masyarakat Iban pula, tembikar dikenali sebagai Tajau yang
merupakan kesenian yang telah berakar umbi dalam masyarakatnya. Tajau
mempunyai keunikan kerana hanya tembikar besar sahaja dibuat. Ini
disebabkan tembikar mempunyai banyak kegunaan dalam kehidupan harian
mereka. Tajau digunakan untuk upacara kematian. Si mati akan dimasukkan
ke dalam tajau sebaik sahaja disahkan mati. Amalan memasukkan mayat
jarang dilakukan oleh masyarakat Iban pada masa ini. Selain itu, tajau
digunakan sebagai hantaran perkahwinan. Ini kerana masyarakat Iban akan
melihat kekayaan seseorang melalui bilangan tajau yang dimiliki. Oleh itu,
setiap hantaran perkahwinan akan ditentukan umlah tajau. Tajau turut
digunakan unutk mengisi barangan seperti padi kerana padi merupakan
makanan utama bagi masyarakat Iban.

3
BAHAN ASAS

Tembikar tradisi Melayu digolongkan dalam earthen ware iaitu barang-


barang yang dibuat dari tanah liat dan dibakar dalam suhu rendah. Bahan
asas ini terjadi daripada proses endapan semula jadi atau bahan-bahan lain
seperti daun-daun atau kayu serta bahan-bahan alam lain yang telah reput
tenggelam dan padu di perut bumi atau sungai.
Biasanya bahan-bahan alam yang terkandung di dalam tanah atau dasar
sungai dapat menentukan warna-warna tanah liat, terutamanya apabila bahan
asas ini dibakar. Tanah liat yang mengandungi bahan besi dari endapan
tanah busut selalunya menghasilkan warna merah kehitaman dan kelabu
disebabkan oleh teknik pembakaran. Tanah liat yang diambil dari kawasan
yang berhampiran sungai atau di sungai akan menghasilkan warna putih
kelabu dan biru kehitaman. Tetapi umumnya, tanah liat yang kualitinya baik
berwarna kelabu perang.
Tembikar jenis earthen ware dapat menakung dan kadangkala menyerap
air. Bentuk luarnya tidak menyerap atau ditembusi cahaya. Ini disebabkan
oleh bahan asasnya, bentuknya serta permukaannya menjadikan kesat.
Tetapi ia dapat dihaluskan apabila digosok dengan batu licin ( batu licin yang
halus permukaannya berwarna putih abu yang dikenali sebagai batu lintar )
atau disapu dengan damar cair.
Tanah liat yang diambil daripada busut diproses dengan cara-cara
tertentu sebelum ia dapat dibentuk. Bagi pembuat tembikar yang
mementingkan kemudahan, tanah liat akan dibeli melalui penjual-penjual
yang memang mengambil upah menggali tanah liat.

4
PROSES DAN TEKNIK

Alatan
Alat-alat yang digunakan dalam pembuatan tembikar kebanyakannya
dibuat sendiri oleh tukang atau dibantu oleh tukang kayu terutamanya alat
pengukir untuk membuat ragamhias. Alat-alat perkakas ialah :

 Sekeping papan empat persegi yang berukuran 30.48 cm / 12.7


cm tebal untuk membentuk dan mencantum tanah liat yang diuli
sewaktu proses pembuatan.

 Beberapa batang pisau daripada buluh atau kayu untuk memotong


tanah liat.

 Kayu-kayu penepik atau pengukir. Beberapa alat pengukir lain


juga digunakan yang diperbuat daripada dawai dan besi yang
tajam pada bahagian hujungnya untuk membuat ragamhias.
 Tempurung atau mangkuk untuk dijadikan bekas air bagi
membasahkan tanah liat yang kental.

5
 Batu-batu licin, botol atau bekas bulat untuk melicinkan
permukaan tembikar.

 Pinggan ayan dan daun pisang sebagai tapak untuk membentuk


tembikar, berfungsi sebagai roda pemutar. Terdapat juga papan
leper yang bulat seperti piring diseut sebagai capah.
 Beberapa batang kayu kecil untuk melicinkan tanah liat ketika
bentuk tembikar ( labu ) masih basah.

Proses menyediakan bahan dan menempa.

6
Proses membentuk tembikar dibuat secara berperingkat dengan menguli
tanah dalam bentuk lingkaran dan ditambah sedikit demi sedikit dengan cara
menyambungkan beberapa lingkaran sehingga seluruh permukaan rupa
bentuk tembikar terbentuk. Lingkaran dibuat berkeping-keping selebar 5
hingga 10 cm tinggi dan panjangnya terpulang kepada saiz bentuk tembikar.
Piring ayan atau capah digunakan untuk memudahkan penyambungan
kepingan tanah liat yang telah diuli. Terdapat juga teknik membentuk secara
langsung daripada kepalan tanah liat. Bentuk dibuat dengan cara menekan
dan mengepalkan tanah liat hingga menjadi bentuk tembikar yang berbadan
bulat. Bagaimanapun, bentuk tembikar tradisional selalunya melalui proses
yang pertama. Winstedt pernah menyatakan bahawa teknik ini ialah teknik
semula jadi tanpa pengaruh daripada beberapa teknik yang dibuat di Negara
jiran.
Proses-proses menghasilkan tembikar dalam pelbagai bentuk :

1. Mengeringkan dan menumbuk tanah liat.

Tanah liat yang diambil dari kawasan busut atau sungai dikeringkan
terlebih dahulu. Kemudian, tanah liat ditumbuk menjadi tepung. Semasa
menumbuk, serpihan dan akar-akar kayu atau kandungan lain dibuang
supaya tidak pecah apabila dibakar. Setelah halus, tanah liat diayak untuk
mendapatkan tepung yang betul-betul halus dan bersih.

2. Meliatkan tanah

7
Tepung tanah yang telah cukup halus dan bersih dicampur dengan air
untuk dijadikan tanah liat cair. Kemudian, campuaran ini dikacau dan
disimpan di dalam pasu selama tiga hari. Tanah liat yang direndam akan
mendap ke bawah dan airnya mengapung di bahagian permukaan pasu.
Tanah liat endapan inilah yang diuli untuk dijadikan tanah liat lebih liut dan
lembut serta tidak lagi melekat di jari apabila diuli.
Proses 1 dan 2 merupakan cara-cara untuk mendapatkan tanah liat yang
boleh dibentuk menjadi tembikar. Tanah liat yang asli akan melalui empat
proses iaitu, tanah liat asli dikeringkan, ditumbuk untuk menjadikan tepung
tanah liat, dicairkan untuk mendapatkan endapan tanah liat atau sari tanah
liat dan menguli tanah liat untuk mendapatkan tanah liat liut.

3. Membentuk dan menempa

Pembentukan tembikar dibuat dengan menggunakan gaya bebas yang


akan ditentukan oleh kecekapan tangan. Pinggan ayan atau capah hanya
berfungsi untuk membantu dan memudahkan penyambungan tanah liat yang
dibuat secara gelung atau coil method. Pembentukan bermula daripada
bahagian bawah tembikar dengan ukuran umum garis pusat 12.5 cm ( ukuran
sebuah labu yang sederhana ). Tanah liat diuli memanjang supaya mudah
digelung dalam bentuk membalut ( perut labu ). Gelungan juga boleh dikerat
berkeping mengikut ukuran labu. Kerja dibuat secara berperingkat sambil
disambung dengan ulian baru. Permukaan akan ditekan-tekan dengan kayu
daripada sebelah luar serta bahagian dalamnya ditahan dengan tangan untuk
menguatkan bentuk tembikar.

8
Pisau buluh digunakan untuk melicinkan permukaan tembikar. Ia
digunakan untuk membuang bahagian-bahagian yang tidak rata atau yang
tidak diperlukan dengan cara menekan bahagian mata pisau dari bahagian
bawah menuju ke atas bentuk tembikar. Teknik gelungan kepingan serta
menyambungnya dibuat mengikut rupabentuk yang diingini. Buntut ( kaki atau
tapak ) labu dibuat berasingan. Ia dibentuk bulatan mengikut garis pusat
bahagian bawah labu kira-kira 0.5 cm tebal. Bahagian ini dicantumkan setelah
bentuk labu ( bahagian badan dan kepala ) dibuat. Setelah itu, bentuk-bentuk
yang telah siap akan dijemur sebelum ragamhias dibentuk.

4. Membuat ragamhias

Sebelum dibakar atau dikeraskan, tembikar akan dihias sewaktu


permukaan tembikar masih dalam keadaan lembap. Alat-alat yang digunakan
untuk membuat ragamhias ialah pengukir kayu atau besi, penekap dari batu
kesat, jenis siput yang berbunga ( ukiran semula jadi ) atau besi tajam. Teknik
dan gaya membuat ragamhias bergantung kepada citarasa pembuat itu
sendiri. Ini merupakan teknik umum yang sering digunakan untuk
mendapatkan motif gaya geometri dan organik.

9
5. Mengeras dan membakar

Tembikar akan dikeraskan dengan menggunakan kaedah tanur dedah.


Pada peringkat pertama, tembikar akan dikeringkan dan dijemur selama dua
hari.

Kemudian, tembikar tersebut dibakar. Teknik yang biasa digunakan ialah


dengan pembakaran salai. Cara ini memerlukan para-para yang dibuat di atas
lubang seluas 1.2 meter persegi. Biasanya para akan dibuat dari kayu gading
jenis keras yang berukuran 0.9 meter tinggi dan empat persegi besar. Di
dalamnya diisi dengan kayu-kayu hutan atau kayu-kayu kering daripada
pokok rambutan, buluh dan pelepah kelapa sebelum api dinyalakan.

Labu yang telah dibakar tadi akan dimasukkan ke dalam sekam padi untuk
mendapatkan warna hitam pada permukaan labu. Kemudian bahagian bawah

10
atau tapak labu disapu dengan damar untuk menghalang air daripada
meresap keluar. Labu dibiarkan seketika dan dibersihkan sebelum digunakan.

TEKNIK MEMBUAT RAGAMHIAS

Ragamhias semula jadi merupakan teknik terawal dalam proses membuat


bentuk motif dan corak, iaitu dengan cara pembakaran tembikar berikatkan
rotan. Kemudian, disusuli dengan bahan yang bertekstur seperti batu-batu
kesat, kulit siput atau kain-kain bekas tenunan. Teknik ini juga disebut
sebagai teknik tekap, impress, tekap atau cap. Ini dilakukan dengan cara
menekankan bahan-bahan tersebut ke atas permukaan tembikar yang masih
dalam keadaan lembap. Teknik ini telah digunakan sejak zaman Neolitik lagi,
tetapi kini ia merupakan teknik yang umum digunakan.
Antara teknik-teknik digunakan ialah teknik tekap, teknik kelar, takek dan
guris incision, teknik tempel, teknik tebuk dan lubang, teknik warna dan catan,
teknik kikis dan ukir.

Teknik tekap
Alat yang digunakan daripada bahan semula jadi tetapi dibentuk.
Contohnya, penepik berukir dibuat dari papan leper dan bertangkai.
Permukaannya diukir dengan bentuk motif geometri seperti garis-garis
panjang, bersilang atau melintang dan kotak-kotak. Ibu jari juga meninggalkan
kesan lengkungan kepada permukaan tembikar. Hiasan ini terdapat pada
tembikar jenis labu atau geluk gelugur.

Teknik kelar, takek dan guris incision


Alat yang digunakan diperbuat daripada kayu, besi atau dawai yang
ditajamkan pada bahagian hujungnya. Tukang akan membentuk motif dengan
cara menakek, mengkelar atau mengguris pada bahagian permukaan yang
diperlukan. Dengan teknik ini, bentuk motif dan corak lebih bersifat bebas dan
dilakukan secara spontan serta dapat menghasilkan bentuk motif geometri
dan organik.

11
Teknik tempel/tepek ( relief timbul )
Teknik ini dibuat dengan cara menempel potongan tanah liat yang telah
dibentuk motifnya. Ia dibuat berkeping atau garis panjang memanjang dan
halus. Bentuk motif akan ditempel pada bahagian permukaan tembikar yang
memerlukan perhiasan. Labu dan geluk panai merupakan contoh tembikar
yang menggunakan teknik ini. Lilitan pada leher dikenali sebagai motif gelang
puyuh.

Teknik tebuk dan lubang


Teknik ini dikaitkan dengan nilai fungsi. Contohnya, bahagian yang ditebuk
dan berlubang terdapat pada bekas perasapan dan perembunan. Lubang
berfungsi sebagai mulut labu tanah.

Teknik warna dan catan


Teknik hiasan ini menggunakan warna atau lukisan berwarna. Terdapat
juga penggunaan warna merah yang diperbuat daripada kiwi dan warna pitih
daripada batu kapur. Warna juga ditentukan oleh teknik pembakaran salai
dengan warna hitam keabuan dan pembakaran tambun yang mengekalkan
warna asli tanah yang berwarna merah. Pembakaran secara bersuhu rendah
juga menjadi faktor warna-warna asal itu kekal. Penggunaan dammar cair
dapat menentukan permukaan tembikar.

Teknik kikis dan ukir


Teknik ini seperti teknik ukiran kayu. Kebiasaanya koleksi jenis ini
kepunyaan golongan istana dan atasan. Cara membuat ragamhias dengan
teknik membuat guris motif. Bahagian yang tidak perlu, dikikis, kemudiannya,
diukir dengan menggunakan alat pengukir bagi menghasilkan kesan ukiran
timbul.

12
PRINSIP RUPABENTUK TEMBIKAR

Jenis rupabentuk :

 Periuk, belanga dan kukusan


Ciptaan yang paling awal. Tembikar ini mempunyai persamaan dari
segi susunan, ketebalan dan dibuat melalui teknik pembakaran bersuhu
rendah. Permukaannya berwarna coklat, hitam dan kelabu gelap.
Rupabentuknya, silinder, bentuk seperti ketuhar, bentuk loceng terbalik,
bujur dan runcing dengan bahagian dasar yang bulat dan leper serta
berkaki.

 Labu
Bentuknya seperti labu atau kundur. Bentuk labu terbahagi kepada tiga
bahagian iaitu bahagian kepala/leher, pinggang dan perut. Jenis labu
dapat dibahagikan kepada lapan iaitu :

1. labu tanah/ labu kaki


2. labu gomboi/ labu air
3. labu pucung atau kepayang
4. labu gelugur
5. labu panai
6. labu leper atau bocong
7. labu lelap
8. labu tela
Semua rekabentuk labu ini berfungsi sebagai bekas, tempat
menyimpan dan mengambil air. Air yang disimpan dalam labu akan
menjadi sejuk.

13
 Geluk, buyung, batil dan gayung.
Rupabentuk ini mempunyai struktur ciptaan serta fungsi yang sama
iaitu sebagai bekas air, menceduk atau menyimpan bahan-bahan cecair.
Kesemua rupabentuk adalah bulat tanpa bahagian leher atau kepala.
Penggunaan panai digunakan untuk menghias geluk, tetapi hiasan-hiasan
ini juga digunakan untuk buyung. Beberapa bentuk geluk dan buyung
dapat dijelaskan berdasarkan rupabentuknya. Di antaranya ialah :
Geluk bertutup
Geluk besar
Geluk bertelinga
Geluk dua mulut dan berkaki
Geluk kendi
Buyung
Buyung kepi
Buyung berkaki

 Perasapan dan perembunan


Berfungsi untuk kepercayaan magis dan upacara keagamaan. Bekas
jenis ini digunakan untuk membakar kemenyan dengan bentukmukanya
yang sesuai. Perembunan pula ialah bekas untuk menakung air embun.
Dengan bentuknya yang boleh menakung air, bekas ini digantung di luar
rumah semalaman. Bekas perembunan ini dihiasi di bahagian pingir
dengan teknik catan (berwarna merah dan putih) ataupun guris.

 Jambangan, bekas abu dan rokok


Jambangan dibuat besar hingga mencapai 0.6 hingga 0.9 meter.
Bahagian badanya seperti labu tetapi tinggi. Mulut jambangan akan dihiasi
dengan bibir berkelopak atau bergelombang. Rupabentuk bekas abu
merupakan peniruan daripada bentuk-bentuk tembikar China dan Barat.

14
SUSUNAN CIPTA RUPABENTUK

Susunan ciptanya mempunyai nilai-nilai kesatuan dan harmoni dari segi


penggunaan bahan asas ataupun fungsi kegunaannya. Hasil penciptaan
bersumber alam semulajadi. Konsep susunan cipta yang sederhana, tanpa
menilai dari segi ragamhias, penciptaan tembikar telah mencapai nilai
estetik. Terdapat dua jenis imbangan ukuran iaitu :
1. Symmetry – imbangan sebanding ( semukur )
2. Assymmetry – imbangan tak sebanding ( tak semukur )

Symmetry

15
Assymmetry

16
BENTUK GAYA DAN MOTIF

Gaya geometri
Bentuk motif ini menggunakan teknik guris, tekat dan kelar. Bentuk dan
unsur yang sering digunakan ialah unsure geometri asli dan unsur alam.
Bentuk dan unsur geometri asli ialah susunan garis panjang, melilit pada
seluruh permukaan tembikar dan bersilang. Unsur titik memainkan peranan
penting sehingga dapat dibuat bentuk–bentuk yang geometri asli.
Bentuk dan unsur alam digunakan dengan mengambil idea alam daripada
alam. Bentuk motif yang dibuat ialah garis, titik, bersilang atau pangkah.
Susunan unsur ini akan menjelmakan beberapa motif tumbuhan, binatang
dan unsur-unsur alam. Contohnya :
Bunga lawang yang dibentuk daripada lima garis yang berhubung
menjadikan bentuk potong wajik. Selalunya, menghiasi bahagian badan
tembikar.

Bunga tanjung dibentuk daripada lima garis lurus memancar keluar


daripada satu titik, disusun seperti membentuk bunga lawang atau bunga
cengkih.

17
Bunga kundur menggunakan lapan garis memancar dari satu titik atau
garis yang dijadikan potongan lapan bentuk.

Pucuk rebung dibentuk berasaskan bentuk segi tiga. Motif ini dihiasi pada
bahagian badan, kaki dan di pinggir keliling mulut tembikar.

Balung kuku merupakan imej daripada bentuk balung kuku ayam.


Susunan garis dibentuk melengkung dan meninggalkan kesan memancar.

18
Gelang puyuh ialah garisan yang timbul di permukaan labu, bahagian
leher dan badan. Ia berasal daripada imej garis yang terdapat di pergelangan
kaki puyuh. Garisan ini dibuat bertindih.

Rantai perak dibentuk dengan garisan melengkung setengah bulatan


menghadap ke kiri. Garisan melengkung ini disusun rapat dan memenuhi
bahagian permukaan antara leher dan badan labu atau geluk.

19
Gaya organik
Berunsurkan alam semulajadi. Bentuk motif ini mempunyai kesamaan
dengan ukiran kayu terutamanya motif awan larat. Motif ini merupakan motif
yang umum dalam seni ukiran kayu.

20
TEMBIKAR TAMADUN ISLAM

Tembikar
labu sayong

21
SENI TEMBIKAR TAMADUN CHINA

Kemahiran membuat tembikar telah bermula di Negara China sejak


sebelum masihi lagi. Ini adalah kerana tembikar China merupakan barangan
yang dianggap amat berharga. Perdagangan yang telah dijalankan oleh
pedagang Cina dengan Tanah Melayu telah bermula sejak kurun ke -13. Ini
terbukti dengan penemuan tembikar di negeri Kedah, Terengganu, Kelantan,
Pahang, Johor, Sabah dan Sarawak. Sejak zaman dahulu lagi, pembuatan
tembikar China dilakukan dengan teliti dan bermutu tinggi. Antara tembikar
yang paling menarik ialah tembikar China yang berwarna biru dan putih yang
dihasilkan semasa pemerintahan Dinasti Yuan ( 1271-1368) sehinggalah
pemerintahan Dinasti Ming ( 1368-1644). Tembikar yang dihasilkan bukan
sahaja merujuk kepada tembikar untuk hiasan tetapi juga untuk tujuan lain.
Tembikar yang dihasilkan adalah pebagai saiz dan mampu menarik minat
masyarakat lain.
Teknologi perbuatan tembikar telah berkembang maju sejak zaman
Dinasti Han. Pembuatan tembikar berkembang daripada pembuatan tembikar
biru, tembikar putih dan tembikar yang berwarna. Bagi memastikan tembikar
tersebut berkualiti dan menarik , bahan yang digunakan ialah bahan tanah
Kaolin, batu Orthoclase dan kuarza, di permukaannya pula mesti disepuh
dengan glis. Tembikar yang siap dibentuk akan dibakar di relau pada suhu
setinggi 1200 darjah centigrade. Ini adalah untuk mengukuhkan lagi
permukaan tembikar dan juga menjadikan tembikar nampak berkilat.
Penggunaan bahan asas dan teknik pembuatan bagi tembikar dilakukan
dengan teliti supaya adunan bahan mentah sesuai. Jika peraturan dan
adunan bahan mentah kurang sesuai, contohnya unsur besi terlalu banyak,
tembikar akan berwarna coklat atau hitam dan tidak berguna lagi.
Porselin juga merupakan satu lagi kemahiran masyarakat Negara China.
Porselin sama seperti tembikar China, tetapi mempunyai kualiti yang lebih
tinggi.

22
BAHAN ASAS DAN ALAT

Bahan asas yang digunakan dalam pembuatan tembikar ialah tanah liat
tempatan dan bahan. Tembikar China akan disepuh dengan glis selepas
pembakaran tembikar dilakukan. Bahan kayu api juga digunakan dalam
membakar tembikar dalam tanur.

BENTUK GAYA DAN MOTIF

Tembikar China unik dan menarik kerana motif dan corak yang digunakan
mempunyai maksud serta falsafah yang tersendiri di kalangan masyarakat
tertentu. Keunikannya mempengaruhi motif corak tembikar bagi masyarakat
Baba dan Nyonya di Tanah Melayu. Michel and Cecile Beurdeley dalam
Chinese Ceramics, (Thames and Hudson, London, 1974) menyentuh
beberapa simbolisme yang dikaitkan dengan kepercayaan keagamaan dalam
hiasan tembikar China.

Di antaranya ialah Fenghuang, iaitu burung khayalan atau merak lambang


kepada Ratu yang bermaksud petanda baik, ini akan membolehkan mereka
lebih yakin dalam menjalankan tugas atau kerja seharian mereka. Long atau
naga yang hidup di udara, laut atau daratan adalah simbol bagi hujan. Simbol
naga ini juga menunjukkan jiwa yang baik dan lemah lembut seperti air. Kuku
naga bercabang tiga adalah lambang bagi kegunaan rakyat biasa, manakala
kuku yang bercabang lima dikatakan untuk keluarga diraja. Ia juga dikaitkan
dengan kepercayaan kepada tian-zi. Kepercayaan ini timbul kerana maharaja
adalah anak kepada Tuhan dan mempunyai kedudukan yang tertinggi, dan
dengan itu segala peristiwa perlu dimaklumkan kepadanya. Setiap orang
mesti taat dan patuh kepadanya dan tidak boleh memberontak.

Qilin atau kuda bertanduk satu pula dikaitkan dengan binatang khayalan.
Menurut seorang pengkaji motif tembikar China, bentuk qilin berbeza
daripada satu dinasti kepada dinasti lain terutama sebelum dan selepas
Laotzu, (pengasas Taoisme) dilahirkan. Satu contoh lain ialah penggunaan

23
seni hias conch shell yang berkait langsung dengan ajaran dan lapan simbol
agama Buddha. Selain itu, hiasan gambar kanak-kanak atau manusia
menunggang kerbau atau bersandar pada kayu berikat adalah gambaran
langsung kepada Laotzu.

Motif-motif lain yang seperti teratai dan awan digunakan sebagai seni
hias utama di sekeliling permukaan tembikar. Selain seni hiasan di
permukaan, seni cap materi atau cap pembuat tembikar juga mempunyai
makna-makna tertentu. Biasanya cap-cap ini diterakan pada bahagian bawah
tembikar kecuali beberapa jenis tembikar hidangan. Tembikar-tembikar
swatow biasanya dicirikan oleh teraan cap pembuatnya di permukaan atas
tembikar. Dalam koleksi yang ada, didapati tiada satu pun tera atau cap yang
merujuk secara langsung kepada relau pembuat tembikar berkenaan. Ia
banyak menyebutkan frasa ringkas yang merujuk istana atau raja yang
memerintah, kata-kata indah yang cuba menggambarkan sesuatu tempat di
dalam istana dan seumpamanya.

Keadaan ini menggambarkan pandangan umum masyarakat China silam


kepada pemerintah mereka. Mereka menyanjung tinggi institusi istana dan
hormat kepada raja serta tidak mahu menonjolkan individu atau kilang
tertentu dalam memajukan perniagaan. Kerajaan istana lebih diutamakan.
Beberapa frasa cap teraan itu pula secara langsung ditujukan kepada
keagungan pemerintahan yang ada.

Keadaan ini mungkin disebabkan oleh dua kemungkinan iaitu pengeluar pada
ketika itu sangat patuh dengan institusi kerajaan atau mereka memang
ditekan oleh golongan feudal untuk berbuat demikian. Kedua, kemungkinan
relau-relau ini kepunyaan istana, selain mereka mendapat keuntungan
perdagangan juga dapat mensahihkan kekuasaan golongan feudal pada
waktu itu. Beberapa contoh adalah seperti berikut:

Bermaksud 'Rasmi' - digunakan pada zaman Tang, Sung dan Lio.

24
Bermaksud 'Suci'-tanda penghar- gaan dari zaman K'ang Hsi
1662 - 1722.

Bermaksud - 'Kecantikan Terulung' - Nama sebuah istana dari zaman Sung


(960-1279)

Bermaksud -'Taman Bunga'- merujuk kepada nama sebuah istana


atau balai penghadapan dari zaman Sung (960 - 1279).

25
Motif pokok bunga dan rama-
rama

Motif burung phoenix dan pokok


bunga

26
Motif pokok bunga

Motif naga pada tembikar

27
PENGGUNAAN WARNA DALAM TEMBIKAR CHINA

Penggunaan warna pada tembikar juga membawa maksud yang tertentu.


Di antara warna yang digunakan ialah warna hijau. Penggunaan warna hijau
ini berlaku sejak zaman Min Kuo lagi. Warna ini juga digunakan oleh
masyarakat Baba dan Nyonya. Warna hijau adalah warna yang lebih banyak
penggunaannya dan biasanya digabungan dengan warna merah jambu.
Beberapa lapisan warna gelap hijau digunakan sebagai warna latar belakang
pada permukaan tembikar.

Tembikar China yang berwarna hijau yang digabungan dengan warna


merah jambu.

28
 MERAH JAMBU

Kebiasaannya warna merah jambu digunakan sebagai warna latar


belakang. Penciptaan warna merah jambu ini adalah salah satu kejayaan dan
kehebatan dalam sejarah polikrom atau pelbagai warna dalam corak tembikar
China pada zaman Dinasti Ming. Lapisan warna ini dibentuk daripada proses
pemendakan emas klorida dan tin yang dimana proses pembuatan ini berasal
dari Eropah. Pada kurun ke-17, Andreas Cassius membawa pengaruh ini ke
negara China. Keunikan penggunaan warna ini boleh dilihat apabila
campuaran warna putih digunakan pada lapisan warna-warna lain. Ini
menjadikan ikutan pada pembuat tembikar dan juga kepada pelukis dalam
mewujudkan nilai-nilai estetik pada sesuatu ciptaan atau karya.

29
 PUTIH

Warna putih adalah warna kebiasaanya yang digunakan pada permukaan


tembikar. Motif burung phoenix dan pokok bunga akan dilukis pada
permukaan tembikar yang berwarna putih. Selain daripada itu, corak tembikar
yang dihiasi dengan motif bunga, burung dan rama-rama akan digunakan.
Bagi citarasa masyarakat China, mereka lebih gemar ruang warna putih yang
lebih luas pada permukaan tembikar. Penggunaan warna putih dapat
menonjolkan ciri-ciri tafsiran motif burung phoenix dan pokok bunga. Corak
dilakukan dengan teliti dan terperinci serta warnanya yang cerah
membolehkan motif motif burung phoenix dan pokok bunga itu mudah dilihat.

30
 KUNING

Semasa pemerintahan Dinasti Ch’ing, tembikar yang berwarna kuning


hanya digunakan untuk golongan istana sahaja. Ini kerana warna kuning
adalah warna maharaja. Masyarakat China ketika itu tidak dibenarkan
menggunakan tembikar yang berwarna kuning kerana rasa hormat mereka
kepada Maharaja China. Motif yang sering digunakan adalah naga dan juga
pokok bunga.

31
 BIRU

Warna biru adalah salah satu penciptaan yang unik pernah dihasilkan
pada pemerintahan Dinasti Yuan ( 1271-1368) sehinggalah pemerintahan
Dinasti Ming ( 1368-1644). Kebiasaanya, motif yang digunakan adalah pokok
bunga dan burung.

32
 MERAH-OREN

Lapisan warna merah-oren diperoleh daripada besi oksida membuatkan


warnanya mudah dilihat. Motif yang digunakan ialah pokok bunga dengan
bunga besar berwarna merah jambu, daun-daun yang kehijauan serta burung
phoenix.

33
Persamaan dan Kelainan antara Tembikar Malaysia dengan Tembikar
China

CIRI – CIRI TEMBIKAR MALAYSIA TEMBIKAR CHINA


Motif Menggunakan motif dan corak Motif unsur lagenda seperti
yang diilhamkan daripada naga, manusia, atau watak
benda alam, iaitu daun dan daripada peristiwa sejarah
bunga. Ada juga yang juga digunakan selain
menggunakan motif daun motif flora, fauna, dan
fauna, contohnya di Sarawak. geometri. Motif geometri
Motif corak geometri juga biasanya memberi
sering digunakan. pengertian tertentu seperti
melambangkan usia
panjang, kemewahan, dan
sebagainya. Lanskap dan
kaligrafi serta puisi juga
dijadikan hiasan.
Reka corak Motif tembikar tersusun dalam Walaupun ada juga
bentuk corak. Teknik garisan menggunakan motif dalam
dan tekanan digunakan dalam bentuk corak, kebanyakan
hiasan. corak digubah secara
bergambar ‘pictorial’ atau
kombinasi corak dan
gambar.
Unsur seni Bentuknya banyak terdiri Bentuknya berdasarkan
daripada bentuk buah-buahan. bentuk buah-buahan,
Hasil tembikar biasanya tidak manusia dan haiwan serta
bertangkai, kecuali pada pelbagai bentuk geometri.

34
bahagian tudungnya dan tidak
bermuncung, kecuali tembikar
yang terdapat di Negeri
Sembilan.
Bahan dan alat Tanah liat yang mudah Selain tanah liat tempatan,
didapati di paya dan tebing- kaolin juga digunakan.
tebing sungai digunakan. Alat Hasilnya kelihatan putih
untuk membentuk dan dan halus, kecuali yang
menghias kebanyakannya digunakan sebagai periuk.
dihasilkan sendiri oleh Kebanyakan hasil disepuh
pembuat tembikar. Tembikar kerana di Negeri China
tradisional tidak menggunakan teknik sepuh telah
roda atau pemutar, tidak digunakan sejak zaman
menggunakan cat, bahan dahulu. Permukaan hasil
pewarna atau sepuh. Bahan biasanya dihias dalam
semula jadi seperti pelepah corak warna monokromatik
dan sabut kelapa, kayu, buluh, atau berwarna-warni. Hasil
jerami padi, serta sekam padi dibakar dalam tanur
digunakan untuk bakaran menggunakan bahan kayu
terdedah. Tanur dan sepuh api.
digunakan untuk tembikar
semasa bagi tujuan
pengeluaran secara komersial.
Fungsi Digunakan sebagai bekas air Digunakan sebagai periuk,
minuman, pasu bunga, periuk bekas bunga, bekas bara,
dan sebagainya. Kini terdapat bekas air atau minuman,
hasil yang direka khas untuk serta arca hiasan.
hiasan. Berfungsi juga sebagai
bekas pengawet dan
bekas pelbagai guna lain
yang ada kaitannya
dengan adapt resam orang
Cina.

35
Nilai dan Secara tradisional Pada zaman feudalisme,
makna hasil melambangkan kedudukan terdapat motif tertentu
dalam masyarakat dan identiti seperti naga qi-lin dan
kawasan tertentu, contohnya; feng-huang sebagai
i. Labu sayung yang lambng kebesaran,
menggunakan tanah liat kedaulatan, dan
dari tebing-tebing kemewahan. Bentuk, motif
sungai di Sayung, Kuala dan reka coraknya juga
Kangsar. Mempunyai melambangkan dinasti
bentuk, corak, dan tertentu seperti Tang dan
warna yang unik. Song. Tang banyak
ii. Buyung dari Kampung menggunakan motif biadari
Alor Merah di Sungai dan bunga teratai kesan
Dua, Seberang Prai pengaruh agama Buddha.
yang menggunakan Pada zaman Dinasti Song,
campuran tanah merah tukang tembikar mula
sawah dan tanah liat menggunakan motif flora
sungai mempunyai nilai dan motif haiwan seperti
yang tersendiri, singa, kuda, gajah, ikan,
kehalusan ciptaannya serangga, dan pelbagai
tidak dipengaruhi oleh jenis burung.
unsur luar.
iii. Tembikar Sarawak yang Pada zaman Dinasti Qing,
berwarna-warni muncul hiasan dalam
biasanya menggunakan bentuk ‘pictoral’.
ragam hias tradisional
seperti corak padung,
buluh empit, lengkuk,
dan sebagainya atau
motif burung kenyalang
untuk melambangkan
kebesaran dan
kesucian.

36
37
38
BIBLIOGRAFI

 Ho Wing Meng, Straits Chinese, Porcelain a collector’s guide, TIMES


1994.
 http--www_chinadetail_com-image
ArtsCraftsChinesePorcelain1_jpg.htm
 Kraf tradisional Melayu,

39

You might also like