You are on page 1of 2

Unsur Tradisi Dalam Perlembagaan - Presentation

Transcript
1. UNSUR-UNSUR TRADISI DALAM PERLEMBAGAAN NEGARA 1948-1963
Disediakan oleh; SYAZA YASMIN BINTI ISMAIL PISMP 3C
2. PENGENALAN • Unsur tradisi telah wujud ratusan tahun sebelum perlembagaan
diwujudkan pada tahung 1957 • Adalah satu kontrak sosial semasa penggubalan
perlembagaan yang meliputi: – bahasa, – agama, – kedudukan istimewa orang Melayu
dan bumiputera (Sabah dan Sarawak) dan – pemerintahan beraja
3. UNSUR-UNSUR TRADISI • Bahasa Kebangsaan • Agama persekutuan • Kedudukan
istimewa orang Melayu dan Bumiputera Sabah dan Sarawak • Pemerintahan beraja
4. KEPENTINGAN UNSUR-UNSUR TRADISI • Mewujudkan identiti Malaysia •
Memupuk persefahaman ke arah perpaduan • Satu kontrak sosial yang telah dipersetujui •
Telah wujud beratus tahun sebelum perlembagaan digubal
5. PERANAN UNSUR TRADISI • Menstabilkan sistem politik negara • Prasyarat dan
permuafakatan yang diterima oleh orang Melayu dan bukan Melayu • Hak istimewa
orang Melayu, Islam sebagai agama persekutuan dan bahasa Melayu diterima sebagai
bahasa Kebangsaaan sebagai prasyarat penerimaan hak kewarganegaraan oleh etnik
bukan Melayu
6. (i) BAHASA MELAYU • Bahasa kebangsaan ialah bahasa Melayu (untuk maksud rasmi)
• Disentuh dalam Perlembagaan melalui Perkara 152 • Tetap melindungi bahasa-bahasa
lain • Memperuntukkan tiada siapa boleh dilarang atau ditahan daripada menggunakan
(selain maksud rasmi) atau mengajar atau belajar bahasa lain
7. (ii) AGAMA ISLAM • Agama Islam ialah agama rasmi bagi Persekutuan • Termaktub
dalam Perkara 3 (1) • Perkara 3 memperuntukkan suatu fasal imbangan; agama lain boleh
diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana bahagian Persekutuan • Setiap orang
mempunyai hak untuk menganut dan mengamalkan agamanya
8. Setiap agama mempunyai hak untuk; • Menguruskan hal ehwal agamanya sendiri •
Menubuhkan dan menyelenggara institusi bagi maksud agama atau khairat • Memperoleh
dan memiliki harta benda serta memegang dan mentadbirnya mengikut undang-undang
9. (iii) KEDUDUKAN ISTIMEWA ORANG MELAYU DAN BUMIPUTERA SABAH
DAN SARAWAK • Termaktub dalam Perkara 153 • Hak istimewa meliputi jawatan
dalam perkhidmatan awam, biasiswa, pendidikan, perniagaan dan kemudahan khas yang
lain
10. Siapa orang Melayu dan Bumiputera Sabah dan Sarawak? Melayu; • Lazimnya bertutur
dalam bahasa Melayu • Menganuti agama Islam • Mengamalkan adat istiadat Melayu
11. Siapa orang Melayu dan Bumiputera Sabah dan Sarawak? Bumiputera Sabah dan
SArawak; • Di Sarawak – terdiri daripada mana-mana satu kaum asli iaitu Bukitan,
Bidayuh, Dusun, Dayak Laut, Dayak Darat, Kadayan, Kalabit, Kayan, Kenyah, Kajang,
Lugat, Lisum, Melayu, Melanau, Murut, Penan, Sian, Tagal, Tabun dan Ukit atau dia
berketurunan campuran daripada kaum tersebut, dan • Di Sabah – anak atau cucu kepada
seorang daripada suatu kaum asli Sabah dan dia telah dilahirkan di Sabah
12. (iv) PEMERINTAHAN BERAJA • Telah wujud dalam sistem sosial di setiap negeri
Melayu • Raja mempunyai kuasa mutlak dalam setiap pemerintahan dan pentadbiran
negeri dengan dibantu oleh pembesar-pembesar yang dilantik • Institusi beraja terus
dikekalkan selepas merdeka di bawah konsep raja berperlembagaan selaras dengan sistem
demokrasi • Raja Berperlembagaan – raja bertindak mengikut lunas-lunas perlembagaan
yang telah ditetapkan

You might also like