Professional Documents
Culture Documents
KEMAHIRAN MEMBACA
TEKNIK-TEKNIK KHUSUS BACAAN DAN
PEMAHAMAN
Terdapat beberapa teknik membaca dan tujuan membaca.
Teknik-teknik ini boleh dijalankan dalam bilik
darjah. Penggunaan teknik ini bergantung kepada situasi,
kecerdesan pelajar, dan tujuan pembelajaran membaca. Berikut
beberapa teknik membaca:
S-SURVEY (Tinjau)
•Pelajar membaca secara pantas untuk mendapatkan gambaran
awal tentang isi bacaan mengikut pemahamannya sendiri. Pelajar
bebas dalam erti kata menanggap apa yang dibaca. Pelajar hanya
memfokuskan/menumpukan bahan/teks kepada tajuk
umum/besar, sub-tajuk, gambar, simbol, ilustrasi, grafik,
pemenggalan teks.
•Teknik bacaan yang sesuai ialah teknik skimming dan
scanning.
Q-QUESTION (penyoalan / pertayaan)
• Tugas guru sebagai pemudah cara/fasiltator semasa soal jawab, bukan penilai.
• Ketika situasi bacaan, berlangsung pelajar membaca sambil berfikir. Oleh itu,
teknik ini menggalakkan supaya pelajar sedar tentang proses membaca dan
membuat ramalan.
• Pelajar memperoleh konsep membaca, strategi metakognitif dan dapat
berkomunikasi makna.
• Menggalakkan pelajar menggunakan klu konteks untuk memahami makna
dalam frasa atau perkataan.
• DR-TA suatu teknik yang melibatkan semua pelajar mencapai satu pencapaian
yang dikehendaki.
TEATER CERITA
• Teater Bercerita melibatkan seorang pencerita dan
digabungkan dengan beberapa orang pelakon.
Pencerita akan menyampaikan cerita, dan pelakon
beraksi mengikut watak dalam cerita tersebut.
Guru atau murid boleh menyediakan skrip terlebih
dahulu. Murid lain boleh mencatat maklumat
berdasarkan arahan guru.Teknik ini sesuai untuk
genre drama, cerpen, novel, dan prosa klasik.